AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

One-Shot | Call Me OPPA!

WATAK UTAMA
Song Seung Hyun
Im Hwa Na
WATAK TAMBAHAN
Kim Myung Soo
Lee Ji Eun
Lebih lanjut mengenai watak klik >sini<
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Author POV
"Hwa Na! Ji Eun! Apa yang sedang kamu bualkan tu? Beri perhatian!"
Tegur Miss Nana menyedari ada pelajarnya yang tidak memberi perhatian semasa pembelajaran.
"Baik, cikgu."
Ujar mereka serentak.
Ji Eun tertawa kecil lalu menyambung semula perbualan mereka yang tergantung tadi.
"Betul ke?"
Tanya Hwa Na.
"Betul la. Aku baru je daftar jadi ahli kelab peminat dia tau."
Ji Eun mengangkat kedua-dua belah keningnya berulang kali.
"Teruk sangat la sampai ada kelab peminat. Padahal dia tu siapa je. Setakat senior kat sekolah ni. Nak kata artis pun tak. Pelajar cemerlang lagilah tidak. Memang mengarutlah senang cerita."
Hwa Na menunjukkan muka yang tidak berpuas hati lalu membetulkan posisi cermin matanya supaya melekat rapat dengan matanya.
"Eh, dia hensem okay! Bergaya, tinggi, ada lesung pipit, senang cerita semuanya terbaik. PERFECTO! Aku bukan boleh tengok lelaki yang hensem-hensem ni. Lagi-lagi kalau kaya. Huihhhhh memang selera akulah tu."
Jelas Ji Eun seraya menunjukkan ibu jari pada Hwa Na.
"Amboi kau ni, bukan main lagi! Boyfriend kau nak letak mana? Campak laut bagi ikan makan ke? Hahaaa."
Tertawa kecil Hwa Na melihat Ji Eun yang begitu asyik membayangkan lelaki pujaannya itu.
"Eh boyfriend aku lain cerita. Dia special case sikit. Hahahaaa."
Spontan ketawa mereka terburai.
Miss Nana yang sedang mengajar sekali lagi terganggu dengan perbualan mereka.
"Apa pula yang kelakarnya? Saya mengajar Matematik, yang ada semua nombor je dekat papan ni. Tak ada pun benda untuk diketawakan. Sekarang masa untuk belajar. Cuba kamu concentrate sikit."
Marah Miss Nana.
Ji Eun memandang sekilas pada pergelangan tangannya. Seutas jam tangan berjenama Swatch terlilit rapi.
"Masa untuk belajar ke? Cuba dengar tu."
Balas Ji Eun sambil menuding jarinya pada arah luar kelas.
Ringgggg....
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah pun bermula.
"Bukan waktu belajar la cikgu, tapi waktu untuk makan. Byebyeeee."
Ji Eun menarik Hwa Na keluar dari kelas lalu menuju ke kantin sekolah mereka.

********
Hwa Na menggigit sepotong sandwich yang baru dibelinya sebentar tadi. Mereka duduk di tempat yang disediakan dan menghadap ke arah gelanggang bola keranjang. Tiba-tiba satu sorakan kedengaran lalu ramai yang berlari menuju ke gelanggang bola keranjang. Sekumpulan pelajar lelaki gred 12 baru hendak memulakan permainan. 
"Myung Soo, kau tak nak main sekali ke ni?"
Tanya Seung Hyun.
"Tak apalah. Korang mainlah. Aku nak habiskan baca buku ni dulu."
Ujar Myung Soo lalu duduk di atas tembok batu berdekatan gelanggang.
"Kau dengan buku kau tak habis-habis."
Seung Hyun melantun-lantunkan bola yang berada di tangannya berulang kali ke atas lantai sebelum menjaringkannya. 
Dia asyik bermain bola keranjang bersama rakan sekelasnya yang lain dan mengendahkan para peminat yang berkumpul dan bersorak untuknya.
Ji Eun menyedari keriuhan yang datang secara tiba-tiba itu lalu meninjau ke arah gelanggang bola keranjang.
"Eh eh eh, Hwa Na! Yang tu la! Lelaki yang aku cerita tadi tu. Kau tak kenal dia kan. Tengoklah yang tu haaaa."
Jerit Ji Eun lalu menarik-narik lengan Hwa Na untuk melihat lelaki yang dimaksudkan.
"Apa kau ni, macam tersampuk hantu pula aku tengok. Tiba-tiba berdiri terjerit-jerit."
Balas Hwa Na yang masih berselera mengunyah sandwichnya.
"Song Seung Hyun la! Dia ada tu. Dekat gelanggang tu. Kau tengok cepat."
Ji Eun memaksa Hwa Na memandang ke arah gelanggang tersebut.
Hwa Na meninjau dan mencari-cari orang yang dimaksudkan. Matanya terhenti pada kelibat lelaki yang sedang tekun membaca buku. 
"Waaaahhhh, hensemnya dia."
Ujar Hwa Na.
"Kan kan kan! Tengok tu, peluh dia menitik. Cara dia jaringkan bola tu, semuanya nampak bergaya!"
Ji Eun meneruskan pujiannya.
"Betul betul, cara dia menyandar, membaca, semuanya bergaya."
Lain pula yang Hwa Na maksudkan.
"Eh kau ni tengok siapa! Aku maksudkan Seung Hyun oppa! Kau boleh tengok Myung Soo oppa pula. Yang main bola keranjang tu la."
Ji Eun berasa geram kerana Hwa Na tidak mendengar apa yang dia katakan.
"Oh, yang tu. Tak macam yang kau cakap pun. Aku ingat yang lagi seorang tu."
Hwa Na tersenyum melihat Myung Soo yang bersendirian.
Dia membetulkan posisi cermin matanya.
"Malas aku layan kau. Bagi aku, dia paling hensem kat sekolah ni."
Kata Ji Eun lalu menghirup minumannya.

