AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

Cinta Dua Dunia : Babak 4 | Rahsia Hati








WATAK UTAMA
Choi Jong Hoon
Jang Hyun Mi
WATAK TAMBAHAN
Oh Won Bin

Babak sebelum ini >Dia Bukan Milikku<

Januari 2007
Hyun Mi POV
Sudah lebih lima bulan aku bergelar girlfriend Won Bin . Dia sentiasa menjadikan aku sebagai keutamaannya dan itu menyebabkan aku tersentuh . Walaupun aku gembira dan bahagia setiap kali berada di samping Won Bin , hatiku masih berasa kesunyian . Seolah-olah hati ini menidakkan Won Bin . Mungkin perasaan aku padanya hanya sekadar gembira kerana dapat bersama dengan lelaki yang menjadi perhatian ramai . Aku sendiri pun tidak mengerti tentang hatiku .
Esok akan diadakan "Hari Bakat" di sekolah kami . Setiap  kelas diwajibkan menghantar wakil bagi memeriahkan majlis . Acara tersebut sering diadakan setiap tahun . Ia merupakan aktiviti tahunan sekolah . Aku tidak pernah menyertainya selama ini . Mungkin lebih senang sekadar berada di dalam barisan penonton dan menonton pelajar-pelajar lain yang bersungguh-sungguh membuat persembahan sahaja .

********

Aku berlegar-legar di koridor sekolah . Pelajar lain berpusu-pusu ke gelanggang bola keranjang . Ada aktiviti sukan pada sebelah pagi sebelum persembahan bakat . Won Bin tidak hadir hari ini . Tidak sihat katanya . Permainan bola keranjang pasti bosan tanpa Won Bin di tengah gelanggang . Aku berjalan perlahan menuju ke pondok bacaan di belakang kantin . Dahulu , aku dan Jong Hoon sering belajar bersama di situ . Ahh , aku merindui Jong Hoon lagi . Jong Hoon , kenapa kau dah berubah ? Hatiku bertanya sendiri . Aku berjalan perlahan sambil menundukkan wajahku menghadap rumput yang menjalar diatas tanah . Jong Hoon bukan lagi seperti Jong Hoon yang aku kenali dulu . Jikalau dulu kami sering bergurau-senda bersama , kini untuk berbual panjang pun sudak agak payah . Kami hanya bertemu di sekolah sahaja . Itupun sekadar berbalas pandangan . Senyumannya juga telah pudar . 
"Auchh"
Aku tersentak .
Sekujur tubuh tegak berdiri di hadapanku . Aku mengangkat mukaku untuk memandang wajahnya . Spontan aku mengundur dua langkah ke belakang . 
Choi Jong Hoon
Cemas
Aku gelabah seperti orang yang berbuat salah . Jong Hoon hanya memerhatiku .
"Hai Hyun Mi ."
Dia menyapaku setelah hampir seminit kami membisu .
"Oh . Hai Jong Hoon . Lama tak jumpa awak."
Aku membalas sapaannya .
Segak 
Jong Hoon cukup segak mengenakan sepasang sut berwarna putih susu itu . Mungkin dia terlibat dengan persembahan hari ini . Jikalau tidak , mana mungkin dia berpakaian seperti itu . Aku tersenyum ke arahnya . 
"Kenapa awak seorang diri sahaja ? Won Bin mana ?"
Dia bertanya kepadaku .
"Won Bin kurang sihat . Dia tak dapat datang ."
Jawabku.
"Yakah , tak tahu pula saya . Awak tak pergi jenguk dia?"
Dia bertanya lagi .
"Belum sempat . Petang nanti kot."
Balasku lalu duduk di kerusi yang tersedia di pondok bacaan.

