AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

One-Shot | C R U S H

Lebih lanjut mengenai watak dan jalan cerita klik >sini<
---------------------------------------------------------------------------------------

2012
Petang itu, mereka telah berjanji untuk keluar bersama demi menyambut hari ulangtahun ke-dua mereka menjadi pasangan kekasih. Kim Soyoung menunggu dengan penuh kesabaran. Setengah jam telah pun berlalu tetapi kelibat Lee Joon masih tidak kelihatan. Telah beberapa kali dia mencuba untuk menghubungi Lee Joon namun usahanya tidak menampakkan hasil apabila setiap panggilannya disambungkan kepada operator. Jam yang terlilit pada pergelangan tangannya ditenung. Hatinya mula dirundum kegelisahan. Lee Joon yang dikenalinya tidak akan pernah mungkir pada janjinya. 
Ring..ringg..ringg..
Telefon bimbit yang digenggamnya pantas ditenung. Nama Lee Joon tertera pada skrin tersebut. Tanpa berlengah, Soyoung pantas menjawab panggilan itu lalu melekapkan telefon bimbitnya ke cuping telinga.
"Joonie, awak kat mana tu? Saya dah lama tunggu awak ni."
Tanya Soyoung.
"Ni Kim Soyoung-ssi ke? Maaf, Lee Joon-ssi sekarang berada di hospital kerana terlibat dengan kemalangan. Saya tak dapat menghubungi keluarganya melainkan Kim Soyoung-ssi. Sila ke Gwangnam Hospital dengan kadar segera."
Jawapan yang didengarinya menyebabkan telefon bimbit pada tangan Soyoung hampir terlepas.
Soyoung serta-merta berlari tanpa arah tuju mencari jikalau ada sebarang teksi untuk dinaikinya ke hospital tersebut. Air matanya tumpah tanpa dipinta. Fikirannya turut menjadi kosong. Baru sahaja sebentar tadi gelak tawa Lee Joon kedengaran di gegendang telinganya semasa mereka berbual lewat telefon. Kini, segala gelak tawa itu membuatkan Soyoung takut, takut untuk mengetahui keadaan Lee Joon yang sebenarnya pada ketika ini.

********

Bilik muzik itu agak lengang pada waktu rehat seperti ini. Minhwan memulas tombol pintu berkira-kira sama ada bilik itu berkunci ataupun tidak. Seperti kebiasaannya, bilik itu hanya akan dikunci selepas waktu persekolahan sahaja. Minhwan melangkah perlahan memasuki bilik muzik tersebut ditemani kawan baiknya, Minhyuk. Minhyuk sememangnya pelajar jurusan muzik dan dia boleh dikatakan handal dalam bermain dram. Minhwan cukup iri hati dengannya. Dia sangat ingin bermain dram tetapi kerana kesihatannya yang tidak mengizinkan, dia hanya mampu untuk bermain dram secara curi-curi sahaja. 
"Aku rasa kau dah tahu banyak skill main dram ni. Apa kata aku tunjuk kat kau sekali, lepas tu kau pula try main."
Ujar Minhyuk.
Minhwan hanya mengangguk tanda bersetuju dengan cadangan Minhyuk. Dia asyik melihat betapa ligatnya tangan dan jari Minhyuk mengawal drum stick dan mengetuk-ngetuk set dram tersebut.
"Okay, sekarang kau pula. Tapi jangan agressif sangat. Nanti sakit kau tu muncul pula."
Pinta Minhyuk.
"Aku tahulah."
Balas Minhwan lalu mengambil drum stick yang dihulur Minhyuk.
Minhwan mula mengetuk dram secara perlahan. Dia bersyukur kerana Minhyuk sudi mengajarnya selama ini. Memang keinginannya untuk menjadi pemain dram tetapi doktor telah melarang keras dengan alasan ianya boleh memudaratkan Minhwan sendiri. Dia mempunyai masalah jantung semenjak dari kecil lagi. Kehidupannya juga tidak seperti orang lain. Doktor sering berpesan supaya tidak melakukan sebarang aktiviti yang boleh memenatkan. Dia tidak boleh berlari, apatah lagi bermain bola seperti rakan-rakannya yang lain. Impiannya juga tidak boleh ditunaikan kerana dia memerlukan tenaga yang banyak dan juga jantung yang sihat untuk bermain dram.
"Kau main dulu, aku nak pergi tandas kejap."
Ucap Minhyuk.
Dia berlalu dan meninggalkan Minhwan seorang diri di dalam bilik muzik untuk seketika. Minhwan pula tidak melepaskan peluang untuk bermain dram dengan sepenuh hatinya dengan ketiadaan Minhyuk. Setiap kali Minhyuk melihatnya bersungguh-sungguh memukul dram, pasti ada saja yang tidak kena. Dia cuma mengingatkan Minhwan tentang penyakitnya sahaja tetapi Minhwan tetap berdegil. 

********

Soyoung menanti di luar bilik rawatan kecemasan dengan ditemani air mata. Lee Joon masih lagi tidak sedarkan diri. Keadaannya amat kritis. Dia kehilangan banyak darah. Doktor sedang berusaha untuk menyelamatkannya. Beberapa orang jururawat kelihatan sibuk keluar masuk dari bilik kecemasan tersebut.
"Kim Soyoung-ssi, pihak hospital memerlukan tandatangan daripada ibu bapa ataupun penjaga untuk meneruskan pembedahan. Sila hubungi ibu bapa Lee Joon-ssi secepat mungkin."
Pinta seorang jururawat yang bertugas.
"Joon.... dia ... tinggal seorang diri. Saya, saya penjaganya. Biar saya saja yang tandatangan."
Balas Soyoung lalu pantas merampas fail yang berada di tangan jururawat itu dan menurunkan tandatangannya pada sehelai kertas.
"Baiklah kalau macam tu. Cik, harap bertenang ya. Kami sedang melakukan yang terbaik."
Ucap jururawat itu.
Soyoung sekadar mengangguk lalu dengan perlahan dia kembali duduk. Pipinya masih lagi basah menjadi laluan air mata. Dia benar-benar tidak mampu berfikir apa yang bakal terjadi. Bagaimana dengan kehidupannya. Segala-galanya bakal berakhir bagi dirinya jika Lee Joon benar-benar meninggalkannya. 