Seung Hyun POV
Peluh yang merenik pada dahi dikesat menggunakan tuala tangan. Musim panas memang cukup menghangatkan. Waktu rehat hampir tamat. Aku berjalan mendapatkan Myung Soo yang setia menantiku di tembok batu sambil membaca bukunya. Entah apa yang seronok sangat membaca tu pun aku tak tahu. Dia amat gemar membaca buku. Sejak dari kecil, pasti ada saja buku pada tangannya itu.
"Aku haus la, kau nak minum tak? Aku nak pergi beli ni."
Aku bertanya.
"Boleh juga. Aku nak coffee.Tak kisah la sejuk ke panas. Kalau sejuk lagi bagus."
Balas Myung Soo.
Langkah ku atur menuju ke kantin. Beberapa pelajar perempuan turut melangkah mengikutiku. Ada yang tersenyum-senyum, ada juga yang melambai-lambai.
"Seung Hyun Oppa!"
Jerit salah seorang pelajar perempuan yang ada di situ.
Dia melambai ke arahku. Aku membalas lambaiannya dan menghulurkan senyuman. 

********

Author POV
Seung Hyun membeli dua cawan Mocha Latte dan berjalan mendapatkan Myung Soo yang sedang menuju ke kantin itu. Seung Hyun mengangkat kedua-dua cawan yang dipegangnya menandakan dia telah membeli minuman seperti yang telah diminta. Myung Soo turut mengangkat tangannya. Pada ketika itu, Hwa Na yang sedang duduk di kerusi kantin terlihat Myung Soo berjalan ke arahnya.

Hwa Na POV
Aku masih lagi di kantin menghabiskan waktu rehat yang masih tinggal beberapa minit. Sementara menanti Ji Eun pulang dari tandas, aku terlihat lelaki pujaanku berjalan menuju tempat dudukku ketika ini. Segala-galanya bertukar menjadi putih. Pada penglihatanku hanya Myung Soo saja yang wujud. Bahagianya melihat senyuman itu. Dia mengangkat tangannya dan memandang ke arahku. Betul ke apa yang aku nampak ni? Myung Soo oppa senyum padaku. Siap bersapa dengan mengangkat tangan lagi. Betul ke ni? Aku membetulkan posisi cermin mataku. Memang benar apa yang aku lihat. Dengan segera aku berdiri serta melambai padanya.
Dummm
Aku telah menyebabkan secawan kopi yang dipegang oleh seorang lelaki di belakangku tumpah.
"Woi! Buta ke?"
Jeritnya.
Song Seung Hyun.
Habis bajunya dikotori kesan tumpahan kopi. Aku membetulkan cermin mataku sekali lagi. 
"Eh aku pula yang buta! Kau tu yang berdiri kat situ. Kenapa nak salahkan aku pula?!"
Balasku tidak mahu mengaku salah.
"Si Hodoh! Kau yang buta. Tiba-tiba berdiri masa aku tengah jalan tu kenapa? Memang saja nak cari pasal la tu."
Jerkah Seung Hyun.
"Suka hati kau je panggil aku hodoh! Kau tu la yang hodoh."
Balasku pula tidak mahu kalah.
"Kau ni memang dasar Si Hodoh yang buta! Tak cukup lagi ke mata kau tu. Dah ada empat mata pun tak cukup jelas lagi ke?!"
Dia menambah kutukannya terhadapku.
Berang aku dibuatnya. Aku mengenggam hujung skirt menahan geram. Ingin saja aku menumbuk budak  didepan mataku ini.
"Kenapa senyap? Mengaku salah la tu. Si Hodoh macam kau ni pun wujud dalam sekolah ni. Dari mana muncul pun aku tak tahu."
Tambahnya lagi.
Belum sempat aku membalas, suara seorang lelaki memecah masuk gegendang telingaku.
"Kenapa ni Seung Hyun? Apa yang kecoh-kecoh ni?"
Myung Soo rupanya pemilik kepada suara tersebut.
Macam mana ni. Malulah aku kalau dia tahu apa yang jadi sebenarnya. Mesti tadi dia angkat tangan dekat Seung Hyun. Aku boleh perasan dia pandang aku pula. Apa nak jadi dengan aku ni. Im Hwa Na! Cukuplah dengan bermimpi di siang hari tu. Aku menepuk dahiku.
"Ni haa Si Hodoh ni! Dia boleh langgar aku sampai habis kopi ni tumpah. Sekarang baju aku habis basah. Bau kopi pula tu. Macam mana aku nak masuk kelas nanti."
Jawab Seung Hyun.
Aku hanya menunduk memandang lantai. Malunya bukan main kepalang.
"Alah benda kecil je tu. Kat locker aku ada baju spare. Kau pakai baju aku dulu. Buat apa kau nak marah dia ni. Mungkin dia tak sengaja. Dah la, jom pergi ganti baju kau tu dulu."
Segaknya dia.
Kata-katanya itu adalah untuk mempertahankan aku. Aku mendongak memandang wajahnya. Senyuman masih terlekat pada bibirnya. Berbunga-bunga hatiku ketika ini. Cermin mata yang terletak pada batang hidungku ditolak ke atas supaya melekat betul pada kedudukannya.
"Sorry ya. Seung Hyun ni memang macam ni. Dia boleh cakap elok-elok bila jumpa perempuan seksi je."
Ujar Myung Soo lalu mengusutkan rambutku.
Dia menyentuh kepalaku. Terasa bagaikan ingin menjerit sekuat hati pula bila diperlakukan begitu. Oh Myung Soo oppa! My savior. Mataku menghantar kelibat Myung Soo berlalu pergi. Sesaat pun tidak aku lepaskan. Seung Hyun disebelahnya menoleh ke arahku lalu menjelirkan lidah. Apa motif dia beraksi sedemikian rupa? Comel juga dia bila begitu. Haishh aku ni! Lelaki kalau hensem comel segak mana pun tapi perangai buruk pun tak guna. Baik lagi Myung Soo tu, hensem, segak, senyuman menawan, baik lagi dengan aku. Dia memang my savior la! Tersenyum keseorangan aku membayangkan Myung Soo.
"Woi! Berangan la tu!"
Sergah Ji Eun yang entah bila tiba pun aku tak tahu.
"Eh mana ada. Tadi aku baru lepas gaduh dengan lelaki popular pujaan kau tu. Dia tu tak adalah hensem mana pun. Myung Soo oppa aku lagi hensem. Dia selamatkan aku dari Seung Hyun kau yang bermulut jahat. Tak suka aku dengan dia tu."
Ujarku lalu mengherot-herotkan muncung bibir tanda menyampah.
"Kau jumpa dia? Mana? Mana? Kenapa tak tunggu aku! Untungnya kau dapat bercakap dengan dia."
Kata Ji Eun bernada sedih.
"Bercakap apanya. Tu bukan bercakap, tapi bertekak. Senang cerita dia bukan taste aku. Kau simpan jelah dia tu."
Balasku.
Kami berjalan seiringan menuju ke kelas untuk menyambung waktu pembelajaran.

********

Author POV
Hwa Na dan juga Ji Eun mengulangkaji di perpustakaan sekolah mereka sebelum pulang ke rumah. Seperti biasa, meja barisan pertama berdekatan rak buku menjadi pilihan mereka. Ketika itu, Myung Soo sedang memilih buku di rak tersebut. 
"Ji Eun, aku rasa aku dah suka dekat Myung Soo oppa la."
Kata Hwa Na.
Ji Eun pula sedang asyik menyisir rambut sambil sebelah tangannya menyelak buku di atas meja itu. Matanya tertumpu pada wajah Hwa Na yang berkaca mata bingkai besar itu sejurus mendengar luahan Hwa Na.
"Kau biar betul!"
Nadanya sedikit tinggi.
Cepat-cepat Hwa Na menekup mulut Ji Eun. Jari telunjuk diletakkan pada bibirnya menyuruh Ji Eun senyap.
"Kau janganlah jerit."
Hwa Na separuh berbisik.
Myung Soo membawa tiga buah buku lalu meletakkan di atas meja berdekatan dengannya. Dia tidak menyedari Hwa Na yang berada di depannya. Sambil membaca buku di tangannya, Myung Soo duduk secara perlahan di atas salah sebuah kerusi di hadapan Hwa Na. Terbeliak biji matanya ketika itu.
"Myung Soo oppa, my savior!"
Laju saja ayat itu muncul dari mulutnya.
Myung Soo memandang tepat pada wajah Hwa Na.
"Awak! Yang kopi tumpah semalam tu kan."
Tanya Myung Soo.
Hwa Na mengangguk berulang kali. Dia membetulkan posisi cermin matanya. 
"Saya Myung Soo, gred 12. Awak?"
Dia menghulurkan tangannya.
"Saya Hwa Na, gred 11. Junior Myung Soo oppa."
Laju dia menyambut huluran Myung Soo.
"Saya Ji Eun, kawan sekelas Hwa Na. Seung Hyun oppa mana?"
Tanya Ji Eun.
Matanya melilau mencari kelibat Seung Hyun.
"Seung Hyun pergi tandas. Kejap lagi datang la dia tu. Haa itupun dia."
Balas Myung Soo lalu mengangkat tangan pada Seung Hyun yang mencari kedudukannya. Hwa Na menoleh ke belakang untuk melihat Seung Hyun yang berjalan ke tempat duduk mereka. Dia merengus sendirian.
"Sorry lambat sikit. Tadi ramai budak perempuan ajak aku bergurau senda. Hahaa. Eh, Si Hodoh! Kau buat apa kat sini?"
Tanya Seung Hyun.
Jari telunjuknya menuding ke arah Hwa Na.
"Kau jangan buat bising kat sini. Nanti orang halau keluar karang."
Marah Hwa Na.
Ji Eun yang berada di sebelahnya sedari tadi telah pun bertukar posisi. Dia memegang-megang lengan Seung Hyun.
"Oppa, nama saya Ji Eun. Saya ahli kelab peminat oppa. Saya dah lama suka kat oppa. Dari pertama kali saya tengok oppa lagi."
Ujar Ji Eun.
Dia memaksa Seung Hyun duduk lalu turut duduk bersamanya.

Seung Hyun POV
"Kau ni Ji Eun, jangan nak gatal sangat la dengan dia tu. Duduk sini cepat."
Si Hodoh memarahi kawannya.
Dia menepuk kerusi di sebelahnya itu supaya Ji Eun kembali ke tempat asalnya. Ji Eun yang masih berpaut pada lenganku menggeleng. Wajahnya aku amati. Cantik juga budak ni. Aku memegang tangan Ji Eun menggunakan kedua-dua belah tanganku.
"Ji Eun ya. Comel la awak ni. Macam manalah boleh bergaul dengan Si Hodoh macam tu."
Ejekku lalu menjeling Si Hodoh.
Entah siapa namanya pun aku tak tahu. 
"Aku bukan Si Hodoh la! Aku ada nama okay! Nama aku Im Hwa Na! Kau tu yang hodoh. Eh tak, kau comel, eh bukan, kau hensem tapi perangai kau hodoh!"
Tergagap-gagap dia memarahiku.
Spontan terburai ketawa kami bertiga. Kawan baiknya, Ji Eun turut tertawa dengan reaksi Si Hodoh tu.
"Aku dah lama tahu yang aku ni hensem. Oppa Neul Paran High School la katakan. Mana boleh jadi oppa kalau tak cukup hensem. Hahaha."
Petah saja aku membalas untuk membakar lagi perasaan marah Si Hodoh tu.
"Oppa? Bluweekkkkkk!"
Si Hodoh membuat aksi seolah-olah hendak termuntah.
"Syyyhhhhhhhh...."
Seorang wanita berusia dua puluhan menyuruh kami mengawal suara. Memang kami agak riuh pun. Masing-masing kembali mengawal suara.
"Oppa, apa kata hujung minggu ni kita keluar berempat. Nak tak?"
Cadang Ji Eun.
Myung Soo masih tekun membaca bukunya.
"Berempat? Si Hodoh ni sekali ke?"
Tanyaku.
Si Hodoh menjegilkan biji matanya padaku. Hampir terburai tawaku. 
"Aku tak kisah."
Celah Myung Soo.
"Myung Soo oppa setuju tu, so this weekend okay. Four of us."
Ji Eun membuat kata putus.
"Tak nak aku ikut kalau ada orang gila ni."
Si Hodoh bersuara.
"Tak nak ikut sudah. Siapa yang nak sangat kau ikut. Tak ada kau lagi bagus. Tak cacat suasana nanti. Ada kau buat semak je. Habis semua berjangkit hodoh kau tu. Hahaha."
Mungkin aku agak berlebihan tetapi seronok pula mengusiknya.
"Orang gila! Malas aku duduk sini. Tak tenang tau tak!"
Nadanya tinggi.
Si Hodoh bingkas bangun lalu meninggalkan kami bertiga. Ji Eun berlari-lari anak mengejarnya selepas mengutip segala barang mereka di atas meja.
"Kau ni over sangat. Mesti dia geram tu."
Ujar Myung Soo tenang.
Matanya masih lagi tertancap pada halaman yang dibacanya.
"Habis tu, aku bosan. Tak ada orang nak bergurau dengan aku. Kalau aku bergurau dengan kau, mana kau nak layan. Tak habis-habis dengan buku kau. Entah dah ke berapa ribu punya buku dah yang kau baca dari kecil pun aku tak tahu."
Rungutku.
Myung Soo tetap dengan aktivitinya. Menyelak halaman lain dan meneruskan bacaan.

********

Hwa Na POV
Aku membelek almari pakaianku. Tiada sehelai pun baju yang bersesuaian. Apa yang harus aku pakai ni? Setelah hampir setengah jam mencuba pelbagai jenis pakaian yang satu pun tidak berkenan di hati, akhirnya aku menyarung blouse putih dan sehelai short separas lutut. Rambut diikat sebelah kiri dan kanan seperti biasa. Ji Eun menungguku di rumahnya. Katanya, ada hal penting yang perlu disiapkan di situ sebelum kami semua ke Lotte World. Aku turutkan saja kehendaknya.
"Kau nak pakai macam ni ke Hwa Na?"
Jerit Ji Eun melihat pakaianku.
"Kenapa? Buruk sangat ke baju aku ni? Baju ni mahal kau tahu tak!"
Rungutku tidak berpuas hati.
"Bukan masalah mahal ke murah. Sini kau ikut aku. Aku dah agak dah. Sebab tu kau tak ada boyfriend sampai sekarang."
Ji Eun menarikku memasukki biliknya.
Kami duduk di atas katil. Ji Eun dengan segera membuka wardrobe lalu mengeluarkan sehelai dress yang berwarna merah jambu. 
"Nah pakai ni."
Dia menghulurkan pakaian tersebut. 
"Kau gila! Baju ni terdedah sangat. Dah la kita ni nak pergi Lotte World. Boleh pula kau suruh aku pakai macam ni. Aku mana biasa."
Aku menolak permintaan Ji Eun.
"Kau pakai je la. Sekarang pun tengah summer kan. Sesuai sangat la tu. Aku selalu pakai tak ada apa pun kan. Dah cepat cepat. Jangan banyak bunyi. Cepat. Dah lambat ni."
Desak Ji Eun.
Aku hanya menurut. Pakaian itu aku sarungkan ke tubuhku. Pertama kali dalam hidupku, aku memakai pakaian seperti itu. Cantik juga. Aku tersenyum memandang cermin. Cermin mata dibetulkan.
"Rambut kau tu. Tak payah la ikat macam tu. Kau ingat Myung Soo oppa nak ke pandang kau kalau kau tak ubah gaya kau tu?"
Ujar Ji Eun lalu melepaskan ikatan rambutku. 
"Tak serabut ke kalau lepas rambut ni? Kalau pendek tak apa juga. Ni nanti terbang-terbang kena muka orang ke. Mesti ada yang marah."
Balasku.
"Kau ni, cuba kau tengok muka kau kat cermin tu. Ada ke orang nak marah sebab jadi cantik? Orang gila je macam tu."
Ji Eun menyisir rambutku yang separas dada itu.
"Yalah, aku ikut je kata kau. Asalkan Myung Soo oppa boleh suka kat aku. Aku nak nampak cantik depan dia."
Aku menolak cermin mataku sekali lagi.
"Kau punya cermin mata tu dah boleh tanggal dah kau tahu tak. Sikit-sikit tolak cermin mata tu. Tak cukup rapat ke dengan mata kau? Haishh, manalah Seung Hyun oppa tak panggil kau Si Hodoh."
Ji Eun mengkritikku.
"Kau pun nak jadi macam orang gila tu juga ke? Nanti aku tak nampak la kalau buka cermin mata ni."
Aku mendengus.
"Dah dah, buka cermin mata tu. Tak payah pakai. Satu hari je. Untuk Myung Soo oppa kau juga. Boleh kan."
Pinta Ji Eun.
Aku akur sahaja dengan permintaannya sekali lagi.

*******

Seung Hyun dan juga Myung Soo telah lama tiba di Lotte World dan mereka menanti kehadiran kami di salah sebuah cafe berdekatan. Aku dan Ji Eun yang baru sampai bergegas ke cafe tersebut. Ji Eun menarik tanganku untuk masuk ke dalam cafe lalu menuju ke meja Seung Hyun dan Myung Soo. Nasib baik Ji Eun dan juga Seung Hyun saling bertukar nombor telefon beberapa hari yang lalu. Jikalau tidak, tak tahulah mana hendak mencari mereka. Pasti mereka sudah lama menunggu. Ini semua gara-gara Ji Eun yang hendak mengubah imejku. 
Aku berasa kurang selesa tanpa cermin mata yang sudah bertahun lamanya melekat pada batang hidungku. Tanpanya, penglihatan aku menjadi sedikit kabur. Bagaimana aku hendak melihat dengan jelas ni? Myung Soo oppa juga kelihatan kabur. Wajahnya sedikit kembang pada penglihatanku.
"Sorry for being late. Dah lama ke tunggu?"
Tanya Ji Eun.
Dia duduk di kerusi yang tersedia. Aku juga begitu. Sekadar duduk dan merenung muka Myung Soo oppa yang tekun membaca. Mungkin dia memang gemar membaca agaknya. Dia tidak pernah lekang dengan buku. Setiap kali aku melihatnya, pasti ada saja buku ditangannya.
"Eh, Si Hodoh mana? Tak ikut sekali ke? Hahaaa. Mesti dia dah sedar yang dia tu hodoh. Bagus juga. Tak cacat pemandangan kita nanti. Ni siapa? Kawan awak ke?"
Seung Hyun bertanya tentangku.
Dia memang buta atau rabun? Tak perasan aku ke? Lain sangat ke aku ni? 
"Ni kan memang....."
Belum habis Ji Eun bercakap, Seung Hyun sudah memotongnya.
"Hai cantik, saya Seung Hyun. Awak boleh panggil saya oppa untuk lebih mesra."
Dia menghulurkan tangannya.
Kembang tekakku mendengar sesi perkenalan darinya itu. Tangan yang dihulur itu aku tepis dan mengendahkannya.
"Hai orang gila. Nama aku Si Hodoh. Terima kasih sebab sudi berkenalan dengan aku yang hodoh ni."
Puas aku dapat memerli Seung Hyun.
Ketika itu juga Myung Soo mengalihkan pandangannya daripada buku yang dipegang itu kepadaku.
"Im Hwa Na? Are you serious? This is really you? For real?"
Terkejut aku dengan pertanyaan Myung Soo.
Perubahan imej ini memberikan impak yang besar padanya atau dia sekadar bertanya. 
"Betul la. Hwa Na la ni."
Ji Eun mencelah.
"Dah la, tak payah order air untuk kitorang or whatever it is. Saya dah tak sabar nak bergembira hari ini. Let's go!"
Tambah Ji Eun lagi.
Bersungguh benar dia. Kami berempat beransur memasuki Lotte World. Tempat pertama yang kami lawati adalah rumah berhantu. Idea Ji Eun. Dah la aku kurang nampak, boleh pula dia memberi idea begini. Aku turutkan saja kerana Myung Soo oppa ingin mencubanya. 
"Oppa, saya tak nampak sangat sebenarnya ni."
Aku berkata pada Myung Soo.
"Tak apa, oppa kan ada."
Dia membalas.
Rasa ingin terbang ke langit pula bila aku mendengar ayat itu. Dia memimpinku masuk seiringan dengannya. Ji Eun dan Seung Hyun berada di hadapan kami. Walaupun kurang jelas, aku masih mampu melihat kegedikan Ji Eun terhadap Seung Hyun. Dah ada teman lelaki pun masih gatal dengan lelaki lain. Apalah nak jadi kau ni Ji Eun. 

"Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Oppa!"
Jeritan Ji Eun kedengaran.
Panik.
Aku menoleh sekeliling. Pandanganku kabur, masih mencari di mana Ji Eun. Kerana kerisauan, aku memusingkan badanku sehingga terlepas pegangan Myung Soo. Akibatnya, aku pula yang kehilangan arah.
Bamm.
Tubuhku terlanggar seseorang.
"Oppa, sorry la. Saya tak nampak ni."
Sangkaanku dia adalah Myung Soo.
"Kalau dah buta tu, memang buta je la kau ni."
Suara Seung Hyun membalas.
Alamak. 
Aku salah orang. Siap panggil dia oppa pula tu. Bluweekk! Nak termuntah rasanya. Aku berjalan terus menuju ke arah yang bercahaya. Akhirnya jumpa juga jalan keluar. Ji Eun dan Myung Soo sudah berada di luar. Hanya Seung Hyun yang masih di dalam.
"Kau tak apa-apa ke Ji Eun?"
Tanyaku.
"Aku? Mana ada apa-apa. Okay je ni."
Ji Eun memusingkan badannya untuk membuktikan dia benar-benar okay.
"Habis yang kau menjerit tu kenapa?"
Aku meminta penjelasan.
"Sebab terkejut nampak hantu la. Terus aku lari keluar tinggalkan Seung Hyun oppa."
Balas Ji Eun.
"Ada budak buta yang hodoh langgar aku kat dalam tadi. Nasib baik tak benjol kepala aku ni."
Suara Seung Hyun mengetuk pendengaranku.
Dia mengejekku pada Myung Soo. Pelik aku melihat Myung Soo ni. Kadang kala dia seolah-olah tidak bernyawa. Hidup di dalam dunianya sahaja. Untuk bersuara amat payah sekali. Jika ditanya, barulah dia menjawab. Sikapnya amat bertentangan dengan Seung Hyun yang bermulut bising dan sentiasa mencari gaduh denganku. 
"Kalau dia langgar pun bukan kuat mana. Takkan benjol kepala kau tu."
Jawab Myung Soo.
Dia menyambung bacaannya. Memang tidak boleh melepaskan bukunya itu mungkin. Seung Hyun tertawa dengan jawapan Myung Soo. Lesung pipitnya kelihatan. Eh, kenapa dengan aku ni? Jantungku berdegup pantas pula melihat senyuman Seung Hyun itu. Aku menggeleng kepalaku berulang kali.
"Kau kenapa tu Si Hodoh? Jadi tak waras lepas keluar dari rumah hantu ke?"
Wajah sedikit kabur itu bersuara.
Walaupun kabur, senyuman sinisnya jelas kelihatan. Suka benar dia mengejek aku. 
"Jom kita naik benda tu pula nak."
Ajak Seung Hyun. 
Apa? Roller Coaster? Aku takut tinggi. Benda tu suka berhenti tiba-tiba kat tempat yang tinggi. Kalau aku jatuh nanti macam mana? Aku tak nak mati muda. Aaaaaaaaaaaaaa! Hati aku menjerit-jerit.
"Main tu mesti best!"
Jerit Ji Eun.
Dia menarik Seung Hyun untuk ke checkpoint permainan itu. Aku dan Myung Soo mengikuti langkah mereka. Tiba-tiba telefon bimbit Ji Eun berdering. Dia mendapat panggilan dari boyfriendnya dan terpaksa pulang.
"Hwa Na, aku kena balik dulu. Woo Young oppa nak jumpa kejap lagi. Mati aku kalau dia cari aku kat rumah nanti. Kau pandai-pandai la berseronok dengan diorang ni tau."
Ji Eun sempat berpesan padaku sebelum meninggalkan kami bertiga.
"Bye oppa!"
Ji Eun melambai dan berlalu pergi.

"Okay, so sekarang tinggal kita bertiga. Dengan Si Hodoh pun boleh la. Jom naik Roller Coaster ni dulu."
Pinta Seung Hyun.
"Eh, siapa cakap aku nak naik? Aku tak nak."
Bidasku.
"Aku tak naik benda ni. Korang naiklah. Kau tahukan yang aku gayat pada ketinggian."
Jelas Myung Soo.
"Ahh, aku tak kira! Kau kena teman aku naik."
Ujar Seung Hyun lalu menarik tanganku.
Aku dipaksa menemaninya. Genggamannya agak kuat. Mahu tak mahu terpaksa juga aku menemaninya. Mukanya begitu teruja. 
"Kau bukannya nampak pun kan Si Hodoh. Jadi tak ada benda kau nak takut. Duduk sebelah aku diam-diam pun dah cukup."
Dia masih lagi memanggilku Si Hodoh.
Sepanjang waktu di atas Roller Coaster, Seung Hyun menjerit kepuasan bagaikan disampuk roh sesat. Untuk seketika, satu perasaan aneh terbit dalam diriku. Aku senang duduk bersamanya walaupun dia suka berkata sesuatu yang sering menyakitkan hati. Dia cuma seorang budak lelaki yang nakal. Mungkin itu perkara biasa. Sekadar bergurau senda. Tetapi Myung Soo pula lain, dia tidak begitu.

Seung Hyun POV
Puas aku bermain seharian bersama Si Hodoh ni. Dia tidaklah hodoh seperti yang aku lihat sebelum ini. Sejujurnya, dia cantik. Benar-benar cantik. Tapi takkan aku nak tarik balik apa yang telah aku katakan. Ahhh aku tak pedulilah Si Hodoh ke Si Cantik ke. Lantak je. 
"Orang gila! Belikan aku aiskrim tu. Aku tahu kau baik walaupun kau gila. Boleh tak?"
Si Hodoh ni meminta-minta pula.
Sudah pandai menyuruh aku. Aku merenung mukanya yang tidak bercermin mata itu. Putih dan bersih. Cantik. Senyuman terbit dari bibirku tiba-tiba. Eh kenapa aku ni? Cepat-cepat aku mengalihkan pandangan.
"Kenapa aku pula kena beli? Kau yang nak makan. Belilah sendiri."
Balasku.
"Aku dah teman kau main itu ini. Takkan belikan aiskrim pun tak boleh. Dasar kedekut. Orang kaya tapi kedekut belanja aiskrim. Huhh!"
Si Hodoh di depanku ini beraksi comel pula. 
Bergetar seketika perasaanku ketika ini.
"Hermm hermm. Aku boleh belikan. Tapi kau kena panggil aku oppa dulu. Kalau tak, aku tak nak belikan."
Pintaku.
"Asal kena panggil kau oppa pula? Layak ke? Nak muntah tahu tak!"
Dia duduk di kerusi menghadap Myung Soo.
"Aku ni tua setahun daripada kau! Memang patutlah kau panggil aku oppa."
Tidak puas hati dengan sikapnya.
"Ahhh tak nak tak nak! Bluwekkkkk! Oppa konon."
Dia mengendahkan permintaanku lalu berbual dengan Myung Soo.
"Eh, dengan Myung Soo boleh pula kau oppa oppa. Asal dengan aku tak boleh?!"
Geram aku mendengar perbualan mereka.
"Err sebab errr.. sebab dia kan lagi tua dari aku."
Jawapan yang munasabah tetapi menyakitkan hati.
"Aku pun tua dari kau la! Cepat panggil aku oppa!"
Entah mengapa geram pula hati aku mendengar gelaran oppa yang diberikan pada Myung Soo itu. Aku menggoncang tangannya untuk memaksa dia menyebut oppa padaku.
"Eh orang gila ni dah kenapa. Aku tak suka la orang paksa-paksa ni. Oppa apa entah. Euuwww. Oppa konon."
Makin berapi hati aku apabila Hwa Na mengherotkan muncung bibirnya.
"Si Hodoh! Dasar Hodoh! Kau beli aiskrim kau sendiri!"
Tempikku.

********

Author POV
Hwa Na dan Ji Eun sedang sibuk membantu Miss Nana menyiapkan khemah untuk Festival Hari Sukan sekolah mereka. Hari esok akan diadakan Festival Hari Sukan dan mereka terlibat dalam acara menghias khemah. Sedang Hwa Na tekun memasang reben pada khemah tersebut, seorang pelajar lelaki terlanggar tangga yang dipanjat Hwa Na. Dia tidak dapat mengimbangi badannya lalu tubuhnya terbang untuk sesaat dua di udara sebelum disambut oleh Seung Hyun.
"Fuh, kau ni Si Hodoh! Mata letak kat mana haa? Cuba buat kerja tu biar teliti. Ni sampai boleh jatuh. Kalau jatuh macam mana?"
Marah Seung Hyun.
Hwa Na membetulkan cermin matanya. Dia masih lagi terkejut.
"Nasib baik Seung Hyun oppa ni ada. Kalau tak memang Si Hodoh bertukar jadi Si Cacat la lepas ni."
Tambahnya lagi.
Seung Hyun masih lagi mendukung Hwa Na. Sebelah tangannya menampung belakang badan Hwa Na manakala sebelah lagi pada bawah paha Hwa Na. Muka Hwa Na merah menahan malu.

Hwa Na POV
Aku hampir jatuh tadi dan orang gila ni yang tolong selamatkan aku. Biar betul? Badanku masih berada di udara. Mata tidak berhenti tertancap pada wajah Seung Hyun. Aku membetulkan cermin mataku. 
"Errr.. Terima kasih."
Ucapku.
"Sama-sama. Lain kali hati-hati sikit buat kerja tu. Nanti dah jadi Si Cacat baru tahu. Cukuplah jadi Si Hodoh je."
Ujar Seung Hyun.
Haishh dia ni tak habis-habis memanggilku Si Hodoh. Berkali-kali aku suruh dia memanggilku dengan nama aku sendiri. Bukan susah sangat nak sebut Im Hwa Na. 
"Sampai bila kau nak dukung aku ni? Tak reti nak lepaskan ke? Nak ambil kesempatan ehh?"
Tanyaku.
"Eh nak lepas la ni."
Dia melepaskanku secara tiba-tiba.
Kedebukk.
"Aucchhh! Sakitlah gila! Kau nak bunuh aku ke apa ni?"
Jeritku yang terjelepok di atas lantai ketika itu.
"Kau yang suruh aku lepaskan kau. Lagipun aku tak ada feel dekat Si Hodoh macam kau ni. Hahahaa."
Balas Seung Hyun seraya meninggalkanku di situ.
Kurang asam punya budak! Berani dia lepaskan aku macam tu je. Tak boleh letak elok-elok agaknya. Eeeeeeeeeee geramnya aku! Dalam hati, pelbagai sumpah seranah yang muncul terhadap Seung Hyun.
"Kau tak apa-apa ke?"
Tanya Ji Eun.
Dia membantuku berdiri.
"Aku tak apa-apa. Sakit sikit je ni. Orang gila tu yang campak aku."
Mataku menghantar kelibat Seung Hyun pergi.
"Kau dengan Seung Hyun nampak macam dah rapat je. Korang ada apa-apa ke?"
Tanya Ji Eun.
"Tak mungkin! Orang gila macam tu menyakitkan hati. Rapat pula macam tu. Renggang ada la!"
Jawabku geram apabila teringat dia melepaskanku tadi.

********

Seung Hyun POV
"Weh Myung Soo, kat sini kau rupanya. Pelik la kau ni. Kau buat apa kat sini? Orang lain sibuk prepare untuk esok, kau boleh pula duduk berseorangan kat makmal ni."
Aku menegur Myung Soo.
Letih aku mencarinya seluruh kawasan sekolah selama hampir satu jam. Seperti biasa, Myung Soo dengan bukunya.
"Seung Hyun, aku rasa aku macam dah suka dekat Im Hwa Na tu la."
Ucap Myung Soo tiba-tiba.
"Im Hwa Na? Siapa dia tu? Si Hodoh tu ke? Kau biar betul!"
Terkejut aku mendengar kata-kata Myung Soo.
"Kau tak boleh suka dia. Kau suka la dekat orang lain. Dia bukan cantik pun. Dia tu Si Hodoh la!"
Tambahku.
"Biarlah dia hodoh ke tak. Aku cuma rasa aku macam dah suka kat dia. Tapi aku tak tahu nak buat apa. Kau tolong aku boleh? Kau kan dah biasa dengan perempuan."
Pinta Myung Soo.
Aku berasa gelisah. Macam mana Myung Soo boleh suka dekat Si Hodoh tu pula? Tapi kenapa aku tak suka dia minat Hwa Na tu? Aku suka dekat Si Hodoh tu ke? Tak kan aku suka dia kot. Tak mungkin. Tidak sama sekali.
"Asal kau senyap? Boleh tak tolong aku ni? Ke kau sendiri dah suka dekat Hwa Na tu?"
Duga Myung Soo.
"Kau ingat aku ni kurang kewarasan ke sampai nak suka dia. Dia tu Si Hodoh la! Tak mungkin aku suka dia."
Aku menidakkan perasaanku.
"Baguslah kalau kau tak suka dia. Boleh kau tolong aku kan."
Aku memandang wajah Myung Soo.
"Aku tak berani janji."
Jawabku pendek.

********

Festival Hari Sukan telah pun berakhir. Hari ini aku perlu membantu Myung Soo berjumpa dengan Si Hodoh di atas bumbung sekolah walaupun aku berasa tidak sudi. Berhari-hari aku memikirkan perasaan yang terselubung dalam diri aku sendiri. Wajah Si Hodoh tu selalu muncul dimana-mana sahaja. Tak tenteram hidup aku dibuatnya. Im Hwa Na! Apa yang kau nak dari aku sampaikan kau asyik muncul bila-bila masa sahaja. 
Aku terlihat Si Hodoh dan Ji Eun keluar dari kelasnya untuk pulang ke rumah. 
"Si Hodoh!"
Jeritku.
Hwa Na menoleh. Tajam juga pendengaran Si Hodoh ni. Dia menjelirkan lidahnya padaku. Haishh budak ini! Aku ada hal penting dia boleh ajak bergurau pula.
"Si Hodoh! Sinilah!"
Aku menjerit sekali lagi.
Dia berpusing lalu mencekak pinggang.
"Kau nak apa?!"
Dia turut menjerit.
Lucu sungguh aksinya itu. Aku berlari mendapatkannya lalu menarik Hwa Na untuk mengikutiku.
"Jom ikut aku kejap. Hai Ji Eun, pinjam Hwa Na awak ni kejap ya. Awak balik dulu. Kitorang lama sikit ni."
Ujarku seraya berlalu pergi meninggalkan Ji Eun yang terpinga-pinga.
Nafasku tercungap-cungap berlari memanjat tangga untuk ke atas bumbung. Si Hodoh turut berlari bersamaku kerana tangannya berada dalam genggamanku.

Author POV
Setibanya mereka di atas bumbung sekolah, Hwa Na terus menarik kembali tangannya.
"Kau ni pegang kuat sangat. Sakit tahu tak!"
Jeritnya.
"Aku tak sengaja la. Aku takut kau tak nak ikut aku je."
Jawab Seung Hyun.
Hwa Na pelik dengan perbuatan Seung Hyun.
"Kenapa kau bawa aku ke sini?"
Tanya Hwa Na.
"Oh, lupa nak bagitahu. Myung Soo nak jumpa kau. Kejap lagi dia datang la tu."
Balasnya.
"Myung Soo oppa?! Aaaaaaaaaaaaaaa!!"
Hwa Na bagaikan orang yang baru memenangi hadiah utama loteri. 
"Kau ni menjerit pula. Oppa oppa! Aku ni tak nak pula kau panggil oppa."
Marah Seung Hyun.
"Aku tak suka la panggil kau oppa. Rasa nak muntah tahu tak."
Hwa Na menjeling Seung Hyun.
"Aku tak suka kau panggil Myung Soo tu oppa. Aku tak suka!"
Hwa Na terkejut melihat Seung Hyun.
Mukanya serius. Pertama kali dia melihat Seung Hyun begitu. Cermin matanya di betulkan. 
"Mulai sekarang aku tak nak kau panggil dia oppa lagi! Faham tak!"
Dia menambah.
Sekali lagi Hwa Na membetulkan posisi cermin matanya. Dia mengangguk laju.
"Aku je kau boleh panggil oppa."
Masih bernada serius.
Hwa Na mengangkat wajahnya. Cermin mata dirapatkan lagi dengan matanya.
"Tapi kenapa aku kena panggil kau oppa pula?"
Tanya Hwa Na kebingungan.
"Sebab aku suka kau la Si Hodoh! Kau tahu tak yang kau ni asyik kacau hidup aku je. Aku nak mandi, nak makan, tidur, belajar, semua muka kau. Muka kau yang hodoh tu asyik kacau hidup aku kau faham tak!"
Marah Seung Hyun.
Ia lebih sesuai disebut sebagai luahan hati Seung Hyun. Dia meluahkan perasaannya pada Hwa Na dan Hwa Na pula terkejut mendengarnya.
"Kau suka aku? Betul ke? Aku tak salah de....."
Belum sempat Hwa Na menghabiskan ayatnya, Seung Hyun telah menarik Hwa Na ke dalam pelukannya.
"Si Hodoh, aku betul-betul suka kau ni. Aku tak pernah rasa macam ni. Aku serius."
Lafaz Seung Hyun.
Hwa Na menelan air liurnya. Dia yakin dia tidak salah dengar. Ketika itu juga dia melihat Myung Soo sedang memerhatikan mereka dari arah tangga.
"Err Myung Soo oppa..."
Hwa Na yang masih dalam pelukan Seung Hyun cuba untuk berkata sesuatu.
"Kan aku dah cakap jangan panggil dia oppa."
Seung Hyun meleraikan pelukannya lantas mencium Hwa Na.
Hwa Na kaku tanpa kata.
"Ingat, aku seorang je oppa kau mulai sekarang."
Kata Seung Hyun.
Hwa Na mengangguk. Dalam hatinya dia turut menyukai Seung Hyun walaupun dia sering menidakkannya. Cermin matanya dibetulkan lagi. 
"Eh, Si Hodoh! Kau belum panggil aku oppa lagi!"
Marah Seung Hyun.
"Habis tu kau panggil aku Si Hodoh. Tak nak aku panggil kau oppa."
Balas Hwa Na.
"Okay okay, Im Hwa Na. Tapi special apa. Aku seorang je panggil kau macam tu kan."
Usik Seung Hyun.
"Oppa! Janganlah!"
Kata Hwa Na lalu mencubit lengan Seung Hyun.
"Aaaaaaaaaaa! Kau panggil aku oppa! Yeaahhhh!"
Seung Hyun bersorak gembira.
Akhirnya Hwa Na memanggil Seung Hyun dengan gelaran oppa. Walaupun kedua-dua mereka sering bergaduh pada awalnya, pergaduhan tersebut mengeratkan lagi hubungan mereka sehinggalah munculnya perasaan suka sama suka itu antara mereka itu. 

-------------------------------------------------------------------------------------------------

//Terima kasih sebab sanggup baca sampai habis. Kalau ada permintaan ramai, mungkin cerita ini akan disirikan. Aaaaaaaaa~ Ceritanya tak best sangat. First time buat cerita genre comedy ni. 


Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

28 comments:

Wana said...

AAAAAAAAAAAAAA unniee best bestt XD eden guna nama Im Hwa Na tu namaa korean eden eh? sedapppp XD <3 seunghyunn <3

nanajoe said...

HAHAHAHAHAHAHAHAHA lawak part si hodoh si cacat tuhh

darla carolina said...

@wanawoohyunie - boleh jepp , guna la *angguk* btw thanks yapp >< heee . suke lettew seunghyun ♥

darla carolina said...

@Nana L.Joe - LOL :D unnie pakai type jep ikut suka hati :D Nasib wana ta jadi Si Cacat HAHA :DDD

Adelina Amin said...

Aaaaaaah , best lah unnie :) Hahaha kesian Myungsoo LOL XD

Shrek. said...

Baru tau Unnie dah siapkan one-shot ni .
Besttttttttttttt (Y)
best-best (Y)

Aff_KS said...

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, couple jugak akhirnyaaaaaaaaaa. Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Besttttttttttttttttttt, buat lagiiiiiiiiiiiiiiii.

joe. said...

-DIE- OMG !!!! ♥

darla carolina said...
This comment has been removed by the author.
darla carolina said...

@Na'na Jaehyo - Aaaaa~ pkul 12 lbeyh mlm tadi *angguk* thanks :)

darla carolina said...

@Adelina Amin - thanks :)

darla carolina said...

@Aff_Fishy - nanti ade mase unnie buat one-shot lagi :)

darla carolina said...

@El-Joe's ♡ - jgn lerr die X.X

Diyana Ashari said...

Hahaha XD . Memang comedy lawak betullah unnie ! Serius , yaya suka ! Hahah ketawa je sepanjang masa . Unnie , baut sequel ! buat sequel !

darla carolina said...

@Diyana Ashari - thanks yaya ♥ nnti unnie buat klaw rmai yg nak . unnie na lepaskan FF utk nana dulu .

anishiya にズき said...

hahahaha ^__^ oppa oppa ♥

darla carolina said...

@anishiya - LOL kaw baru bace :DD AHHAA

HanaZaid said...

Reaksi bila baca FF unnie . Setiap satu perenggan mesti "Arggh ! Arghhh" .. baca lagi satu perenggan "Arghhhhhhh !" . sampai the end "ARRRRRRRRRRRGGGGGGGGGGGGGGGHHHHHHH!" . unnie . FF ni best gila . tskkk .

HanaZaid said...

Reaksi bila baca FF unnie . Setiap satu perenggan mesti "Arggh ! Arghhh" .. baca lagi satu perenggan "Arghhhhhhh !" . sampai the end "ARRRRRRRRRRRGGGGGGGGGGGGGGGHHHHHHH!" . unnie . FF ni best gila . tskkk .

darla carolina said...

@HanaZaid - HAHAH :D thanks for reading . unnie buat neyh mmg utk menghiburkan pembaca pun ><

crayon_amira said...

yeah da habis baca..unnie best gile.. seunghyun >_< sweet gile time dye suruh hwa na panggil dye oppa..hahahah drpd awal baca sampai habis..kite asyik ketawa je ahahahh :D
unnie daebakkkk!!!! :D

darla carolina said...

@crayon_amira - Aaaaaaaaaaaaaa~ thankiss ♥ ngeeee :D unnie pkai buat jep FF neyh . hehehe . terima kasih kerana membaca ><

crayon_amira said...

hehe..even unnie bwt ff ni main pakai buat je..tp still best~Lol kite suke :D

darla carolina said...

@crayon_amira - gomawo >< unnie lagi lha suke klaw reader suke :') ngeee .

Ieyra Ghani said...

saye gelak dan senyum sorang-2 ! haha . best !!! mmg dr dulu sy suke laki yg ada lesung pipit :) btw , seunghyun bias sye utk ft ^^v
##dahh perasan jadi im hwa na . kekeke

darla carolina said...

@Ieyra Ghani - thanks sudi baca :) hehehe >< so hello there primadonna :) laki ade lesung pipit nmpk sweet but I'm not really into dimples guy ._.

Ieyra Ghani said...

welcome sis :) saye mmg suke bc novel and skrg fanfic! dah lama nak ada belog ff dan akirnya ini http://yeslockets-fanfiction7.blogspot.com/ ...

tp ff sye tu ada 1 chpter je sbb chpter laen ada dlm lappy yg kne rompak :(

darla carolina said...

@Ieyra Ghani - gud luck then with ur fanfic ^^ heheh . slow slow , nnti lama" byk lha :)