Babak sebelum ini >Konflik Hati<
Jaejin POV
Hairan pula aku apabila noona meninggikan suaranya secara tiba-tiba. Seumur hidup aku, tidak pernah dia memarahiku seperti ini.
"Noona...."
Celahku dalam amarahnya.
Aku memandang wajah Soojin noona yang merah akibat menahan marah itu.
"Jinnie-ah, kenapa mesti dia? Kenapa? Kenapa?"
Tanya noona kepadaku.
Dan yang pastinya aku tidak mempunyai jawapan untuk soalan tersebut. Aku mencintai Nana tanpa sebarang sebab. Kenapa mesti Kim Nana? Aku sendiri pun tidak mengetahui sebabnya.
"Tiada sebarang alasan, noona. Untuk kita mencintai seseorang, ianya tidak memerlukan sebarang sebab. Jaejin sayangkan Nana, Jaejin cintakan dia tanpa sebarang alasan. Ini semua soal hati. Kita sebagai manusia tak mampu menduga permainan hati. Tapi satu yang Jaejin pasti, Jaejin ikhlas dengan dia. Maafkan Jaejin."
Jelasku perlahan.
Soojin noona yang sedari tadi tunduk mendengar perucapanku lantas berdiri meninggalkanku di dalam ruang ini sendirian. Bukan niatku untuk menyakiti hatinya. Bahkan aku sendiri tidak pernah menganggap dirinya lebih daripada seorang kakak. Dan aku harap noona akan faham perasaanku ini.
********
Nana POV
Walaupun berhadapan dengan ibu bapa sendiri, aku tetap berasa kekok apatah lagi Byunghun serta orang tuanya juga berada di sini. Aku lebih banyak mendiamkan diri dan mendengar perbualan mereka. Ada sahaja hal bisnes yang ingin dibincangkan.
Apabila melihat Byunghun yang turut diam menikmati hidangan yang disediakan, aku mula memberikan isyarat padanya. Agak sukar untuk aku bertentang mata dengannya. Jikalau dia tidak memandang ke arahku, bagaimana pula aku mampu memberikan isyarat padanya. Aku telah habis berfikir. Ketika ini adalah waktu yang seeloknya untuk aku memberitahu tentang keinginanku. Keinginan untuk membatalkan rancangan perkahwinan aku dan juga Byunghun. Seperti yang telah aku dan Byunghun bincangkan, dia akan bersetuju dengan apa sahaja rancanganku.
"Mama, papa, maafkan Nana. Ada hal sikit yang ingin Nana cakapkan."
Ucapku secara tiba-tiba.
Semua mata kini tertumpu ke arahku. Aku memberikan isyarat pada Byunghun dan dia mengangguk tanda bersetuju denganku.
"Nana...Ermmm.. Nana nak putuskan pertunangan antara Nana dan juga Byunghun. Sila batalkan perkahwinan kami. Nana tak boleh berkahwin dengan dia."
Sambungku.
Buuukkkkkkk
Meja yang menjadi tempat hidangan makan malam kami itu ditepuk kuat oleh papa. Wajahnya pula penuh dengan tanda amarah.
"Kamu jangan nak pandai-pandai, Nana! Papa tak pernah izinkan Nana buat keputusan tentang perkahwinan tu. Apa kamu ni memang nak malukan keluarga kita ke?!"
Tempik ayahku.
"Uncle, kami dah discuss tentang hal ini. Ianya bukan salah Nana."
Ujar Byunghun.
"Papa, Nana tak pernah pun setuju dengan perkahwinan yang papa plan ni. Ni hidup Nana, papa! Biar Nana yang decide segala-galanya. Nana tak perlu orang lain untuk mengatur hidup Nana."Ucapku.
Kedua-dua orang tua Byunghun tidak berkata apa-apa walaupun sepatah. Apatah lagi apabila aku dan papa seperti tidak memberikan sebarang ruang untuk orang lain mencelah.
"Kamu tiada hak untuk menentukan hidup kamu tu!"
Balas ayahku.
Mama cuba untuk menenangkan papa yang sedang meledak marah bak letusan gunung berapi. Bila-bila masa sahaja lava itu boleh mencurah keluar daripada lahangnya. Manakala Byunghun pula sedang berbisik sesuatu pada ayahnya. Menceritakan hal sebenar mungkin.
"Papa! This is my life! And it should be me the one who decide for it. Not you even you're my dad!"
Aku mula meninggikan suara.
Paaaanggg
Satu tamparan hinggap pada wajahku.
Tidak pernah aku menduga akan tamparan itu. Lelaki yang selama ini adalah seorang ayah kepadaku, akhirnya telah meletakkan tangannya pada wajahku. Terkesima aku menerima tamparan tersebut.
"Yeobo!"
Jerit ibuku lalu menarik papa agar sedikit menjauh daripadaku.
Tangan kananku serta-merta mengusap pipi kananku. Pedih dan panas bersilih ganti. Selama ini, tidak pernah papa menjentikku apatah lagi untuk menamparku seperti itu.
"Try for it if you want to be kicked from this family!"
Ugut ayahku.