********

Sebuah ambulans berhenti tepat-tepat di hadapan pintu masuk Gwangnam Hospital. Kelihatan dua orang staf hospital berlari membuka pintu belakang ambulans dan menurunkan pengusung. Pengusung itu disorong laju menuju ke bilik rawatan kecemasan. Minhwan terbaring lemah di atas pengusung tersebut. Mulutnya ditekup dengan alat bantuan pernafasan. Minhyuk turut berada di sisi pengusung itu dan berlari sama menuju ke bilik rawatan.
"Maaf, sila tunggu di sini. Awak tak boleh masuk ke dalam."
Arah atendan tersebut.
Minhyuk hanya akur dengan arahan yang diberikan. Dia berasa amat bersalah kerana meninggalkan Minhwan seorang diri di bilik muzik. Apabila dia kembali ke bilik muzik, Minhwan telah pun terbaring di atas lantai dan badannya dibasahi peluh. Ketika itu, nafasnya juga telah menjadi tidak teratur. 
"Kang Minhyuk! Mana Minhwan? Mana dia?"
Tempik ibu Minhwan setelah sampai dan melihat Minhyuk di luar bilik rawatan.
"Dekat dalam. Masih lagi dalam rawatan. Sabar."
Balas Minhyuk sebutir demi sebutir.
"Minhwaaaannnnn....."
Ibu Minhwan hanya mampu menangis.
Dia tidak menyalahkan Minhyuk atas apa yang berlaku. Minhwan sudah cukup dewasa untuk mengetahui apa yang boleh dan tidak boleh dilakukannya. Dia hanya mampu menyalahkan dirinya kerana tidak berjaya mengubati penyakit Minhwan dan menunaikan segala impiannya agar dapat menjalani kehidupan normal seperti anak orang lain. Ayah Minhwan pula cuba untuk menenangkan isterinya itu. 
Doktor Park, doktor peribadi Minhwan yang telah merawatnya sedari kecil lagi datang menghampiri mereka. Di tangannya terdapat beberapa helai kertas yang pastinya mempunyai kaitan dengan Minhwan.
"Choi Minseok-ssi, saya dah cuba sedaya upaya. Minhwan hanya boleh bertahan untuk sekurang-kurangnya dua hari. Jantungnya amat lemah. Tetapi, kami baru sahaja menjumpai penderma yang sesuai. Masalahnya, penderma tersebut masih berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan peluang untuknya hidup hanya sekadar 10% sahaja."
Terang Doktor Park sambil menyelak kertas pada tangannya.
"Doktor, tolong buat apa saja untuk selamatkan anak kami. Saya sanggup menghabiskan berapa juta won sekalipun asalkan Minhwan berjaya diselamatkan."
Balas ayah Minhwan.
"Kita hanya boleh bersabar. Sekarang, Minhwan hanya mampu diselamatkan jika pemilik jantung itu meninggal dunia sahaja. Tetapi, jika nyawanya masih panjang dan beliau berjaya diselamatkan, Minhwan pula yang akan bernasib malang. Mahu atau tidak, salah seorang pasti akan meninggal dunia."
Ucap Doktor Park.
"Doktor....Tolong, saya merayu sangat-sangat. Selamatkan Minhwan. Selamatkan anak saya. Tolong..."
Pinta Choi Minseok.
"Saya akan cuba."
Jawab Doktor Park lalu berlalu pergi.

********

2015
Bunyi alunan piano itu menampan gegendang telinga Minhwan. Dia mencari-cari arah datangnya bunyi tersebut. Lagu yang dimainkan itu menarik perhatiannya. Dia menuju ke arah bilik latihan pementasan pelajar jurusan orkestra. Pandangannya tertumpu pada seorang wanita berambut blonde yang sedang begitu asyik memainkan simfoni indah sambil tersenyum. Jantungnya berdegup kencang tatkala merenung wajah milik pemain piano itu. 
Minhwan melangkah perlahan menuju ke piano tersebut. Lebih tepat lagi, dia berjalan untuk menghampiri wanita itu. Semakin dekat dia dengan Soyoung, semakin laju jugalah jantungnya berdegup. Soyoung yang tiba-tiba menyedari kehadiran Minhwan segera berdiri.
"Jwesonghamnida, saya cuma nak try sahaja."
Ucap Soyoung.
"Ani, tak apa. Mainlah lagi."
Balas Minhwan.
Soyoung pantas menggeleng.
"Saya pergi dulu."
Soyoung pantas meninggalkan Minhwan lalu keluar dari bilik tersebut.
Minhwan menghantar Soyoung pergi lewat matanya. Matanya tidak lepas memandang Soyoung sehinggalah kelibat wanita itu lesap dari pandangannya. Minhwan tidak pernah mengalami perasaan seperti itu. Tangan kiri diletakkan pada dadanya dan dia menyedari bahawa jantungnya benar-benar berfungsi.
"Perasaan apakah ini?"
Minhwan bercakap seorang diri.
Dia menyentuh permukaan papan kekunci piano tersebut dan tanpa disedarinya, sebuah senyuman mekar terukir pada wajahnya. 

********

Air pancuran yang menyirami Soyoung itu benar-benar menyegarkannya. Pulang sahaja dari Paris, dia terus ke Shindongshin University untuk meninjau keadaan di situ. Segalanya masih sama seperti tiga tahun yang lalu. Piano itu, bilik latihan itu, segala-galanya yang ingin dilupakan kembali segar dalam ingatan Soyoung. Tiga tahun dia meninggalkan Seoul demi melupakan masa sukarnya dan memori yang telah tiga tahun dilupuskan dari ingatannya itu kembali terisi satu persatu.
"Youngie-ahh, nanti kalau awak berjaya jadi pianist terkenal, jangan lupa saya tau."
Ucap Lee Joon.
Soyoung mencubit paha kanan Lee Joon yang berada di sisinya itu. Tangan Lee Joon masih lagi melekap pada papan kekunci piano. 
"Joonie, kita sama-sama usaha la. Awak cipta lagu, nanti saya mainkan lagu tu."
Balas Soyoung.
Pantas Lee Joon menggeleng.
"Shirrooooo, saya tak nak buat lagu untuk awak. Nanti kalau saya bagi awak lagu tu, mesti awak akan kalah pertandingan tu. Lagu saya bukannya ada orang tahu pun."
Ujar Lee Joon.
Sengihnya menampakkan sebaris gigi dan Soyoung tersenyum melihatnya.
"Kedekut la awak ni. Tak apa, nanti saya buat lagu sendiri yang lagi sedap dari lagu awak tu."
Jawab Soyoung.
Lee Joon mengendahkannya. Tangannya kembali memainkan bait-bait lagu yang diciptanya sendiri. Soyoung hanya duduk mendengar di sebelahnya. Setelah beberapa not dimainkan, Lee Joon berhenti.
"Waeyoooo?"
Tanya Soyoung.
"Part ni masih tak kena. Lagu ni tak habis lagi la sebenarnya. Nak kena gubah balik ni."
Balas Lee Joon.
"Mana mana mana?"
Tanya Soyoung pantas merampas not muzik pada tangan Lee Joon lalu dia bingkas bangun melarikan diri dari Lee Joon.
"Youngie-ahh, bagi balik kertas tu."
Pinta Lee Joon.
Dia berlari mengejar Soyoung. Mereka berkejaran di dalam bilik latihan tersebut dan berpusing mengelilingi piano berulang kali.
"Mehlonggg. Jangan harap saya nak bagi hahaha."
Ucap Soyoung lalu ketawa.
Lee Joon pantas berlari lalu mendakap Soyoung dari arah belakang.
"Awak ingat awak boleh lari selama-lamanya dari saya ke Youngie."
Lee Joon mendakap Soyoung seeratnya.
Dia menongkat dagu pada bahu Soyoung. Tangannya pula erat melingkari pinggang Soyoung seolah-olah tidak ingin melepaskannya.
"Joonie-ahh...."
Panggil Soyoung.
Dia masih lagi erat dalam pelukan dan membelakangi Lee Joon.
"Naee..."
Sahut Lee Joon.
"Saranghanda."
Ucapnya.
"Nado saranghae."
Balas Lee Joon lalu mengeratkan lagi pelukannya.
Tanpa disedarinya, air mata Soyoung tumpah untuk sekian kalinya. Dia terlalu merindui insan itu. Cinta pertamanya yang telah tiga tahun lenyap dari hidupnya. Laci kedua mejanya dibuka. Terdapat sebingkai gambar tersimpan elok di dalam laci tersebut. Diambilnya gambar itu lalu dipeluk seerat mungkin. Mana mungkin dia mampu untuk melupakan Lee Joon untuk selama-lamanya walaupun hatinya tekad untuk membuang jauh nama lelaki tersebut. 

