AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

Cinta Dua Dunia : Babak 1 | Peminat Rahsia



WATAK UTAMA
Choi Jong Hoon
Jang Hyun Mi

WATAK TAMBAHAN
Oh Won Bin

Ogos 2006
Author POV
Langit kelihatan mendung petang itu . Hyun Mi melontarkan pandangannya jauh ke luar jendela . Jam dinding berwarna merah hati dijeling sejenak . Tergambar kegelisahan diriak mukanya . Hyun Mi sedang menunggu seseorang . Dan seseorang itu sangat penting bagi dirinya .

Hyun Mi POV
Sudah hampir satu jam aku menunggu Jong Hoon . Katanya ingin datang ke rumah untuk belajar bersama . Dah nak senja dah ni . Manalah Jong Hoon tak muncul-muncul lagi . Hari pula hampir hujan . Hatiku merasa gelisah kerana kelibat Jong Hoon tidak juga kelihatan . Janjinya ingin ke rumah aku tepat jam enam . Sekarang sudah hampir senja . Aku menghalakan pandanganku ke luar jendela . Masih tiada Jong Hoon . Jam dinding di rumah dikerling lewat mata . Huuuuhhhh ~ Aku melihat jarum nipis panjang itu hampar menyentuh angka sebelas . 
"Lima minit lagi nak pukul tujuh ! Mana Jong Hoon ni ?" 
Terkeluar persoalan itu tanpa aku sedari .
Hampa
Gelisah
Sedih
Semua perasaan itu bercampur baur . Jong Hoon tidak pernah seperti ini . Dia jenis yang menepati janji . Adakah dia ditimpa sesuatu ? Oh Tuhanku , lindungilah Jong Hoon .

Jong Hoon POV
Petang yang mendinginkan . Mungkin kerana cuaca yang mendung dan hujan seakan-akan ingin menbasahkan bumi . Aku sedang leka bermain PlayStation2 bersama rakan sekelas , Won Bin .
"Alamak , aku dah lambat ni ! Aku ada janji dengan Hyun Mi nak belajar sama-sama !" 
jeritku apabila menyedari yang aku ada janji untuk belajar bersama di rumah Hyun Mi . 
"Lahh , apasal kau tak bagitahu aku awal-awal?"
"Kau tak call dia? Dia pun satu , tak ada call kau pun"
"Kau janji dengan dia pukul berapa?"
Won Bin menyerbu aku dengan pelbagai soalan . 
Terdiam
Keadaan bilik aku menjadi sunyi . Yang kedengaran hanyalah suara tembakan dari arah pembesar suara televisyenku .
"Ahh sudah ! Aku betul-betul lupa ! Matilah aku macam ni . Mesti Hyun Mi tunggu aku lama ."
Jawapan aku tidak menjawab langsung pertanyaan Won Bin . 
Seluar jeans yang terletak dibucu katil aku capai laju . Lantas menyarungkannya ke dua-dua belah kakiku . Berlari-lari anak ke tandas . Mencuci muka dengan sedikit air . Tuala tangan yang tergantung di penyidai tuala diambil dan dikesatkan ke muka.
"Woi , kau pergi seorang je ke ?"
Jerit Won Bin dari dalam bilikku .
"Ya ! Aku pergi seorang je ni . Nak belajar matematik . Kenapa kau tanya ?"
Balasku .
"Tak ada apalah . Aku ingat nak join korang . Hehehe . Boleh ke ?"
Won Bin tersengih setelah melihat aku di muka pintu bilik . 
"Apa mimpi kau nak join tiba-tiba ni ? Bukan kau paling menyampah ke kalau dengar perkataan matematik ? Hahahahhaa "
Selamba aku memerli Won Bin .
"Sebenarnya aku dah lama syok dekat Hyun Mi . Eh , kau jangan bagitahu dia pula !"
Jawapan Won Bin membuatkan aku tercengang . Won Bin suka Hyun Mi ? Sejak bila ? Kenapa aku tak tahu langsung ? Adakah Hyun Mi turut menyukai dia ? Oh tidak mungkin . Pelbagai persoalan timbul di benak fikiranku . 
"Kau kenapa senyap ni ? Boleh ke tidak aku nak join . Kalau tak boleh tak apalah , aku tumpang bilik kau kejap . Nak main game . Hahahaa "
Won Bin kembali mencapai joystick dan menyambung semula aksi tembak-menembak . 
"Nak ikut , cepat tutup game tu . Jom gerak sekarang . Dah lambat ni . Dekat satu jam Hyun Mi tunggu aku ."
Ayat tersebut lancar keluar dari mulutku . Seolah-olah ingin melihat reaksi Hyun Mi apabila dia ternampak Won Bin nanti . Gembirakah dia jika tahu aku mengajak Won Bin bersama . Aku renung Won Bin sesaat dua . Budak paling popular dalam sekolah menyimpan perasaan terhadap kawan baikku sendiri . Won Bin ohh Won Bin . Dalam ramai-ramai mengapa Hyun Mi juga yang kau pilih . 
"Yahooo ! Boleh aku jumpa Hyun Mi . Hehehee ."
Won Bin menunjukkan sengihnya buat kali kedua . 
Aku hanya mampu tersenyum .

