AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

One-Shot | Endless Love

Sila baca >Prolog< terlebih dahulu
Lebih lanjut mengenai watak klik >sini<
---------------------------------------------------------------------------------------
Ambil berat pada tarikh dan waktu yang dinyatakan supaya mudah memahami jalan cerita.
---------------------------------------------------------------------------------------

14 Februari 2015
03:15 PM
Awan kelihatan berarak perlahan ditemani angin bayu yang bertiup. Salji sudah mula turun renyai-renyai. Hyun Mi memandang sekilas pada jam tangannya. Sudah hampir satu jam dia menunggu. Hatinya mula dirundum keresahan. Jantungnya juga berdegup laju. Sekeping kad dari dalam beg tangannya dikeluarkan. Pengirim kad tersebut masih belum kelihatan. Dia merenung lama pada ayat-ayat indah yang tertulis pada kad tersebut.

Jang Hyun Mi,
Happy Valentine's Day sayang. Thanks for loving me since then and ever. Love is like a cycle. When you love, you get hurt. When you gut hurt, you hate. When you hate, you try to forget. When you try to forget, you start missing. And when you start missing, you will eventually fall in love again. That's how I learn to love you. It has been more then 10 years we'd now each other. Senyum, tangis, suka, duka, segala-galanya kita telah lalui bersama. I really appreciate all of those things. And thanks for love me with all of your heart.
Choi Jong Hoon

Hyun Mi tersenyum membaca bait-bait puisi indah yang ditulis oleh Jong Hoon. Baginya kata-kata itu amat bermakna walaupun hanyalah sekadar tulisan berdakwat hitam. Senyuman mula terukir pada bibir Hyun Mi. Dia menyimpan kembali kad tersebut ke dalam beg tangannya. Kini tangannya mula menggapai telefon bimbit pula. Didailnya nombor telefon Jong Hoon. 
Hampa.
Taliannya disambungkan ke peti mel suara. Hyun Mi menghentak kakinya. Geram. Masuk kali ini sudah kerap kali Jong Hoon mungkir pada janjinya. Jong Hoon telah berjanji untuk menjemputnya di pejabat petang itu setelah dia menghantar laporannya. Hyun Mi telah meminta cuti setengah hari demi temu janji mereka. Tetapi kelibatnya masih tidak kelihatan. Selalunya, Jong Hoon pasti menghubungi Hyun Mi jika terlambat. Tetapi kali ini langsung tiada khabarnya. Walhal dia telah menghantar pesanan agar jangan terlewat pada hari ini. Hyun Mi mundar-mandir di perhentian bas itu. Risau juga jika ada apa-apa yang terjadi pada kekasihnya itu. 
Ring..ringg..ringg...
Cepat Hyun Mi memandang skrin telefon bimbitnya. Mukanya kembali sedih. Kecewa melihat bukan nama kekasihnya yang terpampang. Dengan malas dia menjawab panggilan tersebut.
" Yeoboseyo, Hyun Mi-ahh. Won Bin ni."
Suara Won Bin kedengaran di hujung talian.
"Ohhh, Won Bin. Kenapa?"
Tanya Hyun Mi.
"Happy Valentine's Day. Saya saja call nak wish kat awak. Awak kat mana tu?"
Won Bin pula bertanya.
"Baru balik dari pejabat. Nanti saya call awak la. Saya tak ada mood ni. Bye."
Segera talian dimatikan.
Hyun Mi bimbang sekiranya Jong Hoon tidak dapat menghubunginya jika dia bercakap telefon lebih lama dengan Won Bin. Tidak lama kemudian, sebuah kereta Peugeot berwarna biru metalik meluncur laju lalu berhenti di hadapannya. Tingkap pada tempat duduk sebelah pemandu diturunkan. Hyun Mi memandang dengan penuh kehairanan.
"Hyun Mi, nak ke mana? Boleh saya hantarkan."
Tanya Sung Gyu.
Hyun Mi menggeleng laju. Dia masih mahu menunggu Jong Hoon di situ. Sung Gyu melangkah keluar daripada keretanya. Dia menghampiri Hyun Mi. Faham benar dirinya akan Hyun Mi, cukup sukar untuk dipaksa. Hatinya sekeras batu untuk ditakluki. Kegusaran yang terpeta pada wajahnya membuatkan Sung Gyu berasa ingin tahu.
"Tunggu someone ke?"
Dia bertanya.
Hyun Mi hanya membalas dengan anggukan. Pandangannya lebih banyak difokuskan pada kiri dan kanan. Bola mata Hyun Mi ligat mencari kereta Jong Hoon di atas jalan.
"Saya dah terlambat ke kalau saya nak ajak awak keluar hari ni?"
Sung Gyu bertanya lagi.
Masih berani lagi lelaki itu mengajaknya setelah hal semalam berlaku. Hyun Mi tidak mahu membuatkan salah faham berpanjangan.
"Keluar dengan saya? Untuk apa?"
Tanya Hyun Mi kehairanan.
"Untuk..."
Belum sempat Sung Gyu membalas, telefon bimbit Hyun Mi mula berdering.
"Kejap kejap kejap."
Hyun Mi meminta Sung Gyu menangguhkan penjelasannya.
Telefon bimbit segera dilekapkan pada cuping telinganya setelah melihat nama Jong Hoon tertera pada skrin.
"Yeoboseyo, Hyun Mi-ssi."
Suara perempuan yang tidak dikenali menghairankan Hyun Mi.
"Hyun Mi-ssi? Awak ke tu?"
Tanya perempuan itu lagi.
"Ya saya. Boleh saya tahu siapa bercakap ni?"
Sahut Hyun Mi.
Sung Gyu hanya melihat riak wajah Hyun Mi yang semakin berubah. Badan Hyun Mi yang hampir rebah ke lantai segera disambut Sung Gyu. Telefon bimbitnya terlepas dari pegangan. 
"Jong..Hoon... Jong Hoon...."
Suara Hyun Mi terketar-ketar.

********

10 Februari 2015
08:45 PM
Pandangan Hyun Mi dihamparkan pada ruang tepi jalan yang ditabiri pepohon hijau. Jong Hoon yang sedang memandu di sebelahnya tidak dipedulikan. Mereka baru sahaja berperang mulut gara-gara Jong Hoon lambat menjemputnya tadi. Lebih setengah jam Hyun Mi menunggunya di rumah. Jika bukan kerana keretanya rosak, pasti Hyun Mi telah lama pergi sendiri ke majlis ulang tahun perkahwinan Sae Ra. 
"Sayang, awak marah saya ke? Pandang la sini."
Pujuk Jong Hoon.
Jong Hoon cuba menarik bahunya. Hyun Mi mengelak dari disentuh. Bukan kali pertama dia diperlakukan begitu. Alasan Jong Hoon setiap kali terlambat pasti gara-gara shooting lambat habis, tak pun recording lama sangat. Ada juga alasan yang diberi kadang kala tidak logik bagi Hyun Mi tetapi dia sekadar mengangguk. Faham benar dia akan teman lelakinya itu. Nasib dirinya kerana berpasangan dengan Jong Hoon. 
"Hyun Mi-ahh."
Panggilnya lagi.
Hyun Mi masih kaku membelakangkan Jong Hoon. Baginya Jong Hoon perlu diajar sedikit supaya tahu bahawa dia sudah letih menunggu.
"Sayang, jangan la macam ni. Tak sayang saya ke?"
Tanya Jong Hoon.
Hyun Mi berpaling padanya.
"Awak tu yang tak sayang saya."
Ucap Hyun Mi geram. 
Jong Hoon tersengih melihat wajah Hyun Mi yang menahan geram. Dia mencubit pipi gebu buah hatinya itu.
"Siapa kata saya tak sayang. Aigoo geram tengok muka awak ni. Makin lama saya tengok makin dalam cinta saya kat awak tahu tak."
Balas Jong Hoon.
Kata-kata Jong Hoon menyebabkan segaris senyuman mula terukir pada wajah Hyun Mi. Dia senang mendengar ayat-ayat manis yang keluar dari mulut lelaki itu. Hyun Mi memang mudah puas hati sekiranya mendengar ucapan cinta seperti itu. Segala rajuknya juga hilang dengan sebaris dua ayat manis Jong Hoon.


********

09:12 PM
Perkarangan rumah Sae Ra gamit dengan alunan muzik secara live dan juga suara perbualan para tetamu yang hadir. Jong Hoon jarang ke majlis seperti ini kerana bimbang dikejar wartawan. Tetapi oleh kerana Sae Ra mengadakannya secara tertutup (private party), ia membolehkan Jong Hoon menyertainya secara senang hati. Tetapi satu sahaja yang perlu dielakkan. Iaitu menunjukkan kemesraan yang berlebihan terhadap Hyun Mi. Risau juga jika ada mata mata yang melaporkannya kepada mana-mana media. Pasti reputasinya akan terjejas.
"Sae Ra, happy anniversary.Chukahae! Dah setahun dah kau kahwin ya. Aku juga tak kahwin lagi."
Ucap Hyun Mi.
Jong Hoon telah pun berlalu untuk mengambil minuman. Hyun Mi dibiarkannya bersembang bersama Sae Ra dan suaminya. Sae Ra kerap kali tanya padanya bila mereka akan berkahwin dan jawapannya hanya satu, belum masa yang sesuai. Dia mahu memberi tumpuan sepenuhnya pada bidang yang sedang diceburinya tidak kiralah dari segi lakonan mahupun menggubah lagu. Dia hanya memerhatikan Hyun Mi dari tempatnya berdiri. Selendang yang melilit pada lehernya di tarik sehingga menutup bawah dagu. Kaca mata gelapnya pula menyembunyikan suku wajahnya. 
"Eh, Jong Hoon? Choi Jong Hoon bukan?"
Sapa salah satu suara yang ada di situ.
Jong Hoon menoleh pada lelaki yang menepuk bahunya. Dia mengenali wajah lelaki itu. Segera dia membongkokkan badannya memberi hormat.
"Annyeong sunbae-nim. Lama tak jumpa."
Ucap Jong Hoon.
Lelaki itu turut membalas hormat. Senang dia berjumpa semula juniornya ketika di sekolah menengah tinggi dahulu.
"Annyeong. Buat apa sekarang ni? Busy dengan lakonan ke?"
Tanya Sung Gyu.
Dia mengenali Jong Hoon kerana lelaki itu juga merupakan pelajar yang popular di sekolahnya satu ketika dahulu. Tambahan pula mereka sepasukan bagi permainan bola keranjang. Tetapi hubungan mereka tidaklah begitu rapat. Sekadar hubungan senior-junior sahaja.
"Macam ni la sunbae. Nama pun cari makan. Kalau tak berlakon, menggubah lagu. Tu je la yang dibuat hari-hari."
Balas Jong Hoon.
Mereka berbual untuk seketika sebelum mata Sung Gyu menangkap kelibat Hyun Mi yang sedang berjalan menuju ke arahnya. Sung Gyu tidak menyangka boleh bertemu dengan Hyun Mi sekali lagi di situ. Sememangnya dia menantikan peluang untuk berjumpa Hyun Mi tetapi ada sahaja alasan yang diberikan. Mungkin kali ini dia boleh mengajak Hyun Mi untuk keluar bersamanya.
"Annyeong, Sung Gyu-ssi."
Hyun Mi memberi salam sebelum berdiri di sisi Jong Hoon.
Sung Gyu membalas lalu menghulurkan senyuman. Dia sekadar mendengar perbualan Hyun Mi.
"Jong Hoon, balik lambat sikit boleh? Sae Ra suruh saya teman dia sampai habis party ni."
Tanya Hyun Mi.
Sung Gyu tertanya-tanya di dalam hati. Berhubungankah mereka. Jikalau tidak masakan Hyun Mi meminta kebenaran daripadanya. Tempoh hari, baru sahaja Hyun Mi memberitahu Sung Gyu yang dia tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi dengan Won Bin. Fikirnya bolehlah dia kembali merebut hati perempuan itu. Jangkaannya meleset. Rupanya hati Hyun Mi telah pun dimiliki Jong Hoon. Tetapi selagi dia tidak mendengarnya dari mulut Hyun Mi, dia masih akan terus berusaha.
"Tak kisahlah. Saya pun tak ada aktiviti malam ni. Esok pula tengah hari baru start shooting. Jangan lambat sangat sudahlah."
Balas Jong Hoon membenarkan.
"Okay. Arrasseo! Eh, awak kenal ke Sung Gyu-ssi ni?"
Hairan dia melihat Sung Gyu masih di situ.
"Mestilah kenal. Awak tak kenal ke? Dia ni senior kita masa sekolah dulu la. Sebelum awak pindah sekolah, dia ada lagi kat sekolah tu. Pelajar tahun akhir. Satu team basketball dengan saya. Tapi saya jarang datang training. Won Bin selalu la training. Takkan tak kenal?"
Terang Jong Hoon.
"Dia memang tak kenal pun. Kami dah pernah jumpa sebelum ni."
Ucap Sung Gyu.
Hyun Mi cuba untuk mengingati wajah itu. Baru beberapa hari yang lalu dia berjumpa lelaki itu atas urusan kerja. Tidak pula lelaki itu menyebut tentang hal mereka satu sekolah. Mata sepet lelaki itu tersenyum padanya. Sepet benar sehingga hampir hilang anak matanya dari pandangan Hyun Mi. Dipandangnya Sung Gyu dari hujung kaki hinggalah ke rambutnya. Masih tidak mampu mengingati wajah lelaki itu.
"Jwesonghamnida. Saya tak ingat la kalau saya kenal awak ke tak. Tapi tak apa la. Lain kali kita jumpa, kita borak lagi ya."
Balas Hyun Mi.
Sung Gyu ternyata kecewa kerana Hyun Mi masih tidak mengingatinya. Lain benarkah perubahan pada wajahnya sehinggakan dia tidak mampu mengingati lelaki yang pernah meluahkan perasaan padanya kira-kira lapan tahun yang lalu. 
"Saya minta diri dulu ya."
Pinta Hyun Mi.
Jong Hoon dan Sung Gyu sekadar mengangguk lalu meneruskan perbualan mereka. 

********

11 Februari 2015
12:23 AM
Jong Hoon memandu dalam keadaan tenang. Dia tidak mengambil sebarang alkohol ketika di majlis ulangtahun Sae Ra tadi. Bimbang pula jika memandu dalam keadaan mabuk. Hyun Mi di sebelahnya pula sudah hilang kesedaran. Mulutnya bising sedari tadi. Adakalanya Hyun Mi memarahi Jong Hoon kerana sering memungkiri janji mereka. Jong Hoon hanya diam di tempat duduk pemandu. Dia tahu, tiada gunanya bertegang lidah dengan orang yang telah mabuk. 
Jong Hoon membetulkan tali pinggang keselamatan Hyun Mi yang terlepas akibat pergerakan Hyun Mi yang sedikit melampau. Dia tidak boleh menyalahkan Hyun Mi. Benar, dia terlalu mencintai perempuan itu tetapi dia terpaksa membahagikan masanya dengan karier dan juga Hyun Mi. Kerjanya tidak tentu masa. Sering kali juga temu janji mereka terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir kerana Jong Hoon terpaksa mengikut schedule yang diubah tiba-tiba.
"Kenapa awak selalu buat saya sedih."
Nada Hyun Mi bergetar.
Jong Hoon menoleh padanya seketika sebelum mengalihkan kembali pandangannya ke arah jalan raya. Hatinya merintih apabila melihat air mata yang membasahi pipi Hyun Mi. Tapi apakan daya, dia tidak boleh menurut kemahuan Hyun Mi sepenuhnya. Hyun Mi pernah meminta agar hubungan mereka diumumkan. Dia tidak sanggup membaca pelbagai jenis skandal yang membabitkan Jong Hoon. Bukan dia mahu meragui cinta Jong Hoon. Tetapi dia cuma bimbang akan status hubungan mereka sahaja.

********

08 Februari 2015
10:37 AM
Hyun Mi berlari-lari anak menuju ke dalam Muzium Ship-Dol-Iik. Buku yang dikendongnya hampir berciciran. Dia sepatutnya berada di situ tepat jam sembilan pagi untuk mengambil senarai barang-barang antik yang bakal dipamerkan bulan hadapan. Tetapi keretanya pula meragam ketika dalam perjalanan ke situ. 
Hyun Mi membetulkan bajunya lalu mengemaskan rambutnya yang berselerak dek aksi kejar-mengejar tadi.
Pintu di hadapannya diketuk. Dia membayangkan wajah lelaki tua yang bengis sedang menunggunya. Sudahlah keretanya rosak, telefon bimbitnya pula tertinggal. Pasti lelaki yang menunggunya akan menghamburkan kemarahan padanya nanti.
"Masuk."
Kedengaran suara dari arah dalam.
Pintu bilik itu dikuak. Seorang lelaki berdiri membelakangkannya sedang membelek buku di almari buku yang tersusun cantik dalam biliknya. Kagum Hyun Mi melihat buku-buku yang tersusun seperti perpustakaan mini itu. 
"Ada apa cari saya?"
Selamba sahaja dia bertanya.
Dia masih menumpukan perhatian pada buku yang ingin dicarinya. 
"Jwesonghamnida. Saya terlambat. Kereta saya rosak tadi."
Balas Hyun Mi.
Akhirnya buku yang dicari telah pun dijumpai. Diambilnya buku tersebut lalu menoleh ke arah Hyun Mi.
"Hyun Mi...Jang Hyun Mi-ssi?"
Sung Gyu meminta kepastian.
Dia terkejut melihat Hyun Mi di hadapannya. Perempuan yang pernah disukainya satu ketika dahulu. Entah ingat lagikah perempuan itu akan dirinya.
"Nae, saya la Hyun Mi. Err.. list barangan antik tu mana? Dah siap ke?"
Sahut Hyun Mi.
Sung Gyu yang memandangnya tidak bersuara. Masih tergamam melihat Hyun Mi di depan matanya. Buku yang dipegangnya terlepas dari tangan. Cepat Hyun Mi menyambutnya.
"Kim Sung Gyu-ssi, berangan ke?"
Tanya Hyun Mi.
Segera Sung Gyu mengambil kembali buku pada tangan Hyun Mi sebelum kembali ke mejanya.
"Duduklah."
Pelawa Sung Gyu.
Hyun Mi menarik kerusi di hadapan meja Sung Gyu lalu duduk bertentangan dengannya. Jari Sung Gyu lincah menekan-nekan papan kekunci komputernya untuk mencari senarai yang diminta Hyun Mi. Sesekali dia mengerling ke arah Hyun Mi yang membelek-belek buku di atas mejanya itu.
"Berminat ke?"
Tanya Sung Gyu.
Hyun Mi tersentak. Tidak menyangka Sung Gyu menegurnya. Lantas dia mengangguk perlahan.
"Boleh pinjam kalau awak nak."
Ujarnya.
Hyun Mi tersenyum. Dia menggeleng perlahan. Sebenarnya dia juga mempunyai buku tersebut. Dia cuma hairan kerana lelaki itu mempunyai minat yang sama dengannya. Jarang dia berjumpa dengan lelaki yang mengambil tahu soal horoskop dan juga zodiak. 
"Kenapa tak nak? Kalau berminat, pinjamlah. Saya tak kisah."
Tambahnya lagi.
Tergelak kecil Hyun Mi dengan kesungguhan Sung Gyu untuk meminjamkannya. 
"Tak apa, saya dah ada buku yang sama macam ni."
Balas Hyun Mi.
Sung Gyu mengangguk-angguk. Malu juga dirinya kerana memaksa Hyun Mi untuk meminjam buku tersebut. Dia cuma ingin memancing topik perbualan sahaja. Teringin benar dia bertanya khabar Hyun Mi tetapi perempuan itu seakan-akan tidak mengenalinya. Mungkin Hyun Mi tidak mengingati wajahnya. Bagi Sung Gyu pula wajah itu tidak mungkin dia lupakan. Wajah pertama yang menggerakkan hati naluri lelakinya. Sudah berpunyakah dia? Ingin saja soalan itu dilontarkan. Sung Gyu mencari-cari soalan untuk ditanya.
"Lama lagi ke?"
Tanya Hyun Mi.
Terkejut Sung Gyu dibuatnya. Hyun Mi terlebih dahulu bertanya sebelum dia mengajukan soalan.
"Sikit lagi. Tadi saya ingat awak tak jadi datang. Saya pun tinggalkan separuh jalan. Sekejap ya, sikit lagi ni."
Jawab Sung Gyu.
Hyun Mi mula meliarkan pandangannya sekitar kawasan bilik itu. Kemas dan rapi. Dihatinya terdetik rasa kagum dengan lelaki di hadapannya. Awalnya tadi, disangka Kim Sung Gyu pasti telah berumur. Jarang dia berjumpa anak muda yang berminat dengan kerja seperti ini. Mengkaji bahan-bahan antik dan khazanah peninggalan negara. 
"Err...Hyun Mi-ssi..."
Panggil Sung Gyu.
Matanya masih lagi tertancap pada skrin komputer di hadapannya. Dia cuba untuk bertanya sesuatu tapi masih teragak-agak.
"Ya, ada apa-apa ke?"
Tanya Hyun Mi.
"Eh, tidak. Bukan pasal ni. Sikit je lagi ni. Ermm awak kawan Won Bin kan? Masih bersama ke?"
Dia mula memancing ayat.
"Macam mana awak tahu saya kawan Won Bin?"
Bulat mata Hyun Mi ketika itu.
Lama sudah lelaki itu tidak menghubunginya. Sibuk berulang ke Jepun. Sifat ingin tahu Hyun Mi mendalam pula. Tiba-tiba sahaja Sung Gyu bertanyakannya soal dia dan juga Won Bin sedangkan hubungan mereka telah lama tamat. Bertahun lamanya hubungan itu tidak pernah menjadi pertanyaan. 
"Saya kenal Won Bin tu juga. Kami satu team dulu."
Balas Sung Gyu.
Tidak mungkin untuknya mengungkit kembali tentang dirinya meluahkan perasaan terhadap perempuan itu satu ketika dahulu. Malu juga jika Hyun Mi tidak mengingatinya. 
"Macam mana dia sekarang ya?"
Sung Gyu pura-pura bertanya.
"Dia sibuk. Rasanya di Jepun kot. Kami dah tak ada apa-apa. Hubungan kami tak panjang. But we still keep in contact each other. Biasalah berkawan."
Jelas Hyun Mi.
Hati Sung Gyu menjerit semahunya. Bermakna dia masih mempunyai harapan. Tidak sia-sia kepulangannya ke Seoul kali ini. Setelah hampir empat tahun dia berada di Australia, bapanya pula mengarahkan dia agar pulang untuk mengambil alih muzium itu. Nampaknya kepulangan itu memberikan dirinya peluang untuk merebut hati Hyun Mi. 
Dia pernah kecewa suatu ketika dahulu semasa kotak muzik yang dihadiahkan pada Hyun Mi dipulangkan kembali. Walaupun telah didesak, Hyun Mi tetap tidak mahu mengambilnya. Alasannya mereka tidak berkenalan. Sehingga kini Sung Gyu masih menyimpan kotak muzik tersebut. Kehampaannya mungkin akan terubat tidak lama lagi.
"Okay done. Tinggal print je ni. Mesti saya banyak ambil waktu awak hari ini kan."
Ujar Sung Gyu.
Dia bingkas bangun lalu mengambil kertas yang telah dicetak pada mesin pencetak. Kertas itu dihulurnya pada Hyun Mi selepas kembali menghenyakkan punggungnya pada kerusi empuk itu.
"Macam mana? Okay tak? Ke ada maklumat yang tak cukup?"
Tanya Sung Gyu.
Memang telah menjadi tugas Hyun Mi untuk mendapatkan maklumat dan butiran yang lengkap tentang barangan antik mahupun apa-apa jenis khazanah negara yang akan dipamerkan. Sudah hampir tiga tahun dia memberikan komitmen sepenuhnya terhadap tugasnya itu. Lazimnya dia akan berjumpa dengan golongan separuh abad ataupun tiga puluhan apabila menyentuh hal-hal seperti ini. Buat kali pertamanya Hyun Mi bertemu dengan pemilik muzium yang lebih kurang sama dengan usianya.
Kertas yang dihulur Sung Gyu diselak satu persatu sebelum dimasukkan ke dalam fail yang dibawa bersamanya. Cukup lengkap segala butiran itu. 
"Lengkap dah ni. Kamsahamnida."
Sahut Hyun Mi.
Malas untuk berbasa-basi, Hyun Mi bangun dan meminta diri untuk pulang. Sung Gyu berura-ura untuk mengajaknya ke kafe dahulu tetapi hajatnya tidak disuarakan. Masih teragak-agak untuk mengajak Hyun Mi. Dilihatnya Hyun Mi berjalan menuju ke pintu.
"Hyun Mi-ssi."
Panggilnya.
"Nae?"
Hyun Mi menoleh.
"Kereta awak tadi bukan awak kata rosak ke?"
Tanya Sung Gyu.
Akalnya panjang memikirkan soalan yang lebih logik untuk ditanya. Lantas dia bangun menuju ke arah Hyun Mi. Bolehlah dia mempelawa untuk menghantarnya pulang. Pasti ianya lebih logik. Sung Gyu masih berkira-kira.
"Oh, ya. Kereta saya rosak. Tapi saya dah suruh orang workshop datang ambil tadi. Kenapa?"
Hyun Mi pula bertanya.
"Tak ada apa. Saja bertanya. Awak nak menghala ke mana? Saya pun nak keluar ni."
Dalih Sung Gyu.
"Saya nak balik ke pejabat la. Di Myeong-dong."
Jawab Hyun Mi.
"Kebetulan saya pun akan lalu jalan yang sama. Bolehlah saya hantarkan sekali."
Sung Gyu mencuba nasib.
"Ehh tak perlu susahkan diri. Saya boleh naik cab je."
Hyun Mi menolak.
"Waktu macam ni susah nak dapatkan cab. Lagipun saya memang akan lalu situ. Marilah."
Bersungguh dia mengajak Hyun Mi.
Akhirnya Hyun Mi mengalah. Dia mengangguk dan bersetuju untuk menumpang kereta Sung Gyu. Segaris senyuman terukir lebar pada wajah Sung Gyu. Matanya yang sepet itu turut tersenyum dan hampir menghilang dari pandangan. Hyun Mi terasa lucu hati melihat mata Sung Gyu yang semakin lenyap dimakan senyuman. 

********

10 Februari 2015
12:32 PM
Sudah masuk kali ke lima dia menghubungi Jong Hoon tetapi masih tidak berjawab. Hyun Mi mendengus. Geram apabila Jong Hoon tidak mengangkat panggilannya. Dia cuma mahu mengingatkan teman lelakinya tentang majlis ulangtahun perkahwinan Sae Ra pada malam nanti. Dicubanya sekali lagi. Akhirnya berjawab.
"Yeobeseyo, Hyun Mi-ahh. Mianhae."
Suara Jong Hoon kedengaran manja di hujung talian.
"Mian mian mian. Saya dah call banyak kali tahu tak. Penat saya asyik mendail je."
Marah Hyun Mi.
"Alaaaaa sayang. Janganlah marah-marah. Saya tengah recording ni. Sebab tu tak dengar bunyi telefon tadi. Jangan marah ya."
Pujuk Jong Hoon.
"Yalah tu. Malam ni jangan lupa tau. Sae Ra punya majlis. Lapan malam tepat mesti dah kena ada kat sana. Awak datang awal sikit. Jangan lambat."
Hyun Mi mengingatkannya.
"Kena pergi juga ke? Kalau saya tak pergi tak boleh?"
Tanya Jong Hoon.
"Andwae! Kena pergi juga. Saya tak kira. Awak dah janji dah kan. Lagipun kereta saya rosak tu. Macam mana saya nak pergi. Awak ni Jong Hoon."
Hyun Mi bimbang sekiranya Jong Hoon memungkiri janji.
"Baiklah baiklah. Nanti saya ambil awak. Tunggu je okay sayang. Saranghaeyo."
Balas Jong Hoon.
"Nado saranghae. Jangan lambat lagi. Nanti kecil hati pula Sae Ra tu."
Ujar Hyun Mi.
"Nae arasseo."
Sahut Jong Hoon. 
Mereka berbual untuk seketika sebelum menamatkan panggilan. Memang Jong Hoon sedikit sibuk jika hendak dibandingkan dengan dahulu. Kalau dulu dia hanya sibuk sebagai ahli FT Island, kini dia turut sibuk dengan lakonan serta beberapa iklan komersial yang dibintanginya.

