WATAK UTAMA
Choi Jong Hoon
Jang Hyun Mi
WATAK TAMBAHAN
Oh Won Bin
Babak sebelum ini >Ikrar Cinta<
Januari 2011
Seoul, Korea.
Won Bin POV
Hampir seharian aku mengabdikan diri di studio. Banyak perkara yang harus diselesaikan sebelum aku ke Jepun. Lebih setahun aku tidak bersama FT Island, pelbagai rancangan telah disusun untukku. Aku memandang sekilas jam di pergelangan tanganku. Jarum minit merangkak menghampiri angka enam. Jarum yang pendek pula berada di tengah antara angka sepuluh dan juga sebelas. Sudah hampir tengah malam. Lama aku tidak berjumpa dengan Hyun Mi gara-gara kesibukkan yang berpanjangan. Aku menyeluk kocek seluarku. Telefon bimbit dikeluarkan. Jari pantas menaip sesuatu pada skrin.
'Awak dah tidur ke?'
Mesej segera dihantar kepada Hyun Mi.
Dua minit kemudian.
'Baru lepas cuci muka. Kenapa?'
Kasihan Hyun Mi, pasti dia bersendiri sementara aku sedang sibuk dengan promosi single terbaru dan juga persiapan untuk debut di Jepun.
'Esok kita keluar nak. Saya cuti esok.'
Aku membalas mesej tersebut.
Harapanku untuk menebus waktu yg telah banyak diisi tanpa Hyun Mi. Tapi lain pula jawapan yang aku dapat.
Hampa.
'Saya ada hal penting nak bagitahu awak. Tapi bukan esok. Esok saya ada panggilan temuduga.'
Aku melepaskan keluhan berat.
Hal penting apa yang hendak diberitahu oleh Hyun Mi? Aku berjalan sambil memandang jubin yang terlekat pada lantai.
Bukkk
Tubuhku terlanggar seseorang.
"Eh, Jong Hoon. Sorry, aku tak perasan tadi."
Dia sedang menaip sesuatu pada telefon bimbitnya ketika itu.
"Tak apa, aku pun salah juga sebab tak tengok depan tadi."
Jelasnya.
"Baru habis latihan ke?"
Tanyaku.
Dia mengangguk.
"Kau pula?"
Soalnya.
"Samalah. Aku nak balik dah pun. Aku gerak dulu ya."
Kakiku meneruskan langkah untuk pulang.
"Kejap. Aku ada benda sikit nak cakap. Penting ni."
Ujar Jong Hoon.
Aku segera menoleh.
"Hal apa? Cakap kat sini je la."
Balasku.
"Pasal Hyun Mi. Dia dah ingat dah aku siapa."
Tersentak aku mendengar butir yang keluar dari mulut Jong Hoon.
"Baguslah kalau dia dah ingat kau."
Acuh tak acuh sahaja jawapanku.
Cemburu mungkin.
"Aku dengan dia dah buat keputusan untuk bersama. Cuma mungkin dia belum bagitahu kau hal ni. Aku harap kau boleh lepaskan Hyun Mi. Mungkin permintaan aku agak kejam. Tapi tak ada gunanya kau memaksa dia untuk mencintai kau."
Permintaan Jong Hoon sungguh kejam.
Hanya kerana Hyun Mi sudah mengingatinya, dia dengan mudah menyuruh aku melepaskan Hyun Mi. Habis, apa yang dia lakukan selama ini tak pernah pula dia fikir.
"Aku tahu apa yang aku patut buat. Nanti aku selesaikan sendiri dengan Hyun Mi."
Jawapan itu membuatkan Jong Hoon menyentap lenganku.
"Aku tahu selama ni aku banyak buat silap. Tapi aku takkan ulang lagi kesilapan yang sama dengan membiarkan Hyun Mi hilang dari hidup aku."
Mukanya merah.
Menahan kesabaran agaknya.
"Tenang. Aku kenal kau bukan baru sehari dua. Kalau dah memang Hyun Mi sayangkan kau, dia takkan lari. Kau jangan risau. Tahulah aku macam mana nak selesaikannya."
Aku menenangkan Jong Hoon.
"Apa yang belum selesai? Antara kau dengan dia tak ada apa-apa pun kan."
Dia masih bernada marah.
"Memang la tak ada apa-apa. Tapi kalau ada pun apa salahnya. Aku dengan Hyun Mi tak memerlukan persetujuan dari kau mahupun sesiapa untuk bersama. Itu antara aku dan dia. Tahulah aku nak selesaikan semua ni nanti. Itupun dengan dia. Tanpa kau."
Apa yang terbit dari mulutku amat menyakitkan hati Jong Hoon.
Aku amat yakin. Mukanya merah padam. Adakah aku terlalu berlebihan? Aku tahu dari mula bahawa Hyun Mi bukan milikku. Tapi tidak salah jika ingin mencuba. Mata Jong Hoon tidak lepas dari memandang wajahku. Cuak juga melihatnya. Dia kalau naik angin nanti memang boleh terbang segala yang ada ni.
