AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

Untochable Memory : Babak 16 | Rahsia Jaejin

Babak sebelum ini >Adakah Ini Pengakhiran<

Author POV
Bilik pejabat Jaejin agak lengang tanpa dirinya di situ. Seunghyun pula semakin sibuk setelah Jaejin menyerahkan segala urusan syarikat kepadanya. Hampir setiap hari dia terpaksa keluar ke lokasi dan juga bertemu dengan client mereka.

"Ya, baiklah. Saya akan ke sana."
Ucap Seunghyun sebelum menamatkan talian.

Dia bingkas bangun setelah meletakkan telefon kembali pada gagangnya. Kini dia seolah-olah sedang mencari sesuatu. Anak matanya meliar ke seluruh kawasan bilik tersebut. Laci meja dibuka satu persatu. Almari yang berada pada sudut biliknya itu turut  menjadi mangsa keadaan.
"Mana pula aku dokumen tu pergi ni."
Rungutnya sambil mencari.

Tangannya tidak pernah berehat. Habis satu bilik itu diselongkarnya tapi dokumen yang dicari tidak juga ditemuinya. Akhirnya Seunghyun beralih pula ke pejabat yang pernah didiami Jaejin. Meja Jaejin yang tersusun itu memudahkan Seunghyun untuk mencari sampul surat yang berisi dokumen mengenai maklumat pelan pembinaan yang diterima syarikat mereka.

Kini pencariannya lebih terurus. Setelah yakin dokumen itu tiada di atas meja, dia membuka laci meja pula. Seunghyun menghembus nafas lega setelah melihat benda yang dicarinya itu kini di depan mata. Dengan segera dia mengambil keluar dokumen tersebut. Tanpa disedarinya, satu sampul surat milik Jaejin turut diambilnya. Berlari-lari anak Seunghyun menuju ke kereta untuk berjumpa dengan pelanggan penting syarikatnya itu.

********

Oleh kerana risau dirinya terlambat, Seunghyun memandu sedikit laju daripada biasa. Lampu isyarat yang tiba-tiba bertukar merah membuatkannya brek secara mengejut. Sampul surat bersaiz A4 yang diletakkan pada tempat duduk penumpang di sebelahnya serta-merta terjatuh akibat momentum yang kuat.
"Haishhh merah la pula."
Rungut Seunghyun.

Dia cuba mencapai sampul surat yang terjatuh itu. Kini baru dia menyedari bahawa dia telah terambil lebih daripada satu sampul surat. Sampul surat pertama tertulis 'Apgeujong' pada permukaannya dan Seunghyun amat yakin akan kandungan sampul surat tersebut. Sudah tentu ianya mengandungi maklumat mengenai projek pembinaan Apgeujong dimana syarikatnya menerima projek untuk membina pelan bagi projek tersebut. Satu sampul lagi lebih sulit dan peribadi. Logo Hankuk Hospital tertera pada atas permukaan sampul surat itu.

Seunghyun mengalihkan keretanya ke laluan kecemasan dan berhenti untuk seketika. Sampul surat itu dibuka. Dadanya berdegup kencang. Pasti ada sesuatu yang tak kena dengan Jaejin. Segala jadual untuk Jaejin bertemu dengan Soojin tercatat di situ. Jenis rawatan yang bakal diterima dan jenis ubat yang patut dimakan, segala-galanya jelas tercatat di atas kertas yang sedang dilihat Seunghyun.

"Apa ni?! Apa yang Jaejin cuba rahsiakan daripada aku ni?"
Seunghyun bermonolog.
Dia ingin mendapatkan penjelasan daripada Jaejin. Hubungan mereka yang rapat membuatkan Seunghyun berasa kurang senang setelah mengetahui kawan baiknya itu menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya. Matanya masih belum buta untuk membaca sakit yang dihidapi Jaejin. Segera dia mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menghubungi Jaejin.


