Nana POV
Terkaku seketika aku melihat Jaejin yang berada di dalam bilik tersebut. Aku mengatur langkah menuju ke kaunter. Terdapat dua orang jururawat yang sedang bertugas di situ. Mulut ini terasa begitu berat untuk bertanya. Pasti Jaejin telah terlalu lama menderita kerana penyakitnya itu. Jikalau sakitnya hanya sekadar penyakit ringan, mana mungkin dia ditempatkan di bahagian ini.
"Ya cik, ada apa-apa boleh saya bantu?"
Tanya jururawat yang berada di hadapanku.
Hanya kaunter itu sahaja yang memisahkan aku dan dua orang jururawat di situ.
"Maaf, boleh saya tahu bila pesakit bilik 209 tu akan discharged?"
Aku segera membalas pertanyaan jururawat itu dengan pertanyaan.
"Boleh saya tahu hubungan cik dengan Lee Jaejin-ssi?"
Dia pula yang bertanya.
"Oh, dia sepupu saya."
Bohongku.
"Buat masa sekarang, Lee Jaejin-ssi belum boleh keluar lagi. Dia baru sahaja selesai pembedahan. Mungkin ambil masa seminggu dua dahulu."
Jelas jururawat itu.
Aku mengangguk tanda mengerti.
"Baiklah kalau macam tu. Kamsahamnida."
Ucapku sambil tersenyum sebelum beredar dari situ.
Walaupun bibirku cuba mengukirkan senyuman, jauh di sudut hatiku amat membimbangkan kesihatan Jaejin. Aku ingin mengetahui penyakit sebenar Jaejin daripada mulutnya sendiri. Tapi apa yang aku benar-benar bimbangkan ketika ini adalah bagaimana untuk aku bersemuka dengannya dan apa yang bakal aku tanyakan. Adakah aku patut marah dengan tindakan Jaejin meninggalkanku?
Author POV
Setelah pertunangan Byunghun dengan Nana, Byunghun kini lebih sering menguruskan hal syarikat milik bapanya berbanding dengan dunia hiburannya sebagai model peragawan. Perwatakannya juga lebih serius berbanding sebelum ini yang lebih gemar keluar berhibur.
"Whoaa anak daddy sekarang makin nampak macam peneraju utama syarikat. You're doing a good job, son! Daddy bangga dengan kamu. Macam ni daddy boleh la bersara awal."
Ujar ayah Byunghun yang baru saja melangkah masuk ke dalam bilik pejabat anaknya itu.
"Tak adalah daddy, baru nak mencuba. Oh ya, lupa pula. Meeting dengan supplier untuk esok dah cancel. Tunda sampai hari Khamis ni."
Balas Byunghun.
"Okay. Anak daddy dah boleh handle company nampaknya. By the way, don't forget our family dinner tonight. And one more thing, jangan lupa jemput tunang kamu. Dah lama daddy tak jumpa dia. Menantu pun patut sekali sekala jenguk mertua."
Pinta ayahnya.
"Alright daddy, don't worry."
Ucap Byunghun.
Sebetulnya Nana masih belum menyatakan hasratnya untuk membatalkan pertunangan mereka. Dan disebabkan kesibukan Byunghun menguruskan syarikat bapanya, Nana hanya membiarkan sahaja hasratnya itu terbuku di dalam hati. Bagi dirinya, mungkin Byunghun juga tidak berfikir untuk menjalani hubungan serius sepertinya.
Nana POV
Pesanan ringkas yang dikirim oleh Byunghun dibaca berulang kali. Terdapat lambang hati pada hujung ayatnya. Wajahku langsung tidak dapat mengukirkan senyuman.
'I'll pick you up at 7. Wait for me okay my dear ♥ '
Kali ini aku harus berbincang dengan Byunghun. Aku telah memutuskan untuk bersama Jaejin walaupun keadaannya seperti itu. Sakit yang dihidapinya bukanlah satu alasan untuk aku berhenti mencintainya. Jari-jemariku pantas menaip untuk membalas pesanan ringkas Byunghun.
