AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

Cinta Dua Dunia : Babak 8 | Pertemuan Terakhir




WATAK UTAMA
Choi Jong Hoon
Jang Hyun Mi
WATAK TAMBAHAN
Oh Won Bin
Lee Hong Ki
Kang Min Hyuk
Song Seung Hyun
Babak sebelum ini >Cinta Atau Sayang<


Mei 2007
Author POV
Won Bin dan juga Jong Hoon terlalu sibuk mempersiap diri mereka untuk Debut tidak lama lagi. Hampir setiap hari masa mereka habis di studio dan juga bilik rakaman. Hyun Mi sudah jarang bertemu mereka. Jika adapun sekadar di sekolah. Dalam kesibukan, Won Bin tetap tidak lupa untuk menghubungi Hyun Mi walaupun untuk beberapa minit sahaja.


"Hyun Mi, awak buat apa je hari ni? Tak keluar jalan-jalan?"
Tanya Won Bin di hujung talian.
"Tak, saya busy kemas barang. Awak, saya akan pindah hujung minggu ni."
Jawab Hyun Mi.
Jawapannya itu diselitkan dengan kejutan. Won Bin terpana.
Senyap.
"Won Bin, awak dengar  tak? Won Bin?"
Hyun Mi menantikan suara Won Bin.
"Hyun Mi, tunggu kejap saya datang rumah awak."
Hyun Mi pula yang terkejut.
"Eh dah lewat ni Won Bin. Tak payah la."

Klikkk.
Talian diputuskan

Hyun Mi POV
Mungkin Won Bin terkejut dengan apa yang aku beritahu tadi. Sudah lewat begini, betulkah Won Bin mahu ke mari. Aku memandang jam yang tergantung pada dinding bilikku.  Oh jam itu pun perlu disimpan. Aku bermain dengan suis lampu meja yang berada di atas meja belajarku. Tutup buka tutup buka. Pasti Won Bin berkecil hati kerana aku tidak memberitahunya yang aku akan berpindah hujung minggu ini. Aku cuma tidak mahu mengganggu latihannya.

Kringgg krinngggg
Nama Won Bin tertera pada skrin telefon bimbitku.
Aku meletakkannya di cuping telinga. Suara Won Bin tercungap-cungap.
"Hyun Mi, saya kat bawah."
Aku cepat melangkah ke tingkap dan menjenguk ke luar. Won Bin melambai-lambai.
"Kejap, saya turun."
Jawabku sebelum mematikan talian.
Aku melangkah turun perlahan-lahan agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Sampai sahaja di muka pintu, cepat-cepat aku berlari mendapatkan Won Bin.
"Kan saya dah cakap tak payah datang. Awak ni."
Aku mencubit lembut lengan Won Bin.
Nafasnya masih turun naik. Mungkin dia berlari ke sini.
"Awak tu yang bagi saya berita mengejut. Mana saya tak berlari ke sini."
Suara Won Bin perlahan tetapi bernada tinggi.
Mungkin marah denganku.
"Betul ke awak pindah hujung minggu ni?"
Sambungnya lagi.


Won Bin melabuhkan punggungnya di atas pembahagi jalan dan menarikku duduk di sebelahnya. Aku cuma menurut.


"Takkan la saya nak main-main pula. Saya pun baru tahu dua minggu lepas. Ingat nak bagitahu awak, tapi sebab awak sibuk dengan latihan saya lupa pula nak bagitahu."
Bohongku.
"Awak pindah mana nanti? Jauh ke? Macam mana kita nak jumpa?"
Soalan Won Bin menerjahku.
Aku tertawa kecil.
"Tak jauh sangat. Dekat Shinsadong. Tak apalah. Nantikan awak dah jadi artis. Mesti sibuk sampai tak ada masa nak jumpa saya."
Jawapanku menyebabkan Won Bin mencebik.
"Aigoo. Tengok tu, buat muka pula dia."
Kataku setelah melihat mukanya itu.
Aku mencubit kedua-dua belah pipinya. Dia menggeleng-geleng tanda kesakitan.
"Aaaaa Hyun Mi-ahh. Awak ni. Sakit tahu."
Dia merengek pula.
"Eleh macam budak kecil je. Itupun sakit."
Aku menyakatnya.
"Hyun Mi, sebelum awak pindah nanti saya nak luangkan satu hari dengan awak boleh? Sabtu ni?"
Won Bin membuat satu permintaan.
Aku mengangguk.


Senyuman lebar terhasil dari wajah Won Bin. Lesung pipitnya kelihatan. Dia menggosok-gosok atas kepalaku dan membuatkan rambutku sedikit berselerak.


