AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

Cinta Dua Dunia : Babak 10 | Aku Merinduimu

WATAK UTAMA
Choi Jong Hoon
Jang Hyun Mi
WATAK TAMBAHAN
Oh Won Bin
Lee Hong Ki
Park Min Ji
Choi Min Hwan
Lee Jae Jin
Babak sebelum ini >Dua Hati<

Julai 2007
Author POV
Akhirnya FT Island telah pun debut dengan lagu mereka yang berjudul "Lovesick" pada 7 Jun yang lalu. Sudah lebih sebulan mereka rasmi bergelar artis. Sepatutnya, album pertama mereka Cheerful Sensibility dijadualkan untuk release pada bulan Mei. Tapi disebabkan sedikit masalah teknikal dan juga ahli kumpulan mereka terlibat dengan rancangan "Wanna Be My Girlfriend" yang disiarkan di MNet, debut mereka ditunda sehingga 7 Jun. Kemunculan band baru ini sangat mendapat galakan yang hangat. Lagu mereka sering diputarkan di mana-mana corong radio. Takhta carta juga turut mereka ungguli. 

********
Hyun Mi POV
Sorakan gemuruh kedengaran apabila pengacara rancangan memperkenalkan FT Island untuk tampil membuat persembahan. Anak mataku tidak lari dari memandang kaca televisyen. Alat kawalan jauh ku picit berkali-kali pada butang menguatkan suara. Goodbye Stage mereka menampilkan konsep yang unik. Kamera lebih banyak fokus pada Hong Ki berbanding Jong Hoon. Suara husky Hong Ki sangat bersesuaian membawa lagu Lovesick tersebut. Tanpa disedari air mata ku jatuh dari kelopak mataku.
'Rindunya kat diorang'
Desis hatiku.
Setiap hari aku akan memasang album mereka apabila terasa rindu. Terbayang wajah lagak cool Jong Hoon dan wajah comel Won Bin yang sering tersenyum. Kenangan indah bersama mereka sentiasa menemani hari-hariku kini. Nama mereka semakin dikenali. Tak sangka kehadiran mereka dalam dunia hiburan disambut baik oleh penggemar muzik. Aku berasa bangga kerana kawanku telah berjaya dalam bidang yang mereka impikan.
********

