AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

Untouchable Memory : Babak 6 | Bagaikan Bidadari


Babak sebelum ini >Suratan Atau Kebetulan<

Jaejin POV
Setibanya aku di Lotte Hotel, terus aku melihat tapak di mana hasil kerjaku bakal dibina sekiranya terpilih. Agak luas kawasannya berbanding yang aku jangkakan. Setelah letih berjalan melihat tapak, aku kembali semula ke Lotte Hotel. Sedang aku melewati ruang lobi, kelibat seseorang mengganggu penglihatanku. Wajah yang aku kenali. Kim Nana. Tetapi yang menghairankanku, apa yang sedang dia lakukan di sini? Kelihatan seorang lelaki di sebelahnya seperti memaksa-maksa Nana. Aku menghampiri mereka.
"Lepaslah! Aku tak suka!"
Jerit Nana.
Nana menarik tangannya yang berada dalam pegangan lelaki itu. Lelaki yang sama aku lihat di restoran tempoh hari. Adakah dia mengejar Nana sehingga ke sini? Tapi apa pula yang mereka berdua buat di sini? Sudah berbaikkah mereka? Adakah aku perlu turut masuk campur? Aku dapat merasakan Nana tidak mahu lelaki itu berada di sini buat masa dan ketika ini. Aku nekad. Langkah dihentikan di depan mereka.
Debushhh.
Tanganku laju menumbuk pipi lelaki itu.
"Kan aku dah pernah bagi amaran jangan ganggu hidup dia lagi. Kau tak faham bahasa ke?"
Spontan aku menengkingnya.
"Ini antara aku dengan Nana. Kau tak payah masuk campur."
Dia membalas.
Satu tumbukan hinggap di pipiku. Tak semena-mena aku pula mendapat tumbukan.
"Myungsoo! Kau ni kenapa haa? Jangan paksa aku boleh! Aku tak suka. Apahal kau tumbuk dia? Kau ni memang gila kau tahu tak!"
Jerkah Nana.
Nana memegang hujung bibirku yang berdarah. Mungkin hanya sedikit sahaja lukanya tetapi wajah Nana menggambarkan luka di wajahku sebegitu parah.
"Lelaki ni siapa dengan kau? Betul ke dia ni yang kau nak? Kau ingat Nana. Kau tak boleh senang-senang tinggalkan aku."
Ugutnya.
"Siapa lelaki ni pun kau peduli apa. Tak ada kaitan dengan kau pun. Aku dengan kau bukan ada apa-apa. Remember, we're over now!"
Ucap Nana.
"Okay, fine. If that's what you want. Tapi ingat, papa kau tak mungkin akan terima dia. Macam apa yang aku pernah lalui. Yang itu aku yakin. Kau tak akan bahagia Nana."
Aku hanya senyap mendengar ayat lelaki itu.
Tak tahu apa yang perlu aku katakan. Mungkin benar, aku tak tahu apa masalah mereka. Lebih baik aku mendiamkan diri.
"Kau! Kau ingat aku akan senang-senang terima kau lepas kau cakap macam tu? Aku tak sebodoh tu la."
Jawab Nana.
"Papa kau. Dia.."
"Myungsoo! Dah! Aku tak nak dengar apa-apa! Aku benci kau! Aku benci!"
Nana memotong ayat Myungsoo sebelum sempat dia menghabiskan ayatnya.
"Hey budak baru! Ni apa kecoh-kecoh ni? Eh, Jaejin, kau pun ada sekali kat sini?"
Suara Byunghun muncul secara tiba-tiba.
Aku menoleh padanya.
"Aku baru sampai pagi tadi. Biasalah, hal kerja. Kau pula? Buat apa?"
Tanyaku.
"Oh, kau ni asyik hal kerja tak habis-habis. Aku kat sini pun sebab ada kerja juga. Tapi esok la. Kau ni sampai berdarah-darah pula bibir kau. Baru lepas belasah orang ke apa?"
Byunghun menilik wajahku.
"Aku okay la. Tak payah pegang tskk. Sakit."
Aku memandang tajam ke arah Myungsoo.
Byunghun seakan faham pandanganku.
"Woi budak. Kau buat apa kat sini? Stylist cari kau tadi. Baju tak habis pilih kau dah lari. Ingat, kau tu baru lagi dalam dunia ni. Jangan sampai kau tak boleh nak cari makan lagi lepas ni."
Byunghun mengancam Myungsoo.
Dia berlalu pergi meninggalkan kami tanpa sepatah kata.
"Errr, Jaejin. Mari saya bersihkan dulu luka awak tu."
Ucap Nana tiba-tiba.
Dia mengesat luka pada bibirku menggunakan tisu.
"Tak apa, saya okay. Awak jangan risau."
Balasku.
"Ni siapa ni Jaejin? Kau dah pandai bercinta sekarang ni ya. Hahaaa."
Byunghun mentertawakanku.
"Saya Kim Nana, kawan Jaejin."
Nana memperkenalkan dirinya sendiri.
Byunghun sekadar mengangguk-angguk.
"Oh, saya Byunghun. Tapi kalau nak mesra, boleh panggil Joe je."
Dia tersengih menunjukkan hampir kesemua giginya.
Tangan dihulurkan untuk bersalaman dengan Nana. Nana menyambut salamnya. Lama. Budak ni dah mula la tu. Cepat-cepat aku menyinggung sikunya. Entah mengapa aku berbuat sedemikian, aku pun tak tahu.
"Jom kita ke lounge. Boleh sambung borak di sana. Luka dia ni tak parah mana pun. Kesat-kesat pakai tisu okay la tu. Hahaa."
Byunghun mentertawakanku sekali lagi.
"Kau ni saja je kan Byunghun."
Balasku.
"Tak apa, boleh la tuam luka Jaejin nanti kat sana."
Celah Nana.
"Tengok, dia pun setuju dengan aku. Jom jom."
Byunghun menarikku untuk mengikutinya.

