AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

One-Shot | Antara Cinta dan Pengorbanan


WATAK UTAMA
Jong Hoon
Goo Hara
Hong Ki
Eun Jung
Min Hwan
Lebih lanjut mengenai watak klik >sini<
------------------------------------------------------------------------------------
Hara yang baru pulang dari membeli-belah ditemani oleh pengawal peribadinya, Jong Hoon, melangkah masuk ke dalam rumah.
"Hara! Berhenti kat situ! Kamu dari mana ni? Seharian kat luar tak balik-balik!"
Suara lelaki lewat usia lima puluhan itu agak tinggi.
Dia bangun dari tempat duduknya dan berjalan menuju ke Hara. Muka marah jelas kelihatan. Hara hanya mampu berdiri mendiamkan diri. Jong Hoon yang berada di sebelahnya turut membatu. Di tangannya penuh dengan beg pakaian hasil pembelian Hara tadi.
"Kenapa senyap? Kamu tak reti nak jawab soalan appa (ayah) ke?"
Tanyanya lagi.
Hara menunduk dan memandang lantai rumahnya. Dia bermain-main hujung jarinya. 
"Dari tadi appa balik kamu tak ada kat rumah. Sekarang ni dah pukul 10 malam! Baru kamu pulang? Apa nak jadi dengan kamu ni Hara? Kamu nak appa potong semua kad kredit dengan line telefon kamu?"
Ugut ayah Hara, Encik Goo Sung Man.
"Appa! Janganlah."
Akhirnya Hara bersuara.
Pantang mendengar ayahnya bercakap soal kad kredit pasti dia akan menjawab.
"Hara keluar makan, jalan-jalan, beli-belah, lepas tu tengok wayang. Bosan la duduk rumah. Bukan ada benda boleh buat."
Sambungnya lagi.
Jong Hoon masih setia berdiri di sisi Hara. Ayah Hara memandang ke arah beg pakaian yang dipegang Jong Hoon.
"Kamu keluar dengan siapa?"
Tanya ayah Hara lagi.
"Mana ada dengan siapa-siapa. Hara keluar dengan Jong Hoon oppa (abang) je la."
Jawab Hara.
"Oppa, Hara dah letih. Nak mandi dulu. Letakkan semua beg tu dekat atas katil Hara. Naee oppa. Gomawo (terima kasih)."
Dia berkata pada Jong Hoon.
Jong Hoon hanya mengangguk akur. Hara berjalan menaiki tangga untuk menuju ke biliknya. Jong Hoon turut mengikuti langkah Hara.
"Jong Hoon, kamu tunggu kejap. Saya ada benda nak tanya kamu."
Permintaan ayah Hara mematikan langkah Jong Hoon.
Dia memandang ke arah Sung Man yang berwajah serius. 
"Ya ada apa ahjussi (pakcik) ?"
Tanya Jong Hoon.
Dia sudah terbiasa menggelar Sung Man sebagai pakcik kerana beliaulah yang menjaga dan mendidiknya sejak kecil lagi.
"Betul ke Hara keluar dengan kamu je? Tak ada keluar dengan orang lain?"
Tanya Sung Man kepada Jong Hoon.
"Betul ahjussi. Dia memang tak ada keluar dengan orang lain. Saya sentiasa awasi dia."
Jawab Jong Hoon.
"Bagus. Budak-budak sekarang ni bukan boleh dibiar sangat. Nanti bercampur dengan sebarang orang. Kamu tengok dia elok-elok. Ahjussi tak suka dia berkawan dengan orang yang tak tentu hala."
Ujar Sung Man.

Hara menanggalkan pakaiannya lalu mencapai tuala untuk menutup badannya. Dia hanya berkemban sahaja. Bilik Hara dilengkapi bilik air dan ianya lebih memudahkan Hara. Pintu bilik air dibuka luas, kakinya dilangkahkan ke dalam bilik air tersebut. Paip air dipusingkan untuk mengalirkan air bagi memenuhi tab mandian. Dia baru teringat krim mandiannya telah habis. Hara keluar dari bilik airnya untuk mengambil krim mandian yang terletak di dalam kabinet biliknya. Dia tidak menyedari Jong Hoon yang berada di dalam biliknya. Tuala yang dipakai Hara terlucut pada ketika dia melangkah keluar dari bilik air.
"Eh Hara, mianhae (maaf). Oppa tak tahu Hara ada dalam bilik air."
Kata Jong Hoon lalu memusingkan badannya.
Dia mencapai bath rob yang tergantung di tepi almari lalu menghulurkannya pada Hara.
"Gomawo. Haihh macam mana boleh terlucut tuala ni. Aigoo, malu Hara dengan oppa."
Mukanya kemerahan. 
Cepat-cepat Hara mengambil krim mandiannya lalu berlari dan menguncikan diri di dalam bilik air.
'Ahh pabo (bodoh) ! Kalau tahu nak terlucut tadi, aku pakai bath rob awal-awal.'
Hara berkata sendirian.

Jong Hoon meletakkan beg pakaian Hara di atas katil. Dia mengutip tuala yang jatuh di atas lantai tadi dan meletakkannya pada penyidai. Dia tersengih mengingatkan reaksi Hara kemudian dia melangkah keluar dari bilik tersebut.

********

"Hey budak manja! Mana bodyguard hensem kau tu? Tak ikut kau ke hari ni? Ke dia dah tak tahan dengan perangai gedik kau tu?"
Tanya Eun Ra salah seorang pelajar sekelas Hara.
Hara tidak melayan pertanyaan perempuan itu sebaliknya hanya meneruskan membaca komik yang berada di tangannya.
Perempuan itu menghampiri Hara lalu merampas komik tersebut.
"Hoi! Aku cakap dengan kau ni! Tak dengar ke? Orang cakap, biar muka buruk asalkan tak pekak. Ni harap je cantik tapi pekak!"
Eun Ra menolak Hara yang tidak melayannya itu.
Jong Hoon yang baru muncul menghalang perbuatan Eun Ra. Komik pada tangan Eun Ra diambilnya. Dia menarik Hara untuk mengikutnya. Selepas tiga langkah, Hara berhenti. Dia menyentap tangannya yang dipegang Jong Hoon.
"Yaaaahh ! Wae wae wae (kenapa)? Hara tak sukalah macam ni. Biarlah apa yang dia nak buat. Kenapa oppa mesti pertahankan Hara? Tak boleh ke Hara hidup normal macam orang lain? Tak ada siapa pun yang berani nak berkawan dengan Hara. Semua sebab oppa. Hara benci oppa!"
Hara menolak Jong Hoon lalu berlari keluar dari kelasnya.
Jong Hoon mengejar Hara yang berlari dalam kemarahan itu.

Tokk...Tokkk..Tokkkk..

