Babak sebelum ini >Perjanjian Perkahwinan<
Hwana POV
Kerdipan bintang di langit membuatkan aku berasa tenang. Hatiku gundah gulana apabila memikirkan tentang hal perkahwinan antara aku dan juga Seunghyun. Mana mungkin aku bersetuju untuk berkahwin dengannya. Walaupun aku tidak pernah menafikan yang aku tak mencintainya, aku masih lagi seorang pelajar. Masih muda dalam menjalani kehidupan.
Ringg..ring..ringg...
Telefon bimbit di tangan ku tatap. Nombor tidak bernama tertera di atas skrin. Siapa pula yang menghubungiku malam-malam begini. Butang hijau ku sentuh lalu menekap telefon bimbit tersebut ke telingaku.
"Yeoboseyo."
Aku mula bersuara.
Cermin mata yang terletak pada batang hidungku ditekapkan lebih dekat ke anak mata.
"Hwa Na.."
Suara di hujung talian membalas.
"Oppa? Myung Soo oppa?"
Aku cuba untuk meneka.
"Ya, oppa ni. Maaf kalau oppa ganggu Hwa Na malam-malam macam ni."
Balas Myung Soo.
Ada getaran pada nada suaranya. Mengapa dia seperti itu? Lain benar perasaanku ketika ini.
"Tak apa. Lagi pun saya bukannya tengah sibuk. Kenapa ya?"
Aku bertanya.
"Oppa cuma nak dengar suara Hwa Na. Sebab tu oppa telefon."
Jawapan Myung Soo menghairankanku.
"Oh sekarang kan dah dengar hehehe."
Pantas aku membalas.
"Hwa Na....."
Perlahan Myung Soo bersuara di hujung talian.
"Hermmm?"
Jawabku.
"Awak dah fikir jawapan untuk soalan yang oppa tanya tempoh hari?"
Pertanyaan Myung Soo serta-merta terlintas di fikiranku.
"Yang tu... Ermm, saya..."
Belum sempat aku membalas pertanyaan tersebut, pinggangku sudah pun dirangkul oleh seseorang.
"Yahhh! Apa ni apa ni apa ni?!"
Aku menampar-nampar lengan Seung Hyun yang berpaut pada pinggangku.
"Kau kena biasakan, nanti kita kena buat juga macam ni."
Seung Hyun makin menarikku ke dalam dakapannya.
"Kau ni kenapa? Dah gila ke? Dasar si gila! Susah kalau cakap sekali pun tak faham. Eeeeee lepaslah!"
Makin kuat aku menampar lengan Seung Hyun.
"Kau patut bersyukur sebab ada juga yang nak peluk kau ni. Ke kau malu sebab ni kali pertama ada lelaki peluk kau? Lagi-lagi orang yang hensem macam aku ni hahaha."
Si gila sudah mula merapu.
Walaupun ada benarnya apa yang dikatakan, aku tetap tidak bersetuju dengan perbuatannya.
"Bila? Mana ada! Kau ni jangan nak mengarut la! Eeeee geram betul la aku dengan kau ni!"
Aku menghentakkan kaki tanda geram.
"Comel pula kau buat muka macam tu. Muncung tu dah boleh sangkut penyidai baju dah."
Si gila mentertawakanku.
Kalau dilayan semakin menjadi-jadi. Baik aku masuk ke dalam sahaja. Lebih tenang berbanding di sini. Berkelahi dengan Seung Hyun tak mungkin ada penyudahnya. Aku mula mengatur langkah untuk beredar pergi.
Taaappp.
Si gila pantas mencapai lalu menggenggam tanganku.
Dia ni kenapa beremosi pula malam ni? Aku terkedu. Lain benar Seung Hyun jika dibandingkan dengan hari kebiasaannya. Langkahku mati. Pantas aku menoleh ke arah Seung Hyun. Si gila memandang tepat ke arah tanganku yang dipegang olehnya. Matanya tertumpu pada telefon bimbit di dalam genggamanku.
Paaakkk
Aku menepuk dahi. Macam mana la aku boleh lupa yang Myung Soo tengah berbual dengan aku tadi. Aduh pasti dia dengar apa yang aku dengan Seung Hyun katakan tadi. Bingkai cermin mata ditolak lagi semakin rapat setentang anak mata. Apa yang aku nak cakap dengan Myung Soo kalau dia tanya nanti.
"Tadi kau tengah cakap telefon kan?"
Tanya si gila lalu merampas telefon bimbitku.
"Yah! Bak sini balik handphone aku! Jangan sibuk la hal aku. Aku tak suka la. Kau ni!"
Membuak pula perasaan marah apabila melihat Seung Hyun menatap skrin telefon bimbit tersebut.
"Yeoboseyo, maaf ya. Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan. Sila jangan dail nombor ini lagi. Tuan punya nombor adalah bakal isteri saya. Sekian terima kasih."
Si gila cepat mematikan talian setelah bercakap mengikut sedap mulutnya.
Aku menghentakkan kaki sekali lagi tanda protes. Kalau si gila ni la jadi suami aku, sampai mati hidup aku merana. Geram betul aku dengan sikap pentingkan diri dia tu. Aku kembali merampas telefon bimbit itu. Nasib baik aku tidak pernah menyimpan nombor telefon Myung Soo di dalam senarai kenalanku. Bimbang juga jika Seung Hyun tahu dengan siapa aku berbual tadi.
"Lagi sekali kau buat macam ni, jangan pernah mimpi aku nak kahwin dengan kau. Perangai hodoh! Panggil aku si hodoh padahal dia punya perangai yang hodoh. Menjengkelkan!"
Ucapku dengan penuh marah lalu berlalu pergi.
Semakin geram pula aku dengan Seung Hyun hari ini. Sedari pagi lagi dia asyik menggangguku. Tahulah yang aku ni berada di rumah datuknya tapi sikapnya yang satu itu sangat memanaskan hati.
Seunghyun POV
Pandangan mataku menghantar si hodoh sehingga ke muka pintu. Senang sungguh hatiku apabila melihat Hwa Na berada di rumahku. Comel pula dia mengenakan baju tersebut. Walaupun dengan hanya memakai t-shirt milikku, aku sudah cukup berpuas hati. Tapi aku tak berniat pun untuk menyakitkan hatinya. Macam mana la aku boleh terpeluk dia tadi. Aku ni pun satu hal. Bukan nak fikir panjang.
"Huuuuuhhhhhh"
Aku melepaskan keluhan.
Kalaulah dia faham yang aku ni serius sukakan dia. Im Hwa Na. Haihhh. Badan serta-merta direbahkan di atas rumput yang menghijau. Pandangan dilontarkan ke arah langit yang luas terbentang. Bintang-bintang di langit kelihatan indah. Tapi tidak mampu menandingi keindahan Hwa Na. Mungkin benar aku memang gila seperti mana si hodoh sering memanggilku. Aku gilakan Im Hwa Na. Pantas aku menggeleng. Apa yang aku fikir ni. Kalau si hodoh tahu, mati aku kena gelak dengan dia. Tak mungkin tak mungkin. Tak mungkin untuk aku berhadapan dengan si hodoh secara serius.
********
Awal-awal pagi lagi aku telah bersiap untuk ke sekolah. Semangat benar aku untuk ke sekolah apabila datuk si hodoh memberikan kebenaran untuk aku menjemput dan menghantar si hodoh setiap hari. Nampaknya peranan aku sebagai seorang bakal suami telah pun bermula.
Dengan penuh gaya, aku berdiri menunggu si hodoh di hadapan rumahnya. Lambat pula dia ni bersiap. Tak nak pergi sekolah ke? Perlahan pintu pagar dibuka. Berdebar-debar pula rasa hati. Aku memandang Hwa Na dari hujung rambut sehinggalah ke kasut yang disarung olehnya.
"Ehh cermin mata baru pula ke tu?"
Tanyaku sambil menunjuk pada cermin mata yang terletak di atas batang hidungnya.
"Dia ni lagi. Awal-awal pagi bukan nak ucap selamat. Tapi sibuk je tanya yang bukan-bukan."
Bentak si hodoh.
"Aku tanya ni sayang intan payung. Bila kau buat cermin mata tu?"
Aku bertanya lagi.
"Ni cermin mata lama la. Yang aku selalu pakai tu bingkainya patah. Nanti lepas waktu sekolah baru aku pergi hantar repair."
Balas si hodoh.
"Oh, cantik juga."
Ucapku.
"Terima kasih sangat-sangat kerana memuji."
Tersenyum si hodoh mendengar pujian daripadaku.
"Bukan kau la. Tapi cermin mata tu. Aku lagi suka yang biru ni dari warna hitam tu. Yang ni lagi bulat. Jadi makin terserlah kehodohan kau tu hahahha."
Aku mengusiknya.
Hwa Na menekap cermin matanya. Matanya seolah-olah berapi akibat menahan geram. Makin geram agaknya setelah aku ketawa sekuat hati.
"Okay suka hati kau la!"
Pantas si hodoh mengatur langkah meninggalkanku.
"Si hodoh! Kau nak pergi mana? Sini la naik dengan aku."
Aku segera mengejar Hwa Na.
Setelah dipaksa berulang kali barulah aku berjaya memaksa Hwa Na menaiki kereta milik keluargaku. Susah benar hendak melembutkan hatinya.
"Kau tahu bukan yang kita dah nak kahwin. Esok, datuk kau dah suruh edar kad undangan perkahwinan kita. Omma aku dah settle kan semuanya. Jadi kita cuma tinggal jemput orang lain lepas tu kahwin. Sumpah aku tak sabar nak kahwin dengan kau. Mesti kau pun berdebar-debar bukan hahaha."
Ucapku.
"Kau gila?! Bila pula aku teringin nak kahwin dengan kau ni? Aku setuju pun sebab arabeoji. Dia yang jaga aku selama ni. Takkan aku nak lukakan hati dia pula. Apa kau ingat aku ni suka sangat dekat kau tu ke? Baik aku kahwin dengan dengan dengan ermmm tu haaa dengan ahjussi tu lagi bagus."
Bentak si hodoh.
Dia mengacukan telunjuknya pada seorang lelaki tua yang sedang menyapu halaman rumah. Walaupun aku tidak dapat melihat wajah lelaki tersebut dek kerana kelajuan kereta yang kami naiki, hati aku berasa sedikit terluka kerana memikirkan si hodoh betul-betul membenciku.
"Tapi kalau aku ni Myung Soo mesti kau terus setuju nak kahwin dengan aku kan."
Aku menduga.
Pertanyaanku berbaur sedih. Wajah si hodoh kelihatan bersalah setelah mendengar apa yang aku persoalkan.
"Aku tak maksudkan macam tu pun."
Balas Hwa Na lalu menunduk.
Suasana senyap seketika. Tiada sesiapa pun yang bersuara sedari tadi. Si hodoh asyik membetulkan bingkai cermin matanya. Terasa kaku dengan suasana mungkin. Kereta yang kami naiki berhenti hampir dengan pintu pagar utama sekolah. Aku pantas membuka pintu dan melangkah keluar. Pemandu pula membukakan pintu untuk si hodoh. Aku memandang wajahnya yang mencuka itu. Pantas aku melontarkan senyuman untuk membuang jauh perasaan bersalah si hodoh. Langkah kaki menghampiri Hwa Na lantas aku mendakap bahunya.
"Kau jangan la buat muka macam tu. Nanti orang ingat aku paksa kau naik kereta aku pula. Kau ingat senang ke nak pergi sekolah dengan aku ni. Orang bertuah macam kau je tau yang dapat peluang macam ni."
Aku bernada angkuh.
"Hek eleh. Kau ni tak habis-habis nak perasan. Ingat aku nak sangat ke naik kereta dengan kau ni. Aku cuma bagi muka je kat kau tu okay."
Hwa Na mengherotkan bibirnya tanda menyampah dengan penyataanku.
Aku masih lagi memeluk bahu Hwa Na dan berjalan seiringan dengannya. Pertelingkahan masih lagi tidak selesai. Sekali sekala si hodoh menyiku-nyiku pinggangku apabila aku mengusiknya dengan ayat yang keterlaluan. Dalam tidak sedar, perbuatan kami menjadi tumpuan orang ramai.
"Hwa Na!! Im Hwa Na!!"
Suara lantang daripada seorang gadis menampan gegendang telingaku.
Segera kami menoleh ke belakang.
"Hahh hahh haaa haaahhh.."
Ji Eun termengah-mengah akibat berlari mengejar kami.
"Kau ni kenapa Ji Eun? Nak kata terlambat, belum lambat lagi."
Tanya si hodoh pada Ji Eun.
"Oppa.. Annyeong!"
Aku membalas ucapan salam yang diberikan olehnya.
"Yah Ji Eun! Aku tanya kau boleh oppa oppa pula."
Si hodoh ni cemburu agaknya.
"Eh yang korang berpeluk sakan ni kenapa? Ada apa-apa ya hehehe."
Ji Eun cuba menebak.
"Tak ada yang ada apa-apa la! Siapa la nak kat si gila ni."
Naik marah pula si hodoh ni secara tiba-tiba.
Dia menepis tanganku yang sedari tadi mendarat di atas bahunya. Haihh pelik pula aku dengan si hodoh ni. Sekejap marah sekejap baik.
