AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

Oppa Nae Nampyeon | Pengenalan , Watak dan Perwatakan



Tajuk Cerita: Oppa Nae Nampyeon [Oppa Is My Husband]
Genre: Comedy, Romance, School
Jenis Cerita: Fan Fiction Bersiri
Pengarang: Darla Carolina
Status: Ongoing


RINGKASAN CERITA
                            Seung Hyun dan Hwa Na sering sahaja bertelingkah dan berkelahi setiap kali berjumpa. Tetapi dalam masa yang sama, mereka berdua masing-masing menyimpan perasaan terhadap satu sama lain. Hwa Na berada dalam dilema apabila Myung Soo turut meluahkan perasaan padanya. Dia mempunyai perasaan terhadap lelaki itu selama ini dan Myung Soo juga merupakan lelaki idamannya. Lebih menyulitkan lagi apabila hubungan Hwa Na dengan Seung Hyun menjadi semakin rapat ketika Myung Soo meluahkan perasaannya itu. Hwa Na yang tinggal bersama datuknya itu tidak pernah mengetahui akan perjanjian yang pernah dibuat oleh datuk Seung Hyun bersama datuknya untuk menyatukan mereka. Disebabkan kasihnya pada datuk yang telah menjaga dan membesarkannya selama ini, dia terpaksa menurut sahaja permintaan tersebut. Bagaimanakah kehidupan Hwa Na dan Seung Hyun setelah berkahwin? Dapatkah mereka mengekalkan hubungan yang baik sebagai pasangan suami isteri? Apakah yang akan terjadi dengan mereka?
Segalanya bakal terjawab dalam "Oppa Nae Nampyeon".

PREFACE
                           Cerita ini merupakan kesinambungan daripada fan fiction one-shot saya sebelum ini yang berjudul Call Me Oppa! dimana saya menggunakan Seung Hyun, Hwa Na (OC), Myung Soo dan juga Ji Eun sebagai pemain peranan di dalam cerita tersebut. Watak yang digunakan masih lagi dikekalkan. Jalan ceritanya diselitkan dengan unsur-unsur komedi dan kehidupan remaja pada zaman persekolahan. Kelainan yang ditonjolkan dalam cerita ini adalah apabila watak utama terpaksa menurut kemahuan orang tua yang ingin menyatukan mereka. Jutaan terima kasih diucapkan kepada mereka yang telah pun membaca Call Me Oppa! dan cerita ini adalah untuk menunaikan permintaan anda. Dan terima kasih sekali lagi kerana sudi membaca dan memberikan sokongan kepada saya. Tanpa anda semua, tidak mungkin saya mampu menulis pelbagai cerita seperti sekarang.


WATAK DAN PERWATAKAN
Song Seung Hyun
Pelajar gred 12, mempunyai rupa paras yang tampan, senyumannya mampu memikat hati para gadis, salah seorang pelajar popular di sekolahnya sehinggakan ada kelab peminat ditubuhkan khas untuknya, berkelahi dengan Hwa Na merupakan tabiatnya.

Im Hwa Na
Pelajar gred 11, kolot dari segi pemakaian (tidak tahu berfesyen), berkaca mata besar, tiada daya tarikan, menyimpan perasaan terhadap Myung Soo yang dianggap sebagai lelaki idamannya tetapi dalam masa yang sama perasaannya terhadap Seung Hyun mula bercambah.

Kim Myung Soo
Pelajar pintar gred 12, sekelas dengan Seung Hyun dan berkawan sejak kecil lagi, ulat buku, seorang yang pendiam, sikapnya sangat bertentangan dengan Seung Hyun. Menyukai Hwa Na dan mencuba untuk mendapatkannya.

Lee Ji Eun
Pelajar gred 11, pandai bergaya, kawan baik Hwa Na, sudah mempunyai teman lelaki tapi gemar mendekati lelaki lain yang tergolong dalam kategori tampan dan berada seperti Seung Hyun, merupakan perunding imej tidak bertauliah Hwa Na.



Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

5 comments:

Wana said...

AAAAAAAAAAAAAAAAAOOOOOOOOOOOEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE OMGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG OMGGG

nanajoe said...

uuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Miss Oat 익명 said...

tak sabar rasanya~

darla carolina said...

sila bersabar ~ tak lama je lagi neyh heheheheh ^^ btw thanks :)

joe. said...

OMG BINI EDEN ADEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE !!! IU <3333333 AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA <333