AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

Cinta Dua Dunia : Babak 9 | Dua Hati



WATAK UTAMA
Choi Jong Hoon
Jang Hyun Mi
WATAK TAMBAHAN
Oh Won Bin
Choi Min Hwan

Babak sebelum ini >Pertemuan Terakhir<

Won Bin POV
Aku hanya memerhatikan Hyun Mi yang sedang bersemangat menjaringkan bola. Aksinya sangat menggelikan hatiku. Dia mengeluh setiap kali bola yang dijaringnya itu tidak masuk. Telah lama kami bersama, mengapa sangat sukar untukku mencuri hatinya. Segala perkara yang perlu dibuat oleh teman lelaki telah aku lakukan. Kepayahan itu juga yang membuatkan aku semakin mencintai Hyun Mi. Inilah kali pertama aku benar-benar mengejar seorang perempuan. Dia berada dihadapanku tetapi hatinya tetap menjauh. Ahhh apalagi yang perlu aku lakukan untuk menakluki hati kau Hyun Mi.
Telefon bimbit Hyun Mi berdering.
Aku pandang sekilas pada skrin telefon bimbit Hyun Mi. Ada satu pesanan ringkas diterima daripada Jong Hoon. Hatiku meminta agarku menekan button open. Aarghhh tak baik sibuk hal orang lain. Tapi kenapa aku ingin sekali mengetahui kandungan mesej tersebut. Aku mencapai telefon bimbit itu dan berjalan ke arah Hyun Mi. Lantas memeluknya dari arah belakang.
"Dah la practice tu. Awak tak mungkin dapat jadi hebat macam saya."
Usikku
"Eee awak ni! Jealous la tu kan. Takut saya lagi hebat? Kan kan kan."
Hyun Mi menjawab.
Terburai gelakku setelah mendengar ayat yang keluar dari mulutnya.
"Hyun Mi, saya sayang awak. Sayang sangat sangat. Lebih dari diri saya sendiri."
Luahku.
Hyun Mi meleraikan pelukanku. Dia berpusing dan menghadapku.
"Ya Won Bin. Saya tahu. Terima kasih sebab sayang saya selama ni. Saya tak pernah merasakan kasih sayang orang lain terhadap saya macam yang awak tunjukkan ni. Tapi, awak tahu hati saya macam mana kan. Mungkin orang lain akan anggap saya kejam. Biarlah orang nak kata saya kejam, asalkan awak tahu saya macam mana."
Penjelasan Hyun Mi membuatkan aku merasa sebak.
Air mata yang terasa ingin mengalir ku tahan. Cepat-cepat aku menyembunyikan kesedihan itu dengan senyuman. Aku mencubit pipi kiri Hyun Mi.
"Haaa macam tu la Hyun Mi saya."
Pura-pura berpuas hati dengan penjelasan Hyun Mi.
Aku menghulurkan telefon bimbit Hyun Mi yang sedari tadi berada dalam genggaman tangan kananku.
Telefon bimbit bertukar tangan.
Hyun Mi memicit-micit punat yang berada pada telefon bimbitnya.
"Siapa?"
Aku bertanya.
"Oh, Jong Hoon."
Jawab Hyun Mi.
"Dia nak apa?"
Perasaan cemburu mula menguasai diriku setelah melihat Hyun Mi tersenyum membaca mesejnya.
"Tak ada apa-apa pun. Dia cuma tanya kenapa saya tak bagitahu dia yang saya nak pindah."
Hyun Mi menjawab sambil tersenyum.
"Ehh dia tak tahu ke?"
Soalku kehairanan.
"Tak."
Pendek sahaja jawapan Hyun Mi.
"Won Bin, jom duduk sana. Saya nak cakap something dengan awak."
Sambung Hyun Mi sambil menunjuk arah tangga yang kami duduk tadi.
Aku mengangguk.
Kami berjalan seiringan menuju ke tangga tersebut. Hyun Mi menarik-narik lenganku supaya melangkah lebih laju. Aku tergelak melihat perbuatannya yang seperti kanak-kanak itu.