Jong Hoon POV
Aku menghantar Hyun Mi ke kerusi lewat mataku . Won Bin tiada di sisi Hyun Mi hari ini . Pondok bacaan ini mengingatkanku tentang kenangan aku dan juga Hyun Mi . Hari ini aku terlibat dengan persembahan sebagai wakil kelasku . 
"Bolehlah kita pergi melawat Won Bin bersama-sama petang ini."
Aku meneruskan perbualan.
Aku turut duduk di kerusi bersebelahan Hyun Mi . Hyun Mi mengangguk . Senyuman terukir di wajahnya . Aku merindukan senyuman itu . Aku membalas senyumannya . Kami berbual untuk seketika .
Ringgg ringgg ringgg .
Telefon bimbitku berbunyi . 
Guru kelasku menelefon . Aku segera menjawab panggilan tersebut . Dia meminta agarku bersedia ke belakang pentas . Aku merupakan orang kedua yang akan membuat persembahan . Aku meminta diri dengan Hyun Mi untuk beredar . Dia sekadar mengangguk .
"Jong Hoon ! Fighting !"
Jerit Hyun Mi setelah aku berjalan lima langkah .
Aku menoleh dan memberikan senyuman padanya . 

Author POV
Jong Hoon segera ke belakang pentas untuk bersedia . Dia akan mempersembahkan sebuah lagu nyanyian Yurisangja yang berjudul "Can I Love You" . Uniknya persembahan itu kerana dia sendiri akan bermain piano  sambil menyanyikan lagu tersebut . Hyun Mi beransurkan dirinya ke dewan apabila melihat orang ramai mula masuk ke dalam dewan persembahan . Dia mengambil tempat duduk di barisan ketiga hadapan . 

********

Kini telah sampai masa untuk persembahan Jong Hoon . Seluruh dewan menjadi gelap . Lampu dinyalakan dan diarahkan ke bahagian tengah pentas . Ada sebuah piano di situ tetapi tiada pemainnya . Satu lagi cahaya dipancarkan ke bahagian tepi sebelah kiri pentas . Jong Hoon bergerak ke arah tengah pentas ditemani cahaya lampu lalu duduk di hadapan piano itu .
"Lagu ini ditujukan khas buat seorang insan yang saya cintai. Kami sering bersama sejak kecil lagi dan insan tersebut ada di sini hari ini"
Ujar Jong Hoon sebelum memulakan persembahannya .
Seluruh dewan dipenuhi dengan sorakan sejurus Jong Hoon menyatakan perasaannya itu . Hyun Mi tersentak setelah mendengarnya . 
Hyun Mi tekun menyaksikan persembahan Jong Hoon . Setiap lafaz lirik yang keluar dari bibir Jong Hoon diamatinya . Jong Hoon menyimpan perasaan terhadap seseorangkah ? Hyun Mi hanya mampu bertanya di dalam hati . Dia menyangka Jong Hoon sudah mempunyai seseorang dan perempuan itu pastinya ada di dalam dewan tersebut . Akukah perempuan itu ? Hyun Mi bertanya sendiri lagi . Setahunya , hanya dia sahaja yang mengenali Jong Hoon sejak kecil di sekolah ini . Tiba-tiba Hyun Mi menitiskan air mata tanpa disedarinya .