Hara menyapu air matanya sebelum membuka pintu bilik.
"Eh appa. Wae?"
Tanya Hara setelah melihat ayahnya di muka pintu.
"Tak ada apa. Saja nak tengok anak appa ni. Ingatkan dah tidur."
Ujar Sung Man.
"Appa pergilah tidur. Dah lewat ni. Esokkan nak kena pergi pejabat kan."
Kata Hara.
"Okay, Hara pun tidurlah ya. Jaga kesihatan kamu. Jangan tidur lewat sangat. Appa ada kamu seorang je."
Nada Sung Man sedikit sedih.
Hara memberi pelukan selamat malam pada ayahnya.
"Hara tahu jaga kesihatan. Appa tu jangan banyak fikir sangat. Hara dah besar panjang. Tahu jaga diri apa semua. Dah, pergi tidur cepat. Nanti mimpi omma jangan lupa pesan yang Hara rindu omma."
Kata Hara sambil tersenyum.
Sudah lebih enam tahun ibunya meninggal dunia disebabkan penyakit kanser. Bukan mereka tidak mampu untuk merawat penyakit tersebut. Berapa sangatlah kos rawatan itu bagi Sung Man. Cuma isterinya sahaja yang tidak memaklumkan mereka mengenai penyakitnya itu. Semenjak pemergian isterinya, Sung Man tidak berhasrat untuk beristeri lagi. Baginya biarlah Hara sahaja menjadi peneman sementara dia menghabiskan sisa hidupnya.

********

Hong Ki dan Min Hwan sedang asyik bersembang di kafe universiti mereka. Masih ada satu jam masa terluang sebelum kelas seterusnya. Eun Jung menghampiri mereka dengan membawa dua tin minuman di tangannya.
"Hong Ki, nah ni untuk awak."
Kata Eun Jung sambil menghulurkan setin soda pada Hong Ki.
Hong Ki hanya membiarkan Eun Jung. Min Hwan cepat mengambil tin minuman tersebut.
"Gomawo. Untuk saya kan ni?"
Kata Min Hwan.
"Heyy! Tu untuk Hong Ki la! Tak malu ke ambil benda bukan hak dia?"
Eun Jung mengambil minuman itu semula lalu beredar dari kafe tersebut.
"Hahaha. Comellah dia tu."
Kata Min Hwan pada Hong Ki.
"Kau ni buta ke apa? Macam tu pun kau cakap comel. Tu kau tengok tu ahjumma (makcik) yang tengah cedok kimchi tu...."
Kata Hong Ki sambil menunjuk ke arah wanita yang berusia lingkungan empat puluhan.
"yang tu lagi sepuluh kali comel dari Eun Jung kau tu. Mata kau ada masalah. Baik kau pergi check petang nanti."
Sambung Hong Ki.
Terburai ketawanya selepas itu.
"Kau ni, benci sangat dengan Eun Jung tu. Dia tak ada buat salah pun kat kau."
Kata Min Hwan yang tidak berpuas hati dengan penyataan Hong Ki. 
"Mana ada aku benci. Cuma aku tak suka je. Dia suka perasan macam girlfriend aku. Hantar sandwich la, air la, lepas tu muncul kat entah mana-mana je. Mana aku pergi mesti dia nak ada. Rimas aku."
Terang Hong Ki.
"Untunglah ada orang minat. Aku ni haa, hari-hari menghadap muka kau je. Dari kecil sampai ke besar, kau je yang aku pandang. Sampai orang dah cop aku gay dah pun."
Kata Min Hwan.
"Aigooo. Merajuk pula kau ni. Dah malam ni jom kita pergi menggaykan diri nak. Hahahaa macam biasa."
Pujuk Hong Ki.
"Malam ni? Whoaa, mesti la nak. Tempat biasa okay. Kau jangan lupa telefon Won Bin hyung. Suruh dia prepare awek ramai-ramai. Hahahaa."
Laju sahaja Min Hwan menjawab.
"Hahahaa kau ingat dia ada masa ke nak layan kau sediakan awek bagai. Hyung tu pun ada kerja nak buat."
Kata Hong Ki.

********

Hara berjaya curi-curi keluar dari rumahnya lagi malam ini. Dia tidak mahu Jong Hoon mengikutinya untuk seketika. Teringin untuk mencuba hidup seperti orang biasa. Bunyi bising sudah sebati menusuk ke telinga pengunjung kelab malam itu. Hara duduk di bar counter berseorangan sambil memerhati pengunjung yang lain. Bimbang sekiranya Jong Hoon menemuinya di situ. Arak yang berada dalam gelasnya diteguk. Hong Ki hanya memerhatikannya dari tempat DJ sedari tadi.
"Hyung, kenal tak perempuan tu?"
Hong Ki bertanya pada Won Bin yang sedang memutarkan lagu.
Nadanya sedikit tinggi kerana bunyi lagu yang kuat menenggelamkan suaranya.
"Apa? Perempuan apa?"
Won Bin menjerit bertanya pada Hong Ki.
"Perempuan tu haaaa. Kenal dia tak?"
Hong Ki bertanya lagi sambil menunjuk pada Hara.
"Oh, tu anak Goo Sung Man. Yang businessman kaya kat negara kita ni. Apa entah bapa dia jual. Aku tak ambil tahu sangat. Tapi perempuan tu selalu juga la datang sini. Asal kau tanya?"
Ujar Won Bin.
"Tak ada apa-apa. Saja tanya. Tak pernah nampak sebelum ni. Hehehee."
Hong Ki tersengih.
Dia berjalan ke arah Hara lalu duduk bersebelahan dengannya. Hara hanya membuat tak tahu sahaja. Gelas berisi arak itu diteguknya lagi. Cepat-cepat Hong Ki melagakan gelasnya dengan gelas yang dipegang Hara. Dia melemparkan senyuman pada Hara. Pada ketika itu dia melihat kelibat Jong Hoon yang sedang mencari-cari seseorang. Sudah tentu mencari dirinya. Lantas dengan pantas Hara menarik Hong Ki untuk bersembunyi di belakangnya. Dia menarik Hong Ki ke tengah kerumunan orang yang sedang asyik menari. Hong Ki hanya mengikut dengan perasaan pelik. Hara memeluk Hong Ki dan menutup mukanya di sebalik badan Hong Ki. Hong Ki yang tidak tahu apa-apa tersengih melihat perbuatan Hara. 

Sedang Hong Ki dan Hara asyik menari mengikut rentak lagu yang dimainkan, Jong Hoon berjalan ke arah mereka lalu menarik tangan Hara untuk membawanya keluar daripada kelab malam tersebut. Hong Ki kelihatan tercengang. 
"Hong Ki, tolong Hara."
Hara menjerit meminta bantuan Hong Ki.
Dengan cepat Hong Ki mengejar lalu menarik Hara daripada Jong Hoon. Jong Hoon melepaskan Hara lalu menolak Hong Ki. Satu tumbukan hinggap pada wajahnya. 
Bammm.
Hong Ki jatuh menyembah lantai.
Hara mendapatkan Hong Ki.
"Hong Ki, mianhae (maaf)."
Jong Hoon menarik Hara untuk mengikutinya. Hara berkeras tidak berganjak.
"Hara! Jom balik! Nanti appa Hara cari pula. Hara suka buat dia risau ke?"
Jerit Jong Hoon.
Hara bangun lalu satu tamparan lekat di pipi Jong Hoon.
"Oppa suka halang apa yang Hara nak buat. Mesti oppa rasa seronok kan kawal hidup Hara macam ni!"
Kata Hara lalu berlari keluar dari kelab tersebut.

