WATAK UTAMA
Choi Jong Hoon
Jang Hyun Mi
WATAK TAMBAHAN
Oh Won Bin
Lee Hong Ki
Choi Min Hwan
Babak sebelum ini >Bahagiakah Aku<
Januari 2011
Seoul, Korea.
Hyun Mi POV
Aku telah berjanji untuk berjumpa dengan Won Bin di taman hiburan. Taman hiburan yang menjadi tempat pertama kami keluar bersama dahulu. Dalam banyak-banyak tempat, situ juga yang menjadi pilihan hatinya. Seperti biasa, aku bersiap serba ringkas. Pertemuan ini aku rahsiakan daripada Jong Hoon. Sejak malam itu, aku masih lagi memendam rasa dengannya. Aku memerlukan penjelasan tetapi dia mengendahkannya. Dia menganggap seperti tiada apa yang berlaku tempoh hari. Kami masih lagi berbual dan berhubung seperti biasa seolah-olah hal Eun Byul itu tidak pernah terjadi. Penumbuk digenggam. Geram pula apabila teringatkan Jong Hoon. Bibir bawah diketap menahan geram. Aku menghentakkan kakiku.
Choi Jong Hoon pabo (bodoh)!
Aku mencapai tas tangan yang berada di atas katil lalu melangkah keluar dari bilik.
********
Won Bin melambai ke arahku sambil menguntum sebuah senyuman. Aku membalas lambaiannya lalu berlari anak mendapatkan Won Bin.
"Dah lama ke tunggu saya ni?"
Tanyaku.
"Tak adalah. Saya baru je sampai ni."
Balas Won Bin.
Kami berjalan seiringan memasuki taman hiburan yang pernah dijejaki ketika alam persekolahan dulu.
"Kenapa kita mesti jumpa di sini?"
Aku bertanya.
"Saja. Nak bagi awak ingat kenangan kita."
Terpempan aku mendengar ayat itu.
"Kenangan kita?"
Wajah ceria Won Bin aku seluruhi.
"Tak ada apalah. Jom main benda tu nak?"
Ajak Won Bin.
Dia menunjuk ke arah booth yang tampak lengang dan dipenuhi dengan patung beruang. Aku belum lagi memberi jawapan, Won Bin sudah menarikku ke situ.
"Kita main ni okay. Saya dah lama tak main baling baling ni."
Ujar Won Bin.
Pemuda yang menjaga booth tersebut menghulurkan lima gegelung kepadaku dan lima lagi kepada Won Bin.
"Saya tak pernah main benda ni la."
Aku menghulurkan gelung pada Won Bin.
"Alahhh, bukan susah pun. Awak baling gelung ni bagi masuk dalam palang kecil tu je. Senang kan. Setiap palang tu ada hadiah tertentu."
Jelas Won Bin.
Dia melontarkan gegelung yang dipegangnya. Tidak masuk pula.
"Eh, kata senang tapi tak masuk pun."
Aku memerlinya."Tu sebab awak tak pilih palang yang mana. Jadi gelung tu tak tahu hala tuju dia. Haahahaa."
Aku turut tergelak.
"Saya nak awak masukkan dekat palang yang belakang sekali tu. Susah kan. Kalau masuk, boleh dapat teddy bear yang besar tu."
Balasku sambil menunjuk pada palang yang dimaksudkan.
"Okay, mudah je tu."
Dia melontar gegelung di tangannya.
Sudah masuk gegelung yang keenam, tapi Won Bin masih belum berhasil mendapatkan teddy bear yang aku inginkan.
"Kan dah masuk!"
Akhirnya balingan yang ketujuh membuahkan hasil.
Melompat kegirangan aku apabila Won Bin menghulurkan teddy bear itu padaku.
"Terima kasih!"
Aku mengukir senyuman.
Puas seharian aku bermain. Untuk seketika Won Bin menyebabkan aku lupa akan Jong Hoon. Tapi aku tidak patut berbuat seperti ini. Menipu perasaan sendiri dan mempermainkan perasaan Won Bin. Aku perlu ingat tujuan sebenar aku berjumpa Won Bin hari ini.
"Won Bin, saya ada benda nak bagitahu awak ni?"
Won Bin yang sedang melangkah, berpaling ke arahku.