********

05:13 PM
Hyun Mi melangkah laju menuju ke perhentian teksi. Risau juga jika terlambat sampai ke rumah. Dia memerlukan masa untuk bersiap ke majlis itu nanti. Hampir lima belas minit masih belum ada teksi yang mahu menumpangkannya. Waktu begini memang agak susah untuk mendapatkan teksi. Ramai yang berpusu-pusu mahu pulang ke rumah dan sampai ke destinasi mereka. Mahu menaiki bas, malas pula untuk berjalan kaki sehingga ke apartmen miliknya. Dari perhentian bas ke apartmennya memerlukan masa lebih kurang dua puluh minit berjalan kaki. Kerana itu dia lebih sanggup untuk menaiki teksi.
"Hyun Mi-ssi, marilah saya hantarkan."
Suara Sung Gyu menampan gegendang telinganya.
Bila masa lelaki itu muncul pun dia tidak menyedarinya. Hyun Mi hanya menggeleng bagi menolak pelawaan lelaki tersebut. Dia tidak biasa menaiki kereta orang yang baru dikenalinya. Cukuplah sekadar sekali sahaja tempoh hari. Itupun pelbagai soalan yang perlu dijawabnya sepanjang perjalanan pulang ke pejabat. 
Tinn..Tinnn..
Bas di belakang kereta milik Sung Gyu membunyikan hon kerana tindakan Sung Gyu yang menghalang lalu lintas. 
"Cepat masuk. Kalau tak saya takkan bergerak."
Pinta Sung Gyu.
Lebih kepada arahan sebenarnya. Hyun Mi terpaksa mengalah. Tidak mahu kesesakan lalu lintas terjadi kerananya. Dia melangkah masuk ke dalam kereta Sung Gyu. Mata sepet lelaki itu turut tersenyum padanya. Lantas Sung Gyu menekan pedal dan memacu perjalanannya.
"Awak nak ke mana?"
Tanya Sung Gyu.
Jauh di sudut hatinya sangat gembira kerana dapat bertemu dengan Hyun Mi sekali lagi. Memang ianya secara kebetulan. Tetapi dia menganggapnya sebagai jodoh yang diatur oleh Tuhan untuknya. Pertemuan yang tak mungkin dia sia-siakan.
"Oh, nak balik rumah la. Awak tahu ke kat mana rumah saya?"
Balas Hyun Mi.
"Kalau awak tak bagi tahu, macam mana saya nak tahu."
Jawab Sung Gyu.
Tertawa kecil Hyun Mi mendengarnya. Akhirnya wajah perempuan itu menguntumkan senyuman. Senyuman yang mampu mengusik hati naluri lelaki Sung Gyu. Sesekali dia menjeling pada Hyun Mi yang berada di sebelahnya. Ingin saja dia menyampaikan suara hatinya tapi bimbang pula jika ditolak sekali lagi. Mungkin dia patut memberitahu Hyun Mi bahawa dia adalah lelaki yang sama yang pernah meluahkan perasaan kepadanya beberapa tahun yang lalu. Masakan dia boleh melupakannya sedangkan Sung Gyu tidak pernah melupakan Hyun Mi. 

********

14 Februari 2015
04:07 PM
Hyun Mi berlari menuju ke kaunter hospital. Sung Gyu mengikut langkahnya. Terkejut juga Sung Gyu mendengar bahawa Jong Hoon kini berada di hospital. Padanlah Hyun Mi tadi hampir pengsan ketika menjawab panggilan telefon. Puncanya tidak pula Hyun Mi beritahu. Hyun Mi yang tidak mampu berfikir perlu ditenangkan, lalu dia terus membawa Hyun Mi ke situ.
"Choi Jong Hoon. Choi Jong Hoon."
Hyun Mi hanya mampu menyebut nama Jong Hoon sahaja.
"Tunggu sebentar."
Balas jururawat yang bertugas itu.
Wajah Hyun Mi telah dipenuhi hujan air mata. Sung Gyu hanya mampu menenangkannya sahaja. Dia memeluk bahu Hyun Mi dan menepuknya perlahan.
"Bilik 116. Pesakit masih belum sedarkan diri."
Hampir gugur jantung Hyun Mi mendengar ayat yang keluar dari mulut jururawat itu.
"Andwae..Andwae..Jong Hoon.."
Tutur Hyun Mi perlahan. 
Dia berjalan lemah menuju ke bilik yang dinyatakan. Tangannya berpaut pada pemegang yang disediakan khas untuk pesakit. Kini dia juga merupakan seorang pesakit. Dia telah kehilangan jiwanya. Nyawanya juga hampir terbang setelah mendengar Jong Hoon berada di hospital. Sung Gyu pula masih berada di kaunter bertanyakan sesuatu pada jururawat yang bertugas.
"Kenapa Jong Hoon masuk hospital? Did he not feeling well or any else that makes her crying heavily like that?"
Tanya Sung Gyu.
"Dia tak bagitahu ke? He tried to beat the red light then a lorry passed by him. Mungkin dia tak perasan lampu tu merah. Maybe."
Balas jururawat itu.
Sung Gyu mengangguk-angguk. Mungkin Jong Hoon ingin cepat bertemu dengan Hyun Mi barangkali. Kasihan pula dia melihat Hyun Mi yang seperti kehilangan semangat itu.

********

06:27 PM
Air mata Hyun Mi telah pun kering setelah hampir satu jam dia menangis. Sung Gyu setia menemaninya di sisi. Jong Hoon masih tidak sedarkan diri. Hyun Mi cuba menghubungi ibu Jong Hoon tetapi tidak berjaya. Orang tua Jong Hoon telah lama berpindah ke London kerana urusan perniagaan ayahnya berkehendakkan sedemikian. Pengurus Jong Hoon juga telah dihubungi. Ahli FT Island yang lain dalam perjalanan ke situ bersama pengurus mereka. 
Hyun Mi menggenggam erat tangan Jong Hoon yang masih dalam keadaan tidak sedar itu. Ingin sahaja dia memaksa lelaki itu bangun dari katil tersebut. Dia masih tidak percaya Jong Hoon kini terbaring tidak sedarkan diri di hadapannya. 
"Hoonie-ahh, bangun la."
Gesa Hyun Mi.
Dia cuba menggerakkan tangan Jong Hoon. Harapannya supaya lelaki itu bangun semula. Walaupun hakikatnya dia tahu Jong Hoon tidak akan bangun. Kata-kata doktor sebentar tadi masih lagi segar di ingatannya.
"Kami tak mampu buat apa-apa setakat ni. Kecederaan pada bahagian kepalanya sangat teruk. Kemungkinan untuk dia sedar semula adalah sebanyak 30%. Tetapi jangan risau. Bantuan mesin mampu membuatkan dia bertahan. Dia kehilangan banyak darah. Mujur dia cepat dibawa ke sini. Jikalau tidak, saya pun tak tahu apa akan terjadi. Sekarang, semuanya bergantung pada dirinya sendiri sama ada mahu hidup ataupun tidak. Kita cuma boleh tunggu sekiranya keajaiban berlaku."
Kata-kata doktor yang merawat Jong Hoon memberikan tekanan padanya.
Air matanya tumpah semula. Dia tidak tahu apa akan terjadi pada dirinya jika Jong Hoon meninggalkannya begitu sahaja. Hampir sepuluh tahun dia mencintai lelaki itu. Hidupnya pasti akan kosong tanpa Jong Hoon. Dia tidak mampu memikirkan kehidupannya tanpa Jong Hoon. Digoyangkannya pula tubuh lelaki itu.
"Bangun..Bangunlah. Hoonie-ahh, jangan buat saya mcam ni. Awak tak boleh tinggalkan saya. Andwae!"
Jerit Hyun Mi.
Cepat Sung Gyu menahan perbuatan Hyun Mi. 
"Hyun Mi, sabar. Jangan macam ni. Sabar ya."
Sung Gyu cuba menenangkannya.

********

13 Februari 2015
09:00 AM
Pagi-pagi lagi Hyun Mi telah dikejutkan dengan satu bungkusan hadiah di atas meja kerjanya. Bukan dia saja, malahan seluruh teman sepejabatnya juga tertanya-tanya siapakah pengirim hadiah tersebut. Hyun Mi membuka perlahan bungkusan tersebut. Terkejut benar dia melihat satu kotak muzik yang sama pernah dilihatnya lapan tahun yang lalu. Sekeping kad yang diselitkan itu dibacanya.
Jang Hyun Mi,
Happy Becoming Valentine's Day. Now had you recognized me well? Sorry sebab tak berterus terang. Masa awak cakap yang awak dah tiada apa-apa hubungan dengan Won Bin, I thought I will be the next for you but I'm afraid I was wrong. By the way, hope I'm the first one wishing you. Saya sentiasa ada untuk awak.
Kim Sung Gyu
Pantas dia menepuk dahinya. Bagaimanalah dia boleh terlupa akan lelaki itu. Lelaki kedua yang meluahkan perasaan kepadanya selepas Won Bin. Padanlah beria-ia benar dia berharap agar Hyun Mi mengingatinya ketika di majlis ulangtahun perkahwinan tempoh hari. Susuk tubuh serta gaya rambutnya yang telah berubah meyukarkan Hyun Mi untuk mengingatinya. Hanya sepasang mata dan senyuman itu sahaja yang tidak berubah.
"Jang Hyun Mi-ssi?"
Suara seorang lelaki mengusik pendengarannya.
Dia menoleh ke arah pintu utama ruangan kerjanya. Seorang lelaki yang tidak dikenali berdiri memegang sejambak bunga mawar berwarna merah hati. Segera Hyun Mi bangun menuju ke arah lelaki itu.
"Ya, saya."
Sahut Hyun Mi.
"Ni untuk awak. Ada orang suruh saya hantarkan. Dia tunggu di bawah."
Ucap lelaki itu. 
Jambangan bunga bertukar tangan. Hyun Mi berkira-kira siapa pula yang memberinya bunga tersebut. Jong Hoon barangkali. Dia mengira kuntuman bunga itu. Terlalu banyak untuk dikira. 99 kuntum mungkin. Dia menduga. Kakinya mengatur langkah mencari-cari kelibat Jong Hoon. Tidak pula ditemuinya.
"Hyun Mi-ssi!"
Pantas Hyun Mi menoleh ke arah suara itu.
Kelihatan Sung Gyu melambai-lambai padanya. Senyuman pada wajah Hyun Mi segara surut. Sangkaannya meleset. Bukan Jong Hoon yang mengirimkan bunga tersebut. Dia berjalan ke arah Sung Gyu.
"Dah ingat siapa saya?"
Tanya Sung Gyu.
Hyun Mi sekadar mengangguk.
"Nah ambil balik bunga awak. Saya tak nak."
Ujar Hyun Mi.
Dia tidak mahu Sung Gyu salah faham. Bukan dia tidak mahu menerimanya, cuma dia tidak mencintai lelaki itu. Dia tidak mahu memberikan harapan palsu kepada lelaki yang di hadapannya itu.
"No no no. You shouldn't give me back. Saya bagi ikhlas untuk awak. Jom teman saya pergi minum."
Pelawa Sung Gyu.
Hyun Mi mula berasa kurang senang dengannya.
"Saya baru masuk kerja. Lain kali la ya."
Balas Hyun Mi lalu berlalu pergi.
Sikap Hyun Mi yang dingin itu membuatkan Sung Gyu sedikit terkilan. 

