AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

Untouchable Memory : Babak 12 | Penghalang Cinta

Babak sebelum ini >Luahan Hati<

Nana POV
Mataku tidak lekang melihat muka depan akhbar yang mempamerkan gambarku bersama Byunghun. Tidak pula aku fikirkan ia akan menjadi muka depan akhbar. Riuh satu pejabat bertanyakan pelbagai soalan. Dalam sekelip mata aku menjadi popular untuk sehari. 
"Kau tengok lama-lama nak buat apa Nana? Dah nak tembus paper tu kau tahu tak."
Tegur Jojo.
Aku melipat akhbar itu lalu kembali menaip.
"Popular la kau Nana lepas ni. Satu office sibuk tanya aku kenapa kau cuti semalam. Ada yang siap tanya betul ke cerita tu. Macam-macamlah. Tak larat aku nak jawab."
Sambung Jojo.
"Alaaaaaa, kau tak payah layan soalan diorang tu semua. Lama-lama nanti senyap la tu."
Jawabku.
"Habis tu kau macam mana? Dah la last minute baru bagitahu aku. Kau nanti kerja sini lagi ke?"
Tanya Jojo.
"Kau ingat aku nak berhenti ke? Aku macam ni la. Lagipun kau faham-faham je la papa aku tu. Terpampang headline news tu 'PENYATUAN DUA BUAH KELUARGA DAN SYARIKAT'. Aku bukan ingin pun kerja dengan papa aku. Aku dah buat macam apa yang dia suruh. Tu pun dah kira bagus."
Balasku.
"Kesian kau Nana. Hidup pun kena tentukan buat itu ini. Nasib baik aku punya family tak macam tu."
Ucap Jojo lalu kembali ke tempat duduknya.
"Aku malas nak fikir la. Aku pun tengah tak tahu aku ada perasaan ke tak dengan Byunghun tu. Dia baik. Sebab tu aku tak kisah. Lagipun aku dah kenal dia dulu sebelum bertunang. Tapi kenal biasa-biasa je."
Serta-merta ingatanku lari pada seseorang.
Lee Byunghun.
Dia memang baik. Aku senang ketika bersamanya. Tapi hati aku menidakkan perasaan untuk bersamanya. Aku kenal Byunghun pun kerana Jaejin. Dan apa yang aku lakukan sebenarnya adalah menyeksa diriku sendiri. Aku memang menyukai Jaejin tapi aku tak sanggup dikecewakan lagi. Aku dah serik untuk bermain dengan cinta. Mungkin Byunghun takdir hidup aku walaupun aku tidak mencintainya. 
Bukan aku tidak mahu mempercayai Jaejin. Dia sendiri telah mengucapkannya padaku. Tapi kata-kata itu tidak bererti apa-apa bagiku. Kalau benar dia menyukaiku, mengapa malam itu dia bersama dengan Soojin. Tapi untuk apa dia meluahkan perasaan dia padaku. Hampir padat kotak fikiranku memikirkannya.

********

Jaejin POV
Kepala yang tidak pening dipicit-picit. Terasa seperti ingin ditelan sahaja akhbar yang terletak di atas meja makan. Akhbar minggu lalu masih lagi di situ. Wajah Nana seakan-akan memperlekehkanku dengan senyumannya yang sinis itu. Pandangan segera aku larikan pada jam yang tergantung di dinding. Hampir jam empat petang. Omma tiada di rumah. Aku sendiri tidak tahu apa yang perlu dibuat hari ini. Terasa bosan pula duduk di rumah. Sepanjang hari aku hanya menghabiskan masa dengan membaca buku dan mencari maklumat untuk diberikan kepada Seunghyun.

Aku kembali ke bilik tidurku semula. Buku-buku yang berselerakkan di atas meja itu aku masukkan ke dalam laci. Seketika pandanganku tertumpu pada diari kecil milikku. Aku perlu menunaikan hasrat terakhirku sendiri sebelum pergi meninggalkan dunia ini. Tetapi adakah aku mampu melakukannya? Kunci kereta di atas meja pantas ku ambil. Meninggalkan bilik dalam keadaan sebegitu rupa dan menuju ke kereta.

Ring..Ringg..Ringgg..

Langkahku terhenti di pintu kereta. Telefon bimbit yang berdering segera ku jawab.
"Yeobeseyo, yah Seunghyun. Apa lagi kali ni?"
Sahutku.
"Aku tak jumpa pelan yang kau lakar hari tu. Mana kau letak? Dalam bilik kau ke?"
Tanya Seunghyun.
"Dalam plan holder dekat belakang projector tu. Kau cari elok-elok. Ada kat situ. Takkan sebab benda tu, aku nak kena pergi office pula."
Balasku.
"Oh, ada. Aku dah jumpa. Okay okay, sorry kacau kau."
Klik.
Talian diputuskan.
Aku segera memasuki kereta dan menghidupkan enjin. Berkira-kira seketika untuk pergi ataupun tidak. Patutkah aku berjumpa dengannya? Dia kini tunangan orang. Tapi mereka cuma bertunang. Belum berkahwin.
"Now or never, Lee Jaejin."
Ucapku.
Patutkah aku berjumpa dengannya? Ya, aku memang patut berjumpa dengannya. Sudah banyak kali dia mengelak dan memberikan alasan setiap kali aku ingin mengajaknya keluar.