Di sekolah baru ini aku lebih banyak mengasingkan diri daripada bergaul dengan orang lain. Setakat dua tiga orang sahaja bolehlah. Tempat dudukku betul-betul bersebelahan dengan tingkap. Kadang-kala aku akan memandang langit dan melihat awan yang pelbagai bentuk. Cukup menenangkan. 
Rinnnggggggg
Loceng waktu rehat berbunyi.
Rakan sekelasku mula bersuara setelah cikgu melangkah keluar dari bilik darjah. Hampir kesemuanya turut keluar dan menuju ke kantin. Aku masih kekal di atas kerusi. Dompetku yang sedari tadi berada di dalam beg, aku keluarkan. Aku membuka dompet itu, serta merta senyuman di bibir terukir. Gambar aku bersama Jong Hoon dan Won Bin tersemat dalam dompetku. 
"Hyun Mi, jom ambil gambar sama-sama!"
Pinta Won Bin seraya mengeluarkan kamera digitalnya.
Dia menarik Jong Hoon untuk turut bergambar bersama kami. Aku berada di tengah manakala Jong Hoon dan Won Bin masing-masing di sebelahku.
"Kita tak pernah ambil gambar bertiga kan."
Kataku.
Jong Hoon mengangguk.
"Aaaaa, suka gambar ni. Hyun Mi, awak nampak natural je dalam gambar ni. Cantik! Suka suka suka!"
Won Bin memujiku.
"Dia nampak cantik sebab ada kitalah kat sebelah dia. Haha."
Jong Hoon menambah.
Kedua-dua mereka mencubit pipiku. Petang itu sangat tenang dengan kicauan burung dan juga bunyi aliran sungai. Memang hari yang cukup sesuai untuk berkelah. Mereka mengajakku berkelah bersama untuk melepaskan tension. Aku siap menyediakan bekalan kimbap untuk dinikmati bersama. 
"Jong Hoon, aku nak pergi sana kejap tau. Kau duduk sini dengan Hyun Mi baik-baik."
Kata Won Bin sambil menunjuk ke arah kaki bukit yang berada di hadapan kami.
"Okey, nak ambil gambar la tu. Faham sangat. Tak nak ajak kitorang sekali ke?"
Balas Jong Hoon.
Aku hanya mendengar sahaja.
"Nak ikut ke? Jomlah."
Pelawa Won Bin.
Jong Hoon bingkas bangun dan menarik aku mengikuti langkahnya dan Won Bin. Won Bin memberhentikan langkahnya di tebing sungai lalu membasahkan mukanya dengan air sungai tersebut. 
Splasshhh
Entah bila Jong Hoon merenjiskan air ke mukaku pun aku tak pasti. Won Bin tergelak melihat aku yang terkejut apabila direnjis. Dia turut merenjis mukaku. Aku menolak Won Bin dan sebelah kakinya termasuk di dalam air sungai tersebut. Dia turut menarik Jong Hoon bersama. Jong Hoon sempat mencapai tanganku sebelum terjatuh ke dalam air. Kami bertiga telah bersama-sama basah dan berada di dalam sungai. Gelak tawa kami memecah keheningan petang itu.
"Woi! Kau termenung ingat siapa tu?!"
Sapa Min Ji rakan sekelasku serta merta melenyapkan bayangan tadi.
Aku masih merindui detik kami bersama. Itupun sebelum Won Bin meminta aku menjadi teman wanitanya. 
"Tak adalah. Aku letih je."
Jawabku.
Mata Min Ji tepat ke arah dompetku.
Sekelip mata dompetku berada ditangannya.
"Eh, ni bukan ahli kumpulan yang tengah popular tu ke? Apa tu namanya, FT Island kan."
Tanya Min Ji.
Aku hanya diam.
"Kau kenal diorang ke? Ni yang main gitar sambil rap tu kan? Aaa comelnya dia!"
Sambung Min Ji sambil menunjuk-nunjuk pada wajah Won Bin.
"Yalah. Kau ni sibuk je tengok barang orang."
Jawabku lalu merampas kembali dompet yang berada di tangan Min Ji.
Serta merta aku masukkan kembali ke dalam begku.
"Mana kau kenal diorang? Tak cerita kat aku pun. Kenalkanlah diorang dengan aku. Boleh?"
Pinta Min Ji.
"Aku dah lama tak jumpa diorang la."
Balasku pendek.
"Kenapa pula? Kan kawan kau tu."
Min Ji menarikkan muncungnya.
"Last aku jumpa diorang pun masa sebelum pindah sini. Sejak aku pindah, aku dah tak ada jumpa diorang dah."
Terangku.
"Ohhh."
Min Ji mengangguk-anggukan kepalanya tanda faham.
"Eh yang hensem tu ketua diorang kan. Aku suka gila kat ketua dia. Hensem!"
Tambahnya lagi.
Aku hanya melayannya acuh tak acuh.
"Nanti kau kenalkan la aku kat diorang tau!"
Pinta Min Ji sambil menggoncang bahuku.
Rimas pula aku dengan dia ni.
"Ya Min Ji. Nanti aku kenalkan. Tapi aku tak janji."
Jawapanku membuatkan Min Ji tersengih-sengih.

