Babak sebelum ini >Pilihan Untuk Hidup<
Jaejin POV
Bosan seharian duduk di rumah, jadi aku membuat keputusan untuk ke pejabat. Seperti yang ku duga, Seunghyun memang tidak mampu menanganinya. Baru seminggu aku meninggalkan pejabat, semuanya kelihatan tidak terurus. Bagaimana pula situasi pejabat ini setelah empat bulan akan datang pun aku tak mampu nak mengagak.
"Seunghyun, seminggu ni ada apa-apa yang penting ke?"
Tanyaku apabila melihat Seunghyun yang sedang membancuh kopi.
"Penting? Tak ada kot. Aku tengah siapkan pelan yang lama tu. Dua minggu lagi due date. Nanti jangan lupa teman aku pergi submit dengan construction company tu ya. Haaaa, hari tu orang yang dari Pulau Jeju tu call. Dia cakap kalau nak tengok kawasan, boleh datang start Ahad ni. Maksudnya dua hari lagi la."
Balas Seunghyun.
"Buat air untuk aku sekali boleh? Buatkan la. Bukan selalu aku minta tolong ni. Hehehe. Pasal Pulau Jeju tu, aku memang akan pergi sana lusa ni. Lepas tu aku akan ambil cuti panjang. Mungkin hal pejabat ni semua aku serah kat kau je."
Ucapku selamba.
Hampir terkeluar biji mata Seunghyun.
"Kau biar betul? Kau buka company ni susah payah lepas tu kau nak bagi kat aku macam tu je ke?"
Tanya Seunghyun.
"Siapa kata aku nak bagi kau? Aku cakap aku cuma nak ambil cuti panjang. Kalau ada apa-apa, kau boleh maklumkan kat aku. Cuma lepas ni aku akan kurang ke sini. Aku ingat nak cuti dalam tiga empat bulan la. Tapi kau jangan risau. Aku takkan bagi lingkup apa yang kita dah usahakan. Aku tahu kau pun susah payah bangunkan company ni dengan aku. Projek untuk Pulau Jeju tu aku akan siapkan. Yang lain, setakat projek kecil-kecil tu kau boleh uruskan. Yang lain pun ada untuk tolong kau kan."
Terangku.
Seunghyun dengar dengan penuh ketekunan. Wajahnya dikerutkan.
"Kenapa kau nak cuti lama-lama? Kau sakit ke? Sakit kau teruk sangat ke? Kau buat aku rasa sesuatu yang pelik la Jaejin."
Ujar Seunghyun kehairanan.
"Aku okay la. Cuma aku dah banyak sangat bekerja. Aku rasa aku patut rehat lepas projek Pulau Jeju tu siap."
Jawabku selamba.
"Bagus juga macam tu. Kau tu memang asyik fikir kerja je. Tu yang sampai sakit masuk hospital. Nasib baik ada orang hantar kau pergi hospital. Kalau tak memang mereput la kau sakit seorang diri. Hahahaha."
Seunghyun mentertawakanku.
Teringat pula aku pada Nana. Dia yang membantu menghantarku ke hospital. Aku belum sempat mengucapkan terima kasih padanya.
"Nah, minum ni. Tak sedap tanggung sendiri."
Seunghyun menghulurkan secawan kopi padaku lalu beredar ke ruang pejabatnya.
********
Lembaran di atas meja diselak. Lakaran di atas kertas itu aku amati. Masih terdapat kekurangan pada lakaran itu. Aku menginginkan hasil yang terbaik untuk projek ini. Ya, mungkin ini akan menjadi hasil kerja terakhirku. Aku harus mendapatkannya dan melakukan yang terbaik.
Ringg...ringg..ringgg...
Panggilan daripada Soojin noona. Segera aku menjawab panggilan tersebut.
"Yeoboseyo. Noona-ah. Ada apa call ni?"
Tanyaku setelah mendengar suara Soojin noona di hujung talian.
"Noona cuma nak ingatkan Jaejin, jangan lupa makan ubat ikut waktu. Lagi satu, kad untuk temujanji tu noona ada letak dalam wallet Jaejin. Jangan lupa datang ikut tarikh yang ditetapkan ya."
Balas Soojin noona.
"Ya, noona. Jaejin tahu. Gomawo. Noona, neomu saranghae."
Ucapku.
"Nado. Nanti kalau noona free, noona jenguk Jaejin ya. Noona tengah kerja ni. Bye."
Dia membalas.
"Okay, bye."
Klik.
Talian dimatikan.
Aku mengeluarkan wallet untuk mencari kad yang dimaksudkan. Jumpa. Oh, lagi dua minggu. Sempat aku nak ke Pulau Jeju untuk melihat kawasan yang ingin dibina tu. Aku memasukkan kembali kad tersebut ke dalam walletku. Terlihat pula sekeping kad dibawah kad tadi. Korean Updates. Kim Nana. Aku belum mengucapkan terima kasih padanya. Mungkin aku patut menghubunginya sekadar mengucapkan terima kasih.
Nana POV
Telefon bimbit yang digenggam sedari tadi berdering. Nombor tidak bernama tertera pada skrin telefonku. Siapa pula yang menghubungiku ketika ini? Aku menjawab panggilan itu lalu melekapkan telefon bimbit ke telingaku.
"Yeoboseyo. Kim Nana-ssi?"
Suara lelaki kedengaran.
"Yeobeseyo, ya Nana bercakap. Awak siapa?"
Sahutku.
"Ni Lee Jaejin. Ingat lagi tak dengan saya?"
Jawab pemilik suara tersebut.
Jaejin rupanya. Adakah ini kebetulan? Disaat aku sedang berkira-kira untuk menghunbunginya, dia pula yang menelefonku.
"Oh, ingat. Awak dah okay ke?"
"Oh, ingat. Awak dah okay ke?"
Tanyaku.
"Saya? Saya okay je. Sebenarnya saya call ni nak ucap terima kasih. Sebab awak dah tolong saya hari tu."
Balas Jaejin.
"Eh, tak ada apalah. Memang patut pun saya tolong. Takkan saya nak biarkan awak kat situ kan."
Kami sempat berbual untuk seketika sebelum Ketua Editorku memasuki ruang pantry.
"Ni nak curi tulang la ni ya. Ingat, artikel tu kena hantar sebelum pukul lima."
Tegur Hwa Na.
Ada saja dia ni di mana-mana. Padahal aku cuma bercakap telefon sebentar sahaja.
"Baiklah. Saya tahu nak siapkan kerja saya tu. Kamsahamnida."
Balasku lalu bergerak semula ke ruang kerjaku.
Talian segera dimatikan.
Aku menaip pesanan ringkas untuk dikirim ke Jaejin.
'Maaf, saya dalam waktu kerja lagi. Nanti saya ganti balik kerosakan kereta awak. Esok saya akan hubungi awak ya.'
Pesanan tersebut dihantar.
Aku duduk semula di tempat dudukku.
"Kau pergi mana haa? Tadi singa betina tu cari kau. Dia kata ada tugasan extra untuk kau."
Tanya Jojo.
Sebelah keningku terangkat mendengar ayat yang keluar dari mulut Jojo. Tugasan tambahan? Esok hari Sabtu, sepatutnya setengah hari. Lusa pula Ahad. Terang-terang aku cuti. Apa pula tugasan tambahan ni. Kerja lain pun banyak lagi tak siap. Memang saja nak kenakan aku la tu.
"Dia suruh aku buat apa?"
Aku memulangkan soalan pada Jojo.
"Eh mana aku tahu. Takkan dia nak cakap dengan aku pula. Haa tu dia tu. Kau tanya la."
Jojo menjawab lalu segera kembali menyiapkan kerjanya.
Hwa Na melangkah menuju ke bilik pejabatnya. Sebelum sempat dia memusingkan tombol pintu itu, dia sempat menyuruhku masuk ke biliknya.
"Kim Nana, masuk bilik saya sekejap."
Arahnya.
Aku hanya mampu menurut perintah. Buku catatan dibawa bersama untuk mencatat bebelan yang bakal diberi oleh Hwa Na nanti.
"Nana, good luck!"
Jojo mengusikku.
Aku menjelirkan lidah padanya. Dia hanya tertawa.
"Kim Nana. Saya ada tugasan penting nak bagi dekat awak. Immediately and we should call it as emergency task. Saya harap awak tak membantah."
Pinta Hwa Na.
Macam mana aku hendak membantah. Dia sudah tentu Ketua Editor. Tentu-tentu aku hanya mampu menurut sahaja kehendaknya.
"Maksudnya? Saya tak faham. Tugasan apa tu?"
Tanyaku.
"Macam ni, duduk dulu. I'll explain it to you."
Balas Hwa Na.
Aku duduk di hadapannya.
"Ahad ni akan diadakan satu pertunjukkan fesyen bersempena musim sejuk. Saya nak awak cover cerita tu. Peragaan Musim Sejuk. Mesti menarik. Sebab model yang akan peragakan baju-baju tu semua terkenal. Dengar cerita ada idol akan turut serta. Saya tak kisah awak nak pakai berapa pages untuk cover cerita ni. Saya serahkan segala-galanya kat awak."
Terang Hwa Na.
Dia Ketua Editor tapi aku pula yang nak kena handle semuanya. Tak patut betul.
"Maksudnya, saya pergi sendiri ke macam mana ni? Dekat mana pertunjukan tu?"
Tanyaku.
"Pertunjukkan tu di Lotte Hotel, Pulau Jeju."
Jawab Hwa Na.
Terbuntang mataku ketika itu.
"Pulau Jeju? Kenapa tak jauh lagi je? Bila saya kena pergi? Pengangkutan semua macam mana?"
Aku memusing-musingkan pen yang berada dalam peganganku.
"Sabar Nana. Saya belum bagitahu sepenuhnya. Awak akan pergi Ahad ni. Sebab pertunjukkan tu akan diadakan pada Isnin nanti. Awak boleh balik hari Selasa ataupun Rabu jika awak mahu. Pengangkutan akan disediakan. Awak boleh bawa seorang photographer. Penginapan pula, jangan risau. Pihak hotel will provide everything for media and press. Tinggal datang sahaja. And for your information, kita adalah satu-satunya majalah Korea yang akan cover cerita ni. Yang lain semua dari luar. And guess what, organizer tu akan pakai artis kita, model kita. Ni memang peluang kita. Just imagine, Korean Updates will cover the story about fashion show from international designer dan orang yang peragakannya pula adalah orang kita sendiri. Wowww! Saya tak sabar nak tunggu cerita awak."
Panjang lebar sungguh penjelasannya.
"Okay, so kalau saya nak minta cuti untuk esok boleh? Saya nak kena prepare dulu sebelum pergi."
Pujukku.
"Tentu saja boleh. Tapi jangan lupa submit artikel yang saya suruh re-do tadi. Kalau ada apa-apa, awak boleh maklumkan saya. Okay, awak boleh sambung kerja awak."
Balas Hwa Na.
Umpanku mengena. Dapatlah aku bercuti esok. Ditambah pula dengan percutian ke Pulau Jeju. Walaupun aku ke sana untuk bekerja.
"Baiklah, saya pergi dulu. Kamsahamnida."
Ucapku lalu beredar dari biliknya.
Jojo tidak sabar untuk mengetahui perkara yang dibincangkan tadi.
"Kau kena marah ke? Apa singa tu nak?"
Tanya Jojo.
"Dia bagi aku kerja la. Ehh, esok aku tak kerja tau. Dia kasi cuti."
Balasku.
"Cuti?! Asal kau dapat cuti pula? Dia buang tebiat ke kasi kau cuti?"
Jojo seakan-akan tidak percaya dengan jawapanku.
Jojo seakan-akan tidak percaya dengan jawapanku.
"Sebab Ahad ni aku kena pergi Jeju. Ada show kat sana. Aku kena cover cerita tu."
Terangku.
"Oh, berapa hari kau pergi?"
Dia bertanya lagi.
"Tengoklah, dalam hari Rabu ke Khamis ke, aku baliklah."
Jawabku selamba.
Jari sedang sibuk mengetuk papan kekunci di hadapanku.
"Jangan lama-lama sangat. Tak nak aku hadap muka singa tu seorang diri."
Ujar Jojo.
Hampir tergelak aku mendengar ayatnya itu.
"Bukan kau seorang je. Tu tu tu tu ramai lagi orang kan."
Ucapku lalu memuncungkan bibir menunjuk ke arah orang lain.
"Mana sama dengan kau. Tak kira, kau kena balik awal juga!"
Pujuk Jojo.
"Yalah, nanti siap kerja aku balik la."
Malas aku membiarkannya berpanjangan.
"Macam tu la Nana sayang. Eh, kau tak tipu kan. Siap kerja terus balik tau!"
Jojo masih tidak sudah.
"Ya, Shim Jojo! Nanti aku siap aku terus balik sini jumpa kau. Aigooo."
Jojo tertawa setelah melihat aku yang benar-benar rimas dengannya.
Sudah menjadi kebiasaan Jojo untuk membuatkan aku mengalah dengannya. Itupun setelah lama dia memujuk. Jojo cukup gemar mendesakku. Tapi entah mengapa aku tetap rapat dengannya. Walhal aku baru mengenalinya dua tahun, dari sejak aku masuk bekerja di sini. Mungkin sikapnya yang mengambil berat tentangku membuatkan aku menyayanginya seperti seorang adik.
********
"Bilik untuk staff yang terlibat dengan fashion show adalah dari tingkat sepuluh hingga dua belas. Nanti staff kami akan bawa cik dan kawan cik ke bilik masing-masing. Dari Korean Updates kan. Media and press di tingkat sepuluh. Korean Updates ada dua bilik. 1011 dan 1012. Ini kuncinya."
Ucap salah seorang front office assistant yang bertugas di kaunter itu.
Aku menyambut kunci yang dihulurnya dan menyerahkan satu kunci pada juruganmbar. Sementara menunggu bell boy, aku duduk dahulu di lobi.
"Nana-ssi, saya nak ke bilik air sebentar. Kalau saya lama, tak perlu tunggu. Saya boleh naik sendiri."
Pinta Jinki, jurugambar yang ditugaskan bersamaku.
Aku sekadar mengangguk lalu menghantar kelibatnya pergi lewat hujung mataku. Masih letih akibat perjalanan panjang. Tambahan pula aku pasti akan mengalami jet-lagging setiap kali menaiki pesawat.
"Kim Nana..."
Aku menoleh ke arah suara tersebut.
Suara yang amat dikenali.
"Nana... Awak buat apa kat sini?"
Aku menoleh ke arahnya.
Lelaki itu.
"Tak perlu tahu. Bukan hal kau pun."
Jawabku penuh kebencian.
Aku hampir melupakannya tetapi kini dia hadir kembali. Mengapa aku perlu memandang wajahnya sedangkan hatiku sering disakiti olehnya.
"Nana, please... Give us just one more chance."
Pinta Myungsoo.
Dia duduk di sebelahku lalu memegang tanganku.
"Apa ni?! Lepas la. Aku tak suka la. Peluang tu tak mungkin ada untuk kita. You and me are over! We're over now!"
Ucapku separuh menjerit.
Aku bingkas bangun untuk melarikan diri daripadanya tetapi tanganku terlebih dahulu ditarik.
"Nana, jangan macam ni. Saya sayangkan awak."
Pujuk Myungsoo.
"Sayang? Huhhh. Lepaslah! Aku tak suka!"
Aku menarik-narik kembali tanganku.
Tetapi pegangannya ternyata lebih kuat berbanding tenagaku.
Debushh..
Satu tumbukan hinggap di pipi Myungsoo.
"Kan aku dah pernah bagi amaran jangan ganggu hidup dia lagi. Kau tak faham bahasa ke?"
Aku terkedu melihat lelaki yang sedang mempertahankanku.
---------------------------------------------------------------------------------------------
//Sorry, tak mampu nak update panjang-panjang.
4 comments:
AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA SAMBUNG UNNIE TT_______TT
Seunghyunnnn *O* //singa? AHAHAHAHA XD LOL
@Nana L.Joe - nnti free time unnie sambung . nana neyh nanges saje . ta sedih pown letak ikon neyh > TT____TT HAHA
@Wana - Siapa singa ? HAHAHA
Post a Comment