AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

Untouchable Memory : Babak 8 | Cemburukah Aku

Babak sebelum ini >Siapa Sebenarnya Kim Nana<

Soojin POV
Suara Jaejin melemahkan seluruh kudrat tubuhku. Suara yang sedari tadi tersekat-sekat kini hilang dari pendengaran. Nafas Jaejin makin membuatkan aku gelisah. Apa yang berlaku pada Jaejin sebenarnya? Aku mendail kembali nombor Jaejin tetapi tidak berjawab. Dicuba berulang kali. Hampa. Masih tidak berjaya disambungkan. Badanku menggigil merisaukan Jaejin. Aku mendail nombor telefon rumah Jaejin pula.
"Yeoboseyo."
Suara ibunya kedengaran.
Aku menarik nafas dan cuba menenangkan diri sebelum bercakap.
"Yeoboseyo, omma. Soojin ni."
Balasku.
"Oh, Soojin-ah. Lama tak balik rumah. Busy ke kat hospital tu?"
Dia bertanya.
Aduh, ini bukan masanya untuk berborak. Tapi aku tak boleh membiarkan omma tahu perkara sebenar.
"Nae, omma. Omma, Soojin ada kerja ni. Soojin call pun sebab nak tanya pasal Jaejin. Dia ada kat rumah tak? Sebab tadi Soojin call dia tak dapat la omma."
Jawabku.
"Jaejin mana ada kat rumah. Dia outstation la. Pergi Pulau Jeju. Lusa rasanya balik la tu. Ada apa cari Jaejin? Tiba-tiba je."
Tanya omma.
"Tak ada apa-apa. Soojin cuma nak ingatkan Jaejin untuk ambil ubat gastrik dia je."
Bohongku.
"Oh, omma boleh ambilkan untuk Jaejin. Esok omma pergi hospital jumpa Soojin okay."
Balasnya.
"Eh, tak apa. Tak perlu kot. Sebab Soojin esok kena pergi kursus."
Aku terus berbohong.
"Kalau macam tu nanti omma pesan kat Jaejin je la. Soojin kalau ada masa tu balik la rumah ni. Boleh makan sama-sama. Omma rindu la. Lama tak makan dengan Soojin."
Ujar ibu Jaejin.
"Nanti kalau Soojin nak balik, Soojin bagitahu omma ya. Okay la omma, Soojin baru habis kerja ni. Lain kali kita borak lagi ya. Bye."
Jawabku.
"Okay. Bye."
Talian dimatikan.
Aku segera menghubungi Seung Hyun pula. Pasti dia tahu dimana Jaejin berada. Tak mungkin aku mampu mencari Jaejin di seluruh Pulau Jeju.

********

Aku mengatur laju langkahku memasuki ruangan lobi Lotte Hotel. Dua orang penyambut tetamu menyambutku dengan senyuman mesra  tetapi aku hanya mampu membalasnya dengan wajah cemasku. 
"Huhh huhhh..huhh.. Boleh saya tahu, nombor bilik Lee Jaejin berapa?"
Tanyaku dengan nafas tercungap-cungap akibat letih berlari-lari anak di atas kasut bertumit tinggi ini.
"Maaf, boleh saya tahu awak siapa? Kami tak boleh bagi maklumat tetamu dengan sewenang-wenangnya."
Jawab pegawai yang bertugas itu.
Aku merenung tanda nama perempuan itu.
"Oh Min Na-ssi, saya kakak dia dan juga merupakan doktor peribadinya. Sekarang dia sedang dalam kesakitan. Tolong jangan buang masa saya kalau awak tak nak diri awak digelar pembunuh hanya kerana sikap awak ini."
Ugutku.
"Maaf, saya cuma mengikut procedure. Tunggu sebentar."
Balasnya.
Dia menekan-nekan papan kekunci komputer di hadapannya kemudian mendail pada telefon yang terletak di atas kaunter tersebut.
"Talian tak dapat disambungkan. Mungkin Lee Jaejin-ssi tiada dalam biliknya."
Perempuan itu memandang wajahku lama.
"Sebab tu saya nak tahu nombor biliknya. Saya serius ni, dia dalam kesakitan sekarang. Panggil pengurus awak keluar. Susah betul cakap dengan orang bawahan macam awak ni."
Ucapku dengan nada yang agak tinggi.
Rakannya cepat mendail pada telefon yang disediakan. Dalam waktu tidak sampai lima minit, seorang lelaki berpakaian kemas, lengkap bertali leher datang ke arahku.
"Maaf, cik. Boleh saya tahu apa yang boleh saya bantu?"
Tanya lelaki itu.
"Sebenarnya saya salah seorang doktor dari Hankuk Hospital. Pesakit saya berada di hotel ini dan sedang bertarung nyawa dengan penyakitnya. Tadi dia ada menghubungi saya dan talian kami terputus tiba-tiba. Boleh bawa saya ke bilik tersebut? Saya tak ada nombor biliknya."
Jawabku.
"Oh sebentar ya."
Dia kembali ke kaunter receptionist dan bercakap dengan perempuan tadi lalu datang semula padaku dengan membawa kunci bilik. Aku mengikutnya menuju ke bilik Jaejin. Payah betul kalau berurusan dengan hotel bertaraf antarabangsa seperti ini. Semuanya perlu mengikut procedure. Lelaki itu menekan loceng beberapa kali sebelum membuka pintu untukku. 
Terbuntang mataku melihat sekujur tubuh yang tak bermaya terbaring di atas lantai. Segera aku memboloskan diri ke dalam bilik itu.
"Jinnie-ahh! Jinnie! Jaejin!"
Aku mendapatkan Jaejin yang terbaring diatas lantai lalu meletakkan kepalanya diatas ribaku.
Wajahnya pucat. Peluh membasahi seluruh bajunya. Aku mengelap peluh yang merenik pada dahi Jaejin menggunakan hujung lengan bajuku.
"Nak saya panggil ambulans ke?"
Tanya lelaki itu.
"Tak apa, saya mampu uruskannya. Awak cuma perlu tolong saya angkat dia ke atas katil sahaja."
Jawabku kerisauan.
Lelaki itu membantuku mengalihkan Jaejin ke atas katil.
"Kalau ada apa-apa, cik boleh dail nombor empat. Saya pergi dulu ya."
Aku memandang ke arah lelaki itu.
"Okay okay, terima kasih banyak."
Ucapku sebelum lelaki itu meninggalkan aku serta Jaejin bersendirian.
Seluruh badannya sejuk. Aku tidak tahan melihat dirinya yang sebegitu rupa walhal aku sering merawat pesakit yang berada dalam keadaan yang jauh lebih teruk daripada itu.
Aku mengambil sebekas air serta tuala tangan untuk mengelap badan Jaejin juga sehelai t-shirt untuk menggantikan pakaiannya yang lencun dek peluh itu. Selesai mengelap badannya, aku menyarungkan pula baju itu pada tubuhnya. Mengapa tidak aku sahaja yang mengalami semua kesakitan ini. Kenapa harus Jaejin? Aku tak mampu melihat dia menanggungnya seorang diri. Setelah lebih daripada satu jam, suhu badannya kembali normal. Aku agak lega sedikit. Wajahnya juga kurang pucat daripada tadi.
"Jaejin-ahh, noona tak nak Jaejin alami benda ni seorang diri. Noona tak sanggup. Maafkan noona ya Jaejin."
Ucapku perlahan sambil mengusap kepalanya.
Jaejin tersedar lalu memandangku yang duduk bersebelahannya di atas katil.
"Noona, macam mana Jaejin boleh ada kat atas katil ni? Mana noona tahu Jaejin kat sini?"
Tanya Jaejin dengan suaranya yang lemah.
Cepat aku mengelap air mataku yang bergenang.
"Omma yang bagitahu, lepas tu noona tanya Seung Hyun. Noona tengok Jaejin terbaring atas lantai tadi. Macam mana boleh jadi macam ni? Jaejin tak makan ubat yang noona kasi tu ke? Jaejin jangan buat noona risau boleh tak?"
Bertalu-talu soalan yang keluar dari bibirku.
Jaejin hanya senyap memandangku. 
"Dah la, Jaejin. Maafkan noona. Noona tahu noona tak patut tanya macam tu sekarang...."
Belum habis ayatku, Jaejin sudah pun mencelah.
"Jaejin lupa nak makan ubat. Mianhae noona. Mian. Sebab buat noona risau. Jaejin ni mesti menyusahkan noona kan. Jaejin tak mintak pun untuk sakit macam ni. Kalau Jaejin ada pilihan, Jaejin tak nak pun penyakit ni. Jaejin dah susahkan noona sebab penyakit yang tiba-tiba ada dalam diri Jaejin ni..."
Air matanya mengalir membasahi pipi.
Cepat aku mendakap tubuh lemah itu.
"Tak Jaejin! Tak! Noona yang salah. Semua ni jadi sebab noona yang pandang ringan tentang kesihatan Jaejin selama ni. Jangan salahkan diri Jaejin. Jangan. Noona yang salah. Semua sebab noona."
Jaejin hanya mampu menangis dan menyalahkan dirinya dalam pelukanku.
Hanya Tuhan saja yang tahu betapa sakit dan terlukanya hatiku melihat air mata itu. Walaupun dia tidak menyalahkanku kerana penyakitnya, aku tahu jauh di sudut hatinya sangat membenciku serta dirinya sendiri kerana penyakit yang dihidapnya itu. Sesiapa saja pasti akan membenci seseorang doktor yang telah lama merawat mereka tetapi apabila di hujung-hujung sisa hidupnya barulah mereka tahu yang kini mereka berada di penghujung nyawanya. Tetapi Jaejin pula tidak pernah menyalahkanku. 

