AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

Untouchable Memory : Babak 1 | Perkenalan Tidak Diduga

Lebih lanjut mengenai Pengenalan, Watak dan Perwatakan klik >sini<

Jaejin POV
Kertas yang menimbun di atas meja aku susun setempat. Pelan yang baru siap dilukis tadi, aku gulung dan memasukkannya pada pemegang pelan. Jam tangan dipandang sekilas. Hampir pukul lima petang. Aku ada temujanji dengan wartawan untuk sesi wawancara sebentar lagi.
Tokk..Tokk..
Ketukan pada pintu bilik pejabatku kedengaran.
Seunghyun berdiri di muka pintu dengan wajah yang berseri-seri.
"Jom pergi minum. Waktu kerja dah nak habis dah pun."
Ujar Seunghyun.
Aku menyentuh skrin Tablet PC kepunyaanku untuk menyemak schedule hari ini.
"Aku kejap lagi ada janji dengan reporter magazine la. Malam nanti boleh kot. Tak pun kau ikut aku sekali. Kitorang janji nak buat interview dekat cafe je. Jom la."
Balasku.
Seunghyun berfikir sejenak.
"Tak nak la aku. Buat kacau je nanti. Kau pergi la dulu. Nanti dah habis baru kau call aku. Boleh aku siapkan dulu kerja yang tinggal tu. Jangan lupa call aku tau."
Jawab Seunghyun sebelum kembali ke biliknya.

Aku mematikan suis lampu dan pendingin hawa sebelum melangkah keluar dari office room. Pintu bilik ditutup rapat. Seunghyun keluar semula dari biliknya.
"Yang interview kau tu lelaki ke perempuan?"
Tanya Seunghyun.
Sempat pula dia ni. Tertawa aku di dalam hati.
"Perempuan. Masa dia call hari tu, dia cakap nama dia Shim Jojo. Pelik kan. Kenapa nama dia Jojo?"
Aku membalas.
"Shim Jojo? Alahh, pelik apanya. Mesti Jojo tu nama samaran dia. Macam nama Inggeris tu. Lee Micky, Park Henry, Choi Jenny, kan ramai pakai nama macam tu."
Seunghyun membuat kesimpulan.
Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal.
"Tapi bukan ke kalau nama Inggeris, family name letak kat belakang. Micky Lee, Henry Park, Jenny Choi. Baru la betul kan?"
Keliru dengan kesimpulan Seunghyun.
"Betul la. Boleh pakai mana-mana pun la. Aahhh tak tahu la aku. Whatever la. Kalau cun, kau bagitahu aku. Segera aku menghadirkan diri. Hahaa."
Jawab Seunghyun.
"Kau ni tak habis-habis."
Aku menggeleng.
"Sekali-sekala apa salahnya. Majalah yang nak letak cerita pasal kau tu majalah apa?"
Seunghyun bertanya pula.
"Entah. Aku tak ingat pula. Ada Update Update macam tu la namanya. Aku terima je. Maklumlah, first time dapat interview macam ni. Tapi tak silap aku, tu company baru. Tak sampai setahun rasanya. Aku pun tak tahulah. Aku bukan rajin pun baca magazine ni. Kau tahu kan aku macam mana."
Balasku.
"Kau memang. Kerja je tahu. Tak lari mana la kerja kau tu. Cuba belajar kenal perempuan sikit. Aku tak pernah nampak kau keluar dengan perempuan selain Soojin noona kau tu. Okay aku tahu benda tu tak ada kaitan. Aku saja je nak cakap juga"
Ujar Seunghyun lalu ketawa.
"Kau ni Seunghyun. Asyik cakap pasal tu je. Kau tu pun lebih kurang, asyik tukar girlfriend tapi satu pun tak lekat sampai sekarang. Lebih baik macam aku. Tak beban otak nak fikir pasal perempuan."
Jawabku tertawa lalu meninggalkan Seunghyun .

Nana POV
Artikel mengenai Super Junior baru saja siap ditaip. Super Show 4 dan juga World Tour. Banyak juga bahan yang aku dapat untuk cerita Super Junior ni. Akhirnya tinggal satu saja lagi kerja untuk minggu ini. Lusa aku ada temujanji dengan Lee Min Ho. Photoshoot dan juga wawancara untuk cerita City Hunter. Satu-satunya tugasan yang tinggal untuk minggu ini. Boleh la aku berehat hujung minggu nanti. Banyak betul kerja yang aku kena buat akhir-akhir ini.
"Nana, aku sakit perut la. Period pain. Kau boleh tolong aku tak?"
Tanya Jojo.
Aku yang sedari tadi tekun mengetuk papan kekunci komputer menoleh.
"Tolong apa? Kau tengok jam. Dah nak pukul lima dah pun. Office hours almost over. Kau jangan nak suruh aku tolong berkaitan kerja kau."
Balasku.
Jari-jemariku masih melekat pada papan kekunci.
"Alaaaa Nana, pleaseeeeeeeee. Sekali ni je. Aku sakit sangat ni. Tengok muka aku dah naik pucat dah. Lagipun orang yang aku kena interview tu hensem la. Arkitek lagi tu. Boleh la Nana. Ni dah kali ketiga aku tukar date. Elak arkitek tu tak nak layan call aku dah kalau aku tukar lagi."
Jojo merayu.
Wajahnya sedikit pucat. Dari pagi lagi dia mengadu sakit perut denganku. Biasalah, penyakit perempuan setiap bulan. Kesian pula aku melihat Jojo ni. 
"Dah cepat, apa yang aku kena buat? Bak sini semua. Nasib la aku ni kawan baik kau. Kalau aku ni zalim. Memang tak ada masa aku nak layan kau tahu tak Jojo! Sekali ni je aku tolong."
Balasku lalu mengambil fail yang dihulur Jojo.
"Macam tu la baru best friend aku. Aaaaaaaaaaa aku sayang kau Nana!"
Ampu Jojo.
"Kalau aku tak tolong tu tak sayang la ya."
Kataku lalu menutup komputer di hadapanku.
"Hehehee sayang juga la! Tapi sebab kau tolong, so aku sayang lebih sikit dari biasa."
Ujar Jojo lalu ketawa.
"Ada-ada jelah kau ni Jojo. Dah la, aku pergi dulu. Bye."
Balasku.
"Nana, kau tahu tak muka arkitek tu? Nah gambar ni. Senang kau nak cari dia nanti"
Tambah Jojo.
"Oh, okay."
Cepat aku mengambil gambar yang dihulur lantas memasukkannya ke dalam fail.

Author POV
Jaejin memandu Jeep Grand Cherokee berwarna kelabu gelap kepunyaannya untuk ke cafe yang telah dijanjikan. Mereka sepatutnya berjumpa tepat pukul lima petang untuk sesi wawancara itu. Jaejin merupakan seorang arkitek muda yang sedang diangkat naik namanya dalam dunia seni bina dan reka bentuk. Baru-baru ini, dia telah berjaya mendapatkan kontrak untuk melukis pelan bangunan muzium terbesar yang bakal dibina di Shinsadong. Kerana itu jugalah dia dipanggil untuk diwawancara bagi memuatkan slot kerjaya yang menjadi tugas Jojo untuk menyiapkannya.
Lagu Abracadabra nyanyian Brown Eyed Girls berkumandang di corong radio. Pantas tangan Jaejin menguatkan volume kerana itu adalah salah satu lagu kegemarannya. Lampu isyarat bertukar merah lantas Jaejin menekan brek secara tiba-tiba.
Bammm.
Satu hentaman melekat pada belakang keretanya. Jaejin pantas keluar dari kereta. 

Jaejin POV
Gegaran terasa untuk sesaat dua. 
"OMG! Siapa pula berani langgar kereta aku ni? "
Jeritku di dalam kereta.
Pantas aku melangkah keluar dari kereta menuju ke arah kenderaan yang menghentam belakang keretaku.
"Hoi buta ke?! Tak nampak lampu tu merah?"
Tempikku.
Tergocoh-gocoh wanita itu keluar dari keretanya. Patutlah, perempuan rupanya. Dah faham sangat dengan kaum perempuan ni. Bawa kereta ikut suka hati dia je. 
"Memang la merah, awak tu yang brek tiba-tiba. Mana saya perasan. Bukan salah saya pun."
Balas perempuan itu.
"Habis tu salah siapa? Salah lampu tu sebab jadi merah ke?"
Tanyaku.
Perempuan itu mengetap bibir menahan geram.
"Saya ada hal mustahak ni . Urgent. Nak kena pergi dulu. Saya tengok kereta awak tu pun bukan teruk mana. Cuma bumper belakang ni je. Sikit je tu. Nah, this is my number. Anything just call me. Okay, bye. Got to go first."
Jawab perempuan itu lalu masuk semula ke dalam keretanya.
"Seriously, what's going on right now?"
Aku bertanya kepada diri sendiri.
Kad yang berada di tanganku dibaca.
'Kim Nana - Wartawan Hiburan Korean Updates'
Dia wartawan rupanya. Aku hampir terlupa temujanjiku gara-gara perlanggaran itu. Kad itu dimasukkan ke dalam wallet. Nasib baik sikit je dia langgar. 

Aku melangkah masuk ke dalam cafe dan duduk di tempat yang berdekatan dengan tingkap. Mujur wartawan (Shim Jojo) itu belum sampai lagi. Walaupun baru sekali aku bertemu dengannya, aku masih mampu mengingati wajahnya. Aku memesan minuman sementara menunggu Shim Jojo-ssi. 
Dah dekat lima belas minit tapi bayang pun tak nampak. Aduh, mana pula si wartawan ni. Janji pukul lima. Aku mengeluarkan telefon bimbitku lalu mendail nombor wartawan tersebut.
"Yeoboseyo, Shim Jojo-ssi? Saya dah lama tunggu awak ni."
Aku berkata setelah panggilan dijawab.
"Maaf, saya kurang sihat. Rakan setugas saya yang akan interview awak. Dia tak sampai lagi ke? Kejap ya, saya call dia. Maaf ya."
Balasnya.
"Baiklah. Ada apa-apa nanti, awak call saya."
Kataku sebelum menamatkan panggilan.

Nana POV
Geram dengan lelaki tadi belum habis lagi. Aku tahu kalau aku bertekak dengan dia tadi memang takkan habis. Lelaki memang suka menyalahkan perempuan bila hal itu membabitkan jalan raya. Macam kaum lelaki saja yang hebat sangat atas jalan raya tu. Mana pula arkitek ni tak muncul-muncul. Penat aku berkejaran ke sini tadi. Minuman di atas meja aku hirup perlahan. Pandanganku sentiasa tertumpu pada pintu masuk cafe supaya tidak terlepas pandang. 
Kelibat lelaki yang baru menyalahkanku tadi melangkah masuk. Apa pula lelaki tu buat kat sini? Takkan dia kejar aku semata-mata untuk membayar ganti rugi kereta dia. Kecoh betullah mamat ni. Fail di atas meja aku gunakan untuk melindung wajahku. Kelihatan lelaki itu mencari-cari tempat yang sesuai. Nampak macam bukan cari aku. Perasaan aku je kot. Padahal dia nak jumpa orang lain. Aku menepuk dahiku perlahan. Fail yang dipegang itu aku buka. Aku membaca profile arkitek yang bakal diwawancara. Lee Jaejin. Berusia 24 tahun. Muda juga dia ni. Mesti tampan. Anak mata mentafsir segala butir perkataan pada permukaan kertas tersebut. Sedang asyik memuji arkitek itu di dalam hati, telefon bimbitku berdering. Jojo yang menghubungiku.
"Weh kau kat mana haa? Arkitek tu dah tunggu lima belas minit dah."
Teriak Jojo.
Berdesing gegendang telingaku.
"Aku kat cafe yang kau bagitahu la, tengah best baca cerita kejayaan dia. Mana kau dapat cerita ni Jojo?"
Tanyaku.
"Aku tahu cara nak buat kerja la Nana. Tu tak penting, yang penting sekarang kau pergi cari arkitek tu dalam cafe sekarang. Kau tahu kan dia yang mana satu?"
Jojo tidak menjawab malah bertanya pula.
"Eh, aku belum tengok lagi gambarnya. Apa la aku ni. Dari tadi tunggu orang tak tahu muka."
Jawabku sambil mencari gambar di dalam fail.
Terkejut aku melihat wajah arkitek yang dimaksudkan.
"Lelaki ni ke Jojo?!"
Jeritku.
"Lelaki mana apanya kau ni? Mana aku tahu kau tunjuk apa. Kau cari dia sampai dapat tau kbai."
Talian diputuskan.
Jojo memutuskan panggilan begitu sahaja. OMG! Kalaulah Jojo tahu apa yang aku maksudkan, mesti dia tak percaya. Eh, apa yang dia perlu percaya? Boleh gila aku macam ni. Lelaki itu, lelaki ini, lelaki yang sama. Macam mana aku nak wawancara dia ni? Nafas ditarik dalam-dalam lalu dilepaskan. Fuhh. Aku melangkah penuh yakin menuju ke arah lelaki itu.

-----------------------------------------------------------------------------------------

//Sepatutnya cerita ni start 2012 tapi rasa tak sabar nak publish >< nyahaha :D


Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

2 comments:

nanajoe said...

AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA OMGGGG UNNIEEEEEEEEEEEEEEEE AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA SAMBUNG AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

darla carolina said...

@Nana L.Joe - okayyy okayyy ><