"Apa dia? Nanti la. Kita cakap kat atas tu je."
Dia menunjukkan Roda Ferris yang sedang berpusing.
Aku hanya mengangguk tanda akur. Belum puas lagi ke dia ni bermain? Hairan aku. Seronok benar dia hari ini. Satu demi satu permainan yang ingin dijelajahinya.
Aku menanti Roda Ferris itu berhenti berpusing. Won Bin menarikku masuk ke dalam Roda Ferris apabila ianya berhenti.
"Cepat duduk situ."
Pintanya.
Aku hanya menurut. Won Bin pula duduk bersebelahan denganku.
"Sebelum awak cakap, biar saya cakap dulu boleh?"
Sambungnya lagi.
Aku mengangguk lagi.
"Cakaplah."
Balasku.
"Lusa saya akan ke Jepun. Mungkin dalam setahun baru balik sini semula. Kalau saya tak ada nanti, awak jangan rindu saya tau. Takut saya cepat-cepat balik sini pula bila tahu awak rindukan saya."
Won Bin meluahkannya dengan senyuman.
Benar ke apa yang aku dengar ni? Siapa yang akan menemaniku sekiranya aku sedang bersedih? Tapi aku tak boleh pentingkan diri. Won Bin bukan siapa-siapa untukku. Air mata ini jatuh akhirnya. Aku tak tahu adakah aku gembira ataupun sedih.
"Kenapa ni Hyun Mi? Awak menangis ke?"
Tanya Won Bin.
"Eh, tak adalah."
Segera aku meyapu air mataku.
"Awak jangan tipu saya. Saya kenal sangat awak ni Hyun Mi. Awak ada masalah ke?"
Won Bin amat memahamiku.
Dia sentiasa mengetahui apa yang sedang aku fikirkan. Kesedihan aku sentiasa diubati. Dia juga selalu memberikan kegembiraan. Jong Hoon pula sering membuatku bersedih. Walaupun dia pernah menggembirakanku, ianya tidak pernah lama.
"Saya tak tahan. Hati saya sakit bila nampak dia layan perempuan lain. Walaupun dia kata perempuan tu bukan siapa-siapa untuk dia"
Lemah aku meluahkannya.
Won Bin memegang kedua-dua belah bahuku.
"Siapa? Jong Hoon ke yang awak maksudkan? Apa yang dia buat? Perempuan mana?"
Dia bertanya.
"Selama ni saya cuma harap dia mampu menghargai saya walaupun untuk seketika. Tapi kenapa saya tak rasa mcam dihargai?"
Aku tidak menjawab soalannya.
Air mata terus mengalir tanpa mampu ditahan lagi. Won Bin mendakapku dalam pelukannya.
"Dah dah dah. Awak jangan fikir semua tu. Saya kan ada."
Pujuk Won Bin.
Dia mengusap rambutku. Ada ketikanya aku berfikir untuk melupakan Jong Hoon. Aku sentiasa ragu akan cintanya. Takut jika hanya aku yang benar-benar menyimpan perasaan sedemikian tetapi Jong Hoon tidak.
"Mungkin saya patut putus asa dari awal lagi macam apa yang awak cakap sebelum ni. Tapi saya yang keras kepala."
Ucapku.
"Dah, cukup tu. Tak guna awak menyalahkan diri awak. Kan saya dah cakap, saya kan ada. Saya sentiasa ada untuk awak."
Won Bin membelai pipiku.
"Tak kira apa yang jadi pada awak, saya tetap ada di sisi awak. Ingat tu."
Pandangan matanya tepat ke dalam anak mataku.
Wajahnya semakin mendekat. Nafasnya juga jelas kedengaran. Bibir kami hampir bertemu sebelum aku sempat menarik tubuhku kebelakang.
"Erghh maafkan saya Won Bin. Saya tak boleh. Saya mencintai Jong Hoon. Walaupun dia macam tu. Saya tetap cintakan dia. Bukan saya tak nak terima awak. Saya tahu awak memang betul-betul cintakan saya. Tapi saya harap awak faham perasaan saya. Cinta tak boleh dipaksa. Terima kasih sebab selalu ada dengan saya selama ni. Saya betul-betul menghargainya."
Won Bin menampakkan wajah sedih setelah mendengar penjelasanku.
Dia melepaskan keluhan berat.
"Kalau itu yang awak mahukan, saya akur. Tapi saya nak awak tahu yang saya sentiasa ada untuk awak sampai bila-bila."
Kata-kata Won Bin cukup untuk membuatku terharu.
********
Jong Hoon POV
Kehadiran Won Bin secara tiba-tiba itu memeranjatkanku. Hong Ki dan yang lain juga turut terkejut. Wajahnya seolah-olah ingin menghamburkan kemarahan padaku.
"Jong Hoon! Kau tak patut buat macam ni!"
Bergema seluruh bilik latihan itu dengan suara Won Bin.
"Buat apa?"
Aku masih berada di tempat dudukku sambil mengelap gitar elektrik kesayanganku."Buat benda yang kau tak sepatutnya buat. Kau nak aku cakap kat sini ke? Kau nak semua orang tahu perangai sebenar kau?"
Semua mata tertumpu padanya.
"Kau gila! Kau jangan nak mengarut. Korang jangan fikir bukan-bukan."
Aku bingkas bangun keluar dari bilik latihan.
Won Bin menarik kolar bajuku memaksa untuk mengikutinya ke pantry. Hanya kami berdua saja yang berada di dalam ruangan yang agak tertutup ini.
"Lepaslah! Apa main tarik-tarik ni."
Aku menepis tangan Won Bin yang melekat pada kolar bajuku.
"Kau ni kan Jong Hoon! Aku tak tahu la kenapa dengan kau ni. Hari tu kau sendiri yang cakap dengan aku, jangan menyimpan harap dengan Hyun Mi. Tapi apa yang kau dah buat? Kau tahu tak yang kau sendiri buat aku menyimpan harapan selama ni! Bila kau buat Hyun Mi sedih, aku tak sanggup tengok dia menitiskan air mata dia. Aku cuma nak dia gembira. Rasa bahagia. Takkan itu pun kau tak boleh buat. Kau cuma tahu...."
Belum habis lagi Won Bin melepaskan kemarahan, aku sudah mencelah."Aku buat apa? Hyun Mi tak ada cakap apa pun dengan aku. Aku dengan dia elok je. Kau je yang perasaan sangat ni. Benda tak ada apa, kau pula yang lebih-lebih."
Aku menolak Won Bin ke tepi untuk keluar dari pantry tetapi Won Bin cepat menyentap lenganku.
"Kau tak faham apa yang terbuku dalam hati Hyun Mi. Belajar faham hati perempuan sebelum sibuk bercinta. Itu je aku nak cakap. Ingat, aku akan rampas Hyun Mi dari kau bila-bila masa je kalau kau terus dengan sikap kau yang macam ni. Walaupun kau dengan aku memang berkawan baik selama ni. Dia ada hati perasaan. Dia tahu erti cemburu. Hati perempuan ni lembut dan mudah rapuh. Kita kena jaga dan sentuh dengan sebaik mungkin. Sekali kau buat silap, hancur hati dia nanti. Jangan sampai satu hari nanti Hyun Mi kenal erti putus asa. Hargai dia sebelum terlambat."
Pegangan di lenganku dilepaskan.
Won Bin keluar meninggalkan aku yang masih lagi berfikir. Berfikir tentang kesalahan yang telah aku lakukan tanpa aku sendiri sedari. Apa yang telah aku lakukan sehingga Hyun Mi hampir putus asa terhadapku? Marahkah dia tentang hal tempoh hari? Gara-gara Eun Byul? Jika benar, aku perlu hilangkan salah faham ini. Secepat mungkin. Ya, secepat mungkin. Sebelum aku ke Jepun untuk promosi album terbaru Satisfaction ni. Aku cuma ada beberapa hari saja lagi. Pantas aku berlari ke bilik latihan semula. Mencari-cari telefon bimbitku.
"Kau cari apa?"
Tanya Hong Ki.
"Handphone aku. Kau nampak tak?"
Balasku.
Masih lagi mencari serata bilik.
"Tak perasan pula. Kau letak mana?"
Hong Ki turut membantu mencari.
"Entah, aku tak ingat."
Ketika itu juga deringan telefon bimbitku kedengaran.
