AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

Untouchable Memory : Babak 2 | Drama Swasta


Babak sebelum ini >Perkenalan Tidak Diduga<

Jaejin POV
Aku mengetuk jejariku pada permukaan meja. Skrin telefon bimbit dipandang sekilas. Betul ke wartawan tu nak datang? Kenapa dia tak muncul lagi ni. Mentang-mentang aku tak popular, nak tak nak je dia ni. Macam-macam yang terlintas dalam fikiranku ketika ini.
"Ehemmm..."
Aku menoleh.
Eh perempuan itu. Macam pernah aku lihat wajahnya itu.
"Ya, ada apa?"
Tanyaku pada pemilik wajah peranakan itu.
Dia menghulurkan sekeping kad padaku.
"Saya Kim Nana, wartawan yang menggantikan Shim Jojo untuk wawancara encik hari ini."
Kad itu aku tenung seketika.
Baru aku teringat, dia yang melanggar bahagian belakang keretaku tadi.
"Tak perlu berencik-encik dengan saya. Panggil saja Jaejin, Lee Jaejin."
Aku memberikan senyuman semanis mungkin.
Perempuan itu duduk di hadapanku.
"Dah lama ke tunggu saya ni? Maaflah. Saya tak tahu encik yang patut saya wawancara tu."
Tanya wartawan itu.
"Kan saya dah kata, tak perlu berencik, lagipun saya bukannya tua sangat pun."
Aku tertawa kecil di hujung ayatku.
"Baiklah, Jaejin. Dan awak boleh panggil saya Nana."
Dia membalas.
"Okay, Nana. Kita boleh mula sekarang."
Ucapku.
"Eh, kejap. By the way, sorry for the things that happened earlier. Saya memang tak sengaja. Nanti saya akan bayar ganti rugi. Don't worry."
Ada kerisauan di wajahnya.
"Oh, it's okay. I don't mind. Saya boleh claim insurance je tu."
Balasku.
"Tak, saya yang salah. Jadi saya yang akan ganti. Saya tak suka berhutang dengan sesiapa. Ini memang habit saya."
Ujarnya.
"Baiklah kalau dah itu yang awak nak. Tapi bukan saya yang paksa awak bayar ya."
Kataku sambil tersenyum.
" Okay, nanti saya akan call awak untuk uruskan hal ganti rugi tu. Now, may I proceed with our interview please?"
Pinta perempuan itu.
"Haa boleh boleh."
Jawabku.

Author POV
Mereka meneruskan sesi wawancara tersebut selama hampir dua jam. Nana dan juga Jaejin kelihatan senang bergaul sesama mereka kerana jurang perbezaan usia yang tidak terlalu jauh. 
"Okay Jaejin, thanks for everything. Senang dapat bekerjasama dengan awak. Harap dapat bekerjasama lagi next time. Tapi mungkin tak, sebab ni bukan bidang saya. Saya lebih kepada cerita-cerita hiburan. But still, saya senang dengan awak. Terima kasih sebab biar kerja saya berjalan lancar."
Ujar Nana.
"Oh, tak apa. Memang tugas saya pun. Awak sudi mewawancara saya ni pun dah kira bernasib baik. Kalau ada jodoh, bolehlah jumpa lagi. Manalah tahu kalau-kalau saya jadi artis satu hari nanti, mesti ada jodoh tu kan."
Balas Jaejin.
Mereka tertawa serentak. Jaejin menghulurkan tangan. Nana menyambut huluran itu. Perbualan mereka tamat di situ dan Nana meminta izin untuk berlalu pergi. 

********

Sebulan telah pun berlalu. Nana dan Jaejin tidak pernah berhubung antara satu sama lain semenjak hari pertemuan mereka. Untuk apa mereka menghubungi sesama mereka jika tiada alasan yang kukuh. Mereka juga lebih banyak menghabiskan masa untuk kerja mereka sendiri. Nana sibuk dengan artikel dan penulisannya. Mencari bahan untuk ditulis ke sana ke mari. Jaejin pula banyak meluangkan masa untuk melihat pelbagai jenis bangunan yang ada di seluruh Seoul untuk mencari ilham bagi lakaran pelan projeknya yang akan datang.
Baginya, projek itu adalah segala-galanya. Dia tidak mahu gagal dan hanya mengharapkan kejayaan. Projek kali ini lebih besar berbanding projek pelan binaan muzium sebelum ini. Dia harus berjaya menghasilkan pelan terbaik untuk projek akan datang. Pesaingnya juga merupakan para arkitek yang bukan calang-calang orangnya. Jaejin menyelak sehelai demi sehelai contoh pelan perumahan berunsur country itu sebagai contoh. Dia perlu menghasilkan pelan bagi salah sebuah penginapan yang akan dibuka di Pulau Jeju, salah sebuah pulau peranginan terkemuka di Korea. Dia bakal bersaing dengan beberapa arkitek professional yang lain.
Tokk..Tokkk...
Seunghyun menjengahkan kepalanya setelah membuka sedikit pintu bilik pejabat Jaejin.
"Dah pukul tujuh dah ni. Sampai ke malam kau ni bekerja. Cukup-cukuplah kerja tu. Jangan lupa malam ni ada reunion dengan ex-classmates kita dulu tu."
Ucap Seunghyun.
Jaejin memandangnya lalu berfikir sejenak.
"Malam ni ke? Sumpah aku tak ingat! Kau boleh tak ingatkan aku pula."
Jawab Jaejin.
Dia menepuk dahinya.
"Ni aku ingatkan la ni kan. Kau tu tak ingat benda lain pun selain daripada kerja kerja kerja. Dah dah, cepat balik siap-siap. Pukul lapan setengah tau. Aku malas nak ingatkan kau. Ingat, kau wajib datang! Nanti apa pula Byunghun dengan Sungjong tu cakap. Dah la kita empat orang dulu rapat. Jangan tak datang tau! Aku balik dulu."
Balas Seunghyun.
"Kau ni kuat berleter macam makcik-makcik kau tahu tak. Aku tahulah nak datang. Kau balik la dulu. Kejap lagi aku balik terus aku pergi sana."
Jaejin menjawab.
Seunghyun menggelengkan kepalanya lalu masuk ke dalam ruang bilik itu.
"Dah la. Cukup kerja tu. Tak lari pun. Dah jom balik sekarang. Kau ni bukan boleh percaya. Nanti leka, lepas tu sedar-sedar dah pukul sebelas dua belas. Dah dah jom."
Ucap Seunghyun lalu menarik Jaejin untuk bangun dar tempat duduknya.
"Eh, kau ingat aku budak kecil ke main tarik-tarik. Okay okay, aku balik sekarang. Biar aku kemas meja ni dulu."
Jaejin menunjukkan mejanya yang pernuh dengan helaian kertas lakaran.
"Okay, lepas kemas tu terus balik tukar baju siap apa semua. Tak payah nak lengah-lengah lagi."
Arah Seunghyun.
"Aku tahu la. Dah macam girlfriend aku la pula kau ni. Macam ni aku tak payah la susah-susah nak ada girlfriend. Ada kau pun dah cukup. Hahahaa."
Spontan ketawanya terburai. 
Seunghyun mengecilkan matanya lalu meninggalkan Jaejin di dalam bilik itu manakala Jaejin pula sibuk mengemas segala kertas yang ada sebelum beredar meninggalkan pejabatnya.

********

Kedengaran suara riuh-rendah memenuhi segenap ruang restoran itu. Lapan orang pemuda yang telah lama tidak bersua muka bukan main lagi bergembira berkongsi pelbagai cerita.
"Ni haa kawan kita dah jadi terkenal!"
Ucap Byunghun.
Majalah Korean Updates yang dibawanya itu diletakkan di atas meja. Halaman yang memuatkan artikel mengenai Jaejin beserta gambarnya ditunjuk-tunjuk Byunghun.
"Memanglah, tu yang sampai tak ada masa nak jumpa kita semua. Arkitek muda berjayalah katakan."
Tambah Sungjong pula.
"Tak adalah macam tu. Aku dapat interview ni pun sebab berjaya dapat projek untuk muzium tu. Bukan jadi artis pun. Setakat dua tiga muka surat punya cerita. Lainlah kau tu, dah lama jadi model. Bertahun pula tu kekal jadi model. Mentang-mentang muka nampak muda. Pendek-pendek pun boleh jadi model. Hahahaaa."
Balas Jaejin.
Mereka semua tertawa serentak.
"Pendek-pendek tu jangan sebutlah. Kau tu pun bukan tinggi mana. Yang penting aku ni ramai orang nak. Hahaa. Kau tengok berapa ramai artis sekarang yang pendek-pendek. Orang pendek pun boleh berjaya la!"
Byunghun cuba mempertahankan dirinya.
"Cukup cukup cukup. Aku tahu aku paling tinggi kat sini. Hahahaha. Tak payah nak gaduh pasal tinggi. Sebab memang secara terang-terangan aku menang dalam kategori tinggi. Kau tu Byunghun. Kau dengan Woohyun tu tentu-tentu kalah dah. Sungjong dengan Jaejin ni boleh kira setengah harga lagi sebab lebih kurang je tinggi tu. Hahaha."
Seunghyun cuba untuk mencelah.
"Kenapa nama aku naik ni? Amboi amboi, aku senyap pun kena ke? Tak boleh jadi ni."
Balas Woohyun pula.