Hyun Mi POV
Jong Hoon meluahkan rasa hatinya melalui persembahan piano pada hari ini . Aku hanya mampu mendengar dan menyaksikannya dari bawah pentas . "Can I Love You ?" Lagu ini mempunyai maksud yang sangat mendalam . Aku amati liriknya satu persatu dan tanpa sedar air mataku menitis .
Laju 
Air mata ini tak dapat ditahan lagi .
'Adakah Jong Hoon mencintaiku?'
Aku bermonolog.
Selama aku mengenalinya , tidak pernah sekalipun Jong Hoon berkata padaku yang dia menyukaiku mahupun mana-mana perempuan . Dan lagu itu ditujukan untuk perempuan yang dikenalinya sejak kecil . Akukah orangnya? Oh Jong Hoon ! Kau memang bodoh sekiranya perempuan itu adalah aku ! Selama ini , kau tidak pernah berahsia denganku . Kenapa secara tiba-tiba sahaja kau buat begini ? Aku perlukan jawapannya dan jawapan itu semua perlu didapatkan daripada kau , Jong Hoon ! 
Seluruh dewan menjadi gemuruh dengan tepukan dan sorakan .
Jong Hoon telah selesai membuat persembahan .
'Aku perlu mendapatkannya!'
Desis hatiku.
Aku berlari keluar menuju ke belakang pentas . 
Laju 
Langkahku semakin laju ditemani air mata yang sedang lebat membasahi pipi . Aku terlihat Jong Hoon di celah-celah keramaian orang . Langkahku mati di situ . Jong Hoon memandang ke arahku . 
Kosong
Dunia menjadi kosong secara tiba-tiba . Segala-galanya ku rasakan sunyi . Hingar-bingar yang datang dari dalam dewan juga lenyap secara tiba-tiba . Pandanganku hanya tertumpu pada Jong Hoon yang turut memandangku . Dia berjalan perlahan menghampiriku . 
"Hyun Mi."
Dia memangil namaku perlahan.
Aku tidak mampu berkata apa-apa . Segala persoalan yang memerlukan jawapan daripada Jong Hoon juga tidak mampu ku luahkan . Tekakku berasa kering . Pipiku masih basah menjadi laluan air mata . Jong Hoon menyeka air mataku dengan jarinya . Aku teresak-esak menahan tangisan . Badanku masih kaku tidak berganjak dari tempatku berdiri . Air mataku semakin laju . 

Jong Hoon POV
Aku terlihat Hyun Mi yang sedang berdiri memandangku di luar dewan . Aku berjalan mendapatkannya . Pipinya basah . Aku merasa bersalah atas air mata itu . Ya , aku yakin tangisan itu adalah keranaku . 
"Hyun Mi."
Panggilku perlahan.
Hyun Mi masih menangis malah tangisannya semakin laju . Air matanya ku seka menggunakan jari . Akhirnya aku telah meluahkan perasaan aku yang terpendam . Tetapi tahukah Hyun Mi bahawa lagu itu untuknya ? Mengapa pula dia menangis ? Aku benar-benar rasa bersalah . Hyun Mi masih lagi menangis . Lantas aku mendakapnya .
"Hyun Mi , maafkan saya ."
Aku meminta maaf daripadanya.
Hyun Mi hanya mengangguk di dalam dakapanku . Setelah tangisannya berhenti , aku membawanya ke belakang pentas . Kami duduk di dalam bilik persalinan yang disediakan di situ . Dia tidak berkata apa-apa . Masih lagi membisu sehingga kini . Aku pula sekadar duduk terdiam di sebelahnya . Mata Hyun Mi merah . Semua mata sedang tertumpu ke arah kami . Mereka yang sedang sibuk bersedia untuk membuat persembahan masih berada di sini . Aku memegang bajuku di bahagian bahu yang telah lencun dibasahi air mata Hyun Mi . Dia perasan perbuatanku . Cepat-cepat ku turunkan tangan dan memandang tepat ke mukanya .
"Hyun Mi , awak okey?"
Aku memulakan perbualan .
Angguk  
Dia sekadar mengangguk . Masih lagi tidak mahu bersuara . 
"Awak marah kat saya ke?"
Aku merasakan soalan itu agak bodoh untuk ditanya.
Geleng
Dia menggeleng pula . Tetap tidak bersuara .
Aku mencapai beg galasku di atas meja yang terletak di sudut bilik persalinan dan menarik Hyun Mi keluar . Dia hanya mengikutiku . Aku berjalan tanpa arah . Asalkan kami boleh berduaan tanpa ada mata yang melihat , itu sudah cukup . Tiba-tiba tanganku disentap . Aku menoleh ke belakang .
Oh Won Bin !
Won Bin berdiri tepat di belakangku . Wajahnya sedikit pucat . Dia meleraikan pegangan tangan Hyun Mi daripada tanganku . Aku tercengang melihat tindakannya . Adakah Won Bin mengetahuinya ?

