AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

SEVERELY | Pengenalan, Watak, dan Perwatakan

#Credit - Ana for the poster

Tajuk Cerita: SEVERELY
Genre: Romance, Angst, Fantasy, Song Fiction
Jenis Cerita: One-Shot
Pengarang: Darla Carolina
Status: Diterbitkan pada 28 November 2012

RINGKASAN CERITA
              Percintaan antara Lee Hongki dan Ahn Gyuri memang sehebat Romeo dan Juliet. Tapi selama manakah hubungan itu mampu bertahan? Tiada apa yang mampu memisahkan mereka selain daripada ajal dan maut. Ya, memang itu yang telah tertulis dalam kehidupan mereka. Segala-galanya bagaikan suatu mimpi apabila Ahn Gyuri maut dalam satu kemalangan jalan raya. Hongki yang amat mencintai Gyuri tidak mampu untuk menghadapi kenyataan bahawa gadis yang dicintainya itu telah tiada. Sedang Hongki meratapi pemergian kekasihnya, muncul seorang kanak-kanak mendekatinya lalu bertanya akan kisah Hongki. Bagaikan sebuah kisah dongeng, Hongki diberi peluang untuk mengubah segala-galanya. Masa yang telah berlalu akan diputar kembali ke sepuluh hari sebelum hari kematian Gyuri. Namun begitu, ada beberapa perkara yang menjadi rintangan untuknya dan setiap apa yang diberi pasti ada pulangannya. Dapatkah Hongki menyelamatkan Gyuri? Apakah yang akan terjadi kepada mereka? 
Segalanya bakal terjawab dalam "SEVERELY"

PREFACE
              Idea asal bagi jalan cerita ini adalah daripada video klip "Severely" sendiri. Dengan menggunakan watak yang sama, saya cuba mengolah gambaran tersebut kepada satu cerita yang mempunyai awal serta pengakhirannya. Ianya adalah sebuah cerita fantasi yang mungkin tidak akan berlaku di dunia realiti. Oleh kerana idea utamanya lebih kurang sama seperti mana video klip "In Heaven", saya turut menyelitkan beberapa adegan daripada video klip tersebut. Bagaimanakah cerita tersebut bakal diolah? Jangan lupa untuk menantikan SEVERELY hanya di Imaginasi Tertinggi, akan datang.

Watak dan Perwatakan >klik sini<




Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

No comments: