Cover Ver. 3
Tajuk Cerita: Untouchable Memory
Genre: Romance, Slice of Life
Jenis Cerita: Fan Fiction Bersiri
Pengarang: Darla Carolina
Status: Ongoing
RINGKASAN CERITA
Hidup Jae Jin mula berubah setelah dia disahkan menghidapi penyakit kanser perut. Jangka hayatnya juga berkemungkinan hanya bertahan selama empat bulan saja lagi. Setelah mengetahui akan penyakitnya itu, Jae Jin menyenaraikan 10 perkara yang ingin dilakukan sementara dia masih hidup agar dia tidak meninggal dengan penuh kesalan. Sampaikan suatu hari, dia bertemu dengan Nana dan segala yang diaturkan pada awal mula berubah. Tanpa disedari mereka sebenarnya saling menyukai dan mula bercinta. Jae Jin merahsiakan tentang penyakitnya daripada Nana. Penyakit Jae Jin semakin parah sehingga jelas terpampang pada riak wajahnya bahawa dia sedang bertarung dengan penyakitnya. Dia mengambil keputusan untuk meninggalkan Nana dan meminta putus daripadanya. Nana yang tidak mengetahui penyebab bagi keputusan Jae Jin yang meminta putus itu tidak berpuas hati lalu mencarinya untuk mendapatkan penjelasan tetapi lain pula yang dia temui. Bagaimanakah Jae Jin mengharungi hidupnya yang telah ditentukan itu? Adakah Nana akan setia di sisi Jae Jin dan bertarung bersamanya? Segalanya bakal terjawab dalam "Untouchable Memory".
PREFACE
Pada mulanya niat untuk menulis sebuah cerita yang berkisarkan kehidupan realiti seorang manusia itu memang ada. Apabila menonton sebuah drama bersiri yang berjudul "Scent of a Woman", idea mula tercetus untuk mereka sebuah cerita yang sama tetapi tidak secara keseluruhannya. Penghargaan kepada penulis skrip dan pengarah cerita tersebut kerana mampu mencetus inspirasi saya. Bagi yang sudah menonton drama tersebut, jalan cerita fan fiction ini tidak sama seperti drama itu. Seluruh drama seperti watak dan perwatakan telah diolah semula dan beberapa idea-idea baru turut diselitkan . Kepada pembaca setia fan fiction saya selama ini, terima kasih kerana memberi sokongan. Nantikan "Untouchable Memory" pastinya di blog fanfic ini, akan datang.
No comments:
Post a Comment