Lebih lanjut mengenai Endless Love klik >sini<
-------------------------------------------------------------------------------------------------
14 Februari 2007
Angin pagi yang dingin mencucuk tubuh Hyun Mi. Seperti biasa dia akan berjalan kaki ke sekolahnya. Kotak pada tangannya dipandang. Dibeleknya keseluruhan kotak itu. Tiada nama pemberi dituliskan. Yang ada hanyalah sekeping kad dengan sedikit ucapan dan juga namanya.
'Happy Valentine's Day Jang Hyun Mi'
Siapa pula yang memberinya hadiah? Hyun Mi tidak mampu meneka. Pada fikirannya hanya ligat memikirkan ia pasti daripada Won Bin kerana mereka baru sahaja berbaik selepas pergaduhan besar di hospital tempoh hari. Kakinya diatur sedikit laju setelah menyedari dia berkemungkinan lewat. Kotak pada tangannya dipeluk lalu Hyun Mi berlari-lari anak apabila melihat dua orang pengawas hampir menutup pintu pagar sekolah.
Senyumannya terbit apabila sempat untuk memasuki ruangan sekolah sebelum waktu pembelajaran bermula. Nafasnya sedikit turun naik. Setelah beberapa saat, Hyun Mi kembali mengatur nafasnya seperti biasa. Rambut yang berselerak disisipkan ke tepi telinga. Dia membetulkan dirinya sebelum kembali mengatur langkah.
Lambaian Won Bin dari jauh menyejukkan hati Hyun Mi. Walaupun dia masih dalam proses untuk mencintai lelaki itu, hatinya senang setiap kali melihat keceriaan dan kemesraan Won Bin yang diberikan untuknya. Won Bin berlari menuju ke arahnya.
"Selamat pagi sayang."
Ucapnya lalu mengemaskan rambut Hyun Mi.
Awal pagi lagi wajah Hyun Mi telah pun merona kemerahan menahan malu diperlakukan begitu. Bukan malu kerana ianya suatu perkara yang buruk. Tetapi malu kerana banyak mata yang menyaksikan kemesraan yang ditunjukkan. Dan salah satu mata yang memerhatikan adalah mata Jong Hoon.
"Selamat pagi. Ni awak bagi ke?"
Tanya Hyun Mi menunjukkan kotak yang ada dalam pelukannya.
"Eh, apa ni? Saya tak ada bagi apa-apa pun."
Balas Won Bin.
Jawapan Won Bin membuatkan Hyun Mi kehairanan. Kalau bukan Won Bin, siapa lagi yang memberikan hadiah tersebut? Hyun Mi meminta diri untuk masuk ke kelasnya. Dia sempat melihat Jong Hoon yang duduk termenung merenung langit dari dalam kelas mereka.
'Tak mungkin Jong Hoon. Kan dia sendiri yang kata ciuman itu hanya satu kesilapan'
Dia bermonolog.
Hyun Mi menundukkan wajahnya lalu masuk ke kelasnya. Sae Ra telah pun berada di atas kerusi miliknya dan setia menanti Hyun Mi seperti biasa setiap pagi. Hyun Mi melepaskan keluhan berat. Beg yang digalasnya sedari tadi diletakkan pada sisi meja. Pinggul dilabuhkan pada kerusi di hadapannya itu. Sae Ra pula seolah-olah tidak sabar untuk mengetahui sesuatu setelah melihat kotak yang Hyun Mi letak pada atas meja.
"Siapa bagi? Won Bin ke?"
Tanya Sae Ra seperti yang telah Hyun Mi duga.
"Tak tahu. Tak ada nama."
Balas Hyun Mi.
"Bukalah cepat. Aku nak tengok."
Gesa Sae Ra.
Dengan malasnya Hyun Mi membuka bungkusan kotak tersebut. Anak mata Sae Ra ligat melihat bungkusan itu dibuka.
"Cepat la buka. Lambatnya kau ni."
Ujar Sae Ra tidak sabar.
"Tengah cepat la ni."
Jawab Hyun Mi.
Setelah hilang bungkusan yang melekat pada kotak tersebut, Sae Ra menjerit melihat kandungan kotak itu.
"Wahhh, music box limited edition! Mahal ni Hyun Mi. Kat Korea ada sepuluh unit je kau tahu tak. Yang bagi ni mesti anak orang kaya. Kalau nak beli kena buat tempahan awal tu."
Sae Ra seperti orang jakun membelek kotak muzik itu.
"Tapi aku tak tahu siapa yang bagi."
Balas Hyun Mi.
"Ada la tu secret admirer kau bagi. Design ni exclusive untuk Valentine's Day kau tahu tak. Mesti yang bagi ni memang lama dah suka kat kau."
Ucap Sae Ra.
Hyun Mi masih berfikir. Meneka-neka siapa sebenarnya yang memberikan hadiah itu. Sedang Hyun Mi berfikir, guru kelasnya pula masuk untuk mengambil kedatangan. Cepat-cepat Hyun Mi menyimpan kotak muzik tersebut ke dalam laci mejanya. Tangannya tersentuh sesuatu ketika itu. Sekeping kad. Tanpa nama. Sekali lagi dia mendapat sesuatu tanpa nama tapi ianya hanya sekeping kad. Dia meraba-raba dalam laci meja itu sekiranya ada benda lain yang ditinggalkan oleh pemilik kad.
Hampa.
Hanya sekeping kad tanpa nama pemberi sahaja yang ada di dalam laci meja tersebut. Hyun Mi tertanya-tanya di dalam hati, mengapa dia menerima pelbagai kejutan sedari pagi tadi lagi. Matanya membaca tulisan yang tertera pada kad tersebut.