********

Min Hwan memerhatikan Hong Ki yang asyik tersenyum sendirian. Matanya tidak lekang memandang skrin telefon bimbitnya. Min Hwan mendekati Hong Ki lalu mengambil telefon bimbit tersebut.
"Yaaahhh Min Hwan! Bak sini balik!"
Jerit Hong Ki.
"Whoaa marah nampak. Aku nak tahu juga apa yang buat kau tersengih dari tadi. Dah dekat sejam dah. Aku ni kau biar je sorang dari tadi. Masa call tadi beria benar suruh aku datang rumah kau. Bila aku dah datang, kau asyik sengih pandang handphone je."
Min Hwan meluahkan rasa tidak puas hatinya.
"Hehehe. Sorry la. Aku saja je. Bosan, tu suruh kau datang sini. Dah bak sini handphone aku tu."
Pinta Hong Ki.
Telefon bimbit tersebut bertukar tangan.
"Ni aku nak tunjuk kau satu awek ni."
Tangan Hong Ki memicit-micit punat pada telefon bimbitnya.
"Awek mana?"
Tanya Min Hwan.
"Sabarlah. Tunggu aku tunjuk kejap."
Hong Ki menunjukkan gambar yang diambilnya bersama Hara pada Ahad yang lalu.
Sejak berkenalan di kelab malam sebulan yang lalu, mereka sering berhubung dan keluar bersama. Hong Ki mula menyukai Hara kerana baginya Hara lain sedikit dari perempuan lain yang dikenalinya.
"Perempuan mana ni Hong Ki? Bukan pasal perempuan ni ke kau kena belasah kat kelab bulan lepas?"
Tanya Min Hwan.
"Eh sorry sikit. Bukan kena belasah. Kena tumbuk sebiji je. Tu kira nasib dia blah awal. Kalau tak dah lama nafas dia putus kat situ."
Hong Ki cuba mempertahankan dirinya.
"Hahahaa. Yalah kau tu. Cakap je boleh la. Cuba buat tengok. Nafas siapa putus dulu."
Min Hwan mentertawakan Hong Ki.

********

"Oppa, Hara tak nak balik rumah dulu. Jom la pergi tempat lain."
Pujuk Hara di dalam kereta.
"Mana boleh. Nanti appa Hara marah kalau oppa tak bawa Hara balik sekarang."
Terang Jong Hoon.
"Oppa! Oppa oppa oppa oppa!"
Dia menumbuk-numbuk lembut bahu Jong Hoon.
"Aishhh. Hara ni. Nak pergi mana lagi?"
Tanya Jong Hoon lalu memberhentikan kereta di bahu jalan.
"Kita pergi makan aiskrim nak?"
Tanya Hara.
"Dekat mana? Kedai hari tu ke?"
Pertanyaan Hara dibalas dengan soalan.
Hara mengangguk. Matanya menguntumkan senyuman. Itu salah satu sebab yang membuatkan Jong Hoon tertarik dengan Hara.
"Yupp, kat kedai hari tu yang oppa bawa Hara tu. Aiskrim dia sedap."
Kesemua jarinya digenggam melainkan ibu jari lalu menunjukkannya pada Jong Hoon.
"Hahahaa, okay okay jom pergi kedai tu."
Ujar Jong Hoon lalu menekan pedal minyak kereta.


Hara melangkah keluar dari kereta dengan perasaan gembira . Dia memaut lengan Jong Hoon lalu menariknya untuk melangkah lebih laju. Mereka berdua berjalan menuju ke arah kedai aiskrim yang terletak tidak jauh dari tempat Jong Hoon meletakkan kenderaannya.
Hara memilih perisa aiskrim kegemarannya dan turut memilih perisa yang sama untuk Jong Hoon. Mereka menggemari perisa yang sama. Muka Hara cukup gembira kerana dapat menikmati aiskrim kegemarannya. Aksinya tidak ubah seperti kanak-kanak yang diberi barang kesukaan.
"Oppa, lepas ni kita pergi duduk kat tepi sungai tu nak?"
Tanya Hara.
Wajahnya sedikit comot akibat terkena aiskrim di hujung sudunya.
"Aigoo, makan pun comot."
Jong Hoon mengesat tepi bibir Hara dengan menggunakan tisu yang berada di tangannya.
"Oppa, boleh tak ni? Lagipun appa kan tak ada kat rumah malam ni. Boleh la balik lambat sikit. Boleh kan oppa."
Suara Hara merengek manja.
"Haaa boleh boleh. Dah, makan dulu aiskrim tu bagi habis."
Jong Hoon bersetuju.
Aiskrim yang berada dalam mangkuknya disuap ke dalam mulut. Perlahan aiskrim itu dihabiskan. Dia hanya memandang Hara yang sedang asyik menikmati aiskrimnya.
"Oppa, Hara nak tanya sesuatu boleh?"
Mata Hara memandang tepat ke arah Jong Hoon.
Suapan Jong Hoon terhenti.
"Err tanya apa?"
Dia memandang Hara.
"Kenapa oppa nak jadi bodyguard Hara? Dah bertahun pula tu. Dah la oppa duduk dengan Hara dari kecil lagi. Tak bosan ke tengok Hara hari-hari?"
Pertanyaan itu membuatkan Jong Hoon tersedak.
Batuk kecil kedengaran.
"Huhh? Err sebab dah tak ada kerja lain kot."
Jawapan Jong Hoon yang kurang munasabah.
"Tipu. Oppa tu kan pandai. Dulu selalu jadi pelajar cemerlang. Kalau nak kerja, banyak sangat kerja lain yang oppa boleh buat. Tapi nak juga jadi bodyguard Hara. Peliklah."
Hara tidak berpuas hati dengan jawapan yang Jong Hoon berikan. 
"Sebab oppa nak lindungi Hara. Oppa tak nak Hara berada dalam kesusahan."
Nadanya serius.
Hara memandang tepat ke dalam mata Jong Hoon.
"Betul ke? Haaa bagus la kalau macam tu. Hara lagi suka kalau oppa yang jadi bodyguard Hara. Yang lain semua muka garang. So scary. Macam bodyguard appa tu. Nak makan pun tak lalu kalau tengok muka dia. Hahahaaa."
Hara berkata.
"Hahahaa. Nanti oppa cakap dengan appa Hara yang Hara nak tukar bodyguard la okay."
Jong Hoon mengusik Hara.
"Oppa! Tak nak la. Nanti hari-hari Hara muntah darah."
Kata Hara sambil menepuk lengan Jong Hoon.
Spontan ketawa mereka terburai ketika itu.