'But I've something to discuss with you. Urgent matter. Kalau boleh, datang pukul 6. Thanks.'
Aku meletakkan telefon bimbit di atas meja lalu mencapai alat kawalan jauh televisyen untuk menutupnya.
"Siapa text kau tu?"
Tanya Jojo dari arah dapur.
"Byunghun."
Jawabku acuh tak acuh.
"Tunang sayang la tu. Habis Jaejin kau apa cerita?"
Aku seolah-olah menjadi mangsa temuramah Jojo pula.
"Kau ni kalau satu hari tak datang rumah aku ni tak boleh ke?"
Aku cuba mengubah topik.
"Aigoo. Tak sudi dah ke nak tengok muka aku. Macam ni aku balik la."
Balas Jojo.
"Aku gurau je. Actually aku penat la. So kau jangan nak interview sangat okay."
Jelasku.
"Okay okay okay. Tapi kenapa Byunghun text kau?"
Satu soalan lagi diutarakan.
"Kau ni, banyak pula soalannya. Dia ajak aku join family dinner. Itu sahaja. Dah dah jangan tanya."
Aku menamatkan perbualan lalu memejamkan mata.
Niat di hati ingin lelap untuk seketika. Aku perlu bersedia untuk menghadapi Byunghun. Makin banyak yang difikirkan, makin bertambah pening kepalaku dibuatnya. Buatnya Byunghun tidak mahu pertunangan kami diputuskan, makin parah keadaan aku dan juga Jaejin. Walau apapun yang berlaku, tiada apa yang mampu menghalang keputusanku.
//Seriously skill penulisan makin teruk TT-TT Spelling error harap diabaikan. YouTube player tu dah problem. So memang tak boleh nak pause and lagu tuh tak replay dah. Still fikir macam mana nak letak lagu kat sini selain guna dumper. Tak apalah abaikan je pasal tu. Fanfic bersiri pendek genre thriller tu tak jadi untuk di publish buat masa ni sebab story line belum cukup kukuh. Dan kepada pembaca Call Me Oppa! sekalian, sequel untuk fanfic tu akan start dalam bulan depan. Wish me luck. And thanks for always supporting me.
"Ya cik, ada apa-apa boleh saya bantu?"
Tanya jururawat yang berada di hadapanku.
Hanya kaunter itu sahaja yang memisahkan aku dan dua orang jururawat di situ.
"Maaf, boleh saya tahu bila pesakit bilik 209 tu akan discharged?"
Aku segera membalas pertanyaan jururawat itu dengan pertanyaan.
"Boleh saya tahu hubungan cik dengan Lee Jaejin-ssi?"
Dia pula yang bertanya.
"Oh, dia sepupu saya."
Bohongku.
"Buat masa sekarang, Lee Jaejin-ssi belum boleh keluar lagi. Dia baru sahaja selesai pembedahan. Mungkin ambil masa seminggu dua dahulu."
Jelas jururawat itu.
Aku mengangguk tanda mengerti.
"Baiklah kalau macam tu. Kamsahamnida."
Ucapku sambil tersenyum sebelum beredar dari situ.
Walaupun bibirku cuba mengukirkan senyuman, jauh di sudut hatiku amat membimbangkan kesihatan Jaejin. Aku ingin mengetahui penyakit sebenar Jaejin daripada mulutnya sendiri. Tapi apa yang aku benar-benar bimbangkan ketika ini adalah bagaimana untuk aku bersemuka dengannya dan apa yang bakal aku tanyakan. Adakah aku patut marah dengan tindakan Jaejin meninggalkanku?
********
Seharian ini aku hanya duduk bersendirian di rumah sahaja semenjak pulang dari hospital. Fikiranku bercelaru. Pelbagai persoalan yang timbul di benak akalku. Apakah ini semua telah dirancang oleh Jaejin? Membuatkan aku jatuh cinta padanya dan kemudian meninggalkanku? Tapi Jaejin yang aku kenali tidak mungkin sekejam itu.
Ding..dong..ding..dong...
