AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

Untouchable Memory : Babak 13 | Aku Mencintaimu

Babak sebelum ini >Penghalang Cinta<

Author POV
Mata Soojin masih lagi tertancap pada laporan pemeriksaan Cheolyong. Dia amat merisaukan kesihatan kanak-kanak itu. Menderita dengan sakit yang dialami sejak kecil lagi. Kehidupannya juga tidak seperti kanak-kanak yang lain. Soojin telah berusaha untuk merawat Cheolyong tetapi yang mampu dilakukan hanyalah sekadar melambatkan proses jangkitan itu merebak ke seluruh jantung sementara menunggu penderma jantung yang sesuai. Sudah bertahun lamanya Cheolyong menerima rawatan daripadanya. Semangat anak kecil itu sangat kuat. Soojin tidak pernah berputus asa terhadapnya dan yakin suatu hari nanti pasti dia akan berjumpa dengan penderma yang sesuai.
Tokk..Tokk..Tokkk..
Pintu ruangan Soojin diketuk. 
Lambat Soojin bangun menghampiri pintu tersebut untuk membukanya. Tombol pintu dicapai dan dipusingnya perlahan. Terbuka luas pintu itu. Wajah Jaejin yang penuh dengan seribu tanda tanya membuatkan Soojin hairan. Apatah lagi apabila melihat Jaejin menggenggam erat tangan Nana di sebelahnya.
"Jinnie-ahh, ada apa? Nampak cemas je."
Tanya Soojin.
"Noona... Bagitahu Jaejin hal yang sebenarnya."
Pinta Jaejin.
Dia menarik Nana untuk melangkah masuk ke dalam pejabat Soojin. Nana hanya tertunduk patuh. Soojin pula masih tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi. Mengapa Nana turut berada di situ. Apa sebenarnya yang ingin dikatakan oleh Jaejin. Soojin tidak mampu menduganya.
"Hal apa? Jaejin nampak lain macam je ni. Ada sakit kat mana-mana ke?"
Tanya Soojin lagi.
"Noona, Jaejin cuma nak tahu apa perasaan noona kat Jaejin. Betul ke noona sukakan Jaejin? Nana dah salah faham tentang hubungan Jaejin dengan noona."
Pertanyaan Jaejin memeranjatkan Soojin.

Soojin POV
Pertanyaan yang tidak pernah disangka akhirnya terbit juga di bibir Jaejin. Perlukah aku menyuarakan kata hatiku yang sebenarnya. Apa pula yang akan dikatakan nanti? Aku mungkin akan kehilangan Jaejin. Aku dapat melihat keikhlasannya terhadap Nana. Mungkin lebih teruk lagi jika Jaejin membenciku. Tidak, aku tak boleh membiarkan Jaejin mengetahui perasaanku. 
"Apa yang Nana fikirkan ni. Tak mungkin noona akan suka kat Jaejin. Kan Jaejin ni my dongsaeng. Mengarut je la sampai fikir macam tu."
Bohongku.
"Kan, saya dah cakap dah tak mungkin noona anggap saya lebih dari seorang dongsaeng. Awak yang banyak fikir."
Ucap Jaejin.
Dia cuba untuk memujuk hati Nana mungkin. Dan mungkin juga dia menginginkan Nana menjadi pemilik hatinya tetapi Nana menggunakan aku sebagai alasan untuk tidak menerima Jaejin. Tak mengapa, aku cukup bahagia sekiranya Jaejin bahagia. Aku patut menghormati perasaan dan juga keputusannya.
"Nana, awak tak patut meragui Jaejin. Saya tak pernah menganggap Jaejin lebih daripada seorang dongsaeng. Lagipun, kami membesar bersama. Mungkin sebab tu awak salah anggap akan hubungan kami."
Ucapku.
Nana hanya senyap sahaja. Aku pula masih tersenyum sambil menyembunyikan perasaan sedihku. Nana lebih mengetahui perasaanku berbanding Jaejin. Dan aku pula tidak mungkin merosakkan hubungan kami hanya kerana perasaan bodoh aku ini.
"Tak apalah noona, mianhae sebab mengganggu noona. Jaejin balik dulu ya."
Pinta Jaejin.
Aku hanya sekadar mengangguk lalu menghantar mereka ke muka pintu. Pertemuan yang tidak lebih daripada sepuluh minit tetapi begitu terkesan bagiku. Tangan Jaejin pula setia menggenggam erat jari-jemari Nana. Entah mengapa hatiku sakit melihatnya. Senyuman yang terukir pada bibir Jaejin bukan lagi milikku. Kemesraan yang ditunjukkan juga bukan lagi untukku. Jaejin yang aku kenali sejak kecil itu telah pun mempunyai perasaan terhadap perempuan lain. Aku akan kehilangan Jaejin lebih awal dari yang aku jangkakan. 
Hatiku menjerit, menangis semahunya. Aku tidak sanggup membiarkan Jaejin bersama perempuan lain. Walaupun aku tahu Jaejin itu bukan milikku dan dia hanya menganggap aku sebagai kakaknya. Hanya sebagai seorang noona. Perasaan aku yang bertahun lamanya dipendam ini tidak mampu menandingi perasaan Jaejin terhadap perempuan itu. Aku tewas. Aku telah pun tewas sebelum sempat bertanding. 