*********

Baru aku tahu bahawa Nana ke sini kerana tugasan yang diberikan dan kebetulan pula Byunghun juga akan berada dalam pertunjukan fesyen di mana Nana bakal hadiri. Kebetulan banyak mempertemukan aku dan juga Nana. Aku bertemu dengannya pada kali pertama juga secara kebetulan. Perlukah aku percaya dengan segala kebetulan ini?
Nana sungguh asyik mendengar cerita Byunghun dan kemudiannya tertawa. Dia kelihatan serasi dengan Byunghun. Perasaan cemburu mula menguasai diri. Untuk apa aku cemburu. Dia bukan sesiapa bagiku. Hanya kenalan yang baru beberapa kali berjumpa sahaja.
"Tapi kalau tak silap saya, awak ni perempuan yang dekat restoran hari tu kan?"
Tanya Byunghun di tengah-tengah topik perbualan.
"Oh yang tu...."
Apa yang Nana nak cakap ni?
Nanti nanti nanti. Kalau Nana bagitahu hal sebenar, Byunghun ada peluang la nak mengorat dia. Tak boleh tak boleh tak boleh. Aku menggeleng sendiri.
"Eh Byunghun, malam ni kau ada apa-apa rancangan ke?"
Aku mencelah.
"Malam ni? Haaa, malam ni parents aku punya anniversary. Celebrate dekat sini juga. Jom la join. Ada buat dinner buffet. Sekali-sekala je."
Jawab Byunghun.
Fuhhh.
Aku menarik nafas lega.
"Aku tak kisah. Boleh je."
Balasku.
"Nana, awak pun dijemput sama ya. Bolehlah."
Byunghun membuat mimik muka manjanya.
Ingin saja aku melemparkan cawan ini ke mukanya. Kurang peribadi punya kawan. Berani dia merengek-rengek dekat depan Nana. Dia tak nampak apa aku kat sini.
"Saya ke? Eh, seganlah saya. Lagipun saya tak biasa attend dinner macam ni."
Jawab Nana.
"Tak apa la, kan saya ada."
Cepat-cepat aku mencelah.
Kedua-dua mereka memandang ke arahku serentak.

Nana POV
Betul ke apa yang aku dengar ni? Mungkin Jaejin hanya ingin menyenangkan hatiku. Tapi betul ke aku harus pergi ke makan malam tu? Perkara yang aku paling tak suka adalah menghadiri majlis seperti itu. Lainlah kalau atas urusan kerja. Tapi kalau menolak, apa pula kata Jaejin. Tak patut aku menghampakannya. Eh, kejap. Bukan ke aku patut fikirkan perasaan Byunghun kerana dia yang mengundangku, bukannya Jaejin. Kenapa aku mesti fikirkan Jaejin? Kenapa dengan aku ni? Lantas aku menepuk dahiku.
"Nana? Kenapa?"
Tanya Jaejin.
"Eh tak ada apa-apa. Saya.. err tak ada baju yang sesuai la untuk dipakai."
Jawabku.
"Yang tu jangan risau. Serahkan semuanya pada saya. Bagitahu nombor bilik awak, nanti orang akan hantarkan baju kat awak. Tak ada masalah kan."
Bersungguh benar Byunghun ni.
Aku memandang Jaejin yang sedang mengharap. Mukanya seperti penuh dengan harapan dan menunggu aku mengatakan ya untuk malam ini.
"Baiklah, kalau dah memang itu yang awak nak. Saya pun tak ada apa nak buat malam nanti."
Jawabku.
"Okay, kalau macam tu. Nanti saya suruh orang hantar baju kat bilik awak. Kalau perlu, siap dengan stylist sekali. Hahaha."
Byunghun mengusikku.
"Tak payah la sampai macam tu. Nampak sangat saya ni menyusahkan."
Balasku.
"Dah la Byunghun. Kau ni melebih pula."
Ujar Jaejin.
Ring..ringg..ringg...
Telefon bimbit yang berada di dalam tas tanganku berbunyi. Cepat aku mengeluarkannya lalu menjawab panggilan itu.
"Ya, Jinki. Saya kat bawah. Dekat lounge."
Jawabku setelah Jinki bertanya di hujung talian.
"Tadi saya tengok awak tak ada dekat lobi. Tapi beg semua ada. Saya pun naik la dengan bell boy. Beg awak dah dibawa naik."
Jelas Jinki.
"Oh, okay okay. Kamsahamnida. Kalau ada apa-apa saya akan hubungi awak ya. Buat masa ni, tak ada apa-apa rasanya. Bolehlah awak nak berehat sampai esok tengah hari sebelum kita mulakan dengan kerja kita."
Ucapku.
"Baiklah. Nanti bagitahu saya kalau ada apa-apa."
Balasnya.
"Okay okay."
Talian diputuskan.
Byunghun dan juga Jaejin diam memandangku sedari tadi.
"Kenapa?"
Tanyaku.
"Hahahahahhaaaa."
Byunghun cuma tertawa.
"Tak ada apa. Cuma pelik dengan intonasi awak tu. Awak cakap dengan siapa tadi?"
Tanya Jaejin pula.
"Pelik? Biasa je la. Saya memang macam ni. Tu photographer yang kena teman saya kat sini untuk kerja esok."
Jawabku.
"Oh."
Jawab mereka serentak.
Kami berbual untuk seketika. Semakin lama aku berasa semakin selesa dengan Jaejin. Tetapi aku tidak pernah terfikir untuk menjadikannya sebagai pengganti Myungsoo. Aku tak sanggup membiarkan diri aku berada di dalam kebodohan sendiri dan ditipu lelaki seperti mana Myungsoo sering menipuku. Mungkin Jaejin tidak sama seperti Myungsoo. Aku tidak boleh menyamakan mereka. Myungsoo lain, Jaejin lain. Sikap, rupa, perwatakan, segala-galanya berbeza. Peribadinya juga jauh lebih baik berbanding Myungsoo. Wajahnya pula nampak lebih telus berbanding Myungsoo. 
Aku sudah pergi sebegitu jauh. Tidak tidak tidak. Aku tak boleh fikir seperti itu. Jaejin hanyalah kawan yang aku kenal atas urusan kerja. Lagipun dia sudah ada Soojin-ssi. Ya, Soojin-ssi yang lemah-lembut itu. Kenapa wajahnya pula yang muncul dibenakku ketika ini? Mungkin aku sudah fikir terlalu jauh. Lagipun dia cuma kakak angkat Jaejin. Tapi wajahnya menggambarkan lebih daripada itu. Aku dan fikiranku. Biarlah jika mereka mempunyai hubungan lebih daripada hubungan adik beradik ataupun tidak. Aku bukan siapa-siapa pun untuk mempedulikan hal itu.

********

Aku menyarungkan pakaian yang dihantar tadi ke tubuhku. Benarkah baju ini yang harus ku pakai? Aku membelek diriku di hadapan cermin panjang. Mengapa aku mesti pakai sebegini rupa? Rambutku yang separas atas bahu menyebabkan bahagian atas badanku kelihatan lebih terdedah. 
"Tak kan la aku kena pakai macam ni je kot. Musim sejuk ni."
Gerutuku sendirian.
Byunghun memang sengaja ataupun memang ini sahaja pakaian yang ada? Aku tak mampu untuk meneka. Aku menyapu sedikit bedak padat ke atas pipiku serta mengoles pemerah bibir pada bibirku. Sedikit pemerah pipi ditambah agar menaikkan seri wajah. Cukuplah sekadar solekan nipis seperti ini.
Ding dong.
"Kejap kejap kejap."
Ucapku separuh jerit.
Aku melangkah laju untuk membuka pintu. Tas tangan yang terletak di atas katil sempatku capai. Segera aku membuka pintu. Tak mahu membiarkan Jaejin menunggu lama.

Author POV
Jaejin telah pun berjanji untuk menjemput Nana di biliknya dan pergi ke makan malam itu bersama-sama. Disebabkan acara tersebut merupakan anjuran keluarga Byunghun, dia terpaksa menunggu mereka di ballroom sahaja.
Jaejin berada di hadapan pintu bilik Nana. Dia menarik nafasnya dalam-dalam lalu melepaskannya secara perlahan. Dia berasa cemas. Agak lama dia berada di hadapan pintu itu sebelum menekan loceng buat pertama kali. Tidak sampai seminit, Nana sudahpun membuka pintu biliknya. Jaejin yang tunduk memandang lantai menggerakkan pandangannya ke atas dari hujung kaki Nana sehingga ke wajahnya.
"Bidadari."
Ucapnya perlahan.
"Apa?"
Tanya Nana.
"Ehh... Tak ada.. apa-apa. Tak ada apa. Dah siap ke? Jom kita pergi."
Ajak Jaejin.
"Dah siap dah. Tapi saya rasa baju ni macam pelik la. Kalau tak pergi, boleh tak?"
Nana masih di muka pintu.
"Janganlah macam tu. Apa pula kata Byunghun nanti. Lagipun baju ni okay la. Tak pelik pun."
Ujar Jaejin.
Nana mengangguk.
"Betul ni? Kalau saya kena ketawa dengan orang nanti, siaplah awak."
Nana menggoyang-goyangkan jari telunjuknya.
Jaejin tertawa melihat aksi Nana yang sedemikian.
"Tak mungkinlah. Orang puji nanti adalah. Percaya cakap saya. Dah, jom. Byunghun tunggu dah tu."
Balas Jaejin.
Nana menutup pintu biliknya lalu berjalan bersebelahan Jaejin menuju ke lif.
"Nana..."
Panggil Jaejin.
"Ya, kenapa?"
Tanya Nana.
"Terima kasih."
Ucap Jaejin.
"Untuk apa?"
Nana bertanya lagi.
"Untuk malam ni dan juga sebelum sebelum ni."
Jawab Jaejin.
"Saya tak faham."
Nana mengerutkan dahinya.
Jaejin yang berada di sebelah Nana berpaling untuk memandang wajah Nana. Jarinya diletakkan pada dahi Nana untuk menghilangkan kerutan tersebut.
"Buruklah buat macam tu. Hahahaa."
Dia mentertawakan Nana.
Nana mencebik. Mereka melangkah masuk ke dalam lif setelah pintu lif terbuka. Jaejin masih lagi tidak menjawab soalan Nana. 
"Nana.."
Panggil Jaejin sekali lagi.
"Ya, Jaejin."
Sahut Nana.
"Awak cantik malam ni."
Nana terkedu.
Jaejin memberikan pujian padanya. Serta merta Nana terasa seolah-olah seluruh darah dalam tubuhnya mengalir menerpa seluruh mukanya. 
"Terima kasih."
Jawab Nana.
Pintu lif terbuka.
Jaejin menoleh sekilas pada wajah Nana yang merah padam ketika itu.
"Muka awak..... merahnya. Hahahaha."
Jaejin ketawa lalu melangkah keluar daripada lif.
Nana menahan malu. Dia mengejar Jaejin dan mencubitnya. Mereka berjalan seiringan menuju ke ballroom di mana acara tersebut diadakan. Nana masih lagi menahan malu serta geramnya terhadap Jaejin. Dia menyangkakan Jaejin ikhlas memujinya. Apabila Jaejin mentertawakannya, dia berasa seperti menjadi bahan ejekan pula. 
"Nana, Jaejin, kenapa lambat? Dah nak mula dah ni tahu tak."
Sapa Byunghun setelah melihat kelibat mereka.
"Dia ni yang lambat la. Bukan aku."
Balas Jaejin.
"Wow, perfect! Memang ngam dengan awak. Awak nampak cantik malam ni Nana."
Puji Byunghun.
Spontan tawa Jaejin kedengaran ketika itu. Nana menampar bahu Jaejin kerana geram.
"Mummy, daddy, kejap!"
Jerit Byunghun.
Ketika itu juga pandangan Nana beralih pada pasangan suami isteri separuh abad itu.
Dia terpempan.
"Mr, Mrs Lee."
Kata Nana separuh berbisik.
Jaejin pula memandang Nana yang tidak lepas melihat ibu dan bapa Byunghun. 

------------------------------------------------------------------------------------------

//Tiba-tiba macam terbanyak masuk pasal Byunghun. Tapi ceritanya ada kaitan. Sorry kalau blur lepas baca. Tak nak kasi blur, kena la baca sambungannya LOL :D


Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

4 comments:

Wana said...

uwahhhh *O* sambungsambung

darla carolina said...

@Wana - haaa okay okay .

HanaZaid said...

Sila sambung dengan cepat XD

darla carolina said...

@HanaZaid - baiklah boifren ku ><