Hyun Mi POV
Aku menarik lengan Won Bin dan memaksanya melajukan pergerakan. Kami duduk di atas tangga tadi. Won Bin mengulurkan air minuman padaku. Aku meneguk minuman tersebut sebelum memulakan bicara.
"Awak nak tahu tak kenapa saya tak bagitahu Jong Hoon yang saya nak pindah?"
Aku menyoal Won Bin.
Dia menggeleng.
"Tak tahu. Kenapa?"
Tanya Won Bin.
"Saja. Haahaaahaa."
Tawaku membuatkan Won Bin mencebik.
"Tak nak bagitahu lain kali jangan suruh tanya."
Won Bin tidak berpuas hati denganku.
"Alaaa merajuk pula dia ni. Sebenarnya saya cuma rasa Jong Hoon macam dah lain dengan saya. Mungkin dia dah tak perlukan saya lagi kot. Lagipun kan dia sibuk. Macam awak juga. Hari-hari asyik practice memanjang. Serius saya dah lama tak bersembang dengan dia. Dah tak macam dulu. Kalau dulu, hari-hari mesti ada benda yang nak dicerita. Tapi sekarang........ Hurmm entahlah."
Aku melepaskan keluhan panjang.
"Kenapa mesti Jong Hoon?"
Soalan Won Bin membuatkan aku terkesima sebentar.
"Maksud awak?"
Aku bertanya kembali.
"Tak adalah, kenapa mesti dia yang ada dalam hati awak? Kenapa bukan saya? Apa yang dia buat sampai dia boleh memiliki hati awak? Saya tak layak ke nak memiliki hati awak tu Hyun Mi?"
Soalan Won Bin benar-benar memeranjatkanku.
Walaupun nadanya sedikit ditekankan, aku dapat merasakan kelembutan hatinya.
"Tak Won Bin. Awak dah cukup perfect. Awak baik, selalu ada disaat saya gembira, sedih, suka, duka. Awak selalu ceriakan hati saya. Cukup sempurna. Saya tak dapat cari kekurangan pun pada diri awak tu. Tapi saya tak nak bohong diri saya sendiri. Saya tak nak bohong awak juga. Saya dah cuba dah. Macam-macam saya buat untuk mencintai awak. Tapi saya tak mampu bohong diri saya sendiri. Maafkan saya Won Bin. Saya hanya membiarkan awak terus berharap selama ini. Sebab saya ingat saya boleh belajar mencintai awak. Tapi tak semua benda yang kita nak kita akan dapat."
Kata-kataku membuatkan air mata Won Bin mengalir.
Aku sapu air matanya mengunakan jariku.
"Won Bin, awak berhak mendapatkan yang lebih baik daripada saya. Percayalah, ramai lagi yang menunggu awak. Tak semestinya hanya saya yang perlu ada di hati awak."
Aku memujuk hatinya.
"Tapi kenapa mesti dia?"
Won Bin mengulangi pertanyaannya.
Aku memandang wajahnya yang sayu itu.
"Saya dah lama suka Jong Hoon. Saya sendiri pun tak tahu sejak bila saya mula menyukainya."
Aku berterus terang dengan Won Bin.
"Suka? Sayang? Cinta? Setakat suka je ke?"
Dia bertanya lagi.
"Jujur saya mencintai dia. Mula-mula saya hanya ingat yang perasaan saya tu hanya sekadar suka atau sayang sebagai kawan. Tapi awak yang menyedarkan saya yang saya mencintai dia. Mungkin kata-kata ni menyakitkan hati awak. Maafkan saya, Won Bin. Saya ingat saya boleh mencintai awak sebab saya memang pernah sukakan awak. Tapi rupanya sekadar suka sahaja. Maafkan saya."
Jelasku.
"Sejak bila awak suka Jong Hoon?"
Tanya Won Bin.
"Entah. Saya pun tak jelas dengan hati saya sendiri. Sebelum ni saya tak pernah rapat dengan mana-mana lelaki melainkan dia. Sejak saya mula rapat dengan awak, hati saya merindui dia. Mungkin sejak itu saya sedar yang saya mencintai dia."
Jawabku.
Aku hanya menunduk memandang tanah.
"Hyun Mi...."
Won Bin mengangkat wajahku sebelum menyambung ayatnya.
"....saya tak pernah salahkan awak kalau tak cintakan saya. Itu hak awak. Saya tak boleh nak paksa. Terima kasih sebab melayan saya dengan baik selama ni. Awak dah banyak buat saya tersenyum. Itu dah cukup buat saya. Saya pun tak boleh terus menipu diri saya sendiri. Awak memang bukan milik saya. Hati awak sangat keras. Jong Hoon cukup beruntung kerana berjaya memiliki hati awak walaupun tanpa dia sedari. Saya cuma harap yang awak takkan lupakan saya walau sejauh manapun awak pindah nanti ya."
Ada jernihan pada kelopak matanya.
"Awak terlalu baik Won Bin. Nanti awak jaga diri ya. Saya mesti rindukan awak bila dah jauh nanti. Awak pun jangan lupakan saya bila dah terkenal nanti. Eh lagi satu, jangan bagitahu Jong Hoon apa yang saya bagitahu tadi. Janji!"
Aku berkata.
Angguk.
Won Bin hanya mengangguk akur dengan permintaanku. Aku berharap Jong Hoon tidak mengetahui perasaanku. Mana aku nak meletakkan mukaku jika dia tidak mencintaiku? Pasti aku akan ditertawakan. Lebih baik aku simpan sahaja perasaan itu.

