AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

Untouchable Memory : Babak 14 | Bahagia Yang Dikecapi

Babak sebelum ini >Aku Mencintaimu<

Nana POV
Perasaanku ketika ini amat berbunga. Keikhlasan yang dipamerkan oleh Jaejin dapat aku rasakan. Kehangatan bibirnya juga membuatkan aku mempercayai kata-katanya. Dia menghulurkan senyuman padaku selepas meleraikan ciuman tadi lantas memeluk erat tubuhku. 
"Nana, saya akan menghargai awak lebih dari segala-galanya."
Bisik Jaejin.
Suaranya amat jelas menampan gegendang telingaku walaupun dengan nada yang perlahan. Aku cuma mengangguk perlahan lalu membalas pelukannya. Untuk seketika tubuh yang didakap itu terasa semakin memberat. Lama aku dibiarkan di dalam pelukannya sebelum tangan Jaejin terlepas dari tubuhku. 
Panik.
Segera aku mengalihkan tubuhnya daripada badanku. Wajahnya kelihatan pucat. Peluh dingin mula merenik pada dahi Jaejin. Dia tidak mampu untuk menampung berat badannya sendiri. Cepat aku mendakap kembali tubuhnya dan bersandar pada tepi dinding yang tidak jauh daripada tempat kami berdiri. Apa yang harus aku lakukan? 
"Jaejin, awak okay? Badan awak sejuk ni. Awak sakit ke? Macam mana ni?"
Aku mula gelabah.
"Nooo...na....."
Hanya perkataan itu sahaja yang terbit dari bibirnya.
Aku mengerti akan permintaannya itu. Dengan segala kudrat yang ada, aku membawa Jaejin ke kereta untuk dibawa bertemu dengan Soojin. Hairan juga aku dibuatnya. Riak wajah Jaejin seolah-olah dia sedang berlawan dengan dirinya. Sakitkah dia?

********

Jaejin POV
Aku tersedar setelah entah berapa lama aku berada di atas katil ini. Terpisat-pisat mataku melihat Soojin noona yang sedang lena di hujung kakiku. Pasti dia menunggu aku sedar sedari tadi. Aku turun dari katil dengan perlahan supaya tidak mengganggu tidurnya. Baik aku menghubungi Nana. Pasti dia sedang merisaukan keadaanku.
"Jinnie-ahh..."
Soojin noona memanggilku.
Aku segera menoleh ke arahnya. 
"Nae, noona."
Balasku.
Dia bangun lalu menghampiriku. Tangan kirinya diletakkan di atas dahiku. Aku cuma diam sahaja membiarkan noona dengan apa yang ingin dilakukannya itu. Kemudian dia memegang tanganku pula. Ditekannya urat nadiku dengan ibu jarinya. 
"Baguslah, demam Jaejin dah surut."
Ujar noona.
"Demam? Bila pula Jaejin demam ni noona?"
Jawabku hairan.
"Tu la, kesihatan sendiri pun terabai. Jaejin tak makan ke ubat yang noona bagi tu? Jangan miss makan ubat tu. Kena makan pada waktunya. Ubat tu pun akan memberi kesan pada suhu badan Jaejin. Contohnya macam tadi. Bila Jaejin dah lama sangat tahan sakit tu, suhu badan Jaejin akan berubah dan jadi tak stabil. Nanti bila...."
Belum sempat noona menghabiskan ayatnya, aku mencelah.
"Mianhaeyo, noona. Jaejin akan makan ubat ikut waktu lepas ni. Okay, sekarang boleh Jaejin keluar? Jaejin dah sihat dah pun ni."
Sejujurnya aku tidak betah untuk berada lama di hospital.
Bukannya aku tidak mahu berada di sini lebih lama. Cuma aku hanya ingin memanfaatkan masa yang tersisa untukku ini sebaik mungkin.
"Kalau ya pun, tunggu la pagi dulu. Ni dah lewat malam dah ni."
Balas noona.
"Tapi noona, nanti omma pelik pula Jaejin tak balik."
Aku memberikan alasan.
"Noona dah bagitahu omma dah yang Jaejin tidur kat rumah noona malam ni."
Jawabnya pula.
"Huhhh. Okay la."
Aku melepaskan keluhan berat.
Dengan mengamati jubin yang melekat pada lantai wad itu, aku berjalan semula ke katil. 
"Jinnie-ahh, tadi Nana tunggu dekat dua jam. Lepas tu noona suruh dia balik dulu."
Ayat Soojin noona mencuri tumpuanku.
Cepat pandanganku beralih padanya.
"Noona bagitahu dia ke pasal Jaejin?"
Tanyaku.
Dia tersenyum sebelum menggeleng sebagai tanda membalas pertanyaanku.
"Noona cuma cakap Jaejin demam dan antibodi Jaejin tak cukup kuat untuk terdedah pada suhu yang rendah terlalu lama."
Jawab noona.
Aku menggenggam kedua-dua belah tangannya.
"Noona, gomawo. Jeongmal gomawoyo. Noona nak tahu satu benda tak?"
Aku bertanya lagi.
"Apa dia?"
Noona membalas.
"Dalam hidup Jaejin, cuma ada tiga orang perempuan je yang paling Jaejin sayang. Omma, Soojin noona, dan Kim Nana. Jaejin harap, dalam masa yang tinggal untuk Jaejin ni, ketiga-tiga perempuan yang Jaejin sayang akan sentiasa gembira dan bahagia."
Tuturku dengan senyuman yang penuh bermakna.