Author POV
Won Bin merupakan kawan baik Jong Hoon . Mereka adalah rakan sekelas dan Won Bin sering berkunjung ke rumah Jong Hoon pada waktu lapang . Dia juga merupakan pelajar yang paling popular di sekolahnya , Shindongshin High School . Raut wajahnya yang comel , pipi bulat bak kuih pau , senyum yang mampu melembutkan hati wanita , serta lesung pipitnya membuatkan semua wanita terpegun melihatnya . Ramai pelajar perempuan sekolahnya mengutus surat dan memberi hadiah kepada Won Bin hampir setiap hari . Malahan ramai juga yang ajak Won Bin untuk keluar bersama . Semua ajakan itu ditolak secara lembut . 
Sebelum Won Bin pindah ke sekolah tersebut , Jong Hoon merupakan pelajar lelaki yang paling popular kerana ketampanan dan kehebatannya dalam bermain alat muzik . Kerana sikap pemalunya , Jong Hoon hanya mampu tersipu ketika menerima pujian . Lain pula Won Bin yang lebih bersikap mesra dengan semua pelajar lain . Setelah Won Bin pindah ke situ , tumpuan pelajar perempuan lebih diberikan kepada Won Bin . Jong Hoon tidak pernah kisah tentang populariti . Won Bin pula telah menjadi kawan baiknya sehingga kini . Mungkin kerana kegemaran mereka yang sama dan wujud keserasian , maka mereka menjadi lebih rapat dari hari ke hari .
Mereka memang rapat sehinggakan kegemaran mereka juga sama . Dari segi makanan , pakaian , permainan , muzik , sampailah ke Hyun Mi . Ya ! Mereka menggemari perempuan yang sama . Cuma Jong Hoon masih belum menyedarinya .