********
Jong Hoon POV
Hyun Mi akan berpindah hari ini. Dia tidak membalas pun mesej yang ku kirim padanya semalam. Bencikah dia padaku? Perlukah aku menjenguknya sebelum dia berpindah? Kenapa aku masih meragui diri sendiri? Ahh terlalu banyak yang aku fikirkan. Aku memandang jam di dinding bilik latihan. Jam minit merangkak menghampiri angka 12. Dua minit lagi pukul 1. Aku menyambung mengelap gitarku. 
"Kau dah makan belum?"
Tanya Won Bin yang baru sahaja sampai.
"Belum, kejap lagi. Eh, Hyun Mi pindah hari ini kan?"
Aku bertanya padanya.
"Aah. Kau nak pergi jenguk dia ke? Semalam dia cakap dengan aku tak payah datang tengok dia pindah. Tu yang aku tak pergi tu."
Won Bin menjawab.
"Pukul berapa dia pindah?"
Tanyaku lagi.
"Tak silap aku pukul satu."
Jawapan Won Bin menghampakan.
Aku memandang sekilas jam di dinding. Jarum minit telah melepasi angka 12. Pasti Hyun Mi sudah berpindah.  Aku sempat menjeguk ke rumahnya sebentar malam tadi. Barang-barang mereka sudahpun dimasukkan ke dalam lori. Aku tiada alasan untuk ke rumahnya hari ini. Bila lagi aku dapat berjumpa dengannya. Aku ni terlalu lambat. Kalaulah aku beranikan diri memberitahu perasaanku pada Hyun Mi sejak dulu. 
"Hyung! Tadi saya nampak Hyun Mi noona kat bawah. Dia suruh bagi hyung benda ni."
Min Hwan meluru masuk ke bilik latihan dan menuju ke arahku.
Min Hwan menghulurkan penyepit rambut berbentuk rama-rama padaku. Sepit itu. Aku yang menghadiahkannya pada Hyun Mi ketika kami baru memasuki sekolah menengah tinggi. Ingat lagi pada ketika itu rambut Hyun Mi sudah melepasi paras bahu. Dia semakin cantik apabila berambut panjang.
"Hyun Mi, nah ambil ni. Mesti awak nampak lagi comel kalau pakai sepit rama-rama ni."
Aku menghulurkan sepit rambut yang baru dibeli pada Hyun Mi.
"Eh comelnya. Warna merah dan biru. Sepasang pula tu."
Hyun Mi menyukai sepit yang aku belikan untuknya lalu menyepitkan ia pada rambutnya.
"Yang biru tu saya, yang merah tu awak. Jangan pisahkan diorang tau. Diorang mesti sentiasa bersama macam saya dengan awak juga."
Hyun Mi mengangguk dan tersenyum mendengar penjelasanku yang menggambarkan kami sebagai rama-rama tersebut.
"Hyung! Termenung pula dia. Kenapa dengan sepit tu?"
Min Hwan menyedarkanku dari lamunan.
Tersentak aku dengan pertanyaannya.
"Tak ada apa-apa. Sepit ni tanda kenangan kami."
Jelasku.
"Kenangan? Kenapa kenangan? Bunyi macam sedih je hyung. Aigooo."
Dia bertanya lagi.
Aku hanya senyap.
"Hyun Mi pindah hari ini la. Bila kau jumpa dia ?"
Won Bin bertanya pada Min Hwan.
"Tadi, masa saya turun nak pergi makan. Dalam satu jam lepas."
Jawab Min Hwan.
"Asal kau tak terus bagi aku masa tu?"
Nadaku agak tinggi dan memeranjatkan Min Hwan.
"Errr mana saya tahu benda tu penting hyung. Lagipun noona sendiri cakap, tak perlu bagi sekarang. Nanti lepas habis latihan pun tak apa. Jadi saya ingat benda ni tak penting pun."
Terang Min Hwan.
Tak penting?