"Sebenarnya si hodoh ni bakal isteri oppa. Kami akan kahwin minggu depan."
Aku menjelaskan pada Ji Eun.
"Mwo? Kahwin? Betul ke ni?"
Tanya Ji Eun kurang yakin.
"Betul la. Buat apa oppa nak bohong pula. Tanya si hodoh ni sendiri kalau tak percaya."
Balasku.
"Aah, aku kena kahwin dengan si gila ni. Nanti la aku cerita kat kau semuanya."
Tersenyum aku mendengar ayat Hwa Na.
"Oppaaaaaaaa... Andwaaaeeeee..."
Ji Eun memuncungkan mulutnya.
"Hahaha oppa tak boleh kahwin dengan Ji Eun la. Walaupun oppa dilanda badai dan ribut, oppa tetap pilih si hodoh ni juga."
Ucapku lalu menekup wajah Hwa Na dengan telapak tanganku.
Hwa Na menarik Ji Eun lalu berjalan seiringan menuju ke kelas mereka. Haih macam manalah aku boleh kenal dengan budak-budak lucu macam mereka tu. Ada saja perkara yang menggelikan hati berlaku setiap hari.
********
Kelas yang riuh rendah membuatkan Myung Soo sering menggunakan headphone untuk mengelakkan bunyi bising dari mengganggu tumpuannya. Entah lagu apa yang enak di pendengarannya pun aku tidak tahu. Setiap pagi pasti dia adalah antara pelajar yang paling awal sampai ke kelas. Yang hairannya, dia tetap akan bersama dengan buku yang entah ke berapa bilangannya.
"Yo!"
Aku mengangkat tangan untuk menepuk tangan Myung Soo.
"Hermm.."
Myung Soo membalas tepukanku.
Aku meletakkan beg yang digalas lalu duduk bersebelahan dengannya. Myung Soo hanya mengendahkanku dan meneruskan bacaannya. Aku tak pernah faham dengan sikap dia yang gemar membaca. Bukannya seronok pun baca buku tu. Aku mengangkat buku yang dibaca olehnya.
'Life Knowledge - Know How'
Okay tajuk buku tu saja dah cukup membosankan bagiku. Dari kecil sampailah ke besar perangai memang tak boleh diubah. Lantak kau la Myung Soo. Rupa ada, tapi misteri je orang tengok. Macam mana la orang nak minat dengan kau. Tapi dalam ramai-ramai perempuan kenapa mesti si hodoh juga yang kau nak. Si hodoh tu pun satu. Buta agaknya mata dia sampai orang yang kaku macam Myung Soo ni pun dia boleh suka.
"Kau ke mana hujung minggu hari tu? Aku call rumah, pembantu kau cakap kau tak ada."
Pertanyaan Myung Soo menghentikan lamunanku.
"Haa apa dia?"
Aku bertanya lagi.
Kurang pasti dengan apa yang ditanyakan oleh Myung Soo tadi.
"Tak, aku tanya kau pergi mana hari tu?"
Myung Soo mengulangi soalannya.
"Oh, aku balik rumah arabeoji. Ada hal penting pasal keluarga."
Balasku.
"Hal penting? Ada apa-apa jadi kat arabeoji kau ke?"
Wajahnya sedikit cemas.
Myung Soo sememangnya mengenali datukku kerana hubungan kami sangat rapat semenjak aku pertama kali pindah ke Seoul ketika kecil dahulu.
"Tak adalah. Arabeoji suruh balik sebab nak bincang hal perkahwinan aku je."
Jawabku selamba.
Pandangannya kini fokus ke arahku. Seolah-olah menantikan apa yang bakal aku katakan seterusnya. Myung Soo yang aku kenal tidak seperti ini. Dia tidak gemar mengambil tahu hal orang lain. Myung Soo dan dunianya amat berbeza. Tidak bergaul dengan orang lain, tidak suka mengambil tahu apa yang terjadi dan segala-galanya hanyalah mengenai dirinya sendiri dan juga buku-buku yang dibaca olehnya.
Myungsoo POV
Hal perkahwinan Seung Hyun? Jadi benarlah apa yang aku dengar melalui panggilan telefon tempoh hari. Tapi takkan la Hwa Na setuju untuk berkahwin dengannya. Jika Hwa Na memang sudah bersetuju, kenapa dia tidak menjawab pertanyaanku dari awal lagi. Sampai hati Hwa Na membuat hatiku terluka.
