AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

Cinta Dua Dunia : Babak 14 | Hati Yang Kau Sakiti

WATAK UTAMA
Choi Jong Hoon
Jang Hyun Mi
WATAK TAMBAHAN
Oh Won Bin
Lola Carolina
Babak sebelum ini >Aku Terima Segalanya<

November 2009

Rome, Italy
American University of Rome, Via Petro Roselli.
Hyun Mi POV
Nota-nota yang bertaburan di atas meja ku kutip satu persatu. Segalanya aku rapikan agar meja belajarku kelihatan kemas. Punggung masih setia melekat pada kerusi. Badan yang terasa lenguh akibat duduk terlalu lama diregangkan. Badan dipusing kiri dan kanan. Terasa lega selepas berbuat sedemikian. Pandangan mata dilirikkan pada jam yang terletak di hadapanku. Ahh sudah hampir dua pagi. Di Seoul pasti matahari pun sudah kelihatan. Perbezaan waktu antara Itali dan juga Korea adalah sebanyak tujuh jam. Korea mendahului tujuh jam berbanding Itali. Disebabkan perbezaan waktu yang ketara, aku jarang berhubung dengan keluargaku serta mereka yang lain. Mana tidaknya, awal pagi aku akan sibuk dengan jadual kuliah sehingga hampir ke petang. Apabila tamat waktu kuliah, aku perlu menyiapkan pelbagai tugasan lain. Sewaktu aku sedang lapang, belum tentu keluargaku juga lapang sepertiku. 
"Non dorme ancora?" (Tak tidur lagi?)
Tanya Lola.
Dia baru sahaja bangun dari tidurnya. Bangun untuk ke tandas mungkin.
"Non ancora. Basta fare qualche revisione. " (Belum lagi. Buat revision sikit.)
Aku menjawab.
"Non studiare tropo. Potrebbe essere malato." (Jangan asyik ingat study. Nanti sakit pula)
Dia mengingatkanku.
"Si si si. Io so come prendersi cura di me stesso." (Ya ya ya. Tahulah macam mana saya nak menjaga kesihatan sendiri)
Aku berseloroh.
Lola tertawa kecil lalu melangkah ke bilik air. 
Hampir setahun aku di sini. Dan hampir setahun jugalah aku tidak pulang ke Korea. Ikutkan hati, sekarang juga aku ingin pulang ke rumah. Aku rindu Seoul, aku rindu keluargaku, aku rindu kimbap, aku rindu segala-galanya tentang Korea. Pastinya aku turut merindui Jong Hoon. Komputer riba  yang terletak hampir di penjuru meja di angkat lalu diletakkan di hadapanku. Skrin dinyalakan. Terpampang wajah Jong Hoon menjadi wallpaper desktop ku. Aku hanya mampu menatap gambarnya sahaja. Itu pun gambar yang aku ambil dari internet. Nasib baik kemudahan internet memudahkan aku untuk mengikuti perkembangan mereka.
'Dah lama tak jengah fan base FT Island'
Aku bermonolog.
Jariku pantas menggerakkan cursor untuk membuka browser. Seperti biasa kotak carian Google akan menjadi mangsaku. Jika bukan perkataan FT Island yang ditaip, pastinya nama Choi Jong Hoon yang akan menjadi carian utamaku. Apabila aku membuka laman fan base FT Island, mataku tertumpu pada perkataan new dan juga hot pada senarai buletin. Terpampang tajuknya "M!Net Scandal Jong Hoon". Sebelum ini aku pernah menonton rancangan yang sama tapi yang disertai oleh Hong Ki. Rancangan tersebut memadankan artis dengan orang biasa dan mereka akan dating selama seminggu. Ada nama Jong Hoon yang tertera, aku berasa seolah-olah ingin menjerit. 
Belum lagi menonton tapi bermacam-macam andaian yang timbul dalam kotak fikiranku. Aku berkira-kira untuk menontonnya ataupun tidak. Bola mata bergerak sejajar dengan tulisan yang tertera. Terdapat sekeping gambar yang menunjukkan kemesraan mereka berdua. Pelbagai komen yang menyakitkan hati terdapat di situ. Jika sebegini rupanya komen yang diberi, bagaimana pula dengan videonya? Akhirnya aku membuat keputusan untuk menonton video tersebut.
