AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

Cinta Dua Dunia : Babak 13 | Aku Terima Segalanya

WATAK UTAMA
Choi Jong Hoon
Jang Hyun Mi
WATAK TAMBAHAN
Oh Won Bin
Lee Jae Jin 
Choi Min Hwan
Lee Hong Ki
Song Seung Hyun
Lola Carolina
Babak sebelum ini >Keputusan Nekad<

Disember 2008
Jong Hoon POV
Musim sejuk ini tidak mampu mendinginkan hatiku. Aku bagaikan tidak percaya dengan apa yang telah ku saksikan sebentar tadi. Won Bin bertemu dengan Hyun Mi tetapi dia langsung tidak memberitahuku sedangkan dia tahu bahawa aku benar-benar merindukan Hyun Mi. Kenapa Won Bin? Kenapa mesti kau yang buat aku sebegini. Benar sangkaanku, Hyun Mi tidak pernah mengingatiku. Jikalau ya, masakan dia tidak mahu bertemu denganku. Sedangkan aku separuh mati merindui dia setiap saat. Bilik latihan yang sejuk itu langsung tidak mampu menyejukkan hatiku. Perasaanku bercampur baur. Aku sendiri tidak tahu adakah aku sedang bersedih ataupun marah. Lebih setahun aku tidak berjumpa Hyun Mi. Won Bin sendiri pun tahu bagaimana keinginan aku yang sangat bersungguh untuk berjumpa Hyun Mi.
Seluruh badanku terasa seakan menggigil akibat menahan marah. Air mata yang ku tahan sedari tadi akhirnya tumpah menjenguk bumi. Won Bin memang kejam! Dia sanggup merahsiakan segala-galanya dari aku. Lututku terasa longgar. Badan yang tiba-tiba menjadi lemah rebah di atas kerusi. Sekelilingku hanya menyepi. Air mata yang turun disaksikan oleh dinding dan benda-benda lain yang tidak bernyawa. Diriku sama seperti bilik ini. Sunyi. Tangan ku menyeluk poket seluar lalu mengeluarkan penyepit rambut. Ternyata segalanya dusta. Hyun Mi sememangnya sudah melupakanku. Aku melemparkan penyepit tersebut seolah-olah melemparkan segala perasaan marah dan sedihku. Diturutkan rasa hati, aku mahu menjerit sekuat hati. Krismas kali ini memberikan kesan dan tamparan yang hebat padaku.

********

"Eh Jong Hoon, apa kau buat kat sini? Tak balik rumah ke?"
Suara Won Bin tiba-tiba menerpa gegendang telingaku setelah lebih satu jam aku bersendirian di situ.
Hati aku terasa seperti hangat terbakar. Serta merta darah seakan-akan menyerbu naik ke seluruh mukaku.
"Kau tak payah nak buat baik depan aku la Won Bin."
Ayat tersebut terpacul dari mulutku tanpa diarah.
"Maksud kau apa Jong Hoon?"
Dia bertanya seperti tidak tahu apa yang aku maksudkan.
"Aku tak sangka kau buat aku macam ni. Aku percaya kau. Semua aku cerita kat kau. Tapi kau..."
Aku berdiri berjalan perlahan ke arahnya.
Won Bin memandangku dengan penuh tanda tanya.
"kau...mainkan perasaan aku. Kau buat aku macam tak wujud. Kau persendakan segala cerita aku. Mungkin bagi kau perasaan aku tu tak ada makna. Tapi kau tak patut buat aku macam ni."
Sambungku lagi.
Mukaku panas menahan marah. Air mata yang telah kering terasa seperti ingin mengalir lagi. Aku cuba untuk tabahkan diriku ini. Pastinya Won Bin akan mentertawakanku sekiranya dia melihat air mataku tumpah di hadapannya. 
"Kau ada salah faham ni Jong Hoon."
Ujar Won Bin.
Dia memegang bahuku. Serta merta aku menepis tangannya.
"Kau jangan nak pegang aku. Aku tak perlu penjelasan dari kau. Cukuplah apa yang aku dah nampak. Mata aku mampu menjelaskan segala-galanya."
Aku meninggalkan Won Bin di dalam bilik latihan tersebut lalu meluru keluar. 
Tak mahu aku membiarkan air mata ini jatuh dihadapannya. 
"Jong Hoon, kau dengar dulu apa yang aku nak cakap."
Won Bin menarikku.
"Kau tak payah la. Aku mungkin salah tafsir tapi aku tak bodoh! Apa yang kau buat berdua tu aku boleh nampak. Apa lagi maknanya kalau kau dengan Hyun Mi bukan main berseronok berdua tapi aku ni, macam orang bodoh tunggu dia setahun lebih macam tunggu bulan jatuh ke riba. Kau faham tak perasaan aku bila nampak apa yang kau buat tu? Kau takkan faham! Sebab kau tak letak diri kau dekat tempat aku. Dah la Won Bin. Sudah-sudah la nak menambah cerita bohong. Aku dah tak sanggup dengar dah."
Aku melepaskan tangan Won Bin yang kuat memegang bahuku.
"Tapi Jong Hoon...."
Ayat Won Bin ku biarkan tergantung.
Sememangnya aku tidak mahu mendengar penjelasan daripadanya. Aku masih mampu berfikir. Kawan seperti apa yang sangup berbuat seperti itu? Aku tak mampu nak memandang mukanya. Perasaanku seperti sedang melihat dia mentertawakan kebodohanku yang merindui Hyun Mi setiap masa.

