AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

Cinta Dua Dunia : Babak 7 | Cinta Atau Sayang

 




WATAK UTAMA
Choi Jong Hoon
Jang Hyun Mi
WATAK TAMBAHAN
Oh Won Bin
Lee Hong Ki
Choi Min Hwan
Lee Jae Jin
Babak sebelum ini >Air Mata Itu<

Februari 2007
Min Hwan POV
Tindakan Won Bin membuatkan kami semua terkejut . Dia tidak pernah berbuat sebegitu rupa selama ini . Meninggikan suara pun agak payah , lagikan untuk memaki hamun . Won Bin menghampiri Hyun Mi dengan riak muka yang menakutkan . Sungguh aku memang tak pernah lihat dia sebegini . 
"Aku tak suka tengok muka kau ! Kau blah !"
Won Bin menjerit lagi.
Hyun Mi hanya berdiri kaku di hadapan Won Bin . Air matanya mengalir membasahi pipi . Sungguh banyak adegan berair mata yang aku lihat hari ini . 
"Won Bin , kau ni jangan nak buat perangai macam orang gila la kat sini ."
Hong Ki mendapatkan Won Bin dan menenangkannya.
"Aku memang gila . Pasal perempuan ni aku jadi macam ni . Hei perempuan ! Puas hati kau sekarang ? Seronok kau mainkan perasaan aku kan !"
Won Bin memaki lagi.
Hyun Mi mendekati Won Bin dan ingin memegangnnya. Tangan itu ditepis kasar oleh Won Bin . Dia menolak Hyun Mi . Hyun Mi nyaris terjatuh . Cepat-cepat aku menyambutnya .
"Noona , okay tak ?"
Aku bertanya.
Hyun Mi hanya mengangguk lemah . Air mata masih mengalir . Sebak aku melihat kejadian seperti ini . Jae Jin menghalang Won Bin dan menariknya. 
Bluuweeeekkkk
Terburai muntah dari mulut Won Bin.
Bau soju kuat menusuk hidungku.
"Min Hwan , kau hantar dia pulang . Hyung dengan Jae Jin akan jaga Won Bin ni."
Arah Hong Ki.
Aku mengangguk.
"Mabuk , mengamuk macam orang gila . Perangai dah tak macam Won Bin dah kau ni ! Geram aku !"
Hong Ki meluahkan rasa marahnya.
Aku terdengar suara Hong Ki memarahi Won Bin setelah beberapa langkah aku dan Hyun Mi berlalu pergi . Badan Hyun Mi seperti tidak berdaya . Aku menghantarnya sehingga ke rumah . 
"Noona , rehat la ya . Esok lusa Won Bin hyung okay la tu ."
Aku memberikan senyuman pada Hyun Mi.
Dia membalas senyumanku tetapi senyumannya hambar.
"Terima kasih ya."
Ujar Hyun Mi sebelum masuk ke rumahnya.