Won Bin POV 
Aku sering berkunjung ke rumah Jong Hoon hampir setiap hari sekiranya lapang . Seperti hari-hari biasa , aku akan menemani Jong Hoon bermain PlayStation2 di rumahnya . Kadangkala kami akan bermain gitar dan mencuba untuk menggubah lagu . Itulah yang sering aku lihat dilakukan Jong Hoon . Dia amat gemar menggubah lagu . Katanya untuk luahan hati insan tercinta .
Hampeh
Kusyuk sungguh Jong Hoon membunuh penjahat-penjahat di kaca televisyen . Aku turut memicit-micit segala butang yang ada di joystick genggaman tanganku untuk membunuh penjahat-penjahat tersebut .
"Alamak , aku dah lambat ni ! Aku ada janji dengan Hyun Mi nak belajar sama-sama !" 
Jeritan Jong Hoon memecah suasana .
Terkejut .
Kaget .
"Lahh , apasal kau tak bagitahu aku awal-awal?"
"Kau tak call dia? Dia pun satu , tak ada call kau pun"
"Kau janji dengan dia pukul berapa?"
Pantang mendengar nama Hyun Mi disebut , terus aku menyrbu Jong Hoon dengan pelbagai soalan .
Diam
Keadaan bilik menjadi sunyi . Hanyalah suara tembakan dari arah pembesar suara televisyen sahaja yang didengari .
"Ahh sudah ! Aku betul-betul lupa ! Matilah aku macam ni . Mesti Hyun Mi tunggu aku lama ."
Jawapan Jong Hoon menghampakan aku .
Aku memerhati perlakuan Jong Hoon . Seluar jeans yang terletak dibucu katil dicapai laju . Lantas disarungkannya ke dua-dua belah kaki . Berlari-lari anak dia tandas . Aku terdengar bunyi air mengalir .
"Woi , kau pergi seorang je ke ?"
Jeritku dari dalam bilik.
"Ya ! Aku pergi seorang je ni . Nak belajar matematik . Kenapa kau tanya ?"
Jawapan yang sempurna .
Tersenyum .
"Tak ada apalah . Aku ingat nak join korang . Hehehe . Boleh ke ?"
Laju sahaja mulutku bertanya . Senyum terukir di wajahku . Hampir kesemua gigi dinampakkan .
"Apa mimpi kau nak join tiba-tiba ni ? Bukan kau paling menyampah ke kalau dengar perkataan matematik ? Hahahahhaa "
Jong Hoon memerliku .
"Sebenarnya aku dah lama syok dekat Hyun Mi . Eh , kau jangan bagitahu dia pula !"
Untuk kali pertama aku menyatakan perasaanku terhadap Hyun Mi kepada orang lain . 
Jong Hoon hanya senyap setelah mendengar penyataan tersebut . Adakah aku tersalah cakap ? Mengapa Jong Hoon merenung aku sebegitu ? Ahh sudah . 
Merah
Mukaku merona kemerah-merahan . Aku merasakan yang aku telah terlepas cakap . Lantas aku berpusing menghadap ke kaca televisyen .
"Kau kenapa senyap ni ? Boleh ke tidak aku nak join . Kalau tak boleh tak apalah , aku tumpang bilik kau kejap . Nak main game . Hahahaa "
Selamba 
Aku kembali mencapai joystick dan menyambung semula aksi tembak-menembak . 
"Nak ikut , cepat tutup game tu . Jom gerak sekarang . Dah lambat ni . Dekat satu jam Hyun Mi tunggu aku ."
Jawapan yang paling sempurna ! Terasa seolah-olah ingin melompat aku mendengar jawapan Jong Hoon .
"Yahooo ! Boleh aku jumpa Hyun Mi . Hehehee ."
Mulutku tidak dapat dikawal . Ayat tersebut keluar tanpa aku sedari . Mungkin refleks akibat terlalu gembira mendengar nama Hyun Mi . Apatah lagi boleh berjumpa dengannya .

Author POV
Jong Hoon dan Won Bin berjalan seiringan menuju ke rumah Hyun Mi . Jarak antara rumah mereka mengambil masa lebih kurang dua puluh lima minit sekiranya berjalan kaki . Jong Hoon mengeluarkan telefon bimbit dari poketnya dan mendail nombor Hyun Mi . 
"Yeoboseyo , Hyun Mi yaa ~ "
Jong Hoon menyapa setelah panggilannya berjawab .
"Yeoboseyo , Jong Hoon ! Awak kat mana ? Ada apa-apa terjadi ke kat awak?"
Hyun Mi yang merisaukan Jong Hoon sedari tadi terus menerpa Jong Hoon dengan soalan .
"Saya tak apa-apa . Maaflah , saya tak ingat tadi . Leka buat benda lain . Maafkan saya ya."
Pinta Jong Hoon .
"Oh tak apa . Asalkan awak tak apa-apa dah cukup dah . Risau saya tadi tau ."
Hyun Mi lega mendengar jawapan Jong Hoon .
"Ni saya dalam perjalanan ke rumah awak . Dalam lima belas minit macam tu saya sampailah ya . "
Terang Jong Hoon .
"Baiklah , saya tunggu ."
Clickk 
Talian terputus .
Tidak sempat Jong Hoon memberitahu Hyun Mi bahawa Won Bin ingin menyertai mereka . Fikir Jong Hoon , itu tidak mengapa . Dia ingin mengetahui bagaimana riak muka Hyun Mi apabila berjumpa Won Bin . Mana tahu kalau kalau Hyun Mi juga menyimpan perasaan yang sama seperti Won Bin .

