AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

Untouchable Memory : Babak 9 | Mengenali Erti Perasaan Itu

Babak sebelum ini >Cemburukah Aku<

Author POV
Jaejin sedang asyik berbual dengan Soojin sambil berjalan seiringan menuju ke lif untuk kembali ke bilik setelah pulang dari melihat tapak projek. Soojin akan pulang semula ke Seoul lewat malam nanti menggunakan penerbangan terakhir kerana dia tidak boleh lari dari tugasnya untuk merawat beberapa orang pesakit yang berada di bawah jagaannya. Untung dia dibenarkan mengambil cuti kecemasan hari ini tetapi hanya untuk satu hari sahaja.

"Noona tak boleh stay lama lagi ke? Satu hari lagi pun tak apa la."
Jaejin mencebik.
"Mana boleh. Malam nanti nak kena balik. Tiket pun dah booking dah. Esok noona kan kena kerja. Kalau tak, hari ni pun kena kerja. Jaejin la ni. Tak pasal-pasal sampai ke Jeju haaa. Lain kali kita datang bercuti pula ya. Tunggu noona cuti."
Balas Soojin.
Dia menggosok kepala Jaejin dan menyebabkan rambutnya menjadi kusut. Jaejin tetap bermuka muram seperti tadi.
"Tapi...nak tunggu lain kali tu...ermmm...Jaejin bukan ada banyak masa untuk lain kali."
Jaejin menundukkan wajahnya.
Soojin terasa bersalah dengan perkataannya. Dia memeluk bahu Jaejin serta merta.
"Jangan cakap macam tu. Jaejin ni. Noona tak suka tengok Jaejin sedih-sedih macam ni. Dah dah, tak nak sedih macam tu. Noona janji untuk masa terdekat ni okay."
Pujuk Soojin.
Jaejin mengangkat kembali wajahnya. Sebuah senyuman kelat jelas terukir. Tangan Soojin pada bahunya digenggam.

Tinggg.

Pintu lif di hadapan mereka terbuka. Nana yang berada di dalam lif tergamam melihat kemesraan dua insan di hadapannya. Nana mengalihkan pandangannya semula pada seorang lelaki, pereka fesyen yang berasal dari Jepun di sebelahnya itu. Mereka bertutur dengan menggunakan bahasa Jepun.
Jaejin yang perasan akan kewujudan Nana berasa hairan akan sikap Nana yang seolah-olah tidak mengenalinya itu. Nana bersama jurugambarnya, Jinki serta pereka fesyen tersebut keluar daripada lif dan akhirnya hilang dari pandangan Jaejin dan juga Soojin.

"Tu bukan kawan Jaejin ke?"
Tanya Soojin setelah mereka berdua berada di dalam lif.
"Oh, yang perempuan tadi tu ke? Aah. Tapi dia nampak macam busy je. Tengah kerja tu."
Balas Jaejin seraya menekan butang berangka 16 yang tertera pada dinding lif itu.

*********

Jaejin POV
Aku merebahkan seluruh tubuhku ke atas katil untuk melepaskan segala keletihan. Permukaan siling bilik ditenung lama. Tetapi yang kelihatan adalah wajah Nana. Mengapa bayangannya sering mengganggu fikiranku semenjak tadi. Riak wajahnya tadi seperti tidak mahu melihatku. Apakah kesalahan yang telah aku lakukan padanya? Kim Nana, jangan biar pelbagai persoalan bermain di benak fikiran saya boleh tak. Alangkah bagusnya kalau aku boleh berkata sedemikian.
Kedua-dua belah mataku ditutup rapat. Cuba untuk melelapkan mata. Wajah Nana sekali lagi mengetuk ruang fikiranku.

"Heish tak boleh jadi ni!"
Kataku sendirian.

Aku bingkas bangun menuju ke bilik air untuk mandi. Seperti biasa, aku akan mandi apabila fikiranku terganggu. Mungkin ianya kedengaran pelik bagi sesetengah orang tetapi aku sudah terbiasa melakukannya semenjak dari kecil lagi. Dan kini yang mengganggu fikiranku adalah Nana sedangkan aku sendiri tidak tahu apakah sebabnya.

********

Aku menuju ke lounge untuk bersarapan berseorangan pada pagi ini. Soojin noona telah pun pulang malam tadi. Memang aku bercadang untuk menghabiskan sehari dua di sini sebelum balik semula ke Seoul. Alang-alang sudah ke Jeju, baik aku manfaatkannya sebaik mungkin.

