Babak sebelum ini >Keluarga dan Percintaan<
Pesanan ringkas daripada penulis - babak ini mengandungi sedikit unsur kedewasaan (bed scene). Sila langkau sekiranya anda di bawah umur. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap pembaca di bawah umur yang membaca bahagian tersebut. Harap maklum, terima kasih.
Nana POV
Sudah hampir setengah jam aku dan Jaejin berada di dalam kereta di hadapan rumah Jaejin. Aku dapat merasakan bahawa ibunya juga tidak diberitahu tentang keadaannya.
"Jaejin, awak tak nak masuk ke?"
Tanyaku memecah kesunyian.
"Ermm.."
Jaejin tersentak mendengar pertanyaanku.
Mungkin sedari tadi hanya jasadnya sahaja yang berada di tempat duduk penumpang itu. Entah ke mana mindanya melayang pun tidak ku ketahui.
"Jaejin.."
Aku memanggilnya perlahan.
Wajah pucat dan sayu itu ku tatap. Walaupun hanya dari bahagian sisi, aku tetap dapat merasakan kesayuan pada wajahnya. Tangannya yang digenggam di atas riba itu ku sentuh,
Sejuk.
Mungkin dia belum bersedia untuk pulang ke rumahnya sendiri. Jaejin yang aku kenali ternyata tidak suka membuatkan orang lain risau akan dirinya. Lebih-lebih lagi dengan keadaan dirinya yang seperti ini.
Pucat.
Lemah.
Dan tidak bertenaga.
"Jaejin, muka awak masih pucat lagi. Kalau awak tak bersedia untuk berhadapan dengan omma awak, awak boleh balik ke rumah saya dulu buat masa ni."
Ujarku.
Aku dapat melihat Jaejin mengetap bibir. Ada sesuatu yang tersimpan di dalam hatinya. Sesuatu yang ditahan. Tetapi aku tidak mengetahuinya. Tanpa sebarang jawapan daripada mulut Jaejin, aku memandu kereta untuk pulang ke apartmenku.
********
Jaejin POV
Mungkin ini adalah masanya untuk aku memberitahu hal sebenar pada omma. Tapi apa yang akan omma lakukan jika dia mengetahuinya? Ini hanya akan merumitkan lagi keadaan. Sudah tentu omma akan menyuruh Soojin noona menjagaku dua puluh empat jam di hospital. Aku sudah naik muak dengan hospital.
Bagaimana pula aku ingin memperkenalkan Nana pada omma sekiranya dia telah mengetahui yang aku ni sakit? Nana pula yang akan susah. Ahhh naik pening kepalaku memikirkannya.
"Jaejin, muka awak masih pucat lagi. Kalau awak tak bersedia untuk berhadapan dengan omma awak, awak boleh balik ke rumah saya dulu buat masa ni."
Suara Nana sekali lagi kedengaran.
Betul juga kata Nana tu. Lagipun dengan muka aku yang sekarang ni pasti membuatkan omma bertambah pelik. Makin disuruhnya aku ke hospital nanti adalah. Tapi kesian pula omma sendirian di rumah berhari-hari. Eh, sebelum ni pun omma dah biasa seorang diri di rumah ketika aku mempunyai urusan kerja di luar daerah. Arghhh pening pening pening! Aku mengusutkan rambutku seperti mana mindaku ketika ini.
"Jaejin, awak kenapa?"
Tanya Nana yang sedang memandu.
Pantas aku menoleh ke arahnya.
"Eh tak ada apa-apa. Nana, saya tak nak menyusahkan awak. Apa kata kalau awak hantar saya ke hotel yang terdekat. Tentang kereta saya, esok saya akan suruh Seunghyun hantarkan ke sana."
Jawabku.
Nana memberhentikan kereta di bahu jalan. Dia menoleh kearahku. Kedua-dua tanganku digenggamnya.
"Jaejin, awak tak menyusahkan pun. Sebagaimana awak anggap saya bukan satu bebanan pada awak, macam tu jugalah awak bagi diri saya."
Ucap Nana.
Ya, Nana bukan bebanan bagi diriku tetapi aku mungkin menjadi bebanan untuknya.
"Awak jangan fikir yang bukan-bukan ya, Jaejin."
Tambahnya lagi.
Aku hanya mengangguk lemah. Adakah aku patut menyalahkan takdir di atas segala yang terjadi. Ini sememangnya takdir yang telah tertulis untukku. Takdir yang telah menyebabkan Nana turut terlibat dan banyak berkorban untukku.
********
Aku menyisip susu yang dihulurkan oleh Nana. Mataku sesekali menjeling kelibatnya yang berada di dapur. Sudah beberapa jam aku di sini. Hari pun sudah hampir larut malam. Betulkah Nana menyuruhku tidur di sini? Di rumahnya? Di mana hanya aku dan dirinya sahaja berada di sini. Mungkin aku patut tinggal di hotel sahaja. Walaupun aku sering berkunjung ke sini, tetapi untuk bermalam itu belum pernah lagi. Dengan keadaan bilik yang cuma sebuah sahaja. Ahhh tak tahula.
"Haaihhh... molla.."
Keluhku.
"Jaejin, kenapa?"
Tanya Nana yang sedang menuju ke arahku.
Di tangannya terdapat sebuah piring berisi buah-buahan yang telah siap dipotong. Aku meletakkan gelas susu yang dipegang sedari tadi di atas meja. Piring yang dibawa Nana pula aku sambut dan turut meletakkannya di atas meja.
"Kenapa dengan saya? Tak ada apa-apalah sayang. Saya okay je."
Jawabku.
"Yalah, awak tu mengeluh pula. Tak pernah saya dengar awak mengeluh sebelum ni."
Ujarnya.
Ternyata keluhanku sememangnya berat sehinggakan Nana juga mampu mendengarnya.
"Sayang, saya rasa lebih elok kalau saya tinggal kat hotel je malam ni. Lagi pun apartmen awak ni kan cuma sebilik. Takut nanti awak pula yang tak selesa."
Aku membalas.
"Jaejin.."
Suaranya sedikit tinggi tetapi masih dengan nada yang lembut.
Kedua-dua tangannya memegang pipiku kiri dan kanan. Ibu jarinya pula mengusap lembut pipiku.
"Kan saya dah cakap, awak tinggal je kat sini buat sementara waktu. Kalau awak tinggal kat hotel tu, bukan ada pun yang jaga makan pakai awak. Kalau dekat sini ada saya. Boleh la saya sediakan makan minum untuk awak, jaga awak. Semuanya saya boleh buat. Awak jangan risau. Saya tak pernah pun rasa tak selesa bila dengan awak, Jaejin."
Ucap Nana.
Aku mengambil kedua-dua belah tangannya yang menyentuh pipiku dan membawanya ke dalam pelukanku. Entah mengapa aku benar-benar menginginkan dunia di mana hanya aku dan Nana sahaja yang wujud di dunia tersebut.
"Gomawo..."
Bisikku pada telinganya.
Pelukanku semakin erat.
"Jinjja gomawo."
Tambahku lagi.
Aku berterima kasih di atas segala pengorbanan yang dilakukan Nana hanya untukku. Jika aku ditakdirkan untuk mati pada hari ini, aku rela. Tiada kekesalan lagi untukku kini. Dengan perlahan kami melepaskan pelukan.
"Saya dah minta cuti dua hari. So I'll be free until next Tuesday. Boleh la saya habiskan masa bersama awak."
Ujar Nana menguntum senyuman.
Aku mengusap lembut kepalanya. Banyak benar persediaan yang dilakukan olehnya hanya untuk menggembirakanku.
Ring..ring..ringg...
Telefon bimbit Nana yang berada di atas meja itu berdering.
'Myungsoo'
Nama yang muncul di atas skrin itu mengejutkanku. Apa pula yang dimahukannya.
"Kejap ya awak."
Pinta Nana.
Dia mencapai telefon bimbitnya itu lalu menuju ke balkoni sebelum menjawab panggilan tersebut. Mengapa pula dia harus menjauhkan dirinya jika tiada apa-apa yang harus dirahsiakan? Nana Nana Nana, apalah yang dirahsiakan itu.
********
Author POV
Dengan langkah yang laju, Nana mencapai beg tangan dan juga kunci keretanya lalu meluru ke pintu. Panggilan yang baru sahaja dijawab tadi membuatkan dirinya seperti itu.
"Awak, saya keluar sekejap ya."
Ucap Nana lalu bergegas meninggalkan rumahnya.
Jaejin yang masih tidak mengerti hanya terdiam kaku. Dia sangat mempercayai Nana. Segala anggapan yang negatif dibuangnya jauh-jauh. Mungkin ada sebabnya mengapa Nana tidak memberitahu ke mana hala tujunya itu. Dan mungkin juga Nana tidak mahu memberitahu tentang hal Myungsoo kerana mahu menjaga hatinya. Jaejin bingkas bangun dan menuju ke bilik air. Dia ingin menyegarkan dirinya terlebih dahulu.
Selesai mandi, dia menyarungkan pakaian pada tubuhnya kemudian menuju ke dapur. Perutnya lapar minta diisi tetapi dia tidak tahu apa yang boleh dimakan. Dibawa langkahnya kembali ke ruang tamu. Piring yang berisi buah-buahan itu dipandangnya. Dek kerana lapar, buah itu pun kelihatan menyelerakan.
"Haihhh."
Keluh Jaejin sendirian.
Alat kawalan jauh televisyen dicapai sebelum melabuhkan punggungnya di sofa empuk itu. Tangan kirinya menekan-nekan alat kawalan untuk mencari siaran yang menarik manakala tangan kanannya pula menyuap sepotong buah epal ke dalam mulut.
"Bosannya."
Jerit Jaejin.
Setelah hampir dua jam kaku di hadapan kaca televisyen, Jaejin mula bergerak menuju ke balkoni untuk menghirup udara segar. Lama dia di situ. Berdiri sambil tangannya direhatkan pada penghadang besi balkoni. Tanpa disedari, seseorang datang memeluknya dari arah belakang secara tiba-tiba. Dan lebih mengejutkan lagi apabila tangisan kedengaran pada telinganya. Jaejin cuba untuk berpusing tetapi tubuh itu menahan kuat dirinya dari berpusing.
"Sekejap."
Pinta Nana dalam sendu.
Jaejin terkejut apabila melihat reaksi Nana yang sebegitu. Apa yang membuatkan Nana menangis? Pelukannya juga terlalu kuat. Jaejin yakin sesuatu yang tidak menyenangkannya pasti telah berlaku. Dia memegang kedua-dua tangan Nana yang melilit pinggangnya. Perlahan dia memusingkan tubuhnya untuk menghadap wanita itu. Wajah Nana tunduk memandang jubin lantai. Wajah mereka terlalu rapat sehinggakan masing-masing dapat merasakan kehangatan nafas antara satu sama lain.
"Nana, kenapa sayang? Apa yang buat awak menangis ni?"
Tanya Jaejin.
Dia mengangkat perlahan wajah kekasih hatinya itu. Kelopak mata Nana menakungkan jernihan yang sentiasa tumpah mengalir deras pada pipinya. Jaejin menampung wajah Nana lalu menyapu air mata itu dengan menggunakan ibu jarinya. Mata mereka bertemu.
Lama.
Jarak wajah mereka yang terlalu rapat menyebabkan batang hidung mereka bersentuhan apabila Jaejin bergerak walaupun hanya seinci. Dengan sekelip mata bibir mereka telah pun bertemu. Jaejin terkejut dengan tindakan Nana yang menciumnya secara tiba-tiba. Dia dapat merasakan air mata Nana yang mengalir itu.
Lama bibir mereka bertautan. Tangan Jaejin yang tadinya kaku kini mula menyentuh mesra tengkuk Nana untuk menghangatkan lagi ciuman mereka. Tanpa meleraikan ciuman serta tanpa sebarang kata-kata, kedua-dua mereka bergerak masuk ke dalam rumah. Jaejin mengangkat Nana ke dalam pelukannya. Kakinya melangkah menuju ke katil dan kedua-dua mereka merebahkan diri di atas katil tersebut. Ciuman hangat sedari tadi dileraikan untuk mengambil nafas. Nana yang berbaring di atas katil memandang wajah Jaejin yang berada di atasnya tanpa berkelip.
"I'll not hurt you."
Ucap Jaejin.
Dia kembali menjamah mesra bibir Nana sebelum melucutkan pakaian mereka satu persatu. Ruang bilik tersebut turut hangat bersama kehangatan tubuh mereka.
********
Nana POV
Selimut yang membaluti tubuhku dirasakan seperti ditarik. Aku cuba menariknya kembali dengan mata yang tertutup. Siapa pula yang berani mengganggu tidurku ini. Tak mungkin mama datang ke rumah pada pagi-pagi seperti ini. Perlahan aku membuka kelopak mataku. Hampir terkeluar anak mataku apabila melihat Jaejin yang tidak berbaju terbaring di sebelahku. Dia yang menarik selimut sedari tadi. Akalku menjadi kosong seketika. Tiba-tiba pipiku terasa hangat setelah mengingati apa yang sebenarnya terjadi. Mataku meliar mencari pakaianku.
Aku lantas menepuk dahi setelah melihat pakaianku nun jauh di pintu bilik. Perlahan aku menarik selimut agar ianya betul-betul membaluti tubuhku dan mencuba untuk bangun.
Taappp.
Pantas tangan Jaejin menarik lenganku. Bila pula dia sedar pun aku tidak tahu. Dek kerana malu, aku kembali merebahkan tubuhku ke atas katil. Disebabkan aku tinggal bersendirian selama ini, katil bersaiz queen itu boleh dikatakan agak sempit untuk menjarakkan diri daripada Jaejin.
"Nak pergi mana tu sayang?"
Suara serak Jaejin bertanya.
"Err.. saya.. saya.. kerja kerja.. Saya nak siap pergi kerja."
Balasku.
"Hari ni awak mana kerja."
Ucap Jaejin.
Jarak antara kami terlalu dekat dan tidak sampai sedepa. Apa yang berlaku malam tadi membuatkan aku berasa sedikit kekok bersamanya. Aku mengetap bibir apabila melihat senyuman Jaejin.
"Sini la. Kenapa jauh sangat tu."
Pinta Jaejin lalu menarik tubuhku.
Sekali lagi mataku terbuntang. Dia menarikku di dalam selimut lalu merapatkan dirinya. Aku kini berada di dalam dakapan Jaejin. Dia memelukku dari arah belakang. Jujur saat seperti ini membuatkan aku berasa bahagia. Tapi aku tetap malu untuk bertentangan mata dengannya.
"Selamat pagi cinta."
Ucap Jaejin lalu mengucup bahuku yang tidak beralaskan walau seutas benang.
"Malam tadi. Ermm awak menangis tu. Tak apalah. Saya takkan paksa awak untuk cerita jika awak taknak. Tapi saya akan sentiasa mendengar bila awak ingin ceritakan pada saya."
Tambah Jaejin lagi.
Myungsoo. Dia yang menghubungiku malam tadi dan kerana dia jugalah aku menangis. Patutkah aku memberitahu Jaejin? Tapi aku tak mahu dia menganggap aku sebagai satu bebanan dan aku juga tak mahu jika dia menganggap bahawa dirinya adalah bebanan buatku.
"Saya tunggu bila awak dah bersedia."
Ungkap Jaejin.
Aku memusingkan tubuhku lalu memeluknya. Jaejin merenung ke dalam mataku. Rambutku yang separas bahu dielus manja sebelum menghinggapkan satu ciuman pada dahiku.
-------------------------------------------------------------------------------------
//First time buat bed scene. Aaaaaaaaaa blog ni dah tak suci lol :D Bawah umur yang dah baca tu jangan berimaginasi lebih-lebih okay. Lagi pun sikit je scene tu. Tak boleh lebih-lebih kang jadi smut pula :D Tadi dah check spelling tapi kalau ada salah juga tu, abaikan ya.
6 comments:
omg omg. silent reader here~~~ lmaooooooo unnie !!!!! bed scene omg dsasdfghjkl <333333333 gila hot walaupun sikit je part tu lol k ♥
@zitao - kay ZITAO pown bace fanfic eden gak lol :DD HAHAHAHHA suke ekkk bed scene. jo jo jo ~ ehh underage taley lebih" kay :DD
omg >< Aaaaaaaaaaaaaaaa *bed scene*
ahhaha...still bce if kite underage hahahha XD
jaejin,jaejin,*geleng2 kepala*
unnie next chapter~~~
@crayon_amira - amboi jgn imagine lebih" suda HAHHAHA :D
fuyoh ._. larat pulak dia ._. kata sakit ._. Eh apa yg aku fikir lol
@Nana Johari - HAHAHAHHAHAHA yang sakit tuh benda lain , bukannya yang itu lol :D mendalam betul fikiran Nana :D
Post a Comment