********

Latihan bola sepak tamat lebih awal dari kebiasaannya pada petang itu. Minhwan mengambil peluang dengan masa yang terluang itu untuk mencari wanita yang dilihatnya tempoh hari. Dia yakin bahawa pemain piano itu tentunya seseorang yang berkaitan dengan universiti dimana dia menuntut ketika ini. Hampir seminggu dia menjenguk ke bilik latihan pementasan orkestra tetapi hasilnya tetap menghampakan.
"Minhwan, cepat sikit salin baju lepas tu masuk kelas. Kita ada lecturer baru untuk subject piano tu."
Ucap Minhyuk ketika selisih dengannya di kafe. 
"Aku tak masuk la. Kau kan tahu aku tak suka kelas piano."
Balas Minhwan.
"Baik kau masuk. Lecturer tu muda, perempuan pula tu. Muka tak nampak macam lecturer pun."
Minhyuk cuba untuk memujuk.
"Kau saja nak suruh aku masuk kelas kan. Aku penat la. Lagipun buat apa aku belajar piano. Aku bukan nak jadi pianist pun."
Jawab Minhwan.
"Kalau kau tak masuk, jangan harap aku nak belanja kau ayam goreng hari ni lalallalalalalallalalaaaaaa"
Ugut Minhyuk.
Dia menutup kedua-dua belah telinganya dengan menggunakan tapak tangan lalu beredar meninggalkan Minhwan. Minhwan yang tidak mampu berkata apa-apa lagi hanya mampu mengeluh. Dia menuju ke loker untuk membersihkan diri dan menyalin pakaiannya. Niatnya mahu pulang terus selesai mengganti pakaian tetapi pandangannya sempat menangkap kelibat wanita yang pernah dilihatnya tempoh hari. Jantungnya mula berdegup kencang apabila melihat wajah wanita itu. Dia berjalan perlahan mengekorinya dan tanpa diduga, wanita tersebut melangkah masuk ke kelas yang sepatutnya dihadiri oleh Minhwan ketika itu. 
"Annyeong haseyo, saya Kim Soyoung. Buat masa ni, saya akan menjadi instructor bagi kelas piano sementara lecturer awak semua kembali bertugas."
Ucap Soyoung memperkenalkan diri lalu memberikan senyuman.
"Saem (panggilan ringkas bagi seonsaeng-nim), bila kita nak belajar piano ni?"
Tanya Minhyuk.
Kelas mula riuh dengan suara para pelajar yang lain.
"Saem?? Apa tu?"
Tanya Soyoung.
Tiba-tiba, pintu dikuak dan Minhwan berjalan menuju ke arah Soyoung.
"Seon-saeng-nim. Saem tu panggilan untuk seonsaeng-nim. By the way, annyeong haseyo saem. Choi Minhwan imnida."
Ucap Minhwan.
Dia berhenti tepat di hadapan Soyoung lalu tunduk memberikan hormat kepadanya.
"Seonsaeng-nim? Jamkkanman. I am not your lecturer. Tak perlu panggil saya seonsaeng-nim. Saya cuma instructor kamu semua untuk sementara waktu sahaja."
Terang Soyoung.
"Saem, tak kisahlah apa pun. Asalkan orang tu mengajar kami, dia akan digelar saem."
Tambah seorang pelajar lain.
Soyoung cuma mendiamkan diri. Dia seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.
"Saem? Waeyo?"
Tanya Minhwan sambil memetik jarinya di hadapan wajah Soyoung.
"Nae? Geunyang."
Balas Soyoung.
"Mwo?"
Tanya Minhwan kehairanan.
"Geunyang, kamu boleh mula main piano hari ni jika kamu mahu."
Jawab Soyoung.
Dia berjalan menghampiri piano yang pernah menjadi sebahagian memorinya itu. Perlahan dia melabuhkan pinggulnya pada kerusi yang tersedia di situ. Jemarinya diletakkan pada papan kekunci piano. Tidak lama kemudian, alunan indah mula kedengaran. 
"Soyoungie-ahh....Saranghae...Youngie, jeongmal saranghaeyo..."
Suara Lee Joon lantang kedengaran di seluruh genap universiti tersebut.
"KIM-SO-YOUNG-SARANGHAEYO!! Terima kasih kerana membenarkan saya untuk mencintai awak selama ini dan saya berjanji akan sentiasa mencintai awak mahupun esok, lusa, dan hari-hari seterusnya. Saya akan sentiasa mencintai awak, Youngie."
Suaranya kedengaran lagi.
Soyoung yang sedang berlatih bermain piano tergamam untuk seketika setelah mendengar suara Lee Joon menyebut-nyebut namanya melalui corong pembesar suara. 
"Dan saya akan sentiasa berada di sisi awak sampai bila-bila. Youngie-ahh, gomawo."
Tambah Lee Joon.
Soyoung terharu mendengar kata-kata yang diluahkan oleh Lee Joon. Rakan sekelasnya bersorak dan memberikan tepukan kepadanya. Dia benar-benar berasa amat bertuah kerana memiliki cinta Lee Joon. Pelajar tahun akhir yang menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan tetapi Lee Joon lebih memilih dirinya berbanding pelajar lain.
"Saem....berapa kali nak ulang part yang sama?"
Pertanyaan Minhwan mengembalikan Soyoung kepada realiti.
"Jwesonghamnida. Kelas hari ni sampai sini je."
Ucap Soyoung.
Senyuman hambar diberikan kepada yang lain. Minhwan masih lagi berdiri di tepi piano memandang ke arah Soyoung sementara pelajar lain telah pun meninggalkan bilik latihan tersebut.
"Saem, ada apa-apa masalah ke?"
Tanya Minhwan.
"Tak ada apa-apa. Saya cuma letih, pening kepala."
Balas Soyoung sambil menguntumkan senyuman untuk membuktikan yang dia berkeadaan baik.
"Saem, saya nak tanya sesuatu boleh?"
Minhwan bertanya lagi.
"Tanyalah."
Jawab Soyoung.
"Kita pernah jumpa ke sebelum ni?"
Tanya Minhwan ingin tahu.
"Sebelum ni? Maksud awak masa minggu lepas tu ke?" 
Soyoung pula yang bertanya.
"Bukan bukan bukan. Sebelum ni. Sebelum minggu lepas. Sebelum sebelum ni."
Minhwan sendiri pun seperti tidak jelas dengan pertanyaannya.
"Sebelum sebelum ni? Apa yang awak nak tanya ni Minhwan? Saya tak faham. Tak apalah. Kalau maksud awak yang kita pernah berjumpa sebelum ni selain di sini, munngkin awak salah orang. Sebab saya baru balik Seoul minggu lepas. Sebelum ni saya ada di Paris untuk tiga tahun."
Balas Soyoung lalu berdiri untuk beredar.
"Tapi....ermmm lupakan je la."
Ujar Minhwan.
"Saya pergi dulu la kalau macam tu."
Soyoung meminta diri.
Dia melangkah untuk beredar tetapi kerana kecuaiannya, kaki Soyoung tersadung pada kerusi piano dan hampir tersungkur. Kertas not-not muzik yang dipegangnya berterbangan di udara sebelum mendarat di atas lantai. Mujur Minhwan bertindak pantas. Dia sempat menyambut Soyoung ke dalam pelukannya. 
Dupp..dupp..dupp..duppp..dupp..dupp..
Jantungnya tiba-tiba berdegup laju. Sekali lagi perasaan tersebut mengganggu dirinya. Soyoung yang menyedari dirinya berada dalam pelukan Minhwan, segera mengundur ke belakang.
"Jwesonghamnida. Kamsahamnida. Saya pergi dulu."
Soyoung bergegas meninggalkan Minhwan bersendirian di situ.
Minhwan mengutip kertas yang bertaburan di atas lantai. Dilihatnya satu persatu. Tiba-tiba matanya tertumpu pada sekeping not dan tertarik untuk memainkan lagu tersebut - "My Love Only For You". Minhwan duduk lalu menekan papan kekunci piano yang berada di hadapannya. Perlahan dia memainkan chord yang tertera pada not muzik itu. Apabila sampai di bahagian kedua terakhir, Minhwan cuba untuk mengulangi bahagian tersebut berulang kali. Dia merasakan seperti ada kekurangan pada bahagian tersebut. Dicubanya berulang kali dengan chord yang berlainan. Tetapi masih tidak dapat mencari chord yang bersesuaian.
"Keumanhae!"
Jerit Soyoung yang tiba-tiba muncul di hadapan Minhwan.
Terdapat jernihan yang mengalir pada pipinya. Kertas yang terletak cantik pada piano itu diambilnya lalu dikoyakkan sehingga menjadi cebisan-cebisan kecil. Minhwan terkedu melihat perbuatan Soyoung. Air mata yang mengalir itu semakin deras membasahi pipinya.
"Saemm....."
Panggil Minhwan perlahan.
Soyoung mengendahkan panggilan Minhwan. Dia terduduk lemah sambil memegang cebisan kertas yang telah dikoyakkannya di atas lantai tersebut.
"Waeee.....wae Joonie-ahh...wae.. Lee Joon..."
Terdapat getaran pada suaranya dan Minhwan tidak dapat menangkap apa yang dikatakan oleh Soyoung.
"Saem, kenapa ni? Maafkan saya, saya tak berniat pun untuk memainkan not tu. Jwesonghamnida."
Pinta Minhwan.
Soyoung tetap tidak mempedulikannya. Dia masih lagi duduk menangisi dirinya yang tidak mampu menghilangkan ingatannya terhadap Lee Joon. Cebisan kertas yang bersepah itu dikautnya kembali. Direnungnya cebisan tersebut. 
"Saem...... Kim Soyoung-ssi..."
Panggil Minhwan.
Soyoung tidak mempedulikannya. Dia makin membuatkan Minhwan berasa amat bersalah. 
"Kim Soyoung-ssi..."
Panggilnya lagi.
Dia menghampiri Soyoung lalu mencangkung di hadapannya. Soyoung mendongak memandang wajah Minhwan. Wajahnya kelihatan sayu pada pandangan Minhwan. 
"Joonie-ahh....mianhaeyo..."
Ucap Soyoung pada Minhwan.
Minhwan yang tidak mengetahui apa-apa berasa hairan. Siapakah Joonie yang dimaksudkannya? 
"Mianhae......miann...."
Tambahnya lagi. 
Suaranya kedengaran lemah. Tangannya menggoncang tangan kiri Minhwan. 
"Soyoung-ssi, gwenchanaeyo?"
Tanya Minhwan.
Dia cuba untuk memandang wajah Minhwan tetapi pandangannya semakin kabur dan semakin lama bayangan Minhwan hilang daripada pandangannya.

