AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

Untouchable Memory : Babak 7 | Siapa Sebenarnya Kim Nana


Babak sebelum ini >Bagaikan Bidadari<

Jaejin POV
Nana memandang kedua orang tua Byunghun. Kenalkah dia pada mereka?
"Mr, Mrs Lee."
Ucap Nana separuh berbisik.
Itu lebih mengejutkanku. Bagaimana Nana boleh mengenali mereka pula? Aku hanya diam memerhatikan Nana yang memandang Byunghun serta orang tuanya. Mata Nana menghantar Byunghun pergi ke arah mereka. 
"Nana, awak okay ke?"
Tanyaku setelah risau melihat riak wajah Nana yang kelihatan separuh pucat.
Nana menoleh.
"Saya okay. Cuma terkejut. Saya tak ada apa-apa. Saya okay."
Balas Nana.
"Awak kenal ke parents Byunghun tu?"
Aku bertanya lagi.
"Jaejin, tiba-tiba saya rasa pening la."
Ucap Nana.
"Awak nak saya hantar awak balik ke bilik ke?"
Tanyaku risau.
"Tak apa. Saya okay. Pening sikit je ni."
Jawab Nana.
"Macam tu kita duduk dulu."
Aku memimpinnya berjalan menuju ke meja yang disediakan.
Nana kelihatan kurang selesa ketika makan. Dia juga kurang bercakap dan lebih banyak mendiamkan diri. Apabila ditanya, barulah hendak bersuara. Byunghun pula agak sibuk ke sana dan ke mari untuk melayan tetamu serta sahabat yang tergolong dari kalangan orang kenamaan. Begitulah Byunghun, dikenali ramai kerana lahir dalam golongan kenamaan. Tidak seperti aku yang perlu berusaha sendiri untuk menanggung hidup walaupun harta peninggalan mendiang ayahku masih banyak lagi yang tersisa. Aku tidak mahu menggunakan wang serta harta tersebut. Aku lebih gemar berdikari dan menyara kehidupanku sendiri.
"Lee Jaejin?"
Suara seorang perempuan mengusik gegendang telingaku.
Pantas aku menoleh.
"Park Gyuri. Lama tak jumpa. Macam mana sekarang?"
Balasku.
"Macam ini je la. Boleh duduk sini?"
Tanya Gyuri.
"Duduk je. Tak ada orang nak marah pun."
Aku mengusiknya.
Gyuri duduk di atas kerusi bersebelahan denganku. Gyuri merupakan bekas tunang Byunghun yang tidak jadi berkahwin dengannya kerana keinginan Gyuri yang tidak mahu terikat dengan ikatan perkahwinan. Perkahwinan mereka ketika itu dirancang oleh orang tua. Tetapi, faham sahajalah kehendak anak muda zaman sekarang. Lebih gemar memilih pasangan sendiri. Aku pun tak faham kenapa mesti wujudnya perkahwinan politik seperti ini. Ibubapa sanggup menjual kebahagiaan anak-anak mereka hanya kerana harta dunia.
"Rasanya dah lebih dua tahun kan kita tak jumpa."
Ujar Gyuri.
"Aah. Lama betul tak jumpa. Sejak Gyuri tak jadi kahwin dengan Byunghun kan. So how's life? Dah dapat apa yang Gyuri nak?"
Tanyaku.
"Hahaha. Still single and available. Gyuri tunggu Jaejin je. Mana tahu kalau-kalau Jaejin nak kat Gyuri ke kan."
Guraunya.
Mungkin Gyuri tidak serius dengan kata-katanya. Aku hanya menganggapnya sebagai gurauan.
"But I'm not. Sorry Miss Gyuri. Kena cari orang lain la jawabnya ya. Hahaha"
Balasku lalu tertawa.

Nana POV
Tersentak aku mendegar kenyataan Jaejin. Apa yang dimaksudkan dengan saya tidak? Sudah berpunyakah dia? Mungkin benar jangkaanku. Jaejin mempunyai hubungan istimewa dengan Soojin. Lebih daripada hubungan kakak adik. Tetapi mengapa aku harus mempedulikannya. Ianya bukan hal aku untuk mengambil tahu. 
"Gyuri-ssi, apa khabar?"
Sapa Mrs Lee yang baru muncul bersama Byunghun.
Gyuri bingkas bangun lalu menunduk tanda hormat kepada ibu Byunghun.
"Aunty, Gyuri sihat je. Happy anniversary, hope both of you'll life happily ever after."
Ucapnya.
Senyuman Mrs Lee tidak lekang dari bibirnya.
"Thanks, enjoy yourself here okay."
Balas Mrs Lee.
Aku hanya tunduk bermain jari-jemariku sendirian.
"Eh, Kim Nana-ssi. Betul kan?"
Sapa Mrs Lee tiba-tiba.
Tergamam seketika aku ketika mendengar namaku disebut.
Aku menoleh memandang wajah ibu Byunghun.
"Mummy kenal ke Nana ni?"
Tanya Byunghun.
"Ye, aunty. Annyeong haseyo."
Jawabku lalu berdiri dan memberi tunduk hormat padanya.
"Of course la mummy kenal. Papa dia banyak berjasa dengan keluarga kita tahu tak."
Kata Mrs Lee kepada Byunghun.
Jaejin memandangku dengan penuh kehairanan. Gyuri disebelahnya turut memandangku. 
"Maksud mummy, dia ni Kim Nana yang anak Uncle Sungho tu ke?"
Byunghun mendapatkan kepastian.
"Yalah, dia ni la. Baguslah kalau kamu berdua kenal satu sama lain."
Jawab Mrs Lee.
Aku hanya diam sahaja. Inilah perkara yang aku cukup tidak gemari. Berada di antara golongan kenamaan. Jaejin memandangku seperti menginginkan penjelasan. Pasti dia tidak faham apa sebenarnya hubungan antara aku dan juga keluarga Byunghun.
"Wah, Nana! Kalau macam tu, maksudnya awak ni bakal tunang saya la."
Ucap Byunghun selamba.
Terkejut aku mendengar perkataan bakal tunang itu. Pasti papa yang merancang semua ini. Hidupku biarlah aku yang menentukannya sendiri. Kenapa aku mesti terlibat dengan segala permainan dunia korporat seperti ini.
"Nana-ssi, aunty pergi dulu ya. Uncle tu tak boleh dibiarkan seorang diri lama-lama. Nanti mula la mata meliar ke sana sini. Gyuri, aunty pergi dulu ya."
Mrs Lee meminta diri. 
Aku sekadar mengangguk. Byunghun turut mengikuti ibunya pergi. 
"Jaejin, Gyuri pergi sana dulu ya. Nanti kalau free kita boleh la keluar sama-sama."
Ucap Gyuri.
"Okay."
Balas Jaejin pendek.
Aku menghantar Gyuri pergi lewat mataku. Jaejin masih senyap seperti menunggu penjelasan daripadaku. Aku tidak tahu apa yang perlu diucapkan.
"Saya..."
"Awak.."
Serentak kami bersuara.
"Awak dululah."
Ucap Jaejin.
"Err... Saya tak tahu pula yang Byunghun tu ada kaitan dengan keluarga saya."
Kataku.
"Maksud awak kaitan yang macam mana?"
Tanya Jaejin.
"Papa saya dengan daddy Byunghun tu kawan baik dari kecil lagi. Dulu sepatutnya mummy Byunghun tu berkahwin dengan papa saya, tapi dia bercinta dengan daddy Byunghun. Awak faham-faham je la, perkahwinan yang dirancang. Tapi disebabkan mama saya muncul ketika itu, papa pun lepaskan mummy Byunghun untuk daddy dia. Itu yang saya tahu la. Lebih dari tu saya tak pasti."
Terangku.
Entah mengapa aku perlu bercerita tentang hal begini.
"Okay, saya faham. Tapi siapa awak ni sebenarnya? Saya ingat awak cuma wartawan biasa yang mempunyai kehidupan biasa."
Tanya Jaejin lagi.
"Awak tak akan faham kalau saya cerita."
Jawabku pendek.

Author POV
Byunghun mencapai microphone lalu berdiri di atas pentas. Dia memberikan ucap selamat kepada kedua orang tuanya sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-28. Kemudian dia menjemput mereka ke pentas lalu memberi pelukan dan ciuman kepada ibubapanya yang disayangi sepenuh hati. Mr Lee mengambil microphone yang berada di tangan Byunghun. 
"Terima kasih kepada semua sahabat handai yang hadir serta tetamu yang lainnya. Terima kasih juga kerana sentiasa mendoakan kebahagiaan kami. Terutamanya kepada kawan baik saya sejak kecil lagi, Kim Sungho yang banyak berjasa kepada saya dan keluarga saya. Kalau bukan kerana dia, mungkin saya takkan berada di sini bersama isteri saya hari ini. Dia juga pernah membantu saya ketika perniagaan saya mempunyai masalah suatu ketika dahulu. Kim Sungho, terima kasih banyak sahabatku."
Ucap ayah Byunghun lalu tunduk tanda ikhlas memberikan penghargaannya.
Ketika itu juga ayah Nana berdiri dan membalas penghargaan tersebut. Nana terkejut. Dia tidak mengetahui bahawa ayahnya turut berada di situ.
"Sebelum tamat majlis kita malam ini, saya ada satu pengumuman. Sungho, jemput naik ke pentas."
Tambah ayah Byunghun.
Ayah Nana berjalan perlahan menuju ke atas pentas. Mereka berdua berpelukan sesaat dua menunjukkan keakraban mereka.
"Sebenarnya kami ada merancang untuk merapatkan lagi hubungan kami yang tersedia rapat ini dengan menyatukan kedua-dua anak kami. Iaitu Lee Byunghun, anak saya dengan Kim Nana, anak kawan baik saya ni. Dengan ini, boleh la kami memperluaskan lagi empayar perniagaan kami. Tapi perkahwinan yang dirancang ni bukanlah hanya kerana perniagaan semata-mata. Kami mahu hubungan kami menjadi lebih rapat dan bersatu sebagai sebuah keluarga."
Jelas ayah Byunghun.
Nana yang sedang mendengar kelu tidak terkata. Kehidupannya sedang disebutkan oleh orang lain. Wajahnya berubah pucat. Tangannya pula menjadi sejuk. Peluh dingin mula merenik. 
"Nana, awak okay?"
Tanya Jaejin.
Nana hanya membisu. Byunghun yang berada di atas pentas pula bercakap ketika ini.
"Sebenarnya anak Uncle Sungho ada di sini malam ini. Kim Nana, sini la."
Panggil Byunghun.
Dia melambai ke arah Nana. Ketika itu juga wajah Kim Sungho berubah. Dia tidak menjangka anak perempuannya berada di situ. Nana berdiri lalu berlari keluar dari ballroom tersebut. Jaejin yang masih lagi kabur dengan hal sebenarnya cuba mengejar Nana. 
"Nana, tunggu saya. Awak nak ke mana tu?"
Tanya Jaejin lalu mengejar Nana.
Nana tidak menjawab pertanyaan Jaejin sebaliknya melarikan diri dari semua itu. Dia tersinggung dengan perbuatan ayahnya yang langsung tidak menghormati perasaannya. Nana meluru ke arah tangga lalu memanjat naik ke biliknya. Jaejin mengikuti dari arah belakang.
"Nana, tunggu Nana."
Jerit Jaejin.
Hatinya terusik melihat air mata Nana. Dia turut memanjat tangga tersebut. Malangnya sakit Jaejin menyerang secara tiba-tiba. Itu kerana Jaejin lupa untuk mengambil ubatnya pada masa yang ditetapkan. Nafasnya turun naik. Tangan kiri Jaejin menekan-nekan bahagian perutnya yang teramat sakit. Dia merasakan kesakitan seolah-olah ditusuk pisau pada bahagian perutnya. Jaejin terduduk di atas tangga. Nafasnya masih lagi tidak teratur.
Dengan perlahan, Jaejin cuba untuk bangun lalu keluar dari kawasan tangga tersebut menuju ke arah lif. Dia berperang dengan kesakitannya. Tiada sesiapa yang mampu membantunya ketika itu. Perlahan Jaejin bergerak untuk menekan lif. Dari lif untuk menuju ke bilik pula, dia berpaut pada dinding. Nasibnya sedikit baik kerana biliknya berdekatan sahaja dengan lif. Bajunya telah pun lencun dek kerana peluhnya sendiri. Pandangan pula semakin kabur. Jaejin tercari-cari kunci biliknya di dalam kocek seluar. Setelah beberapa minit barulah dia berjaya membuka pintu.
Kaki dilangkahkan perlahan ke dalam bilik. Badannya terhuyung-hayang. Ubat di atas meja di capai lalu dua biji pil anti-kanser itu ditelannya. 
Bamm.
Jaejin terjelepok di atas lantai. Badannya begitu lemah. Wajahnya pucat seperti mayat hidup. Tangan kanannya menyeluk kocek seluar untuk mengeluarkan telefon bimbit. Dia memicit butang yang mempamerkan nombor satu. Speed dial yang telah ditetapkannya sedari dulu. Telefon dilekapkan pada cuping telinganya.
Talian disambungkan.
"Noo...naaa.....Soojin...noona....."
Ucap Jaejin lemah.
"Yeoboseyo. Jaejin-ah. Jinnie, waeyo?"
Tanya Soojin.
"Noo..naa.....sa..kit...noona...Jaejin..tak..ta..han...noo...na...."
Suaranya tersangkut-sangkut kerana menahan kesakitan.
Telefon tersebut terlepas daripada tangannya. Jaejin terbaring di atas lantai. Soojin yang risau akan Jaejin terjerit-jerit di hujung talian.
"Jinnie-ah! Jinnie! Jaejin kat mana tu? Jaejin? Jaejin?!"
Pertanyaannya tidak dibalas, hanya deruan nafas Jaejin sahaja yang kedengaran.

--------------------------------------------------------------------------------------

//Faham tak bahagian ni? Kalau tak faham, bagitahu la ya. Akan dijelaskan sebiji-sebiji kalau tak faham. Takut nampak rumit pula.


Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

8 comments:

nanajoe said...

PAHAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAMM //ff den pun complicated . sambung unnieeeeeeeeeeeeeeeee

darla carolina said...

@Nana L.Joe - bagus bagus (Y) HAHA klaw ta complicated , ta best lerr kan >< ngeeee .

anishiya にズき said...

baru sampai sini eh ? cepat sambung ! lambat bethul -.-'

darla carolina said...

@Anishiya - at least aq ade gak update --'

crayon_amira said...

salam,,unnie :)
kite terjumpa blog fanfic unnie time carik fanfic sbb nk baca...
n then sekali terjumpa fanfic unnie yang ni...malam semalam jugak kita abeskan tujuh2 chapter fanfic unnie ni..series best..kite suka sgt..please sambung unnie :)

darla carolina said...

@crayon_amira - salam kembali :) thanks sebab baca >< unnie sgt menghargai komen serta kritikan dari pembaca :) btw unnie akn update at least once a week . dun worry, unnie still akn update. biase lha , busy stdy . heee .

crayon_amira said...

ohh..kita setia mnunggu fanfic unnie ^^ hwaiting unnie

darla carolina said...

@crayon_amira - thankiss ♥ terharu unnie dpt pembaca mcm mira >< heee