Tajuk Cerita: Endless Love
Genre: Romance, Slice of Life, Angst
Jenis Cerita: One-Shot - Kesinambungan Cinta Dua Dunia
Pengarang: Darla Carolina
Status: Diterbitkan Pada 8 Februari 2012
RINGKASAN CERITA
Hyun Mi bahagia bersama Jong Hoon walaupun hubungan mereka terpaksa dirahsiakan daripada pengetahuan umum. Ini kerana semakin lama, Jong Hoon semakin diraih populariti dengan hasil lakonannya yang digilai ramai. Walaupun Jong Hoon sentiasa sibuk, Hyun Mi tetap menyintainya sepenuh hati dan bersabar dengan segala apa yang hadir dalam perhubungan mereka. Jong Hoon pula sentiasa yakin dengan cinta Hyun Mi yang tidak akan pudar untuknya. Tetapi kehadiran Sung Gyu mula menyebabkan perhubungan mereka retak dan goyah. Mampukah Jong Hoon mempertahankan cintanya? Adakah Sung Gyu berjaya menawan hati Hyun Mi yang setelah bertahun lamanya terikat pada Jong Hoon? Nantikan jawapannya dalam "Endless Love".
PREFACE
Cerita ini merupakan kesinambungan daripada cerita bersiri saya sebelum ini, iaitu Cinta Dua Dunia. Saya masih mengekalkan watak utama yang sama - Jong Hoon dan juga Hyun Mi. Manakala Sung Gyu pula sebagai penampilan khas demi merebut cinta Hyun Mi. Sebenarnya semenjak Cinta Dua Dunia masih dalam proses, saya memang ada merancang untuk menerbitkan satu one-shot khas bagi merangkumi keseluruhan cerita tersebut serta memasukkan beberapa elemen yang lain. Asalnya saya ingin jadikan ia sebagai satu cerita ringkas bagi cerita yang asal (Cinta Dua Dunia). Tapi ada yang minta (pembaca) agar saya menceritakan kesudahan hubungan mereka. Mungkin baginya, Cinta Dua Dunia tidak mempunyai kesudahan yang memuaskan. Apa-apapun, jutaan terima kasih diucapkan kepada Whoopers serta semua pembaca fan fiction saya terutamanya pembaca Cinta Dua Dunia kerana sentiasa memberikan sokongan. Tanpa anda semua, tak mungkin saya mampu menulis seperti apa yang dihasilkan sekarang ini.
WATAK DAN PERWATAKAN
JANG HYUN MI
Berusia 25 tahun, seorang yang serius dalam kerjanya, bercinta dengan Jong Hoon, mengenali Jong Hoon sedari zaman kanak-kanak, hati dan perasaannya mudah tersentuh, seorang yang penyabar.
CHOI JONG HOON
Berusia 25 tahun, aktif dalam bidang lakonan, merupakan ahli kumpulan FT Island, bercinta dengan Hyun Mi tetapi menyembunyikan hal tersebut kerana popularitinya, terlalu yakin akan cinta Hyun Mi padanya.
KIM SUNG GYU
Berusia 26 tahun, menyimpan perasaan terhadap Hyun Mi, berani meluahkan perasaannya, seorang yang penyayang, gemar bergurau-senda, berkenalan dengan Hyun Mi atas urusan kerja, tidak mudah berputus asa.
FOREWORD
"Saya akan sentiasa mencintainya walaupun dia akan melupakan saya setelah dia bangun dari tidurnya esok hari...." - Jang Hyun Mi
"Aku sentiasa yakin padanya, kerana aku tahu cinta dia hanya untuk aku, hanya milik aku. Aku yakin dan pasti." - Choi Jong Hoon
"Perasaan seseorang itu tidak mungkin akan sentiasa kekal ditempatnya, mungkin esok atau lusa. Tiada siapa mampu menduganya..." - Kim Sung Gyu
5 comments:
Woohoho ! cepat update . aku nak bacaaaaaaa !
@anishiya - aq dpt rse cte neyh lmbt lagi baru akan wujud .__. busy dhooooooo ~
kak . selalu edit cover tu pkai apa ? awesome lahh (!)
@Ieyra Ghani - akak selalu pakai Photoshop ngn Photoscape . tgok sini kalau na tahu. akak ade bagitahu detail skit kat situ http://zoeykiddo-artwork.blogspot.com
@Ieyra Ghani - btw thanks :) //lupe na say thanks :DD
Post a Comment