"Haa, kat sini la hyung."
Ujar Min Hwan sambil menunjukkan telefon bimbitku.
Dia mendail nombor telefonku untuk mencari dengan lebih mudah. Bagaimanalah aku boleh tak terfikir. Haishh aku ni.
"Oh terima kasih Minari-ah!"
Ucapku seraya mengambil telefon bimbit yang dihulurnya.
"Heee sama-sama."
Balas Min Hwan lalu kembali duduk di tempat duduk drummer yang sememangnya miliknya.
Pantas aku menyentuh skrin telefon bimbitku untuk menghubungi Hyun Mi. Kaki dilangkahkan keluar dari bilik latihan kerana suasana yang bising itu boleh mengganggu perbualan kami nanti.
Talian disambungkan.
"Yeoboseyo, Hyun Mi-ah."
********
September 2011
Author POV
Musim panas telah pun berakhir. Dedaunan yang segar melekat pada reranting pohon kian gugur menyembah bumi. Musim luruh kini tiba. Won Bin masih lagi berada di Jepun. Jong Hoon pula sedang sibuk menggubah dan menyusun semula lagu dan lirik untuk album terbaru mereka yang bakal dilancarkan bulan hadapan. Hyun Mi pula sudah bekerja di salah sebuah perusahaan swasta.
Telah sembilan bulan lamanya Won Bin ke Jepun. Walaupun begitu Hyun Mi sering berhubung dengannya melalui internet. Mereka sering berkongsi cerita setiap kali berhubung. Baginya, Won Bin adalah teman istimewa yang sentiasa memberikan semangat dan senyuman dalam hidupnya. Manakala Jong Hoon pula adalah insan yang dicintai setulus hati walaupun dirinya sering terluka akan sikap Jong Hoon yang kurang memahami hati wanita.
Hyun Mi POV
Letih seharian di pejabat masih belum hilang tapi aku telah diberi tugas baru. Seluruh keluargaku akan pergi bercuti. Malang sungguh nasib apabila sudah bekerja. Hendak memohon cuti pun agak payah. Mahu tak mahu, terpaksa aku membawa pulang segala kerja di pejabat ke rumah. Kerjanya tidaklah sesukar mana. Sekadar menyemak dan mengisi maklumat bagi segala barang dan perhiasan antik serta peninggalan bersejarah ke dalam senarai data yang disediakan sahaja. Itulah tugasku, menghadap skrin komputer hampir sepanjang hari. Jika tidak menghadap skrin, aku perlu menghadap segala barang dan perhiasan antik itu.
Sedang aku asyik menekan-nekan papan kekunci pada komputer riba milikku, telefon bimbit berdering menandakan pesanan tiba.
1 New Message
Aku mencapai telefon bimbit lalu segera membaca message tersebut.
'Sayang, buat apa je tu? Awak tengah sibuk ke? Jangan lupa hujung minggu ni ya. Saya tunggu awak kat sana ^^ Jumpa nanti.'
Tersenyum aku membaca message tersebut.
Jari pantas membalas sebelum aku menyambung kembali segala kerjaku.
*******
Akhirnya segala kerja aku telah pun siap. Bolehlah aku memohon cuti untuk hari esok. Dapat satu hari extra untuk berehat sebelum berjumpa kekasih hati lusa nanti.
Kringg..Kringgg..krinnggg..
Aku mengeluarkan telefon bimbit dari tas tangan lalu melekapkannya ke telingaku.
Suara lelaki yang cukup dirindui kedengaran di hujung talian.
"Yeoboseyo. Ya Won Bin. Kat mana tu?"
Tanyaku.
"Saya dah sampai Korea dah ni. Saja call nak bagitahu awak."
Balas Won Bin.
"Betul ke ni? Aaaaaaaaaa tak sabar nak jumpa awak. Lama kita tak jumpa. Rindu tau tak!"
Terjerit aku ketika itu.
"Betullah, buat apa nak tipu. Saya kat airport lagi ni. Nanti saya call lagi ya."
Ujar Won Bin.
"Okay okay okay. Tak sabar nak jumpa awak! Bye."
Talian dimatikan.