Jong Hoon POV
Sudah dua bulan aku menetap di dorm yang disediakan oleh syarikat. Kadangkala aku akan pulang ke rumah tetapi sekiranya sessi latihan tamat hingga larut malam, aku akan bermalam di sini sahaja. Telefon bimbit yang terletak cantik di tengah-tengah katil ku capai. Aku memicit-micit butang yang ada pada telefon bimbit tersebut lalu memainkan lagu Muse - Time Is Running Out. 


Aku sangat kagum dengan muzik mereka dan menjadikannya sebagai idola. Alangkah hebatnya jika aku juga mampu menjadi terkenal seperti mereka. Angan-anganku cukup tinggi. Ah tak apa, tak lama lagi aku juga akan berdiri di atas pentas seni. Aku meniru gaya pemain gitar mengikut rantak lagu tersebut. Bosan. Aku melompat terjun ke atas katil. Aku menyembamkan mukaku ke bantal. Apa agaknya yang sedang Hyun Mi lakukan. Sedang tidurkah dia?


"Jong Hoon! Kau dah tidur ke?"
Suara Hong Ki memeranjatkanku.
"Eh, belum. Aku ingat kau balik rumah hari ni."
Aku bertanya pada Hong Ki.
"Malas aku balik. Penat. Won Bin mana? Dia balik rumah dia ke?"
Hong Ki pula bertanya.


Tadi aku melihat Won Bin tergopoh-gapah menyarung sweaternya. Tak mungkin dia balik ke rumah mendadak seperti itu.


"Won Bin? Tak tahu aku. Dia keluar kejap kot. Kejap lagi baliklah tu. Takkan la dia balik tak bawa gitar kesayangan dia tu."
Aku menunjuk ke arah gitar Won Bin menggunakan bibirku.
Hong Ki mengelap rambutnya yang masih lagi separuh basah. Dia menggeleng laju kepalanya. Terpercik air ke arahku.
"Hoi kau ni tak ada kerja ke!"
Marahku.
"Hahahahahaaaa takkan marah kot."
Terburai ketawa Hong Ki melihat wajah marahku.

********

Won Bin POV
Aku membawa Hyun Mi ke gelanggang bola keranjang yang berhampiran dengan studio rakaman kami. Dia pernah menyuarakan hasratnya untuk bermain bola keranjang. Oleh kerana hari ini mungkin hari terakhir kami berjumpa, aku ingin mengajarnya bermain bola keranjang.


"Kita nak buat apa kat sini?"
Tanya Hyun Mi sesudah sampai di gelanggang.
Gelanggang bola keranjang kelihatan lengang. Mungkin kerana masih pagi untuk mereka bermain bola keranjang.
"Belajar berenang. Hahahaaa. Main bola keranjang la. Nama pun gelanggang bola keranjang. Apalah awak ni."
Aku mentertawakannya.


Hyun Mi menghentak kakinya. Geram mungkin. Comel sungguh perbuatannya. Aksi itulah yang bakal aku rindui. Aku meletakkan beg gitar yang digalas sedari tadi di atas tangga.


"Hyun Mi, mari sini."
Aku memangggil Hyun Mi.
Dia melangkah ke arahku.


Perlahan.


"Bawa bola tu sekali."
Jeritku padanya sambil menunjukkan bola yang berada di atas lantai.


Hyun Mi mengutip bola dan membawanya padaku. Dia berdiri di hadapanku dengan kedua-dua tangan memegang bola. Aku memusingkan badannya lalu memegang tangannya. Mukaku didekatkan pada telinga kirinya.


"Saya nak awak shoot bola ni dari sini."
Bisikku.
Mukanya merah tapi terdapat senyuman di bibir.
Aku menggerakkan tangannya membantu menjaringkan gol.
Gagal.
Hyun Mi menyiku pinggangku
"Apa ni tak masuk."
Aku mengusiknya.
"Saya mana pandai! Awak ni!"
Jawab Hyun Mi.


Dia berlari mengutip bola. Dia mencuba untuk menjaring dari arah yang lebih dekat. Aku berjalan ke arahnya untuk mengajar Hyun Mi menjaring bola.

*********

Hong Ki POV
Aku melihat Won Bin mengeluarkan dua botol minuman dari beg dan menghulurkan sebotol pada Hyun Mi. Dia  mengelap peluh di dahi Hyun Mi dengan tuala tangan yang ada di atas bahunya. Aku dan Jong Hoon baru sahaja pulang dari kedai serbaneka. Tak sangka pula dapat melihat perlakuan romantik. Geli hatiku melihatnya.


"Jong Hoon, tengok tu."
Aku menguis lengan Jong Hoon dan menunjuk ke arah gelanggang bola keranjang.
Won Bin dan Hyun Mi sedang duduk berduaan di atas tangga yang menghubungkan gelanggang tersebut dengan taman permainan.
"Siapa tu? Won Bin ke?"
Jong Hoon bertanya.
Mengangguk.
Aku mengangguk laju.
"Jom kacau mereka. Heeheheee."
Aku menarik Jong Hoon dan berlari ke arah Hyun Mi dan Won Bin.
Won Bin dan Hyun Mi terkejut dengan kedatangan kami yang secara tiba-tiba.