Jaejin POV
Nana hanya tunduk dan mengikuti langkahku menuju ke kereta. Tanpa bersuara sedari tadi. Tetapi riak wajahnya seolah-olah sedang memikirkan sesuatu. Apa yang sedang difikirkannya? Adakah dia masih meraguiku. Nana duduk disebelahku tanpa bersuara. Tiba-tiba aku merasakan suasana aneh disekeliling kami. Suasana yang membuatkan aku berasa janggal. Aku mahupun Nana, masing-masing tidak bersuara. Lantas aku memutuskan untuk memandu menuju ke Namsan Tower. 
"Eh, kita nak ke mana?"
Tanya Nana.
Sekurang-kurangnya dia bersuara. Aku hanya membalas dengan senyuman dan meneruskan pemanduan. Membiarkan Nana dengan tanda tanya. 

********

Aku memberhentikan kereta setelah tiba ditempat yang dihajati. Kereta diparkir tepat di hadapan Namsan Tower. 
"Kita dah sampai."
Ucapku lalu melepaskan tali pinggang keselamatan.
Nana menoleh ke kiri dan kanan.
"Untuk apa kita ke sini?"
Tanya Nana.
"Awak ikut je la."
Balasku.
Nana keluar dari perut kereta setelah aku melepaskan tali pinggang keselamatan yang melintang di atas badannya. Dia yang masih lagi melihat sekeliling segera ku tarik untuk naik ke atas. 
"Jaejin.."
Sebut Nana dengan nada separuh tinggi.
"Syhhh...Nanti awak tahu la."
Cepat aku memotong percakapannya.
Aku hanya berniat untuk berkongsi tempat yang paling berharga untukku dengannya. Tempat di mana aku sering kunjungi ketika bersedih. Tempat di mana aku meluahkan perasaan. Dan tempat di mana aku selalu idamkan untuk bersama dengan seseorang yang bakal aku pilih untuk menemani hari-hariku. Hari-hari yang bakal berakhir tidak lama lagi. Mungkin apa yang aku lakukan bakal melukakan hati Nana. Tapi aku yakin bahawa aku benar-benar mencintainya.
"Kenapa kita naik atas ni?"
Tanya Nana.
"Ingat tak kali pertama saya dan awak ke sini?"
Aku pula bertanya.
"Oh, masa tu. Dua bulan yang lepas?"
Balas Nana.
"Sebulan lebih. Belum cukup dua bulan lagi."
Aku membetulkannya.
"Lebih kurang je tu."
Jawab Nana.
Tahukah dia bahawa masa itu amat berharga buatku walaupun hanya untuk sehari. Tiba-tiba aku merasakan sesuatu yang tajam mencucuk perutku. Mungkin kerana aku tidak mengambil ubatku. Tangan kiri memegang perut sementara wajahku cuba untuk mengawal senyuman.
"Semenjak dari hari tu, saya rasa saya dah mula sukakan awak. Maksud saya, saya mencintai awak. Nana, saya ikhlas mencintai awak."
Ucapku tanpa penuh keraguan.
Nana memandangku dengan wajah yang menginginkan kepastian.
"Dari hari tu? Dari hari saya ditinggalkan lelaki lain? Betul ke ni? Saya tak nak awak simpati terhadap saya. Kalau perasaan awak tu hanya kerana simpati, saya tak perlukannya."
Balas Nana.
"Nana...saya tak pernah bersimpati terhadap awak sebaliknya saya cuma ingin melindungi awak. Dari malam itu, saya hanya ingin melindungi awak. Saya tak sanggup melihat air mata awak mengalir untuk lelaki lain. Saya tulus mencintai awak, Nana."
Ucapku.
Tangan kananku memegang bahu Nana. Kesakitan ini tak dapat ditahan lagi. Terasa ingin saja tubuhku ini direbahkan di lantai untuk seketika. Aku pantas menarik Nana dalam pelukanku. Membiarkan tubuhku disokong olehnya. 