Soojin POV
Walaupun Jaejin menyebut namaku dahulu sebelum Nana, aku tetap berasa yang ruang untukku di hatinya selama ini hanyalah sekadar untuk seorang noona. Jikalau dulu, Jaejin sering mengungkapkan bahawa hanya aku dan omma sahaja perempuan yang paling bermakna dalam hidupnya. Aku sentiasa senang mendengar setiap ungkapan itu. Tetapi kini segalanya telah berubah. Senyuman yang menemani hari-hariku selama ini juga telah pun hilang. Yang tinggal hanyalah senyuman untuk Nana. 
"Dah la. Jaejin rehat dulu ya. Esok baru discharge. Kesihatan tu kena jaga. Noona balik dulu."
Ucapku.
"Baiklah Doktor Park."
Jawab Jaejin.
Dia tersengih-sengih lalu baring dan menarik selimutnya sehingga separas dada. Aku pula menguntumkan senyuman padanya sebelum menghilang dari bilik itu.

********

Jam tangan yang melilit pergelangan tanganku dikerling. Hampir jam empat pagi. Aku pula masih lagi di sini, memerhati laporan kesihatan Jaejin yang baru diambil tadi. Perlukah aku memberitahu hal sebenar kepadanya mengenai tumbesaran sel-sel barah dalam perutnya itu. Kalaulah Jaejin patuh akan segala arahanku. Dia hanya perlu mengambil ubat pada waktunya sahaja. Itu bukannya satu perkara yang susah. 
Lembaran itu aku masukkan kembali ke dalam sampul surat. Mahu atau tidak, Jaejin tetap perlu menjalani pembedahan secepat mungkin bagi mengelakkan sel tersebut terus merebak. Aku cuma mampu memberinya dua minggu untuk bertahan. Dan itupun jika dia tidak berdegil dan mengambil ubatnya dengan tepat. Tapi mampukah aku untuk memberitahu Jaejin tentang hal ini? Aku tidak mahu Jaejin membenciku. Aku pernah berjanji untuk memberi dia peluang hidup selama empat bulan. Kini masa yang tinggal untuknya adalah dua bulan lebih saja lagi. Apa pula reaksinya jika aku memberitahu yang tubuhnya itu kini hanya mampu bertahan tidak lebih daripada sebulan? Pasti dia akan membenciku. Ya! Sangat membenciku. Tapi ianya sudah menjadi tanggungjawab aku sebagai seorang doktor untuk memberitahu segala keadaan kepada pesakit itu sendiri. Aku tidak boleh melanggar etika kedoktoran hanya kerana hal peribadi. 
Tokk..tokk..tokk..
Ketukan pada pintu bilik pejabatku itu mengembalikan aku ke alam nyata.
"Ya, masuk."
Ucapku.
Seorang jururawat shift malam muncul di muka pintu. 
"Ada apa, Jiyeon?"
Tanyaku.
"Doktor dah habis shift ke? Saya cuma nak bagitahu yang Cheolyong tadi sesak nafas. Tapi hanya sekejap. Doktor Lee dah bagi dia sedatif untuk biarkan dia tidur. Cuma denyutan jantungnya saja yang bermasalah tadi. Masa dia sesak nafas tu, denyutang jantungnya tidak stabil. Doktor Lee suruh saya maklumkan pada doktor tentang hal ni."
Jawab Jiyeon.
"Sedatif? Awak patut tahu yang Cheolyong tak boleh menerima sedatif! Tubuhnya tak serasi dengan sedatif. Bawa peralatan saya ke bilik Cheolyong sekarang!"
Pintaku.
Aku segera menuju ke bilik Cheolyong. Kanak-kanak itu sedang lena terbaring di atas katil yang telah bertahun-tahun menjadi tempat pembaringannya sehari-hari. Stateskop yang berada dalam peganganku ditekapkan pada dada Cheolyong. Mujur denyutannya masih seperti biasa. 
"Doktor.."
Panggil Jiyeon.
Aku menoleh padanya. Dulang yang ditatangnya itu aku sambut lalu meletakkannya di atas meja sisi. Sebotol ubat antibiotik dan juga picagari beserta kapas menjadi isi kandungan dulang tersebut. Aku menyedut antibiotik menggunakan picagari itu untuk menyuntiknya pada tubuh Cheolyong. Antibiotik ini la yang mampu memberikan anak kecil itu tenaga untuk meneruskan kehidupannya. Setiap lima jam dia perlu disuntik agar tubuh kecil itu mampu menjalani kehidupan sehariannya. 
"Ingat, no more sedatif. Badan Cheolyong alah dengan sedatif."
Aku mengamarnya dengan nada yang perlahan tetapi tegas.
Jiyeon hanya mengangguk faham. Setiap hari aku berhadapan dengan pesakit yang mengira hari-hari mereka. Dan begitu jugalah aku memahami erti ketabahan yang ada pada setiap pesakit terutamanya Cheolyong. Dia sangat tabah. Walaupun masih kecil, dia sentiasa mengetahui yang hidupnya tidak akan lama. Aku masih lagi berusaha mencari penderma yang sesuai untuknya. Dia masih kecil, masih banyak lagi perkara yang harus ditempuhinya. Perjalanan hidupnya tidak boleh dihentikan setakat ini. Aku akan sentiasa melakukan segala yang termampu untuk Cheolyong. Begitu juga dengan pesakit yang lain terutamanya Jaejin. 

