AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

Cinta Dua Dunia : Babak 6 | Air Mata Itu

  



WATAK UTAMA
Choi Jong Hoon
Jang Hyun Mi
WATAK TAMBAHAN
Oh Won Bin
Lee Hong Ki
Choi Min Hwan 
Lee Jae Jin

Babak sebelum ini >Hanya Kau Untukku<

Februari 2007
Author POV
Won Bin terus menuju ke hospital setelah mengambil gitar Jong Hoon yang dibaiki di kedai alat muzik berhampiran dengan studio latihan mereka . Dia sempat bertembung dengan Hong Ki , Min Hwan dan juga Jae Jin ketika menyusuri laluan ke wad . 
"Hong Ki ! Nak ke mana ?"
Tanya Won Bin seraya mengejarnya.
"Won Bin ahh , kitorang baru lepas jumpa doktor . Jong Hoon dah sedar dah . Ni kitorang nak pergi cafe kejap . Beli minuman . Ada nak minum apa-apa? Boleh aku belikan."
Jawab Hong Ki .
"Oh , tak apalah . Aku jenguk Jong Hoon dulu . Ni gitar dia pun dah okay."
Terang Won Bin sambil menunjukkan beg gitar Jong Hoon pada Hong Ki.
"Okay , kalau macam tu kau pergi dululah . Nanti kitorang datang balik."
Hong Ki bersuara manakala Min Hwan dan Jae Jin asyik bergurau senda sesama mereka.
Won Bin meneruskan langkahnya kembali dan menuju ke wad yang didiami Jong Hoon . Pintu tidak tertutup rapat . Won Bin menolak perlahan pintu tersebut dan melangkah ke dalam . Tetapi langkahnya mati di situ setelah matanya tertumpu pada dua insan yang sedang berkucupan benar-benar di hadapannya . Yang lebih memedihkan hatinya lagi , wanita yang sedang dicium itu adalah teman wanitanya sendiri.

Won Bin POV
Langkah ku termati di muka pintu . Hatiku bagaikan ditusuk sembilu bisa . Teganya Jong Hoon berbuat sedemikian rupa . Dia sudah berani ke tahap sebegini . Seluruh badanku terasa ringan dan tidak bermaya . Aku tidak sanggup melihat mereka berdua berkucupan . Seandainya ini hanyalah khayalanku , pastinya lebih baik . Hatiku terlalu perit . Aku mengundur selangkah ke belakang . Beg gitar Jong Hoon yang berada di genggamanku terlepas dan menyebabkan kedua mereka tersentak .
Jong Hoon dan juga Hyun Mi pantas menoleh ke arahku . Jong Hoon mendekatkan dirinya denganku .
"Won Bin .. Kau .. kau... jangan salah faham ..."
Dia ingin memberi penjelasan . 
Tiada apa yang mampu aku katakan ketika ini . Sanggup kawan baikku sendiri berbuat sebegini rupa terhadapku . Aku menggenggam erat kedua-dua belah tanganku menahan marah . Perasaanku bergolak . Sedih bercampur marah . Drama apa yang sedang Jong Hoon mainkan ketika ini . Perlukah aku melakonkan watak seperti mana yang diatur Jong Hoon . 
"Won Bin ahhhh ~ Jong Hoon ahhhh ~ "
Hong Ki berlari-lari anak mendapatkan kami . 
Di tangannya terdapat dua tin jus minuman . Mukanya jelas kehairanan setelah melihat situasi aku dan Jong Hoon .
"Eh , korang ni kenapa ? Asal nampak tegang je ?"
Hong Ki memegang bahuku . 
Aku menepisnya lalu melangkah masuk ke dalam wad.
Langkahku laju.
Aku menarik Hyun Mi untuk mengikutiku . Jong Hoon menahan . 
"Dengar dulu penjelasan aku , Won Bin."
Tidak ingin aku mendengar penjelasannya.
Untuk apa aku dengar kata-kata dari seorang kawan yang mengkhianati kawannya sendiri.
Jong Hoon sedaya upaya ingin menegakkan benang yang basah .
Apa lagi yang ingin dijelaskan Jong Hoon . Cukuplah sekali dia meluahkan rasa hatinya ketika di sekolah tempoh hari . Kini dia sudah ke tahap yang tidak pernah ku duga . Aku menolak Jong Hoon dan terus melangkah keluar dari wad itu . Badan Jong Hoon terdorong ke belakang . Hyun Mi yang dipaksa mengikuti hanya menurut . Aku membawanya ke luar bangunan hospital . 

Hyun Mi POV
Wajah Won Bin kemerahan . Apa yang telah aku lakukan . Aku telah menyakiti hatinya . Dia menarikku dan membawaku keluar dari wad tersebut. Tanganku dicengkam kuat . 
'Won Bin , maafkan saya.'
Desis hatiku .
Won Bin melepaskan pegangannya setelah kami berdua berada di luar bangunan hospital . Hanya beberapa orang pesakit sahaja kelihatan di situ . Won Bin merenungku . Matanya merah . Tiba-tiba sahaja Won Bin melutut dihadapanku . 
Aku terkedu.
Pandangannya ku renung lama .
Kelopak matanya bertakung . Ada jernihan air mata kelihatan di situ . Air mata lelaki ini gugur di depan mataku . 
"Hyun Mi , kenapa awak buat saya macam ni?"
Dia bertanya padaku .
"Maafkan saya , Won Bin."
Aku hanya mampu meminta maaf.
Pertama kali aku melihat Won Bin sebegini . Seorang yang periang dan ceria kini sedang mengalirkan air mata dan itu semua keranaku . Aku tunduk memegang bahu Won Bin .
"Awak maafkan saya boleh?"
Aku inginkan kemaafan daripadanya . Won Bin menarik tanganku . Dia mendongakkan wajahnya .
"Hyun Mi , jangan tinggalkan saya . Please . Saya tak boleh hidup tanpa awak . Kan awak dah janji akan sentiasa di sisi saya walau apapun yang terjadi . Awak jangan tinggalkan saya ya Hyun Mi . Saya merayu . Tolong jangan tinggalkan saya . Macam mana saya nak teruskan hidup saya tanpa awak."
Won Bin berkata padaku dalam esakannya.
Aku tahu hatinya sungguh sakit hanya kerana satu ciuman itu.
"Won Bin , I'm sorry."
Hanya itu yang mampu aku katakan .
Aku melepaskan tangannya . Aku tidak sanggup lagi menipu perasaan Won Bin . Mungkin benar hatiku mencintai Jong Hoon . Jikalau tidak , mana mungkin aku merelakan ciuman itu . Tetapi aku tidak sanggup membiarkan air mata Won Bin terus mengalir . Aku memaksa Won Bin berdiri . Badannya lemah . Perlahan dia berdiri . 
"Hyun Mi , awak jangan tinggalkan saya ."
Pintanya lagi .
Dia menarik tanganku kembali .
Aku melepaskannya lembut . Lalu berpusing untuk beredar . WOn Bin pantas memelukku dari belakang . Air matanya membasahi bahuku . Jujur ku katakan , aku tidak sanggup untuk menyakiti hatinya . 
"Hyun Mi , saya maafkan awak . Kita lupakan je perkara tadi ya . Saya akan anggap perkara tu tak pernah terjadi . Saya tak kisah asalkan awak akan sentiasa ada dengan saya."
Kata-katanya sunnguh menyayat hatiku . 
Aku memusingkan badanku kembali.
"Tak Won Bin , tak . Benda tu dah memang jadi dan saya yang merelakannya."
Entah mengapa pengakuan tersebut meluncur keluar dari mulutku.
Lantas aku melangkah pergi meninggalkan Won Bin yang sedang bertarung dengan air mata .

Jae Jin POV
Aku tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya tapi aku yakin ini satu perkara yang dahsyat . Satu drama sedang berlangsung di hadapanku . Aku mengekori langkah Won Bin sedari tadi . Mengapa Won Bin menangis sehingga begitu . Aku yang tidak tahu apa-apa tiba-tiba merasa pilu melihat hyung yang mengalirkan air matanya hanya kerana perempuan . Hyun Mi meninggalkan Won Bin bersendirian . Aku melihat Won Bin yang sedang keseorangan menangis semahu-mahunya . Langkahku dirapatkan ke tempat tersebut .
"Hyung , kenapa ni?"
Sesungguhnya keadaan Won Bin ketika itu hanya mampu digambarkan seperti orang yang kehilangan anak . 
Won Bin bangun dan berjalan ke arah luar kawasan hospital . Badannya terhuyung-hayang . Beberapa orang telah pun dilanggarnya kerana ketidakstabilan dirinya itu . Aku mengikut Won Bin dari belakang kerana bimbang akannya .

Hong Ki POV
"Kau ni kenapa Jong Hoon? Apa masalah kau dengan Won Bin ? Macam-macam hal korang nilah !"
Aku memarahi Jong Hoon .
Aku yakin satu adegan yang menyakiti hati Won Bin telah pun berlaku sebentar tadi.
"Aku tak sengaja la Hong Ki . Lagipun mana aku perasan dia ada kat situ."
Jelas Jong Hoon.
"Hyung , apa yang jadi ni? Korang ni pelik la . Lepas satu , satu lagi hal jadi."
Min Hwan bersuara.
"Tahu pun , kita dah nak debut tapi macam-macam jadi . Ni bergaduh pula dengan member sendiri."
Aku meninggikan suara .
Jong Hoon memegang kepalanya yang berbalut . Sakit mungkin . Dia berjalan menuju ke katil .
"Dahlah . Aku nak berehat . Tinggalkan aku bersendirian."
Pintanya.
"Kau ni dah sakit pun nak buat perangai . Tak fahamlah aku."
Aku masih lagi berleter sambil menuju keluar dari wad tersebut .
Min Hwan masih lagi di kerusi .
"Min Hwan ! Kau tu nak tidur sini ke?"
Min Hwan pula menjadi mangsaku.
"Eh nak balik ke? Tak nak tidur sini . Kejap hyung ."
Min Hwan berjalan pantas ke arahku .
Kami berdua berjalan keluar dan melewati kaunter pertanyaan . Aku terlihat Hyun Mi yang sedang teresak-esak di tempat duduk yang disediakan . Aku menghampirinya .
"Hyun Mi , kenapa awak kat sini ? Won Bin mana?"
Aku bertanya .
"Saya dah lukakan hati dia . Selama ni dia tak pernah sakitkan hati saya . Kenapa saya sanggup buat dia macam tu . Hong Ki , apa saya nak buat ni . Saya tak tahu nak buat apa lagi ."
Hyun Mi tidak menjawab pertanyaanku malah meminta jawapan daripadaku.
Aku duduk bersebelahan dengannya . Min Hwan turut melabuhkan pinggulnya ke salah satu kerusi yang disediakan . Aku meminta Hyun Mi menjelaskan perkara sebenar . Dia menceritakan padaku dari kejadian Hari Bakat sehinggalah ke kejadian yang baru berlaku tadi . Sekarang barulah aku mengetahui perkara sebenar . Bagaimanalah Won Bin ketika ini . 
"Tak apalah , sekarang ni kita cari Won Bin dulu . Mana awak tinggalkan Won Bin tadi ?"
Risau pula akan Won Bin .
Won Bin jenis yang tidak suka benda kepunyaannya dirampas . Walaupun Hyun Mi bukanlah benda , aku yakin dia pasti berperasaan yang sama sekiranya Hyun Mi dirampas oleh orang lain . Lebih-lebih lagi orang itu adalah Jong Hoon . Hyun Mi berjalan dan menunjukkan kami dimana dia meninggalkan Won Bin bersendirian . Malangnya Won Bin tiada di situ . 
Risau 
Aku benar-benar merisaukan Won Bin . Pernah sekali ketika aku merampas MP3 player kepunyaannya , dia bukan main marah sehingga habis satu bilik ku disepahkannya . Itu baru sekadar MP3 player. Ah perangai Won Bin sukar diduga . Dia jenis yang suka menyembunyikan kesedihannya di sebalik senyuman . Itu yang aku bimbangkan . 
Ringg ringg ringg ..
Telefonku berdering .
Nama Jae Jin terpapar pada skrin.
Aku menjawab panggilan itu . 
"Hyung , Won Bin hyung ada bersamaku ketika ini ."
Aku menarik nafas lega.
"Benarkah? Baguslah . Kau tengok dia . Kejap lagi aku ke sana."
Aku mengarah Jae Jin untuk melihat Won Bin . 
Bimbang dia melakukan perkara yang tak diingini. Orang sakit hati kerana cinta tidak boleh dibiarkan . Takut pula kalau-kalau dia cuba membunuh diri . Hishhh , tak mungkin Won Bin begitu . Aku hanya menggeleng sendiri. 

Jae Jin POV
Won Bin berhenti di sebuah gerai tepi jalan . Risau aku melihat keadaannya itu . Dia duduk di kerusi dan memesan sebotol soju . Kehairanan aku dengan sikapnya malam ini . Sejak bila Won Bin pandai minum soju ni . Aku duduk di sebelahnya . Soju ditogak laju kedalam mulutnya . Dia memesan sebotol lagi . Diminumya laju . Dua botol habis dalam sekelip mata . Aku menghalang apabila dia ingin memesan botol yang baru . Won Bin bengang dengan tindakanku dan bingkas bangun . Dia hampir terjatuh kerana tidak dapat mengawal keseimbangan .
'Mabuk sudah budak ni'
Desis hatiku.
Aku cepat-cepat memegang Won Bin yang hampir jatuh menyembah bumi . Dia menolakku . 
"Aku okaylah . Aku boleh jalan sendiri!"
Won Bin berjalan tanpa arah tuju . Tiada jalan yang lurus terhasil daripada langkahnya . Tiba-tiba langkahnya mati setelah terlihat Hyun Mi dihadapannya.
"Eh perempuan! Apa kau buat kat sini ? Kau nak sakitkan hati aku lagi ke?"
Terkejut aku dengar teriakan Won Bin .
Hyun Mi hanya memandang Won Bin . Hong Ki dan Min Hwan turut bersamanya . 
"Entah apa , selama ni dah macam-macam kau buat dengan dia belakang aku kan ! Perempuan jenis apa kau ni ! Boleh lagi kau tayang muka kau dekat sini ! Eh kau blah lah !"
Won Bin benar-benar diluar kewarasannya .
Bukan Hyun Mi sahaja , aku , Hong Ki , Jae Jin dan juga Min Hwan turut terkejut dengan perlakuan Won Bin . 

-----------------------------------------------------------------------------------------
Apakah yang akan terjadi seterusnya . Dapatkah Won Bin mengawal dirinya ? Tidakkah perlakuan Jong Hoon terlalu mementingkan diri ? Nantikan sambungannya di babak akan datang .

//pecah otak fikir jalan cerita -________-"


Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

4 comments:

anishiya にズき said...

pergh gila won bin mabuk . takut aku -__________-"

darla carolina said...

aku pown takoddd -__________-" HAHAA

lee. said...

won bin ke tu ? xDD takut nyaaa ~ tapi , watak wonwonnie memang . . . *geleng geleng* //speechless

darla carolina said...

@Rynn Nial - memang ape ? HAHAA