Splash.
Gelas yang berisi air dijirus ke muka lelaki yang duduk bertentangan dengan meja mereka.
"Lelaki tak guna! Penipu! Perempuan mana pula ni!"
Jerit Nana.
Jaejin yang sedang sakan bersembang dengan kawan-kawannya memandang ke arah suara perempuan yang lantang itu. Seluruh isi restoran itu turut memandang mereka. Terdengar bunyi beberapa orang seakan-akan berbisik. Tentunya mereka tertanya-tanya perihal lelaki dan perempuan itu.
"Eh, tu model juga tu. Dia satu agensi dengan aku. Apa dia buat kat sini? Macam seronok je tengok kes gaduh macam ni."
Ujar Byunghun.
"Nana!"
Jerit Jaejin.
Kini semua mata tertumpu padanya pula.

Nana POV
Kereta dipandu dengan kelajuan sederhana. Letih sungguh hari ini. Dengan berkejar-kejar untuk menghantar artikel lagi. Tak faham aku dengan sikap Im Hwa Na, Ketua Editor aku yang suka berubah-ubah anginnya. Mula-mula suruh hantar lagi dua hari. Tiba-tiba nak hari ni pula. Nasib baik sempat siap. Kalau tak memang berasap la telinga aku ni. 
Jam pada dashboard kereta dipandang sekilas. Hampir memasuki jam sepuluh malam. Lama betul aku buat overtime hari ni. Semuanya sebab Hwa Na yang banyak songel tu. Geram pula bila ingat nama dia. Nasib baik dia tu Ketua Editor, kalau tak memang dah lama aku cincang dia sampai lumat. Ada kawan baik pun ditinggalkannya aku ni seorang diri kat pejabat tu. Nasib kau la Nana. Aku mendengus sendirian.
Kereta yang dipandu diberhentikan di persimpangan empat kerana lampu isyarat mengarahkanku untuk berbuat sedemikian. Mata menoleh ke kiri kanan mencari sesuatu untuk diperhatikan. Tiba-tiba anak mataku ligat menangkap kelibat sepasang kekasih yang sedang beramah mesra di dalam sebuah restoran yang terletak di hujung simpang itu. Tanpa berlengah lagi, aku terus memandu lalu memberhentikan kereta di bahu jalan berhadapan restoran tersebut setelah lampu isyarat bertukar hijau.
Langkahku laju memasuki restoran tersebut lalu berdiri membatu di depan lelaki yang sedang bermadu kasih dengan seorang perempuan di hadapannya.
"Eh, Nana. Awak buat apa kat sini? Baru balik kerja ke?"
Ujar Myungsoo kalut.
Tangan yang sedang menggenggam tangan kanan perempuan di hadapannya itu dia lepaskan.
"Siapa dia ni?"
Tanyaku bernada perlahan.
"Dia ni err... err... dia... junior saya masa sekolah dulu."
Jawab Myungsoo.
"Bila saya jadi junior awak ni? Siapa pula dia ni?"
Tanya perempuan yang di hadapannya pula.
"Kau diam. Tak payah nak bertanya-tanya kat sini. Baik kau keluar sekarang sebelum aku tarik rambut kau sampai putus."
Aku masih mampu bersabar.
Sakit pula hatiku melihat perempuan itu menarik-narik tangan Myungsoo.
"Sayang, siapa dia ni. Saya takutlah. Dia nak tarik rambut saya sampai putus. Dia ni siapa sayang?"
Makin tergedik-gedik pula perempuan itu.
"Tak apa Nee Hya sayang, saya ada ni."
Ucap Myungsoo lalu menepuk-nepuk tangan perempuan itu seolah-olah memujuk.
Menggelegak darah dalam seluruh tubuhku. Tangan lantas mencapai gelas yang berisi air di atas meja mereka.
Splash.
Gelas yang berisi air dijirus ke muka Myungsoo.
"Lelaki tak guna! Penipu! Perempuan mana pula ni!"
Jeritku.
"Baik kau cakap dengan aku sekarang! Kau memang tak guna! Hari tu bila Jojo nampak kau dengan perempuan lain, kau cakap dia tu model satu agensi dengan kau. Sebelum tu pun sama. Macam-macam alasan kau bagi! Aku memang bodoh sebab percaya dengan semua alasan yang kau bagi. Patutnya aku dah lama dengar cakap Jojo tu untuk tinggalkan kau!"
Tambahku lagi.
Semua mata kini tertumpu padaku. Lantak. Peduli apa aku dengan mereka. Hati aku yang parah ni lagi penting. 
"Bukan macam tu, saya cuma...."
Belum sempat Myungsoo mempertahankan dirinya, aku mencelah.
"Cuma apa lagi? Berapa banyak lagi yang kau nak tipu aku? Cukuplah Myungsoo. Cukup. Aku rasa dah tak ada gunanya lagi kita kekalkan hubungan kita ni. Aku pun dah tak larat nak dengar macam-macam alasan kau lagi lepas ni. Suka hati kau la nak keluar dengan siapa. Aku takkan larang."
Air mata serta-merta mengalir ketika itu juga walaupun aku mencuba untuk menahannya.
Kalaulah air mata ini boleh ditahan. Tak ingin aku membazirkan air mata hanya untuk lelaki buaya darat di hadapanku ini. Jojo sering berkata denganku yang dia ada ternampak Myungsoo dengan perempuan lain tetapi aku sentiasa mempertahankan Myungsoo demi cinta kami yang telah bertahan selama lebih tiga tahun ini. Tapi semenjak dia bergelar model, perangainya mula berubah. Dia sering keluar bersama perempuan lain di luar pengetahuanku.
"Nana!"
Aku menoleh.
Cepat-cepat aku mengesat air mata menggunakan belakang tapak tanganku.
Lee Jaejin.
Dia berjalan ke arahku.
"Kenapa ni Nana?"
Tanya Jaejin.
Segera aku menarik tangan Jaejin lalu menggenggamnya.
"Aku dah ada orang lain dah. Aku datang sini pun sebab ada janji nak dinner dengan dia. Dah lama aku nak bagitahu kau tapi aku tak tahu nak cakap macam mana. Sekarang semua dah jelas kan. Tak payah lagi kau nak cari aku lepas ni. Kau pun bukan banyak sangat masa nak luang untuk aku."
Ucapku pada Myungsoo lalu menarik Jaejin untuk berlalu pergi.
"Kim Nana!"
Myungsoo menarik bahuku.
Reaksi Jaejin memeranjatkanku. Dia menepis tangan Myungsoo.
"Kau jangan sentuh dia!"
Tempik Jaejin.
Semakin ramai yang memerhatikan drama yang sedang berlangsung ini.
"Kau nak tinggalkan aku sebab dia ni? Patutlah bila aku ajak kau keluar, kau selalu bagi alasan yang kau busy. Rupanya kau dah ada jantan lain. Kau busy dengan dia rupanya. Busy apa pun aku tak tahu la. Tak sangka yang kau ni pun perempuan jenis macam tu. Memang patut pun aku cari lain."
Makin panas hatiku mendengar kata-kata Myungsoo.
Pangggg...
Satu tamparan hinggap pada wajah Myungsoo. 
Lama sungguh aku bersabar dengannya. Tak sangka pula kini dia yang menuduhku. Jaejin menghalangku dari bertindak di luar kewarasan akal. Myungsoo geram melihat Jaejin yang beria-ia mempertahankanku. 
"Kau ni lelaki jenis apa? Suka ke buat perempuan menangis? Mulai sekarang aku haramkan kau mendekati Nana walau seinci pun. Kalau aku dapat tahu yang kau ganggu dia, nahas kau!"
Jaejin memberi amaran pada Myungsoo lalu menarikku keluar dari restoran tersebut. 
Dalam kesedihan, aku berasa cukup berterima kasih kerana Jaejin sanggup membantu dan tidak memalukanku. Air mata yang ditahan sedari tadi, kini mengalir lagi sehingga membuatkanku semakin teresak-esak. Jaejin yang masih memegang tanganku menoleh lalu memelukku secara tiba-tiba.
"Menangislah. Lepaskan apa yang terpendam tu. Lepaskan semuanya."
Ucap Jaejin.
Aku membiarkan sahaja air mata yang deras mengalir itu membasahi baju Jaejin dan terus menangis dalam pelukannya.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

//Sorry sebab lagu macam tak kena and ceritanya tak best. Keletihan mampu membuatkan idea seseorang itu mati secara tiba-tiba -.- okay mengarut, I know ==' Lepas ni maybe tak dapat nak update selalu sebab dah start sem baru. Banyak gila subjek pengiraan untuk sem ni. So nak kena study lebih. Kalau ada masa, I'll update it asap ><



Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

6 comments:

nanajoe said...

HAHAHAHHAHHAHAHHAHAHHAHAHAH pehal nana rasa lawak jek . LOL sambunggggggggggggggggg

darla carolina said...

@Nana L.Joe - sebab ramai artis berkumpul dalam part neyh kod HAHAHA :D

anishiya にズき said...

akhirnya dah sampai sini !

darla carolina said...

amboi sekali 5 kaw bace dlm sehari . one-shot , final CDD dgn yg neyh dua. hebakkkkk *clap*

anishiya にズき said...

hahaa clap your hand by 2NE1 ;] aku nak sambung . nyway kw tak taruk tajuk babak yg seterusnya dekat hasil nukilan tuh .

darla carolina said...

@anishiya - apa yg clap your hand lak neyh -..-" thanks ingatkan . jup lg aku taruk ><