********

Nana POV
Aku menutup pintu bilik Im Hwa Na lalu kembali ke mejaku. Ada saja yang tak kena di mata perempuan itu. Sudahlah dikritiknya kerja aku, ditambah pula dengan ayat-ayat sinis yang menyakitkan hatiku. Geram benar aku dengannya. Mentang-mentanglah dia orang atasan. Baru setakat Ketua Editor, dia ingat boleh dia cakap ikut suka hati dia. Fail yang dipegang sedari tadi aku hempaskan ke atas meja. Terangkat bahu Jojo yang sedang tekun menaip di hadapanku.
"Woi! Kau kenapa haaa?! Terkejut aku ni kau tahu tak!"
Tempik Jojo.
"Tu haaa makcik kesayangan kau. Dia perli aku. Ada ke patut dia suruh aku buka company sendiri kalau nak publish artikel macam ni. Aku dah buat habis baik dah ni. Apa lagi entah yang tak kena kat mata dia tu. Nak suruh aku resign dulu agaknya baru puas hati."
Luahku geram.
"Amboi, sejak bila pula dia jadi makcik aku ni. Alaaa, apa susah. Lain kali kau jawab je, nanti kau beli syarikat ni. Hahahahaaa. Mesti dia senyap punya la."
Balas Jojo.
Betul juga yang dikatakan Jojo tu. Tapi aku masih belum terfikir sejauh itu. Aku masih mampu berusaha sendiri untuk mencapai impianku.
"Kau gila ke apa. Buatnya dia betul-betul nak tengok aku beli macam mana? Tercungap-cungap aku depan dia kang."
Aku membidas.
"Kau beli je la. Bukannya kau tak ada duit pun. Kalau hotel-hotel, pasaraya semua boleh dibeli, kenapa tidak syarikat ni."
Ujarnya.
"Kau ni perli aku ke apa. Tu bukan aku yang beli. Tu papa aku okay. Aku ni nak beli apartmen yang aku duduk tu pun belum tentu mampu lagi."
Tegasku.
"Sama je la kau ke, papa kau ke, mama kau ke. Nanti semua harta tu kan kau juga yang dapat. Tak lari mana pun. Tunang kau apa cerita?"
Tanya Jojo.
Tunang? Lee Byunghun. Sudah lama aku tidak menghubunginya. Semenjak aku memberitahunya tempoh hari yang aku tidak mahu meneruskan dengan perkahwinan kami, dia hanya mendiamkan diri. Merajukkah dia? Jaejin pula tidak membenarkan aku berjumpa dengan Byunghun jika dia tidak bersamaku. Mungkin aku patut menghubungi Byunghun nanti. 

