WATAK UTAMA
Choi Jong Hoon
Jang Hyun Mi
WATAK TAMBAHAN
Oh Won Bin
Babak sebelum ini >Pertemuan Semula<
November 2011
Hospital Soonchunhyang, Seoul, Korea.
Jong Hoon POV
"Kamu semua tunggu di luar."
Pinta salah seorang jururawat yang bertugas di situ.Pintu wad kecemasan aku pandang lama. Lampu masih menyala. Ia menandakan pembedahan sedang dijalankan.
Pintu terbuka.
Seorang jururawat berjalan dengan pantas. Sebelah tangannya dipenuhi darah. Seorang lagi jururawat mendapatkannya. Riak wajah mereka kelihatan cemas. Selepas berbual beberapa minit, mereka kembali semula ke bilik pembedahan.
Aku menyandar pada dinding yang menghadap bilik pembedahan tersebut. Seung Hyun menemaniku sedari tadi. Mengapa semua ini harus terjadi. Pada saat aku bertemu semula dengan Hyun Mi setelah sekian lamanya kami tidak berjumpa. Dugaan apakah ini?
Pintu itu terbuka lagi.
Seorang lelaki berkaca mata berjalan menuju ke arahku.
"Awak ahli keluarganya ke?"
Tanya doktor itu.
Aku menggeleng.
"Ibunya dalam perjalanan ke mari. Saya kawannya."
Aku menjawab.
"Bagaimana dengan Hyun Mi doktor?"
Won Bin yang duduk di kerusi meluru mendapatkan doktor yang berdiri di hadapanku ini.
Dia menggenggam tangan doktor tersebut.
"Maaf, kami kekurangan darah jenis O. Pesakit kehilangan banyak darah. Kami memerlukan darah jenis O dengan segera tapi bekalan tidak mencukupi."
Terang Doktor Lee.
Aku sempat membaca tanda namanya.
"Boleh saya derma? Tapi saya darah A."
Tanyaku."Pesakit hanya boleh menerima darah jenis O sahaja."
Terang Doktor Lee.
"Saya darah O doktor, ambillah darah saya sebanyak mana pun asalkan Hyun Mi selamat."
Won Bin menggesanya.
"Baiklah, bersedia untuk menjalani pemindahan darah secepat mungkin. Kita tiada masa lagi."
Kata Doktor Lee sebelum melangkah masuk semula ke bilik pembedahan.Oh Tuhan, dugaan yang kau berikan memang cukup berat. Mengapa bukan aku yang dapat membantu disaat Hyun Mi memerlukan bantuan.
Tanpa ku sedari, air mata ini menitis sendirinya.
Mungkin benar, aku bukan ditakdirkan untuk Hyun Mi tapi aku benar-benar menyintainya. Cuma aku yang terlalu ego dan mementingkan diri selama ini.
Won Bin POV
Badan aku terasa lemah selepas proses pemindahan darah. Keadaan Hyun Mi yang sangat memerlukan darah ketika ini menyebabkan aku perlu melakukan pemindahan berbanding pengambilan darah. Aku merenung Hyun Mi yang sedang terbaring di sebelahku. Darahku terus mengalir ke dalam tubuhnya melalui tiub yang menghubungkan kami berdua. Tubuhnya tidak bergerak. Hatiku sayu melihatnya. Untuk bernafas pun dia memerlukan alat bantuan pernafasan. Ini semua terjadi kerana diriku. Kalaulah aku tidak membawanya ke situ tadi. Aku yang menyebabkan semua ini terjadi. Aku yang bersalah dan menyebabkan Hyun Mi jadi sebegini.
********
Tiga minggu kemudian
Disember 2010
Bibirku mengukirkan senyuman melihat sejambak bunga di tangan yang baru dibeli tadi. Aku berjalan menuju ke wad di mana Hyun Mi ditempatkan. Jururawat yang lalu-lalang di situ memberikan senyuman. Mereka sudah mengenaliku kerana aku sentiasa berulang-alik ke sini hampir setiap hari.
Bunga yang berada di dalam pasu aku gantikan dengan yang baru. Langsir diselak, tingkap juga dibuka untuk membiarkan udara segar memenuhi segenap ruang wad ini.