Won Bin POV
Badanku terasa sedikit letih . Kepalaku juga agak berat untuk diangkat . Tetapi ku gagahkan jua untuk ke sekolah . Aktiviti tahunan seperti ini julung kali diadakan . Terasa rugi pula kalau ketinggalan . Lain hasrat hati , lain pula yang aku saksikan . Jong Hoon membuat persembahan yang mendapat sorakan gemuruh daripada seluruh dewan . Seluruh badanku terasa seperti menggigil melihat persembahan tersebut . Hyun Mi berlari ke arah luar dewan . Mataku memerhatikannya . Babak seperti dalam drama percintaan sedih seperti sedang ditayangkan . Seorang lelaki bakal berjaya mendapatkan puteri idamannya . 
Aku mengekori Hyun Mi . Aku hanya memerhatikan mereka dari jauh . Bermacam-macam soalan timbul di benak fikiranku . Jong Hoon menyintai Hyun Mi ? Sejak bila ? Tapi Hyun Mi sekarang adalah teman wanitaku . Jong Hoon tidak patut berbuat demikian ! Bentak hatiku . Tidak lama kemudian aku melihat Jong Hoon berlari keluar dari bilik persalinan belakang pentas . Hyun Mi juga mengikutinya . Tangan Jong Hoon menggenggam erat tangan Hyun Mi . Hatiku sakit . Badanku yang lemah ini digagahkan untuk mengejar mereka . Aku menyentap tangan Jong Hoon . Tangan Hyun Mi pula ku lepaskan dari genggaman Jong Hoon .
"Hyun Mi , kenapa awak menangis ? Ada sesuatu yang tak kena ke ?"
Aku pura-pura bertanya.
"Hyun Mi pening kepala . Dia tak sihat . Aku nak hantar dia balik la ni."
Jawab Jong Hoon tiba-tiba.
Aku melontarkan senyuman palsu kepada Jong Hoon . 
"Tak apa , biar aku je yang hantar dia ya ."
Pintaku.
Aku memegang bahu Hyun Mi dan berjalan seiring dengannya . Dia hanya senyap tanpa berkata apa-apa . Matanya merah . Mungkin terlalu banyak air mata yang keluar dari mata itu . 
"Won Bin!"
Jong Hoon menjerit memanggilku .
"Ada apa?"
Aku bertanya .
Jong Hoon berlari ke arah kami .
"Bila kau sampai? Hyun Mi kata kau tak sihat . Tak apalah . Biar aku teman korang berdua."
Jong Hoon seolah-olah meminta .
"Aku baru je sampai tadi . Lepas tu aku perasan korang , terus aku pergi kat korang."
Bohongku.
"Oh , marilah . Aku teman kau hantar Hyun Mi ."
Balas Jong Hoon .
Aku menipu Jong Hoon buat sekian kalinya . Aku tidak sanggup untuk melepaskan Hyun Mi . Patutkah aku berpura-pura tidak mengetahui perasaannya ? Bagaimana dengan aku kalau Hyun Mi bersama Jong Hoon ? Aku tidak mahu kehilangan Hyun Mi . Aku mencintainya .Mungkin Hyun Mi juga menyintai Jong Hoon . Tetapi mengapa dia bersamaku jika dia menyintai Jong Hoon ? Ahh aku tidak peduli . Asalkan aku memiliki Hyun Mi sudah cukup . Walaupun aku terpaksa melukakan hati kawan baikku sendiri . Adakah aku terlalu mementingkan diri ?

---------------------------------------------------------------------------
Sanggupkah Won Bin melepaskan Hyun Mi untuk kawan baiknya ? Adakah Hyun Mi akan memberitahu perasaannya yang sebenar ? Dapatkah Jong Hoon memiliki Hyun Mi ? Segalanya bakal terjawab dalam Cinta Dua Dunia di babak akan datang .

//Terpaksa letak video tu untuk memastikan anda anda tahu lagu yang dimaksudkan . 


Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

2 comments:

joe. said...

Sambunggggggggggggggggggggg !!! -.-

darla carolina said...

baik jojo ~~~