Jaejin POV
Awal pagi lagi aku sudah mengemas barang-barang untuk digunakan ketika di hospital nanti. Tidaklah sebanyak pakaian untuk bercuti. Mungkin aku hanya akan tinggal di hospital untuk seminggu sahaja. Dan mungkin hidupku juga hanya tinggal untuk seminggu itu saja lagi. Aku sendiri pun tidak mampu menduga. Sekiranya pembedahan itu berjaya, aku mampu untuk hidup selama dua bulan. Tapi dua bulan atau pun dua hari sama sahaja buatku. Kesudahannya, aku tetap akan mati tak kira sama ada aku menjalani pembedahan tersebut atau tidak. Diari kecil di dalam laci dikeluarkan lalu ku selak mencari helaian yang teramat penting buatku. Aku mencapai sebatang pen sebelum menulis pada diari tersebut.

  • Berusaha sepenuhnya untuk projek Jeju.
  • Uruskan hal pejabat sebelum serah pada Seunghyun
  • Mencari jodoh untuk Soojin noona.
  • Bawa omma pergi melancong.
  • Berjumpa dengan Gain BEG
  • Mengalami perasaan bercinta.
  • Ambil gambar perkahwinan
  • Bagi hadiah tanda kenangan pada semua kenalan.
Pasti Nana amat kecewa dengan perlakuanku. Aku memang seorang yang pengecut. Aku cuma mempergunakan Nana untuk menunaikan hasrat terakhirku. Tapi aku benar-benar mencintainya. Perasaan tidak mampu ditipu. Walaupun aku pada mulanya cuma ingin mengalami perasaan itu. Aku dah terlanjur mencintai Nana sepenuh hatiku tapi apa yang aku lakukan ini hanya mementingkan diri sendiri. Aku tak layak untuk dicintai pun. Untuk menyakitkan hati Nana itu sudah cukup untuk melukai hatiku sendiri. Lebih baik aku berhenti setakat ini. Hidupnya akan lebih bahagia tanpa kewujudanku.

Ring..ringg..rinngg..
Telefon bimbit di atas meja itu aku capai sebelum melekapkannya ke cuping telinga. Seunghyun yang menghubungiku. Apa pula yang dimahukannya.
"Yah Jaejin!"
Jerit Seunghyun di hujung talian.
"Wae? Kau ni telefon aku lepas tu jerit-jerit pula. Ada apa ni cari aku?"
Balasku.
"Sampai bila kau nak berahsia dengan aku ni, Jaejin? Kau nak tunggu sampai aku tahu segala-galanya ke baru kau nak bagitahu aku?"
Tanya Seunghyun.

Aku mula tidak mengerti dengan soalannya. Apa pula yang aku rahsiakan daripada pengetahuannya? Adakah ianya tentang penyakitku? Tak mungkin Seunghyun tahu akan hal tersebut.
"Eh, aku tak faham. Maksud kau apa ni? Rahsia apa?"
Aku mula bertanya.
"Jaejin, kau kat mana sekarang? Aku nak jumpa sekejap. Sampai hati kau Jaejin. Kau tak anggap aku ni kawan kau ke?"
Lain pula yang dibalas Seunghyun.
"Aku kat rumah la. Aku tak faham apa yang kau cakap ni, Seunghyun. Kau nak ajak aku berteka-teki ke?"
Aku cuba mencari tahu apa yang dimaksudkan Seunghyun.
"Kau tunggu aku. Kejap lagi aku sampai rumah kau."
Balas Seunghyun sebelum memutuskan talian.
Dia membiarkan sahaja aku dengan pertanyaan.

********

Loceng dibunyikan bertalu-talu. Melihat pada keadaan, sudah tentu Seunghyun yang datang untuk berjumpa denganku. Belum sempat aku membuka pintu, ibuku terlebih dahulu menyambut kedatangan Seunghyun. Entah apa yang dibualkan mereka pun aku tidak tahu. Risau juga aku jika benar Seunghyun tahu mengenai penyakitku lalu bertanya pada omma. Aku berjalan menghampiri mereka yang sedang asyik berbual.