********

2012
Soyoung begitu gembira setelah mengetahui yang Lee Joon akhirnya telah stabil dan melepasi waktu krisisnya. Dia merenung sedalam-dalamnya wajah lelaki yang bernafas melalui alat bantuan pernafasan itu. Segala yang dimaklumkan oleh doktor masih lagi terngiang-ngiang pada pendengarannya.
"Lee Joon-ssi telah melepasi waktu krisisnya tetapi walaupun dia telah kembali stabil, kami masih belum tahu bila dia akan sedar. Mungkin esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan, ataupun tidak untuk selama-lamanya. Segalanya bergantung pada semangat dirinya sendiri untuk hidup. Jika dia sedar, masih terdapat kemungkinan bahawa dia akan lumpuh anggota badan ataupun pada otak kerana bahagian kepalanya mengalami kecederaan yang agak dalam. Sebenarnya, dia berjaya melepasi waktu krisis ini pun telah dianggap satu keajaiban. Banyakkan bersabar. Kita cuma mampu berdoa sahaja agar Lee Joon-ssi kembali pulih seperti sediakala."
Pipinya kembali basah menjadi laluan air mata. Apa yang akan dilakukan olehnya jika ketiadaan Lee Joon. Hampir dua tahun dia bersama Lee Joon dan kini insan di hadapannya pula tidak lagi kelihatan seperti Lee Joon yang dikenalinya. Lee Joon yang sentiasa tersenyum kini telah menghilang. Yang tinggal hanyalah sekadar Lee Joon yang hidup dengan bantuan mesin.
"Joonie-ahh...awak belum habiskan lagi lagu tu. Awak tak boleh tinggalkan saya macam ni. Saya harap awak cepat sedar."
Ucap Soyoung walaupun dia tahu Lee Joon mungkin tidak mendengarinya.

********

Ibu Minhwan resah melihat anaknya yang sedang bertarung nyawa. Jantungnya tidak mampu bertahan lagi. Mahu atau tidak, mereka terpaksa mencari penderma secepat mungkin. Minhwan hanya sekadar mampu terbaring di atas katil wad itu. Dia tidak dibenarkan keluar dari bilik tersebut kerana pelbagai kemungkinan mampu terjadi dan mengakibatkan jantungnya gagal berfungsi serta-merta. Bahkan untuk bernafas juga dia memerlukan alat bantuan pernafasan.
"Choi Minseok-ssi, boleh kita bercakap sebentar?"
Pinta Doktor Park.
Ayah Minhwan hanya mengangguk bersetuju untuk berbincang dengannya. Dia melangkah keluar meninggalkan isteri dan anak tunggalnya itu.
"Macam mana doktor? Bila boleh anak saya lakukan pembedahan tu? Penderma tu pula bagaimana?"
Pelbagai soalan diutarakan oleh Choi Minseok.
"Saya dah cuba cari penderma lain tetapi masih belum berjaya. Pesakit itu pula sekarang sudah berada dalam keadaan stabil. Melainkan dia meninggal dunia, barulah pembedahan dapat dilakukan itu pun dengan kebenaran daripada penjaganya."
Balas Doktor Park.
Wajah ayah Minhwan berubah menjadi suram. Dia tahu memang tidak sepatutnya dia mengharapkan kematian orang lain hanya untuk anak tunggalnya itu tetapi apa lagi yang mampu dia lakukan selain daripada berserah. 
"Baiklah. Terima kasih doktor."
Ucap ayah Minhwan.