"Dengan rambut hitamnya yang lurus panjang itu, dia kelihatan cantik" 
"Saya ingin bertemu dengannya secepat mungkin."
Kata-kata Jong Hoon membuatkanku terpempan. Adakah dia meluahkannya dengan ikhlas atau sekadar dialog untuk penonton? Erghhh aku teruskan lagi menontonnya. 
"Dia teman wanita saya."
Jong Hoon sanggup mengenakan kostum Shrek hanya untuk perempuan tersebut. Kelopak mataku bergenang lagi. Setelah sekian lamanya air mata ini tidak jatuh kerana Jong Hoon. Kini ia terbit lagi. Ingin menidakkan perasaan cemburu tetapi aku tidak mampu. 
"Saya mendekatinya untuk melihat wajahnya dengan lebih jelas. Dia sungguh cantik."
"Dia membaca buku untuk kanak-kanak dengan perlahan dan saya amat sukakannya."
Dengan air mata yang berlinang, aku teruskan menonton. Hati yang sakit digagahkan juga untuk melihat adegan yang ditunjukkan olehnya. Jong Hoon yang masih dalam kostum Shrek sedang menyusun segala anak patung beruang bersama perempuan itu. Eun Byul namanya. Aku takkan lupa nama tersebut. Mereka kelihatan mesra seolah-olah sudah lama berkenalan. Air mata semakin laju membasahi pipi. Sekumpulan kanak-kanak masuk ke dalam bilik tersebut sambil membawa sekuntum bunga ros setiap seorang. Jong Hoon pula bangun lalu mengambil sejambak bunga dan berjalan ke arah Eun Byul. Kepala Shrek dibuka untuk mendedahkan identitinya. 
"Hai, saya Choi Jong Hoon dari FT Island. Sudikah awak menjadi teman wanita saya selama seminggu?"
Ketika perempuan itu mengangguk, saat itu jugalah air mataku semakin deras mengalir. Tiada suara yang keluar dari mulutku. Hanya sekadar tangisan. Aku kini sudah semakin jauh dengannya. Bukan sahaja jarak malah kehidupan kami juga. Dia artis, aku hanyalah orang biasa. Kehidupan kami berbeza. Walaupun itu hanya sekadar rancangan sahaja, ianya seakan-akan benar bagiku. Jong Hoon tidak pernah berbuat begitu untukku. Ya, aku memang cemburu terhadap Eun Byul. Mengapa mesti dia. Dia hanya perempuan biasa sama seperti aku. Mengapa rancangan seperti ini harus wujud? 
"Semua props ini disediakan untuk melamar awak. Saya yang aturkannya."
Erghh ayat yang keluar dari mulut Jong Hoon lebih menyakiti hatiku. Dia sememangnya suka dengan perempuan itu. Aku sangat yakin hanya dengan melihat reaksinya dalam rancangan itu.
"Saya memang menyukai noona (perempuan yang lebih tua)"
"Saya pernah keluar bersama noona-noona sebelum ini."
Pengakuan Jong Hoon membuatkanku semakin sedih. Jika benar dia menyukai noona, mengapa dia sering membuatku salah faham dengan tindakannya sebelum ini. Perempuan itu turut diajak untuk menyaksikan persembahan mereka. Malahan Jong Hoon turut membawanya ke cafe kegemaran kami. Benarlah firasatku selama ini, mana mungkin dia akan mengingatiku. Tambahan lagi dengan popularitinya yang kian melonjak kini. 
"Hyun Mi, perche piangi?" (Kenapa awak menangis?)
Suara Lola menusuk gegendang telingaku.
Dia berjalan menghampiriku lalu memegang kedua-dua belah bahuku. Serta-merta air mata yang mengalir disapu dengan hujung lengan baju.
"Niente, sto bene." (Tak ada apa-apa, saya okay.)
Aku segera menutup komputer riba di hadapanku. 
Lola menggosok-gosok belakangku. Aku tak tahu hendak meluahkan rasa sedih ini pada siapa. Ingin bercerita dengannya, mungkin dia tidak akan faham. Ingatanku lari kepada Won Bin. Jika dia ada, pasti dia mampu membuatku tersenyum. Sae Ra juga. Aku rindukan mereka. Kini aku benar-benar terasa seperti orang asing. 

********
Seoul, Korea
Won Bin POV
'Anda mempunyai satu e-mail baru'
Aku meletakkan gitar akustik di atas katil lalu bangun menghampiri meja. Komputer riba yang menyala sedari tadi mengeluarkan bunyi menandakan satu e-mail baru diterima. E-mail tersebut tidak bernama. Bererti pengirimnya tiada dalam senarai kenalanku. 
Won Bin,
Maafkan saya sekiranya mengganggu awak. Dan maafkan saya sebab lama tak berhubung dengan awak. Kali terakhir kita berhubung rasanya empat bulan yang lalu. Ini alamat e-mail baru saya. Yang lama tu tak boleh nak log in pula. Macam mana dengan kehidupan awak sekarang? Awak dah sambung belajar sekarang ni kan? Saya ada mengikuti perkembangan awak dan FT Island baru-baru ini. Bagaimana dengan pelajaran awak? Harap segalanya berjalan lancar. Awak satu universiti dengan Jong Hoon kan. Bila awak akan debut sebagai artis solo? Tak sabar nak tunggu kemunculan solo awak. Jujur saya merindui awak. Saya sentiasa berharap awak ada di sisi saya. Saya tak tahu nak bercerita dengan siapa. Mungkin saya tak patut cerita benda ni dengan awak. Tapi, saya benar-benar memerlukan seseorang sekarang ini. Won Bin, bagaimana dengan mereka yang lain? Bagaimana dengan Jong Hoon? Baru-baru ni saya ada menonton rancangan yang melibatkan Jong Hoon. Saya tak tahu macam mana nak cakap pasal benda ni. Awak faham kan perasaan saya sekarang. Saya cuma nak tahu kebenarannya. Sebelum ni saya tak pernah nampak dia dengan perempuan lain. Tapi sekarang, entah la Won Bin. Saya nampak dia bersama perempuan itu, keluar bersama, gembira berdua, saya nampak senyuman Jong Hoon. Dia tersenyum ketika bersama perempuan itu. Mereka turut pergi tempat di mana saya dan Jong Hoon selalu pergi suatu ketika dahulu. Saya tak sanggup tengok semua tu. Mungkin saya patut lupakan dia. Ya, saya sepatutnya lupakan dia sejak dulu lagi. Saya sentiasa memberi harapan pada diri saya sendiri tapi saya juga yang memusnahkannya. Benar apa yang awak pernah katakan pada saya dulu. Mencintai seseorang yang tidak menyedari kewujudan kita merupakan satu perkara yang meletihkan. Saya dah letih Won Bin. Benar-benar letih. Kalaulah awak ada di sini sekarang. Tak apalah, saya dah banyak menyusahkan awak selama ni. Terima kasih sanggup membaca luahan hati saya. Saya cuma mencari tempat mengadu sahaja. Terima kasih Won Bin.
Hyun Mi

Apa yang terjadi sebenarnya? Pasti Hyun Mi sedang bersedih sekarang. Aku gagal tepati janjiku untuk sentiasa berada di sisinya ketika dia sedih dan berduka. Ahh ini semua kerana Jong Hoon. Aku pun hairan, kenapa dia perlu begitu mesra di dalam rancangan yang Hyun Mi maksudkan itu. 
Tanganku pantas menaip untuk membalas e-mail Hyun Mi. Sekiranya jarak antara Itali dan Korea hanya seperti dari rumahku ke universiti, sudah tentu sekarang juga aku menjenguk Hyun Mi. 

********

Seoul, Korea
Suwon University of Korea, Hwaseong, Gyeonggi-do.
Jong Hoon POV
Beg gitar yang berwarna hitam digalas menuju ke bilik rehearsal. Aku nyaris terlewat. Ini semua gara-gara rakaman yang berpanjangan membuatkan aku letih dan tak cukup tidur. Langkahku dicepatkan. Kelihatan Won Bin mengangkat tangan memanggilku. Segera aku melajukan langkah menuju ke tempatnya.
"Kau asal lambat ni?"
Tanya Won Bin.
"Malam tadi recording sampai tiga pagi. Letih gila."
Jelasku.
"Oh, kesian korang semua. Tak apa, usaha lebih sikit. Nanti hasil mesti berbaloi. Seung Hyun tu pun okay budaknya. Mesti tak ada masalah kan. Lagu korang yang baru dengan dia pun not bad."
Dia memberikan semangat.
"Kau ni puji ke apa? Berbaloi la sangat. Tahulah kau sekarang banyak free time. Nak perli aku la tu kan."
Aku bercakap dengan nada yang perlahan.
"Wei, kau dengan Hyun Mi macam mana?"
Soalan Won Bin yang tak pernah ku duga meluncur dari bibirnya.
"Hyun Mi? Dia ingat aku lagi ke? Buat apa aku nak fikirkan orang yang belum tentu ingat aku. Alaaah, kalau aku dengan dia ada jodoh tu adalah. Kalau tak ada, takkan aku nak terkejar-kejar."
Terangku.
"Macam tu je? Aku tak tahu la kenapa dengan kau ni Jong Hoon. Dah bertahun-tahun. Perangai tak juga berubah. Dah banyak kali dah aku cakap. Tak tahu la aku nak cakap apa dah dengan kau."
Won Bin seperti ingin memarahiku.
"Habis kau nak aku buat apa? Tunggu dia? Termenung siang malam macam apa yang aku buat dulu? Macam tu? Apa yang aku dapat? Aku dah habis fikir dah. Kalau aku asyik teringat dia je, apa kerja pun aku tak boleh nak buat. Sebab tu aku pasrah. Aku terima je apa yang jadi."
Aku memberitahu kata putus ku padanya.
"Sebab tu je? Sebab kau pasrah apa yang akan jadi dengan kau? Kau ni Jong Hoon. Aku memang dah tak tahu nak cakap macam mana lagi dengan kau. Kalau pasal Hyun Mi je, mulalah kau jadi macam ni."
Won Bin merungut.
"Macam ni yang macam mana? Aku memang macam ni la."
Jawabku pendek.
"Kau dah lain la sekarang. Aku kenal kau bukan baru dua tiga hari. Kalau dulu kau mana layan sangat perempuan perempuan apa semua ni. Sekarang, aku ni pun kalah. Risau aku tengok kau ni."
Bentak Won Bin tapi nadanya masih perlahan kerana bimbang didengari pensyarah kami.
"Itu semua normal la. Dah aku ni kan lelaki, mesti la kena bertegur dengan perempuan."
Alasanku ingin selamat.
"Haishh malas aku bertegang lidah dengan kau. Ni kau ambil ni. Suka hati kau la nak buat apa. Kalau betul kau dah lupa Hyun Mi, kau terus terang dengan dia. Aku tak tahu nak cakap apa dengan hubungan korang berdua ni. Bukan sebulan dua lagi, bertahun-tahun dah."
Tambah Won Bin lagi.
Won Bin menghulurkan sehelai kertas yang tertulis alamat e-mail.
eunmi90@gmail.co.kr
Aku mengambil kertas tersebut dari tangannya. Mata tidak berkelip memandang tulisan yang tertera pada kertas itu. 
-------------------------------------------------------------------------------------
Adakah Jong Hoon akan menghubungi Hyun Mi? Benarkah Jong Hoon telah berubah? Masih adakah lagi cinta antara mereka berdua? Segalanya bakal terjawab di babak seterusnya.

//Kali ni tak banyak dialog. Mesti bosan kan -.-"


Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

2 comments:

ken. said...

Sambung ~ Suspen dah ni . waaaaa.

darla carolina said...

Byung's - amboi LJoe bce ff eden . okaayyy . akan disambung ari ni :)