********

Jong Hoon POV
Penyepit rambut berbentuk rama-rama berwarna merah aku masukkan ke dalam kocekku. Penyepit ini sentiasa berada denganku setiap kali aku akan berhadapan dengan media. Seolah-olah Hyun Mi sentiasa memberikan semangatnya padaku. Stylist menyarungkan baju pada tubuhku. Aku hanya akur dengan apa yang dipakaikan oleh mereka. 
"Palli palli palli (cepat cepat cepat) ! Show dah nak mula dah ni."
Hong Ki mengarahkan Jae Jin dan juga Min Hwan yang sedang bergurau senda sedari tadi. 
Aku dan Won Bin sudah pun berada di luar bilik persalinan. Hanya Min Hwan dan Jae Jin yang seperti berada dalam dunia mereka sendiri. Aku dilantik menjadi ketua kumpulan ini walaupun aku sendiri tidak tahu alasannya. Mungkin kerana parasku yang paling tampan agaknya. Aku sangat yakin dengan ketampanan diri sendiri. Tetapi Hong Ki sering berkata bahawa dia lagi hensem daripadaku. 
Kami menjadi artis jemputan untuk satu program televisyen yang disiarkan di saluran MBC. Sempat juga aku berbual dengan pengacaranya iaitu pengacara Mindong sewaktu berselisih tadi. 

Kami berlima duduk di atas kerusi yang disediakan. Aku berasa agak gementar kerana masih baru lagi dalam bidang ini. Takut nanti lain ditanya, lain pula yang dijawab. Tapi Hong Ki kelihatan tenang sahaja. Aku cukup kagum dengannya. Dia kelihatan seperti sudah biasa dengan media. Aku pula lebih senang bermain sendirian. Bila ditanya sepatah, sepatah la yang akan ku jawab.
"Mengapa FT Island memilih genre yang sebegini untuk ditampilkan?"
Tanya pengacara tersebut.
"Sebenarnya kami ingin mempamerkan sesuatu yang lain daripada konsep yang pernah ditonjolkan oleh artis-artis lain."
Jawab Hong Ki.
Memang petah dan lancar dia berbicara.
Pelbagai soalan diajukan kepada kami. Satu persatu ianya dijawab.
"Mengapa lagu yang dimuatkan dalam album ni banyak yang macam lagu orang putus cinta? Adakah kamu semua pernah bercinta? Siapa sini pernah bercinta?"
Salah satu soalan pengacara itu membuatkan aku terkejut.
Hong Ki cepat mengangkat tangannya diikuti Won Bin dan tanpa disedari aku turut mengangkat tanganku perlahan.
"Eh Jong Hoon hyung pun pernah ke?"
Tanya Jae Jin yang terkejut.
Mata semua tertumpu padaku.
"Pernah la."
Aku melirikkan mataku pada kamera dan menawarkan senyuman pada penonton.
"Hahaha. Tak sangka ramai yang dah pernah bercinta."
Pengacara Mindong mengusik kami. 

********
Min Hwan berlari-lari menuju ke kenderaan yang sentiasa menghantar dan mengambil kami. Jae Jin di belakang mengejarnya. Dia menarik-narik Min Hwan yang berada di muka pintu kereta. Aksi mereka terhenti setelah melihat Hong Ki yang telah pun baring di tempat duduk penumpang belakang.
"Haishh hyung! Ni kan tempat maknae!"
Kata Min Hwan sambil menghentak-hentak kakinya.
"Apasal maknae pula? Tempat akulah!"
Sambung Jae Jin pula.
Won Bin meleraikan mereka berdua dan terus duduk di tempat duduk penumpang yang berada di tenga-tengah kenderaan itu. Aku pula duduk di sebelah pemandu. Kebiasaannya mereka tidak akan berebut tempat dudukku. Mereka lebih sukakan tempat duduk di belakang sekali kerana lebih luas.
"Nak masuk tak nak? Tak nak tinggal. Bye."
Won Bin menarik pintu kereta tetapi sempat ditahan oleh Jae Jin dan Min Hwan.
"Won Bin hyung ahh !"
Jerit mereka berdua serentak lalu melangkah masuk ke dalam kereta.

