AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

Untouchable Memory : Babak 4 | Pilihan Untuk Hidup


Babak sebelum ini >Derita Atau Bahagia<

Jaejin POV
Kepalaku terasa sedikit berat. Dengan perlahan aku membuka mataku. Kelihatan Soojin noona sudah pun berada di sisiku berpakaian biasa. Mungkin dia telah habis waktu bekerja. Keadaan bilik pesakit yang sedikit gelap dan cuma diterangi cahaya bulan itu membuatkan penglihatanku kurang jelas. Tangan menggapai-gapai mencari cermin-mata di atas meja sisi. Segala pakaian serta cermin mata ini dibawa oleh Soojin noona kelmarin. Susah pula untuk mengenakan kanta lekap pada waktu seperti ini.
Aku meletakkan cermin mata di atas batang hidungku. Aku turun perlahan-lahan dari katil pesakit tanpa menggerakkan Soojin noona. Bimbang pula dia tersedar dari tidurnya. Pasti dia letih menjaga aku sepanjang hari. Aku melangkah keluar dari wad lalu ke ruang menunggu. Duduk seketika di situ. Seorang kanak-kanak sedang menonton televisyen. Aku memanggil kanak-kanak itu.
"Adik, sini kejap."
Panggilku.
Kanak-kanak itu menghampiriku. Kecil sahaja budaknya. Berusia dalam lingkungan sembilan atau sepuluh tahun. 
"Kenapa tak tidur lagi. Kan dah lewat ni. Dah pukul sebelas dah."
Tanyaku.
"Tadi saya dah tidur dah. Lama saya tidur, dari pagi. Hyung pula? Kenapa tak tidur?"
Balas anak kecil itu.
Petah dia berkata-kata.
"Hyung pun baru bangun. Dari pagi hyung tidur. Nama adik siapa?"
Tanyaku lalu mencuit pipinya.
"Bang Cheolyong. Hyung pula?"
Dia bertanya lalu duduk di sebelahku.
"Oh Cheolyong, nama hyung Lee Jaejin. Cheolyong dah lama ke duduk dekat hospital ni? Omma dengan appa mana?"
Aku mencari kelibat orang tuanya jika ada.
"Dah setahun lebih dah saya duduk sini. Omma dengan appa dah balik. Esok pagi nanti datang la tu. Hyung baru masuk ke? Tak pernah nampak pun."
Muka anak kecil itu aku amati.
Apa sakitnya sehingga dia sudah lebih setahun tinggal di hospital. Pasti hidupnya lebih malang daripadaku. Hidup tidak seperti kanak-kanak yang lain. Di saat anak orang lain sedang asyik bergembira bersama rakan sebaya, budak ini pula duduk di hospital dan berperang dengan sakitnya. Sungguh tabah anak kecil ini.
"Hyung baru tiga empat hari kat sini. Cheolyong sakit apa? Kenapa lama sangat duduk hospital?"
Tanyaku lagi.
"Oh, saya ada masalah jantung. Tak tahu nama sakitnya tapi doktor kata saya tak boleh lari-lari atau buat kerja yang berat-berat. Lagi satu saya tak boleh terdedah dengan dunia luar sebab nanti saya susah nak bernafas. Hyung sakit apa?"
Terang anak kecil itu.
Sungguh kasihan aku mendengarnya. Baru mengenali hidup tetapi sudah menerima nasib seperti itu. Aku mengusap kepalanya lalu mengangkatnya duduk di atas ribaku.
"Hyung sakit kanser perut. Nama sakit tu pun pelik juga. Hyung tak ingat apa namanya. Doktor ada bagitahu tadi. Hyung kagum dengan Cheolyong sebab kuat terima dugaan macam ni. Hyung tak kuat. Hyung salahkan orang lain sebab sakit yang hyung dapat ni. Ermmmm, mulai hari ini hyung akan jadikan Cheolyong sebagai idola hyung. Cheolyong ada kawan tak kat sini?"
Aku menahan sebak ketika itu.
"Hyung janganlah sedih. Doktor cakap, kalau kita sakit tu maknanya kita ni disuruh beringat akan hidup kita. Omma pun cakap yang saya sakit macam ni buatkan orang lain lebih sayang saya, akan jaga saya. Mulai hari ini, hyung akan jadi kawan saya okay. Sebab kawan saya semua dah keluar dari hospital ni. Hyung janji tau untuk berkawan dengan saya."
Tanya Cheolyong lalu menghulurkan jari kelingkingnya.
Aku mengait jari kelingking kecil itu lalu tersenyum. Sesungguhnya anak kecil ini benar-benar mengajar aku erti kehidupan.
"Jaejin-ah! Buat apa kat sini?"
Tanya Soojin noona yang tiba-tiba muncul di hadapanku.
Cheolyong lantas turun dari ribaanku lalu berlari mendapatkan Soojin noona. 
"Noona, noona, hyung ni tak ada kawan. Mulai hari ini, hyung ni dah jadi kawan Cheolyong."
Ucap Cheolyong.
"Baguslah, kawan la dengan hyung ni ya."
Jawab Soojin noona lalu mendukung Cheolyong.
Telatahnya mencuit hatiku. Dalam itu, aku turut merasa sebak. Penyakit aku mungkin adalah satu peringatan buat diriku sendiri. Tetapi tiada ertinya untuk aku bersedih. Aku patut belajar menerima semua ini sekiranya ini memang suratan hidupku. Masih ramai lagi orang lain yang lebih malang daripadaku.
"Jaejin tersedar tadi. Lama sangat Jaejin tidur. Noona baru bangun ke? Kenapa tak balik terus lepas habis kerja?"
Tanyaku lalu menghampiri Soojin noona.
"Noona temankan Jaejin la. Tadi noona call rumah omma tapi tak ada yang angkat. Lepas tu.."
Belum sempat Soojin noona menghabiskan ayatnya, aku mencelah.
"Noona bagitahu omma ke?"
Tanyaku.
"Belum lagi, noona call rumah tak ada yang angkat. Then noona call telefon bimbit pula. Tak dapat."
Jawab Soojin noona.
"Omma lupa nak charge phone la tu. Omma memang tak ada kat rumah. Dia pergi Beijing. Ada hal sikit. Noona, Jaejin nak cakap sikit dengan Noona boleh?"
Tanyaku.
"Oh, boleh. Nanti ya, noona hantar Cheolyong masuk biliknya dulu."
Balas Soojin noona.
"Okay."
Aku mengangguk.
"Jom Cheolyong, masuk tidur. Masa untuk tidur. Budak-budak tak boleh berjaga lewat malam macam ni."
Ucap Soojin noona sambil membawa Cheolyong pergi.
Aku menghantar kelibat mereka lewat hujung mataku.

*******

Soojin POV
"Ada apa yang Jaejin nak cakap?"
Tanyaku setelah duduk bersebelahan Jaejin.
Kawasan ruang menunggu lengang sahaja kerana waktu sudah lewat malam.
"Bila Jaejin boleh discharge ni noona?"
Jaejin pula bertanya.
"Kalau nak, sekarang pun boleh. Tapi sebelum tu banyak benda yang nak diselesaikan. Contohnya mengenai rawatan Jaejin. Noona nak kena buat pemeriksaan susulan, susun segala jadual untuk temujanji kamu lagi. Dah siap semua boleh noona bagitahu Jaejin."
Jawabku.
"Rawatan? Perlu ke rawatan? Macam mana nak rawat? Pembedahan ke? Kalau Jaejin tak nak terima rawatan tu boleh?"
Pertanyaan Jaejin memeranjatkanku.
"Mana boleh! Jaejin patut terima rawatan. Ada dua jenis rawatan sekarang. Jaejin kena pilih salah satu. Noona akan bagitahu dengan omma tentang hal ni esok."
Pintaku.
"Jangan. Jangan bagitahu sesiapa pasal Jaejin ni. Dengan omma pun jangan. Kalau noona nak cakap juga, Jaejin takkan bersetuju untuk terima apa-apa rawatan pun."
Ugut Jaejin.
"Baiklah, macam ni. Noona tak akan bagitahu dengan omma atau sesiapa pun. Dengan syarat Jaejin nak terima rawatan. Sekarang ada dua jenis rawatan. Yang pertama pembedahan. Peratus untuk berjaya dalam pembedahan ni sangat tipis. Ia sebanyak 10% sahaja. Tapi kalau berjaya buang ketumbuhan tu, Jaejin dapat jalankan hidup macam biasa."
Terangku.
"Itu pun kalau berjaya. Kalau tak berjaya? Jaejin mesti akan mati juga kan?"
Tersentak aku ketika itu.
"Jaejin! Jangan cakap macam tu. Sekurang-kurangnya kita cuba. Kalau tak berjaya pun, kita boleh cuba cara lain."
Jawabku.
"Jaejin tak nak buat pembedahan. Kalau pembedahan, Jaejin tahu mesti hidup Jaejin akan berada di hospital untuk sepanjang masa. Macam yang Jaejin selalu tengok dalam cerita-cerita tu."
Ucap Jaejin membuat andaian.
"Memang la hidup Jaejin akan berada di hospital tapi kan ia untuk kebaikan Jaejin juga."
Pujukku.
"Jaejin tak mahu. Yang lagi satu tu rawatan macam mana?"
Tanya Jaejin.
"Kalau yang lagi satu, Jaejin boleh terima rawatan kemoterapi dengan menggunakan 5-Flourouracil atau kombinasi doxorubcin dan mitomycin. Selalunya bila dah sampai tahap macam ni, pembedahan memang tak digalakkan sebab sel-sel kanser tu dah merebak ke bahagian lain."
Terangku.
"Jaejin tak faham sangat tentang benda ni tapi lebih baik Jaejin terima yang ni dari buat pembedahan tu. Kalau Jaejin terima rawatan ni macam mana pula?"
Tanya Jaejin lagi.
"Nanti noona akan siapkan satu schedule untuk Jaejin. Segala ubat anti-kanser pun noona akan bagi untuk menahan kesakitan sementara. Sebab lama-lama nanti Jaejin akan terima beberapa kesan sampingan. Masa tu, Jaejin cuma perlu makan ubat penahan sakit dan jangan lupa makan ubat ikut waktu. Bila dah sampai waktu untuk buat rawatan kemoterapi dan rawatan susulan, Jaejin kena datang. Itu sahaja yang Jaejin kena buat."
Terangku lebih lanjut.
"Kalau Jaejin buat semua tu, Jaejin boleh hidup lagi lama ke?"
Aku memandang wajahnya lama.
"Jaejin, noona tak berani nak janji tapi jangan risau. Noona akan cuba sedaya upaya. Setakat ni noona memang mampu bagi empat bulan untuk Jaejin. Tak akan kurang dari tempoh tu."
Jawabku.
"Tak apalah noona. Jaejin terima semuanya kalau dah memang ini yang ditakdirkan untuk Jaejin."
Ucap Jaejin.
Antara percaya atau tidak, aku kini perlu merawat adik angkatku sendiri. Selama ini aku hanya sekadar membantunya jika dia mempunyai masalah kesihatan tetapi hari ini sekelip mata Jaejin telah disahkan menjadi pesakitku. Pesakit yang akan dirawat oleh doktor bidang kanser iaitu aku sendiri. Tidak pernah aku menduga orang yang aku sayang selama ini akan ditentukan hidupnya olehku. Mungkin aku hanya mampu membantu. Semoga Tuhan mampu melindunginya. Aku hanya terdaya sehingga tahap ini sahaja. 

********

Nana POV
"Saya nak awak buat semula artikel ni! Hantar pada saya sebelum pukul lima hari ini!"
Bentak Hwa Na.
Ketua Editor tetapi berlagak seperti Pengarah Urusan. Aku hanya mengangguk. Mahu atau tidak, terpaksa aku akur dengan kehendaknya.
"Baiklah. Nanti saya siapkan."
Ucapku.
Aku menyelak helaian artikel yang dipulangkan semula itu. Mencari apa silapnya. Setakat gosip hiburan seperti ini pun aku perlu membuatnya semula. Hanya membuang masa sahaja. Bermacam-macam jenis sumpah seranah muncul di dalam hati. 
"Kena buat lagi ke?"
Tanya Jojo.
"Kau faham-fahamlah. Orang gila kuasa memang macam tu. Semua tak kena padahal dah habis baik dah aku buat. Susah-susah aku ke sana sini cari bahan untuk artikel ni. Dia boleh senang-senang reject then suruh aku re-do. Dia ingat, dia agaknya yang bayar gaji aku."
Aku melepaskan geram.
"Sabarlah, Nana. Aku pun kena re-do juga cerita pasal ahli politik yang makan rasuah ni."
Balas Jojo sambil menunjukkan lembaran yang telah ditolak mentah-mentah oleh Ketua Editor kami.
"Kesian kau Jojo. Dah la kau susah payah buat research pasal politicians tu semua. Tak apa, nanti aku tolong kau kalau senang. Tu pun kalau senang la. Hahaa."
Aku tertawa di hujung ayat.
"Kau tu nak sedapkan hati aku je kan. Hwa Na tu period agaknya. Tu marah-marah je kerjanya. Macam ni la nasib kalau dapat bos perempuan."
Ucap Jojo.
Aku mencebik lalu menganguk-angguk. Laci meja dibuka, segala bahan mengenai artikel yang perlu dibuat semula aku keluarkan dari laci meja. Menyemak semula apa yang harus ditambah dalam artikel baru.
"Eh Nana, kau ingat lagi tak arkitek yang kau tolong aku follow up bulan lepas?"
Tanya Jojo tiba-tiba.
Aku menoleh padanya. Ingatan dilontarkan pada Jaejin. Kenapa pula Jojo tiba-tiba bertanya tentang Jaejin?
"Lee Jaejin kan. Kenapa kau tanya?"
Tanyaku.
"Tak ada apa. Saja je. Hari tu aku pergi hospital teman oppa aku ambil ubat dia, then aku macam ternampak Jaejin tu. Pakai baju hospital. Dia sakit apa ya? Kau tak tahu ke?"
Jojo bertanya padaku.
"Aku manalah tahu. Hari tu aku ada kebetulan jumpa dia. Kebetulan je pun. Lepas tu dia sakit perut. Gastrik katanya. Aku yang tolong hantar pergi hospital. Lepas tu aku memang tak ada jumpa dia dah."
Jawabku.
"Oh. Saja je tanya. Sebab aku teringat pula pasal dia tu. Eh, dia hensem kan. Nasib baik kau dah ada Myungsoo. Kalau tak mesti kau tergoda dengan dia."
Ucap Jojo.
Aku terdiam sebentar.
Myungsoo. 
Lelaki itu. Aku telah berhari-hari melupakannya. Tidak mahu aku mengingati lelaki yang menyakitkan hatiku. Bagaimanalah dengan Jaejin? Aku langsung tidak bertanya khabar tentangnya semenjak malam aku menghantar dia ke hospital.
"Aku keluar kejap."
Ucapku lalu mencapai telefon bimbit di atas meja dan berlalu pergi.
Jojo terpinga-pinga kerana aku tidak melayan ayatnya yang terakhir itu.
"Aku belum habis cakap lagi ni Nana!"
Jerit Jojo.
"Nanti la sambung."
Balasku lalu keluar dari ruangan pejabat itu.
Aku menuju ke pantry. Duduk seketika lalu memandang skrin telefon bimbit. Perlu ke aku telefon dia? Setakat bertanya khabar tak salah rasanya. Bagaimana aku nak bercakap dengannya nanti? Aku tak tahu bagaimana untuk menyusun ayat. Haaa, teringat pula yang aku masih belum membayar ganti rugi kerosakan keretanya. Segera tanganku mencari-cari nombor telefon Jaejin di dalam senarai kenalanku. 
Paappp.
Lantas tanganku menepuk dahi. Aku mana ada menyimpan nombor Jaejin. Tak mungkin aku akan memintanya daripada Jojo. Kenapa Jaejin tidak menghubungiku? Bukankah dia mempunyai nomborku? Perlu ke aku meminta nombor telefonnya daripada Jojo ni? Aahhh sudah, aku tak tahu apa yang dah jadi dengan diriku sendiri. Wajar la aku risau keadaannya kerana dia juga pernah membantuku. Lagipun, bukan ke aku yang menghantarnya. Mungkin aku memang patut meminta nombor telefonnya daripada Jojo. Tapi macam mana aku hendak memberikan alasan pada Jojo? Dah la dia tu suka fikir yang bukan-bukan. 

-----------------------------------------------------------------------------------------

//Sorry sebab banyak part pasal sakit blablabla tu. Lagu tu random choose. Kalau tak kena tu memang tak mampu nak cakap apa sebab memang dari dulu mesti bermasalah bila nak pilih lagu.


Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

3 comments:

Thiah Inara said...

tjuk lgu nie apa ? sdih laa dngar...

Thiah Inara said...

tjuk lgu untuk chapter nie apa ?? sdih laa sya dngar...

darla carolina said...

@thiah inspirit - owhh ni lagu Davichi + T-Ara , we were in love :)