AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

Untouchable Memory : Babak 15 | Adakah Ini Pengakhiran


Babak sebelum ini >Bahagia Yang Dikecapi<

Nana POV
Aku mengutip tin-tin yang bertaburan. Satu persatu aku masukkan ke dalam plastik kosong. Siapalah agaknya yang menyepahkan rumah aku ni.
"Kim Nana......"
Suara lelaki yang aku kenali menampan gegendang telingaku.

Pantas aku menoleh ke arah laluan bilik air. Seperti ku duga, Myungsoo berjalan menuju ke arahku dalam keadaan separuh sedar. Dia kelihatan tidak terurus. Sememangnya Myungsoo mengetahui kata laluan apartmenku. Aku langsung tidak pernah berniat untuk menukar kata laluan tersebut.
"Myungsoo, awak buat apa kat sini?"
Aku bertanya.
Badannya sedikit terhuyung-hanyang. Hampir terjatuh Myungsoo apabila langkahnya tidak teratur. Cepat aku berdiri untuk menyambutnya.
"Nana, kenapa awak tinggalkan saya? Kenapa Nana? Kenapa dia juga yang awak pilih?"
Tangan Myungsoo menunjuk ke arah Jaejin.

Air mata jernih jatuh dari kelopak matanya. Myungsoo jatuh terduduk lalu menyandar pada dinding. Aku hanya melihat sahaja apa yang dilakukannya. Persoalannya tadi aku biarkan tidak berjawab.
"Saya sayang awak. Jangan tinggalkan saya. Nana, saya tahu awak masih cintakan saya. Jangan tinggalkan saya, ya. Tak mungkin awak telah melupakan segala kenangan kita. Takkan semudah itu. Tak mungkin Nana."
Rayu Myungsoo.

Aku berasa simpati melihat keadaannya yang sebegitu rupa. Tak pernah pula Myungsoo berkelakuan begini. Jujur aku akui, segala perkara mengenai kami telah aku buang jauh. Aku tidak mahu termakan pujuk rayunya lagi. Tetapi hatiku merintih melihat Myungsoo seperti itu. Aku berpaling untuk menyembunyikan air mata yang hampir tumpah. Segera Myungsoo menarik tanganku.
"Nana, jawab saya Nana. Kalau awak cakap yang awak betul-betul tidak mencintai saya, saya tak akan ganggu awak lagi sampai bila-bila."
Pinta Myungsoo.

Aku masih lagi membelakangkannya dan memandang ke arah Jaejin yang sedang mencangkung mengutip tin yang aku biarkan tadi. Jaejin langsung tidak menoleh ke arahku. Aku berasa serba salah. Apa yang patut aku lakukan? Mengapa aku berada dalam keadaan seperti ini.

Jaejin POV
Aku hanya membiarkan Nana dan Myungsoo menyelesaikan masalah mereka. Aku tidak boleh memaksa jika Nana mahu bersama Myungsoo. Tetapi tidak bermakna aku sanggup melepaskan Nana pergi begitu sahaja. Aku sambung mengutip tin yang bertaburan dan memasukkannya ke dalam plastik. Gegendang telingaku menangkap segala butir perkataan yang keluar dari mulut Myungsoo.

"Nana, saya tak nak awak tinggalkan saya. Semua orang tinggalkan saya. Saya cuma ada awak je. Nana... Tolong jangan tinggalkan saya."
Pujuk Myungsoo.
Suaranya kedengaran bergetar. Aku berpura-pura seperti tidak mengambil peduli tentang hal mereka.
"Myungsoo, awak jangan macam ni. Please, saya merayu sangat kat awak. Hati saya dah ada orang lain. Tak mungkin lagi untuk saya menerima awak."
Ucap Nana.
Sejuk hatiku mendengarnya. Sekurang-kurangnya Nana masih memikirkan tentang aku.
"Dan tolong jangan datang ke sini lagi. Saya tak nak ada orang lain yang akan salah faham tentang hubungan kita."
Pinta Nana.

Dia kemudiannya meninggalkan Myungsoo dan aku terpinga-pinga di dalam apartmen ini. Segera aku berlari mengejar Nana untuk mengikutinya. Nana berlari menuju ke arah tangga lalu menuruni tangga dengan langkah yang laju.

