AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

Call Me Oppa! | Pengenalan , Watak dan Perwatakan


Tajuk Cerita: Call Me OPPA!
Genre: Comedy, Romance, School
Jenis Cerita: One-Shot
Pengarang: Darla Carolina
Status: Diterbitkan pada 22 Disember 2011

RINGKASAN CERITA
                            Seung Hyun merupakan seorang pelajar gred dua belas yang popular di kalangan pelajar perempuan di Sekolah Tinggi Neul Paran tetapi sikapnya yang gemar berfoya-foya itu tidak disenangi oleh Hwa Na. Mereka tidak pernah berkenalan antara satu sama lain sehinggakan pertemuan yang tak terduga terjadi disebabkan Myung Soo, kawan baik Seung Hyun sejak kecil. Boleh dikatakan hampir kesemua pelajar perempuan di sekolah mereka tertarik dengan Seung Hyun tetapi tidak bagi Im Hwa Na. Lain pula bagi kawan baiknya, Ji Eun yang termasuk dalam golongan peminat Seung Hyun. Hwa Na dan juga Seung Hyun sering berbalah. Gaya yang dipamerkan Hwa Na sangat kolot baginya dan kerana itu jugalah dia tidak menyukainya sejak pertama kali berjumpa dengannya. Hubungan mereka yang seperti anjing dan kucing itu menjadi semakin........................ 
Apakah yang akan terjadi dengan mereka? Segalanya dalam Call Me Oppa!

PREFACE
                           Cerita ini ditulis atas sumbangan idea daripada adik saya. Terima kasih diucapkan padanya kerana menyumbang buah fikiran. Watak yang digunakan dipilih secara rambang. Tiada kaitan antara yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Diharap para pembaca bakal terhibur dengan cerita yang akan disampaikan. Bagi mereka yang menantikannya, jangan lupa 22 Disember ini ya!


WATAK DAN PERWATAKAN
Song Seung Hyun
Pelajar gred 12, mempunyai rupa paras yang tampan, senyumannya mampu memikat hati para gadis, salah seorang pelajar popular di sekolahnya sehinggakan ada kelab peminat ditubuhkan khas untuknya, bermulut manis tetapi dia hanya menggemari perempuan yang cantik dan jelita sahaja.

Im Hwa Na
Pelajar gred 11, kolot dari segi pemakaian (tidak tahu berfesyen), berkaca mata besar, tiada daya tarikan, menyimpan perasaan terhadap Myung Soo yang dianggap sebagai lelaki idamannya.

Kim Myung Soo
Pelajar pintar gred 12, sekelas dengan Seung Hyun dan berkawan sejak kecil lagi, ulat buku, seorang yang pendiam, sikapnya sangat bertentangan dengan Seung Hyun.

Lee Ji Eun
Pelajar gred 11, pandai bergaya, kawan baik Hwa Na, sudah mempunyai teman lelaki tapi gemar mendekati lelaki lain yang tergolong dalam kategori tampan dan berada seperti Seung Hyun.



Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

4 comments:

Aff_KS said...

OMJ, Unnie cepat post. Aff tak sabar dah ni. *Lompat*

darla carolina said...

@Aff_Fishy - HAHA :D okayyy okayyy .

anishiya にズき said...

okay welc . Aku baru nak mula baca secara rasmi nih ! hahaha aku tahu aku lambat -.-"

darla carolina said...

@Anishiya - kaw mmg lmbat pown -.-