"Seunghyun, ada apa cari aku ni?"
Aku berpura-pura bertanya.
Seunghyun yang melihat kedatanganku terus berdiri menghampiriku.
"Nanti kita borak lagi ya, saya ada hal sikit nak cakap dengan Jaejin."
Ucap Seunghyun.
"Okay, jangan lupa makan tengah hari dulu sebelum balik ya."
Pinta ibuku.
"Nae."
Balas Seunghyun.

Aku segera menarik Seunghyun ke bilikku. Tergopoh-gopoh dia mengikut langkahku. Pantas aku menutup pintu selepas kami berdua berada di dalam bilik.
"Jaejin, kau ada apa-apa nak jelaskan dekat aku tak pasal benda ni?"
Tanya Seunghun sambil menghulurkan sekeping sampul surat berukuran A4.

Lebih mengejutkan lagi, pada sampul surat tersebut terpampang logo Hankuk Hospital. Dari mana pula Seunghyun menjumpai sampul surat itu. Pantas aku mengambilnya. Sampul surat kini bertukar tangan. Kandungannya aku semak. Baru aku sedar bahawa laporan kesihatan itu aku pernah tinggalkannya di dalam laci pejabatku. Tapi bagaimana Seunghyun boleh menjumpainya? Mungkin aku patut berterus terang dengan Seunghyun.

"Kau anggap aku kawan ke tidak selama ni, Jaejin? Kenapa kau tak bagitahu aku pasal ni?"
Tanya Seunghyun.
Aku diburu rasa bersalah. Aku pernah berhasrat untuk memberitahunya tetapi bukan seawal ini.
"Seunghyun, aku bukan tak nak bagitahu. Kalau aku bagitahu kau pun, apa yang kau boleh lakukan? Bersimpati dengan aku? Aku tak nak simpati dari sesiapa. Sebab tu aku tak bagitahu hal ni pada sesiapa pun."
Jelasku.
"Termasuk omma kau sendiri?"
Tanya Seunghyun lagi.
"Ya, aku tak bagitahu sesiapa pun. Aku bukan tak nak bagitahu. Tapi aku cuma nak hidup aku berakhir dengan kegembiraan. Kalau aku bagitahu kau dan semua orang lain, nanti layanan semua orang terhadap aku akan berubah. Aku tak nak benda macam tu terjadi."
Terangku.
"Tapi aku ni kawan kau, Jaejin!"
Ucap Seunghyun dengan nada tinggi.
Pantas aku menekup mulutnya.
"Syhhh. Nanti omma aku dengar. Habis aku! Aku tak ada apa-apalah. Esok aku ada operation. Kalau kau nak datang, aku tak kisah. Kau pun dah tahu. Aku tak boleh nak buat apa dah. Petang nanti aku pergi hospital. Stay sana dalam seminggu. Aku tak tahu apa yang akan jadi dengan aku. Tapi kau tak payah fikir la. Semuanya okay."
Terangku satu persatu.
"Kau gila?! Kau boleh relax lagi kan even benda ni dah serius macam ni sekali."
Balas Seunghyun.
"Kau jangan la cakap kuat-kuat. Ala, tak kisah la ada penyakit ke tak ada ke sama je. Semua orang akan mati. Cuma kita tak tahu dalam keadaan apa. Aku ni kira untung sebab aku dapat tahu bila aku akan mati. Kau tu haaa. Kau tahu ke bila kau akan mati? Tak tahu kan. Aku bertuah kau tahu tak. Hahahaa."
Aku cuba menghilangkan kerisauannya.

Aku tahu Seunghyun merisaukan keadaan aku. Tapi aku tak mahu simpati daripada sesiapa pun. Aku dah buat keputusan untuk mendiamkan diri tentang perkara ini. Kalau aku mati pun, aku tak mahu ada yang bersedih dengan pemergianku. Tapi adakah keputusan aku ini terlalu mementingkan diri sendiri?

********

Nana POV
Aku melangkah perlahan menuju ke arah pintu untuk membukanya. Jojo tercegat di muka pintu seolah-olah menanti seseorang membukakan pintu untuknya. Dia melangkah masuk lalu menghulurkan dua bungkusan plastik yang dibawanya kepadaku.

"Kau ni macam tak boleh bukak pintu sendiri. Macam tak tahu password la pula."
Ucapku lalu menyambut hulurannya.
"Tangan aku penuh la. Mana mampu nak tekan nombor tu semua. Aku tekan loceng pun guna mulut aku kau tahu tak."
Balas Jojo lalu merebahkan dirinya di atas sofa di ruang tamu.
Memang telah menjadi tempat kegemarannya pun. Tiap kali datang, pasti sofa itu yang pertama sekali dituju.
"Jajangmyeun je ke? Soju tak ada ke?"
Aku bertanya setelah menyelongkar bungkusan yang dibawa Jojo.
"Kau bukan dah ada soju ke dalam freezer tu? Ala tak payah nak soju soju la."
Balas Jojo.
Masih lagi terbaring di atas sofa.
"Kau datang rumah aku memang nak terbaring kat atas tu je ke?"
Aku cuba untuk memerli.
"Aku penat la Nana. Kau tak kerja memang la. Demam kau dah surut belum ni? Tak larat aku nak hantar makanan kalau tiap-tiap hari kau demam. Putus cinta pun sampai demam. Over juga kau ni Nana. Tapi aku tengok siap dah boleh order soju tu maknanya dah baik demam la kan."
Jojo pula yang kembali memerli.
"Mana ada aku demam. Aku just pening kepala je. Kau tu yang over cakap aku pula. Dah la jom makan."
Aku dengan segera menukar topik perbualan.

Dua mangkuk jajangmyeun yang dibawa Jojo tadi aku tatang dan bawa ke ke arah Jojo. Dua tin soda dicapai dulu oleh Jojo. Dia membantuku menyambut satu persatu dan meletakkannya ke atas meja.
"Soda je ke? Kau ada coke tak? Soda ni kalau campur dengan coke baru sedap."
Tanya Jojo.
"Kau ambillah dalam freezer tu. Jangan kerja nak request je."
Balasku.
Jojo mencebik sebelum berlalu ke ruangan dapur.

"Eleh kau tu Nana, kalau aku tak datang memang tak makan pun kan. Makanan pun aku yang bawakan. Kau patut layan aku tahu tak. Aku ni tetamu."
Jojo dan bebelannya.
"Aku dah bosan dah dengan ayat kau tu. Orang lain kalau datang memang aku anggap tetamu. Tapi kalau kau memang tak ada makna nak jadi tetamu aku hahahahahaaa."
Aku mentertawakan alasan Jojo yang acap kali kedengaran pada gegendang telingaku.

Jojo berlari-lari anak kembali ke tempat duduknya. Di tangannya terdapat dua tin coke. Diletakkannya di atas meja. Tangannya kini mencapai sebatang chopstick pula lalu memisahkannya. Mangkuk di atas meja itu digaul sebati menggunakan chopstick yang dipisahkan tadi. Lapar benar gamaknya jika melihat pada perlakuan Jojo ini.

"Lobak jeruk mana?"
Tanya Jojo.
"Mana aku tahu. Kan kau yang beli. Tanya aku pula."
Balasku.
"Macam mana aku nak makan kalau tak ada lobak jeruk tu. Tak sedap la jadinya."
Rungut Jojo.
"Kau ni banyak cakap la. Makan je apa yang ada. Makin pening aku dengan kewujudan kau ni tahu tak."
Kataku lalu menyuap makanan ke dalam mulut.
"Lobak jeruk wuuuuu... Tanpa dirimu jajangmyeun ku pasti tak berseri."
Ucap Jojo hambar sebelum menyepit mi tersebut dan memasukkannya ke dalam mulut.

Hampir tersembur tawaku melihat riak wajah Jojo. Hanya kerana lobak jeruk sahaja boleh membuatkan dia kurang berselera. Ianya mengingatkanku pada Jaejin. Jika hidangannya tidak lengkap, wajahnya pasti akan masam mencuka sepanjang waktu makan.

