AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

Untouchable Memory : Babak 10 | Pertemuan Keluarga

Babak sebelum ini >Mengenali Erti Perasaan Itu<

Jaejin POV
Tokk..Tokk..Tokk...
Bunyi ketukan pada pintu bilik pejabatku menyadarkanku dari lamunan. Seunghyun membuka pintu lalu menjengahkan kepalanya.
"Nak pergi lunch tak ni? Dah lunch hour dah pun. Sudah-sudah buat kerja tu."
Ajak Seunghyun.
Sebetulnya mindaku bukan di pejabat ini meskipun jasadku sedang berhadapan dengan pelbagai kertas kerja. Yang bermain di mindaku hanyalah kejadian tempoh hari. Kejadian yang membuatkan aku menerima satu tamparan untuk sekian kalinya daripada seorang perempuan. Nana oh Nana. Mengapa kau sering saja muncul dalam kehidupanku akhir-akhir ini.
Aku mengalihkan pandangan pada Seunghyun yang menanti jawapan di muka pintu.
"Kau pergi seorang tak boleh ke? Aku malas la. Siap kerja ni, aku ingat nak balik terus."
Balasku.
"Elehh kau ni. Dengan aku sekarang semua dah malas kan. Kalau dulu, semuanya aku. Nak makan, nak mandi, nak tidur, semua aku. Sekarang bila aku ajak, kau dah tak nak dah. Yalah, siapalah aku ni kan."
Rungut Seunghyun.
"Kau kena biasakan diri kau tu tanpa aku Seunghyun."
Jawabku pendek.
Air muka Seunghyun berubah tiba-tiba.
"Kau asal cakap macam tu? Aku rasa macam seram sejuk pula. Kau ni something la Jaejin sejak akhir-akhir ni."
Seunghyun menduga.
"Tak adalah, buatnya aku ni tiba-tiba pendek nyawa. Kot-kot balik nanti kena langgar dengan lori ke, siapalah tahu kan. Kita kena bersedia je."
Ucapku.
"Hoi! Jangan cakap macam tu. Kau ni banyak tengok drama la. Kau join omma kau tengok drama ke sekarang haa?"
Usik Seunghyun.
"Hahaha. Aku cakap jelah. Kau ni. Dah la, pergi ajak orang lain sana. Jangan kacau aku. Kejap lagi aku nak balik. Nak kena siapkan cepat ni."
Ujarku malas berbasa-basi dengan Seunghyun.
Seunghyun kembali mentup pintu bilik pejabatku. Tetapi tidak sampai tiga saat, ianya terbuka kembali.
"Haaa, kau tahu tak pasal Byunghun? Aku dengar tak lama lagi dia nak tunang dah."
Ucap Seunghyun.
Terkedu aku mendengarnya. Mana dia dapat tahu berita sebegini. Cepat benar khabar angin tersebar.
"Mana kau dapat tahu?"
Selamba aku bertanya.
"Kau dah tahu ke? Aku tahu pun dari Woohyun. Dia yang bagitahu aku semalam. Katanya perempuan tu anak orang kaya. Bapa dia pengarah urusan Blink Hotel yang ada banyak cawangan kat Korea ni. Mak dia pula anak presiden Yamasaki Group yang conquer dunia perniagaan kat Jepun. Mesti cantik perempuan tu. Dah mak dia orang Jepun. Untung Byunghun. Dapat anak orang kaya lagi."
Jelas Seunghyun.
Ternyata Seunghyun lebih tahu daripada aku sendiri. Aku yang pernah bersama Nana dan berbual dengannya tapi langsung tidak mengetahui siapa dia yang sebenarnya. 
"Oh, kira okay la tu. Byunghun pun apa kurangnya. Kan parents dia kaya juga. Sama-sama padan la tu."
Balasku tidak bersemangat.
Entah mengapa sebak pula hati ini bila bercakap tentang Nana. Tapi kenapa? Apa yang dia mahu sebenarnya. Datang dalam fikiranku hampir setiap masa. 
"Seunghyun, aku nak tanya kau sesuatu boleh?"
Tanyaku.
"Apa dia? Aku nak pergi makan ni."
Jawab Seunghyun.
"Kau masuk dulu, duduk sini. Kejap lagi je makan tu."
Paksaku.
Seunghyun akur. Kerusi di hadapanku ditarik lalu dia melabuhkan punggungnya di situ. 
"Kau teman aku okay nanti. Haa tanya apa kau nak tanya."
Seunghyun memandang wajahku.
"Kau kan dah biasa dengan perempuan kan. Aku ada satu masalah. Ada seorang perempuan ni. Aku tak kenal rapat pun dengan dia tapi kitorang macam boleh kata kenal la. Nak kata jumpa selalu pun rasanya tak. Tapi sejak-sejak ni aku asyik terfikir dia je. Sampai kadang-kadang aku nak buat kerja pun jadi tak boleh buat. Kau rasa apa masalah aku?"
Panjang lebar pertanyaanku itu.
"Kau memang ada masalah berat ni Jaejin!"
Seunghyun memeranjatkanku.
"Kenapa? Apa masalah aku?"
Tanyaku ingin tahu.
Cemas.
"Eh kau ni jangan gelabah. Tu maksudnya kau dah suka kat perempuan tu la! Kau ni asal slow sangat? Sendiri dah suka pun tak tahu juga. Masalah la kau ni. Siapa perempuan tu? Aku kenal tak?"
Seunghyun cuba mengorek rahsia. 
"Aku suka perempuan tu? Errr.. Betul ke aku suka dia?"
Tanyaku kurang yakin dengan perasaan sendiri.
"Kau ni banyak tanya la. Kalau dah suka tu suka jelah. Dah la jom makan. Aku dah nak mati kelaparan dah ni."
Seunghyun menarikku untuk bangun.
"Okay okay."
Aku menurut kemahuannya.
Benarkah aku menyukai Nana? 

********

Nana POV
Buah-buahan yang dibawa Jojo aku potong satu persatu. Hujung minggu seperti ini, aku lebih senang menghabiskan masa di apartmen bersendirian. Apabila bosan, mujur Jojo akan datang menemaniku. Kadang-kala tanpa diundang. Seperti biasalah, Jojo datang hanya untuk menghabiskan sisa waktunya dengan bergosip pelbagai cerita. Macam-macam cerita yang akan dikongsinya, mengalahkan aku wartawan hiburan. Sepatutnya dia sahaja yang patut menjadi wartawan hiburan.
"Nana, kau nak tahu tak. Tadi aku nampak Myungsoo buah hati kau tu."
Ucap Jojo.
Matanya masih melekat pada kaca televisyen. Aku mengendahkannya.
"Nana, kau dengar tak aku cakap ni?"
Tanya Jojo.
"Ya, aku dengar. Habis tu kau nak aku buat apa?"
Balasku.
"Dia dengan perempuan. Aku tengok perempuan tu gedik je. Seksi pula tu."
Terang Jojo.
Aku tiada perasaan mendengar gosip Jojo. Marah tidak, cemburu pun tidak. Perasaanku terhadap Myungsoo telah pun mati sejak peristiwa di restoran tempoh hari. Aku nekad, aku tak mungkin akan menerima Myungsoo kembali walau apa pun yang terjadi.
"Aku dengan Myungsoo dah tak ada apa-apa la. Dah lama dah break."
Jawabku.
Aku membawa sepiring buah-buahan potong lalu duduk bersebelahan Jojo. Matanya memandangku tanpa berkelip.
"Kau...Kau..Asal tak bagitahu aku?"
Tanya Jojo.
Mulutnya sedikit ternganga. Cepat aku menyuapkan sepotong epal ke dalam mulutnya.
"Jangan pandang aku macam tu. Seram kau tahu tak. Aku ada jumpa dia dengan perempuan, sebab tu aku putus dengan dia. Aku dah tak nak percaya dia dah."
Jawabku lalu mengunyah potongan epal.
"Seriously? Kau akhirnya...Baguslah kalau kau dah tinggalkan jantan tak guna tu. Nampak juga kau keburukan dalam diri dia tu kan. Baguslah."
Balas Jojo.
Suka benar dia aku berpisah dengan Myungsoo. Sememangnya dia tidak pernah bersetuju aku bersama dengan Myungsoo. Katanya Myungsoo tu jahatlah, kaki perempuan, kuat curang. Macam-macam lagi yang diberitahu Jojo mengenai Myungsoo. 
Ringg..riinggg...ringg..
Telefon bimbitku yang terletak di atas meja berdering. Aku bangun untuk mengambilnya. Mama yang menelefon. Mahu apa agaknya tiba-tiba dia menghubungiku. Aku menekan punat berwarna hijau lalu melekapkannya pada cuping telingaku.
"Yeoboseyo, mama. Ada apa call?"
Tanyaku setelah mendengar suara mama di hujung talian.
"Malam ni balik makan malam kat rumah ya Nana. Dah lama mama tak makan dengan Nana."
Balas ibuku.