Aku duduk di hadapan Hyun Mi yang masih lena dibuai mimpi selama tiga minggu itu. Dia masih lagi belum sedarkan diri. Tapi keadaannya sudah stabil. Semalam dia ada menunjukkan tindak balas. Kata Doktor Lee yang merawatnya, itu adalah tidak balas normal akibat pergerakan urat. Entah apa yang dijelaskan pun aku kurang pasti. Otakku sedikit lambat untuk menangkap istilah sains seperti itu.
"Hyun Mi, awak jangan risau. Saya sentiasa menemani awak di sini."
Aku berkata.
Walaupun aku tahu bahawa Hyun Mi mungkin tidak mendengarinya.
Pintu wad dikuak tiba-tiba. Kelihatan Jong Hoon sedang berdiri di muka pintu.
"Eh Won Bin, dah lama sampai?"
Dia menyapaku.Aku mengangguk.
"Ada la dalam 20 minit macam tu."
Jawabku pendek.
Dia berjalan mendekati Hyun Mi yang sedang lena terbaring.
"Awak cepat sedar ya."
Tangannya mengusap lembut kepala Hyun Mi yang berbalut sebahagiannya.
Aku sekadar memandang perlakuan Jong Hoon. Wajahnya kelihatan suram. Aku tidak boleh menyalahkan Jong Hoon semata-mata atas apa yang berlaku ini. Benda sudah terjadi. Aku hanya akur dengan kehendak dan segala yang telah tertulis.
Tangan Hyun Mi yang berada dalam genggamanku terasa seperti digerak-gerakkan. Aku terus memandang wajah Hyun Mi yang kosong itu.
"Hyun Mi, Hyun Mi! Awak dah sedar ke?"
Jeritku sambil menggoncang perlahan tubuh Hyun Mi.
Jong Hoon memandangku sambil tangannya masih lagi berada di kepala Hyun Mi.
"Hyun Mi, awak dah sedar?"
Aku bertanya setelah melihat mata Hyun Mi yang tercelik itu.
"Eh, apa ni pegang-pegang kepala orang."
Hyun Mi menepis tangan Jong Hoon.
"Tsskkk. Won Bin, macam mana saya boleh ada kat sini?"
Tanya Hyun Mi kepadaku.
Dia memegang kepalanya yang berbalut.
"Err, awak tak ingat ke? Lebih kurang tiga minggu lepas awak kena langgar lari. Dah lama awak berada dalam keadaan koma."
Jawabku.
Aku menekan loceng untuk memanggil doktor. Jong Hoon yang berada di sisi Hyun Mi diam membisukan dirinya.
"Awak okay tak Hyun Mi? Saya risau awak tak bangun-bangun. Lama saya tunggu awak sedar."
Sambungku lagi.
"Saya rasa macam pening sikit. By the way, siapa dia ni? Apa dia buat kat sini? Kawan awak ke Won Bin?"
Pertanyaan Hyun Mi membuatkan aku dan Jong Hoon tersentak.
"Awak tak kenal saya ke Hyun Mi?"
Jong Hoon bertanya.
"Awak tak kenal saya atau awak pura-pura tak kenal saya? Awak janganlah bergurau macam ni."
Sambung Jong Hoon.
Terdapat kerutan pada wajah Hyun Mi. Dia seperti benar-benar tidak mengenali Jong Hoon.
"Betul, memang saya tak kenal. Awak kenal saya ke?"
Jawab Hyun Mi.
"Ini memang gila, saya tahu saya salah. Tapi awak jangan nak main-main macam ni."
Ujar Jong Hoon lalu memegang tangan Hyun Mi.
Serta-merta Hyun Mi menarik kembali tangannya.
"Eh, apa pegang-pegang ni. Gatal ke? Pervert? Erghhh."
Hyun Mi melontar sebiji bantal pada muka Jong Hoon.
Aku semakin pelik melihat Hyun Mi. Tidak ingatkah dia pada Jong Hoon? Hilang ingatankah dia akibat hentakan yang kuat semasa kemalangan tempoh hari? Tetapi dia boleh mengenaliku. Hairan sungguh.
Doktor Lee melangkah masuk ke dalam wad sambil ditemani jururawatnya.
"Hyun Mi-ssi, baguslah awak dah sedar. Ada bahagian yang rasa tak selesa?"
Tanya Doktor Lee.