"Nana, awak okay ke?"
Tanya Byunghun lalu berjalan perlahan untuk menghampiriku.
"Papa pentingkan diri! I hate you! I hate this family! Kalau macam ni la keluarga yang papa maksudkan, Nana lagi rela tak ada keluarga langsung!"
Ucapku lalu berlari keluar meninggalkan tempat tersebut.
Perasaanku ketika ini bercampur-baur. Aku tidak tahu apa yang patut aku lakukan. Seronok? Bergembira? Adakah aku patut gembira dengan apa yang baru sahaja aku lakukan? Aku telah pun memutuskan pertunangan antara aku dan juga Byunghun. Mahu atau tidak, papa tidak boleh memaksaku lagi. Apatah lagi dia juga telah membuangku daripada keluarga kami. Ya, aku telah dibuang keluarga. Hanya kerana aku tidak mahu menurut kemahuan papa.
********
Author POV
Keadaan di dalam bilik itu menjadi semakin tegang. Nana yang telah meluru keluar meninggalkan tempat tersebut membuatkan kemarahan ayahnya semakin menjadi-jadi.
"Uncle, Nana tak salah pun. Kami buat keputusan tu bersama."
Jelas Byunghun untuk menenangkan keadaan.
Ibu Nana pula masih mencuba untuk menenangkan suaminya itu. Dia kenal benar dengan sikap lelaki itu. Baran tidak mengenal tempat.
"Sungho, tak mengapa. Biarkan mereka tu. Biasalah anak muda. Mana suka hidup diperintah sana sini."
Ujar ayah Byunghun.
"Betul tu uncle. Saya dengan Nana dah putuskan untuk mengenali satu sama lain lebih rapat terlebih dahulu. Kalau kami ada jodoh, pasti tak akan ke mana. Lagipun masih terlalu awal untuk kami berkahwin."
Tambah Byunghun.
Dia berbohong dengan niat untuk membantu Nana. Byunghun benar-benar mempunyai perasaan terhadap Nana tetapi dia menghormati perasaan dan keputusan yang dibuat oleh Nana. Jika sudah ternyata bukan dirinya yang berada di hati wanita itu, dia akur. Tiada gunanya dia tetap dengan keputusan keluarga mereka sekiranya Nana tidak mempunyai perasaan yang sama sepertinya.
Ibu bapa Byunghun pula tidak membantah. Mereka bersetuju sahaja dengan keputusan Byunghun. Apa yang diinginkan oleh ibu bapa Byunghun adalah anak mereka mendapatkan yang terbaik. Selagi keputusan yang dibuat olehnya tidak mendatangkan masalah, orang tuanya pasti akan akur.
Lain pula bagi Kim Sungho, ayah kepada Nana. Bagi dirinya, segala keputusan untuk keluarga Kim dibuat oleh dirinya. Hanya dia sahaja yang layak untuk membuat keputusan. Tidak kiralah isteri ataupun anaknya, mereka harus menurut sahaja katanya. Dia sendiri tahu yang mana patut dan yang mana tidak patut untuk keluarganya itu.
********
Jari-jemari Nana pantas menaip di atas papan kekunci komputer di pejabatnya. Walaupun kejadian malam tadi berlaku, dia tetap melakukan tugas hariannya seperti biasa. Banyak kerjanya yang tertangguh semenjak akhir-akhir ini. Mana hendak dikejarkan dengan temuramah, mana hendak disiapkan pula segala laporannya, dan kini dia sedang bertungkus-lumus menyiapkan artikel pula.
"Nana, malam tadi apa cerita?"
Suara Jojo menampan gegendang telinganya.
Suara Jojo menampan gegendang telinganya.
Jojo yang sedari tadi tegak berdiri di sebelah mesin fotostat kini telah pun beralih posisinya ke sebelah meja Nana. Seperti biasa, ada sahaja perkara yang ingin dicungkil olehnya.
"Aku tak ada mood nak cerita pasal dinner tu. Kau jangan nak tanya macam-macam."
Balas Nana tanpa memandang ke arah Jojo.
Matanya masih lagi tertancap pada skrin komputer itu. Dia malas mahu membuka cerita mengenai kisah keluarganya itu. Tapi seperti mana perwatakan Jojo sendiri yang tidak pernah berhenti mencungkil rahsia, soalan seterusnya diutarakan.
"Kau ni jangan la nak bad mood sangat. Byunghun macam mana? Apa plan kau? Bila wedding tu?"
Tanya Jojo.
Panas telinga Nana mendengarkan pertanyaan Jojo yang bertalu-talu. Ada sahaja yang ingin diketahuinya.
"Aku dah putuskan pertunangan tu. No groom, no wedding! Dah, jangan tanya lagi dah. Kerja aku banyak lagi tak siap."
Balas Nana malas untuk berbasa-basi.
"What?! No wedding? Kenapa kau tiba-tiba je cancel wedding tu? Kau gaduh dengan Byunghun ke? Tak pun kau dengan Jaejin dah berbaik? Jawab la dulu, Nana."
Pinta Jojo.
