AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

Oppa Nae Nampyeon : Babak 1 | Segalanya Bermula Ketika ...




 -----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lebih lanjut mengenai pengenalan, watak dan perwatakan klik >sini<
Sila baca >prolog< terlebih dahulu untuk lebih memahami jalan cerita
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Author POV
Loceng kedengaran menandakan waktu rehat telah pun bermula. Seperti biasa, para pelajar bertempik kerana masa yang mereka nantikan akhirnya tiba. Ji Eun segera menarik-narik tangan Hwa Na sebagai arahan untuk bertindak pantas.
"Sabar la Ji Eun. Aku nak simpan buku dulu."
Ujar Hwa Na.
"Cepat! Nanti tak sempat la."
Balas Ji Eun dengan nada yang sedikit tinggi.
Hwa Na terkial-kial mengemas bukunya. Sesekali dia menolak bingkai cermin mata yang kian jatuh menggelongsori batang hidungnya.
Tok..tok..tokk..
Pintu hadapan kelas diketuk.
Seung Hyun berdiri di muka pintu memberikan sengih yang menampakkan sebaris giginya. Lesung pipit yang kelihatan menambahkan lagi manis wajahnya. 
"Seung Hyun oppa!"
Jerit Ji Eun.
Hwa Na pantas menoleh ke arah pintu. Dia membetulkan cermin matanya yang sememangnya sudah melekap pada matanya itu. Tanpa dijemput, Seung Hyun telah pun mengatur langkah menuju ke arah mereka. 
"Annyeong!"
Ucap Seung Hyun berwajah comel.
Kepalanya dilentokkan ke sebelah kiri sambil melambaikan tangan. Hwa Na terkebil-kebil melihat aksi Seung Hyun. Tidak pernah dia melihat Seung Hyun seperti itu. Tiba-tiba perkara yang berlaku di atas bumbung sekolah tempoh hari melintas di fikirannya. 
"Erkk... Ji Eun, kau pergi dulu la."
Ujar Hwa Na.
Sekali lagi dia menolak bingkai cermin matanya. Darah menyerbu naik ke muka apabila dia terbayang kejadian dimana Seung Hyun meluahkan perasaan terhadapnya.
"Kenapa aku kena pergi dulu?"
Tanya Ji Eun.
"Aku ada hal sikit nak cakap dengan orang gila ni."
Jawab Hwa Na selamba.
"Mwo? Gila?! Siapa yang gila?"
Celah Seung Hyun.
"Hahaha mula la tu nak bergaduh. Dah la, aku pergi dulu. Nanti aku tunggu kat kantin je."
Ucap Ji Eun.
Hwa Na menjadi kekok apabila ditinggalkan berdua sahaja di situ. Tetapi untuk membiarkan Ji Eun bersama lebih merisaukannya. Dia sendiri tahu akan perangai Ji Eun yang suka berkepit dengan Seung Hyun. Cemburu? Mungkin tidak. Cuma dia tidak suka melihat Ji Eun yang sudah mempunyai teman lelaki berkelakuan seperti itu.
"Eh Si Hodoh. Kau tak nak rehat ke?"
Tanya Seung Hyun.
"Kau ni tak habis-habis panggil aku Si Hodoh. Aku ada nama la! Gila betul!"
Marah Hwa Na.
Tergelak Seung Hyun melihat wajah Hwa Na memarahinya. 
"Yalah, Hwa Na. Im Hwa Na. Puas? Hahahaaa."
Gelaknya terburai lagi.
Pantas Hwa Na mencubit lengannya.
"Auchhh sakit la!"
Seung Hyun mengaduh kesakitan.
Apalah sangat rasanya dicubit seperti itu. Dia hanya ingin bergurau sahaja. Tangan kanannya menghulurkan bungkusan plastik berisi bekas makanan kepada Hwa Na. 
"Huhh? Apa ni?"
Tanya Hwa Na sambil menyambut huluran Seung Hyun.
"Makanan la. Nanti kau makan la kat kantin. Jangan bagi kat Ji Eun. Makan seorang-seorang je."
Jelas Seunghyun sambil mengenyitkan mata.
Hwa Na membetulkan posisi cermin matanya lalu menjenguk ke dalam bungkusan tersebut. Belum sempat dia mengucapkan terima kasih, Seung Hyun telah pun menghilangkan diri.
"Eh dah hilang dah orang gila ni. Cepat betul."
Rungut Hwa Na sendirian.
Dia membawa bungkusan tersebut menuju ke kantin di mana Ji Eun menantinya di sana.

