WATAK UTAMA
Choi Jong Hoon
Jang Hyun Mi
WATAK TAMBAHAN
Oh Won Bin
Kang Sae Ra
Lee Jae Jin
Babak sebelum ini >Memori dan Ingatan<
Disember 2010
Seoul, Korea.
Hyun Mi POV
Aku membelek isi kandungan beberapa fail yang tersusun rapi di atas mejaku. Padanlah wajahnya seakan-akan pernah ku lihat. Rupanya dia adalah ahli kumpulan FT Island. Aku menggemari kumpulan ini. Bagaimana aku boleh lupa akan wajahnya. Hyun Mi Hyun Mi. Aku menggeleng sendiri. Tapi macam mana dia boleh berada di hospital ketika itu? Kawan Won Bin mungkin. Yalah, Won Bin kan penyanyi juga. Erghh boleh pecah otakku jika mahu memikirkan siapa Jong Hoon sebenarnya.
Kaki dilangkah menuruni anak tangga dan menuju ke dapur. Peti ais dibuka. Botol berisi air itu ku togak laju. Haus benar rasa tekak ni. Jauh di fikiranku masih memikirkan sesuatu. Bosan pula duduk di rumah sahaja. Malam ini malam tahun baru. Apa yang hendak aku lakukan? Kaki melangkah semula mendaki anak tangga untuk menuju ke bilik. Pantas kaki ku meluru masuk untuk mencapai telefon bimbit yang tidak berbunyi itu. Segera merebahkan diri ke atas katil. Tangan pula menekan-nekan skrin telefon bimbit untuk menaip mesej.
'Won Bin, malam ni awak buat apa je?'
Mesej dihantar.
Selepas dua minit, mesej itu dibalas.
'Tak ada plan apa pun. Saya kat studio ni. Busy sikit.'
Huuuhhhh.
Aku melepaskan keluhan berat.
Terpaksa la aku bersendirian pada malam tahun baru nanti. Telefon bimbit di lempar ke birai katil.
"Aku bosan!"
Laungku.
Seluruh bilik bergema dengan launganku.
Setelah puas berguling di atas katil sendiri, aku bingkas bangun menuju ke bilik air. Lebih baik aku mandi daripada duduk seorang diri macam orang tak betul. Tuala yang tersidai ditarik olehku. Bilik air sedia menanti.
********
"Omma (emak), Hyun Mi keluar dulu ya."
Jeritku dari ruang tamu.
Ibuku sedang kusyuk memasak di dapur. Tiada jawapan kedengaran. Tak dengar agaknya. Lantaklah. Daripada aku mereput kebosanan akibat terperuk di rumah selama seminggu. Semenjak keluar daripada hospital tempoh hari, aku tidak dibenarkan keluar kerana takut apa-apa yang buruk berlaku. Tapi aku kan sudah sembuh. Untuk apa lagi aku membekukan diriku di rumah.
Aku berjalan menuju ke arah pintu pagar rumahku sambil mendail nombor Sae Ra. Lama aku tidak bertemu dengannya. Entah dia ingat lagi atau tidak rakan baiknya satu ketika dahulu ini.
"Yeoboseyo, Sae Ra?"
Sapaku setelah panggilan berjawab."Yeoboseyo, siapa ni?"
Dia bertanya."Sae Ra, ni aku la! Hyun Mi!"
Jawabku.
"Hyun Mi! Kau rupanya. Kau kat mana sekarang? Lama tak dengar cerita kau."
Dalam masa yang sama aku membuka pintu kereta.
"Aku kat rumah la. Jumpa jom. Rindu la kat kau."
Balasku.
"Aku ada hal malam ni. Esok aku dengan family aku nak ke Jepun. Mianhae. Lain kali okay."
Seorang lagi mengecewakanku kini.
"Tak apalah. Nanti kau call la aku okay."
Jawapan pasrah.
"Okay. Bye."
Klik.
Talian dimatikan.
Aku memang akan keseorangan pada malam tahun baru kali ini seperti tahun-tahun sebelumnya.
*******
Jong Hoon POV
Aku tersenyum seorang diri melihat persiapan yang aku lakukan untuk mendapatkan kembali Hyun Mi. Pemandangan malam ini pasti akan kelihatan indah dihiasi hujanan bintang di langit. Tambahan pula malam ini malam tahun baru. Ada pancuran bunga api tepat jam dua belas malam. Harap Hyun Mi akan mengingatiku semula.
"Jae Jin, dah jumpa belum Hyun Mi ? Bawa dia ke sini. Tempat yang aku bagitahu tadi. Okay."
Talian dimatikan.Telefon bimbit kembali diletakkan di atas meja yang telah aku sediakan dengan penuh kesungguhan. Segala usahaku telah dicurahkan di sini. Aku memandang sekeliling. Lama tidakku menjejakkan kaki di sini. Tiga tahun mungkin. Dahulu, aku dan Hyun Mi sering melihat bintang di atas bukit ini. Aku akan kembalikan ingatannya terhadap memori kami itu.
********
Dari jauh kelihatan Hyun Mi berjalan seiringan dengan Jae Jin. Mereka seperti sedang berbual-bual. Butirannya tidak jelas kerana jarak yang agak jauh. Tetapi mengapa mereka kelihatan seperti mesra? Ingat ke dia akan Jae Jin? Huhh, Jae Jin boleh pula dia ingat. Aku ni, punya susah payah nak buat dia ingat. Errr cemburukah aku? Naaahhhhhh Jae Jin tu hanya seorang budak bagiku.
Hyun Mi POV
Aku terserempak dengan Jae Jin ketika hendak keluar dari rumah. Dia terpacak di depan pagar rumahku. Katanya ada orang ingin berjumpa. Tidak pula diberitahu siapa orangnya. Yang menghairankan, Jae Jin seolah-olah mengenaliku. Bila dia memberitahuku yang kami selalu bertemu, barulah aku teringat. Dia kawan Won Bin rupanya. Ada juga orang yang ingin menemaniku ketika malam tahun baru ni. Hampir satu jam juga perjalananku untuk bertemu orang yang dimaksudkannya itu.
"Noona belajar okay ke?"
Tanya Jae Jin.
"Okay je. Dah habis dah pun. Tengah tunggu panggilan temuduga ni."
Jawabku."Oh, noona betul ke tak ingat saya?"
Dia bertanya."Eh, ingat la. Jae Jin kan hahaha."
Spontan aku tergelak ketika itu.
"Kalau setakat nama, satu Korea tahu."
Dia mencebik.
Tawaku terus dihentikan.
"Jong Hoon hyung? Noona ingat tak Jong Hoon hyung?"
Dia bertanya lagi."Err tak. Won Bin kata dia kawan noona dari kecil. Tapi tak tahu kenapa noona tak boleh nak recall tentang dia."
Balasku.
"Sebenarnya, hyung tengah tunggu noona. Dia kata nak buat noona ingat dia balik. Noona tak ingat ke tempat ni?"
Aku memandang sekeliling.
Kepala dianggukan.
"Macam tempat noona selalu main masa kecil-kecil dulu. Oh, rumah noona dulu dekat sini je."
Aku menjawab.Mataku meliar memandang segala yang terbentang luas di depan mata. Tekun sangat berbual sampai tidak perasan akan kecantikan alam semulajadi ini.
"Jae Jin! Hyun Mi!"
Kedengaran suara seorang lelaki memanggil aku dan Jae Jin.
Pandangan terus tertumpu padanya. Jong Hoon lengkap berpakaian seperti orang yang ingin menghadiri majlis formal. Sut putih lengkap dari atas hingga ke bawah. Sungguh tampan. Aku seperti pernah melihatnya.
"Noona, saya turun dulu ya. Bye."
Ujar Jae Jin lalu meninggalkanku sendirian bersama lelaki yang aku anggap orang asing ini.
Pandangan dilarikan semula pada Jong Hoon. Hatiku tidak mampu menipu. Dia memang kacak. Eh, bagaimana pula dia boleh siapkan semua tu? Hatiku tertanya-tanya lagi setelah melihat sebuah meja yang ditemani cahaya lilin di sebelahnya itu. Seperti sebuah makan malam yang romantik. Dengan pemandangan atas bukit yang disirami cahaya bulan dan bintang beserta salji yang masih turun renyai-renyai. Ini semua amat menakjubkan.
Jong Hoon berjalan ke arahku. Semakin dekat dia menghampiriku, semakin laju pula jantungku berdegup. Kenapa begini? Mengapa perasaan ini hadir? Siapa dia yang sebenarnya sehinggakan mampu membuat tubuhku bertindak seperti ini. Jong Hoon menghulurkan tangannya padaku. Entah mengapa laju saja tangan kananku menyambut huluran itu. Aku berjalan mengikutinya ke meja tersebut. Jong Hoon menarik kerusi untuk menjemputku duduk. Aaaaa sungguh romantik. Pipiku mula terasa hangat. Kami berdua masih lagi tidak bersuara sedari tadi. Dia menuangkan wine ke dalam gelas ku terlebih dahulu sebelum duduk di tempatnya. Lagu "Can I Love You" nyanyian Yurisangja kedengaran melalui telefon bimbitnya.
"Awak ingat lagi tak tempat ni?"
Tanya Jong Hoon memecah kesunyian.
Aku mengangguk.
"Ingat. Dulu saya selalu main kat sini. Tapi masa kecil la."
Jawabku.
"Awak ingat? Kita selalu datang tengok bintang kat sini. Awak ingat saya tak? Kita kenal dari kecil lagi."
Yakin benar ungkapannya itu.
Aku hanya terdiam memikirkan apa yang diberitahunya tadi. Berusaha untuk mengingati dirinya.
"Tak apa, lupakan. Makan la."
Dia melemparkan senyuman padaku.Segala salji yang berada di sini boleh cair gamaknya akibat senyuman Jong Hoon itu. Belum sempat garfu dan pisau di tanganku menyentuh pinggan, Jong Hoon mengangkat pinggan itu dan meletakkan di hadapannya. Memotong kepingan daging di dalam pinggan itu kepada hirisan berbentuk dadu lalu meletakkan kembali pinggan itu di hadapanku.
Aku tergamam dengan tindakannya.Jika benar dia teman lelakiku, siapa pula Won Bin?
Aku mula berasa selesa dengannya setelah lebih sejam bersama. Dia mampu membuatku tersenyum. Jujur aku katakan, aku lebih selesa dengannya berbanding Won Bin. Tapi mengapa? Entah la. Fikiranku benar-benar kosong ketika ini. Yang dapat aku fikirkan hanya saat yang sedang aku lalui ini.
"Hyun Mi..."
Suara halus itu menusuk gegendang telingaku.
Terasa hembusannya di telingaku. Jong Hoon di belakangku. Bila pula dia berada di situ. Mukaku hangat kembali. Pasti merah padam ketika ini. Mana aku nak sorokkan muka ni.
Tanpa diduga, Jong Hoon mengangkat tangan kananku ke udara. Dia menggerak-gerakkan tanganku seperti melukis sesuatu. Aku perhatikan dengan betul apa yang sedang dilukisnya. Baru aku perasan yang dia sedang menggerakkan tanganku melukis sesuatu dengan mencantumkan bintang-bintang nun di atas langit sana.
"Awak tahu tak, dulu kita selalu lukis guna bintang macam ni."
Kata Jong Hoon.
Lembut saja suaranya. Aku menoleh ke belakang untung memandang wajahnya.
Errrrr
Bibirku dengan tidak semena-mena menyentuh pipinya.
Wajahnya terlalu rapat denganku. Aku bingkas bangun. Kerana kecuaianku, aku hampir terjatuh. Jong Hoon dengan pantas merangkul pinggangku dan menarikku ke dalam dakapannya.
Fuhh, selamat.
Nyaris saja aku jatuh tadi. Aku melepaskan nafas lega. Selepas beberapa saat baru aku tersedar yang Jong Hoon sedang memelukku erat. Segera aku menggerak-gerakkan badanku supaya dia melepaskan pelukan itu. Pelukannya longgar.
Hanya untuk sesaat dua sahaja.
Dia menarikku kembali dalam pelukannya. Aku berasa cemas. Terasa seperti darah yang sedang menggelegak naik menyerbu ke mukaku. Panasnya bukan main. Aku melarikan pandanganku dari memandang wajah Jong Hoon. Pelukan makin dieratkan. Wajahnya didekatkan dengan wajahku.
Tindakannya itu menyebabkan aku tidak mampu berbuat apa-apa melainkan memandang wajahnya. Sebelah tangannya menyentuh tengkukku. Lembut sahaja sentuhannya. Fikiranku bercelaru. Aku seperti pernah mengalami perkara ini. Wajah Jong Hoon semakin dekat dengan wajah ku. Mataku terpejam dengan sendirinya. Bibir kami mula bertautan.
Lama.
Entah mengapa aku merelakannya.
Seperti aku merelakannya satu ketika dahulu. Kucupan ini kucupan itu. Bibir kami masih lagi bersatu sedangkan fikiranku masih lagi keliru.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Adakah Hyun Mi telah mengingati Jong Hoon kembali? Berhasilkah segala usaha Jong Hoon itu? Dapatkah mereka menyulam kembali perasaan cinta mereka? Nantikan babak yang seterusnya.
//Jong Hoon cium cium lagi -______-"
8 comments:
HAHAHAHAHAHHAHA komen unnie kat bawah tuhhh XDD LOLOL jojo mesti suka part ni XD keke sambunggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg
@Nana L.Joe - komen pasrah laki nye cium" jepp kje . HAHA scene febret jojo :DD
UNNIE !!!!! AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA. KUCUPAN ~ Muahahahaha <3 Lol korang berdua -.-' Memang faham eden betul. Sambunggggggggg ^^
Aaaaaaaaaaaaaaa. Cium ?! HAHAHA. XD Sambung lagi ! lagi ! lagi ! XP
sambung~~ AHAHAHA
@El-Joe's ♡ - memang faham sgt daaa :DD
@Dhilah_Woohyun - ye lerr cium ler tuh HAHA
@wanawoohyunie - okayyy (Y)
Post a Comment