********

Sepatutnya Nana akan tamat kerja pada pukul lima. Apa pula yang aku buat di sini seawal empat setengah petang. Tapi apa yang harus aku katakan padanya nanti? Marahkah Nana padaku? Salahkah aku menyukainya? Nana Nana Nana. Sifatnya membuatkan aku ingin tahu apa yang sebenarnya terkandung dalam dirinya. Apa yang difikirkan olehnya, apa kemahuannya. Semuanya. Aku ingin tahu kesemuanya. Tapi adakah itu bererti aku mencintainya? Atau aku hanya ingin menunaikan hasrat aku untuk mengalami perasaan bercinta?

Knockk..Knockk..

Tingkap pintu keretaku diketuk. Aku menurunkan kaca tersebut. Seorang perempuan menghulurkan senyuman padaku.
"Lee Jaejin-ssi? Buat apa kat sini? Padanlah nampak kereta ni macam kenal je."
Tanya Jojo.
"Saya tunggu Nana. Dia dah habis kerja ke?"
Balasku.
"Nana? Awak buat apa tunggu dia? Dia ada lagi kat atas. Kejap lagi turunlah tu."
Jawab Jojo.
"Kamsahamnida. Eh, awal habis kerja. Bukan pukul lima ke?"
Aku pula bertanya.
"Hahahaa. Memang pun. Tapi saya balik awal sikit sebab ada hal. Nana akan turun pukul lima. Selamat menanti. Annyeong."
Ujar Jojo sebelum berlalu pergi.

Aku kembali menaikkan semula kaca tingkap kereta. Masih ada kira-kira dua puluh minit sebelum Nana tamat waktu kerjanya. Aku telah berterus-terang tentang isi hatiku, tetapi Nana? Aku tak mampu menduga apa yang difikirkannya. Hatinya sekeras batu.

Aku cuba menghubungi Nana dan nasibku amat baik. Dia menjawab panggilanku setelah lama membiarkannya berdering.
"Yeoboseyo, Nana?"
Ucapku.
Senyap.
Nana tidak bersuara tetapi aku tahu dia masih di situ.
"Nana...."
Panggilku.
Dia masih tidak bersuara dan aku pula tidak mengetahui sebabnya.
"Nana, saya tahu awak ada kat situ. Kenapa awak cuba larikan diri dari saya? Apa salah saya?"
Tanyaku.
Nana memilih untuk terus membisu.
"Adakah menyukai awak itu adalah merupakan kesalahan saya? Jawab Nana, jangan buat saya macam ni."
Tambahku lagi.
Aku terdengar suara esakan halus di hujung talian.
"Mianhae..mianhaeyo Nana. Saya tak paksa awak untuk suka saya. But, at least gimme some reason for that. Mungkin saya mampu memperbetul diri saya. Tak apa kalau awak tak nak cakap dengan saya sekarang. Bye."
Aku menamatkan panggilan.

Sejujurnya aku sendiri tidak tahu apa kesalahan yang telah aku lakukan sehingga aku dihukum sebegini rupa. Aku perlu bercakap dengannya. Aku boleh terima kalau dia memberi sebab untuk tidak menyukai aku. Tetapi apa yang dia tunjukkan padaku selama ini seolah-olah menyimpan sesuatu perasaan yang meminta aku membalasnya. Aku tidak pandai untuk bermain cinta. Nana tidak patut menghukum aku seperti ini. Dia tidak patut mengelak setiap kali aku ingin berjumpa dengannya.

Nana POV
Telefon bimbit kembali diletakkan ke dalam tas tanganku. Sepatutnya aku tidak menjawab panggilan tadi tetapi hatiku mendesak untuk menjawabnya. Akibatnya hati aku sendiri yang terluka. Terluka dengan kata-kata Jaejin. Aku tidak pernah berniat untuk melarikan diri daripadanya. Tapi aku cuma tidak mampu berhadapan dengannya semenjak dia meluahkan isi hatinya padaku. Aku tidak yakin dengan kata-katanya. Lelaki memang mudah bermain kata. Dia cuma menyukai dan bukan mencintai. Aku patut tahu membezakan dua perkataan tersebut.

"Tak nak balik ke, Nana?"
Tanya Hwa Na.
"Nak balik la ni."
Jawabku lalu berganjak dari mejaku.
"Awak tak perlu kerja susah payah macam ni. Kalau saya jadi awak, dah lama saya berhenti."
Balas Hwa Na.
"Jwesonghamnida, saya minta diri dulu."
Ucapku sebelum meninggalkannya.

Tak betah aku untuk membahas soal kerja dan keluargaku dengannya. Kaki melangkah laju menuruni tangga. Aku lebih gemar menggunakan tangga memandangkan pejabatku hanya berada di tingkat satu. Sebaik sahaja aku keluar dari bangunan ini, tanganku segera ditarik.

"Mianhaeyo."
Ucap Jaejin.
Dia menarikku untuk mengikutinya. Adakah ini satu penculikkan? Mengapa Jaejin seperti ini? Dia memaksaku untuk menaiki keretanya. Aku hanya akur. Duduk terdiam di kerusi penumpang bersebelahan dengannya.
"Mianhae. Kalau tak, saya tak tahu macam mana nak jumpa awak."
Ujar Jaejin.
Kereta itu dipandu tanpa aku ketahui ke mana hala tujunya.
"Kenapa awak larikan diri dari saya Nana?"
Tanya Jaejin.
Aku tidak tahu bagaimana untuk menjawab. Setiap kali dia mencariku, pasti aku akan memberikan seribu alasan padanya.
"Nana, kalau awak tak bagitahu, tak mungkin saya akan tahu."
Tambahnya lagi.

Dia menggenggam tanganku. Kehangatan tangannya membuatkan jiwaku luluh. Hati mula terasa sebak. Aku turut menyukai Jaejin. Tidak, aku mencintainya. Cuma aku takut untuk mengakui perasaan itu.

"Saya tulus menyukai awak, Nana. Tapi kenapa awak menolak perasaan saya? Saya cuma perlukan alasan untuk itu. Saya tak mungkin akan menyalahkan awak jika awak memilih Byunghun. Hati dan perasaan tidak boleh dipaksa. Saya cuma nak tahu penyebabnya je."
Desak Jaejin.
"Saya....cuma takut..."
Aku menjawab.
"Apa yang awak takutkan?"
Tanya Jaejin.
Dia memberhentikan kereta di bahu jalan.
"Saya takut untuk mencintai awak. Saya takut untuk menyukai awak. Saya takut untuk menyukai mana-mana lelaki pun. Bukan Byunghun penyebabnya. Saya tak nak rosakkan hubungan awak dengan Soojin-ssi. Saya tahu dia mencintai awak."
Balasku.
Wajah Jaejin berubah serta-merta.
"Soojin noona? Tak mungkin. Dia cuma kakak saya. Tak mungkin dia cintakan adik dia sendiri."
Jaejin menidakkannya.
"Jaejin, saya perempuan. Saya tahu pandangan seseorang perempuan terhadap lelaki yang dicintainya. Soojin-ssi betul...."
Jaejin cepat memotong percakapanku.
"Tak. Awak jangan jadikan itu sebagai alasan. Tak mungkin noona sukakan saya."
Ucap Jaejin.
Dia kembali melepaskan brek tangan sebelum menekan pedal minyak tanpa aku ketahui ke mana ingin dituju.

---------------------------------------------------------------------------------------------

//Sorry lambat update. Sorry kalau tak best. Sorry kerana buat anda menunggu. Sorry untuk segala-galanya. Cewahh :D Perenggan tu buruk sebab copy paste dari note -.- Spacing jadi rapat. Huddduuuuhh =='


Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

13 comments:

crayon_amira said...

yeahhhhh..unnie update juga akhirnye!!!! :D (gembira)

darla carolina said...

@crayon-amira - ehh da abes bace da ? cepatnye :O unnie baru update tadi. fuyyoohh pamtas .

crayon_amira said...

belum habis lagi..skrg bru bace sparuh..hahah excited sgt nmpk unnie da update teros komen..heheheheh

crayon_amira said...

yeahhh done!!! aeygoo unnie..ta sabar nak bace next chapter..alololo
unnie2 mcm mne nk letak lagu kat entry mcm unnie..ajar please kite da carik bnyk tutorial tp ta jumpe.. :)

darla carolina said...

@crayon_amira - oh padan lha pun HAHA. ehh mmg belum ade rasenye org buat tutorial neyh. unnie pown ta reti na ajar. Ala, sng jep. mira copy code YT yg org pkai letak kat sidebar tuh, paste jep dalam entry.

Nana HyunJoe's said...

ALAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA ASAL HABIS CENGGINI TT-TT ALAHAI .. ALAHAI . ALAHAAAAAAAAAAAAAAAAAAI -.- SAMBUNG UNNIEEEE ~

darla carolina said...

@Nana HyunJoe's - Ehhh .__. abes tuh na abes cmne ? HAHA :D ekceli da mls na type. tuh habes cemgitu. okay okay. nnt unnie sambung :D

anishiya にズき said...

Hoooooooooooooiiiiiiiii penatje bukak ! pendek gila chapter ni -.-' hmmm cptlah sambung TT_TT

darla carolina said...

@anishiya - siodd jepp kaw. alaaa nnti aku smbg ahh. kaw na pnjg cemana tah -..-

crayon_amira said...

hahah..unnie ta jadilah mcm unnie bwt..heheh btw thanx ae unnie sbb ajarkan :)

darla carolina said...

@crayon_amira - kena edit code tuh. width dgn height nye mira adjust bagi kecik. buat 30 x 40 jepp.

crayon_amira said...

unnie2 jadilah..hahahah tp kite guna code lain sikit...btw kamsahamida sbb tolong ajarkan ^^

darla carolina said...

@crayon_amira - no biggie ^^ hehee . haaa dia mmg kne godeh godeh sikit code nye :D