"Kau jangan risau. Hyun Mi akan tetap dengan kau kalau dia betul sayang kau. Kenapa? Kau takut ke dia lari kat aku? Kau tak yakin dengan diri sendiri?"
Tambahku lagi.
Jong Hoon menolakku. Tubuhku terdorong ke belakang.
"Lantak kau la nak cakap apa!"
Kata Jong Hoon sebelum berlalu pergi.********
Hyun Mi POV
Sudah lebih seminggu aku dan Jong Hoon mengalami perasaan berkasih seperti pasangan kekasih yang lain. Tapi seminggu itu jugalah hubungan kami dirahsiakan. Untuk mengelak dari peminat katanya. Mungkin jika hal mengenai Jong Hoon bercinta dengan orang biasa diketahui umum, aku akan menjadi bahan cemuhan. Itu dah jadi lumrah alam jika mana-mana artis bercinta dengan orang biasa. Aku masih tidak faham dengan pemikiran mereka. Salah ke jika artis ingin bercinta dengan orang biasa? Bukankah mereka juga pernah menjadi orang biasa? Biarlah mereka dengan pemikiran sempit tu.
"Awak nak ke mana hari ni?"
Suara Jong Hoon menarikku kembali ke alam nyata.
Aku menoleh ke arahnya yang sedang duduk di seat pemandu. Seperti biasa dia akan mengenakan outfit yang pelik. Scarf yang hampir menutup seluruh mukanya, kacamata yang berbingkai besar, segalanya hanya untuk menyembunyikan identitinya. Inilah dugaanku jika berkasih dengan artis yang dikenali ramai.
"Saya tak kisah. Pergi je mana-mana yang awak nak. Asalkan tak ramai orang. Nanti jadi perhatian susah pula. Hehehe."
Balasku.
"Kita pergi tengok movie nak?"
Cadang Jong Hoon.
"Boleh boleh boleh. Saya ikut je. Cerita apa?"
Tanyaku.
Jong Hoon memulakan pemanduannya.
"Kita tengok cerita seram. Horror movie kan best best sekarang ni. Ke nak tengok cerita yang romantik?"
Matanya tertumpu pada arah hadapan.
"Horror movie! Dah lama tak tengok cerita seram."
Aku memberikan cadangan.
Dia mengangguk.
"Okay jom."
Tangannya sempat mencubit pipiku.
********
Oleh kerana panggung wayang merupakan tempat yang sedikit gelap, aku berasa selesa dengan Jong Hoon. Itu kerana kami tidak perlu memerhatikan sekeliling sama ada peminat mengambil gambar dan sebagainya. Hampir dua jam aku bebas bersama Jong Hoon di khalayak ramai. Merasai nikmat bercinta seperti pasangan kekasih yang lain. Berkongsi pop corn, menyedut minuman dari bekas minuman yang sama. Semua itu perkara indah bagiku. Walaupun hanya untuk beberapa jam sahaja, aku puas mendakap detik itu.
"Jong Hoon, cerita dah habis ni. Jom la."
Aku mengajak Jong Hoon keluar dari panggung tersebut.
Jong Hoon menarikku yang sedang berdiri. Terduduk di situ.
"Sabar la sayang. Tunggu orang lain keluar dulu. Nanti ada yang perasan pula."
Ujar Jong Hoon.
Oh aku lupa lagi. Sekali lagi kami perlu sentiasa berhati-hati.
"Okay."
Balasku.
Jong Hoon sentiasa berhati-hati dengan pergerakannya. Takut benar jika ada yang tahu tentang hubungan kami. Kadang-kala aku berasa kurang selesa dengan tidak-tanduknya itu. Gayanya seperti membuat kesalahan jenayah yang berat. Dia memimpin tanganku untuk keluar dari panggung. Kami berjalan merentasi kaunter tiket. Ketika itu juga telefon bimbitnya berbunyi.
Kriinggg..kringgg...kriiinggg..
Dia gopoh menyeluk kocek seluarnya. Entah bagaimana telefon bimbit Jong Hoon boleh terjatuh pula. Kerana kegopohannya mungkin. Pantas dia membongkokkan sedikit badannya untuk menggapai telefon bimbit di atas lantai. Kecuaiannya juga menyebabkan scarf yang melilit longgar pada lehernya jatuh ketika itu. Dia lebih memilih telefon bimbit berbanding scarf. Di saat dia berdiri kusyuk memerhatikan telefon bimbitnya,
"Jong Hoon, Jong Hoon."
Suara yang entah dari mana menyerbu gegendang telingaku.
Serta-merta tempatku berdiri menjadi tumpuan ramai. Tangan yang dipimpin sedari tadi dilepaskan. Dalam masa tidak sampai seminit, aku sudah terhimpit jauh daripada Jong Hoon. Scarf yang berada di atas lantai ku kutip. Berjalan sendirian ke arah tempat meletak kenderaan. Nasib badanlah couple dengan artis. Aku sendiri yang pilih bukan paksaan pun. Sampai ke tempat letak kereta, aku menyandar pada belakang kereta sementara menunggu Jong Hoon.