"Ceeeehhhh buat apa kat sini cik adik cik abang oi."
Aku mengusik mereka dan duduk mencelah diantara Hyun Mi dan juga Won Bin.
Won Bin menjentik dahiku.
"Jangan kacaulah. Orang nak dating pun tak senang."
Kata Won Bin seraya menolak-nolakku.
"Hong Ki, tak payah sibuklah. Jom balik. Berat ni."
Jong Hoon berkata sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya yang sarat berbeg plastik.
"Hoonieeee-ahhh, kejaplah. Kita main kejap dengan diorang dulu okay."
Aku membuat aegyo demi melembutkan hati Jong Hoon.
Mukanya kelihatan tegang. Dia menggeleng lalu duduk di atas bangku yang tersedia di situ. Agak jauh sedikit jaraknya daripada kami.
"Hong Ki, kau ni sibuk je. Kasilah chance aku dengan Hyun Mi berdua-duaan. Esok dia dah nak pindah dah."
Won Bin merayu padaku.
"Pindah? Chingu (kawan) yaa, kenapa tiba-tiba nak pindah?"
Aku bertanya pada Hyun Mi.
"Ikut family la. Takkan nak tinggal sini seorang diri pula."
Jawapan Hyun Mi membuatku tertawa.

Jong Hoon POV
Hyun Mi akan berpindah esok? Kata-kata yang keluar dari mulut Hyun Mi benar-benar memeranjatkanku. Sampai hati dia tidak memaklumkan padaku yang dia akan berpindah. Apa erti persahabatan kami selama ini. Ya, mungkin aku agak sibuk kebelakangan ini dan tiada masa untuk diluangkan bersamanya. Tapi apa salahnya jika dia menghubungiku. Paling kurang pun menghantar pesanan ringkas yang dia akan berpindah. Keadaan kami sekarang semakin janggal . Seolah-olah aku dan dia adalah orang asing yang tidak mengenali satu sama lain.


Aku bangun dan menarik Hong Ki untuk pulang ke studio rakaman. Langkahku laju. Hong Ki terkedek-kedek mengikuti di belakang. Di dalam studio kelihatan Seung Hyun dan juga Min Hyuk sedang kejar mengejar. Mereka trainee baru di syarikat ini. Rimas pula aku melihat mereka.


Bammm


Seung Hyun terlanggar aku yang sedang menuju masuk di muka pintu bilik rakaman.
Bertaburan barang yang dibeli tadi di atas lantai. Min Hyuk cepat-cepat mengutipnya.


"Hyung, sorry. Tak perasan ada hyung tadi."
Seung Hyun meminta maaf denganku.


Min Hyuk masih mengutip barang-barang yang bertaburan di atas lantai. Dia menyenggol Seung Hyun di sebelahnya. Seung Hyun mengangkat kedua-dua plastik yang telah diisi semula kemudian menghulurnya padaku.


"Sorry hyung. Sorry."
Kedua-dua mereka tunduk dan meminta maaf padaku.
Aku mengangguk dan mengambil beg plastik yang berada di tangan Seung Hyun.
"Dah dah. Pergi main tempat lain."
Aku memarahi mereka.
Min Hyuk menggaru-garu kepalanya dan memandang Seung Hyun.
"Main? Hyung …."
Belum sempat Min Hyuk menghabiskan ayatnya aku telah berlalu pergi menuju ke dalam bilik rakaman. Plastik tadi diletakkan di atas speaker. Lantas aku mengeluarkan telefon bimbitku dan menaip mesej.


'Sampai hati awak nak pindah tak bagitahu saya'


Aku memasukkan nombor Hyun Mi dan menghantarnya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------
Bagaimana dengan Jong Hoon setelah bergelar artis ? Bagaimana pula dengan Hyun Mi? Adakah dia tetap akan menyimpan perasaanya terhadap Jong Hoon itu? Apa yang akan terjadi seterusnya? Nantikan sambungannya di babak akan datang.


//Jarang update sekarang . Struggling with my final exam . HARAP MAKLUM terima kasih :) Masa taip ni guna Note then copy paste je kat sini. Malas edit. Sumpah buruk perenggannya T-T
Credit - Wana Shazwana kerana membantu mencari code lagu .

Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

5 comments:

joe. said...

Eh, ade Jongki moment !!!! :D Sambungggggggg Ricaaaa !!

TaePung428 said...

Minhyuk datang dari mana ?? LOL :DD

TaePung428 said...

Sorry2.. Sebenarnya nak cakap : "Minhwan mana??" :)

darla carolina said...

@jojo - nnt eden sambung lhaa joger :3 tggu ari tade paper :D

darla carolina said...

@mochie newbiez - minhyuk kan satu company :DD HAHAHHA