"Oh saya rasa okay je. Cuma kepala pening sikit."
Jawab Hyun Mi.
"Itu mungkin kesan daripada ubat pelali yang pernah dimasukkan ke dalam tubuh badan Hyun Mi-ssi. Selain itu, ada apa-apa lagi?"
Dia bertanya lagi.Hyun Mi menggeleng.
"Rasanya tak ada."
Ringkas jawapannya.
"Kalau macam tu, saya keluar dulu. Awak berehatlah."
Ujar Doktor Lee sebelum meninggalkan kami.
Aku mengikuti langkah Doktor Lee sehingga ke muka pintu.
"Doktor, saya rasa ada yang tak kena pada Hyun Mi. Dia tak okay pun sebenarnya"
Kataku menyangkal penyataan Hyun Mi.
"Maksud awak?"
Tanya Doktor Lee.
"Dia ingat siapa saya, tapi dia lupa Jong Hoon yang dikenalinya sejak kecil tu."
Balasku.
"Betul ke ni? Mari ikut saya sebentar."
Aku menurut kehendaknya.
Aku berdebar untuk mendengar penjelasan Doktor Lee. Dia memintaku duduk sebelum dia menjelaskan keadaan Hyun Mi.
"Mungkin dia hilang ingatan sementara. Ini memang biasa terjadi pada pesakit yang koma untuk jangka masa yang panjang selepas mengalami hentakan di kepala. Tapi dalam kes ni dia cuma hilang sebahagian sahaja ingatannya. Hal ini terjadi kerana ingatan yang hilang tu merupakan perkara yang banyak difikirkan ataupun selalu mengganggu fikirannya. Kiranya, perkara yang dia terlupa sekarang boleh dikatakan banyak membuat dia tertekan sebelum ini. Tapi jangan risau. Ingatan yang hilang tu akan kembali semula dengan cara mengingatkannya kembali secara perlahan. Bagi tempoh masa pula, ia bergantung kepada pesakit itu sendiri. Ada yang berjaya mendapatkan kembali ingatannya dalam masa beberapa minggu dan ada juga yang makan masa berbulan-bulan. Harap awak boleh bersabar untuk mendapatkan ingatannya kembali."
Terang Doktor Lee.
Aku mengangguk.
"Oh, saya faham. Maksudnya, orang yang Hyun Mi lupa tu kena buat perkara yang diorang pernah buat supaya dia ingat balik?"
Aku bertanya.
"Ya, lebih kurang macam tu. Mungkin dengan cara itu, ia boleh mengembalikan ingatannya."
Balas Doktor Lee.
"Haa, lagi satu perkara. Dalam masa dua tiga hari lagi, Hyun Mi-ssi dah boleh discharged jika badannya tiada masalah. Jangan lupa maklumkan pada keluarganya."
Tambahnya lagi.
"Baiklah. Terima kasih doktor."
Kataku sebelum keluar dari bilik tersebut.
*********
Hyun Mi POV
"Dah siap kemas ke?"
Suara Won Bin menerpa gegendang telingaku.
Ake segera menoleh. Won Bin tersenyum memandangku. Aku mengingati dengan jelas wajah Won Bin tapi ada beberapa perkara yang masih kurang jelas. Seingatku, dia adalah teman lelakiku. Siapa pula lelaki yang seorang lagi tu? Kata Won Bin, aku hilang sebahagian ingatanku tetapi ianya hanya sementara. Yang anehnya, aku mengingati dengan jelas segala butir yang penting seperti diriku sendiri, keluargaku, rakan-rakan yang rapat denganku, serta perihal Won Bin. Cuma Jong Hoon sahaja yang aku kurang pasti dengannya. Benarkah aku mengenalinya. Aku pun tak berapa pasti akan hal itu.
"Dah siap dah. Jom."
Aku mengambil beg yang telah diisi pakaianku .Won Bin menghulurkan tangan untuk membawa beg tersebut. Aku memberikan beg itu padanya. Kami berjalan menuju ke kereta yang dibawa Won Bin.
"Awak ingat lagi tak macam mana saya boleh kenal dengan awak?"
Won Bin bertanya padaku.
"Bukan awak satu sekolah dengan saya ke? Awak popular pula tu. Tak kan la saya tak kenal."
Jawabku.