"Jaejin, badan awak sejuk ni. Awak okay ke?"
Tanya Nana dalam pelukanku.
"Jawab pertanyaan saya, Nana. Adakah awak sudi menerima saya untuk melindungi awak? Saya betul-betul cintakan awak, Nana."
Aku membiarkan soalan Nana malah bertanya soalan lain padanya.
"Jaejin, gomawo...sebab mencintai saya."
Balas Nana.
Dia mengangguk. Aku terdengar esakan halusnya lalu mengeratkan lagi pelukanku. Pedih yang dirasakan di perutku sedari tadi juga kian surut. 
"Terima kasih sebab sudi membiarkan saya mencintai awak."
Ucapku.
Aku meleraikan pelukanku secara perlahan sebelum menyentuh pipinya. Jernihan pada pipinya itu aku kesat menggunakan ibu jariku. Wajah kacukan Korea-Jepun itu aku amati. 
"Saya cintakan awak, Nana."
Sekali lagi aku mengucapkannya.
Nana mengangguk mendengar kata-kataku. Wajahnya aku tampung menggunakan kedua-dua belah tanganku. Ibu jari masih lagi mengesat jernihan pada pipinya. Kemungkinan air mata terharu setelah mendengar lafaz yang aku ungkapkan. Aku merapatkan wajahnya sehingga hidung kami bertemu. 
"I'm really in love with you since my first time at here with you."
Bisikku pada bibirnya.
Senyuman mekar terbentuk pada bibirnya membuatkan hatiku cukup terusik. Adakah aku bermimpi? Akhirnya aku berjaya menawan hati Nana yang tidak pernah aku fikirkan untuk menaklukinya.
"And I'm also love you."
Balas Nana separuh berbisik.
Hatiku berbunga mendengar kalimah cinta yang meniti bibir Nana. Aku tidak pernah meminta lebih dari sekadar cinta daripadanya. Bibir mongel yang tersenyum itu dijamah mesra oleh bibirku. Rambutnya yang jatuh menutupi wajah itu aku elus manja lalu tanganku dibawa melingkari tengkuknya untuk menghangatkan lagi ciuman kami. Jikalau waktu boleh dihentikan, ingin saja aku membiarkan waktu itu terhenti sementara aku dan Nana akan kekal seperti ini. 

-------------------------------------------------------------------------------------------

//Tak sempat nak check spelling. Sorry sebab pendek. Tak sempat nak update panjang-panjang. Ada kelas kejap lagi. Tak tahu bila lagi boleh update. Tak dapat nak janji untuk update secepat mungkin. Sorry sorry sorry sangat-sangat.


Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

6 comments:

crayon_amira said...

yeahh da update...tp knp chapter ni sikit je..alololo btw chapter ni buat kite nk nangis..T_T sweet sgt.. unnie next chapter~~huhuhhuhuh ta saba nk baca next chapter... :D

Nana Johari said...

fuyohhhhhhhhhhh sambunggg unnieeeeeeeeee

darla carolina said...

@crayon_amira - unnie ta sempat nak update bebanyak ._. ekceli scene yg ni semua patutnya ada dlm chpter lepas tapi unnie split up . sbb tuh chpter neyh ngn lepas pendek ._.

darla carolina said...

@Nana Johari - okay ._. selamat menunggu .

anishiya にズき said...

setelah sekian lama aku tak bukak fanfic kw nih . kw baru update 1 jeke -.-' hmmm cptlah update . weewiiittt jaejin ni bukan main hmm hmm

darla carolina said...

@anishiya - sorry ahh . aku busy . aritu jongki beday . pastu assignment lagi TT-TT mid term exam lagi TT-TT neyh pun da dua minggu aku ta update . mybe aku akan update dlm mnggu dpn kodd =='