********

Sekarang ni aku lebih banyak menghabiskan masaku di pejabat dan juga bersama Jaejin. Hampir setiap hari Jaejin akan menjemputku dari rumah untuk ke tempat kerja dan begitu juga ketika waktu pulang. Dia lebih senang menghantar dan mengambilku dari membiarkan aku memandu sendirian. Walaupun alasan itu kedengaran aneh, aku hanya akur dengannya.
"Awak nak yang mana?"
Tanya Jaejin.
Aku menunjukkan perisa Cookies N Cream kepadanya lalu Jaejin menyuruh pelayan itu memberikan kami semangkuk aiskrim perisa yang aku tunjukkan tadi.
"Awak pun makan yang tu juga ke?"
Tanyaku.
"Saya nak cuba juga citarasa awak tu."
Jawab Jaejin lalu mencubit pipiku.
Aku menggosok pipi yang dicubitnya tadi. 
"Kalau nak, awak boleh rasa yang saya punya. Jadi awak boleh order yang awak suka."
Ucapku.
"Tak nak. Saya nak yang awak punya juga. Hehehe."
Balas Jaejin.
Dia menyambut semangkuk aiskrim yang dihulur oleh pelayan tersebut selepas membayar harganya. Kami berjalan seiringan menuju ke tepi tasik. 
"Nah."
Jaejin menghulurkan semangkuk aiskrim tadi padaku.
"Gomaaaawoooo."
Ucapku.
"Naeee cheon."
Balas Jaejin.
Aku menyuap sesudu aiskrim padanya. 
"Jaejin-ahh..."
Aku memanggilnya.
"Waeee?"
Tanya Jaejin.
"Dah seminggu dah awak hantar ambil saya. Kerja awak tak terganggu ke?"
Aku merenung wajahnya.
"Tak pun. Seunghyun kan ada. Lagi pun tu syarikat saya sendiri. Bukan ada sesiapa nak marah pun kalau saya tak masuk pejabat."
Jawab Jaejin selamba.
"Mana boleh macam tu. Nanti kalau bankrap macam mana? Kesian nanti Seunghyun pula yang dipersalahkan."
Balasku.
"Saya tahu macam mana nak handle kerja saya. Awak tak perlu risau okay."
Ujar Jaejin.
Aku kurang bersetuju dengan tindakannya itu. Tidak patut dia menyerahkan segala-galanya pada Seunghyun. Bukankah itu hasil titik peluhnya sendiri selama ini. 
Ringg..ringg..ringg...
Jaejin menyeluk kocek seluarnya lalu melekapkan telefon bimbit pada telinganya.
"Yeoboseyo, naee. Jinnjjaaaaaaa? Okay. Esok aku datang. Ya, okay. Gomawo."
Ringkas sahaja perbualannya.
Aku memandang wajahnya yang tersenyum kegirangan itu. Dia mengangkat-angkat keningnya. Tidak mengerti aku dengan tindakannya.
"Bwoyaaa?"
Aku bertanya.
"Saya dapat projek untuk Jeju tu."
Ucap Jaejin.
Patutlah dia gembira seperti itu sekali.
"Really? Chukahae! Nak kena celebrate ni. Jom kita celebrate jom."
Cadangku.
"Celebrate? I don't think so. Hari ni saya nak awak masak untuk saya kalau betul awak nak celebrate. Boleh ke?"
Pinta Jaejin.
Masak? Aku bukanlah seorang yang sering memasak. Tapi kalau setakat masakan yang mudah tu, bolehlah aku sediakan.
"Awak nak saya masak apa untuk awak?"
Tanyaku.
"Awak pandai masak ke? Hahahaa."
Dia menggelakkanku.
Aku menampar lembut bahunya. Cepat dia menyambut tanganku itu lalu menggenggamnya. Kami berjalan perlahan menuju ke kereta. Tangan yang digenggam itu dihayunnya ke udara berulang kali.
"Saya tak berapa pandai masak makanan tradisional ni. Awak jangan pula nak makan yang bukan-bukan."
Terangku.
"Habis tu awak tahu masak apa?"
Tanya Jaejin.
"Western food boleh? Saya pakar dalam bidang tu hahaha."
Balasku.
"Bolehlah daripada saya mati kelaparan. Nak buat macam mana kalau dah jatuh cinta dengan orang yang tak pandai masak."
Ucap Jaejin.
"Jaejin!!"
Aku memandang wajahnya.
Hampir tersembur tawanya. Jaejin tertawa melihat aku menahan geram lalu dengan kadar segera dia berlari ke kereta. Aku pula yang begitu geram turut mengejarnya. 