"Aku tak tahu pula yang aku ni ada tunang dari kecil lagi."
Tambah Seung Hyun lagi.
"Tunang?"
Aku semakin hairan.
Perlukah aku terus bertanya akan hal Im Hwa Na?
"Ya, tunang. Masa aku kecil dulu, arabeoji ada janji nak kahwinkan aku dengan anak kawan dia. Aku mula-mula tak percaya benda macam ni wujud lagi zaman sekarang. Memang aku nak bantah awal-awal lagi. Tapi lepas tengok tunang aku tu, terus rasa tak sabar pula nak kahwin hahahaha."
Balas Seung Hyun lalu tertawa.
Berasa serba salah pula jika aku bertanya. Tapi aku memang ingin tahu siapa tunang yang dimaksudkan olehnya. Tambahan pula hubungan mereka memang rapat walaupun sering saja bertegang lidah. Nak diikutkan rasa iri hati, dari awal perkenalan lagi aku sudah mula cemburu dengan hubungan mereka. Luaran sahaja nampak seperti anjing dan juga kucing tapi ianya mengeratkan lagi hubungan antara Hwa Na dan juga Seung Hyun. Tanpa diundang, mindaku membayangkan kejadian dimana aku terdengar perbualan mereka lewat telefon beberapa malam yang lalu. Membayangkannya sahaja sudah cukup membuatkan hatiku terasa seperti dihiris.
"Kau kenapa senyap je?"
Tanya Seung Hyun tiba-tiba.
Aku mengalihkan pandanganku ke arah tulisan di atas helaian muka surat yang ingin dibaca.
"Tak adalah. Aku nak habiskan baca ni je."
Bohongku.
"Kau tak nak ucap tahniah kat aku ke?"
Sakit benar hati mendengar soalan tersebut.
"Oh, tahniah la ya."
Ucapku.
Seung Hyun menyiku lenganku dua tiga kali sebelum aku mengalihkan pandanganku ke arahnya.
"Wae??"
Tanyaku.
"Kau tak nak tahu ke tunang aku tu siapa?"
Seung Hyun mengangkat kedua-dua belah keningnya berulang kali.
Tak perlu diberitahu, aku sendiri sudah tahu siapa gerangannya. Cuma aku sendiri tidak sanggup mendengar nama dia disebut daripada mulut Seung Hyun.
"Tak apa, nanti aku tahu juga masa kau kahwin nanti."
Malas aku hendak melayan Seung Hyun.
"Okay tak nak tahu tak apa."
Balas Seung Hyun.
Dia bersiul-siul sambil mengeluarkan telefon bimbitnya. Sesekali aku menjeling memerhatikan apa yang dilakukan oleh Seung Hyun. Daripada riak wajahnya itu, tergambar segala kebahagiaan yang sedang dilaluinya. Kenapa daripada awal lagi kau tak mahu mengaku yang kau benar-benar sukakan Hwa Na? Kenapa kau duga hati aku macam ni, Seung Hyun? Dari hari tu lagi aku pernah bertanya tapi kau asyik mengelak, kau kutuk Hwa Na seperti dia tidak sesuai untuk sesiapa pun. Tapi bila hati aku dah terpikat dengan Hwa Na, kau pula yang duga aku seperti ini. Kenapa Seung Hyun?? Hatiku hanya mampu merintih mengenangkan nasib yang menimpa diriku.
---------------------------------------------------------------------------------
//Lama tak update cerita yang ni. Abaikan kesalahan ejaan dan tatabahasa. Dah lama tak mengarang memang jadi macam ni TT-TT Skill makin teruk je alahai. Lagu tu memang pakai letak je. Tak ada kaitan agaknya dengan jalan cerita hahaha. Terima kasih sebab sudi baca cerita yang dah berzaman tak update ni.
4 comments:
UNNIE EDEN BACA BENDA NI SIANG TADI TAPI LUPA NAK KOMEN OMG UNNIE PERASAAN BEST TU MASIH ADA HAHAHAHA SERIOUS FANFIC NI BEST BUKAN SEBAB HWANA TU OMG
@Wana - HAHA thanks sbb masih setia baca fanfic ni xD kalau best sbb watak tu pun boleh HAHA
//unnie kurg cerdik na buat comedy romance genre so asyik rasa mcm ff ni ta best bg readers TT-TT
romantik + kelakar + best haha,, happy je baca ff ni,kahkahkah seunghyun lol xD sambung unnie~~~~~~
@crayon_amira - thanks hehehe. nanti unnie sambung okay :)
Post a Comment