Jong Hoon membeli bir untuk dinikmati semasa berada di tepi sungai nanti dari kedai serbaneka. Kemudian dia berjalan menuju ke kereta. Kelihatan dua orang pemuda sedang mengganggu Hara. Cepat dia berlari ke arah Hara lalu membelasah mereka. Sekadar menyelamatkan Hara tanpa mencederakan kedua-dua pemuda tersebut. Lintang-pukang mereka berlari kerana takut dibelasah teruk oleh Jong Hoon.
"Hara tak apa-apa ke?"
Tanya Jong Hoon.
"Hara okay je. Habis baju oppa ni ha."
Kata Hara lalu menepuk-nepuk baju Jong Hoon untuk membuang habuk yang tidak kelihatan.
"Oppa tak rimas ke pakai macam ni setiap hari? Setiap masa?"
Tanya Hara lagi.
"Kenapa? Tak suka ke oppa pakai macam ni? Dah memang kena pakai macam ni kan. Nak buat macam mana lagi."
Jawab Jong Hoon.
"Eh tak adalah. Oppa nampak hensem pakai sut macam ni. Hara suka tengok."
Kedua-dua tangannya menunjukkan ibu jari bagi mewakili penyataannya itu.
Jong Hoon hanya tersengih mendengar ayat yang keluar dari mulut Hara.

Tidak ramai orang di tepi sungai pada malam itu. Hara melangkah menuju ke kerusi yang disediakan bersama Jong Hoon. Beg plastik berisi bir dipegang Jong Hoon. Hara melabuhkan punggungnya di kerusi tersebut. Jong Hoon menghulurkan setin bir pada Hara. Ketika itu telefon bimbit Hara berdering menandakan satu pesanan sampai.
"Siapa?"
Tanya Jong Hoon.
"Tak ada siapa-siapa pun."
Hara cuba merahsiakan sesuatu dari Jong Hoon.
"Mesti budak yang kat kelab hari tu kan."
Duga Jong Hoon.
"Eh bukanlah. Mana ada. Rakan kelas Hara la."
Bohong Hara.
"Tipu la oppa. Ingat oppa tak tahu ke apa yang Hara buat. Semua oppa tahu. Hara tak payah la berkawan dengan dia tu. Nanti kalau appa Hara tahu, mesti dia bising."
Hara terkedu mendengar ayat Jong Hoon.
"Oppa, ingat tak dulu omma selalu bawa kita datang sini."
Hara cuba mengubah topik.
"Oh ingat lagi . Last kita datang sini dengan omma Hara masa enam tahun lepas kan. Dia siap pesan lagi dekat oppa suruh jaga Hara. Mungkin sebab tu kot oppa nak jadi bodyguard Hara."
Jong Hoon asyik bercerita.
Hara hanya senyap menyepikan diri. Jong Hoon memandang wajah Hara yang membisu itu. Ada jernihan pada kelopak matanya. Ia membuatkan Jong Hoon berasa serba salah.
"Eh Hara, kenapa Hara menangis ni?"
Jong Hoon menyeka air mata Hara menggunakan jarinya. 
"Hara rindukan omma."
Jawab Hara pendek.
Jong Hoon menggosok bahu Hara dan merapatkan Hara dalam pelukannya.
"Oppa pun. Tak apa. Mesti omma Hara sekarang tengah perhatikan Hara dari syurga. Dah jangan sedih lagi okay. Oppa ada. Oppa akan sentiasa teman Hara sampai bila-bila."
Pujuk Jong Hoon.
Hara yang berada dalam pelukan Jong Hoon itu mengesat air matanya sendiri.
"Oppa janji, jangan tinggalkan Hara tau. Hara ada appa dengan oppa je dalam dunia ni. Apa akan jadi dengan Hara kalau oppa tak ada nanti. Siapa nak teman Hara? Hurmm. Promise?"
Hara menghulurkan jari kelingkingnya pada Jong Hoon.
Jong Hoon turut menghulurkan jari kelingking lalu mengaitkannya dengan jari kelingking Hara. Senyuman pahit dikulum. Hara mencium pipi Jong Hoon. Tersentak Jong Hoon ketika itu.
"Oppa, Hara sayang oppa. Sangat sangat sangat."
Ujar Hara lalu menyandar pada bahu Jong Hoon.
Jong Hoon mengeratkan pelukannya.
"Oppa pun. Oppa sayang Hara dari dulu."
Suaranya perlahan.
"Cuma Hara je yang tak tahu macam mana sayangnya oppa pada Hara."
Sambung Jong Hoon lagi.
Perlahan sahaja suaranya. Hara tidak mendengar dengan jelas ayat terakhir Jong Hoon itu. Tanpa disedari, Hara terlena dalam pelukan Jong Hoon. Dia mengendong Hara lalu memasukkannya ke dalam kereta untuk berlalu pulang.

********

Hong Ki dan Hara berjanji untuk ke taman hiburan bersama pada petang ini. Asalnya Eun Jung mengajaknya keluar menonton wayang, tetapi dia menyuruh Min Hwan menggantikannya. Hara melarikan diri daripada kelas muzik semata-mata untuk berjumpa Hong Ki. Ketika itu Jong Hoon tidak berada di dalam kelasnya. Hanya menunggu di kereta sahaja. Apabila kelas telah tamat, barulah Jong Hoon sedar bahawa Hara telah larikan diri dari pandangannya. Dengan cepat dia mendail nombor Hara tetapi hampa. Panggilan dibiarkan sepi tak berjawab.

Hong Ki memecut laju motosikal berkuasa tingginya. Hara menjadi pembonceng setia yang senyap sahaja di belakang. Mereka menuju ke taman hiburan Everland yang terletak tidak jauh dari pusat bandar. Segala permainan dicuba bersama. Hara berasa seronok kerana dia selalu ditegah untuk ke taman hiburan. Kata ayahnya tempat seperti itu merbahaya dan tidak selamat. Sedang mereka asyik berseronok, terdapat dua mata yang sedang menyaksikan mereka.
"Eun Jung, awak nak pergi tempat lain ke?"
Ajak Min Hwan setelah dia perasan kewujudan Hong Ki di situ.
Asalnya Eun Jung akan bersama Hong Ki pada petang itu tetapi segala angan-angannya musnah ketika wajah Min Hwan yang muncul menjemputnya di rumah. Niat untuk menonton wayang dibatalkan serta merta tetapi kerana mengenangkan Min Hwan adalah kawan baik Hong Ki, Eun Jung akur dan pasrah untuk keluar bersama Min Hwan.
"Ermmm tu girlfriend Hong Ki ke? Patutlah dia menolak saya."
Ayat Eun Jung kedengaran sedih.
Matanya memandang tepat pada dua insan yang sedang duduk di atas bangku di temani cahaya lampu. Dia hanya memerhatikan Hara dan Hong Ki yang seronok bergurau senda. Hatinya sakit melihat senyuman Hong Ki. Sudah lama dia menyimpan perasaan terhadap Hong Ki tetapi Hong Ki tidak pernah mengendahkannya. Malahan senyuman juga amat sukar untuk diberi padanya.
Hara mencubit pipi Hong Ki yang tembam itu. Mereka kelihatan seperti pasangan kekasih. Hong Ki meminta Hara memberi ciuman padanya. Hara tertawa kecil lalu menggeleng. Hong Ki membuat aksi seolah-olah merajuk. Ketika itu juga Hara terus mencium pipinya. Senyuman lebar mekar di wajah Hong Ki. Hong Ki membalas ciuman tersebut dengan mencium pipi Hara pula.

Eun Jung yang melihat dari jauh menitiskan air mata. Min Hwan pula berasa serba salah kerana dia yang memberi idea untuk ke Everland. Eun Jung berpusing lalu melangkah perlahan untuk meninggalkan kawasan tersebut. Min Hwan mengikutinya.
"Eun Jung, awak okey ke ni?"
Tanya Min Hwan.
Soalannya dibiar tanpa jawapan.
Dia bertanya lagi,
"Awak nak saya hantar awak balik ke?"
Eun Jung cuma menggeleng.
Langkahnya mati di situ.
Badannya direbahkan di atas kerusi. Terduduk Eun Jung ketika itu. Min Hwan cepat memegangnya. Air mata Eun Jung disapu lembut.
"Kenapa selama ni Hong Ki tak pernah pandang saya?"
Suaranya bergetar.
"Kurang sempurna ke saya ni Min Hwan?"
Dia bertanya pula.
"Eh tak adalah. Mana ada. Ermmm Hong Ki tu memang macam tu. Saya pun tak tahulah nak cakap apa. Awak tak perlulah menangis untuk dia. Ramai lagi lelaki lain dalam dunia ni. Janganlah awak tengok Hong Ki je. Memang Hong Ki tak terima awak, tapi orang lain?? Ada lagi orang lain yang suka dan sanggup terima awak seikhlas hati."
Pujuk Min Hwan.
Eun Jung hanya diam mendengar kata-kata Min Hwan.

Jong Hoon berdiri di sebalik pokok untuk memerhatikan Hara. Dia sudah lama mengesan kedudukan Hara di situ. Jong Hoon sekadar mengawasi keselamatannya dari jauh. Jiwanya terasa sedih setelah melihat Hara dan Hong Ki berbalas ciuman. Satu-satunya perempuan yang dikenali Jong Hoon sudah mempunyai kenalan lelaki baru. Selama ini Jong Hoon tidak pernah berkenalan dengan mana-mana perempuan selain Hara. Umpama hidupnya hanya untuk Hara. Tetapi Hara pula sedang bersama dengan lelaki lain. Hatinya sakit tetapi dikuatkan juga melihat mereka kerana itu adalah tugasnya. Melindungi Hara. Tiba-tiba datang beberapa orang yang berpakaian seperti samseng menuju ke tempat Hara dan juga Hong Ki.

"Goo Hara. Anak perempuan Goo Sung Man. Betul bukan?"
Tanya Eun Chul kepada Hara.
Dia adalah abang kepada Eun Jung dan merupakan ketua bagi sebuah kumpulan samseng. Lazimnya mereka yang bekerja di syarikat korporat akan mengupah abang Eun Jung untuk mendapatkan sesuatu.
"Kau nak buat apa dengan dia haaa?"
Hong Ki bangun lalu mendepakan tangannya di depan Hara.
Hara yang ketakutan bangun dan memeluk Hong Ki dari belakang. Eun Chul menumbuk muka Hong Ki. Hong Ki jatuh menyembah bumi. Beberapa orang yang lain turut membelasah Hong Ki. Dia berusaha untuk melawan tetapi tenaganya kurang. Dia lemah untuk berlawan dengan ramai orang seperti itu. Tangan Hara digenggam kuat oleh Eun Chul.
"Hong Ki! Ahhh Hong Ki! Lepaskan dia la! Jangan belasah dia. Aku yang korang nak bukan! Cukuplah tu!"
Jerit Hara.
Hong Ki sudah hampir separuh mati dibelasah mereka.
Ketika itu jugalah Jong Hoon datang untuk menyelamatkan Hara. Dia menyepak terajang Eun Chul. Anak buah Eun Chul membantu untuk membelasah Jong Hoon. Tumbukan dan sepakan bertalu-talu hinggap di badan Jong Hoon serta anak buah Eun Chul. Akhirnya semua jatuh ke tanah. Jong Hoon memijak kaki Eun Chul lalu bertanya,
"Apa yang kau nak haaa? Siapa yang hantar kau?"
Eun Chul tidak menjawab.
Nafas Jong Hoon turun naik. Tanpa disedarinya, satu hentakan lekat di kepala Jong Hoon.
"Oppa! Tak apa-apa ke?"
Hara berlari menyambut Jong Hoon yang hampir jatuh.
Eun Chul sempat melarikan diri. Hong Ki pula masih terbaring di atas tanah. Hara meletakkan Jong Hoon di atas kerusi lalu pergi melihat Hong Ki.
"Hong Ki, bangunlah. Hara risau ni. Hong Ki dengar tak apa Hara cakap ni?"
Dia menggoncang sedikit tubuh Hong Ki.
Mata Hong Ki sedikit terbuka. Dia membantu Hong Ki untuk berdiri. Hara membawa Hong Ki duduk di sebelah Jong Hoon yang masih belum sedar. Hara menggoncang pula tubuh Jong Hoon.
"Oppa, bangun oppa. Oppa! Apa Hara nak buat ni. Aaaaaaahhh kenapa macam ni?"
Jerit Hara.
Jong Hoon tersedar ketika itu. Dia menggosok-gosok kepalanya. Terasa sakit akibat dipukul tadi.
"Oppa, oppa! Mianhae (maaf). Hara yang salah."
Dia memeluk Jong Hoon.
"Tsssskkkk. Sakitlah. Ahhhhhh."
Jong Hoon mengeluh sakit.
Hong Ki hanya melihat aksi Hara dan merasa cemburu.
'Aku macam dah nak mati kena belasah tapi dia boleh peluk lelaki tu pula.'
Dia merintih di dalam hatinya.