Aku melangkah kegirangan melangkah masuk ke pasaraya. Banyak barang yang perlu dibeli untuk perkelahan kami hujung minggu nanti. Serba ringkas sahaja sudah cukup. Aku akan menyediakan kimbap. Tentunya makanan kegemaran aku dan juga dia.
********
Hujung minggu telah tiba. Aku mengisi segala kimbap yang telah disediakan pagi tadi ke dalam bekas makanan. Hati berbunga-bunga semenjak bangun dari tidur. Aku melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri sebelum bertemu pujaan hati. Pancuran air yang menyentuh umbun kepalaku amat menyegarkan. Aku memilih dress separas lutut untuk dipakai. Bedak padat ditepuk ke seluruh muka. Bibir dicalitkan dengan pengilat bibir supaya tampak lebih menyerlah.
Aku akan memandu sendiri ke tempat yang kami janjikan. Teringat pula ketika aku, Jong Hoon dan juga Won Bin berkelah bersama di situ beberapa tahun yang lalu, Waktu itu kami masih dalam usia remaja. Tapi kali ini kami hanya berdua. Hanya aku dan dia. Insan yang memberikan aku erti kebahagiaan hidup.
Aku meletakkan kenderaan di bawah pohonan rendang. Melangkah menuju ke arah lelaki yang setia menungguku. Gitar disisi menjadi penemannya. Melihat aku yang sedang melangkah, dia melambaikan tangannya sambil memberikan senyuman mekar.
"Dah lama ke awak tunggu saya?"
Aku bertanya.
"Tak lama pun. Untuk awak, bertahun lamanya pun saya sanggup tunggu."
Dia mengusikku.
"Eleh, yalah tu."
Tertawa kecil aku mendengarnya.
"Betul apa. Kalau tak, takkan kita boleh bersama selepas beberapa tahun berlalu. Kira saya sanggup tunggu awak bertahun la kan."
Balasnya.
"Betul juga tu."
Aku mencubit kedua-dua belah pipinya.
Menghilangkan rindu untuk seketika.
"Dah duduk sini. Awak bawa apa tu?"
Dia memintaku untuk duduk di sebelahnya.
Sungguh rapi persediaannya. Dia menyiapkan segala peralatan yang perlu untuk berkelah. Makanan, minuman, alas tempat duduk kami, gitar, papan lukisan serta alatan melukis dan juga kamera. Terharu aku melihatnya.
"Saya buatkan kimbap je."
Kataku lalu menghulurkan bekas makanan kepadanya.
Dia laju membuka bekas makanan tersebut lalu menyuap sepotong ke dalam mulutnya.
"Ermmm sedap!"
Dia menunjukkan ibu jari padaku.
Sungguh comel aksi itu. Aku mencapai kamera lalu menangkap beberapa keping gambar. Seronok benar dia menikmati kimbap buatanku itu.
"Dah dah, tak payah nak ambil gambar sangat. Bak sini kamera tu."
Kamera pada tanganku dirampas.
"Biar saya ambil gambar awak pula. Cepat posing maut."
Dia menyuruhku bergaya seperti model pula.
Malas hendak melayan kerenahnya itu. Aku hanya memuncungkan bibir lalu menggelengkan kepala. Tanpa disedari, dia mengucup dahiku secara curi-curi.
"Eh apa ni, tak malu eh cium cium cium ni."
Gurauku.
"Biarlah. Kan girlfriend saya juga. Bukan orang lain pun."
Katanya seraya mengeluarkan lidah.
Aku pun apa lagi, habis seluruh badannya digeletek kerana dia memang agak sensitif jika ada yang menggeletek tubuhnya. Kerana tidak tahan kegelian, dia memelukku dengan erat dan membawaku ke dalam dakapannya.
"Dah dah. Jangan. Gelilah. Tak tahan."
Rambutku dielus manja.
"Hyun Mi, thanks for loving me and give me this opportunity for showing my love for you. I love you with all of my heart. Since then and ever."
Kembang hatiku mendengar kata-katanya.
Aku merenung ke dalam anak matanya. Keikhlasan jelas terpancar.
"Me too. I love you more than I love myself."
Ucapku ikhlas.
Jernihan terbit dari matanya. Menangiskah dia? Pelukan semakin dieratkan. Umbun kepalaku dikucup. Kenapa tiba-tiba perasaan ini tersentuh?
