AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

Untouchable Memory : Babak 17 | Reaksi Nana


Babak sebelum ini >Rahsia Jaejin<

Jaejin POV
Pandanganku dilemparkan jauh ke luar jendela. Agak bosan apabila berseorangan di dalam bilik seperti ini. Apa agaknya yang sedang dilakukan oleh Nana. Aku merinduinya. Dalam keadaan aku seperti ini, aku tahu bahawa aku tidak layak untuk berjumpa dengan Nana. Tidak, aku tidak mahu dia melihat aku dalam keadaan seperti ini. Tablet PC yang berada di atas meja sisi itu aku capai.

Sudah lama aku tidak membuka laman web fan club Brown Eyed Girls. Hampir sebulan rasanya. Bila agaknya mereka mahu mengadakan fan meeting. Aku tidak pernah berpeluang untuk menghadirinya selama ini kerana sibuk dengan hal-hal kerja. Tangan pantas sahaja menyentuh skrin tablet PC untuk melayari internet. Seakan-akan ingin melonjak apabila mataku tertancap pada headline artikel di bahagian news. Brown Eyed Girls akan mengadakan fan meeting khas untuk mereka yang terawal membeli album baru Brown Eyed Girls. Aku tidak boleh melepaskan peluang ini. Segera aku menghubungi Seunghyun untuk meminta tolong daripadanya.

Tok..Tokk..Tokk..
Aku memandang ke arah muka pintu. Kelihatan seorang lelaki menjengulkan kepalanya di muka pintu. Changmin hyung rupanya.
"Oh, hyung. Ingatkan tak datang. Masuk la."
Aku menjemputnya masuk.
"Ni bukan rumah pun sampai nak jemput masuk."
Balasnya lalu tertawa.
"Soojin noona mana?"
Aku bertanya.
"Kejap lagi dia datang. Dia kena tengok pesakit lain dulu. Operation tu bila?"
Changmin pula bertanya.
"Dalam dua jam lagi. Hyung, kalau ada apa jadi kat saya, tolong jaga Soojin noona ya."
Pintaku.
"Kenapa cakap macam tu. Jangan risau la. Takkan jadi apa-apa punya. Semuanya akan selamat. Hyung percaya pada kebolehan Soojin dan mereka yang lain."
Balas Changmin.

Aku mula berasa kekok apabila didatangi pelawat. Sebenarnya Changmin adalah rakan sekelas Soojin noona ketika di universiti. Dia juga merupakan seorang doktor tetapi dalam bidang yang berbeza. Noona telah menceritakan tentang hal penyakitku padanya. Changmin juga sering berkunjung ke rumahku. Pernah sekali aku menganggap bahawa mereka mempunyai hubungan istimewa tetapi berkali-kali noona menyangkal penyataanku apabila aku mengusiknya. Mungkin malu atau sememangnya mereka hanya sekadar berteman sahaja. Tapi alangkah bagusnya jika hubungan mereka benar-benar sepasang kekasih. Tak perlulah aku berasa susah hati untuk meninggalkan noona.

"Hyung tak kerja hari ni?"
Tanyaku.
"Kerja tapi shift petang. Ingat nak ajak Soojin keluar lunch kejap lagi. Lepas tu dia bagitahu pasal operation ni, tu yang hyung datang tu. Don't worry, you'll be alright."
Ucap Changmin hyung.
"Nae, gomawo. Haa tu pun noona."
Kataku lalu menuding ke arah muka pintu.
Pantas Changmin menoleh ke belakang untuk melihat Soojin noona. Apabila aku melihat reaksi Changmin hyung, aku tahu bahawa dia menyimpan perasaan terhadap noona.
"Jaejin, macam mana hari ni? Semua okay ke?"
Tanya noona.
"Semua okay. Noona borak-borak la dengan Changmin hyung ni. Dia datang sebab nak jumpa noona bukan Jaejin."
Aku cuba untuk mengusik.
"Eh, hyung datang sebab nak lawat Jaejin la."
Changmin pula yang terasa.
"Tapi bukan tu sebab utamanya kan?"
Tambahku lagi.
"Ada-ada je la Jaejin ni."
Ujar Soojin noona.

Pelbagai cerita dijadikan perbualan. Satu persatu topik dibualkan. Katanya apabila bersembang dan ketawa, ianya boleh mengurangkan rasa tertekan sebelum pembedahan. Untung juga ada yang ingin berbual denganku. Nak harapkan Seunghyun, katanya ada temu janji dengan pelanggan pada pagi ini. Petang nanti baru dia dapat melawatku. Hal pejabat pun telah selesai tanpa perlu aku fikirkan. Seunghyun sudah mampu menguruskannya sendirian.

********

Seunghyun POV
"Macam mana dengan pembedahan tu?"
Tanyaku.
"Baru sahaja selesai. Dia masih belum sedar lagi. Sedatif tu buat Jaejin lemah. Mungkin dalam kurang dua jam lagi dia akan sedar. Tapi jangan risau, kami berjaya untuk membuang sel-sel ketumbuhan yang merebak tu."
Balas Soojin noona.
"Okay okay. Tak apalah. Saya dalam perjalanan ke sana. Gomawo noona."
Ucapku sebelum menamatkan panggilan.
Tenang sedikit hatiku setelah mendengar penjelasan dari Soojin noona. Agak seram sejuk juga apabila Jaejin tidak menjawab panggilanku tadi. Degupan jantungku juga kencang seolah-olah kuda sedang berlumba. Tapi setelah mendengar jawapan noona, segala-segalanya kembali normal. Aku menukar arah pemanduanku ke sebuah kafe sebelum ke hospital. Jika aku pergi sekarang pun, Jaejin masih belum sedar lagi. Lebih baik aku mengisi perut terlebih dahulu. 

*******

Nana POV
Aku dan Jojo memilih untuk ke sebuah kafe sebagai tempat untuk santapan tengah hari kami. Di sini makanannya pun boleh mengenyangkan. Jojo memilih caramel machiato manakala aku pula memesan mocha latte. Jojo menatang dulang yang berisi dua gelas coffee, donat, dan juga sandwich. Aku membantunya mencari meja yang kosong. Kami duduk berdekatan dengan penjuru kafe tersebut di mana boleh melihat ke arah luar kafe. 
"Haaa Nana Nana Nana, tadi abang aku ada cakap telefon dengan kawan dia. Kau nak tahu apa yang aku dengar?"
Tanya Jojo sejurus duduk.
"Kau ni tak menyempat. Kalau ya pun, duduk dulu. Minum lepas tu baru cerita."
Balasku lalu menghirup mocha latte yang dibawa tadi.
"Kau mesti terkejut kalau kau dengar cerita aku ni."
Gesa Jojo.
"Apa? Cerita la. Ada kaitan dengan aku ke?"
Tanyaku.
"Ada ada ada. Pasal Jaejin. Aku rasa ni mesti Jaejin kau tu. Aku yakin sangat."
Balas Jojo.
Hampir tersembur minumanku setelah mendengar ayat Jojo.
"Jaejin? Lee Jaejin? Kenapa dengan dia?"
Aku bertanya.
"Aku dengar dia ada kat hospital sekarang ni. Abang aku nak pergi melawat dia. Tadi aku dengar dia sebut Soojin. Aku pernah dengar kau cakap pasal Soojin tu. So aku memang yakin sangat ni mesti pasal Jaejin kau tu. Dia sakit ke? Kau tak pernah cakap dengan aku pun. Ke dia memang nak rahsiakan benda ni dari kau?"
Ucap Jojo.
Aku tidak tahu untuk membalas pertanyaan Jojo. Benarkah Jaejin sengaja merahsiakan keadaan kesihatannya daripada pengetahuanku? Sakit apakah dia? Mindaku bercelaru. Segala yang pernah kami lalui kembali bermain di fikiranku. Wajah Jaejin kerap kali pucat apabila kami bersama. Tapi tidak pernah pula dia memberitahuku tentang sakitnya itu. Adakah dia meninggalkanku kerana ini? Adakah sakitnya itu merupakan punca kami tidak boleh bersama. Terlalu banyak yang ingin aku ketahui. Dan segala jawapan itu hanya boleh diberi oleh Jaejin.
"Betul ke? Tapi sakit apa? Dia tak pernah bagitahu aku apa-apa pun."
Balasku.
"Aku kurang jelas. Tapi macam teruk juga la. Sebab aku ada dengar pasal operation apa entah."
Jawab Jojo.
Aku terpana mendengar jawapan yang diberi Jojo. Jika Jaejin perlu menjalani pembedahan, sudah tentu penyakit yang dihidapnya itu serius. Tatkala itu juga aku terlihat Seunghyun baru melangkah keluar dari kafe. Aku amat yakin itu adalah Seunghyun, rakan kepada Jaejin. 
"Jojo, aku pergi dulu. Nanti aku call kau."
Ucapku seraya melangkah meninggalkan Jojo.
Aku cuba untuk mendekati Seunghyun dan ketika itu juga telefon bimbitnya berdering. Segera aku bersembunyi di sebalik papan tanda yang ada di situ. 
"Dah sedar ke? Baiklah, noona. Saya akan ke sana. Terima kasih sebab bagitahu saya."
Aku sempat mendengar butir perbualan Seunghyun.
Mungkin panggilan tadi ada kaitannya dengan Jaejin. Jika aku bertegas untuk menggesa Seunghyun memberitahuku keadaan Jaejin, pasti dia akan berdalih. Aku memutuskan untuk mengekorinya. 
Aku cuba mengekori Seunghyun dengan jarak yang tidak mencurigakan. Jangkaanku tepat. Seunghyun kini memasuki perkarangan Hankuk Hospital. Aku turut mengekori setiap gerak-gerinya. Seunghyun berjalan menuju ke bahagian radioterapi dan onkologi. Ketika ini jantungku berdegup kencang. Benarkah Jaejin adalah orang yang ingin ditemui Seunghyun? Seunghyun mematikan langkahnya di hadapan sebuah bilik. Cepat-cepat aku bersembunyi di sebalik dinding. Aku cuba untuk mencuri pandang ke arah Seunghyun. Dia membuka pintu bilik tersebut sebelum melangkah masuk ke dalamnya. Kemudian pintu bilik tersebut ditutup semula. 
Aku menuju ke bilik tersebut dengan debaran di dada yang cukup kencang. Aku tidak tahu apa yang bakal terjadi padaku jika benar Jaejin yang berada di dalam bilik tersebut. Aku cuba melihat ke dalam bilik tersebut melalui kaca yang membolehkan pandanganku menembusi ke dalam bilik itu. Ketika itu juga lututku terasa lemah. Wajah pucat lesi yang ku lihat itu sememangnya Lee Jaejin, lelaki yang benar-benar aku cintai.

--------------------------------------------------------------------------------------

//Kalau ada spelling mistakes, abaikan ya. Nak cepat ni. Kejap lagi nak pergi melawat nenek tersayang. Part ni tak seronok. Ayat penulisan ni pun makin teruk -.- Code player tu dah biol dah. Abaikan je la.


Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

8 comments:

nanajoe said...

fuyohhhhhh yeah akhirnya den baca sampai sini TT_TT AAAAAAAAAAAAA SAMBUNG LAGIII UNNIE WOHOOO

crayon_amira said...

unnie update tepat pade waktu nye.ehheh
omg,omg,wishlist jaejin da nak hampir complete.~
nana pon da tau yg jaejin masuk hospital..Aaaaa kite suke bab ni~~tp sedih T_T (bg kite sedih) ehehhe
sambung,sambung,sambung~~~~~

Miss Oat 익명 said...

done! sambung~ lagu apa yang unnie letak kat list fanfic tu? best sangat~

darla carolina said...

@Nana Johari - okay nnti unnie smbung . thanks for reading .

darla carolina said...

@crayon_amira - kan dah ckp seperti yg dijanjikan hehehe. sabar ye. nnti unnie update next chpter .

darla carolina said...

@myungsoo [myungmyung] - lagu ft island tuh ke ? lagu confession / I'm going to confess.

Shrek. said...

Nana dah lama tak baca fanfic unnie, terlepas dah berapa chapter dah. *O*O*O*O* UNNIE *O*O*O* DAEBAK *O*O*O*
Sambung~

darla carolina said...

@Na'na - dah sambung da pown syg ~