********

Author POV
Setelah membeli bahan untuk memasak, Nana dan Jaejin telah memutuskan untuk memasak di rumah Nana sahaja. Jaejin menjinjit beg plastik dengan menggunakan kedua-dua belah tangannya lalu membuntuti Nana sehingga ke pintu apartmennya. Nana yang pada mulanya ingin menekan papan angka yang terlekat pada pintu rumahnya itu terhenti setelah mendengar suara dari dalam rumahnya. Dia mendekatkan telinga pada pintu tersebut. Tidak pula kedengaran apa-apa suara. 
"Nana? Waeyo?"
Tanya Jaejin.
"Tak ada apa-apa."
Balas Nana.
Dia kembali menekan angka yang tertera pada pintu itu. Mereka masuk ke dalam dan dengan penuh kehairanan Nana memandang ke arah televisyennya yang sedang menyala. Dilihatnya pula atas meja yang bersepah dengan tin-tin bir yang telah kosong. Dia begitu yakin bahawa dia berada di ruangan apartmennya sendiri tetapi apa yang dilihatnya kini sangat menghairankan.
"Awak tak pandai mengemas juga ke selain tak pandai memasak?"
Tanya Jaejin.
"Eh, cantik sikit. Saya bukan orang macam tu. Saya pun tak tahu kenapa rumah saya jadi macam ni."
Balas Nana.
Jaejin meletakkan plastik yang dipegangnya di atas kabinet dapur. Nana pula mengutip tin-tin yang bertaburan itu. Dia sendiri tidak mampu menduga siapa yang melakukannya. Jikalau Jojo, tentunya dia akan dimaklumkan terlebih dahulu. Kalau orang tuanya pula, tidak mungkin sama sekali. Hanya satu sahaja kemungkinan. Kerana hanya seorang saja lagi yang mengetahui kata laluan untuk masuk ke dalam rumahnya itu.
"Kim Nanaaaaaaa....."
Suara seorang lelaki yang muncul dari bilik air itu memeranjatkan Nana.
Dan seperti yang diduga, memang tepat sangkaannya. Hanya orang itu sahaja yang mungkin melakukan semua ini.

-------------------------------------------------------------------------------------------

//Fuhhh, lama gila tak update. Hey hey heyyy saya masih hidup hahaha. Assignment banyak la. Sorry ya. Anggap je la penulis blog fanfic ni tengah semi-hiatus. Lagi satu, kepada mereka mereka yang ada tanya pasal poster fanfic tu, boleh rujuk >sini< untuk lebih lanjut. Sorry la, kalau nak ajar-ajar tu memang tak berapa nak reti *tunduk*. Kalau boleh, nak sangat habiskan fanfic ni secepat mungkin, tapi nampak gaya macam lambat lagi je nak habis sebab busy nak update selalu. Haihh baru chapter 14 TT-TT Sabar je la menghadapi kesibukan ni.


Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

11 comments:

crayon_amira said...

unnie da update~~~da lama tunggu tau..hahahah
ala..jaejin ngn nana baru nk happy2.yg dtg tuh mesti byunghyun kan2~~
unnie sambung~~

darla carolina said...

@crayon_amira - sorry lmbt update. busy lha syg ~ ermm ta semestinya Byunghun ^^ hehehhehe :DD nnti unnie smbung. mybe next week klaw free.

Shrek. said...

Dah lama tak baca fanfic Unnie.
Siapa datang tu ? L.joe ke ? eh, L.joe pulak. Byunghun ke ? lol.
Sambung ~(*.*)~

darla carolina said...

@Na'na Crabbie's - LOL :D LJOE tuh Byunghun lha kan . ehhh mne bole bgitahu sape yg ade dlm rumah tuh HAHA :D

anishiya にズき said...

sape dtg ? Cis berani dy mengganggu kebahagiaan jaejin ! -.-'

anishiya にズき said...

sape dtg ? Cis berani dy mengganggu kebahagiaan jaejin ! -.-'

darla carolina said...

@anishiya - HAHAHHA rahsia lha babe . na tahu ke sape dtg ? haaaaaaaaaa~ tggu next chpter LOL :D

anishiya にズき said...

HOIII BILA NAK UPDATE CHAPTER BARU ? PENAT AKU TUNGGU -..-'

darla carolina said...

@anishiya - sorry weyh ==' aku busy TT-TT kat draft . tgh update . ta abes lagi -.-

crayon_amira said...

rindu ff ni... :')

darla carolina said...

@crayon_amira - mianhaeeeeeeyoo .__. unnie busy sikit lately neyh. but still update this FF. ade kt draft. ta abes type lagi. sorrryyyy sgt sgt ~