********

2015
Seluruh bilik sakit kelihatan gelap tanpa sebarang lampu yang menyala. Minhwan telah pun terlena  di hujung katil sementara menunggu Soyoung sedarkan diri. Tangannya erat menggenggam tangan Soyoung. Perlahan-lahan Soyoung membuka matanya. Dia seperti mencari-cari seseorang. Minhwan turut tersedar dek kerana pergerakan Soyoung itu. Segera dia berdiri memandang wajah Soyoung di dalam kegelapan itu.
"Soyoung-ssi...Awak dah sedar. Lega saya."
Ucap Minhwan.
Soyoung tidak mampu melihat dengan jelas dalam kegelapan seperti itu dan dirinya seperti tidak berada di alam nyata. Dia bingkas mengangkat tubuhnya dari pembaringan lalu menarik tubuh Minhwan ke dalam pelukannya.
"Mianhae...jangan tinggalkan saya...."
Nadanya kedengaran sedih.
Jantung Minhwan berdegup dengan lajunya apabila diperlakukan sebegitu. Dia membalas pelukan Soyoung.
Lama.
Minhwan hanya membiarkan Soyoung dalam pelukannya. Sebenarnya, Minhwan amat yakin bahawa dia telah jatuh hati terhadap Soyoung semenjak hari pertama dia melihat wanita itu. Perlahan Soyoung meleraikan pelukannya sebelum memandang ke dalam anak mata Minhwan. 
"Kamsahamnida, sebab jaga saya sampai lewat malam macam ni."
Ucap Soyoung setelah menyedari siapa yang dipeluknya.
Minhwan hanya mengangguk.
"Minhwan.."
Soyoung memanggilnya.
Minhwan tersentak mendengar Soyoung menyebut namanya. Disangkakan tadi Soyoung tidak menyedarinya. 
"Nae. Waeyo?"
Tanya Minhwan.
"Tolong...Tolong jangan muncul... di hadapan saya lagi...boleh?"
Permintaan Soyoung dirasakannya amat kejam.
Minhwan tidak menjawab walaupun sepatah pertanyaan tersebut.
"Awak terlalu menyerupai dia. Walaupun secara fizikalnya awak dan dia berbeza, tapi saya dapat merasakan kewujudannya dalam diri awak. Maafkan saya."
Tambah Soyoung.
Cahaya bulan yang menerangi bilik itu lewat jendela membolehkan Minhwan melihat ke dalam mata Soyoung yang berkaca. 
"Saya tak sanggup mencintai orang lain selain daripada dia."
Soyoung meneruskan percakapannya.
Minhwan semakin mendekatkan wajahnya pada wajah Soyoung.
"Mianhaeyo...."
Belum sempat Soyoung menghabiskan ayatnya, Minhwan terlebih dahulu mengunci bibir Soyoung dengan bibirnya. Soyoung tergamam. Dia mampu merasakan helaan nafas Minhwan pada wajahnya. Tangan Minhwan mula menampung kedua-dua belah pipinya manakala ibu jarinya memadamkan sisa air mata yang membasahi wajah Soyoung. Soyoung mengalihkan tangan Minhwan yang terletak pada wajahnya. Perlahan dia menjauhi wajah Minhwan. Bukan kerana dia tidak menyukai Minhwan. Cuma dia masih tidak mampu menerima cinta dan bagi dirinya, Minhwan terlalu menyerupai Lee Joon.
"Jangan cuba untuk mencintai saya jika awak tidak mahu terluka, Minhwan."
Ucap Soyoung.
"Apa yang awak lakukan sekarang ni adalah melarikan diri. Awak sedang lari dari realiti dunia. Maafkan saya kalau apa yang saya katakan ini melukai awak, tapi saya tahu awak sedang cuba melarikan diri dari realiti."
Balas Minhwan dengan nada yang sedikit meninggi.
"Jangan cuba untuk menasihati saya kalau awak tak tahu perkara sebenar. Saya tak perlukan apa-apa daripada awak. Saya cuma tak mahu ada diantara kita yang terluka."
Bidas Soyoung.
Dia bangun dari katil tersebut dan berjalan ke muka pintu. Minhwan sempat memegang tangan kanannya. 
"Wae? Kenapa saya tak boleh? Sebab saya pelajar dan awak seonsaeng-nim?"
Tanya Minhwan ingin tahu.
"Geunyanghae. Saya akan anggap perkara ni tak pernah berlaku."
Ucap Soyoung lalu menyentap tangannya dan berlalu pulang.

********

Masih tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi sebelum pertandingan "Drummer of The Year" berlangsung. Pada tahun yang lalu, Minhwan berjaya menjuarai pertandingan tersebut dan begitu juga harapannya pada tahun ini. Dia lebih kerap menghabiskan masanya di studio jamming berbanding di padang untuk latihan bola. 
"Tak training ke petang ni?"
Tanya Minhyuk sejurus melihat Minhwan yang sedang giat berlatih.
"Aku minta pengecualian untuk sebulan. Lagipun pertandingan tu dah nak dekat."
Balas Minhwan.
"Kau ni tak nak kasi peluang kat aku ke tahun ni? Tahun lepas kan kau dah menang."
Ujar Minhyuk.
"Kau yang tak kasi peluang kat diri kau sendiri. Cuba la buat-buat rajinkan diri kau tu sikit dekat studio. Ni asyik kacau perempuan sana sini je. Mana la nak menang kalau macam tu. Aku tengok kau ni nak pegang stick pun dah susah."
Perli Minhwan.
"Aku berlatih la, cuma kau yang tak nam........"
Belum sempat Minhyuk menghabiskan ayatnya, Minhwan terlebih dahulu melompat dari tempat duduknya dan berlari ke pintu.
"Nanti sambung cerita."
Jerit Minhwan sebelum menghilangkan diri daripada pandangan Minhyuk.
Dia yakin bahawa dia terlihat Soyoung di luar tingkap tadi. Sudah banyak hari dia cuba mencari Soyoung tetapi dia mendapat tahu yang Soyoung tidak akan mengajar kelasnya lagi dan hanya akan ke situ dua kali sahaja dalam seminggu atas alasan dia telah mempunyai kerja tetap. Minhwan menganggap segala yang didengarinya itu hanyalah sekadar alasan yang digunakan oleh Soyoung untuk melarikan diri daripadanya. 
Hampir seluruh ruang di universiti itu diredah Minhwan untuk mencari Soyoung tetapi bayangnya pun tidak ditemui walaupun telah hampir satu jam dia mencari. 
Minhwan hampir berputus asa ketika melintasi bilik latihan pementasan orkestra. Dia terlihat Soyoung berdiri merenung ke arah luar jendela seorang diri. Pandangannya dilemparkan pada pondok di taman bunga bersebelahan kafe universiti. Senyuman terbentuk pada wajah Soyoung tetapi hanya jasadnya sahaja di situ manakala seluruh akal dan fikirannya telah melayang ke tempat lain.
"Kim Soyoung-ssi...."
Panggil Minhwan.
Soyoung tidak mendengar panggilan Minhwan itu dan dia masih lagi kekal merenung ke luar tingkap. Minhwan melangkah menghampirinya. Bahu Soyoung disentuh lembut, terangkat bahunya dek kerana terkejut.
"Soyoung-ssi, lama tak nampak. Awak marah kan saya ke?"
Tanya Minhwan.
"Kenapa awak gunakan banmal (bahasa tidak formal) bila berbual dengan saya? Ia buatkan saya rasa janggal."
Ucap Soyoung tanpa memandang ke arah Minhwan.
Minhwan berdiri di sebelah Soyoung dan turut melihat ke arah luar jendela.
"Geunyang, guna banmal boleh buat kita jadi lebih rapat."
Balas Minhwan.
Soyoung cuma membalas ayat Minhwan dengan senyumannya.
"Awak tahu tak, awak kelihatan paling cantik ketika awak tersenyum. Tapi kenapa saya dapat merasakan kekosongan pada setiap senyuman awak?"
Tanya Minhwan.
"Sebenarnya tiga tahun yang lalu, saya adalah pelajar di sini."
Ucap Soyoung tidak menjawab pertanyaan Minhwan.
"Maksudnya, awak pun belajar kat sini juga?"
Minhwan menginginkan kepastian.
Soyoung tersenyum mengangguk pertanyaan Minhwan.
"Masa tu, saya baru lepas tamat pelajaran di sini dan kebetulan saya mendapat tawaran biasiswa untuk menyambung pelajaran saya di Paris."
Soyoung memulakan ceritanya tanpa diminta.
"Oh sebab tu la awak pergi belajar kat sana ya."
Duga Minhwan.
"Pada mulanya, saya tolak tawaran tu sebab asalnya saya ingin tinggal di sini. Kehidupan saya semuanya di sini. Tapi tak semua perkara yang dirancangkan akan terjadi. Dia pergi meninggalkan saya seorang diri. Hidup saya mula berubah semenjak hari itu. Hari dimana kami genap dua tahun bersama. Dia lupa akan janji-janji yang dikatakannya. Segala-galanya berubah. Hati saya...Hati saya terlalu sakit. Sakit sangat. Mengapa mesti dia meninggalkan saya sendirian. Kenapa tidak dia bawa sahaja saya sekali. Kenapa....."
Soyoung mula menangisi nasib dirinya.
Minhwan yang menyedari jernihan yang terbit pada mata wanita itu lantas mengusap perlahan kepala Soyoung dan menarik Soyoung ke dalam dadanya. Dia cuba untuk menenangkan wanita itu. Wajah Soyoung tersembam pada dada Minhwan. Masih lagi menitiskan air mata mengenangkan Lee Joon yang telah pergi meninggalkannya.
"Syyhhh... Tak ada apa-apa. Saya kan ada. Saya tak akan tinggalkan awak sampai bila-bila. Dah, jangan difikirkan orang yang dah tinggalkan awak. Mungkin awak akan dapat yang lebih baik darinya, Youngie."
Ucap Minhwan.
Dia menggosok-gosok belakang Soyoung dengan harapan wanita itu akan berasa sedikit tenang. Walaupun Minhwan tidak mengetahui perkara sebenar, dia yakin pastinya Soyoung pernah kecewa dengan cinta. Dan cinta itu amat melukakan dirinya.
"Tapi.. saya tak boleh berhadapan dengan awak. Saya pernah cuba... untuk melupakannya. Tiga tahun saya cuba berhenti memikirkannya. Awak.....awak yang membuatkan saya semakin sukar untuk melupakannya. Saya tak boleh, Minhwan."
Ucap Soyoung dengan nada yang perlahan.
Minhwan kehairanan mendengar perucapan Soyoung. Mengapa dia pula yang menjadi penyebab untuk wanita itu sukar melupakan lelaki yang pernah wujud dalam hidupnya. 
"Tak Soyoung! Saya adalah saya. Dan lelaki itu tak mungkin sama dengan saya. Saya harap awak boleh memberikan sedikit ruang di hati awak untuk saya."
Pinta Minhwan.
Soyoung hanya mengangguk perlahan.