*********

Kecederaan Hong Ki tidaklah seteruk mana. Dia disarankan supaya berehat di rumah selama seminggu. Dalam seminggu itu jugalah dia tidak bertemu dengan Hara. Tiba-tiba Eun Chul datang ke rumahnya.
Tingg..Tongggg....
Hong Ki berjalan perlahan membuka pintu. Tangan kirinya masih berbalut dan tergantung di bahunya. Terkejut Hong Ki melihat Eun Chul di muka pintu. Hong Ki mengundur tiga empat langkah ke belakang.
"Kau nak apa?"
Jerit Hong Ki.
"Bertenang, aku bukan nak belasah kau. Aku cuma nak minta tolong kau je. Itupun kalau kau nak tolong. Aku tak paksa."
Ujar Eun Chul.
Dia melangkah masuk ke dalam rumah Hong Ki. Hong Ki mengundur ke belakang untuk menjauhkan dirinya daripada Eun Chul.
"Tolong apa? Kenapa aku kena tolong kau pula?"
Hong Ki bertanya.
Nadanya terketar-ketar.
"Kau tengok tangan kau ni...."
Eun Chul menunjuk tangan Hong Ki yang berbungkus itu.
"....tu baru sebelah. Belum lagi sebelah kena bungkus."
Sambungnya lagi.
"Err maksud kau apa?"
Tanya Hong Ki tidak mengerti.
"Aku nak kau bawa Goo Hara kat tempat yang aku bagitahu nanti. Aku akan call kau bagitahu apa yang kau kena buat. Tu pun kalau kau nak buat. Kalau tak nak, mungki kau dah tak mampu guna kedua-dua tangan kau lagi lepasni. Faham?!"
Ugut Eun Chul.
Dia pergi meninggalkan Hong Ki yang masih terpinga-pinga.
Hong Ki tidak tahu apa yang harus dia lakukan.

Min Hwan dan juga Eun Jung terserempak dengan Eun Chul ketika mahu ke rumah Hong Ki. Eun Jung terkejut melihat abangnya yang baru keluar dari rumah Hong Ki.
"Oppa! Oppa buat apa kat sini?"
Tanya Eun Jung sambil berlari mendapatkan abangnya.
Min Hwan hanya melihat.
"Jenguk chingu (kawan) oppa. Dia tak sihat."
Jawab Eun Chul.
"Chingu? Oppa kenal Hong Ki ke?"
Tanya Eun Jung lagi.
Dia meletakkan jari telunjuk dan ibu jarinya di dagu lalu menggerak-gerakkannya.
"Err.. Kenal la juga. Kenal macam tu je. Eun Jung kenal ke dia tu?"
Tanya Eun Chul pula.
Eun Jung mengangguk.
"Satu kampus dengan Eun Jung la, tak tahu pula oppa kenal dia. Okaylah oppa, Eun Jung nak pergi jenguk dia. Oppa jalan elok-elok ya."
Eun Jung melambai sebelum meninggalkan abangnya.
Dia berjalan lalu memaut lengan Min Hwan untuk masuk ke rumah Hong Ki. Semenjak peristiwa tempoh hari, Min Hwan dan Eun Jung semakin rapat. Mereka dalam proses mengenali sesama sendiri. Pintu rumah Hong Ki tidak bertutup rapat. Eun Jung dan Min Hwan melangkah masuk dan melihat Hong Ki yang membatu di atas sofa. Dia termenung sahaja. Min Hwan merapati Hong Ki.
"Hoi kau kenapa?"
Sergah Min Hwan.
Hong Ki terkejut. Wajahnya sedikit pucat ketika itu.
"Aku okay je."
Jawab Hong Ki.
Dia asyik memikirkan tentang permintaan Eun Chul. Mampukah dia melakukannya? Tapi apa yang akan terjadi jika dia tidak mahu berbuat sedemikian? Dirinya juga mungkin akan berada di zon yang bahaya.

********

Hara menuruni tangga lalu ke ruang tamu. Rumahnya kosong. Pembantu rumah masing-masing sedang sibuk. Ayahnya pula ke England menguruskan hal jual beli hartanah. Lepas seminggu baru dia akan pulang semula ke Seoul. Hara mencapai kunci kereta yang tergantung di dinding lalu melangkah keluar. Dia memandang kiri dan kanan untuk melihat jikalau ada Jong Hoon di situ.
'Fuhh selamat oppa tak ada.'
Dia menarik nafas lega.
Langkah diatur perlahan seperti gaya seorang pencuri. Dia masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin. Dia berjaya lepas dari pandangan Jong Hoon sekali lagi. Kereta dipandu menuju ke rumah Hong Ki. Loceng ditekan berkali-kali. Tiada jawapan. Hara memulas tombol pintu. Ianya tidak berkunci. Dia membuka pintu lalu melangkah masuk ke dalam. Pintu ditutup semula. Dia melangkah perlahan memerhati seluruh rumah Hong Ki. Hong Ki pernah memberitahunya yang dia tinggal bersendirian. Dia baru pertama kali menjejakkan kakinya ke rumah Hong Ki. Perkakas dan perhiasan rumah Hong Ki dibeleknya satu persatu. Rumah Hong Ki kelihatan kemas. Pasti ada yang datang membersih setiap hari. Hara melabuhkan punggungnya di atas sofa berbentuk L yang berada di tengah ruang tamu tersebut. 
Pintu rumah dibuka tiba-tiba memeranjatkan Hara. Hong Ki muncul di muka pintu. Dia kehairanan melihat Hara yang berada di rumahnya.
"Apa Hara buat kat sini?"
Dia bertanya lalu menghampiri Hara.
"Rumah Hong Ki cantik. Nak tinggal sini boleh?"
Jawab Hara memandang muka Hong Ki.
Hong Ki menarik tangan Hara.
"Pergi balik sana."
Nadanya lemah.
"Tak nak!"
Ujar Hara.
Dia menarik semula tangannya yang dipegang Hong Ki.
"Bawa Hara naik motor Hong Ki boleh?"
Tanya Hara.
Hong Ki membawa Hara keluar membonceng motosikalnya. Jalan sedikit lengang malam itu. Hara menyandar pada belakang Hong Ki. Hong Ki menunggang dengan kelajuan sederhana laju menuju ke tepi pantai. 
"Hara, mianhae(maaf). Mungkin nanti Hara akan cakap Hong Ki ni kejam. Tapi..."
Kata Hong Ki yang duduk di atas pantai berpasir itu.
Hara yang berada disebelahnya memotong percakapan Hong Ki.
"Maaf? Untuk apa? Hong Ki ada buat salah ke?"
Tanya Hara.
"Err sebab Hong Ki tak dapat nak protect Hara. Mungkin Hong Ki tak layak pun untuk Hara."
Jawab Hong Ki.
Hara menepuk bahu Hong Ki.
"Ada-ada jelah Hong Ki ni. Dah la tak payah fikir bukan-bukan."
Ujar Hara.
Mereka duduk menikmati angin malam ditemani deruan ombak. Hara menulis-nulis sesuatu pada belakang Hong Ki menggunakan jarinya. Perkataan "I Love You" tidak kelihatan tapi itulah yang ditulis oleh Hara. Hong Ki memandang muka Hara yang ceria dengan senyuman. Dia menguntum senyuman pahit untuk Hara. Tangannya baru sahaja sembuh, bagaimana jika ia akan kehilangan fungsi tangannya itu? Dia tidak sanggup memikirkan apa yang bakal terjadi hari esok. Air matanya jatuh menitik di pantai. Cepat disekanya kembali agar Hara tidak melihatnya.
Hong Ki dan Hara masing-masing terlena di hadapan pantai. Matahari semakin mengeluarkan dirinya. Hara tersedar apabila mendengar suara bising dari beberapa orang yang muncul di hadapannya.
"Bangun bangun bangun. Tak payah nak buat kisah cinta pula kat sini."
Teriak Eun Chul.
Hong Ki turut tersedar.
"Kenapa ni? Apa yang korang nak sebenarnya haa?"
Tanya Hara.
Soalannya hanya dijawab oleh deruan ombak.
Hong Ki yang berada di sebelahnya turut mendiamkan diri.
"Bagus, Hong Ki. Aku tak sangka kau sanggup buat apa yang aku suruh dan mengkhianati perempuan ni hanya untuk kepentingan diri kau sendiri. Aku kagum dengan kau. Hahahahaaa."
Kata-kata Eun Chul membuatkan Hara tersentak.
Dia memandang Hong Ki yang baru berdiri di sebelahnya itu.
"Apa ni Hong Ki?"
Dia bertanya.
"Mianhae(maaf)."
Ujar Hong Ki sebelum meninggalkan Hara sendirian di situ.
"Hong Ki! Jangan tinggalkan Hara! Hong Ki!"
Air mata mula mengalir di pipi Hara.
Dia mula berasa ketakutan melihat wajah-wajah lelaki yang menggerunkan di depannya. Mereka mengambil Hara lalu menutup mulutnya dengan sapu tangan. Tangan juga turut diikat sebelum Hara dicampakkan ke dalam kereta.