Bukan aku tidak mahu pulang ke rumah. Cuma aku malas hendak bertegang lidah dengan papa. Dia sering mengatur hidupku sejak kecil. Kerana papa jugalah aku keluar dari rumah untuk hidup sendiri kerana memilih kerjaya sebagai wartawan berbanding berkerja dengannya.
"Alaaa mama, Nana malas la nak jumpa papa tu. Nanti ada je yang dia suruh itu ini. Semua Nana buat tak kena bagi dia."
Aku memberikan alasan.
"Nana, tak baik Nana cakap macam tu. Kan tu papa Nana juga. Mama tak kira, malam ni Nana mesti balik rumah. Kalau tak, mama ambil balik apartmen yang Nana duduk tu. Nana nak macam tu?"
Aku diugut pula.
Mahu tak mahu, terpaksa aku bersetuju dengan kehendak mama. Kalau tidak, mana lagi aku boleh tinggal? Tak mungkin aku untuk merempat ke sana sini.
"Mama ni main ugut ugut pula. Yalah, nanti petang Nana balik."
Jawabku akur.
"Mama tunggu. Pakai cantik-cantik ya. Bye."
Pinta ibuku lalu talian diputuskan.
Aku kembali ke tempat Jojo yang sedang berseronok menghadap sitkom kegemarannya.
"Woi licin buah ni kau kerjakan."
Terkejut aku melihat piring yang telah kosong itu.
"Alah, aku juga yang bawa buah tu."
Balas Jojo selamba.
"Memang kau bawa untuk kau sendiri ke untuk aku sebenarnya?"
Tanyaku.
"Banyak lagi kan buahnya. Kau potong la baru. Aku ni tetamu. Kau kena layan aku elok-elok."
Ucapnya lalu ketawa.
"Tetamu yang hampir setiap hari datang rumah aku pun still dikira tetamu ke?"
Tanyaku.
"Tetamu tetap tetamu walaupun aku datang tiap-tiap hari okay."
Balasnya.
Tak mahu mengalah pula Jojo ni. 
"Yalah tu Jojo. Tadi mama aku call. Petang ni aku kena balik rumah. Tak dapat la kita keluar makan sama-sama. Mama aku suruh balik makan kat rumah. Siap suruh aku pakai cantik-cantik lagi."
Terangku.
"Tak apa. Kau baliklah. Dia rindu kau tu. Kan kau dah lama tak balik jumpa mak kau tu. Padahal rumah dekat je. Lepas...."
Jojo mula membebel."Dah dah dah. Cukup la tu. Tak payah nak bebel kat telinga aku."Cepat-cepat aku memotong ayatnya."Aku cakap je. Bukan membebel pun."Dia mencebik.Spontan tawaku terburai.
*******

Aku sedang duduk bersetentang dengan Byunghun. Apa pula yang dia buat di sini? Apa lagi kalau bukan plan papa. Dia mengatur pertemuan dua keluarga untuk membincangkan hal pertunangan kami. Aku dah agak ada sesuatu yang tak kena semasa mama menghubungiku tadi. Byunghun tak berhenti memberikan senyuman. Dan aku pula hanya mampu memberikan senyuman pahit.

Selesai sahaja makan malam bersama, kedua-dua orang tua kami duduk bersama di ruang tamu. Aku dan Byunghun pula keluar menikmati angin malam di laman sisi rumahku.
"Byunghun, awak setuju ke dengan pertunangan kita ni?"
Tanyaku tiba-tiba.
Pantas dia menoleh ke arahku.
"Saya? Saya ikut je pilihan mummy dengan daddy. Saya yakin pilihan mereka semuanya terbaik untuk saya. Kenapa? Awak tak suka ke?"
Byunghun pula bertanya.
"Saya cuma tak suka hidup saya diatur macam ni. Saya tak seperti awak. Mungkin awak rasa pilihan orang tua awak terbaik untuk awak. Tapi saya bukan jenis yang macam tu. Dari kecil lagi hidup saya diatur. Sampai saya rasa macam hidup saya ni seperti boneka yang digerakkan tali pada hujungnya."
Jelasku.
"Awak tak suka bertunang dengan saya la maksudnya?"
Riak wajahnya berubah.
"Bukan bermaksud saya tak suka awak. Cuma saya tak suka apa yang sedang berlaku ni. Kalau betul awak suka saya, biarlah kita melalui peringkatnya. Ni tidak, terus je nak bertunang then kahwin. Saya pun ada perasaan juga. Saya pun manusia biasa."
Terangku.
"Tapi minggu depan kita dah nak tunang dah pun."
Ucap Byunghun.
"Memanglah. Haihh. Tak apalah. Awak tak akan faham. Saya cuma inginkan kehidupan yang normal."
Aku mengeluh.
"Kalau saya tak faham, awak buatlah saya faham."
Pintanya.
"Kita ni akan berkahwin sebab orang tua kita nak gabungkan perniagaan mereka. Maksudnya saya dengan awak ni sebagai alat usahasama je. Tak ke rasa macam semua tu nonsense. Saya tak suka hidup yang macam tu. Perkahwinan politik and so on. Saya pun ada kehidupan sendiri, kerjaya sendiri. Macam mana kalau saya sebenarnya dah ada orang yang saya suka? Kenapa hidup saya, tapi orang lain yang tentukan. Itu yang saya tak suka. Kalau saya setuju, apa akan jadi seterusnya? Kita kahwin lepas tu saya kena kerja dengan papa saya? Macam apa yang dia inginkan beberapa tahun lalu. Saya tak nak semua tu."
Terangku panjang lebar.
Byunghun dengar dengan penuh ketekunan.
"Awak dah ada orang yang awak suka ke?"
Tanya Byunghun.
Seolah-olah peneranganku yang panjang lebar hanya difokuskan pada bahagian sekiranya aku sudah mempunyai pilihan sendiri.
"Errr... yang tu..."
Aku tak tahu perlu menjawab ataupun tidak pertanyaannya itu.

----------------------------------------------------------------------------------

//Sekali lagi malas nak check spelling. Tolong check kan ya >< 


Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

17 comments:

crayon_amira said...

unnie..sambung next chapter...tak sabar ni~~~lol

darla carolina said...

@crayon_amira - HAHAHAH not now lha my dear . nnti unnie sambung kay :)

crayon_amira said...

oke..kite tunggu ^^

Thiah Inara said...

unnie... smbung cpat skit tau.. nk tau apa yng trjdi pda chapter strusnya..

Thiah Inara said...

unnieee ~~ smbung cpat skit tau... nk tau apa yng trjdi...

darla carolina said...

@crayon_amira - selamat menunggu ya >< ngeee ~

darla carolina said...

@thiah insprit - HAHA nnti ade free time unnie sambung :D

crayon_amira said...

unnie bagi clue sikit untuk next chapter.ahahha ta sabar~~ :D

Wana said...

OMG YEAHHH DAH HABIS BACAAAAA *O* ADA KE PATUT PEMBACA SETIA BACA LAMBAT TT-TT

darla carolina said...

@crayon_amira - clue ? HAHAHA unnie tataw na bgi clue ape :DD

darla carolina said...

@Wana - HAHA tape . FF neyh ta larikk ><

Shrek. said...

OMG *O* Sambungggggg ;AAA;

darla carolina said...

@Na'na Jaehyo - Haaaa nak sambung lha neyh ._.

anishiya にズき said...

baru sampai sini ke ? -.-'

darla carolina said...

@anishiya - HAHAHA aku tgh update lha ni dho . kau tak menyabar pulak ==' AKU BUNUH JAEJIN segera baru tahu :DD

anishiya にズき said...

HAaiishh ! jangan lah dhoe TT-TT sian jaejin akuuuu ! hmmm tukar lahh , biar maki yang mati lol :D

darla carolina said...

@anishiya - aku belum tahu nak bagi dia mati ke tak =='