"Bukan macam tu. Maksud saya, macam mana kita boleh kenal lebih rapat. Macam mana awak boleh jadi teman wanita saya. Tu yang saya maksudkan."
Mukanya jelas ingin tahu.
"Saya rasa, awak yang cuba tackle saya lepas tu awak ajak saya keluar then awak buat surprise masa first time kita keluar bersama. Macam tu kan?"
Aku menjelaskan apa yang ada di fikiranku.
"Hyun Mi!"
Suara Jong Hoon yang entah dari mana munculnya memotong perbualan kami.
Aku dan Won Bin mencari arah datangnya suara tersebut.
Seorang lelaki sedang berdiri menyandar pada sebuah kereta. Lelaki yang mengaku mengenali diriku rupanya.
"Hyun Mi, saya tahu awak discharged hari ini. Jadi, saya datang nak jemput awak."
Sambungnya lagi lalu menarik tanganku.
"Eh, kejap. Saya bukannya kenal awak. Okay, mungkin saya kenal awak. Tapi sekarang saya tak pasti. Mana tahu kalau-kalau awak ni merbahaya ke. Entah apa jadi dengan saya nanti. Tak apa, Won Bin boleh hantar saya balik. Lagipun, dia teman lelaki saya. Lebih baik dia yang hantar saya. Kan Won Bin."
Pintaku.
Won Bin membulatkan matanya.
"Haaa, ya ya ya."
Dia mengangguk-angguk laju.
"Bila masa pula dia ni boyfriend awak? Awak girlfriend saya la."
Pengakuan Jong Hoon memeranjatkanku.
Sebelum ni mengaku yang dia mengenaliku, sekarang mengaku yang aku adalah teman wanitanya. Esok lusa entah apa pula.
"Sejak bila saya jadi girlfriend awak ni?"
Aku melepaskan pegangan tangannya.
Jong Hoon cuba untuk menarikku.
"Jong Hoon, kau janganlah paksa dia. Kan dia dah cakap yang dia girlfriend aku. Jangan paksa-paksa dia lagi."
Kata Won Bin meleraikan aksi tarik-menarik kami.
"Habis aku ni macam mana? Dia kata dia tak kenal aku, lepas tu suka-suka cakap kau ni boyfriend dia. Takkan aku nak tengok je korang."
Jawab Jong Hoon.
Aku cuba untuk mengamati wajahnya. Aku berusaha untuk mencari siapa sebenarnya Jong Hoon dalam ingatanku. Kepalaku menjadi pening untuk mengingati Jong Hoon. Arghh sangat menyakitkan, ianya berdenyut-denyut.
"Tssskkk Won Bin, kepala saya sakit. Pening la. Cepat cepat cepat. Nanti-nanti je fikir pasal dia."
Aku ingin cepat-cepat pergi meninggalkan Jong Hoon.
Tak mahu menambah kesakitan di kepala untuk fikir mengenainya. Won Bin memimpinku ke keretanya dan Jong Hoon pula ditinggalkan begitu sahaja.
---------------------------------------------------------------------------------------
Apa akan terjadi pada Jong Hoon? Mampukah dia membuatkan Hyun Mi mengingatinya semula? Adakah Won Bin akan melepaskan Hyun Mi untuk Jong Hoon? Nantikan sambungannya di babak akan datang.
//Tak suka buat cerita berkaitan sains biologi bagai -__________-"
12 comments:
Aaaaaaaaaaaaaaa ! Sambung lagi ! XP
@Dhilah_Woohyun - Aaaaaaaaaaaaaa~ Okay okay :D
SAMBUNG !!!! JONGIE FIGHTING !!! XD
sambunggggggggggggggggggggg :3
@El-Joe's ♡ - kalau eden na buat ending ngn wonbin cmne HAHAHHA :DD
@Wanawoohyunie - baik lhaaaa ~
Unnie sambunglah lagi . Tskk tskk . Kesian JongHoon T_T
sian jonghoon :(
P/S : macam HYD pulak jln cite nih ><
ending dia mesti jong hoon jadi hero ok? :D
@pocoyolala - tggu unnie free nti unnie smbung :) thanks bace .
@anishiya - ceh kaw , da taw lagi mahu tnye -..-
@ayuni - ngehehehe . tgok lhaaa cmne nnti :B
Post a Comment