********

Nana POV
Aku sempat menemubual beberapa orang pereka fesyen antarabangsa yang bakal mempamerkan rekaan mereka pada malam ini. Kelihatan Myungsoo serta para model yang lain sedang giat berlatih catwalk untuk majlis malam nanti. Rehearsal sahaja pun sudah nampak begitu bersungguh. Jinki, jurugambarku pula tekun menjalankan tugasnya menangkap beberapa keping gambar yang terbaik untuk selingan majalah kami. 
"Hai Nana. Tunggu siapa?"
Suara Byunghun menangkap pendengaranku.
Aku menoleh ke arah suara itu. Dia sedang melambai padaku dengan senyuman yang hampir menyentuh telinganya. Perlukah dia begitu gembira melihatku? 
"Hai, saya tengah kerja la."
Jawabku.
Aku menunjukkan pas yang tergantung pada leherku menandakan bahawa aku sedang di dalam waktu kerja.
"Oh, okay. Lupa pula awak ni wartawan hiburan. Boleh la interview saya pula lepas ni. Saya pun popular juga tau."
Gurau Byunghun.
Dia tertawa dihujung ayatnya. Tiada apa yang perlu aku lakukan sehingga malam nanti, menyaksikan majlis peragaan fesyen yang sebenar lalu menulis satu artikel terbaik untuk majalahku. Ada beberapa jam lagi sementara menunggu majlis itu bermula. Byunghun mengajakku ke lounge untuk minum serta berkenalan dengan lebih rapat lagi memandangkan aku adalah bakal tunangnya yang baru sahaja aku ketahui malam tadi.
"Eh, saya ada hal la lepas ni. Maaf, mungkin lain kali."
Tetapi aku menolak pelawaan tersebut.
Dia menunjukkan wajah kecewanya.
"Kenapa, awak tak suka ke dengan pertunangan kita yang bakal berlangsung tu?"
Tanya Byunghun tiba-tiba.
Jujur sungguh soalannya itu. Aku memandang tepat ke dalam matanya. Terpancar keikhlasan. Tetapi ianya bukan kehendak hatiku. Lagipun aku baru sahaja mengenali Byunghun semalam. Hanya untuk satu hari dan kemudiannya aku perlu menerima dia sebagai bakal tunang aku? Tidak sama sekali. Aku juga manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Aku benci papa yang suka membuat keputusan sesuka hatinya. 
"Bukan macam tu, saya cuma tak bersedia. Eh, awak nampak Jaejin?"
Aku cuba menukar topik.
Saat itu juga ingatanku beralih kepada Jaejin. Marahkah dia padaku setelah aku meninggalkannya di majlis malam tadi? Tak apa, aku akan jelaskan padanya. Pasti dia akan faham keadaan sebenar. 
"Dia demam. Tadi saya text dia ajak lunch sama-sama tapi dia reply bagitahu yang dia tak sihat. Awak tak tahu ke?"
Tanya Byunghun.
Jaejin demam? Bagaimana pula dia boleh demam sedangkan semalam dia elok sahaja mengusikku. 
"Saya tak tahu pun. Bilik dia yang mana ya? Boleh saya pergi jenguk dia sekejap."
Jawabku.
"1416. Nak saya temankan ke?"
Byunghun memberikan senyumannya.
"Err thanks but no thanks. Saya boleh pergi sendiri. Lagi pun awak kan busy untuk fashion show malam ni. Okey la, jumpa malam nanti ya. Saya pergi dulu."
Balasku lalu menarik Jinki yang sedang asyik menangkap gambar.