Benda ini sangat bermakna bagi aku. Hyun Mi memulangkan sepit berwarna merah padaku. Apa maksudnya? Mengapa dia memisahkan sepit rambut yang berpasangan ini. Aku pantas mencapai telefon bimbit yang diletakkan di atas meja. Jariku memicit-micit dan mendail nombor Hyun Mi. 
Hampa.
Panggilanku tidak dijawab.
'Jong Hoon pabo (bodoh)'
Aku berkata dalam hati. Hendak sahaja aku menyeranah diriku sendiri. Aku tidak senang duduk. Ke sana ke mari dan tidak berhenti mendail nombor Hyun Mi. Panggilanku masih tidak berjawab. Mengapa Hyun Mi pergi dengan meninggalkan tanda tanya padaku? Hyun Mi.......
"Jong Hoon, kau dah buat satu kesilapan besar."
Won Bin tiba-tiba bersuara.
Aku memandang wajahnya.
"Aku tahu kau sememangnya cintakan Hyun Mi bukan?"
Dia bertanya padaku.
"Errr..."
Aku tidak tahu bagaimana hendak menjawab pertanyaan itu.
"Aku tahu kau nak jaga hati aku. Tapi aku yang pentingkan diri. Pasal aku, korang jadi macam ni. Sebenarnya Hyun Mi tak cintakan aku. Sikit pun tak. Langsung tiada tempat untuk aku dalam hati dia tu. Dia cintakan kau Jong Hoon. Kau yang terlalu bodoh tak mampu menghargai benda yang ada depan mata kau. Kenapa mesti kau? Kenapa? Apa yang kau buat sampai dia tak pandang langsung pun dekat aku ni? Sekarang baru kau nak cari dia? Untuk apa? Bagitahu dia yang kau dah lama cintakan dia tapi hati kau meragui perasaan tu. Macam tu? Entahlah Jong Hoon. Aku tak tahulah aku nak marah ke nak sedih ke nak seronok bila nampak kau macam ni. Tapi satu je yang aku nak nasihat, kau tu lelaki! Kau yang kena bertindak dulu. Kalau kau macam ni, bukan setakat Hyun Mi, sesiapa pun kau tak akan dapat sampai bila-bila."
Aku hanya tercengang mendengar kata-kata Won Bin.
Ada benarnya apa yang dikatakan Won Bin itu. Aku memang bodoh. Selama ini Hyun Mi sentiasa berada denganku tetapi aku tak pernah menghargainya. Apa yang harus aku lakukan sekarang. Aku buntu. Aku mendail lagi nombor Hyun Mi. Masih tidak dijawab. Arghhh Hyun Mi! Kenapa kau hanya mendiamkan diri denganku sekarang. Benarkah yang aku dengar dari Won Bin? Hyun Mi menyintaiku. Hyun Mi, aku memerlukan jawapan itu dari dirinya sendiri. Aku ingin mendengarnya dari mulut Hyun Mi sendiri. Tapi mampukah aku? 

-----------------------------------------------------------------------------------------
Adakah Jong Hoon benar-benar terlambat? Bagaimana pula Hyun Mi? Dapatkah mereka bertemu semula ? Nantikan segala jawapannya di babak akan datang.

//Ingat nak buat diorang Debut tapi dah tak larat -______-" Macam dah panjang dah pun ni haaa. 

Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

4 comments:

MissD said...

wahhhh!~ ade lg x? huhu
x saba nk bace lg nih.. huhu
syok lah!~ keep it up1!

darla carolina said...

@missd - act I baru jepp update part neyh . tgok lha klaw ade free time , I'll continue it okay . btw thnks for reading :)

Aimi LS said...

best best best !! Unnie daebakk !

darla carolina said...

@aimi - Gomawo ~♥