********
Setibanya di rumah Hyun Mi , 

Jong Hoon POV
Ting-tong ~
Won Bin laju menekan loceng rumah Hyun Mi . Rumahnya sederhana sahaja . Tetapi lengkap . Aku sering ke sini mencari ilham . Laman rumahnya yang luas dan menghijau memberikan inspirasi kepadaku . Pintu rumah dibuka luas . Terlihat kelibat Hyun Mi melambai dari arah dalam . Dan selepas beberapa saat , lambaian itu terhenti . Aku memerhatikan Won Bin yang melambai ke arah Hyun Mi dengan penuh kegembiraan . Wajahnya terpancar seperti sinaran sang suria . Oh , mungkin Hyun Mi terkejut kerana aku membawa Won Bin . Hyun Mi berjalan ke arah kami dan membuka pagar . 
"Annyeong haseyo ! Saya Won Bin . Kawan sekelas Jong Hoon . Nak join korang belajar matematik boleh ?"
Won Bin memperkenalkan dirinya sejurus pintu pagar dibuka .
Merah 
Muka Hyun Mi merona kemerahan . Adakah dia menyukai Won Bin ? 
OH TIDAK !
"Annyeong haseyo."
Terdengar sahutan dari Hyun Mi .
Aku terus menyelusup dihadapan Won Bin sejurus menutup mukanya dengan belakang badanku . Tak sanggup melihat mereka bertentang mata mungkin .
"Jom masuk dalam ."
Aku terus menarik tangan Hyun Mi tanpa disedari dan memandunya ke dalam rumah . Won Bin tercengang lalu mengikuti kami . 

Hyun Mi POV
Ting-tong
Loceng rumah berbunyi .
Aku berlari mendapatkan tombol pintu . Dikuak pintu tersebut seluas-luasnya . Aku melambai-lambai ke arah Jong Hoon dan tiba-tiba . . . 
Wajah lelaki itu ,
OH WON BIN
Pelajar lelaki popular di sekolahku
Lambaianku mati di situ setelah terpandang lelaki yang melambai dengan bersungguh-sungguh di luar pagar rumahku. Macam mana Won Bin boleh ada kat situ ? Hatiku bertanya sendirian . Sememangnya aku pernah berhajat untuk bertemu Won Bin . Di sekolah , dia terlalu popular . Mungkin gadis biasa seperti aku tidak akan dipandang olehnya . Aku bermonolog lagi . Aku hanya sekadar meminati Won Bin . Dia adalah atlet bola keranjang sekolah . Dan minat aku padanya hanya seperti peminat menyukai artis . Tidak lebih mahupun kurang . Aku terus melangkah dan membuka pintu pagar . Muka ceria Won Bin jelas kelihatan . Lambaiannya masih terlekat ditangan .
"Annyeong haseyo ! Saya Won Bin . Kawan sekelas Jong Hoon . Nak join korang belajar matematik boleh ?"
Merah .
Mukaku kemerahan .
Akhirnya Won Bin di depan mataku !
Aku mengangguk dan membalas ,
"Annyeong haseyo ."
Sekelip mata Jong Hoon muncul dihadapanku . Bila masa dia menyelit ditengah-tengah antara aku dan Won Bin pun aku tak tahu . 
"Jom masuk dalam ."
Jong Hoon menarik tanganku dan menuju ke dalam rumah . 
Kaget .
Reaksi Jong Hoon secara tiba-tiba memeranjatkan aku . Mukaku kemerahan lagi . Aku hanya menahan malu . Won Bin memandang ke arah tangan kami yang bergandingan itu lalu mengikuti tanpa bersuara . 

********

Author POV
Dua hari berlalu , Won Bin merasakan seolah-olah dia bermimpi . Yang keluar dari mulutnya hanyalah Hyun Mi , Hyun Mi , Hyun Mi . Di dalam kelas , di kantin , sepanjang perjalanan pulang dan pergi ke sekolah , malahan ketika dia di rumah Jong Hoon , Hyun Mi tidak pernah lekang dari mulutnya . Sehinggakan Won Bin meminta pertolongan daripada Jong Hoon untuk menyampaikan perasaannya kepada Hyun Mi . Jong Hoon tidak ingin berbuat demikian tetapi Won Bin adalah kawannya . Jong Hoon tersepit , dia tidak tahu ingin membantu Won Bin ataupun tidak . Dia yakin bahawa Hyun Mi hanyalah kawan baiknya . Tetapi dia tidak sanggup melihat Hyun Mi bersama lelaki lain . Ya ! Hanya Jong Hoon satu-satunya kawan lelaki Hyun Mi . Sikap pemalu Hyun Mi menyebabkan dia sukar bergaul dengan lelaki . Dan Jong Hoon senang dengan perkara tersebut . 
Setelah bertahun lamanya dia berkawan dengan Hyun Mi , Won Bin cuba untuk merampas Hyun Mi daripadanya . Dia menidakkan perasaan cintanya terhadap Hyun Mi . Dia memandang wajah Won Bin yang penuh dengan harapan . Hanya satu anggukan daripadanya mampu membuatkan Won Bin menari kegirangan . Jong Hoon bermonolog lagi . Adakah dia benar-benar rela melihat Hyun Mi bersama lelaki lain ? Tambahan pula lelaki itu adalah Won Bin . Ataupun Jong Hoon perlu menerangkan pada Won Bin tentang perasaannya terhadap Hyun Mi yang dia sendiri pun tidak tahu akannya . Apa yang harus dia lakukan .....

-----------------------------------------------------------------------------------
Adakah Jong Hoon akan membantu Won Bin ? Ataupun dia dapat mengenalpasti perasaannya terhadap Hyun Mi ? Dan bagaimana pula dengan Hyun Mi ? Siapa yang berada di hati Hyun Mi ? Nantikan sambungannya di babak akan datang :D

//Sorry kalau cerita agak bosan . Tengah buntu ni >< Lagi satu , lagu tu kena ke ? Tak pandai pilih lagu laaa ~

Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

9 comments:

joe. said...

Chapter 2 please ~ LOL xD

Kay Aniza said...

waaaaaaa eden dah agak dah wonbin mesti jadi orang kedua . ehehehe . dapat bayangkan muka wonbin . isk XDD
best ~

darla carolina said...

@Jojo - sabaqq sadd naaa cheq :DD

@kay Aniza - HAHA tetibe Won Bin masok dlm cte neyh >< idea secara mendadak :D

TaePung428 said...

Chapter 2 cepat ~
Tak sabaq dah ni !!
Hee ~

darla carolina said...

@Mochi Newbiez
HAHA okehhh . nnt unnie update :D

Fifi said...

wahhh, bez bez bez ! waiting chapter2

darla carolina said...

@fifi nazifa
chapter 2 coming soon ~

♥ cik puan hongki ♥ said...

om0oo unnie ^^
this is ohsemm :)) ahahaha.
x sabar nk bace lagi ^^

darla carolina said...

ngee thanks syg :) jemput lhaa bace ye :) hehe