********

2012
Soyoung duduk di tepi katil Lee Joon setiap hari hanya untuk melihat lelaki tersebut kembali sedar. Hari demi hari, Lee Joon masih lagi terbaring seperti mayat kaku yang tidak bernyawa. Yang kedengaran hanyalah helaan nafasnya dengan menggunakan alat bantuan pernafasan. Soyoung hanya mampu berharap agar Lee Joon akan kembali sedar dan memanggil namanya apabila terbangun dari koma. 
"Lee Joon, saya sentiasa tunggu awak di sini. Nanti bila awak dah sedar, kita sama-sama pergi ke Paris ya. Saya tunggu awak."
Ucap Soyoung.
Dia menggenggam erat tangan Lee Joon lalu mengucupnya. Tiba-tiba dia merasakan tangan yang digenggamnya itu membalas genggamannya. Pantas dia memandang wajah Lee Joon.
"Joonie-ahh! Awak dah sedar. Lee Joon..." 
Dia memegang wajah lelaki tersebut sebelum memicit butang yang terlekat pada dinding bilik tersebut untuk memanggil doktor. Kurang dari seminit, bilik itu telahpun dihuni oleh doktor dan juga jururawat. Soyoung tidak melepaskan genggamannya. Mulut Lee Joon terkumat-kamit melafazkan sesuatu. Air matanya mengalir kerana terpaksa membiarkan Soyoung melihatnya dalam keadaan seperti itu.
"So...young-ahh...Mi..ann..hae..."
Perkataan tersebut bagaikan tidak terkeluar dari mulutnya.
Soyoung mendengar apa yang diucapkan Lee Joon walaupun perlahan. Ketika itu juga genggaman tangan Lee Joon semakin lemah. Tubuhnya bagaikan ditarik naik ke udara. Mesin yang berada di sisi katil itu berbunyi dengan kuat dan semakin pantas. 
"Kim Soyoung-ssi, sila tunggu di luar."
Arah jururawat yang berada di situ.
Dengan berat hati dia terpaksa melepaskan pegangan tangannya. Hanya air mata yang mampu mengiri Soyoung keluar dari bilik tersebut. Dia tahu apa yang bakal terjadi. Tetapi dia enggan mengakuinya.
"Lee Joon....Bertahan..Ingat janji-janji..kita...Joonnn....."
Ucap Soyoung.
Dia kini berdiri di hadapan bilik Lee Joon dan melihat keadaan yang berlaku menerusi cermin kaca. Hatinya pedih melihat Lee Joon bertarung seorang diri. Lelaki itu dilihatnya semakin lemah membuatkan air mata yang mengalir membasahi pipinya semakin deras. Jururawat yang berada di dalam bilik tersebut menarik kain selimut untuk menutupi wajah Lee Joon. Ketika itu dia menyedari bahawa sekujur tubuh lelaki yang dicintainya tidak lagi bernyawa.
"Lee Jooooonnnn.........."
Jerit Soyoung.

********

Hari demi hari berlalu, tubuh Minhwan juga semakin lemah. Jantungnya semakin sering meragam. Seluruh wajahnya pucat akibat tidak mampu menahan kesakitan itu. Dia hanya mampu menunggu jantung yang sesuai dengannya sahaja pada ketika ini. Walaupun dia mengetahui peluangnya untuk hidup lama adalah amat tipis.
"Choi Minseok-ssi, saya ada satu berita baik."
Ucap Doktor Park yang tiba-tiba muncul di bilik Minhwan.
"Ya doktor, adakah anak saya boleh melakukan pembedahan tu?"
Tanya ayah Minhwan.
Doktor Park mengangguk lalu memberikan senyuman.
"Pesakit tersebut baru sahaja meninggal dunia. Penjaganya juga telahpun memberikan kebenaran untuk mendermakan jantung kepada Minhwan. Pembedahan akan dilakukan secepat mungkin."
Terang Doktor Park.
"Baiklah, terima kasih banyak doktor."
Balas Minseok.
Akhirnya Minhwan berjaya memperoleh jantung yang baru untuknya meneruskan kehidupan normal. Kehidupan yang selama ini didambakan olehnya.