"Nana, tunggu saya. Gwenchanayo?"
Tanyaku sambil menuruni tangga.
Tercungap-cungap aku mengambil nafas kerana letih mengejar Nana.
"Jaejin, kenapa saya jadi macam ni?"
Nana memberhentikan langkahnya.
Aku turut memperlahankan langkahku lalu menghampiri Nana. Pipinya kini mula basah menjadi laluan air mata. Pantas ku dakap tubuh kecil itu ke dalam pelukanku.

"Saya ada di sini untuk awak. Menangislah kalau awak rasa ianya perlu. Saya tak pernah salahkan awak. Saya faham. Menangislah semahunya."
Aku cuba memujuk hati Nana.

Dia memeluk erat tubuhku dan menangis semahunya. Mungkin hatinya diburu rasa bersalah. Mungkin juga dia masih mencintai Myungsoo. Aku tidak mampu menduga jawapan untuk air mata itu tetapi sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk aku bertanya pada Nana.

"Nana, saya tak tahu apa yang awak sedang fikirkan sekarang. Dan saya tak tahu jika benar hanya saya yang memiliki hati awak. Bukan saya mahu meragui awak, Nana. Tapi saya cuma nak awak tahu yang hanya awak yang sentiasa berada di dalam hati saya, Kim Nana."
Bisikku pada telinga Nana.

Aku menggosok belakang tubuhnya sekadar untuk menenangkan Nana. Dia menekup wajahnya pada dadaku. Baju pada bahagian belakang tubuhku digenggam kuat olehnya.
"Mianhaeyo....."
Hanya itu sahaja perkataan yang kedengaran dari mulut Nana.
Aku cuma mengangguk lalu mengusap-usap kepalanya. Membiarkan dia tenang untuk seketika dalam pelukanku.

********

Author POV
Jaejin perlu ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan seperti yang telah ditetapkan. Soojin masih belum memaklumkan padanya mengenai pembedahan yang perlu dijalani olehnya pada keesokan hari. Dia telah pun memutuskan untuk memberitahu Jaejin ketika membuat rawatan susulan nanti. Cuma yang dirisaukannya, Jaejin mungkin enggan untuk menjalankan pembedahan tersebut.

"Noona! Lama ke tunggu Jaejin?"
Sapa Jaejin lalu melangkah masuk ke bilik pejabat Soojin.
"Jaejin tak lambat pun. Duduklah dulu, noona ada perkara penting nak bagitahu Jaejin ni."
Pinta Soojin.
Jaejin akur lalu duduk berhadapan dengan Soojin untuk mendengar butir-butir perkara yang akan dimaklumkan padanya.
"Apa dia, noona?"
Tanya Jaejin.
"Noona nak jaejin dengar betul-betul apa yang noona nak bagitahu ni. Sebenarnya sel-sel barah tu dah merebak. Jaejin mungkin tak rasa perbezaan tu sebab ubat yang Jaejin makan hari-hari dah hilangkan rasa sakit tu. Noona nak Jaejin setuju untuk buat pembedahan esok. Noona dah siapkan semuanya. Segalanya dah diaturkan. Ni semua untuk kebaikan Jaejin. Pembedahan tu untuk buang sel-sel yang dah merebak. Boleh ya Jaejin."
Terang Soojin.

Jaejin menunduk dan berkira-kira setelah mendengar penerangan Soojin. Dia tidak terkejut mahupun sedih mendengarnya. Jaejin telah mula menerima takdir yang hidupnya tidak akan lama.
"Tapi, apa yang akan jadi kalau Jaejin buat pembedahan tu?"
Tanya Jaejin.
"Sekurang-kurangnya sel-sel barah tu akan berkurang. Tapi kami masih tak mampu untuk buang ketumbuhan yang asal tu. Yang boleh dilakukan cuma melambatkan proses sel-sel tersebut dari terus merebak sahaja. Jaejin terima ya untuk buat pembedahan tu."
Pinta Soojin.
"Kalau Jaejin tak nak? Apa yang akan jadi pada Jaejin? Kalau Jaejin buat pembedahan tu pun, boleh ke Jaejin hidup macam orang lain?"
Tanya Jaejin lagi.
Mukanya serius. Tiada riak sedih mahupun gembira. Soojin pula kelihatan cemas tetapi dia cuba menenangkan dirinya agar tidak kelihatan panik. Sememangnya dia merisaukan keadaan Jaejin.

"Jaejin, noona cuba sebaik mungkin untuk Jaejin. Sekurang-kurangnya Jaejin berusaha untuk hidup. Itu yang paling penting."
Balas Soojin.
"Walaupun pada akhirnya Jaejin akan mati? Sama je kan noona."
Ujar Jaejin.
"Noona tak nak Jaejin cepat mengalah. Jaejin kena cuba dulu. Jaejin masuk hospital hari ini ya. Kita buat rawatan dulu lepas tu ready untuk operation esok pula. Boleh ya, Jaejin."
Pujuknya.
"Kalau tak berjaya, macam mana? Apa akan  jadi?"
Jaejin cuma ingin mengetahui jawapan itu.
"Jika pembedahan tu tak berjaya, sel-sel barah akan terus merebak dan noona tak boleh janji untuk bagi tempoh yang panjang untuk Jaejin. Mianhae."
Jawab Soojin.
"Tak apa. Jaejin dah agak semua ni akan terjadi. Berjaya ataupun tidak, yang pastinya Jaejin akan mati juga. Jaejin akan buat pembedahan tu. Tapi, Jaejin cuma minta noona bagi Jaejin waktu. Untuk bersedia. Kalau boleh, noona tangguhkan dulu pembedahan tu untuk dua hari. Jaejin ada perkara yang perlu diselesaikan."
Dia membuat permintaan.

Sekiranya pembedahan itu tidak berjaya, dia perlu membuat persediaan awal. Dia tidak mahu melukakan hati Nana. Untuk memberitahu Nana tentang penyakitnya itu, tidak mungkin sama sekali akan berlaku. Jaejin tidak mahu sesiapa bimbang akan dirinya. Cukuplah hanya dia dan Soojin saja yang mengetahui keberadaan penyakit itu.

"Baiklah, asalkan Jaejin setuju untuk pembedahan tu. For today, Jaejin tetap kena ikut rawatan susulan seperti biasa."
Putus Soojin.
Jaejin hanya mengangguk akur tanda bersetuju.

********

Nana POV
Aku mengacau rata sup miso yang berada di dalam periuk. Api yang menyala pada dapur dikecilkan. Segala rasa telah pun mencukupi. Sedang aku leka mengacau sup, Jaejin yang entah bila muncul lantas memeluk tubuhku dari arah belakang. Dagunya disangkutkan pada bahuku. Digenggam erat tangannya yang melingkari pinggangku.

"Jaejin, kenapa ni? Saya tengah masak la. Awak duduk la sana dulu diam-diam."
Ucapku.
Terasa pada bahuku yang Jaejin sedang menggeleng membalas permintaanku. Kemudian pipiku diciumnya. Serta-merta bibirku mengukirkan senyuman.

"Saya tak tahan tunggu awak lama sangat."
Balas Jaejin.
"Eh nakal la awak ni. Saya dah siap masak dah ni. Apa kata awak tolong saya isi semua lauk ni lepas tu letak kat atas meja tu."
Pintaku sambil menghulurkan sebuah mangkuk padanya.
Dia menggeleng lagi.
"Tak nak. Awak la siapkan untuk saya. Saya ni tetamu."
Jawab Jaejin.
"Kalau awak peluk saya macam ni, bila la saya boleh siapkan, sayang."
Ucapku lalu meletakkan mangkuk tadi di atas kabinet dapur.

Aku berpusing menghadap Jaejin sambil memegang tangannya yang melingkar pada pinggangku. Perlahan-lahan aku melepaskan pegangan tangannya.
"Tetamu tak boleh duduk sini. Dah pergi duduk sana cepat."
Aku memberikan arahan.
Tubuh Jaejin aku pusingkan membelakangiku lalu meletakkan kedua-dua belah tanganku di atas bahunya. Aku melangkah mendorong tubuh Jaejin ke hadapan untuk kembali ke tempat duduk di ruang tamu.

"Duduk sini okay. Lima minit lagi siaplah."
Ucapku.
Jaejin kembali memusingkan tubuhnya dan sekelip mata sebuah ciuman hinggap pada dahiku. Perbuatan Jaejin sangat aneh pada hari ini. Tetapi segala yang dilakukannya terasa hangat bagiku.
"Kim Nana, saranghaeyo."
Lafaz Jaejin.
"Nado saranghae."
Aku membalas lalu kembali ke dapur.

********

Selesai makan, aku mengemas meja bersama-sama Jaejin. Kami turut membasuh segala pinggan mangkuk bersama. Walaupun aku sentiasa berada bersama Jaejin tetapi hatiku berasa tidak enak. Seolah-olah ada sesuatu yang tak kena pada perlakuan Jaejin. Pandangan matanya tidak seperti selalu. Fikirannya juga seperti tidak berada bersamaku. Apa yang sedang difikirkannya.

"Nana..."
Panggil Jaejin.
"Hmmm?"
Sahutku.
Aku yang sedang terbaring di atas sofa mendongak melihat wajah Jaejin. Dia mengusap-usap kepalaku yang berada di atas ribaannya.

"Awak nak tahu sesuatu tak?"
Tanya Jaejin.
"Apa? Cakaplah."
Balasku.
Jaejin mengambil tangan kananku lalu menggenggamnya. Dia mengucup lembut tanganku. Perbuatan Jaejin membuatkan wajah kami menjadi dekat. Aku hanya merenung wajahnya sahaja.

"Saya tak pernah mencintai sesiapa sebelum ni. Awak adalah cinta pertama saya."
Ucap Jaejin.
"Mungkin saya bukan lelaki yang terbaik dalam hidup awak, tapi bagi saya awak adalah yang terbaik untuk saya."
Tambahnya lagi.
Serius benar bunyinya. Tak pernah Jaejin seserius ini. Aku memegang kedua-dua belah pipinya. Terdapat jernihan pada kelopak mata Jaejin.
"Hey, kenapa ni? Waeyo?"
Tanyaku risau melihat air mata Jaejin.

Pertanyaanku tidak dijawab tetapi dibalas dengan ciuman. Bibirnya yang hangat itu menyentuh bibirku. Terpaku aku seketika. Hanya bibir kami sahaja yang bertemu. Tanpa sebarang pergerakan. Hanya sekadar bibirnya sahaja diletakkan pada bibirku. Waktu dibiarkan berlalu tanpa sebarang kata. Air mata yang mengalir pada wajahnya menyentuh pipiku. Terasa hangat pipiku dek kerana air matanya.

"Gomawo....Kim Nana..."
Jaejin berbisik pada bibirku.
Dia melarikan wajahnya sebelum menyapu air mata yang kian deras mengalir.
"Kejap ya, saya ada sesuatu nak bagi dekat awak."
Ucapku lalu meninggalkan Jaejin untuk seketika.

Aku melangkah ke bilik tidur untuk mengambil bungkusan hadiah yang telah aku sediakan tengah hari tadi. Seutas jam tangan sebagai hadiah ucapan tahniah kerana berjaya mendapatkan projek Pulau Jeju. Senyuman mekar tidak lekang pada bibirku. Aku mencari bungkusan tersebut di serata bilik tetapi tidak juga ditemui. Mana pula aku letakkan bungkusan itu. Anak mataku sempat menangkap bayangan kotak di bawah meja. Segera aku mengutip bungkusan itu. Mungkin jatuh ketika aku sedang tergopoh-gapah tadi agaknya. Dengan hati yang berbunga, aku kembali ke ruang tamu membawa bungkusan tersebut.

Tetapi senyuman yang tadi terukir pada wajahku kian suram. Jaejin tiada di tempatnya. Puas ku cari seluruh rumah juga tiada. Hadiah yang dipegang sedari tadi aku letakkan di atas meja. Ada sepucuk surat diletakkan di situ. Pantas aku mencapai sampul surat itu lalu membukanya untuk membaca isi kandungan surat tersebut.