"Eh, Jojo! Aku ni bukan artis la untuk kau temuramah. Lagi pun kau tu bukan wartawan artis. Tak payah nak ambil tahu kisah gossip ni."
Nana cuba untuk mengubah topik.
"Eleh, tanya sikit dah mula nak membebel. Tu belum lagi jadi artis. Kalau tak jawapannya nanti semua no comment je memanjang. Kau ni dengan aku pun tak nak cerita kan. Bukannya orang lain, kawan kau juga."
Balas Jojo lalu mencebikkan wajahnya.
"Nanti je aku cerita dengan kau. Sekarang ni aku tengah busy. Kerja aku banyak lagi tak siap. Kalau nak aku cerita sangat, tolong siapkan kerja aku sekali. Haaa cepatlah tolong aku ni."
Ujar Nana.
Pantang mendengar perkataan tersebut, pasti Jojo akan melarikan diri. Pantas sahaja kedua-dua tangannya itu ditunjukkan pada Nana.
"Tak apa, tak apa. Terima kasih je la. Kerja aku pun tak siap lagi tu heheheee."
Jawab Jojo.
Nana tahu benar bagaimana untuk menutup mulut Jojo itu. Dalam diam dia menggeleng sendirian melihat reaksi sahabatnya itu. Di kepalanya sekarang hanya berfikir untuk menyiapkan kerja secepat mungkin. Dia telah berjanji untuk menjemput Jaejin petang nanti. Nana baru berfikir untuk melawat Jaejin pada sebelah petang kerana menyangka Jaejin akan tinggal di hospital untuk beberapa hari lagi tetapi ketika menghubunginya pagi tadi, Jaejin memaklumkan padanya yang dia sudah boleh keluar pada hari ini.
"Nana, kau dengan Jaejin dah okay ke?"
Tanya Jojo tiba-tiba.
"Eh kau ni tak habis-habis."
Balas Nana tidak menjawab soalan.
Jojo yang duduk bertentang dengannya bangun untuk melihat wajah Nana. Hanya penghadang meja itu sahaja yang memisahkan mereka.
"Kau tu haaaa yang tak jawab soalan aku. Sebab tu aku tanya lagi. Cuba kau jawab dulu, mesti aku dah tak tanya dah."
Jawab Jojo bersahaja.
"Kau kenapa nak tahu sangat pasal aku ni?"
Tanya Nana.
"Yalah, aku ni kan kawan kau. Yah chingu! Jawablah. Kau dengan Jaejin eh?"
Jojo merenung tepat ke dalam mata Nana.
"Chingu? Dugu chingu? Hahahahhaa."
Nana mengelak untuk menjawab pertanyaan Jojo.
"Yah Kim Nana! Kau saja je kan tak nak jawab. Susah sangat ke soalan aku tu. Kau ingat aku tak dengar kau berbual telefon dengan Jaejin pagi tadi. Kau dah berbaik dengan dia kan. Betul la tu."
Duga Jojo.
"Kau kan pandai meneka. So kau teka je la. Tak payah aku susah-susah nak jawab."
Ucap Nana.
"Eeeeeee malas aku nak cakap dengan kau ni la! Haaiihhh. Apa susah sangat, aku kan ada nombor Jaejin. Baik aku telefon dia je. Tanya dia sendiri. Mesti aku dapat jawapan yang aku nak."
Jojo cuba memancing Nana.
"Jojojooojoo...Kau jangan nak pandai-pandai. Dia sibuk tu. Tak payah nak call dia."
Balas Nana.
"Tahu takut. Eleh, kalau mengaku dari awal kan senang. Dah la. Aku tahu kau dengan dia dah remake. Aku saja nak test kau. Tengok muka kau pun aku dah boleh agak."
Jojo mengambil tempatnya kembali.
Seronok dia dapat mengusik sahabat karibnya yang satu itu. Sebenarnya dia tidak sengaja mendengar perbualan telefon antara Nana dan juga Jaejin pada pagi itu ketika di pantry. Daripada apa yang didengarnya, dia sudah dapat menduga perhubungan mereka telah pun pulih seperti asal.
********
Nana POV
Aku melangkah masuk ke dalam bilik yang didiami Jaejin. Tiada sesiapa pun di situ. Yang ada hanyalah beg Jaejin yang terletak pada atas katil. Ke mana pula perginya Jaejin ni. Aku melangkah menghampiri katil tersebut. Terdapat sebuah diari kecil di sebelah beg Jaejin. Perlahan aku membuka diari itu.
Aku menyelak setiap helaiannya satu-persatu. Rajin benar Jaejin menulis di dalam diari. Gambarnya ketika kecil juga turut diselitkan di dalam diari. Tersenyum aku melihat wajah comel kanak-kanak yang menampakkan sebaris gigi hadapannya itu.
Jaejin turut meluahkan perasaannya ketika dia mengetahui akan penyakit yang dihidapnya itu. Sebak aku membacanya. Jaejin turut menulis tentang diriku. Semakin aku teruskan membaca, air mata ini seolah-olah tidak dapat ditahan. Tatkala air mataku tumpah, sepasang tangan hangat memberikan pelukan dari arah belakang. