AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

Untouchable Memory : Babak 11 | Luahan Hati


Babak sebelum ini >Pertemuan Keluarga<

Nana POV
Byunghun memandang tepat ke dalam anak mataku. Soalannya itu membuatkanku tergamam seketika. Aku sendiri tidak tahu sama ada aku telah mempunyai orang yang aku suka atau tidak. Fikiranku melayang memikirkan Jaejin untuk seketika. Adakah aku menyukainya? Wajah sayu Jaejin menerawang diseluruh mindaku. Aku melepaskan keluhan berat.
"Err..yang tu.. ermm.. bukan itu persoalannya."
Jawabku.
Byunghun masih menantikan ayatku yang seterusnya.
"Saya cuma nak tumpukan pada karier saya. Kerjaya saya. Itu je kemahuan saya buat masa sekarang."
Sambungku.
Byunghun tersenyum mendengar jawapan yang keluar dari mulutku.
"Saya tak kisah kalau awak nak terus jadi wartawan. Kalau kita dah kahwin nanti, biar saya saja yang uruskan hal perniagaan semua. Saya tak akan mendesak awak."
Ucap Byunghun.
Tiada alasan untuk aku menolak pertunangan kami. Lagipun Byunghun bukanlah seorang yang buruk perangainya. Pekertinya juga elok. Walaupun aku sendiri tidak menyimpan perasaan terhadapnya. Bagaimana pula dengan Jaejin? Untuk apa aku fikirkan tentangnya. Mungkin dia sedang berseronok dengan Soojin sekarang ini.

********

Jaejin POV
Semenjak aku mengetahui tentang penyakitku, kehidupan ini seolah-olah satu penghargaan buat diriku. Aku mula belajar mengenali erti kehidupan. Urusan pejabat telah pun aku serahkan hampir sepenuhnya kepada Seunghyun. Aku hanya akan membantunya dari rumah sahaja. Lagipun Seunghyun perlu belajar menguruskan segala-galanya tanpa aku. Aku tidak mungkin selamanya menguruskan segala hal yang dia tidak mampu tangani selama ini. Lambat-laun pasti dia akan mampu jika dia membiasakan dirinya daripada ekarang. Mungkin aku perlu memberitahu Seunghyun tentang penyakitku, tetapi bukan sekarang. Aku tak mampu untuk menyembunyikan penyakit aku selama-lamanya. Tidak lama lagi, kesan penyakit ini pasti akan kelihatan juga.
"Huuhhhhhh."
Aku melepaskan keluhan berat.
Permukaan siling bilikku ditenung sedari tadi. Tetapi bukan siling tersebut yang bermain di fikiranku. Kepala yang beralaskan bantal aku alaskan pula dengan kedua-dua belah tanganku. Aku hanya mempunyai masa lebih kurang tiga bulan saja lagi. Cukupkah tiga bulan ini untukku? Banyak lagi perkara yang harus aku lakukan sebelum aku meninggalkan dunia ini. Aku harus bersedia untuk segala-galanya. 
Dengan perlahan aku bangun daripada katil dan menuju ke arah meja tulisku. 
Aku melabuhkan pinggulku pada kerusi yang tersedia di situ sebelum mengeluarkan diari kecilku dari laci meja. Lama sudah aku tidak mengusik diari ini. Rasanya terakhir kali aku membukanya adalah ketika zaman pengajianku beberapa tahu dahulu. Aku mencapai sebatang pen lalu membuka diari itu. Aku perlu merancang dengan baik beberapa perkara yang perlu aku lakukan dalam tempoh hampir tiga bulan ini. Ya! Aku perlu merancangnya agar tiada kekesalan sebelum aku meninggalkan dunia ini. Aku mula memikirkan segala bagai perkara yang penting untuk dilakukan dan mencatatnya dalam diari.
  • Berusaha sepenuhnya untuk projek Jeju.
  • Uruskan hal pejabat sebelum serah pada Seunghyun
  • Mencari jodoh untuk Soojin noona.
  • Bawa omma pergi melancong.
  • Berjumpa dengan Gain BEG
  • Mengalami perasaan bercinta.
  • Ambil gambar perkahwinan
  • Bagi hadiah tanda kenangan pada semua kenalan.
Rasanya cukuplah sekadar lapan perkara selama tiga bulan. Harap-harap dapatlah aku tunaikan kelapan-lapan sebelum pergi dari dunia ni. Sebak di dada ini aku tahankan. Tiada apa yang perlu disesalkan jika aku mampu menunaikan segala impian ini sebelum aku mati. 
Tubuhku terasa dipeluk dari arah belakang. Aku menoleh sekilas. Cepat-cepat aku menutup diari di hadapanku lalu membalas pelukannya. Pelukan seorang ibu yang sentiasa menyenangkan perasaanku. Ibuku menghulurkan senyuman seolah-olah ada perkara yang menyenangkan hatinya.
"Jaejin, tadi Soojin telefon omma. Katanya nak ajak kita makan malam kat luar sama-sama malam ni."
Ujar ibuku.
"Noona datang sini ke nanti? Ke Jaejin pergi ambil?"
Tanyaku.
"Soojin datang sini nanti. Lepas tu baru kita pergi sama-sama."
Balas ibuku.
Aku mengangguk tanda mengerti. 
"Lama kita tak makan sama-sama kan. Tapi kalau makan kat rumah kan lagi best."
Ucapku.
"Tak apalah. Makan kat mana-mana pun sama je. Omma tak kisah pun."
Jawab ibuku lalu mengusap kepalaku.
Perbuatannya membuatkan hatiku tersentuh. Siapa pula yang akan menemaninya nanti setelah ketiadaanku? Soojin noona pasti sibuk dan banyak menghabiskan masanya di hospital. Jikalau appa masih hidup, pasti kerisauan ini tidak akan timbul. Pemergian appa sepuluh tahun yang lalu meninggalkan aku dan juga omma kerana mengalami penyakit yang sama sepertiku. Dan kini aku pula bakal pergi meninggalkan omma. 
Air mata yang terasa seakan ingin jatuh ditahan lama. Ibuku yang masih lagi berdiri, lantas aku peluk. Sedang aku masih lagi di atas kerusi memeluk pinggang ibuku.
"Kenapa ni Jaejin? Ada masalah ke?"
Tanya ibuku.
Aku menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menjawab persoalan ibuku.
"Tak ada apa-apa. Jaejin cuma rindu omma je. Rindu nak peluk omma hari-hari macam dulu."
Balasku.
"Aigoo. Jaejin bukan budak-budak lagi. Kan dah besar dah pun."
Omma menggosok belakang badanku.
Kalaulah aku boleh memberitahunya yang aku memang ingin berada dalam pelukannya setiap hari. Tapi aku tak boleh mementingkan diri sendiri. Aku tak mahu omma risau tentangku dan memikirkan mengenaiku setiap hari. Cukuplah sekadar Soojin noona sahaja yang mengetahuinya.
"Dah la. Omma nak basuh baju dulu."
Aku melepaskan pelukanku.
"Omma makin gemuk la. Nak peluk pun dah tak macam dulu."
Gurauku.
"Ada-adalah kamu ni Jaejin."
Ujar ibuku sebelum hilang dari pandangan.

********

Omma tidak pernah lekang dengan tawanya setiap kali mendengar cerita daripada Soojin noona. Seronok benar mereka bercerita seperti lama tidak berjumpa. Aku pula hanya mencelah sekali dua sahaja. Hairan pula aku dengan pilihan noona. Dalam banyak-banyak tempat yang boleh dipilih, mengapa Blink Hotel ini juga yang menjadi pilihannya. 
Ia mengingatkanku tentang perbualan bersama Seunghyun tidak lama dahulu. Bakal tunang Byunghun adalah waris kepada pemilik hotel ini. Bermakna hotel ini adalah kepunyaan bapa Kim Nana. Sekali lagi aku memikirkan Nana. Benarkah mereka akan bertunang? Kalau hendak difikirkan dari sudut Byunghun, pasti dia menerima sahaja. Nana pula? Entahlah. Aku tidak mengenali Nana dengan sebenar-benarnya. 
"Betul tak Jaejin?"
Tanya Soojin noona menyedarkanku dari lamunan.
"Ya? Kenapa?"
Tanyaku.
Serentak tawa mereka kedengaran. Apalah yang dibualkan sehingga begitu sekali ketawanya.
"Tak ada apa. Soojin ni, omma tanya bila dia nak kahwin. Omma nak merasa timang cucu. Dia cakap tak ada lelaki nak kat dia."
Jelas ibuku.
Kini mereka juga menyentuh soal perkahwinan. Pertunangan, perkahwinan, segalanya berkait. Mengapa hal seperti ini sering dijadikan topik perbualan. Banyak lagi perkara lain yang boleh dibualkan.
"Tak apalah omma. Soojin tak kahwin pun tak apa asalkan ada omma dengan Jaejin dah cukup dah."
Tambah Soojin noona.
"Mana boleh tak kahwin. Susah-susah sangat kahwin je dengan Jaejin ni."
Balas ibuku.
Hampir tersembur air yang sedang diteguk. Sampai ke situ pula fikiran ibuku. 
"Hahaaa. Omma nak bergurau pun agak-agaklah."
Ucapku lalu ketawa yang dibuat-buat.
Saat itu juga mataku sempat menangkap kelibat Byunghun dan juga Nana baru sahaja duduk di meja mereka. Apa yang mereka lakukan di sini? Berdua pula. Wajarlah, Byunghun itu bukankah bakal tunangnya. Tetapi kemesraan mereka kelihatan seperti tidak dibuat-buat. Mengapa hati aku pula yang terasa sakit. Seakan terluka melihat kemesraan Nana dan juga Byunghun. 
Kini aksi dan gelagat mereka pula yang menjadi tontonanku. Byunghun mengelap hujung bibir Nana dengan menggunakan napkin yang dicapainya dari atas meja. Kelihatan seperti pasangan kekasih sungguh. Nana pula tersenyum diperlakukan begitu.
"Jaejin, tengok apa tu? Jom, nak balik dah ni."
Suara omma mengetuk gegendang telingaku.
Cepat-cepat aku mengalihkan pandangan. Soojin noona dan juga omma telah berkira-kira untuk bangun. Aku yang masih lagi tertanya-tanya segera bangun.
"Okay okay, jom balik."
Ucapku.

********


Sepanjang perjalanan pulang, fikiranku hanya memikirkan Nana. Apa yang akan mereka bualkan? Ke mana pula akan mereka pergi selepas ini? Mujur rumahku dan juga Blink Hotel hanya mengambil masa lebih kurang lima belas minit perjalanan sahaja. Aku menghentikan kereta di luar pagar kawasan rumahku lalu menurunkan Soojin noona dan juga omma.
"Jaejin ada hal sikit. Omma jangan kunci pintu. Jaejin tak bawa kunci."
Kataku lalu memandu semula untuk kembali ke Blink Hotel.
Langkah kakiku laju mengatur langkah mencari Nana. Meja mereka telah pun dikemaskan. Ke mana pula perginya Byunghun dan Nana ni. Aku mencari di ruang lobi pula. Yang kelihatan hanyalah kelibat Byunghun. Mana pula perginya Nana?
Puas aku menoleh kiri dan kanan disetiap langkahku.
"Jaejin."
Suara Nana menerpa pendengaranku.
Lantas aku menoleh. Nana baru sahaja keluar daripada rest room.
"Nana...."
Aku mati akal.
"Apa awak buat kat sini?"
Tanya Nana.
"Errr...saya.."
Masih mencari jawapan.
Aku tidak tahu apa tujuanku ke sini. Tidak mungkin aku memberitahunya yang aku ke sini kerana cemburu melihat dia bersama-sama Byunghun. Dia masih lagi berdiri di hadapanku. Jarak antara kami hanyalah lebih kurang satu depa sahaja.
"Kenapa dengan awak? Tak apalah, saya dah lambat ni. Ada orang tunggu saya."
Ujar Nana.
Dia baru sahaja ingin melangkah, pantas lengannya aku pegang.
"Nana..."
Dia menoleh.
"Kenapa Jaejin?"
Tanya Nana.
"Ermm..saya sebenarnya.."
Perlahan aku menyusun kata.
"Eh tu Byunghun tengah cari saya."
Ucap Nana.
Aku segera menoleh untuk melihat Byunghun yang sedang tercari-cari Nana. Kenapa dia mesti muncul pada waktu ini. Bagilah aku habis cakap dulu. Aku menarik tangan Nana yang dalam peganganku menuju ke arah tangga kecemasan. Nana yang masih bingung hanya menurut.
"Buat apa kita masuk dalam tangga ni?"
Tanya Nana.
"Saya tak nak Byunghun jumpa awak."
Jawabku.
"Tapi kenapa?"
Nana masih dengan soalannya.
"Sebab saya tak suka. Saya tak nak awak bertunang dengan dia. Batalkan saja pertunangan tu."
Nana terkejut dengan jawapanku.
Pegangan tanganku dilepaskan. Perlahan dia melangkah ke belakang sebelum tersandar pada dinding di ruangan yang sempit ini.
"Saya tak tahu kenapa, tapi saya tak suka bila nampak awak dengan Byunghun tadi. Awak suka ganggu hidup saya. Datang dan pergi sesuka hati awak. Sekarang bila saya dah jadi macam ni, awak pula boleh ke sana ke mari dengan Byunghun."
Tambahku lagi.
Nana masih lagi tidak mengerti.
"Tapi..bila saya ganggu hidup awak?"
Tanya Nana.
"Maafkan saya Nana kerana bertindak seperti ini. Saya cuma nak bercakap dengan awak saja. Saya tak tahu apa yang sedang bermain dalam fikiran saya."
Jawabku.
"Awak jangan nak bergurau la Jaejin."
Balas Nana.
"Saya tak pernah bergurau dengan kata-kata saya."
Ucapku.
"Awak tak tahu perasaan awak sendiri tapi awak nak salahkan saya pula? Jaejin, seriously you're out of your mind. Dah la saya nak pergi."
Nana melangkah untuk keluar dari tangga kecemasan.
"Nana..saya suka awak! Ya, saya suka awak!"
Langkah Nana mati di situ untuk seketika.
"Nana.."
Aku cuba untuk mendekatinya. Nana masih lagi berdiri membelakangkanku.
"Stop. Don't do this."
Ucap Nana.
"Nana.."
Jeritku apabila Nana berlari meninggalkanku keseorangan di dalam tangga kecemasan ini. Mengapa dia sering saja melarikan diri daripadaku? Masih marahkah dia akan perbuatanku ketika di Pulau Jeju itu?

-------------------------------------------------------------------------------

//Sorry, chapter ni tak best. Tiba-tiba je rasa macam penulisan semakin teruk TT-TT Malas nak check spelling. Abaikan mana yang ada mistake tu. Spacing tu huduhhh -.- Sebab masa tengah taip tadi Google Chrome crashed -.-


Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

12 comments:

Wana said...

sambung sambunggg ._.TT__TT //tak tau nak sokong siapa

darla carolina said...

@Wana - ehh ade kena sokong sape" ke? HAHA unnie pown tataw lhaaa . mesti wana mksudkan antara bertunang ngn batalkan :D kan kan . hoho

Shrek. said...

Woah *O* Sambung , Sabung . Sambung !

darla carolina said...

@Na'na Jaehyo's - okay okay okay ><

crayon_amira said...

woowwwwwwwww..unnie da update..lama kite tunggu (padahal bru seminggu) ahhahah
nana please jgn bwt jaejin macam tuh..huuaaaaaa T_T kesian jaejin..

darla carolina said...

@crayon_amira - hahaha . baru senibggu jepp . ngee . ehh nana buat ape kt jaejin ? cian jinnie ._. erkk ==' haha

crayon_amira said...

mmg la kesian kat jaejin sbb nana da tersalah paham kat jaejin,jaejin tidak brsalah!!! ahahhahahah (emosional sikit) ahahhaha

darla carolina said...

@crayon_amira - hahaha tade sape yg slh pown dlm hal ni . eceehh :D

Diyana Ashari said...

nasib baik unnie re-post . kalau idak , yaya ta tahu pon unnie dah sambung . Ahhhh ! Bestnya ! cepat sambung . nana , nana * geleng * . aish , terima jelah si jaejin tu .

darla carolina said...

@yyayya - best ke . unnie rase part neyh mcm teruk jep -.- Aaaaaaaaaa~ nana tgh dlm dilema tuh HAHA

anishiya にズき said...

HAIIYAAAA BARU SAMPAI SINI ? -.-' lol nak jumpa gain BEG :D sian jaejin kene tinggal sesorang dekat tangga TT-TT

darla carolina said...

@anishiya - aku busy ==' exam weyhh ._. adoyai bila lha aku na update neyh .