Twitt..twiittt...
Kereta yang disandar berbunyi.
Kuncinya dibuka. Aku menoleh sekeliling. Kelihatan Jong Hoon sedang berlari meluru ke arahku.
"Cepat masuk kereta!"
Teriak Jong Hoon.Segera aku memuatkan diri ke dalam kereta. Jong Hoon berlari membuka pintu kereta di tempat pemandu lalu menghidupkan enjin. Kami beredar meninggalkan kawasan itu. Nafas Jong Hoon tercungap-cungap. Kasihan pula aku melihat dirinya yang melarikan diri dari peminat.
"Nah minum ni. Kesian awak kena serbu."
Aku menghulurkan sebotol mineral padanya.
Sudah menjadi kebiasaanku menyimpan sebotol mineral di dalam tas tangan.
"Mianhae (maaf). Awak pula jadi mangsa. Kesian awak. Kena lari-lari apa semua."
Dia meminta maaf.
"Tak apalah. Lama-lama nanti saya biasalah tu."
Jawabku menghulurkan senyuman.
Telefon bimbit Jong Hoon berdering lagi. Dia melihat skrin sebelum melekapkannya ke telinga. Kereta diberhentikan di bahu jalan. Aku hanya menjadi pemerhati.
"Eun Byul, awak okey tak? Kenapa ni? Ada masalah ke?"
Telingaku menangkap nama yang disebutkan.
Eun Byul?
Bukan ke perempuan itu yang menjadi pasangan Jong Hoon dalam sebuah rancangan hiburan beberapa tahun lalu. Mereka masih berhubung ke? Habis apa ertinya aku?
"Awak tenang dulu. Tarik nafas dalam-dalam. Lepas tu baru cerita. Saya tak faham kalau awak cerita sambil menangis macam ni."
Aku sekadar menjeling.
Eun Byul tu teman wanita dia ke? Bukan main lagi lembut lidah tu.
"Sekarang awak dekat mana?"
Jong Hoon boleh berbual panjang pula.
Apa yang perempuan tu nak dari teman lelaki aku sampai telefon malam-malam macam ni.
"Okay, awak tunggu. Kejap lagi saya sampai."
Jong Hoon mematikan panggilannya.
Aku memuncungkan mulutku. Tangan pula disilangkan memeluk tubuh. Jong Hoon tidak mempedulikanku malah meneruskan perjalanan yang aku sendiri tidak tahu hala tujunya.
"Awak, kejap ya. Kawan saya ada masalah sikit."
Ujar Jong Hoon setelah hampir sepuluh minit kami membisu.
Di wajahnya jelas terpancar kegelisahan. Pasti dia merisaukan perempuan itu.
"Kawan la sangat."
Entah mengapa itu pula yang keluar dari mulutku.
Jong Hoon memandangku.
"Kenapa awak cakap macam tu? Awak tak percaya dengan saya ke?"
Dia bertanya.
"Bukan soal percaya ke tak. Ingat saya tak tahu ke siapa perempuan tu."Aku mempertikaikan kesetiaannya.
"Apa awak mengarut ni Hyun Mi?"
Sekali lagi kereta diberhentikan di bahu jalan."Perempuan apanya ni?"
Dia bertanya dengan nada yang sedikit tinggi.
Aku membatu. Pandangan dilontarkan ke luar tingkap kereta.
"Hyun Mi, apa maksud awak ni?"
Nadanya kembali perlahan.
Dia menarikku supaya melihatnya.
"Perempuan tu yang dalam M!Net tu kan. Ingat saya tak tahu ke. Tak sangka pula awak still contact dengan dia. Entah apa simpan perasaan agaknya."
Hantu apa yang merasuk aku untuk berkata sedemikian pun aku tak tahu.
Jong Hoon POV
Apa yang dikatakan oleh Hyun Mi memeranjatkanku. Dia tahu ke tentang Eun Byul? Bukankah dia di Itali ketika itu? Dari mana dia mengetahui hal rancangan tersebut?
"Hyun Mi, nampak sangat awak tak percayakan saya."
Balasku.
"Awak yang buat saya tak percaya!"
Hyun Mi menjerit dalam tangisannya.
Bila pula jernihan itu muncul di matanya pun aku tak tahu. Aku menyeka airmata Hyun Mi.
"Dah dah. Biar saya hantar awak balik. Dah jangan nangis lagi."
Serba-salah aku melihat air mata yang jatuh itu. Hyun Mi menepis tanganku. Dia betul-betul marah agaknya. Apa yang aku patut lakukan ni? Aku ke yang bersalah? Hyun Mi memusingkan badannya membelakangiku. Mungkin dia benar-benar merajuk.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Klik untuk ke babak terakhir >Cinta Memang Milik Kita<
2 comments:
*nak klik*
@wanawoohyunie - klik lha syg ><
Post a Comment