Hong Ki pulang ke rumah ditemani air mata. Dia terpaksa mengkhianati Hara untuk menyelamatkan dirinya sendiri. Baginya, jika bersama Hara mampu menggugat keselamatan serta mengancam nyawanya, lebih baik dia berpisah. Hidup bersendirian. Itu lebih baik. Dalam hati dia menyumpah dirinya kerana bersikap pengecut dan mementingkan diri sendiri.

********
Mata Hara turut ditutup dengan kain hitam. Dia tidak tahu ke mana dia dibawa. Apabila penutup matanya dibuka, dia sudah berada di sebuah bangunan kosong. Eun Chul dan konco-konconya turut berada di situ.
"Goo Hara. Kesian kau. Kau tahu kenapa kau jadi macam ni?"
Tanya Eun Chul.
Hara tidak mampu menjawab kerana mulutnya telah pun disumbat dengan sapu tangan.
"Ni semua sebab Goo Sung Man yang gila harta tu. Bapa kau la! Dia dah beli tanah seluruh perkampungan Min-dong-il. Mana orang kampung tu nak pergi? Pampasan yang dia bagi pula ciput je. Sekarang aku nak kau telefon Sung Man, bagitahu dia suruh bagi balik geran tanah perkampungan tu. Oh tak apa, biar aku je yang telefon dia."
Kata Eun Chul lalu mengeluarkan telefon bimbitnya.
Talian disambungkan.
Suara Jong Hoon kedengaran di hujung talian.
"Yeoboseyo (hello) kediaman rumah agam Goo. Boleh saya bantu?"
"Goo Sung Man ada?"
Tanya Eun Chul.
"Maaf encik. Encik Goo tiada di rumah hari ini. Di berada di luar Korea atas urusan rasmi."
Terang Jong Hoon.
"Puui! Kau tak payah nak tipu aku. Mana si pengecut Sung Man tu! Kau panggil dia sekarang!"
Jerit Eun Chul.
"Kau siapa? Apa yang kau nak?"
Tanya Jong Hoon.
"Aku nak kau bawa geran tanah perkampungan Min-dong-il sekarang juga. Jangan lapor pihak polis. Goo Hara ada dengan aku. Kalau kau tak nak dia jadi apa-apa, baik kau datang sendiri. Aku akan beritahu lokasinya."
Talian diputuskan.
Jong Hoon berlari memanjat tangga lalu menuju ke bilik Hara. Tiada Hara di situ. Telefon bimbit di tekan berkali-kali mendail nombor Hara tetapi tetap tidak dapat disambungkan. Jong Hoon merisaukan keadaan Hara. Satu pesanan ringkas diterima menyatakan lokasi Hara berada. Serta merta Jong Hoon menuju ke tempat tersebut.

*********

Sebuah kotak dilemparkan pada pengikut Eun Chul. Jong Hoon datang dengan segera setelah mengetahui lokasi Hara. Anak buah Eun Chul membelasah Jong Hoon bertalu-talu. Jong Hoon melawan mereka semahunya. Satu persatu ditumpaskan. Tumbukan demi tumbukan hinggap di muka Jong Hoon. Darah memercik keluar dari mulutnya, Jong Hoon rebah ke lantai. Namun dia tetap menggagahkan dirinya untuk melawan mereka. Kayu dicapai sebagai senjata. Jong Hoon memukul mereka dan mempertahankan dirinya dalam masa yang sama. Dia melompat ke arah Hara lalu membantu Hara meleraikan ikatannya. Senyuman dihulurkan kepada Hara. Ikatan mulutnya juga dibuka. Hara menangis ketakutan ketika itu. Jong Hoon tidak berhenti memandang Hara sambil tersenyum.
"Oppa!"
Jerit Hara apabila salah seorang samseng tersebut menghentak badan Jong Hoon menggunakan kotak kayu.
Jong Hoon menarik Hara untuk berlindung di sebalik badannya. Dia menggunakan badannya sebagai pelindung untuk Hara. Semakin ramai yang datang membelasah Jong Hoon. Dia membawa Hara ke arah pintu keluar bangunan tersebut dan mengarahkannya untuk pergi dahulu.
"Hara, ppali (cepat) pergi dari sini!"
Jerit Jong Hoon.
"Tapi oppa..."
Belum sempat dia menghabiskan ayatnya Jong Hoon memotong.
"Ppali! Oppa tahu jaga diri.Pergi! Sekarang!"
Arah Jong Hoon.
Hara berlari keluar mengikut arahan Jong Hoon. Jong Hoon masih lagi sedang berlawan dengan samseng-samseng tersebut. Tiba-tiba dia melihat Eun Chul yang memegang sebilah pisau panjang lari mengejar Hara. Jong Hoon turut berlari untuk menghalang Eun Chul. Tetapi malangnya pisau itu menghunus tepat diperutnya. Hara sempat menoleh padanya.
"Errghhhh Hara.....Ppali kkaaa (cepat pergi).... Mianhae..."
Kata Jong Hoon perlahan.
Dia menahan kesakitannya. Eun Chul dipegangnya kuat supaya tidak mengejar Hara.
"Oppppaaaa! Wae(kenapa) wae wae opppaaaa....."
Air matanya deras membasahi pipi. 
Dia melihat lelaki yang sentiasa berada di sisinya dan menjaganya selama ini terkorban di depan matanya sendiri. Langkahnya perlahan menuju ke pintu keluar. Matanya tidak lepas menoleh ke arah Jong Hoon.
"Pergi.......cepat!.....Tinggalkan sini.....cepat!....."
Jong Hoon berkeras menyuruh Hara meninggalkannya.
Eun Chul menekan kuat pisau yang dihunus itu. Jong Hoon mengerang kesakitan tetapi dia tetap memegang kuat Eun Chul supaya tidak dapat mengejar Hara. Dia sanggup mengorbankan nyawanya asalkan Hara selamat. 