Dua keping roti bakar beserta kacang panggang dan telur hancur menjadi pilihan santapanku. Kopi yang masih lagi hangat di dalam cawan itu dihirup perlahan. Beberapa keping brochure yang tersusun cantik di atas meja itu aku ambil satu. Aku menilik kandungannya. Pelbagai tempat menarik sekitar Jeju memenuhi brochure tersebut. Muzium teddy bear kelihatan menarik. Dah lama aku teringin untuk ke situ. Banyaknya pilihan. Alangkah bagusnya kalau aku mampu pergi ke semua tempat sekaligus.

Aku mendail nombor Byunghun untuk mengajaknya menemaniku hari ini. Setelah dua kali mencuba, barulah talian berjaya disambungkan.
"Yo Jaejin! Kenapa call aku ni?"
Tanya Byunghun.
"Aku nak ajak kau pusing Jeju. Kau free kan? Jom la teman aku."
Pintaku.
"Sorry la dude. Aku dah on the way nak ke airport ni. Esok ada show lain nak kena attend. Next time la okay."
Balas Byunghun.
Kerap sungguh aku mendengar perkataan lain kali akhir-akhir ini. Betapa terkesannya perkataan tersebut bagiku. Aku melepaskan keluhan berat.
"Kau okay tak Jaejin?"
Tanya Byunghun setelah mendengar keluhanku.
"Aku okay. Tak apa, lain kali pun boleh. Okay la, aku tak nak kacau kau. Bye."
Ucapku.
Talian dimatikan beberapa saat kemudian. Nampaknya aku terpaksa keliling Jeju berseorangan la hari ini.

********

Nana POV
Leganya apabila semua kerja sudah pun selesai. Oh tidak, masih belum. Aku perlu menaip laporan pula bagi segala isi lengkap fashion show malam tadi. Nasib baik aku dibenarkan pulang ke Seoul pada bila-bila masa sebelum Jumaat untuk kembali ke pejabat pada hari tersebut. Aku sudah memutuskan untuk pulang pada keesokan hari. Bolehlah aku berehat untuk satu hari di rumah sambil menyudahkan laporan untuk dihantar pada hari Jumaat nanti. 
Aku melontarkan pandangan jauh ke penghujung laut biru di hadapanku. Kejernihan air biru hampir menampakkan seluruh dasarnya. Rambutku yang separas bahu ditiup mesra oleh angin pantai. Pantai Hyeopjae memang cukup indah. Bukanlah setakat indah khabar dari rupa. Segala yang tertulis di dalam artikel adalah ternyata benar. Matahari tidaklah sehangat mana di musim sejuk seperti ini. Nasibku baik kerana salji tidak turun pada hari ini. Tidak ramai pengunjung di Pulau Jeju ketika musim sejuk seperti ini. Hanya orang seperti aku sahaja yang sanggup memilih Jeju sebagai tempat percutian pada musim sejuk. Gara-gara kerja yang perlu diuruskan. Jinki sudah pun pulang ke Seoul menerusi penerbangan pertama pagi tadi. Dia harus masuk kerja pada keesokan hari. Terpaksalah aku melalui percutian di pulau pada musim sejuk ini bersendirian.
"Kim Nana..."
Suara milik seorang lelaki meruntuhkan khayalanku.
Aku menoleh ke arah hadirnya suara itu.
Lee Jaejin.
Tiba-tiba aku berasa seperti tidak senang dengan kehadirannya. Apa pula yang dibuatnya di sini seorang diri. Noona kesayangannya tak mengikut sama ke. Aku kembali memandang ke arah laut, menikmati semula deruan ombak dan angin pantai. 
"Awak marahkan saya ke?"
Tanya Jaejin.
Dia melabuhkan pinggulnya di atas pasir dan duduk bersebelahan denganku. Pandangannya turut dilontarkan ke pantai di hadapan ini. 
"Semalam awak ada cari saya kan?"
Tambahnya lagi.
Perasaanku seperti sedang terluka. Terluka dengan persoalannya. Memang benar aku berasa marah dengannya. Tetapi untuk apa? Tidak mungkin untukku menjawab pertanyaannya itu.
"Kenapa awak senyap je? Saya ada buat salah kat awak ke Nana? Ke awak masih marahkan saya tentang kejadian majlis anniversary parents Byunghun tu?"
Jaejin masih dengan soalannya.
Aku memandang wajahnya.
"Tak, saya tak marah pun. Untuk apa saya nak marah awak. Lagipun kita kan cuma kawan saja. Ah, tak guna saya jelaskan semuanya pada awak."
Ujarku.
Aku bangun untuk berlalu pergi meninggalkan Jaejin. Pantas dia menggenggam tanganku. 
"Nana.."
Jaejin berdiri lantas memelukku dari arah belakang.
Aku tergamam. Mengapa Jaejin bertindak seperti ini? Pantas degupan jantungku seakan-akan seekor kuda sedang berlari mendapatkan kemenangannya. Aku kaku berdiri dalam pelukan Jaejin.
"Maafkan saya. Tapi biarkan saya untuk seketika. Benarkan saya kemaskan perasaan saya ini."
Ucap Jaejin.
Walaupun aku tidak faham apa yang diperkatakan olehnya, hatiku seakan tersentuh dengan perbuatannya. Adakah sesuatu telah berlaku antara dia dan Soojin-ssi? Dia ditinggalkan? Lalu dia mencariku untuk menghilangkan kesedihannya? Kim Nana, jangan banyak bermain dengan persoalan. Aku membalas pelukannya dengan menggenggam erat kedua-dua belah tangannya yang kemas merangkul pinggangku.
"Tolong jangan endahkan saya. Saya rasa terluka bila awak buat macam tu pada saya."
Suara Jaejin berbaur kesedihan.
Tersentak aku mendengarnya.
"Awak terluka kerana saya? Tapi sebab apa?"
Tanyaku.
Senyap.
Jaejin tidak menjawab persoalanku. Aku hanya membiarkan Jaejin memelukku untuk seketika. Beberapa saat kemudian aku mendengar esakannya. Jelas walaupun ianya perlahan. Adakah ianya benar seperti yang telah ku duga? 
"Jaejin, awak okay ke ni?"
Tanyaku.
Tubuhku masih membelakangkan Jaejin kerana dia masih erat memelukku dari arah belakang.
"Betul ke awak dengan Byunghun akan bertunang tak lama lagi?"
Pertanyaan Jaejin tanpa ku duga.
"Awak tak perlu tahu. Itu semua tak ada kaitan dengan awak."
Balasku.
Aku meleraikan pelukan Jaejin dan melangkah untuk berlalu pergi. Jaejin dengan cepat menarik tanganku dan serta merta tubuhku menghadap dirinya. Sebelah tangan Jaejin menampung berat tubuhku manakala sebelah lagi memaut tengkukku. Segalanya berlaku dengan begitu cepat. Bibir kami telah pun bertemu. 
Lama.
Pipinya yang dibasahi air mata menyentuh pipiku. Aku mengelipkan mataku berulang kali. Apa yang sedang Jaejin lakukan ni? Apa yang terlintas dalam fikirannya?
Segera aku menolak tubuh Jaejin. Dia terdorong sedikit ke belakang.
Pangg.
Tanpa sedar aku menampar wajah Jaejin lalu berlari meninggalkan dirinya bersendirian di situ.

---------------------------------------------------------------------------------------

//Malas nak check spelling. Faham-faham la kalau ada spelling mistake tu. Lagi satu, malas gila nak letak link gambar. Kalau ada perkataan tak faham tu, bagitahu la ya.


Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

11 comments:

Shrek. said...

OMG ._. Kesianya Jaejin TT Nana nak kahwin dengan Byunghun ? Omg >< Tak sabarnya tunggu next chapter ! Sambunggggggggg (Y)

darla carolina said...

@Na'na Jaehyo's - Aaaaaa~ tade pulak unnie ckp dorg na kahwin . tunang jep >< ngeee .

anishiya にズき said...

Aaaauucchhhh ! sian jaejin ! Lee Jae jin , don't worry Shin Ha Jin ada ! kekekke ^__^

Diyana Ashari said...

OMG ! OMG ! Unnieeeee cepat sambung !! uwahhh ,kalau dipanjangkan scene tu lagi ,mesti auwwww ! aaa , kesiannya jaejin . aaa kesian budak comel tu :3 sambungg !

darla carolina said...

@anishiya - cam geli jep kaw -..-

darla carolina said...

@yyayya - ecehhh dipanjangkan :DD AHAHAHAHA scene yg last tuh ke ? ngeee . next week lakk unnie smbung . ta pun tgok lha klaw free nt ._.

crayon_amira said...

unnie da update..yeahhhh..
alololo..semalam kite ta boleh on9..yeah bukak2 je unnie da update chapter 9...chapter seterusnya..sambung~~~~ ><

crayon_amira said...

unnie da update..yeahhhh..
alololo..semalam kite ta boleh on9..yeah bukak2 je unnie da update chapter 9...chapter seterusnya..sambung~~~~ ><

darla carolina said...

@crayon_amira - HAHA unnie update smlm . neyh ta update utk beberapa hari kodd . tgok nnt klaw free time :)

nanajoe said...

kenapa kah ....

<---- budak ni dah lama tak baca sbb busy dengan kerja merepek . keh, nk baca next chapter

darla carolina said...

@Nana HyunJoe's - kenapa apa .__. erkk ==' unnie pown tataw . Aaaaa~ bace je lha HAHA :D