********

Hwa Na POV
"Apa yang kau bawa tu?"
Tanya Ji Eun.
"Kimbap. Orang gila tadi tu bagi."
Balasku.
"Waaahhhhh aku nak juga!"
Ucap Ji Eun merampas bungkusan tersebut.
"Eh tak boleh!"
Aku merampas kembali bungkusan itu.
"Kedekut la kau ni. Entah-entah kau memang dah ada hati kat Seung Hyun oppa tu."
Duga Ji Eun.
"Mana ada!"
Cepat sahaja aku membalas.
Aku sendiri tidak tahu akan perasaanku. Seung Hyun sering sahaja menyakitkan hati tetapi bagaimana pula dengan Myung Soo? Hatiku mula dirundum rasa bersalah. Seung Hyun pernah meluahkan perasaan tetapi aku tidak mampu menganggapnya sebagai satu perkara yang serius kerana perangai Seung Hyun yang tidak serius itu sukar untuk diduga. Lain pula dengan Myung Soo. Lelaki itu sangat serius dengan apa yang dilakukannya. 
Langkah diatur satu persatu. Mataku meneliti setiap inci jalan yang dilalui. Tidak pernah aku menyangka bahawa Seung Hyun akan menyimpan perasaan terhadapku. Tambahan lagi dia sering menjadikanku sebagai bahan gurauan.
Tapp.
Lenganku terasa disentap seseorang. Pantas aku mendongak untuk melihat pemilik tangan yang menyentap. Kim Myung Soo. Lelaki itu baru sahaja melihat aku bersama Seung Hyun berpelukan di atas bumbung sekolah tadi. Aku mengetap bibir menantikan ayat pertama daripada Myung Soo. Wajah lelaki itu kelihatan tegang seakan-akan ingin menelanku hidup-hidup. Dengan lambat aku menelan air liur. Kesalahan apa yang telah aku lakukan sehinggakan Myung Soo merenung seperti itu.
"Hwa Na....."
Ujar Myung Soo.
Aku hanya merenung wajah Myung Soo tanpa sebarang kata.
"Awak, tadi tu.. tadi... erghhh.."
Dia menggeleng lalu melepaskan keluhan berat.
Aku membetulkan cermin mata yang terletak di atas batang hidungku. Apa yang ingin diluahkan oleh Myung Soo oppa? Apa yang bermain difikirannya? Aku masih lagi membisu.
"Hwa Na, sebenarnya... huhhh.."
Myung Soo masih tidak mampu menghabiskan kata-katanya.
"Oppa, kenapa ni? Ada apa-apa ke yang tak kena?"
Tanyaku.
"Hwa Na-ahh, sebenarnya.. oppa sssuuuu...ssuuukaa Hwa Na."
Ucap Myung Soo.
Terkebil-kebil aku memandangnya. Bagaikan bermimpi pula aku setelah mendengar ayat tersebut daripada mulutnya. Tetapi hatiku tidak gembira seperti mana yang aku bayangkan. Aku tidak gembira mendengar ayat tersebut daripada mulutnya. Apa yang aku inginkan sebenarnya?
"Hwa Na?"
Panggil Myung Soo.
Perlahan aku menarik kembali tanganku yang dipegang Myung Soo sedari tadi.
"Oppa, mianhae. Saya bukan tak suka oppa. Jujur saya memang suka sangat kat oppa. Tapi ermmm..."
Aku masih menyusun ayat.
"Tak apa. Awak tak perlu jawab sekarang. Oppa boleh tunggu. Untuk Hwa Na walaupun bertahun lamanya, oppa sanggup tunggu."
Myung Soo memotong perucapanku.
Lebih mengejutkan lagi apabila Myung Soo oppa berkata sedemikian. Lain benar sikapnya itu. Lazimnya dia sukar untuk berkata-kata. Bagaimana pula orang seperti dia boleh berkata seperti itu? Sanggupkah dia menungguku walaupun lima enam tahun lamanya.
"Yah Im Hwa Na! Kau berangan lagi ke apa ni?!"
Jerit Ji Eun apabila kimbap yang dipegangku jatuh ke lantai.
"Eh tak tak tak. Mana ada."
Balasku.
Ji Eun menggeleng sendirian setelah mendengar jawapanku. 
"Dah la dengan berangan kau tu. Siapa lagi yang kau fikir? Myung Soo oppa?"
Tanya Ji Eun sambil menunjuk ke arah pondok bersebelahan kantin.
Myung Soo oppa sedang tekun membaca di situ. Lain benar riak wajahnya jika hendak dibandingkan dengan tempoh hari. Wajahnya kelihatan tenang sahaja. 
"Tak adalah. Aku tak fikir sesiapa pun. Lagi pun apa yang aku dapat kalau fikir pasal diorang tu semua."
Balasku lalu berdiri untuk beredar.
"Dah siap makan ke? Tunggu la aku Hwa Na!"
Jerit Ji Eun.
Terkedek-kedek Ji Eun membontotiku. Agaknya bagaimanalah reaksi Ji Eun jika aku memberitahunya tentang Seung Hyun dan juga Myung Soo oppa.

********

Seung Hyun POV
Aku memetik gitar berulang kali. Tiada alunan yang merdu mampu aku hasilkan sedari tadi. Bukannya aku tidak mampu bermain gitar, cuma fikiranku sahaja tidak mampu untuk fokus pada gitar itu. Akhirnya aku memutuskan untuk menghubungi Hwa Na. Lantas aku menepuk dahi. Aku tidak mempunyai nombor telefon bimbitnya. Ahh aku lupa! Lee Ji Eun kan ada. Apa guna aku menyimpan nombor jika tidak menelefonnya. Cepat sahaja aku mendail nombor Ji Eun.
"Yeoboseyo, Ji Eun-ahh."
Ucapku.
"Opppppaaaaa!"
Jerit Ji Eun di hujung talian.
Hampir pecah gegendang telingaku mendengar jeritan gadis itu.
"Ji Eun, oppa nak minta tolong ni boleh?"
Aku bertanya.
"Tolong? Boleh. Untuk oppa semuuaaaaa boleh."
Jawab Ji Eun.
"Haaaa nak nombor Hwa Na. Oppa ada benda sikit nak tanya dia ni."
Bohongku.
"Hwa Na? Nak buat apa? Dia tengah study la waktu macam ni. Oppa tak payah la kacau dia. Ji Eun kan ada."
Dia membalas. 
"Alaaaa oppa ada hal sikit nak bincang dengan dia. Nanti oppa belanja Ji Eun makan. Boleh kan."
Aku cuba untuk memancing.
"Belanja makan? Boleh boleh boleh. Tapi kenapa tak minta kat Myung Soo oppa je? Bukan ke dia ada nombor Hwa Na."
Ujar Ji Eun.
"Errr oppa nak cepat, tu yang call Ji Eun je. Boleh ya. Nanti bagi tau, Bye."
Segera aku memutuskan talian.
Myung Soo sememangnya mempunyai nombor telefon Hwa Na tetapi masakan aku harus meminta daripadanya. Dah la aku tidak membantu dia mendapatkan Hwa Na. Mana boleh! Si Hodoh tu aku yang punya. Suka-suka dia je nak ambil Si Hodoh dari aku. Dia tu baca buku seumur hidup dia dah la.
Beepp.
Pantas aku menyentuh skrin telefon bimbitku. 
"Yeaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhh!"
Jeritku setelah melihat nombor Hwa Na kini berada di dalam telefon bimbitku. Tanpa berlengah, aku terus menghubungi Si Hodoh.
"Yeoboseyo."
Suara Si Hodoh kedengaran.
"Yeoboseyoooo....."
Aku menutup hidung agar suaraku tidak dapat dikenalinya.
"Duguseyo?"
Tanya Hwa Na.
"Hwa Na-ssi, saya dari agensi mencari jodoh. Awak ada buat permohonan bukan?"
Aku cuba untuk mengusiknya.
"Agensi mencari jodoh? Maaf, saya tak pernah apply jodoh pun."
Balas Hwa Na.
"Ya, memang bukan awak yang apply. Ni ada satu permohonan untuk dijodohkan dengan awak."
Aku masih menutup hidungku.
"Dengan saya? Siapa? Saya masih bawah umur lagi la."
Dia menjawab.
Terburai tawaku mendengar jawapan Si Hodoh. Apa punya jawapan la yang dia ni bagi.
"Hahahahahhaha Si Hodoh nak cari jodoh ke?"
Aku mentertawakannya.
"Yahhh Song Seung Hyun!!!"
Jeritannya lebih kuat daripada Ji Eun.
"Hahahahahhahaaaa."
Aku hanya mampu ketawa sahaja.
"Kau ni! Gila! Orang gila! Suka betul kacau aku kan."
Marah Hwa Na.
"Hahahahah aku saja nak bergurau tapi kau ni betul-betul lawak la Si Hodoh."
Ucapku.
"Yah Seung Hyun! Aku ada nama la. Berapa kali aku nak cakap jangan panggil aku Si Hodoh. Geram betul la."
Marah benar Hwa Na apabila diusik seperti itu.
"Baiklah Hwa Na yang cantik lagi berseri-seri. Kau tu panggil aku yah yahh. Lagi teruk. Kira okey aku panggil kau Si Hodoh tahu tak. Lagi pun aku seorang je yang panggil kau macam tu. Special nickname just for you my sweetheart. Kan kan kan."
Ucapku.
"Aigoooooo nak termuntah aku dengar. Ada apa kau call aku malam-malam ni?"
Tanya Hwa Na.
"Geunyang. Nak dengar suara kau je la. Rindu."
Balasku pendek.
"Hahaha rindu konon. Bluweeekkkk. Kau ni buat aku betul-betul nak muntah tahu tak."
Ujar Hwa Na.
"Ala betul la rindu. Habis tu apa lagi sebab aku telefon kau? Tak mungkin la sekadar nak membazirkan duit untuk bayar bil. Pabo!"
Selamba aku menjawab.
"Yah Seung Hyun! Aku pula kena pabo. Dah la, aku tengah study ni. Kalau tak ada apa-apa, aku letak dulu. Ppyoonnnggg."
Belum sempat aku membalas, dia sudah menamatkan panggilan terlebih dahulu.
Terbayang-bayang aku akan wajah Si Hodoh. Dengan cermin mata berbingkai besar yang hampir menutup separuh mukanya, wajah polos itu benar-benar mencuit hatiku. 
"Seung Hyun-ahh."
Suara omma memeranjatkanku.
Entah dari bila dia berdiri di muka pintu pun tidak aku ketahui. 
"Omma, terkejut Seung Hyun. Ada apa?"
Tanyaku.
"Esok kamu ada hal tak? Arabeoji pesan suruh jenguk dia. Ada hal yang nak dibincangkan. Omma dengan appa nak pergi ke sana esok. Nak ikut?"
Tanya omma.
"Boleh juga. Lagi pun memang tak ada benda nak buat. Apa yang arabeoji nak bincang sampai kena ke sana?"
Aku pula bertanya.
"Pasal perkahwinan kamu la tu. Tak ada yang lain lagi dah."
Terkejut aku mendengar jawapan omma.
Perkahwinan? Kahwin? Aku masih belasan tahun. Adakah kehidupan aku akan berakhir jika disuruh berkahwin? Kalau betul hal perkahwinan aku akan dibincangkan, siapa pula pasangannya? Arabeoooojjjiiiiiiii! Kenapa mesti sekarang? Andwaaaeeeee. Macam mana dengan perasaan aku? Si Hodoh pula? Habislah aku kalau dipaksa kahwin muda-muda macam ni.

-----------------------------------------------------------------------------------

//Baru nak start buat cerita ni. Kesian lama tertangguh. Terima kasih sebab sudi baca. Sorry kalau tak best. Untouchable Memory akan di update ketika ada masa lapang. Sorry sebab sekarang tengah busy dengan study stuff. Dah start sem baru TT-TT Agaknya lepas ni lagi jarang la update. Jangan unfollow pula sebab tak update punya pasal .__.  Sedih haa penulis ni.



Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

8 comments:

Lina Azhar said...

bestlah unnie *o* comel je seunghyun dengan hwa na tu XD thumbs up unnie! (Y) nanti kalau ada masa,update chap 2 lak ye?kekeke

darla carolina said...

@Lina Jaejoong - thankyu ♥ hehehhe nnti unnie update bile ade free time :)

Wana said...

AAAAAAAAAAAAAAAAAA COMELNYA OMG OMG OMG UPDATE KALAU ADA MASA EH UNNIE *O* HWAITING UNNIE DALAM 'STUDY STUFF' TU *O*

darla carolina said...

@Wana - HAHAHHAHA okaaayy nnti unnie update ^^

crayon_amira said...

oke siyess lawak! ahhahaha XD
seunghyun....boleh bygkan seunghyun brtapa comelnya seunghyun lambaikan tngan smbil lentukkan kepala,awwww cuteeee kowttt >.<
hahah lawak gile part yg seunghyun bwt suara agensi cri jodoh tuh~hahahahah XD
unnie smbong~~~~~

joe. said...

*sepak dinding* OMG COMELNYA DIORANG BERDUA NI ಥ_ಥ ಥ_ಥ ಥ_ಥ ಥ_ಥ ಥ_ಥ UNNIE *o* UPDATE ~~~ ಥ_ಥ ಥ_ಥ ಥ_ಥ

darla carolina said...

@crayon_amira - yeahh dia mmg comel :D HAHAHA sabar ya ~ nnti unnie smbung.

darla carolina said...

@iyn. - comel ke? unnie lg comey ahh jojo HAHAHHA kay jkjk :D