Haish. Kenapa Jaejin juga yang aku fikirkan. Sudahlah telefon pun tidak dijawab. Aku sendiri tidak tahu apa yang difikirkan olehnya. Apa yang mendesak Jaejin untuk meninggalkanku. Jikalau benar dia mencintaiku, mengapa perpisahan juga yang dipilih. Aku perlukan penjelasan. Aku tak rela ditinggalkan seperti ini.

"Yah! Nana! Kim Nana! Berapa kali dah aku panggil kau ni. Mengelamun jauh nampak."
Sergah Jojo.
"Ehmm waeyo? Aku mana ada mengelamun. Aku nak pergi tandas kejap."
Balasku sebelum meninggalkan Jojo.

Aku berlari-lari anak menuju ke arah bilik air. Entah mengapa air mata aku seperti senang sahaja untuk mengalir pada malam ini. Aku nekad untuk tidak menjadi terlalu lemah. Dan aku juga bukan perempuan yang boleh ditinggalkan sesuka hati apabila telah bosan denganku. Mahu atau tidak, Jaejin perlu memberikan penjelasan.

********

Soojin POV
Keputusan Jaejin untuk tinggal di hospital membuatkanku berasa senang hati. Walaupun tiada tanda-tanda gembira pada wajahnya, aku sudah cukup berpuas hati asalkan dia sudi untuk dibedah dan dirawat di hospital. Pembedahannya telah diatur untuk dijalankan pada keesokan hari.

Tok..tok..tok...
"Masuk."
Ucapku.
Kepala seorang lelaki terjengul di muka pintu. Jaejin rupanya. Tidak pernah dia mengetuk pintu selama ini. Hairan pula aku.
"Kenapa ni Jaejin?"
Tanyaku.
Jaejin berjalan meuju ke arahku sebelum duduk bertentangan dengan tempat dudukku ketika ini.
"Noona, kalau esok operation tu tak berjaya, apa jadi dengan Jaejin nanti?"
Tanya Jaejin.
"Jaejin jangan fikir macam tu. Noona yakin, mesti akan berjaya. Yang penting sekarang Jaejin kena berehat. Tenangkan fikiran tu. Jangan banyak sangat berfikir. Okay."
Balasku.
Jaejin hanya mengangguk lemah.
"Noona nak balik dah ke? Teman Jaejin malam ni boleh?"
Pinta Jaejin.
"Jaejin nak noona temankan ke? Boleh boleh boleh. Jaejin pergi balik bilik dulu. Nanti noona datang ya."
Ucapku.
"Okay, jangan lama sangat tau."
Kata Jaejin sebelum bangun dan beredar dari bilikku.

Untuk tidak mencampuradukkan perasaan peribadi dan urusan kerja itu amat payah. Bingkai gambar di atas meja itu ku ambil lalu didakap erat. Aku, Jaejin dan juga omma. Dalam hidupku cuma mereka berdua sahaja yang aku miliki. Bagaimana untuk aku meneruskan hidupku sekiranya ada apa-apa yang berlaku pada Jaejin? Dan bagaimana pula aku hendak menjelaskannya pada omma? Mengapa semua ini perlu terjadi. Suratan apakah yang telah tertulis. Aku hanyalah seorang doktor dimana Jaejin bergantung harap untuk meneruskan hidup tetapi aku sendiri pun terlalu lemah untuk menerima semua ini. Semoga segala-galanya akan berjalan lancar pada keesokan hari.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

//Sorry lambat post chapter 16. Kusyuk sangat layan Running Man dengan drama Taiwan. Kalau ada spelling mistake tu, abaikan la ye. By the way, fanfic baru bakal menyusul dan ceritanya berunsur thriller. Sinopsis dan prolog akan di publish tak lama lagi. Hope anda anda semua berminat untuk membacanya. Fanfic bersiri tapi pendek je la. Terima kasih kerana setia menanti. Next chapter dalam masa tiga empat hari lagi okay. This is my promise.


Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

2 comments:

crayon_amira said...

akhirnya unnie update..ehheh
tak puas bace la unnie..
nak lg~~next chapter,next chapter :D
eehhehe

darla carolina said...

@crayon_amira - thanks setia menunggu . nxt chpter still on draft . nnti unnie post klaw da siap kay :)