Bunyi loceng pada muka pintu itu aku endahkan.
"Yah Kim Nana! Kau ni kenapa? Sampai pintu pun dah tak boleh buka."
Sergah Jojo yang entah bila munculnya.
Pertanyaan Jojo yang lebih kepada jerkahan itu aku biarkan berlalu tanpa jawapan.
"Nana! Kim Nana! Apa dah jadi dengan kau ni?"
Jeritnya lagi.
"Ni mesti pasal Jaejin tu kan."
Duga Jojo.
Aku masih tidak mempedulikannya. Jojo membaling sebiji bantal berbentuk empat segi yang diambilnya di atas sofa itu ke arahku sebelum meletakkan pinggulnya di situ.
"Yah, Jojo! Apa ni baling-baling bantal."
Jerkahku.
"Haa bernyawa lagi rupanya. Kau ni Nana, dah macam tak ada roh dah aku tengok. Kusut memanjang. Apa yang kau fikir? Kau fikir pasal benda yang aku bagitahu kat kafe siang tadi ke?"
Tanya Jojo.
Aku kembali membisu untuk beberapa saat sebelum membalas pertanyaannya.
"Kau tahu ke Jaejin sakit apa?"
Kini Jojo memandangku dengan penuh minat.
"Kau tak tahu lagi ke? Tadi petang oppa aku balik rumah dengan unnie yang satu kelas dengan dia masa kat campus dulu. Lepas tu aku terdengar la perbualan diorang pasal Jaejin. Aku yakin sangat ni Jaejin yang arkitek tu. Daripada apa yang aku dengar, rasanya macam kanser je."
Jawapan Jojo benar-benar memberikan tamparan yang hebat.
Benarlah sangkaanku, penyakit Jaejin bukanlah satu gurauan. Walaupun pengetahuanku mengenai bidang perubatan amatlah cetek, tetapi mendengar perkataan kanser itu sahaja sudah cukup membuatkan aku berfikir tentang kematian. Lee Jaejin, gurauan apakah yang sedang engkau rencanakan ketika ini?
********
Jaejin POV
Setelah pembedahan itu, badanku menjadi lebih lemah. Kata Soojin noona, ianya hanyalah kesan sampingan awal setelah selesai pembedahan. Selepas dua tiga hari, barulah keadaan badanku akan kembali normal. Aku bersyukur kerana pembedahan tersebut telah berjaya membuang sel-sel yang merebak di dalam tubuhku.
Mungkin aku sudah patut bersedia untuk menerima saat kematianku bermula daripada sekarang. Masa yang tinggal untukku sangat suntuk. Penyakitku ini tidak mungkin akan sembuh walaupun telah berkali-kali aku mendengarkan ayat positif daripada noona. Perbualannya dengan seorang doktor lain yang aku dengari tanpa disengajakan itu lebih menguatkan lagi sangkaanku. Noona juga seringkali mengelak apabila aku bertanyakan soal tempoh masa yang tinggal untukku.
"Kita dah usahakan yang terbaik untuk Jaejin-ssi. Tapi saya tahu yang awak sendiri sedia maklum dengan keadaannya bukan. Ketumbuhan itu tak mungkin dapat dibuang. Semakin hari, ianya semakin membesar. Walaupun sel-sel yang merebak itu telah kita buang, keadaan tetap tidak akan berubah."
Masih terngiang-ngiang lagi ayat yang keluar dari mulut Doktor Lee kepada Soojin noona itu.
********
Angin pagi yang meniup masuk melewati ruang jendela itu menyapu lembut wajahku. Entah bila pula aku tertidur pun tidak aku ketahui. Mungkin terlalu banyak perkara yang aku fikirkan malam tadi. Aku bingkas bangun dari katil lalu mengusung palang besi yang tergantung plastik air dimana tiubnya disambung dan dicucuk pada tanganku. Dengan lemah aku melangkah menuju ke arah sinki untuk mencuci muka.
"Jaejin-ssi, awak dah bangun rupanya."
Ucap seorang jururawat yang baru masuk ke dalam bilikku.