********
Disember 2007
Author POV
Masa mereka lebih banyak dihabiskan dengan pelbagai sesi temuramah, penggambaran, dan juga  rakaman. Berbagai-bagai undangan menjemput mereka untuk membuat persembahan. Album mereka juga merupakan album jualan terbaik yang keenam sepanjang tahun itu dengan hasil jualan sebanyak 79,000 untuk keluaran pertama dan sebanyak 25,724 salinan bagi keluaran semula. Jadual mereka pun cukup padat. 
Tapi lain pula bagi Hyun Mi. Dia sekarang lebih banyak menghabiskan masanya di rumah berbanding keluar untuk menikmati musim sejuk. Krismas bakal tiba. Dia ingin menyambutnya bersama Won Bin dan Jong Hoon seperti tahun lalu. Dia sedar yang kini mereka bukan lagi Jong Hoon ataupun Won Bin yang sama seperti dia kenali dulu. Mereka sekarang telah menjadi public figure. Apa pula kata peminat mereka jika melihat Hyun Mi bersama mereka. 
Walaupun begitu, Hyun Mi sering ke konsert yang disertai oleh FT Island untuk menyaksikan mereka dari jarak jauh. Pernah sekali dia ingin menghantar mesej untuk memberi semangat, tetapi teringat pula pesan Won Bin bahawa mereka tidak dibenarkan mengguna telefon bimbit untuk sementara waktu. Macam-macam karenahnya untuk menjadi artis.

********
Won Bin POV
Aku melihat Jong Hoon yang sedang termenung jauh. Dia menggenggam sepit rambut rama-rama berwarna merah sedari tadi. Pasti dia rindukan Hyun Mi. Aku melangkah ke arahnya.
"Jong Hoon, asal tak tidur lagi? Kan esok schedule kita padat."
Aku mengejutkannya dari lamunan.
"Haa, kejap lagi aku tidur la. Kau tidur dulu."
Jawab Jong Hoon.
Kami berkongsi bilik yang sama. Oleh kerana aku telah lama mengenali Jong Hoon, aku memang telah cukup masak pun dengan tingkah lakunya. Setiap malam dia akan termenung seperti itu sambil memegang penyepit pemberian Hyun Mi. Tak tahu pula apa yang istimewanya penyepit rambut tersebut. Pernah sekali penyepit rambut itu tercicir di dalam kereta semasa dalam perjalanan ke lokasi penggambaran. Jong Hoon seperti orang yang hilang kewarasan mencari di seluruh lokasi penggambaran kami. Disebabkan hal itu, semua perkara yang dibuat olehnya menjadi serba tak kena. Tetapi mujur dia menemukan kembali penyepit rambut itu ketika hendak pulang ke dorm kami. 
Setiap kali aku melihat Jong Hoon sebegitu, hatiku berasa sebak. Mungkin sebelum ini aku yang mementingkan diri dan menyebabkan dia dan Hyun Mi berpisah sebelum sempat bersama. Aku memang seorang yang kejam. Jelas kelihatan di depan mataku yang mereka saling mencintai tetapi aku tetap memikirkan untuk kepentingan sendiri. Aku mengalas kepala dengan kedua-dua tanganku. Baring mengiring menghadap ke arah Jong Hoon.
"Aku tahu kau rindu kat dia."
Kataku setelah lama bilik itu dalam keadaan sepi.
Jong Hoon menoleh ke arahku.
"Dah berbulan-bulan kita tak jumpa Hyun Mi kan. Bukan kau je, aku pun rindu dia juga."
Tambahku lagi.
Jong Hoon tunduk dan tidak berkata-kata.
Aku hanya dapat melihat wajahnya yang suram itu di dalam cahaya bulan.
"Dah lah. Tak guna kau termenung macam ni tiap-tiap malam. Tidurlah."
Sambungku.
Jong Hoon masih membeku tanpa kata. Dia meletakkan penyepit rambut yang berada dalam genggamannya di atas meja. Pandangan matanya masih melekat pada penyepit tersebut.
Dalam kesamaran itu, aku dapat melihat jernihan mengalir di pipi Jong Hoon. 
------------------------------------------------------------------------
Dapatkah mereka bertemu kembali? Adakah cinta mereka bakal bersatu? Nantikannya di babak akan datang.

//Ingat, Jong Hoon hero bukan Won Bin okayyy ~


Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

No comments: