Tajuk Cerita: Antara Cinta dan Pengorbanan
Genre: Romance, Sad, Thriller
Jenis Cerita: One-Shot Fan Fiction
Pengarang: Darla Carolina
Status: Diterbitkan pada 12 November 2011
RINGKASAN CERITA
Hara sering dimarahi bapanya kerana selalu melarikan diri daripada pandangan pengawal peribadinya, Jong Hoon. Dia akan diawasi ke mana saja dia pergi kerana bimbang keselamatannya akan terancam. Hara tidak menyukainya kerana dia ingin bebas seperti remaja-remaja lain. Jong Hoon yang telah hampir empat tahun berada di sisi Hara dan melindunginya itu menyimpan perasaan terhadap Hara. Suatu malam, Hara sempat berkenalan dengan Hong Ki di sebuah kelab malam. Hubungan mereka diteruskan walaupun Jong Hoon sering menasihati Hara supaya tidak bergaul dengannya. Dalam masa yang sama, Eun Jung yang merupakan adik kepada ketua kumpulan samseng turut menyukai Hong Ki. Dia sering menunjukkan perasaannya itu tetapi ditolak mentah-mentah oleh Hong Ki. Kehadiran Hara dalam kehidupan Hong Ki membuatkan Min Hwan berpeluang untuk memiliki Eun Jung tetapi dia juga meletakkan dirinya di dalam bahaya tanpa disedarinya. Sehinggakan suatu hari Hara berada dalam keadaan yang mengancam nyawanya. Siapakah yang mampu menyelamatkan Hara? Antara Cinta dan Pengorbanan akan menjawab pertanyaan tersebut.
PREFACE
Idea untuk menulis cerita ini datangnya daripada salah sebuah klip video muzik FT Island. Disebabkan minat terhadap Jong Hoon yang mendalam, maka dengan serta-merta memutuskan untuk membuat one-shot Antara Cinta dan Pengorbanan ini. Watak asal telah pun dikekalkan untuk cerita ini kecuali watak bagi anak orang kaya tersebut. Hara dipilih dari segi perwatakannya yang kena dengan watak yang dinyatakan. Jalan cerita telah diubah sedikit supaya kelihatan lebih menarik daripada idea asal. Bagi mereka yang menantikan cerita ini, jangan lupa untuk membacanya pada 12 November ini ya.
WATAK UTAMA
Jong Hoon
Bekerja sebagai pengawal peribadi. Menyimpan perasaan terhadap anak majikannya. Seorang yang suka menyembunyikan perasaan sendiri. Gigih dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Mempunyai rupa paras yang kacak dan menawan. Jarang tersenyum tetapi senyumannya mampu memikat hati wanita.
Goo Hara
Anak kepada pemilik aset terkaya di Korea. Berperangai kebudak-budakan. Sering dilindungi oleh pengawal peribadinya. Suka bertindak mengikut perasaan. Tidak mampu berfikir dengan matang. Memiliki paras yang cantik. Berkenalan dengan seorang pemuda di kelab malam lalu menjadi rapat dengannya.
Hong Ki
Seorang penuntut universiti dan berkawan baik dengan Choi Min Hwan. Sedikit mementingkan diri. Tidak mengendahkan perasaan orang lain. Dikenali dengan sifatnya yang periang. Berkenalan dengan anak orang kaya tetapi pergaulan mereka sering diperhatikan.
Eun Jung
Menuntut di universiti yang sama dengan Hong Ki dan juga Min Hwan. Adik kepada seorang ketua samseng. Menyimpan perasaan terhadap Hong Ki. Selalu memikirkan Hong Ki lebih daripada dirinya sendiri. Tetapi sering ditolak oleh Hong Ki dan tetap tidak berputus asa.
Min Hwan
Kawan baik kepada Hong Ki. Belajar jurusan yang sama dengannya. Menyukai Eun Jung sejak hari pertama melihatnya. Seorang yang tabah, mementingkan persahabatan dan sering memikirkan orang sekeliling.
No comments:
Post a Comment