********

Aku memberi Jinki waktu untuk berehat seketika sebelum majlis malam nanti bermula. Nombor bilik Jaejin sentiasa bermain diingatanku. Perlukah aku melawatnya? Betulkah dia demam? Serta merta aku teringat peristiwa dimana Jaejin diserang sakit gastriknya. Mungkin gastriknya datang lagi. Macam mana ni? Dah la dia keseorangan. Ya, aku perlu menjenguknya. Bolehlah aku menjelaskan hal semalam. Tak mahu aku disalah faham oleh Jaejin. Walaupun dia tiada apa-apa hubungan denganku, aku tetap tak mahu dia salah faham tentang keadaan yang sebetulnya.
1416.
Aku merenung nombor bilik yang terlekat pada dinding di hadapanku.
Tiba-tiba terasa gelisah pula. Jari telunjukku menekan loceng yang terletak di bawah nombor bilik tersebut.
Lama.
Masih tiada jawapan.
Aku menekannya sekali lagi.
"Kejap."
Kedengaran suara seorang perempuan dari arah dalam bilik tersebut.
Aku hairan mendengarnya. Betul ke bilik ni? Ke Byunghun salah bagi nombor bilik? 
Pintu bilik dibuka.
Terjegul wajah seorang perempuan yang pernah aku lihat di muka pintu.
"Ya, cari siapa?"
Tanya perempuan itu.
"Soojin-ssi?"
Aku balas dengan pertanyaan.
Mataku bulat memandangnya. Pandanganku dilarikan dari hujung kaki hingga ke hujung rambutnya. Rambutnya masih basah manakala dia hanya memakai bath rob sahaja. Jikalau betul ini adalah bilik Jaejin, benarlah apa yang aku sangkakan. Mereka memang mempunyai hubungan istimewa.
"Nae, oh awak ni kawan Jaejin yang hantar dia pergi hospital tu kan? Saya ingat lagi muka awak. Tapi maaf, saya tak ingat nama awak."
Ucapnya.
"Ya, saya kawan Jaejin. Dia ada? Saya ada hal sikit nak cakap dengan dia."
Mataku memerhatikan ruangan dalam bilik tersebut.
Kelihatan seseorang sedang enak dibuai mimpi di atas katil di dalam bilik itu. Cepat-cepat Soojin merapatkan sedikit pintu bilik itu.
"Maaf, Jaejin tak ada. Dia keluar tadi. Ada apa-apa yang nak disampaikan ke? Nanti saya bagitahu dia kalau dia balik."
Dia cuba membohongiku.
"Tak apalah kalau macam tu. Saya pergi dulu."
Ucapku lalu meminta diri untuk beredar dari situ.
Entah mengapa hatiku rasa terluka apabila melihat Soojin yang muncul di muka pintu. Benarkah Jaejin tiada di dalam bilik itu? Habis tu, siapa yang aku lihat terbaring tadi? Kalau itu memang Jaejin, mengapa dia berbohong? Apa yang hendak disembunyikan daripadaku. Hubungan mereka yang istimewa itukah? 
Aku menggosok dadaku yang terasa perit. Perasaan apakah ini? Hati aku seolah-olah merintih. Kecewa melihat perempuan itu. Adakah aku cemburu melihat Soojin berada di dalam bilik Jaejin dan bukannya aku? Myungsoo pula telah aku buang jauh dari hidupku. Byunghun insan yang baru saja hadir dan bakal memasuki hidupku dengan hubungan yang lebih istimewa pula bagaimana. Aku terlalu banyak bermain dengan perasaan aku sendiri. Dan selalunya aku juga yang akan terluka pada penghujungnya. Aku tak mahu ianya terjadi lagi setelah apa yang berlaku terhadapku selama ini.

Jaejin POV
Aku tersedar setelah mendengar bunyi pintu ditutup. Jam di atas meja sisi dipandang sekilas. Sudah hampir jam tiga petang. Lama sungguh aku tertidur. Badanku kembali mendapatkan tenaga setelah rehat secukupnya serta penjagaan noona yang rapi. 
"Jinnie-ahh, tadi ada kawan Jaejin datang."
Ucap Soojin noona.
Dia mencapai tuala lalu mengeringkan rambutnya yang masih separuh basah itu.
"Kawan? Siapa?"
Tanyaku.
Aku masih berada di atas katil.
"Lupa pula noona nak tanya nama dia."
Balas noona.
"Byunghun ke?"
Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal.
Soojin noona menggeleng.
"Bukanlah. Perempuan. Yang hantar Jaejin pergi hospital tempoh hari tu."
Jawapan noona memeranjatkanku.
"Habis tu noona cakap apa?"
Tanyaku gelabah.
"Noona cakap Jaejin tak ada. Lepas tu dia balik la."
Balas Soojin noona tenang.
Manakala aku pula tidak tenang mendengarnya. Untuk apa Nana ke bilikku? Bagaimana dia mengetahui bilikku sedangkan aku tidak memberitahunya semalam. 
"Tak apalah noona. Jaejin nak pergi tengok site kejap. Noona nak ikut ke?"
Tanyaku.
"Boleh juga."
Balas noona.
Aku bangun turun dari katil lalu menuju ke bilik mandi. Yang bermain di fikiranku ketika ini hanyalah Kim Nana. Mengapa dia mengganggu fikiranku. Siapa Nana yang sebenarnya dan apa pula hubungannya dengan Byunghun? Aku terlalu mengambil kisah tentang perkara itu. Aku perlu mengetahuinya. Walaupun aku baru mengenali Nana, aku dapat merasakan sesuatu yang tersembunyi di sebalik dirinya. Sesuatu yang perlu aku ketahui. Sejak bila aku mula mengambil peduli akan hal orang lain ni? Aku menepuk dahiku. Come on la Jaejin, jangan bermain dengan perasaan. Sebenarnya aku sendiri tidak mengetahui apakah perasaanku terhadap Nana.

-----------------------------------------------------------------------

//Kalau ada typing error tu abaikan ==' Nak cepat. Errr, sorry lambat update. But I'll update at least once a week. Assignment menimbun. Sadisnya hidup ini .__. 


Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

22 comments:

Wana said...

;o ~.~ *.* sambung ._.

nanajoe said...

fuyohhh arghhhsjdahskdjasldka sambunggg unnieee

crayon_amira said...

yeahhhh..unnie update ff ni jugak! hehhe da bape hari asyik buka blog unnie tunggu unnie update..heheh akhirnya update juga..
sambung chapter seterusnya^^.hahah

darla carolina said...

@wana - apakah ikon .__. byk nye --'

darla carolina said...

@Nana L.Joe - LOL tadi wana main ikon ._. nana lak men huruf HAHA neyh mesti eksaited psal byunghun ngn jaejin :DD

darla carolina said...

@crayon_amira - haaa , sorry . lmbt update sbb busy assgnmnt byk lha my dear . tgok lha cuti dua hari ni klaw free , unnie update ^^ btw thanks :)

crayon_amira said...

hehhe.tape2 siapkan dulu assignment unnie..lepas siap baru update..hahah pastikan ff unnie still daebak!!! kite tunggu ^^ ahhaa

darla carolina said...

@crayon_amira - hehe >< okayy :) na bagi ff nmpk daebak taley lha gopoh" :D HAHA terima kasih sudi menunggu ^^

crayon_amira said...

demi ff unnie yg ni..kite sanggop tunggu :)

darla carolina said...

@crayon_amira - Whoaa :O terharu unnie ade loyal reader :') unnie igt buat cte sakit mcm neyh tade org suke nak baca .___.

crayon_amira said...

sapa kata tade orang suka..kite suke..sbb kite suke ff genre sedih..lepas jumpa ff unnie kite da addicted kat ff unnie..serius..semenjak jumpa ff unnie..kite asyik tunggu unnie update je..ahahahha..i'm your loyal reader :)

darla carolina said...

@crayon_amira - erkk betul ke .__. terharunya unnie :') Aaaaa~ btw unnie ade FF yg da complete . ade yg ckp FF tuh sedih on certain part. ta try bace ke FF tuh ? klaw ta best, bole jepp mira stop bace . unnie ta kesah pun .

crayon_amira said...

ada ke?? tajuk dye apa unnie?? heheh kite belom baca lagi yang lain..otw baca call me oppa..ahhaha my seunghyun ada dlm tuh..kekekeke

darla carolina said...

@crayon_amira - ade yg bersiri jugak . btw mira boleh check kt hasil nukilan tuh . hehehe . tapi better bace one-shot dlu sbb pendek >< haa cte seunghyun tuh cte comedy HAHA tapi tataw lha klaw menjadi unsur lawaknye tuh ^^ ngeee

crayon_amira said...

hhehhe..kite asyik ketawa je baca ff unnie call me oppa..kelakar la unnie..hehehhe kite boleh bayangkan apa yg unnie sampaikan dlm ff tu..series best..
kite nak abeskan baca call me oppa pastuh kite nak sambung ff yang lain.

darla carolina said...

@crayon_amira - Aaaaaa~ bagus lha ^^ mksudnye unnie berjaya buat FF . heee . okay teruskan dan selamat menghayati FF unnie yg ta seberapa tuh . klaw na bagi kritikan pun unnie terima :)

crayon_amira said...

yup!! unnie mmg da berjaya bwt ff..kite tngh menghayati la ni..ketawa sorg2 ahaha..
errmmm buat masa ni tak de yg nak dikritik..sbb semua daebak!! ahhaha serius :D

darla carolina said...

@crayon_amira - hehe >< tapi unnie neyh baru jep berapa bulan jadi penulis ff neyh . masih baru . org kata masih merangkak lagi :D thanks a lot sbb memuji and sudi membaca. hehehee .

Shrek. said...

Unieeeeeeeeeeeeeeeeeee ! Sambungggggggggggg . bestnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee >-<

darla carolina said...

@Na'na Jaehyo's - haaaa okay okay . nnt unnie sambung ><

Diyana Ashari said...

yaya kuno sebab baru baca . Aaaaaa ! seriusly , sambung cepat unnie !! aaaa bestttt !

darla carolina said...

@yyayya - ehh mne ade kuno . ngeee . thanks . nnti unnie smbung ya ^^