'For the most precious girl in my life. Harap Hyun Mi suka dengan music box tu. Sekali lagi, Happpy Valentine's Day. Harap Hyun Mi tak tolak hadiah tu. Jumpa di atas bumbung sekolah selepas waktu sekolah. I'll be waiting. Jangan hampakan saya. Thanks a lot.'
Hyun Mi menelan air liurnya. Terasa seakan-akan tersekat di kerongkong. Siapa sebenarnya yang menghadiahkan dia kotak muzik tersebut? Hyun Mi hanya mampu bertanya tanpa mendapat sebarang jawapan. Yang pastinya, dia akan naik ke bumbung sekolah selepas tamat sessi pembelajaran hari ini.
********
Hyun Mi tidak memberitahu Sae Ra mengenai kad dan juga pertemuan itu. Entah mengapa jantungnya berdegup kencang. Teringin benar mengetahui siapa sebenarnya yang mengaku secret admirer itu. Hatinya menginginkan Jong Hoon untuk berada di atas bumbung sekolah. Laju kakinya menderap langkah memanjat anak tangga untuk ke atas bumbung. Dari jauh dia sudah mampu melihat kelibat lelaki di situ.
Hyun Mi memerhatikan susuk tubuh lelaki tersebut daripada belakang sambil menyusun langkah mendekatkan dirinya dengan lelaki itu. Cahaya pada waktu senja menjadikan tubuh lelaki itu sayup pada pandangannya. Tinggi lelaki itu lebih kurang tingginya dengan Jong Hoon. Gaya rambutnya juga hampir sama. Hyun Mi mengharap benar itu Jong Hoon.
"Ehemmm..."
Hyun Mi berdehem untuk memberitahu dia sudah pun berada di situ.
Lelaki itu lantas berpusing menghadap Hyun Mi. Sepasang mata sepet memandang ke arah Hyun Mi. Wajahnya sedikit cemas. Hyun Mi tidak mengenali lelaki itu. Dia menghulurkan senyuman. Lelaki tersebut membalas senyumannya dan membuatkan matanya semakin menghilang setelah dia melebarkan senyuman. Sepet benar gamaknya mata lelaki itu.
"Annyeong."
Ucap lelaki itu kemudian menundukkan sedikit badannya.
Hyun Mi turut membalas sapaan lelaki itu. Tetapi masih tidak bersuara.
"Saya la yang bagi hadiah dengan kad tu kat Hyun Mi. Nama saya Sung Gyu. Kim Sung Gyu."
Dia memperkenalkan dirinya.
Hyun Mi masih senyap dan sekadar mengangguk-anggukan kepalanya.
"Saya senior awak. Tahun ni tahun terakhir saya. Saya dah lama suka kat awak. Sejak tahun satu awak masuk sekolah ni lagi."
Luah Sung Gyu.
Hyun Mi terkejut mendengarnya. Adakah ini luahan perasaan? Adakah dia patut memberikan jawapan pada luahan itu? Segalanya masih lagi kabur pada dirinya.
"Maksud awak?"
Akhirnya Hyun Mi bersuara.
"Saya suka awak sejak kali pertama saya nampak awak. Dari mula-mula awak masuk sekolah ni lagi. Saya tak kisah jika awak tak terima saya. Tapi saya cuma nak luahkan perasaan saya saja. Saya tahu awak dah ada Won Bin. Tapi kalau tiba-tiba awak berubah fikiran, jangan lupa cari saya."
Kata-kata Sung Gyu kedengaran seperti gurauan bagi Hyun Mi tetapi tidak bagi dirinya.
Sung Gyu telah lama menyimpan perasaan pada Hyun Mi. Semenjak hari pertama pertemuan mereka lagi. Ketika itu Hyun Mi hendak meminjam buku di perpustakaan dan Sung Gyu la yang menguruskan pinjaman itu. Pasti hanya dia sahaja yang mengingati kejadian itu kerana sejak itu jugalah hatinya telah terusik dengan sifat dan keterampilan Hyun Mi. Semenjak itu juga dia telah menjadi peminat rahsia Hyun Mi yang sering memerhatikannya.
"Tapi.... Benda ni macam tiba-tiba. Saya dengan Won Bin.."
Hyun Mi cuba untuk menyusun ayat.
Hyun Mi cuba untuk menyusun ayat.
"Tak apa Hyun Mi, saya tahu awak dengan dia baru berbaik bukan. Satu sekolah tahu segala perkembangan tentang hubungan awak. Tambahan lagi Won Bin tu pelajar popular sekolah ni. Saya tak kisah jika awak tolak saya. Tapi hadiah tu ikhlas dari saya. Mungkin awak boleh simpan sebagai kenangan."
Ucap Sung Gyu.
Wajahnya tidak lekang memberikan senyuman. Tetapi senyuman manis itu tidak mampu menggerakkan hati Hyun Mi. Hatinya yang sedang kecewa dengan pengakuan Jong Hoon dan juga kata-kata Won Bin.
-----------------------------------------------------------------------------------------
//Ni prolog je, bukan cerita. Tahu tak prolog tu apa? Prolog tak ada sambungan. Memang setakat ini sahaja. Tak faham ke? Aaaaaaaaaaaaa~ Nanti baca one-shot nya faham la tu. Lagi satu, Valentine's Day selalunya perempuan yang bagi hadiah (kalau kat Jepun) tapi lantak je la lelaki yang bagi pun hahaha.
2 comments:
okay paham . tapi tak rasa terlalu tergantung ke ? lg satu kw eja Happpy amboi sampai 3 'p' over lah tuh -.-'
@anishiya - eh mana mana mana ? AHHAHAAHA nak cepat dok . tuh terover P nya tuh :DD ehh memang sampai ni jepp . tergantung ke ? AHHAHA sebab tuh lha kne bace one-shot nye . baru tak tergantung :D
Post a Comment