Di tangannya terdapat dulang yang berisi makanan. Dan yang pastinya makanan itu sememangnya tidak pernah enak dan kena pada seleraku. Aku meneruskan perbuatanku dan mengendahkan jururawat itu. Aku melihatnya daripada pantulan cermin muka yang melekat pada dinding di hadapanku.
"Ni saya bawakan makanan. Jangan lupa makan ya. Lepas makan nanti, ambil ubat ini."
Tambahnya lagi lalu meletakkan dulang itu di atas meja yang disambungkan pada hujung katil.
Aku hanya membalas dengan anggukan. Jururawat itu kemudiannya beredar dan meninggalkanku sendirian. Mengeluh aku melihat makanan yang dihantar olehnya. Mahu atau tidak, terpaksa juga aku telan sekadar untuk mengisi perut sebelum mengambil ubat.
Selesai makan, aku memutuskan untuk mengambil angin diluar pula. Jika seharian di dalam bilik, boleh mati akibat proses pengecutan dan kebosanan dibuatnya. Aku memilih untuk duduk di pondok yang tersedia di bahagian tepi hospital. Kelihatan beberapa orang pesakit yang duduk di atas kerusi roda disorong oleh ahli keluarga yang hadir. Dan aku pula hanya bersendirian di sini. Bersendirian melawan penyakit yang mengubah perjalanan hidupku dan seterusnya membuatkan aku menjadi seperti orang yang kesunyian di dunia ini. Entah mengapa semenjak akhir-akhir ini aku sering sahaja mengeluh.
"Lee Jaejin..."
Suara yang amat ku kenali itu menampan gegendang telingaku.
Aku cuba menoleh ke arah suara itu dilontarkan. Terkesima aku melihat Nana yang berdiri tidak jauh daripadaku. Dia hanya berdiri kaku memandangku. Wajahnya pula bertakungkan air mata. Lama dia berdiri di situ sebelum aku berjalan menghampirinya.
"Nana...apa yang awak buat kat sini?"
Tanyaku perlahan.
Tanpa ku duga, satu tamparan hinggap pada wajahku. Tidaklah sekuat mana tapi ianya memberikan kesan pada hatiku.
"Awak...kenapa awak tipu saya.."
Nana pula yang bertanya.
Anak matanya memandang tepat ke dalam mataku. Walaupun terdapat api kemarahan di situ, aku tetap dapat mengesan keikhlasannya terhadapku.
"Nana, mianhae..."
Ucapku lalu mendakapnya.
Nana membalas pelukanku. Aku mengeratkan lagi pegangan pada pinggang Nana. Saat yang benar-benar aku rindui.
"Kenapa Jaejin....Kenapa awak rahsiakan daripada saya? Siapa saya bagi diri awak?"
Soal Nana dalam pelukan.
"Syhh... Saya minta maaf sebab rahsiakan daripada pengetahuan awak. Saya cuma tak mahu ada yang menderita kerana saya."
Balasku.
"Tapi kenapa saya? Kenapa awak mesti mencintai saya selepas semua ini dan kenapa awak buat saya jatuh cinta pada awak, Jaejin. Awak memang kejam."
Esakannya kini tidak mampu ditahan lagi.
Nana kini menangis dalam pelukanku. Dan semua itu adalah kerana diriku. Ya, aku memang bersalah kerana terlalu mementingkan diri. Aku bersalah kerana membiarkan Nana mempunyai perasaan terhadapku.
"Nana, maafkan saya sebab tak pernah memikirkan perasaan awak. Saya terlalu pentingkan diri."
Balasku.
Nana mendongak lalu memandang ke dalam anak mataku.
"Jangan simpan kesakitan ini seorang diri lagi. Saya tak sanggup melihat awak terseksa seperti ini."
Pinta Nana.
Aku hanya mengangguk. Di saat itu juga air mata lelakiku tumpah tanpa diminta.
********
Author POV
Setelah pertunangan Byunghun dengan Nana, Byunghun kini lebih sering menguruskan hal syarikat milik bapanya berbanding dengan dunia hiburannya sebagai model peragawan. Perwatakannya juga lebih serius berbanding sebelum ini yang lebih gemar keluar berhibur.