********

2015
Sudah hampir tiga minggu Minhwan bersama Soyoung. Walaupun Soyoung masih lagi belum menerima isi hati Minhwan sepenuhnya, dia tetap berusaha untuk menawan hati wanita itu. Pelbagai perkara yang telah dilakukannya dengan niat Soyoung mampu tersentuh dan menerima dirinya. 
"Soyoungie......."
Panggil Minhwan.
"Uhmmm.."
Balas Soyoung.
Mereka baru sahaja tamat menonton wayang. Minhwan berjalan seiringan dengan Soyoung. 
"Bila baru awak boleh terima saya?"
Tanya Minhwan.
"Kenapa awak tanya soalan tu?"
Soalan Minhwan tidak dijawab malah dibalas dengan soalan.
"Geunyang. Cuma nak tahu je. Dah lama kita macam ni. Tapi awak tak pernah bagitahu saya apa yang awak rasa tentang saya. Saya tak mampu nak duga perasaan awak."
Ujar Minhwan.
Soyoung hanya membalas dengan senyuman lalu menggeleng. Dia tidak mahu menjawab pertanyaan Minhwan itu.
"Tak apalah. Esok awak free tak? Esok kan Ahad. Saya, Minhyuk dengan yang lain plan untuk ke pantai. Kalau boleh, saya nak awak ikut sekali. Boleh ya."
Pinta Minhwan.
"Esok? Ehmmm...Rasanya tak ada apa-apa nak buat. Boleh la."
Jawab Soyoung.
"Jeongmal?! Gomawo!"
Ucap Minhwan lalu mengucup pipi Soyoung sebelum berlari-lari anak menuju ke kereta.
Soyoung hanya tersenyum dengan telatah Minhwan. Lelaki itu banyak meluangkan masa untuknya. Jauh di sudut hatinya, dia memperakui bahawa Minhwan berjaya menawan hatinya. Cuma dia tidak mampu untuk meluahkannya.

********

Desiran ombak kedengaran apabila memukul pantai. Burung yang berkicauan menggamatkan lagi suasana. Laut yang kebiruan itu menenangkan fikiran sesiapa sahaja yang melihatnya.
"Minhyuk! Jom berenang!"
Ajak Minhwan.
"Tapi kau boleh ke berenang kat laut? Selama ni kau belum pernah lagi kan berenang selain daripada swimming pool. Risau aku kalau apa-apa jadi kat kau nanti."
Jawab Minhyuk.
"Tak ada apalah. Sama je swimming pool ke laut ke. Berenang je kan."
Balas Minhwan.
Pantas dia menanggalkan bajunya lalu terjun ke laut hanya dengan berseluar pendek. Minhyuk yang tidak sabar juga turut serta begitu juga rakan mereka yang lain. Soyoung dan teman wanita Minhyuk hanya duduk melihat dari arah pantai sahaja.
Setelah hampir dua jam mereka bermain air, masing-masing kembali ke pantai kecuali Minhyuk dan juga Minhwan. Mereka ingin berendam untuk seketika lagi sebelum naik untuk menjamu selera hidangan yang dibawa. 
"Minhyuk, kita lawan berenang dari sini sampai tengah tu nak. Tengok siapa sampai dulu."
Cadang Minhwan.
"Tak nak la aku. Penat kau tahu tak."
Balas Minhyuk enggan.
"Kau ni semuanya tak nak. Dah la aku ni sekali-sekala je dapat pergi pantai macam ni. Sekali ni je."
Minhwan cuba merayu.
"Okaylah. Sekali je. Lepas tu kita naik."
Jawab Minhyuk.
Kedua-dua mereka bersedia lalu mula berenang selaju mungkin untuk menjadi orang pertama yang sampai ke tengah. Ternyata Minhyuk lebih pakar dalam bidang renang berbanding dengan Minhwan yang baru sahaja tiga tahun belajar renang. 
"Aku dah agak mesti aku yang menang. Sebab tu aku malas nak bertanding dengan kau."
Perli Minhyuk.
"Okay fine aku kalah. Tengok next week siapa yang menang pertandingan tu."
Balas Minhwan.
"Yang tu lain! Mana sama. Aku tahu la kau lagi handal main dram dari aku sekarang ni. Dah la, jom naik."
Ujar Minhyuk.
"Okay okay, jom."
Mereka berdua berenang perlahan untuk kembali ke pantai. Tiba-tiba Minhwan mengalami kesukaran untuk bernafas. Dia terkapai-kapai memanggil Minhyuk tetapi tidak didengari. Jantungnya tiba-tiba sahaja menjadi lemah akibat terlalu lama di dalam air. 
"Min...hyuk....."
Panggil Minhwan lagi.
Suaranya tenggelam dek bunyi ombak yang memukul pantai. Minhyuk yang telah sampai di pantai menyedari Minhwan masih lagi berada di tengah lautan. Dia melambai-lambai menyuruh Minhwan untuk naik tetapi Minhwan hanya membalas dengan lambaian.
"Eh, Minhwan lemas tu. Cepat! Pergi selamatkan dia!"
Ujar salah seorang rakan mereka.
Dengan kadar segera, Minhyuk terjun semula ke dalam laut untuk menyelamatkan Minhwan. Soyoung panik melihat keadaan tersebut. Dia berlari ke gigi pantai untuk melihat Minhwan yang telah hampir sampai ke pantai.
"Call ambulance! Now!"
Jerit Minhyuk.
Dia menekan-nekan dada Minhwan yang tidak sedarkan diri. Soyoung terduduk di sebelah tubuh Minhwan. Dipegangnya tangan lelaki itu. 
"Minhwan....Awak tak mungkin akan apa-apa. Minyuk, kenapa dia jadi macam ni?"
Tanya Soyoung.
"Jantung dia, mungkin bermasalah."
Balas Minhyuk.
"Minhwan...."
Ucap Soyoung.
Kejadian tiga tahun lalu kembali bermain dalam ingatannya. Dia tidak sanggup untuk kehilangan Minhwan pula setelah Lee Joon meninggalkannya. Air mata yang tidak diundang itu kini tumpah lagi. Sekian kalinya dia menangis kerana Minhwan. 

********

Soyoung dan Minhyuk turut menaiki ambulan yang membawa Minhwan ke hospital. Sepanjang perjalanan, Soyoung hanya mampu menangis melihat Minhwan yang bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan. Dia tidak pernah mengetahui bahawa Minhwan mempunyai masalah jantung. Selama ini dia melihat lelaki itu sihat sahaja.
"Doktor, macam mana?"
Tanya Minhyuk.
"Jantungnya bermasalah. Mungkin dia lama sangat berada di dalam air. Sepatutnya tak menjadi masalah jika dia sekadar berada di dalam air tapi dia terlalu banyak menggunakan tenaga. Jantungnya tidak mampu menerima impak tenaga yang dilakukan. Mungkin dia perlu menjalani pembedahan jantung sekali lagi. Kali ini mungkin lebih sukar dari tiga tahun yang lalu."
Terang Doktor Park.
"Doktor, tolong buat yang terbaik. Parents Minhwan dalam perjalanan sekarang ni."
Balas Minhyuk.
"Baiklah. Awak semua harap bersabar."
Ucap Doktor Park sebelum meninggalkan Minhyuk dan juga Soyoung.
Soyoung masih lagi tertanya-tanya. Minhwan yang dikenalinya itu mempunyai masalah jantung dan pernah dibedah tiga tahun yang lalu. Dia pernah menjalani pemindahan jantung di hospital ini. Hospital di mana Lee Joon meninggalkannya untuk selama-lamanya. Pantas dia berlari ke kaunter pertanyaan. Salah seorang jururawat di situ kaget melihat Soyoung yang berair mata lalu bertanyakan masalahnya.
"Ya, ada apa cik? Boleh saya bantu?"
Soyoung menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menjawab pertanyaan wanita itu.
"Saya nak minta tolong. Tolong semak fail maklumat pesakit tiga tahun yang lalu."
Ucap Soyoung.
Soyoung memberikan segala butiran yang perlu untuk membolehkan dia mengetahui maklumat lanjut mengenai kejadian tiga tahun yang lalu. Terbuntang matanya apabila melihat nama Choi Minhwan tertulis pada ruangan yang pernah ditandatangani olehnya. Jantung itu milik lelaki yang pernah mencintainya tetapi adakah kerana jantung yang berada di dalam tubuhnya itu yang membuatkan Minhwan mempunyai perasaan terhadapnya? 