"Saya ada sediakan sesuatu istimewa untuk awak."
Ujarnya lalu meleraikan pelukan.
Gitar dicapai lalu didekatkan pada tubuhnya.
"Lagu ni untuk awak, dah lama saya buat lagu ni. Lama saya pendam. And now, I am going to confess."
Aku hanya melihat apa yang ingin dia tunjukkan.
Gitar akustik itu digesek. Alunan irama merdu berkumandang. Mulutnya turut menyanyi seiring dengan muzik yang dihasilkan.
I now confess my heart to you. Only the heaven knows my heart.I feel tears coming out, at the thought of telling you my truth that I’ve kept so preciously.All the memories pass by me.Today wouldn’t be here if it wasn’t for you.
The day we first met, I was awkward and young. The times you waited for me just because I told you to trust me.
At times, I hurt you with my mistakes. But you never once blamed me, and gave me strength smiling, ‘it’s okay. it’s okay.’ Whenever I made you upset saying I’m busy, you could have blamed me. But you believed in me, saying ‘don’t worry. don’t worry.’
I selfishly hope that your heart will be the same forever. I will try my best everyday for you.
I’ll remember all the memories we made, the times we cried and laughed, I’ll remember them even at the moment I die.
Have I told you before? I love you. I love you, I love you,
There is no other word to say it other than those common words
I say it again. I love you.
Please never forget my heartful confession today. I love you.
"Lagu ni saya dah lama gubah. Lirik tu pula luahan hati saya selama ni. Terima kasih kerana menerima saya Hyun Mi."
Ujarnya menamatkan lagu tersebut.
Hatiku menangis, terharu dengan apa yang baru didengari.
"Saya sentiasa menyayangi awak, Jong Hoon. Terima kasih juga sebab mencintai saya."
Jong Hoon merangkul pinggangku sebelum menghinggapkan ciuman di dahi.
"Janji dengan saya jangan gatal dengan perempuan lain tau!"
Aku mengusiknya.
"Ada awak ni dah cukup dah. Saya tak mungkin pandang perempuan lain. Hampir sepuluh tahun hanya awak satu-satunya yang bertakhta di hati saya."
Tersenyum aku mendengarnya.
"Awak tak boleh lari lagi tau. Saya dah kunci awak dalam hati saya, duduk diam-diam kat situ okay."
Tambah Jong Hoon lalu mengemaskan lagi pelukannya.
Berbulan lamanya aku bersama Jong Hoon, dan aku benar-benar bahagia bersamanya. Jika mampu, ingin saja aku menghentikan waktu ketika ini. Hidup bersamanya dalam dunia yang hanya dimiliki kami berdua. Walaupun dia adalah seorang artis dan aku hanya orang biasa, kami tetap bahagia bersama. Biarlah aku terpaksa bercinta secara rahsia, asalkan kebahagiaan aku tidak direnggut oleh wanita lain. Suatu hari nanti pastinya Jong Hoon akan membawaku secara terang-terangan. Itu aku pasti. Aku yakin dengan cinta kami.
----------------------------------------------TAMAT-----------------------------------------------
[UPDATE] Special one-shot untuk fanfic ni dah publish dah pun. Boleh baca dekat >sini< Terima kasih daun keladi ☺
8 comments:
Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa bessssssssssssssttttttt
ff nanaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! ~ HAHA
@Nana L.Joe - thanks ♥ nyahaha :D nnti unnie start FF nana . unnie na lepaskan one shot dlu ><
AAAAAAAAAAAAAAAAA UNNIE AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA DAH HABIS KE TT_____________TT HAPPY ENDINGGGGG ;'D AAAAAAAAAAAAAAAAAAAA ;3 best best best best ;3
@wanawoohyunie - da habis dah . HAHA :D thanks for reading ><
baca lepas balik holiday ><" okay tak sabar jaejin punye turn !
@Anishiya - perlu ke bagitahu psal holiday tuh . puipui !
;AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA; Dah habis baca. Tepat pukul 1:18 habis baca untuk kali kedua ;_; Bestnya Unieeeeeeeeeee T^^T
@Na'na Jaehyo's - whooaaa :O nana bace lagi ke ? thanks a lot sbb sudi baca :')
Post a Comment