"Whoaa anak daddy sekarang makin nampak macam peneraju utama syarikat. You're doing a good job, son! Daddy bangga dengan kamu. Macam ni daddy boleh la bersara awal."
Ujar ayah Byunghun yang baru saja melangkah masuk ke dalam bilik pejabat anaknya itu.
"Tak adalah daddy, baru nak mencuba. Oh ya, lupa pula. Meeting dengan supplier untuk esok dah cancel. Tunda sampai hari Khamis ni."
Balas Byunghun.
"Okay. Anak daddy dah boleh handle company nampaknya. By the way, don't forget our family dinner tonight. And one more thing, jangan lupa jemput tunang kamu. Dah lama daddy tak jumpa dia. Menantu pun patut sekali sekala jenguk mertua."
Pinta ayahnya.
"Alright daddy, don't worry."
Ucap Byunghun.
Sebetulnya Nana masih belum menyatakan hasratnya untuk membatalkan pertunangan mereka. Dan disebabkan kesibukan Byunghun menguruskan syarikat bapanya, Nana hanya membiarkan sahaja hasratnya itu terbuku di dalam hati. Bagi dirinya, mungkin Byunghun juga tidak berfikir untuk menjalani hubungan serius sepertinya.
********
Pesanan ringkas yang dikirim oleh Byunghun dibaca berulang kali. Terdapat lambang hati pada hujung ayatnya. Wajahku langsung tidak dapat mengukirkan senyuman.
'I'll pick you up at 7. Wait for me okay my dear ♥ '
Kali ini aku harus berbincang dengan Byunghun. Aku telah memutuskan untuk bersama Jaejin walaupun keadaannya seperti itu. Sakit yang dihidapinya bukanlah satu alasan untuk aku berhenti mencintainya. Jari-jemariku pantas menaip untuk membalas pesanan ringkas Byunghun.
'But I've something to discuss with you. Urgent matter. Kalau boleh, datang pukul 6. Thanks.'
Aku meletakkan telefon bimbit di atas meja lalu mencapai alat kawalan jauh televisyen untuk menutupnya.
"Siapa text kau tu?"
Tanya Jojo dari arah dapur.
"Byunghun."
Jawabku acuh tak acuh.
"Tunang sayang la tu. Habis Jaejin kau apa cerita?"
Aku seolah-olah menjadi mangsa temuramah Jojo pula.
"Kau ni kalau satu hari tak datang rumah aku ni tak boleh ke?"
Aku cuba mengubah topik.
"Aigoo. Tak sudi dah ke nak tengok muka aku. Macam ni aku balik la."
Balas Jojo.
"Aku gurau je. Actually aku penat la. So kau jangan nak interview sangat okay."
Jelasku.
"Okay okay okay. Tapi kenapa Byunghun text kau?"
Satu soalan lagi diutarakan.
"Kau ni, banyak pula soalannya. Dia ajak aku join family dinner. Itu sahaja. Dah dah jangan tanya."
Aku menamatkan perbualan lalu memejamkan mata.
Niat di hati ingin lelap untuk seketika. Aku perlu bersedia untuk menghadapi Byunghun. Makin banyak yang difikirkan, makin bertambah pening kepalaku dibuatnya. Buatnya Byunghun tidak mahu pertunangan kami diputuskan, makin parah keadaan aku dan juga Jaejin. Walau apapun yang berlaku, tiada apa yang mampu menghalang keputusanku.
----------------------------------------------------------------------------
2 comments:
Aaaaaaaaaaaaaa....nana da tau juga akhirnya. jaejin sakit..
ala..mcm mne kalau byunghyun ta nk putus??tidak2. >< hahah
unnie update cepat2.nk tau apa jdi next chapter..unnie chayok!!! ^^
@crayon_amira - haaa bersabar bersabar . heheheheh tggu je lha ape yg jadi ngn nana n byunghun tuh ><
Post a Comment