********

Oleh kerana Minhwan terpaksa mendapatkan jantung yang baru, ayahnya bercadang untuk membawa Minhwan menjalani rawatan di luar negara. Itulah satu-satunya penyelesaian terbaik untuk Minhwan supaya dapat meneruskan kehidupannya. Jantung yang telah berada bersamanya selama tiga tahun itu tidak mampu lagi berfungsi dengan sebaik mungkin. Soyoung terpaksa akur dengan keputusan yang dibuat kerana dia bukanlah sesiapa di dalam keluarga Minhwan. 
Tiga tahun yang lalu, Soyoung kehilangan Lee Joon di hospital tersebut dan kini, Minhwan turut meninggalkannya. Terakhir kali dia melihat wajah Minhwan adalah ketika dia sedang dirawat di dalam bilik pesakit. Dan dia tidak mampu menduga adakah dia mampu untuk bertemu semula dengan Minhwan ataupun tidak. Jujur dia mencintai lelaki itu seadanya. Dia mencintai lelaki itu kerana sifat dan perilakunya walaupun jantung yang berada dalam tubuhnya itu adalah milik Lee Joon. Tetapi dia cuma membimbangkan satu perkara sahaja. Adakah Minhwan akan melupakannya apabila memiliki jantung yang baru? Adakah lelaki itu masih mencintainya jika jantung yang dimiliki bukan milik Lee Joon? 

********

Enam bulan kemudian...
Jalan raya kelihatan padat dengan kenderaan. Soyoung baru sahaja pulang dari kelas piano dan sedang memandu pulang ke rumahnya. Hujan lebat yang turun menyimbah bumi menyebabkan pemanduannya sedikit terganggu.
Ring..ring..ring...
Telefon bimbit yang berada di dalam beg tangannya berbunyi. Sambil memandu, dia meraba-raba ke dalam beg tangannya itu. Apabila berjaya dicapai, dia mencuba untuk menjawab panggilan tersebut tanpa menyedari keretanya hampir menghentam kereta yang berhenti di hadapannya. Pantas dia menekan brek. Terdorong sedikit tubuhnya akibat perlanggaran itu. 
"Aishhh. Dah la hujan ni. Boleh pula aku terlanggar kereta depan tu."
Rungut Soyoung.
Pemilik kereta yang dilanggarnya itu keluar daripada perut kereta lalu mengetuk cermin tingkapnya. Mahu atau tidak, Soyoung terpaksa menurunkan cermin tingkap kereta kerana menyedari akan kesalahannya.
Dupp..dupp..dupp..duppp..dupp..dupp..
Minhwan memegang dadanya. Dia yakin benar dengan apa yang dilihatnya itu. Jantungnya berdegup kencang. Dia terlalu merindukan Soyoung. Semenjak pulang dari luar negara, dia cuba mencari Soyoung tetapi tidak berjaya. Panggilan telefon juga tidak berjaya disambungkan. Mahu sahaja dia menjerit melihat Soyoung di hadapannya itu.
"Soyoungie-ahh.."
Ucap Minhwan.
Soyoung terkejut melihat wajah Minhwan di sebalik cermin tingkap keretanya. Lantas dia membuka pintu kereta untuk keluar. Dia tidak mempedulikan hujan yang bakal membasahinya.
"Min..hwan....Minhwannn.."
Dia memegang kedua-dua belah pipi Minhwan.
"Soyoungie-ahh, mianhaeyo."
Ucap Minhwan lalu menarik Soyoung ke dalam pelukannya.
"Minhwan, kenapa awak pergi tak tunggu jawapan saya?"
Tanya Soyoung.
"Mianhae, Soyoungie-ahh....Nan bogo shipeulseo.. Saranghaeyo. Jeongmal saranghae..."
Lafaz Minhwan.
"Nado....Jinjja saranghaeyo."
Soyoung membalas cinta Minhwan.
Kini dia yakin bahawa cinta yang diberikan oleh Minhwan itu bukanlah kerana jantung Lee Joon yang pernah berada di dalam tubuhnya sebelum ini dan baginya, biarlah hanya dia sahaja yang mengetahui akan hal tersebut. Minhwan telah pun mempunyai jantung yang baru dan Minhwan tetap mencintainya walaupun tanpa jantung Lee Joon yang pernah mencintainya. 

----------------------------------------------------------------------------------------------------

//Terima kasih sudi membaca cerita yang mengarut dan tak seberapa ni. Spelling mistakes memang banyak gila dan dah penat dah check. Kalau ada tu, sila abaikan. Nak bagitahu pun boleh juga. Lagu tu memang tak ada feeling dengan cerita ni kan. Memang fail kalau bab pilih lagu. Kalau ada perkataan tak faham tuh bagitahu juga. Malas pula nak cari link gambar. Lagi sekali, terima kasih banyak ya.


Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

16 comments:

nanajoe said...

FUYOHHHHHHHHHH AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA BEST BEST BESTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT ~ tapi kan unnie ._. nana ni bengap sikit bahasa korea ._. so ada sesetengah perkataan tu nana tak tahu pun ape maksudnya ._. lol . pape pun best ;AAAAAAAAAAAAAAAAAA: minhwannnieee ~

joe. said...

OMG BESTNYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA UNNIE SERIUS BESTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT! !!!!!! MAKNAE FT ISLAND DALAM NI MANLY GILAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA OMG♥

darla carolina said...

@Nana Johari - kay , thanks baca >< nyahahaha :D ta faham ke ._. unnie malas na boh mksud dlm bracket ._. penyakit malas sgt merebak HAHA

darla carolina said...

@zitao - HAHAHHA minari forever manly . cewahhh :DD best ke .__. thankssseeeuuu *o* hehe

crayon_amira said...

unnie serius daebakkkkkkk!!!
bestttttttt sgt2 one shot ni... :D

darla carolina said...

@crayon_amira - really? thanks ^^ hehehee . thanks juga sbb sudi bace ><

Shrek. said...

;AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA; bestnyoooo ;AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA; daebaaak kebenor unieeeeeeeeeeee *O* ;AAAAAAAAAAAAA; BESTSTST ;AAAAAAAAA;

Zafyra Iskandar said...

*thumbs up* Kenapa firah baca macam sweet je ._. Comelnya couple ni *O* best (Y)

darla carolina said...

@Na'na Recipon - Aaaaaaaaaa~ Thanksseeuuuu *o* heheheheh n thanks kerana membace . cewahh :D

darla carolina said...

@Zafyra Iskandar - comel kan >< dah ler dua" kecik jepp hehehee :D btw thnks :)

Lina Azhar said...

DAEBAK!Omo,unnie!Lina suka dengan jalan cerita story ni ^^ ending dia pun best :DD

darla carolina said...

@Lina - reallyyy *o* thanksseeeuuu >< but unnie rase ending tuh mcm mengarut LOL :D btw thanks for reading ^^

Wana said...

AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA BESTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT ;AAAAAAAAAAAA;

darla carolina said...

@Wana - Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~ THANKS :D HAHA

anishiya にズき said...

kyaaaa byk jugak leejoon dalam cerita ni hahah :D anyway jalan cerita ni sweet gilerrr okaaaaaayyyyyyyy !!

darla carolina said...

@anishiya - ekceli byk lg part lee joon ==' tapi aku buang -.- sbb da mcm cerita dy lakk klaw byk sgt ._.