Hara berlari keluar ditemani air mata. Dia tak tahu apa yang harus dilakukan. Dia berlari dan terus berlari. Langkahnya mati di hadapan telefon awam. Dengan pantas dia mengangkat gagang lalu membuat panggilan kecemasan. 
"Yeoboseyo, tolong..tolong saya... segera..."
Ayatnya ditenggelami nada tangisan.
Dia menoleh ke arah sekeliling melihat sekiranya dia diekori. Seluruh badannya menggigil. Dia terduduk di dalam pondok telefon awam tersebut.
"Oppa...oppa...oppaaaa...mianhae oppa...semua salah Hara.."
Hara menangis sendirian.
"Oppaaa...."
Dia hanya menyebut-nyebut Jong Hoon serta menyalahkan dirinya sedari tadi. 
Bunyi siren ambulan dan juga kereta polis kedengaran. Hara berlari mengikuti arah bunyi tersebut. Dia berdiri tepat di hadapan bangunan tadi. Kelihatan Eun Chul dan beberapa anak buahnya digari dan dimasukkan ke dalam kereta polis. Sesaat dua selepas itu kelihatan pengusung yang dibawa beberapa orang pekerja yang memakai uniform hospital melintas di depannya. Ada sekujur tubuh di atas pembaringan. Tubuh tersebut di tutup sehingga paras mukanya. Hara menahan pekerja itu untuk melihat wajah mayat yang diusung. Kain penutup dibuka perlahan. Tatkala wajahnya kelihatan, Hara dengan cepat menggoncang tubuh yang tidak bernyawa itu. 
"Oppaa! Bangun oppa! Kenapa oppa tinggalkan Hara! Kan oppa dah janji takkan...tinggalkan Hara...Oppa....Bangun....Siapa nak teman Hara lagi lepas ni..Dengan siapa lagi Hara nak mengadu nasib..Oppa...Mianhae..Semua salah Hara.."
Air mata yang hampir kering tadi deras kembali. 
Beberapa orang pekerja memegang badan Hara dan mengalihkan tangannya dari memegang tubuh Jong Hoon. Pengusung di bawa masuk ke dalam ambulan. Hara jatuh terjelepok. Dia menyalahkan dirinya atas pemergian Jong Hoon. Tiada lagi insan yang akan menemaninya selepas ini. Dia menyesal kerana selalu membantah apa yang disuruh Jong Hoon. Dia benar-benar menyesali perbuatannya selama ini. Tapi segalanya tiada guna lagi. Insan yang benar-benar menyayanginya setulus hati telah pun pergi meninggalkan dunia dan dirinya untuk selama-lamanya. Penyesalan tiada guna lagi kini. Yang tinggal hanyalah ratapan sahaja.

---------------------------------------------------------------------------------------------

//Tidak semua cerita perlu berakhir dengan kesudahan yang menggembirakan kerana bukan semua perkara yang terjadi dalam hidup kita adalah perkara yang gembira buat kita. Tidak semua perkara terjadi seperti apa yang kita kehendaki. Segalanya hanya mampu dirancang tetapi ada yang lebih berkuasa untuk menentukannya. Ingatlah, semasa kita sedang bergembira, ada orang lain yang sedang meratapi nasib dirinya dan bersedih sendirian. Dan sekiranya kita sedang bersedih, pastinya ada insan yang mengalami perkara yang lebih menyedihkan daripada kita.


Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

22 comments:

nanajoe said...

AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAa
ayat terakhir unnie ;~~;
cte ni macam MV only one person kan?? XDDD //bekas loyal prim

darla carolina said...

Aaaaaaaa~ bukan bukan , tuh part 1 . neyh part 2 . MV A Man's First Love Follow Him To The Grave :) Ayat terakhir cam poyo kan >< hehehe

ddhil said...

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ! best best.. Jong Hoon mati sebab Hongki ! Lol. TT__TT

darla carolina said...

@Dhilah-Teenfinite - Yapp . Hong Ki punca . Aaaaaaaaaaa TT-TT

Nadira said...

Hongki bukan punca la.ayah Hara la punca semua ni.TT_TT

darla carolina said...

@Nadira - Erkkk betul jugak -.- Tapi klaw hongki tade, hara mesti ta kne culik . Aaaaaaa TT-TT Hoonie Honey mati . Wae wae wae //over

Nadira said...

betul uga tu.erk,hongki!

darla carolina said...

@Nadira - HAHA hongki juga kne. kesian dy.

anishiya にズき said...

tetap menangis walaupun tulisan sahaja hmmm ;(
anyway , penatnya bacaaaaaa -.-

darla carolina said...

@Anishiya - kau nangis ke ? thanks menghayati ff aku. Aaaaaaa~ name pown one shot . panjang lerrr ~

LEJENDA said...

Aida baru baca. Tsk Tsk. Akhirnya sedih. Kenapa pendek sangat ?Aaa.. Jong Hoon mati. Hongki kejam T^T

darla carolina said...

@Aida Yeolliepop ^^ - pendek ke ? -.- panjang lha neyh . btw thanks sbb sudi baca smpai habes :)

Shrek. said...

Tak perasan pulak ada one-shot ni ._. Lol. Daebakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk (Y) OMg *O* Bestnyaaaaaaaa (Y)

darla carolina said...

@Na'na Jaehyo's - Aaaaaaaaaaa~ terima kasih :) ngeee .

crayon_amira said...

unnie TT_TT (kite nangis)
jonghoon mati anyaaa(tidak)...TT_TT
btw,,unnie ff ni daebakk..10/10 bintang penuh kite bg unnie~terbaikk :)

darla carolina said...

@crayon_amira - jgn nangis . nahh *hulur tisu* erkkk ._. biase lhaa , klaw sume cte happy ending , ta best ahh kan >< ngee thanks . *kutip bintang yg mira kasi*

♥ cik puan hongki ♥ said...

aihhhh. i dah rotan hongki. ohmoooo.
JH oppa jangan matiiiii T____T

darla carolina said...

@gyuri - haaa babap hk you tuh . cian my jh ;~; le sobbsss ~

Afiqah Tao said...

*ternganga* =A=
Berdebarnya jantungku ini LOL

darla carolina said...

@Afiqah Tao - berdebar ? tapi kenapa ? btw thanks baca :)

Unknown said...

i love it

darla carolina said...

@AERY - thanks :)