Kim Nana,
Maafkan saya kerana meninggalkan awak tanpa memberitahu terlebih dahulu. Mungkin ini yang terbaik untuk kita. Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk mencintai awak selama ini. Saya tetap akan mencintai awak sampai bila-bila. Tapi kita tidak ditakdirkan bersama. Mungkin ada lelaki lain yang lebih sesuai untuk bersama awak. Byunghun juga lelaki yang baik. Ketika saya melihat awak bergandingan bersama Byunghun, saya tahu awak dengannya sesuai bersama. Maafkan saya kerana menjadi seorang yang pengecut. Saya mencintai awak tetapi saya tidak mempunyai hati untuk mencintai awak, saya mencintai awak tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk mencintai awak. Saya tak layak untuk memiliki cinta awak, Nana. Untuk menerima cinta awak sahaja pun sudah cukup bertuah bagi diri saya. Terima kasih kerana memberikan saya kenangan yang terindah sepanjang saya bersama awak. Walaupun ianya bukanlah satu jangka masa yang panjang, ianya sangat bermakna buat saya. Saya akan menghargainya untuk seumur hidup saya. Awak akan sentiasa berada di sini, di hati saya untuk selama-lamanya. Saya tahu, mungkin awak masih mencintai Myungsoo. Mungkin juga saya bukanlah yang terbaik untuk awak, tetapi segala yang pernah kita lalui bersama akan menjadi perkara terbaik dalam hidup saya. Jika kita ditakdirkan untuk bersama, mungkin kita akan dipertemukan semula suatu hari nanti. Maafkan saya kerana menjadi seorang yang pengecut. Maafkan saya kerana terpaksa memilih jalan seperti ini untuk meninggalkan awak. Maafkan saya kerana tidak mampu berada di sisi awak untuk selama-lamanya. Maafkan saya kerana tidak mampu mencintai awak seperti mana awak mencintai saya. Maafkan saya, Nana.

Lee Jaejin.

Segala kenangan bersama Jaejin kembali berputar seperti pita rakaman menayang kembali perkara yang pernah kami lalui. Hanya air mata sahaja yang menjadi penemanku ketika ini. Mengapa dia berkelakuan aneh seperti itu. Apakah yang sebenarnya difikirkan olehnya? Jaejin yang aku kenali bukanlah seorang yang pengecut. Apa yang terjadi sehingga Jaejin bertindak seperti ini. Apa kesalahan yang telah aku lakukan. Adakah kerana aku meragui sama ada cintaku adalah untuk dirinya ataupun Myungsoo. Pelbagai persoalan yang timbul di benak fikiranku ketika ini dan segala jawapan itu hanya mampu diberikan oleh Jaejin sendiri.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

//Sorry lambat update. Sekarang tengah prepare untuk final exam. Next month start cuti, then boleh la update setiap hari kalau ada free time. Tak mampu nak update panjang-panjang. Satu one-shot still on process. Tak tahu la sempat ke tidak nak publish minggu ni sebab ada revision class. Anyway, thanks kerana setia menanti. Kalau ada spelling error tu, abaikan je la. Terima kasih ^^


Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

6 comments:

Thiah Inara said...

ahh ! cpat ckit update.. sian nana...

crayon_amira said...

unnie,unnie...da lama kite tunggu ff ni..aeygoo rindu gile..ahhahha
engtkan byunghyun yg dtg huhu rupenye myungsoo..ehheh
unnie chapter ni bwt kite nk nangis T_T
unnie next chapter....!!! :D

darla carolina said...

@Thiah Inara - okay, I will. tgok lha klaw ade free time :) thanks for reading .

darla carolina said...

@crayon_amira - sorry, unnie busy. tu yg tade mase na update sgt tu. unnie ta pndai buat scene sedih .__. semoga sabar menanti next chpter kay ^^ hehhehe thnks :)

anishiya にズき said...

sian jugak myungsoo tapi jaejin pun kesian jugak hmmmph -.-' (berbelah bahagi) next chapter pleaseeee ! heheheh :D

darla carolina said...

@anishiya - cehh kaw sejak layan myungsoo terus berbelah bahagi bagai -.- kay nnti aku free aku update ._.