AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

Cinta Dua Dunia : Babak 18 | Ikrar Cinta


WATAK UTAMA
Choi Jong Hoon
Jang Hyun Mi
WATAK TAMBAHAN
Oh Won Bin
Babak sebelum ini >Mencari Yang Hilang<

Malam tahun baru 2011
Seoul, Korea
Jong Hoon POV
Aku kembali menarik Hyun Mi ke dalam pelukanku. Wajahnya kelihatan cemas. Aku mengeratkan lagi pelukanku. Wajah didekatkan padanya. Hyun Mi tidak berkelip memandang mukaku. Sebelah tanganku menyentuh tengkuk Hyun Mi lalu merapatkan wajahnya denganku. Tindakan itu membuatkan Hyun Mi memejamkan matanya.
Bibirnya yang merona kemerahan itu dikucup lembut. Dia merelakannya. Kerelaan Hyun Mi membuatkan aku merasa seolah-olah dia telah menerimaku kembali. Adakah aku telah berjaya mendapatkan ingatan Hyun Mi? Jikalau tidak, masakan dia sudi diperlakukan begini.
Pancuran bunga api di langit seakan-akan meraikan kemenanganku. Ya, kemenangan mendapatkan Hyun Mi kembali. Ciuman itu aku leraikan. Hyun Mi tertunduk . Malu mungkin. Aku mengangkat dagunya.
"Selamat tahun baru."
Ujarku.
"Selamat tahun baru juga."
Dia membalas.
"Awak dah ingat siapa saya?"
Tanyaku.
Dia menggeleng.
Terpempan sebentar aku ketika dia menggeleng. Jadi apa maknanya dia merelakan ciuman tadi?
"Tapi saya macam pernah lalui benda yang sama. Benda tu kabur. Saya tak dapat ingat."
Hyun Mi menjawab.
"Langsung tak ingat apa-apa ke?"
Aku bertanya lagi.

Hyun Mi POV
Pelbagai gambaran muncul dalam fikiranku ketika ini. Ciuman itu, aku seperti pernah merasakan ciuman yang sama tetapi aku tak dapat mengingatinya. Erghh fikir fikir! Aku perlu mengingatinya. Aku memejamkan mata. Menjelajah segenap fikiranku. Bermacam-macam bayangan yang hadir dan akhirnya satu bayangan muncul.
Angin pagi itu menyapa pipiku dengan penuh kelembutan tatkala aku sedang merapatkan kedua-dua belah mataku. Dan ketika itu jugalah satu ciuman hinggap di bibirku. Aku membalas ciuman itu. Apabila aku membuka kembali mata yang terpejam, wajah Jong Hoon jelas kelihatan. 
Aku kembali ke alam nyata. Jong Hoon yang berdiri di hadapanku serta-merta dipeluk.
"Jong Hoon, saya dah ingat awak siapa."
Ujarku.
Jong Hoon membalas pelukanku.
"Betul awak dah ingat siapa saya?"
Jong Hoon mendapatkan kepastian.
Aku sekadar mengangguk.
Aku yakin aku sudah mengingati Jong Hoon. Kami berkenalan sejak zaman kanak-kanak lagi. Di sini jugalah kami sering meluangkan masa bersama. Melihat pemandangan malam serta menyaksikan keindahan bintang-bintang di langit. Tapi untuk seketika aku telah melupakan Won Bin.

********

Kami duduk bersebelahan di atas rumput yang dilitupi salji dan menghadap ke arah longgokan rumah nun di bawah sana. Entah mengapa hatiku rasa berbunga. Makan malam romantik yang tidak pernah aku alami, ciuman manis yang mengingatkan aku kembali padanya. Ahh semua itu berlaku pada malam ini. Mungkin Jong Hoon adalah insan yang benar-benar aku cintai. Itu aku belum pasti. Aku tidak dapat mengingati sepenuhnya. Masih ada sebahagian tentang dirinya yang belum aku pasti. 
Ya, antara dia dengan Won Bin. Kadang kala mereka kelihatan tegang. Malas hendak memikirkannya. Aku ingin segera mengosongkan fikiranku. Malam ini perlu jadi malam yang kekal terindah untukku. Tangan Jong Hoon melingkari pinggangku. Kami berada pada kedudukan yang sangat rapat. Aku hanya mampu tersenyum ketika itu.
"Hyun Mi, saya cintakan awak. Selama ni hanya awak seorang saja dalam hati saya."
Tersenyum aku mendengar kata-katanya itu.
Aku tak tahu itu adalah kali ke berapa dia mengungkapkannya padaku. Mungkin sebelum ini dia pernah menyatakannya dan mungkin juga tidak. Yang pasti ini adalah kali pertama aku mendengarnya.
"Awak jangan tinggalkan saya lagi lepas ni ya."
Sambungnya lagi.
Tinggalkan dia? Sebelum ini aku pernah meninggalkannya ke? Macam ada sesuatu yang pelik tentang hubungan kami. 
"Maksud awak?"
Aku bertanya.
"Jangan tinggalkan saya macam apa yang awak pernah buat kat saya tiga tahun lalu. Janji ya."
Pinta Jong Hoon.
Aku tidak mengerti.
Apa yang telah aku lakukan tiga tahun lalu. Mengapa aku meninggalkannya ketika itu?
"Apa yang saya buat tiga tahun lalu tu?"
Aku bertanya lagi.
Sifat ingin tahu membuak-buak ketika itu.
"Awak tak ingat? Tak apa, lupakan je. Untuk apa kita mengenang perkara lama kalau ianya hanya mendatangkan duka. Saya nak awak cuma fikirkan perkara yang indah je bila dengan saya."
Balas Jong Hoon.
Dia tersenyum lalu membetulkan rambutku yang jatuh menutupi sebelah mata. 
"Okay."
Aku membalas senyumannya itu.
********

Author POV
Hyun Mi tersenyum sepanjang perjalanan pulang ke rumahnya. Hatinya berbunga malam itu. Dia cukup senang kerana telah mengingati Jong Hoon semula. Tetapi masih banyak lagi perkara yang dia belum ingat tentang Jong Hoon. Perkara yang pernah membuatkan dia bersedih sebelum ini. 

Januari 2011
Won Bin POV
Selesai sahaja sesi photoshoot, aku segera menghubungi Hyun Mi. Seminggu dua ni aku agak sibuk dengan schedule yang padat. Ke sana ke sini dengan pelbagai aktiviti. 
"Yeoboseyo, Hyun Mi-ah."
Aku bertanya setelah panggilanku berjawab.
"Yeoboseyo, Hyun Mi tak ada."
Suara lelaki yang kedengaran. 
Aku tersentak.
"Jong Hoon? Kau ke tu?"
Aku kenal suara itu.
"Aku la ni. Takkan tak kenal kot."
Jawabnya.
Bagaimana pula dia boleh berada bersama Hyun Mi.
"Oh, Hyun Mi pergi mana?"
Tanyaku.
"Dia ke toilet. Aku dengan dia tengah date sekarang ni."
Kata-kata Jong Hoon membuatku berasa sedih.
Entah mengapa aku terasa hati pula dengan Hyun Mi. Sudah ingat ke dia akan Jong Hoon? Mengapa aku tidak diberitahu?
"Tak apalah. Aku tak nak ganggu korang. Bye."
Talian segera ku matikan.
Aku berfikir sejenak.
Hyun Mi keluar dengan Jong Hoon tapi sebelum ini dia menganggap aku adalah teman lelakinya. Kenapa dia boleh berada bersama Jong Hoon? Mungkin sebab aku pernah memberitahunya yang aku pernah menjadi teman lelakinya tetapi sekarang tidak lagi. Takkan hanya kerana dia tahu aku bukan lagi teman lelakinya, dia boleh mengendahkan aku. Mungkin itu hanya perasaanku. 
Tak mengapalah. Mungkin benar dia telah mengingati Jong Hoon semula. Baguslah jika mereka telah bersama. Memang Hyun Mi bukan untukku. Aku harus mengakuinya sejak dulu lagi.

*******

Author POV
Jong Hoon melayan Hyun Mi seperti seorang permaisuri. Segala kehendak Hyun Mi ditunaikan. Hampir setiap hari mereka akan keluar bersama sekiranya Jong Hoon mempunyai masa terluang. Hyun Mi masih lagi menanti panggilan kerja. Sementara itu, dia lebih senang bebas tanpa ikatan pekerjaan seperti sekarang.
Hyun Mi dan juga Jong Hoon berjalan keluar seiringan dari kompleks membeli-belah dan menuju ke tempat meletakkan kenderaan. Sedang mereka melintas, ada seorang kanak-kanak yang berlari ke tengah jalan untuk mengutip bola. Hyun Mi terlihat sebuah kenderaan meluncur laju menuju ke arah kanak-kanak tersebut. Dengan pantas dia melepaskan pegangan tangannya lalu berlari untuk mendapatkan kanak-kanak tersebut. Jong Hoon yang kaget melihat tindakan Hyun Mi turut berlari lalu dengan pantas memeluk Hyun Mi dan kanak-kanak itu sebelum berguling ke bahu jalan.
Masa itu jugalah Hyun Mi seperti mengimbas kembali segala yang pernah berlaku dalam hidupnya. Mindanya yang kosong kembali terisi. Jong Hoon mengenalkan Won Bin padanya, Jong Hoon membuat persembahan piano ketika hari bakat di sekolahnya dahulu, Jong Hoon mengasingkan diri daripadanya, Jong Hoon membuat keputusan untuk melupakan dirinya, Jong Hoon bersama perempuan lain hanya kerana rancangan hiburan yang disiarkan di televisyen, Jong Hoon yang pernah membuatkan dia menangis saban hari ketika dahulu, segalanya mengenai Jong Hoon, sehinggalah ketika dia menghadiri pertemuan peminat beberapa bulan yang lalu sebelum dia ditimpa kecelakaan yang menyebabkannya hilang sebahagian ingatannya. Hal itu juga berlaku kerana Jong Hoon.
"Hyun Mi, awak tak apa-apa ke?"
Tanya Jong Hoon lalu bingkas berdiri.
Dia membantu Hyun Mi untuk berdiri. Kanak-kanak yang berada dalam pelukan Hyun Mi tadi berlari mendapatkan ibunya. Hyun Mi masih diam membatu. Tiada kecederaan yang dialaminya. Kepala Jong Hoon sahaja sedikit luka. Ibu kanak-kanak tadi menghampiri mereka untuk mengucapkan terima kasih dan meminta maaf.
"Tak apa, sikit je ni."
Ujar Jong Hoon kepada seorang wanita berusia sekitar tiga puluhan itu.
Hyun Mi yang senyap sedari tadi tiba-tiba bersuara.
"Jong Hoon, saya dah ingat kesemuanya. Saya tak patut bersama awak. Saya rasa bersalah dengan Won Bin. Awak memang pentingkan diri Jong Hoon!"
Lalu Hyun Mi beredar meninggalkan Jong Hoon.
Dia berjalan terincut-incut. Jong Hoon hanya memerhatikan perlakuannya. Hyun Mi memegang kakinya kerana terasa sakit. Dia berjalan lagi. Niatnya ingin pulang sendiri menaiki teksi. Jong Hoon mendapatkannya lalu menggendong Hyun Mi secara paksaan. 

Hyun Mi POV
Aku berjalan terincut-incut meninggalkan Jong Hoon. Kakiku terasa sakit kerana berguling seketika tadi. Tidak semena-mena tubuhku sudah berada di udara. Jong Hoon menggendongku tanpa disuruh. Aku berkeras untuk turun tetapi dia menahan perbuatanku.
"Kaki awak sakit. Nanti makin teruk kalau berjalan lama."
Aku senyap.
Air mata yang tak tahu entah bila terbit disapu. Belakang badan Jong Hoon terasa hangat. Mampu menghangatkanku ketika musim sejuk begini. Hati memang tidak boleh menipu. Aku melentokkan kepalaku pada bahu Jong Hoon. Terasa seakan waktu berputar perlahan. 
"Jong Hoon..."
Aku bersuara.
"Ya, kenapa?"
Lembut saja suaranya.
"Betul ke awak tak pernah lupakan saya selama ni? Saya seorang je ke yang ada dalam hati awak tu?"
Tanyaku.
Jong Hoon melangkah perlahan menuju ke keretanya sambil menggendongku.
"Awak tak percayakan saya ke? Selama ni saya cuma fikir awak seorang je. Tiada siapa yang mampu rampas takhta awak di hati saya. Dari dulu hingga kini."
Aku tersenyum mendengar jawapan yang meniti di bibirnya.
Tak semena-mena wajah Won Bin datang mengetuk realitiku. Bagaimana dengan Won Bin? Perlukah aku mengecewakannya sekali lagi? Aku sentiasa menyusahkan Won Bin.
"Jong Hoon.."
Lagi sekali aku memanggilnya.
"Ya, sayang."
Sahutan Jong Hoon menggegar seluruh gegendang telingaku.
"Won Bin macam mana? Dia banyak bantu saya selama ni."
Tanyaku.
"Tak apa, nanti kita jumpa dia. Jelaskan segala-galanya."
Jawab Jong Hoon.
"Sekarang ni yang paling penting dalam hidup saya adalah awak. Saya akan sentiasa di sisi awak. Itu janji saya pada awak."
Jong Hoon melafazkan janjinya padaku.
Tanpa disedari aku tersenyum sambil menitiskan air mata. Terharu dengan setiap kata-katanya. Jong Hoon yang berada bersamaku pada waktu ini seperti telah mempelajari pelbagai perkara baru semasa ketiadaanku. Lain benar sikapnya. Dia amat memahami kehendak hatiku.
-----------------------------------------------------------------------------------------
Dapatkah Won Bin menerima penjelasan mereka? Mampukah hubungan mereka kekal seperti yang diinginkan? Segalanya bakal terjawab dalam babak seterusnya.

//Tinggal dua babak je lagi ><


Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

6 comments:

Lina Azhar said...

best!waiting for next chapter!harapnya won bin dpt lepaskan hyun mi untuk jong hoon :D

darla carolina said...

@Nor Azlina - nyahaha :D selamat menanti >< thanks for reading kay :)

ddhil said...

Aaaaaaaaaaaaaaaa. "Ya,Sayang." Sweet ! <3 Sambung lagi ! XD

Syafiqah Saiful Azhar. said...

sambungggggggggggggggggggggg >< besttt

ikhlas dari, Wana bini woovin yang sedang guna account orang lain ._.

darla carolina said...

@Dhilah_Woohyun - HAHAH :DD dah siap da next chpter . nyahaha >< cuma tamoh post skrg jepp .

darla carolina said...

@Wana bini woovin - LOL :DD okayy . thanks reading ><