05:03 PM
Jam tangan yang terlilit pada pergelangan tangan dijeling. Sudah tamat waktu bekerja. Hyun Mi mencapai beg tangannya lalu membawa sekali kotak muzik yang dihadiahkan Sung Gyu. Tangannya kini penuh dengan jambangan bunga dan juga kotak muzik. Mana hendak dibawa fail-failnya pula. Dia mengeluh kecil. Tidak mungkin dia mampu menaiki teksi dengan barang yang sebegitu banyak. Jong Hoon pula memberikan alasan yang penggambarannya tamat pukul lima dan mungkin tidak sempat untuk mengambilnya.
Hyun Mi terpaksa menggagahkan dirinya berjalan ke perhentian teksi dengan membawa barang yang banyak itu. Tidak sampai lima minit, kereta Sung Gyu berhenti di depannya. Lelaki itu keluar dari kereta untuk mengambil barang pada tangan Hyun Mi. Hatinya berbaur riang melihatkan pemberiannya masih berada bersama Hyun Mi.
"Eh, awak nak buat apa ni?"
Tanya Hyun Mi.
"Tolong awaklah. Banyak sangat barang awak ni. Mari saya hantarkan."
Pinta Sung Gyu.
"Awak yang buat saya jadi macam ni. Nah ambil balik barang-barang awak ni."
Balas Hyun Mi.
Mereka mula bermain tarik tali pula setelah kedua-duanya enggan mengambil barang tersebut. Dalam masa yang sama kelihatan Jong Hoon menghampiri Hyun Mi. 
"What the heck the both of you're doing right now?!"
Tanya Jong Hoon.
Nadanya sedikit tinggi tidak senang melihat sejambak bunga yang menjadi perkelahian mereka. Dia mengambil bunga dan juga kotak tersebut. Wajahnya sedikit berkerut membaca kad yang telah Hyun Mi selitkan pada jambangan bunga itu.
"Yah Sung Gyu sunbae! Apa ni? Now you're trying to stole my girl away from me?"
Tanya Jong Hoon.
Hyun Mi hanya kaku melihat Jong Hoon. Sung Gyu pula dirundum rasa bersalah. Dia langsung tidak menyangka bahawa Hyun Mi benar-benar mempunyai hubungan yang serius dengan Jong Hoon.
"No, I'm not. Just trying my luck. Tak tahu pula aku yang kau dengan dia ada apa-apa."
Balas Sung Gyu.
"Dare to try me first if you want it."
Ugut Jong Hoon.
Kelelakiannya terasa dicabar. Dia tidak mahu Hyun Mi lepas dari genggamannya. 
"Sure I will. Kau layan dia tak macam kau layan seorang kekasih. Bila-bila masa dia boleh pergi pada orang lain jika dia nak."
Jawapan Sung Gyu membakar kesabaran Jong Hoon.
Hyun Mi masih lagi kaku melihat kedua-dua mereka bertegang lidah. Jong Hoon menanggalkan cermin mata hitam berbingkai besar. Hyun Mi dapat melihat api kemarahan Jong Hoon melaluinya.
"Tak mungkin akan terjadi. Kau tunggu dalam mimpi pun tak mungkin jadi."
Ucap Jong Hoon tidak mampu bersabar.
"Kau terlalu yakin Jong Hoon."
Sung Gyu memperkecilkannya.
"Aku sentiasa yakin padanya, kerana aku tahu cinta dia hanya untuk aku, hanya milik aku. Aku yakin dan pasti."
Jong Hoon cukup yakin dengan jawapannya.
Hyun Mi yang tidak mampu bersabar menarik Jong Hoon kembali ke keretanya. Dia tidak mahu kedua-dua mereka bergaduh hanya kerana dirinya. Jong Hoon melepaskan kemarahan dengan menghempas pintu kereta. Hyun Mi terduduk senyap di tempat duduk penumpang bersebelahan Jong Hoon.
"Do explain me what the real things happened! I need some explanation right now!"
Bentak Jong Hoon.
Hyun Mi terkedu. Tidak pernah dia dimarah sebegitu sekali. Langsung tidak terlintas di hatinya untuk menduakan Jong Hoon apatah lagi mencintai lelaki lain. Air matanya mengalir laju secara tiba-tiba. Jong Hoon yang tadi memerlukan penjelasan memulakan pemanduannya. Dia sedar perbuatannya agak melampau. Kemarahannya terbit secara tiba-tiba apabila melihat Sung Gyu cuba merampas Hyun Mi daripadanya. 
"Mianhae. Saya tak patut marah awak."
Ucap Jong Hoon.
Dia kesal atas perbuatannya memarahi Hyun Mi. Cuma dia tidak mampu mengawal emosinya lantaran kepenatan dengan schedulenya yang padat sedari pagi. Sebelah tangannya cuba mengesat air mata Hyun Mi. Pantas tangan itu ditepisnya.
"Jangan pegang saya. Saya benci awak."
Luah Hyun Mi.
Pandangannya dihamparkan pada pemandangan di luar. Menyaksikan hutan konkrit yang memenuhi ruangan tepi jalan. Hatinya cukup sedih apabila dirinya turut dimarahi. Kekecewaannya masih belum surut kini ditambah pula dengan yang baru. 
"Sayang, saya tahu saya salah. Mianhaeyo. Saya janji tak marah lagi lepas ni. Saya cuma takut kehilangan awak. Please, forgive me. I'm begging you. Please."
Rayu Jong Hoon.
Hyun Mi hanya mendiamkan diri. Tidak mungkin untuknya memaafkan Jong Hoon semudah itu. Kata Sung Gyu ada benarnya. Dia mahu status hubungannya diketahui ramai. Tidak tahan lagi dirinya bercinta secara sembunyi seperti itu. Hendak keluar bersama pun perlu memikirkan keadaan sekeliling. Adakalanya Hyun Mi terpaksa ditinggalkan kerana Jong Hoon diserbu peminat. Hyun Mi sudah letih menghadapi semua itu. Dia benar-benar ingin dilayan sebagai seorang kekasih. 
Jong Hoon mengangkat beg serta beberapa fail Hyun Mi dan membawanya naik ke rumah Hyun Mi. Apartmen Hyun Mi terletak di kawasan perumahan elit dan persekitarannya agak lengang. Ia memudahkan Jong Hoon untuk ulang-alik ke situ kerana pihak media belum pernah mengejarnya sehingga ke situ. Hyun Mi merebahkan tubuhnya ke atas sofa panjang di ruang tamu rumahnya itu. Air matanya masih lagi tersisa. 
"Nak saya buatkan air tak, sayang?"
Tanya Jong Hoon.
Dia cuba memujuk Hyun Mi. Malangnya, Hyun Mi masih lagi diam seribu bahasa. Tanpa menunggu jawapan, Jong Hoon segera membancuh dua cawan kopi untuk dirinya dan juga Hyun Mi. Dibawanya cawan yang telah berisi kopi tersebut dan diletakkan di atas meja di hadapan Hyun Mi. Aroma bau kopi tersebut menusuk hidung Hyun Mi. Dia masih lagi mengeraskan hatinya. Secawan kopi tidak mungkin mampu mengalahkan kekerasan hatinya.
"Minumlah kopi tu, sayang."
Pelawa Jong Hoon
Perkataan sayang sengaja disebut supaya hati Hyun Mi luluh mendengarnya. Dia mencapai alat kawalan jauh televisyen di atas meja itu. Kopi yang dipegang disuakan pada mulutnya. Sengaja dia membuatkan rupa seolah-olah sedang menikmati kopi tersebut. Hyun Mi hanya melihat dari pembaringannya. Dia tidak mungkin mengalah secepat itu.
"Sayang, please. Janganlah macam ni. Maafkan saya ya."
Jong Hoon merayu sekali lagi.
"I'll not forgive you for nothing."
Balas Hyun Mi.
Jong Hoon lega. Sekurang-kurangnya Hyun Mi bersuara. Hyun Mi pula memandang Jong Hoon dan berkira-kira untuk memberitahu permintaannya untuk memaafkan Jong Hoon.
"Apa yang saya kena buat untuk dapatkan kemaafan awak? I'll do everything for you, sayang."
Ucap Jong Hoon.
"Really? Did you really mean everything?"
Hyun Mi mendapatkan kepastian.
"Yes, surely for you. Segala-galanya untuk sayang."
Sahut Jong Hoon.
Hyun Mi mula melebarkan senyumannya. Dia benar-benar mahu permintaannya yang satu ini ditunaikan. Segera dia bangun untuk duduk. 
"Do publish our relationship status to public please. Awak memang maksudkan segala-galanya kan."
Pinta Hyun Mi.
Terpempan seketika Jong Hoon mendengar permintaan Hyun Mi. Bukan dia tidak mahu mengumumkannya, tetapi masa depan yang sedang dibinanya pasti musnah. Dia tidak mahu kariernya terganggu hanya kerana hubungan mereka disebarkan.
"Seriously not that thing. Tak mungkin la!"
Jong Hoon menolak permintaannya.
Bingkas Hyun Mi berdiri lalu meninggalkan Jong Hoon. Dia berlalu untuk ke bilik tidurnya. Geram permintaannya ditolak.
"I really hate you, Choi Jong Hoon! Forever and ever!"
Jerit Hyun Mi.
Pintu bilik ditutupnya sekuat hati. Jong Hoon tersenyum mendengar perkataan benci itu. Dia tahu hati Hyun Mi menidakkannya. Dia masih belum bersedia untuk mengumumkan hubungan mereka. Bukan dia tidak merancang. Tetapi biarlah dia mengaturnya terlebih dahulu.

********

14 Februari 2015
11:37 PM
Hyun Mi terlena di sisi Jong Hoon tanpa disedarinya. Matanya terasa sedikit bengkak akibat terlalu banyak menangis. Sudah dua hari berturut-turut dia menangis kerana Jong Hoon. Sedikit sebanyak dia terasa bersalah terhadap Jong Hoon akan perbuatannya merajuk semalam. Selimut pada badan Jong Hoon ditariknya sehingga menutupi paras dada. Dia mengucup wajah lelaki itu. 
"Mianhaeyo, Hoonie-ahh."
Ucap Hyun Mi. 
Dia tahu sudah terlambat untuk meminta maaf. Segalanya telah pun terjadi. Mungkin kerana pesanan ringkas yang dihantarnya pagi tadi menyebabkan Jong Hoon terbaring kaku di atas katil itu. Dia benar-benar menyesal kerana berkeras hati. 
"Noona, nak saya tolong hantar balik ke?"
Suara Jae Jin menampan pendengarannya.
Hyun Mi menoleh ke arah suara itu. Dia tidak perasan kehadiran Jae Jin dan juga Min Hwan. Sung Gyu pula telah tiada. Mungkin telah pulang barangkali. Dia hanya menduga. Perlahan dia menggeleng.
"Tak apa, noona nak tunggu sampai Jong Hoon sedar."
Balas Hyun Mi lemah. 
Sebak hati Jae Jin melihat Hyun Mi sebegitu. Pagi tadi Jong Hoon bukan main gembira menceritakan kejutan yang ingin diberi kepada Hyun Mi padanya. Katanya dia ingin membawa Hyun Mi ke makan malam romantik sebelum mereka ke Sungai Han. Malahan Jong Hoon juga telah menyiapkan satu balang berisi gulungan kertas-kertas kecil yang berwarna-warni. Tidak disangka pula begini jadinya.
Jae Jin tiba-tiba teringat akan pesanan Jong Hoon padanya tengah hari tadi sebelum dia keluar dari dorm mereka. Jong Hoon menasihatinya agar menghargai cinta sebelum cinta itu hilang. Pelik juga Jae Jin mendengarnya. Tidak pernah hyung yang seorang itu berkata seperti itu padanya. Dia menghampiri Hyun Mi yang terlentok pada katil Jong Hoon.
"Noona, sabar ya. Kita cuma mampu berdoa untuk hyung sedar semula."
Ujar Jae Jin.
Hyun Mi sekadar menyepikan diri. Dia yakin semua ini terjadi adalah kerana dirinya sendiri. Jae Jin sempat memandang satu bungkusan plastik di sisi Hyun Mi. Dia menggapai bungkusan tersebut. Segala barangan yang ada bersama Jong Hoon ketika kemalangan berlaku disatukan di situ. Balang berisi gulungan kertas itu dikeluarkannya.
"Noona, ni barang hyung kan?"
Tanya Jae Jin. 
Hyun Mi menoleh padanya lalu mengangguk lemah. Dia tidak bersemangat untuk melihat bungkusan tersebut semenjak jururawat menyerahkan padanya tadi. Dia lebih merisaukan Jong Hoon. Jae Jin pula lebih berminat terhadap barang-barang itu berbanding dirinya. Balang itu dihulurkan pada Hyun Mi. Dengan lemah, Hyun Mi menyambutnya.
"Untuk apa ni?"
Tanya Hyun Mi.
"Tu, hyung yang buat. Untuk noona."
Ucap Jae Jin.
Balang jernih sebesar tin susu itu direnungnya. Ada pesanan tersemat pada penutup balang itu.
'Only one piece per day.'
Diperhatikan pula kandungan balang itu. Terdapat pelbagai gulungan kertas berwarna-warni di dalamnya. Cepat dia membuka penutup balang tersebut. Jae Jin menggosok belakang badannya sekadar untuk menyabarkan Hyun Mi. Tetapi ternyata Hyun Mi tidak mampu untuk bersabar. Dia ingin tahu apa yang tertulis pada segala gulungan kertas itu. Diambilnya segulung kertas lalu dibaca. Lantas air matanya tumpah saat membaca ayat yang tertulis pada kertas itu.
'Saat yang paling membahagiakan saya adalah ketika melihat senyuman awak'
Dicapainya pula gulungan seterusnya,
'Kesedihan saya pada ketika air mata awak mengalir'
Makin laju air matanya membasahi pipi. Jae Jin menghulurkan sekotak tisu padanya. Dia tahu, Hyun Mi tidak mampu ditenangkan. Gulungan ketiga kini diambil.
'Berapa gulung dah ni? Jangan main tipu ya sayang'
Tangisannya kini hampir kedengaran. Dia tidak berniat untuk menipu. Tapi mungkin hanya gulungan kertas itu sahaja yang tinggal untuknya kini.

********

11:55 AM
Kertas yang telah digulung itu dikutip lalu dimasukkan ke dalam balang di hadapannya. Jong Hoon tersenyum puas. Cukup 99 gulungan kertas telah ditulisnya. Dia berharap hadiah tersebut akan menjadi satu hadiah yang bermakna buat Hyun Mi. Dia nekad. Genap 99 hari, dia akan mengumumkan hubungan mereka seperti mana yang Hyun Mi kehendakkan selama ini. Dia tidak sanggup lagi melihat air mata Hyun Mi setiap hari. 
"Hyung, buat apa tu?"
Tanya Seung Hyun.
Jae Jin yang turut bersama Seung Hyun juga berasa ingin tahu apabila melihat Jong Hoon menyiapkan sesuatu di hari kekasih. 
"Something special untuk Hyun Mi noona ke?"
Duga Jae Jin.
Jong Hoon menyuakan balang yang telah diisikan dengan gulungan kertas itu pada mereka. Wajahnya tidak lekang dengan senyuman. Dia turut menceritakan segala rancangan yang telah disiapkan untuk bersama Hyun Mi sebentar lagi. Dia benar-benar menginginkannya sempurna.
Telefon bimbit Jong Hoon bergetar menandakan satu pesanan ringkas diterima. Cepat dia memicit skrin telefonnya itu untuk membaca pesanan.
'Don't be late again for today or I'll never forgive you forever and ever.'
Tersenyum dia membaca pesanan ringkas yang dihantar Hyun Mi. Sekurang-kurangnya dia tahu buah hatinya itu tidaklah benar-benar merajuk. Semasa dia menghantar Hyun Mi ke pejabatnya pagi tadi, wajah Hyun Mi langsung tidak mengukirkan senyuman. Bimbang juga dia jika Hyun Mi benar-benar merajuk. Dia yakin Hyun Mi telah membaca kad ucapan yang dimasukkan ke dalam begnya pagi tadi. 
"Dah kenapa senyum seorang-seorang ni hyung?"
Tanya Jae Jin.
"Hahaaa. Tak ada apa-apa. Cuma tak tahan nak gelak je."
Dalih Jong Hoon.
Hatinya cukup berbunga apabila memikirkan segala rancangan yang diatur untuk bersama Hyun Mi. Dia ingin segera bersiap untuk menjemput Hyun Mi. Tidak mahu lagi dia membuat Hyun Mi ternanti-nanti.

*******

21 Februari 2015
05:43 PM
Pulang sahaja dari pejabat, Hyun Mi segera ke hospital untuk melawat Jong Hoon. Hampir setiap hari dia menantikan panggilan telefon sekiranya Jong Hoon telah sedarkan diri. Tetapi ianya tidak pernah berlaku. Media pula kecoh menyiarkan berita mengenai Jong Hoon. Sehari dua pasti mereka akan mendiamkan diri. Dikucupnya kening Jong Hoon setibanya di bilik itu. Biarlah lelaki itu tidak bangun, dia tetap akan mencintainya. Ya, dia tulus mencintai lelaki itu. 
"Jong Hoon, saya dah balik kerja ni. Awak macam mana hari ini? Sihat tak?"
Tanya Hyun Mi.
Setiap hari dia akan berbual dengan Jong Hoon meskipun dia tahu Jong Hoon tidak mungkin akan membalas setiap pertanyaanya. Tiba-tiba dia merasakan seseorang menyentuh bahunya. Segera dia menoleh. Sung Gyu rupanya. 
"Kenapa? Ada apa awak ke sini?"
Hyun Mi ingin tahu.
"Saya kebetulan lalu sini, jadi singgah sekejap. Tak tahu pula awak ada di sini."
Bohong Sung Gyu. 
Sebenarnya dia terlihat kereta Hyun Mi menghala ke arah hospital lalu dia cuba untuk mengekori Hyun Mi secara senyap. Hatinya merindui wajah perempuan itu. Kemungkinan untuk Jong Hoon sedar semula amat tipis. Walaupun kedengaran seperti mementingkan diri, dia tetap ingin mencuba untuk mengambil Hyun Mi daripada Jong Hoon.
"Oh, duduklah."
Jemput Hyun Mi.
"Tak apa, saya ada benda nak cakap dengan awak. Jom cakap di luar."
Ajak Sung Gyu.
Hyun Mi mengangguk akur. Dia mengikuti Sung Gyu keluar daripada bilik tersebut.
"Hyun Mi, saya tahu awak letih. Awak perlukan rehat. Siang, awak dah penat bekerja. Malam pula awak ke sini. Saya harap awak tak tolak permintaan saya."
Pinta Sung Gyu.
Hyun Mi tertanya-tanya.
"Apa dia? Cakaplah."
Balas Hyun Mi.
"Saya nak awak rehatkan minda awak. Minggu depan saya akan bawa awak ke satu tempat yang boleh merehatkan fikiran awak. Harap awak tak tolak."
Sung Gyu penuh mengharap.
"Saya tak nak tinggalkan Jong Hoon."
Jawab Hyun Mi.
"Kita akan pergi sehari sahaja. Saya janji sebelum malam pasti kita dah balik."
Sung Gyu berjanji.
"Tengoklah nanti."
Ucap Hyun Mi.
"Hyun Mi, awak kena fikir untuk diri awak juga."
Gesa Sung Gyu.
"Baiklah baiklah."
Hyun Mi mengalah.
Dia malas mahu bertegang lidah dengan Sung Gyu. Sesungguhnya dia memang letih berulang-alik dari rumah, pejabat dan juga hospital. Kadang-kala dia tertidur di hospital kerana kepenatan. Dia kembali ke katil Jong Hoon. Balang di dalam begnya dicapai. Sekeping gulungan kertas diambil. Rutinnya setiap hari untuk membaca segulung kertas itu.
'Seven days without you making a perfect weak for me.'
Hyun Mi tersenyum membaca kata-kata itu. Mana pula idea yang datang untuk menggantikan perkataan week dengan weak pun tidak diketahuinya. Rambut lelaki itu dielus lembut. Dia merindukan Jong Hoon. Kehangatan pelukan lelaki itu amat dirinduinya. Dia hanya mampu menunggu keajaiban benar-benar berlaku.

********

01 Mac 2015
08:00 AM
Awal pagi lagi Sung Gyu telah menunggunya di bawah apartmen. Benar-benar mengikut masa. Hyun Mi melangkah masuk ke dalam kereta lelaki itu sejurus memberikan senyumannya. Sung Gyu turut tersenyum.
"Be sure before 6 pm. Ingat tau."
Hyun Mi mengingatkannya.
Telah lebih dua minggu Jong Hoon tidak sedarkan diri. Walaupun begitu, Hyun Mi tetap menjalani kehidupannya seperti biasa. Cuma masanya di rumah lebih kurang berbanding di hospital.
"Saya tahu janji saya. Sebelum pukul 6 saya akan terus hantar awak ke hospital."
Balas Sung Gyu.
Dia memandu keretanya menuju ke villa milik keluarganya jauh dari kawasan bandar. Lazimnya dia merehatkan mindanya di situ. Berdekatan dengan air terjun dan juga persekitaran yang menghijau. Lebih kurang satu jam setengah perjalanan, mereka sampai ke destinasi yang dituju.
"Okay dah sampai."
Ucap Sung Gyu.
Mata Hyun Mi diliarkan ke sekitar kawasan tersebut. Ligat bola matanya memerhatikan burung-burung yang terbang rendah berkicauan. Telinganya juga menangkap bunyi deruan air yang jatuh menghempas batu. Pastinya itu bunyi air terjun dari arah berdekatan. Dia cukup kagum melihat persekitaran villa tersebut.
"So what is your impression?"
Tanya Sung Gyu.
"Not bad. Bolehlah."
Balas Hyun Mi. 
Dalam hatinya memuji Sung Gyu kerana tahu bagaimana untuk merehatkan mindanya.
"Jom masuk."
Ajak Sung Gyu.
"Nantilah. Saya nak pusing-pusing sini."
Ucap Hyun Mi.
"Jangan sesat pula."
Sung Gyu mengingatkannya.
"Okay okay."
Sahut Hyun Mi.
Dia melangkah perlahan melihat burung-burung yang terbang rendah antara pepohonan rendang itu. Telinganya asyik mendengar kicauan burung. Kakinya kini telahpun berhenti di hadapan kawasan air terjun. Teringin benar dia merasa air di situ. Hyun Mi duduk di atas permukaan batu pada tebing air terjun itu. Kakinya dicelupkan ke dalam air. Dihayunnya kaki itu untuk bermain air. Dia senang berada di situ.
Lama Hyun Mi di situ sebelum Sung Gyu datang tiba-tiba memeluknya dari arah belakang. Jantungnya berdegup pantas. Cepat dia berdiri. 
"Saya terkejutkan awak ke?"
Tanya Sung Gyu selamba.
Hyun Mi terkedu. Tidak pernah dia diperlakukan sebegitu selain Jong Hoon. Dia ingin memarahi Sung Gyu tetapi wajahnya terasa hangat. Pipinya merona kemerahan. Sung Gyu cuba mendekatinya. Hyun Mi melangkah setapak dua ke belakang.
"Jangan."
Pendek saja ayat Hyun Mi.
"Kenapa? Saya tak berniat jahat pun."
Ujar Sung Gyu.
Mungkin ya mungkin tidak. Itu sahaja yang bermain di fikiran Hyun Mi. Apa saja boleh berlaku pada ketika ini. Tambahan lagi dia di tempat seperti ini. 
"Tak apalah kalau awak tak percayakan saya."
Ucap Sung Gyu.
Dia berpusing untuk kembali semula ke villanya. 
"I'm sorry. Sorry for having bad thinking of you."
Pinta Hyun Mi.
Sung Gyu menoleh kepadanya. Dia menggeleng sebelum meneruskan langkahnya. Hyun Mi terasa bersalah pula kerana berfikir yang bukan-bukan tentang Sung Gyu. Dia melangkah laju mengikuti Sung Gyu. Tangannya memaut lengan Sung Gyu. Langkah mereka terhenti.
"Awak merajuk ke dengan saya?"
Tanya Hyun Mi.
Dia memandang wajah Sung Gyu sedalamnya.
"Eh, tak adalah. Jom balik villa. Makanan dah sedia dah tu."
Balas Sung Gyu.
Mereka berdua meneruskan kembali langkah ke villa milik keluarga Sung Gyu itu. Makanan telah pun terhidang. Villa tersebut memang terdapat dua orang pekerja pasangan suami isteri. Sekurang-kurangnya ada yang menjaga villa itu. 
"Jemput makan tuan muda."
Pelawa wanita tua yang hampir separuh abad itu.
Sung Gyu mengangguk lalu menarik kerusi untuk mempelawa Hyun Mi duduk. Pipinya kembali hangat. Jong Hoon pun jarang sekali melakukan sebegitu untuknya. Sung Gyu kembali ke tempat duduknya lalu mencedokkan makanan ke dalam pinggan Hyun Mi. Sedikit-sebanyak perbuatan itu memang menyentuh naluri perempuannya.

********

07 Mac 2015
05:23 PM
Hyun Mi melangkah masuk ke bilik Jong Hoon sambil membawa sekotak kek untuk menyambut hari jadi Jong Hoon. Hong Ki turut berada di situ menemani Jong Hoon. Kek yang dibawa itu dikeluarkan lalu diletakkan di atas meja. Lagu hari jadi dinyanyikan sebelum lilin itu ditiup. Walaupun dalam keadaan tidak sedar, Hyun Mi tidak mahu Jong Hoon terlepas hari jadinya sendiri tahun ini.
"Saengil chukahae Hoonie-ahh."
Ucap Hyun Mi. 
Dia mengucup wajah lelaki itu melepas rasa rindunya. Hong Ki pula tidak sabar untuk menjamu kek di depan matanya. Sung Gyu yang berada di muka pintu melangkah masuk. 
"Dah lama sampai ke?"
Tanya Sung Gyu.
Hyun Mi hanya membalas dengan senyuman. Hong Ki dan juga yang lain telah kenal dengan Sung Gyu kerana hampir tiga empat kali juga dia datang melawat Jong Hoon. Hatinya sedikit cemburu apabila melihat Hyun Mi mengucup wajah lelaki itu. Mengapa lelaki yang terbaring kaku itu juga yang dicintainya. Sung Gyu telah berusaha sedaya upaya mengambil hati Hyun Mi tetapi masih tidak berjaya. Dia hanya mampu bersabar sahaja.

********

31 Mei 2015
09:45 AM
Sudah lebih tiga bulan Jong Hoon terbaring di hadapannya. Hyun Mi hampir berputus asa. Gulungan kertas juga telah habis dibacanya. Dia mencapai kertas di atas meja sisi itu,
'Setiap kali saya melukis bintang di langit, pastinya saya ingin melukis awak'
'Ingat tak lagu yang saya nyanyi ketika persembahan hari bakat di sekolah dahulu? Sebenarnya ia untuk awak'
'Andai kata saya ditakdirkan pergi dulu sebelum awak, saya mahu awak lepaskan saya dengan senyuman dan bukannya tangisan'
Ayat itu tidak mampu membuatkan Hyun Mi tersenyum sebaliknya air mata yang membasahi pipinya. Sampai bila Jong Hoon mampu hidup bergantung pada mesin ini. Mungkinkah dia patut berputus asa? Ibu bapa Jong Hoon juga telah lama berserah dengan takdir. Mereka pernah bertanyakan pakar di tempat mereka sekarang, jawapan yang sama diberikan. Bantuan hidup hanya bergantung pada mesin dan selebihnya pada Jong Hoon sendiri. Dia mengesat air matanya lalu membaca helaian kertas yang lain. Sudah kerap kali dia membaca ayat yang sama. 
'If I know what love is, it is because of you'
'Jangan pernah berhenti mencintai saya melainkan nyawa yang memisahkan kita'
'Benda yang paling berharga pernah saya miliki sepanjang hidup saya adalah cinta dari awak'
'Saya tahu perasaan itu boleh berubah pada bila-bila masa, tapi saya harap hati awak tidak'
'I'll never stop loving you even you ask me for it'
Luluh benar hati Hyun Mi membaca bait-bait ayat yang ditulis Jong Hoon. Dia tahu lelaki itu memang tulus mencintainya. Kertas yang dibacanya tadi dimasukkan kembali ke dalam balangnya semula. Kertas-kertas itulah yang menjadi penemannya selama Jong Hoon masih terbaring di situ. Dia tidak sanggup melihat Jong Hoon kaku di pembaringannya setiap hari. Dia sendiri keletihan menjaga Jong Hoon. Tetapi bukankah dia patut bersabar dan menantikan keajaiban. Keajaiban yang telah ditunggunya dari tiga bulan yang lalu.

********

07 Julai 2015
02:32 PM
Pendingin hawa itu direndahkan sedikit suhunya. Risau juga Hyun Mi jika bilik itu menjadi panas. Dia memandang seluruh wajah Jong Hoon. Musim sejuk yang menjadi kegemaran mereka telah lama berlalu. Jong Hoon masih lagi terbaring di situ.
"Hyun Mi-ssi, dah makan ke belum?"
Suara Sung Gyu menampan gegendang telinganya.
Dia menoleh ke arah Sung Gyu yang berjalan ke arahnya. Lantas dia menggeleng perlahan. 
"Ni saya bawakan makanan. Makanlah dulu sementara panas."
Ujar Sung Gyu.
"Tak apa, nanti saya makan."
Balas Hyun Mi.
Sebenarnya dia berasa sangat terhutang budi dengan Sung Gyu. Dia tahu lelaki itu mengharapkan cintanya. Tetapi dia tidak mungkin mencintai lelaki lain selagi Jong Hoon bertakhta dalam hatinya. Dia sangat mencintai Jong Hoon semenjak dari dulu lagi. Bagaimana mungkin dia melenyapkan perasaan itu dengan sewenang-wenangnya.
"Sampai bila awak nak tunggu dia?"
Tanya Sung Gyu.
Jelas Hyun Mi terkejut dengan soalannya. Dipandangnya wajah Sung Gyu. 
"Kalau sampai setahun pun dia tak bangun, macam mana? Awak masih nak tunggu dia?"
Tambahnya lagi.
Hyun Mi tidak tahu bagaimana untuk menjawab pertanyaan itu. Ada kemungkinan juga Jong Hoon tidak akan sedar dalam tempoh yang lama. Dia hanya mampu memberikan wajah yang sedih kepada Sung Gyu.
"Saya cuma mengandaikan sahaja. Mungkin awak perlu bersedia. Sedia menerima ketentuan yang telah tertulis untuk awak dan juga dia."
Ucap Sung Gyu.
"Tak pun, seandainya awak tunggu dia sehingga bertahun lamanya. Lepas tu bila dia sedar, dia dah tak ingat awak. Macam mana? Apa yang awak akan buat?"
Sung Gyu masih lagi bertanya.
Hyun Mi tidak senang diasak dengan pertanyaan seperti itu walaupun dia tahu kebenarannya. Seseorang yang mati pergerakannya terlalu lama boleh menyebabkan anggota badan dan otaknya lumpuh. Tetapi dia tak mungkin berputus asa hanya kerana itu. 
"Saya akan sentiasa mencintainya walaupun dia akan melupakan saya setelah dia bangun dari tidurnya esok hari mahupun setahun akan datang. Saya tetap akan mencintainya."
Tegas Hyun Mi.
"Hyun Mi, saya tahu perasaan tidak boleh dipaksa. Saya tak memksa awak untuk cintakan saya ataupun menerima saya. Tapi saya tak sanggup melihat awak menyiksa diri menanti Jong Hoon setiap hari."
Balas Sung Gyu.
"Tapi saya yakin dengan Jong Hoon. Saya yakin dengan cinta kami. Walaupun dia akan tinggalkan saya, saya yakin perasaan saya hanya untuk dia."
Ujar Hyun Mi.
Air matanya mula berlinang. Sung Gyu rasa bersalah terhadap air mata itu tetapi dia harus menyedarkan Hyun Mi. Dia sendiri tidak sanggup melihat Hyun Mi menjaga Jong Hoon siang dan malam. Bahkan seorang isteri pun tidak mungkin menjaga suami mereka yang sakit seperti itu. 
"Perasaan seseorang itu tidak mungkin akan sentiasa kekal ditempatnya, mungkin esok atau lusa. Tiada siapa mampu menduganya. Awak kena faham tu. Saya sentiasa menanti awak, Hyun Mi. Berpeganglah pada sesuatu yang nyata."
Sung Gyu tetap dengan pendiriannya.
Kata-kata Sung Gyu benar-benar membuatkan dia hampir berputus asa. Hyun Mi faham erti kata-kata Sung Gyu. Tetapi sekiranya perasaan dia berubah, hatinya tetap sama. Seperti mana yang dikatakan Jong Hoon dalam kertas yang ditulisnya. Dia bingung. Bingung memikirkan apa yang perlu dibuat. Sekarang, semua keputusan telah diserahkan bulat-bulat kepadanya. Ibu bapa Jong Hoon juga begitu. Mereka tidak mampu menjaga Jong Hoon di Korea. Hendak dipindahkan ke London juga tidak mungkin. Hyun Mi kini menjadi penentu kehidupan Jong Hoon. Dia perlu memilih untuk menunggu keajaiban ataupun berputus asa.
"Saya tak tahulah. Just leave me alone please."
Pinta Hyun Mi.
Dia benar-benar tersepit. Kehidupannya juga tidak berapa terurus sejak akhir-akhir ini. Kerja juga banyak yang tertangguh. Jong Hoon di hadapannya dipandang lama. Sekujur tubuh itu dipeluk lama. 
"Hoonie-ahh. Bangun la. Saya dah tak tahan. Tolong la bangun. Saya dah hampir nak putus asa dah ni. Tolong la, saya merayu sangat. Awak jangan buat saya macam ni."
Ucap Hyun Mi dalam tangisan.
Ketika itu juga mesin bantuan di sebelahnya berbunyi. Ada petanda yang tidak elok di situ apabila angka yang mengawal pergerakan jantungnya semakin menurun. Hyun Mi panik. Dia memicit-micit butang pada dinding itu untuk memanggil doktor. Dilihatnya tangan Jong Hoon bergerak-gerak. Pantas disambutnya tangan itu.
"Jong Hoon, awak dengar saya tak. Jangan tinggalkan saya. Andwae. Awak tak boleh pergi."
Air mata mengiringi ayatnya.
Beberapa orang jururawat yang berkejaran ke bilik itu mengalihkan Hyun Mi. Doktor meminta beberapa jenis alat untuk digunakan pada jururawat yang ada di situ. Hyun Mi hanya memandang mereka dengan tangisan yang teresak-esak. Dia tidak mampu melihat Jong Hoon pergi meninggalkannya.
Tit..Tit..Titt..Titt..Titttt...Tiiittttttt..........
Bunyi mesin itu amat mencemaskan Hyun Mi. Bunyi yang tadinya selang beberapa saat kini berterusan. Dia tidak mengerti. Apa sebenarnya yang terjadi.

********

25 Disember 2015
12:01 PM
Salji yang turun renyai-renyai memeriahkan lagi Hari Krismas tahun ini. Hyun Mi tersenyum riang memandang salji yang mencurah-curah dari atas langit. Dia memandang wajah ayahnya di sisi. Senyuman terukir di muka orang tua itu. Mereka berjalan seiringan menuju ke dalam gereja diiringi alunan bunyi piano.
Para tetamu yang hadir turut memberikan senyuman. Hyun Mi turut menggariskan senyuman dalam pakaian pengantinnya. Wajah rakan-rakan sepejabatnya dipandang sekilas semasa melintasi mereka. Sampai pula pada Jae Jin, Min Hwan, Hong Ki dan juga Seung Hyun. Mereka turut memberikan senyuman. Hyun Mi mengangguk. Ditoleh pula pada Sae Ra yang tersenyum lebar padanya. Sememangnya dia menantikan hari bersejarah ini terjadi. Tidak mahu dia membiarkan kawannya yang seorang itu membujang sehingga ke tua.
Pengantin lelaki sedang setia menanti di hadapan mereka. Ayah Hyun Mi menghulurkan tangan Hyun Mi kepadanya. Disambut lembut tangan itu. Upacara perkahwinan berlangsung dengan jayanya. Wajah Hyun Mi pula tidak lekang dengan senyuman. Pipi gebunya dicubit suaminya.
Kedua-dua mereka berlari keluar dari gereja untuk menuju ke kereta yang telah dihias. Hyun Mi didukung sebelum masuk ke dalam kereta. Merah wajahnya menahan malu. Mereka melambai pada tetamu sebelum menghilang dari pandangan.
"Sekarang you're fully mine."
Ucap Jong Hoon.
Hyun Mi menampar manja lengan suaminya yang mula bersikap nakal itu.
"Shiirooo. Hey not here. Sabar la kalau ya pun."
Balas Hyun Mi.
Jong Hoon memeluk erat isterinya itu lalu mengucup bibir Hyun Mi. Saat dia memilih Hyun Mi, dia telah memutuskan untuk melepaskan kerjayanya. Mungkin dia patut kekal sebagai penggubah muzik dan bersama FT Island untuk selamanya. Dan juga bersama isteri yang sanggup berkorban segala-galanya  hanya demi dirinya. 

----------------------------------------TAMAT---------------------------------------

//Panjang gila kan. Ni pun ada beberapa scene dah dibuang. Terima kasih kerana sudi membaca sehingga habis. Maaf jika ceritanya tidaklah sehebat cerita orang lain. Kalau ada kesalahan ejaan tu, memang tak dapat dielakkan. Dah dua tiga kali check dah ni. Lepas baca tu komen la ya. Kritikan turut diterima. But please, no harsh word :)


Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

20 comments:

Nur Humaira Suhaimi said...

Sweet Choi Joong Hoon ...! Love it !

darla carolina said...

@Nur Humaira Suhaimi - thanks for reading :)

Wana said...

oh daebak unnieee (Y)
omg suka cerita ni *o*

darla carolina said...

@Wana - Aaaaaaaaaaa~ thanks baca :) cerita neyh ambil masa yg lama utk dihasilkan. cewaaahhh HAHA

nanajoe said...

HAHAHAHAHHAHAHHAHAH KEH BEST !! :D

LEJENDA said...

best. best. macam ayat novel (Y) nasib baik Jong hoon hidup . hehe. kalau tak dah nangis teresak-esak dah. best. best

Shrek. said...

Akhirnya, habis jugak baca .
unnie, daebakkkkkkkkkkkk (Y)
Bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa *O*

darla carolina said...

@Nana HyunJoe's - thanks baca . HAHA best ke :DD

darla carolina said...

@Aida Maisarah - mmg saja buat versi novel. kod kodd lha boleh jual HAHA kay jokes. ikutkan hati nak jep buat dia mati tapi kesian Hyun Mi nnti menyesal ta berlagu cewahh :D

darla carolina said...

@Na'na Jaehyo's - Aaaaaaaaaaa~ thanks syg >< heeeeee . and thanks sudi bace smpai abes :)

anishiya にズき said...

wahh kawen akhirnyaa :D sweet ending !

darla carolina said...

@anishiya - kau bace sampai habes *o* sayang kau ♥ HAHAHA geli jepp na syg pui :D thanks dhoo . ngeee kne lha sweet sweet ♥

Aze Alia said...

Crying tsk tsk tsk TT____TT

darla carolina said...

@aze alia - is it sad? ehem penulis kurg mahir buat scene sedih LOL :D btw thanks kerana sudi membaca :)

nor aqilah said...

errrkk . dah btl2 tamat ke ni ?? ker ada sambungan lain ?? :D
^o^ . bestt unnie .

darla carolina said...

@nor aqilah - da abes daaa. tade smbungan lain pownn. da kawen tuh kire ending ahh HAHA :D btw thanks for reading kay :)

Siti Basyirah said...

Apa tajuk lagu cerita ni ?

darla carolina said...

@Basyirah Anuar- Lagu mana? Yang piano tu ekk? Ohh tu lagu Heo Young Saeng, Sad Song.

Siti Basyirah said...

Ohh Thnk youuuuuuuuu

darla carolina said...

@Basyirah Anuar - heee most welcome :)