********
Jong Hoon POV
Kepalaku telah ditanggalkan pembalutnya . Sakit masih terasa . Kadang-kala terasa seperti berdenyut-denyut. Aku memegang kepalaku. Ada bekas jahitan di situ. Cermin muka di hadapanku ditenung lama.
'Hensem juga aku ni' 
Aku berkata sendirian.
Tangan kiri meraup seluruh wajah.
Hujung jari telunjukku mati pergerakannya di atas hidung. Aku membelek-belek lagi wajahku . 
Lama
"Nasib baik muka tak luka."
Aku meluahkan rasa lega.
Lebih seminggu aku terperuk dalam wad hospital ini . Sudah naik muak melihat wajah-wajah jururawat dan doktor yang sentiasa menggangguku. 
"Kau dah sihat ke?"
Suara Won Bin menerpa gegendang telingaku.
Aku menoleh ke arah pintu. Won Bin berdiri di muka pintu .
"Aku macam ni la . Kau nampak aku sihat , maksudnya sihat . Nampak sakit , sakit la tu."
Jawabku acuh tak acuh.
Aku berjalan ke arah katil dan melabuhkan punggungku di situ . Won Bin melangkah ke dalam dan menghampiriku. 
"So kau ada apa-apa yang nak dijelaskan ke sekarang ni?"
Won Bin bertanya.
"Jelaskan ? Apa yang aku patut jelaskan?"
Aku menjawab dengan pertanyaan.
"Kau faham apa yang aku maksudkan."
Won Bin bernada sinis.
"Dahlah Won Bin , aku dah cakap tu semua salah faham. Aku yang salah sebab cium dia."
Aku malas untuk bertelagah dengannya.
"Dan ? Macam tu je ? Tanpa alasan ?"
Won Bin bertanya lagi.
"Huhh"
Berat keluhanku.
"Jong Hoon , kau selama ni ada hati kat Hyun Mi ke?"
Pertanyaan Won Bin membuatku tersentak.
Aku memandang tepat wajah Won Bin.
"Aku tak tahulah kau cinta dia ke tak ke , dan apa alasan kau untuk ciuman hari tu . Tapi satu je aku nak bagitahu, Aku tak suka bila kawan baik aku sendiri suka perempuan yang aku suka. Aku memang tak suka dan aku tak nak sebab seorang perempuan , kita bermusuhan."
Ujar Won Bin.
Nadanya sedikit tinggi.
"Sorry pasal hari tu. Kan aku dah cakap aku tak sengaja. Ya, aku tahu . Dia girlfriend kau, aku takkan sentuh dia dah lepas ni. Kau jangan risau la. Aku tak cintakan dia pun. Kau anggap je yang jadi hari tu satu kesilapan."
Jelasku.
Aku bangun dan memegang bahu Won Bin. 
"Dahlah Won Bin, benda ni perkara kecil je. Jangan kita panjangkan."
Tambahku lagi.
Won Bin kelihatan seperti berfikir sejenak.
"Betul ke kau tak suka dia? Sikit pun tak? Kau jangan tipu aku la Jong Hoon."
Dia mendugaku.
Aku mengangguk.
"Perasaan aku cuma sayang sebagai kawan baik je. Tak lebih pun. Macam aku sayang kau juga."
Jawabku.
Ada sedikit tawa di hujung jawapan. 
"Jong Hoon , kita ni dah lama kawan. Kalau kau betul sayang Hyun Mi , aku sanggup lepaskan dia. Tapi mungkin lepas tu aku sendiri tak sanggup nak tengok muka kau dah."
Ayat Won Bin membuatkanku tersentak.
Mukanya begitu serius.
"Kan aku dah cakap, aku tak ada perasaan pun kat Hyun Mi. Kau nak aku ulang berapa kali. Come on la Won Bin. Takkan sebab perempuan , kita nak bermusuhan."
Kali ini aku pula yang serius.
"Betul ni ? Kau yang cakap kan."
Pertanyaan Won Bin ku balas dengan anggukan.
Dia memaut bahuku lalu mengusutkan sedikit rambutku.
"Auuuccchhh."
Won Bin tersentuh lukaku.
"Ehh sorry sorry. Aku tak sengaja. Sakit ke?"
Wajahnya cemas.
Aku menggeleng.
"Tak apa, sikit je ni."
Jawabku
********
Hyun Mi POV
Aku melangkah perlahan. Niatku untuk menjenguk Jong Hoon dimatikan setelah aku terdengar perbualan mereka dari luar wad Jong Hoon. Dia tidak mencintai aku. Tapi apa makna semua ni ? Lagu yang dinyanyikan tempoh hari untuk siapa ? Ciuman itu pula ? Jong Hoon , kau memang kejam ! Kau buat aku terbuai dengan perasaan aku sendiri. Aku berjalan sambil merenung tanah. Tiba-tiba badanku berselisih dengan seseorang.
"Noona ! Buat apa kat sini?"
Suara Min Hwan kedengaran.
Aku mengangkat wajahku.
"Oh Min Hwan. Noona ingat nak jenguk Jong Hoon tadi. Tapi tiba-tiba teringat yang noona ada hal lain."
Bohongku.
"Dah alang-alang sampai ni , jenguk jelah jom."
Min Hwan menarik tanganku.
Aku hanya menurut.