********

Januari 2009
Won Bin POV
Sudah lebih seminggu Jong Hoon melarikan diri daripadaku. Setiap kali kami ditinggalkan berdua, pasti dia akan turut meninggalkanku ataupun berpura-pura menyibukkan dirinya. Berkali-kali aku cuba untuk menjelaskan padanya tetapi tidak pernah berhasil. Aku mengemas beg pakaianku. Keputusanku untuk keluar dari kumpulan belum lagi diberitahu kepada ahli yang lain. Nanti apabila tiba di Jepun, aku akan memberitahu mereka. Konsert ini akan menjadi konsert terakhir bagi diriku sebagai salah seorang ahli FT Island. Katil Jong Hoon yang kosong ku tenung lama. Dia berulang-alik dari rumahnya semenjak peristiwa tempoh hari dengan alasan ibunya ingin dia menemaninya di rumah. 
"Jong Hoon, hati kau memang keras."
Aku berkata sendiri.
"Hyung, dah siap ke kemas?"
Tanya Jae Jin yang muncul tiba-tiba.
"Dah siap dah. Yang lain dah siap ke?"
Aku mengusung beg dan menuju ke arah Jae Jin.
"Semua dah siap dah. Jong Hoon hyung dengan Hong Ki hyung dah pergi. Diorang tunggu kat lapangan terbang."
Ujar Jae Jin.
Aku sekadar mengangguk.
Min Hwan berlari menuju ke muka pintu sambil membimbit begnya. Staff turut menyibukkan diri mereka dengan mengangkat pelbagai peralatan muzik yang perlu kami gunakan di Jepun nanti.

********

Budokan, Jepun

Kami mengambil masa selama seminggu untuk membuat persediaan sebelum konsert. Hari ini aku akan memberitahu mereka perihal pengunduran diriku dari kumpulan. Hari ini juga merupakan hari terakhir aku membuat persembahan sebagai ahli FT Island.
"Min Hwan, sini kejap."
Aku memanggil Min Hwan yang sedang leka bermain game di telefon bimbitnya.
"Kenapa hyung?"
Tanya Min Hwan sejurus melabuhkan punggungnya di kerusi yang berhadapan denganku.
"Sebenarnya hyung ada perkara penting nak bagitahu dekat semua. Tapi tak tahu macam mana nak cakap."
Aku memulakan bicara.
"Hal apa hyung? Cakap je la."
Pinta Min Hwan.
Jae Jin, Hong Ki dan Jong Hoon kebetulan masuk ke bilik persalinan tersebut.
"Jae Jin, Hong Ki hyung, Jong Hoon hyung, sini la. Won Bin hyung ada benda nak cakap ni. Penting katanya."
Min Hwan menjerit sambil melambai-lambai ke arah mereka.
"Kenapa? Hal apa hyung? Muka serius je."
Tanya Jae Jin.
Mereka bertiga duduk di kerusi yang tersedia di bilik persalinan ini. Aku memandang wajah mereka satu persatu.
"Sebenarnya hari ni akan jadi hari terakhir aku sebagai ahli kumpulan FT Island."
Perlahan sahaja aku tuturkan ayat tersebut.
Pandangan mata semua tertumpu padaku.
"Apa maksud kau ni Won Bin? Aku tak faham. Seriously."
Hong Ki bertanya untuk mendapatkan kepastian.
"Sorry sebab aku tak bagitahu dari awal. Manager hyung dengan orang atasan semua dah tahu. Cuma aku yang minta benda ni dirahsiakan. Aku nak bagitahu korang sendiri. Hari ini memang hari terakhir aku perform dengan korang. Thanks sebab banyak membantu aku selama ni."
Terangku.
"Biar betul kau ni!"
Jerit Hong Ki.
Dia berdiri di hadapanku. Yang lain turut tertanya-tanya. Terpampang jelas di wajah mereka yang penuh dengan pertanyaan itu.
"Ya, takkan aku nak bergurau pula dengan benda macam ni."
Aku bernada serius.
Jong Hoon hanya memandangku tanpa reaksi. Min Hwan, Hong Ki dan Jae Jin sahaja yang kelihatan begitu terkejut dengan berita yang aku khabarkan.

********

Stylist sibuk ke hulu ke hilir mengambil segala persalinan untuk dipakai kami. Satu jam saja lagi konsert akan bermula. Aku bergerak ke belakang pentas mengikuti Min Hwan dan Hong Ki. Tiba-tiba tanganku terasa disentap. Kepala ditolehkan. Jong Hoon benar-benar dihadapan mukaku kini. 
"Kau kenapa nak keluar band?"
Tanya Jong Hoon.
Wajahnya tenang.
"Aku cuma nak tukar angin. Aku nak bawa genre aku sendiri."
Terangku.
Dia mengangguk.
"Jong Hoon, kau still marahkan aku lagi ke?"
Tanyaku.
"Aku tak tahulah Won Bin. Cuma aku rasa diperbodohkan je sebelum ni."
Ujar Jong Hoon.
"Sumpah kau salah faham sebenarnya. Aku tak tahu apa yang kau nampak tapi tak semua macam apa yang kau fikirkan."
Aku cuba untuk menjelaskan padanya.
"Yaaahh! Cepatlah! Dah nak start ni. Apa yang korang bersembang lagi ni."
Jerit Hong Ki dari jauh.
"Okay okay."
Jong Hoon turut menjerit kerana jarak Hong Ki yang jauh dari tempat kami berdiri.
"Aku tak nak kau fikir bukan-bukan. Tapi Hyun Mi tak pernah lupakan kau. Aku serius ni. Nanti aku cerita segalanya kat kau."
Ujarku lagi.
Jong Hoon memandangku dengan pelbagai persoalan yang timbul pada riak wajahnya. Akhirnya dia mengangguk kerana masa untuk muncul di pentas telah pun tiba.

********

Rome, Italy
American University of Rome, Via Petro Roselli.
Hyun Mi POV
Seorang pemuda yang sedang tergopoh-gapah menuju ke dewan kuliah melanggarku tanpa sengaja.
Bamm.
Buku yang dipegang bertaburan di atas lantai.
"Mi dispiace (maafkan saya)"
Kata lelaki tersebut. 
Dia membantu aku mengutip buku yang bertaburan tadi.
"Gracias (terima kasih)"
Aku sempat mengucapkan terima kasih sebelum dia berlalu pergi.
Pasti dia sudah terlewat untuk ke kelas. Aku melangkah perlahan menuju ke perpustakaan. Sudah lebih dua minggu aku di sini. Aku perlu membiasakan diriku berbahasa seperti mereka. Ini kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua mereka. Bahasa Itali lebih menjadi keutamaan mereka. Nasib baik aku sudah mempelajari bahasa mereka semasa di Korea sebelum ini. Sekurang-kurangnya aku tidak akan berasa terasing di sini.
"Hyun Mi, dove vai (mana awak nak pergi)?"
Tanya Lola.
Dia merupakan teman sebilikku di sini. Tubuhnya yang genit beserta rambut panjang yang sentiasa ditocangkan itu membuatkan perwatakannya kelihatan menarik. Ditambah pula kaca mata yang besar itu menenggelamkan sedikit wajahnya. 
"Biblioteca. Volete unirvi a me? (Perpustakaan. Awak nak join ke?)"
Jawabku.
"Si certo. Andiamo (Boleh juga. Jom pergi)"
Kata Lola lalu menarikku pergi ke perpustakaan.
Disebabkan baru jam sebelas pagi, perpustakaan tidak terlalu ramai. Keadaannya masih sedikit lengang berbanding waktu petang. Lebih senang untuk memilih bahan rujukan. Aku dan Lola memilih untuk duduk di penjuru kerana di situ lebih dekat dengan ruangan buku rujukan subjek sejarah kemanusian. 
"Hai fatto fare ricerche per questo argomento? (Awak dah siap ke buat rujukan untuk subjek tu?)"
Aku bertanya pada Lola setelah teringat akan assignment yang baru diterima tiga hari lalu.
Lola mengkebil-kebilkan matanya memandangku.
"Io sono dimenticato di questo. Cosa devo fare? (Saya lupa pasal assignment tu. Macam mana ni?)"
Dia menjawab. 
Rupanya yang gelabah itu agak kelakar. Dia memang jenis yang kalut. Setiap hari ada saja perkara lucu yang mampu membuatku tertawa.
"Va tutto bene. (Tak apa) Presentare data e prossimi tre giorni (Submission lagi tiga hari)."
Jawapanku membuatkan Lola tenang kembali.

********

Mei 2009
Seoul, Korea
Jong Hoon POV
"Hyung, yang part ni macam mana?"
Tanya Seung Hyun sambil menunjuk-nunjuk pada not muzik yang berada di atas meja.
"Oh yang ni macam ni. Lepas tu macam ni."
Terangku sambil memetik gitar mengikut not yang tertera.
Seung Hyun merupakan ahli baru kumpulan kami. Dia menggantikan Won Bin dan menjadi ahli kami yang sah semenjak dari bulan Februari yang lalu. Pada awalnya, kami sebulat suara ingin mengekalkan empat orang ahli tetapi keputusan ini ditolak oleh director company. Terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat olehnya. Seung Hyun pula sepatutnya debut bersama beberapa trainee yang lain Ogos ini. Kerana keputusan Won Bin untuk keluar dari kumpulan menyebabkan kami perlu menerima kehadiran Seung Hyun. Pada awalnya memang kami berasa agak kekok. Lebih-lebih lagi aku. Aku tidak boleh menerima bahawa tempat Won Bin perlu diganti. Lama-kelamaan kami boleh get along juga.
"Seung Hyun, jom makan. Laparlah."
Ajak Min Hwan yang tiba-tiba muncul.
Entah dari mana munculnya tak tahu pula aku. 
"Kejaplah. Kau ajak Jae Jin. Aku nak pratice kejap."
Katanya.
"Okay. Berlatihlah kau sampai lebam."
Ujar Min Hwan sebelum berlalu pergi.

Won Bin telah menerangkan segala-galanya padaku. Rupanya aku telah salah faham terhadap mereka. Tapi segalanya tidak seperti yang aku inginkan. Hyun Mi sendiri yang tidak mahu bertemu denganku. Aku akur dengan keputusannya. Mungkin dia tidak mahu menjadikan aku sebagai beban untuk dia menyambung pelajarannya. Aku hanya pasrah dengan apa yang Hyun Mi atur untuk dirinya. Sekiranya aku ditakdirkan untuknya dan dia ditakdirkan untukku, pasti kami akan bertemu kembali. Ya, aku sangat yakin akan jodoh kami. Tapi jika antara aku dan Hyun Mi telah ditakdirkan untuk tidak bertemu lagi, aku turut akur. Aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Hyun Mi dan juga untuk hubungan kami.
-------------------------------------------------------------------------------------
Benarkah hubungan mereka berakhir di situ? Bagaimana pula dengan kehidupan Hyun Mi di perantauan? Dapatkah FT Island mempertahankan populariti mereka bersama ahli baru? Nantikan sambungannya di babak akan datang.

//jyeaaahhh dah nak sampai 2011 >< 


Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

2 comments:

Wana said...

AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA seunghyunnn <3 AAAA sambung sambung x.x

darla carolina said...

@wanawoohyunie - haaaa nt eden sambung >< HAHA seunghyunnieee ~♥