Won Bin POV
Min Hwan datang melawat Jong Hoon bersama Hyun Mi. Bagaimana pula mereka boleh bersama ni. Aku masih lagi tidak bertegur dengan Hyun Mi semenjak peristiwa itu hari. Aku melambai ke arah Hyun Mi. Dia membalas dengan senyuman. Ianya menyejukkan hatiku.
"Eh Won Bin hyung pun ada kat sini juga ke."
Min Hwan seolah-olah terkejut.
"Kenapa? Aku tak boleh datang lawat kawan sendiri ?"
Aku saja bertanya.
"Tak adalah. Heeee."
Min Hwan menunjukkan sengihnya.
Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Aku menghampiri Hyun Mi dan membisikkan sesuatu di telinganya.
"Ikut saya kejap. Ada benda saya nak cakap dengan awak."
Tanpa reaksi daripada Hyun Mi, aku menarik tangannya supaya dia mengikutiku.
Aku membawanya ke ruangan menunggu. Kami duduk di situ. Hyun Mi diam tanpa kata. Rasa bersalah pula aku pada dirinya. Mungkin dia takut denganku. Aku menyentuh kedua-dua bahunya lembut. Wajah Hyun Mi ke renung lama.
"Hyun Mi , maafkan saya tentang hal tempoh hari ya sayang."
Hyun Mi mengangguk.
Tangan kiriku mengusap pipinya. 
"Saya rindukan awak."
Tambahku lagi.
"Saya yang patut minta maaf. Saya tak patut buat macam tu."
Hyun Mi bersuara.
"Hyun Mi, awak cintakan saya tak?"
Soalan aku menyebabkan Hyun Mi kelu tanpa kata.
"Saya cuma nak tahu je. Tak salahkan?"
Hyun Mi mengangguk.
"Jujur, saya sayang awak. Awak selalu buat saya rasa bahagia. Tiap kali awak ada, saya mesti rasa gembira. Tapi saya tak tahu perasaan sayang saya tu macam mana."
Hyun Mi menjawab pertanyaanku.
"Cinta boleh dipupuk. Sanggup ke awak memupuk perasaan cinta awak pada saya? Tak apa, saya sanggup tunggu awak walau bertahun lamanya."
Aku mengharap lagi.
"Walaupun saya langsung tak cintakan awak?"
Hyun Mi bertanya pula.
"Sayang, kan saya dah cakap tadi . Cinta boleh dipupuk . Antara nak dengan tak nak je. Saya tak paksa awak. Kalau awak tak boleh terima, terus terang je okay."
Aku menjawab.
Hyun Mi mengangguk.
Anggukannya itu merupakan harapan buatku. 

Author POV
Hyun Mi berfikir sejenak. Dia sedang bergelut dengan perasaannya ketika itu. Penyataan Jong Hoon membuatkan dia cukup sedih . Dia ingin membuang jauh perasaannya terhadap Jong Hoon . Tetapi bagaimana? Won Bin pula masih setia di sisinya walaupun setelah dia melakukan kesalahan yang menyakitkan hati Won Bin. Mungkin Won Bin boleh membantunya melupakan perasaan terhadap Jong Hoon. Ya, benar , cinta boleh dipupuk. Hyun Mi sanggup memupuk perasaan cintanya itu. Dia juga memang menyayangi Won Bin . Hidupnya selama ini penuh dengan kegembiraan apabila bersama dengan Won Bin. Akhirnya Hyun Mi nekad. Tiada guna dia menyintai Jong Hoon. Dia teringat kata-kata Min Hwan tempoh hari ketika menghantarnya pulang ,
"Noona, belajarlah menyintai orang yang benar-benar menyintai kita kerana sesungguhnya orang itu akan memberikan kita sepenuh hatinya berbanding dengan orang yang kita cintai sepenuh hati kerana orang yang kita cintai itu belum tentu tulus menyintai kita."
Kata-kata Min Hwan itu ada benarnya. Won Bin tulus menyintainya , manakala Jong Hoon pula entah bagaimana. Hyun Mi telah memberikan harapan pada Won Bin. Won Bin pula sanggup menunggu perasaan cinta Hyun Mi bercambah untuk dirinya. Adakah mungkin akan wujud perasaan itu ? 

-----------------------------------------------------------------------------
Benarkah Jong Hoon tidak menyintai Hyun Mi ? Dapatkah Won Bin memupuk perasaan cinta bersama Hyun Mi ? Apakah yang akan terjadi dengan mereka ? Segalanya bakal terjawab di babak seterusnya.

//pendek je babak kali ni , tak larat nak fikir banyak-banyak .

Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

6 comments:

Wana said...

sambung sambungggg ^^

darla carolina said...

okayy okayy :DD

nanajoe said...

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sedih lahh part 6 tuuu -.-

darla carolina said...

part 6 sedih komen kt part 7 -..- neyh mesti kes na terus bace mls komen HAHA

lee. said...

' anggukan itu merupakan harapan buatku ' <-- ada ke lelaki macam ni ? wonwonnie oppa , can i own you ? >.< ~ saranghae wonbin oppa ~ :))

darla carolina said...

@rynn nial - ada . wonbin org nye HAHA :DD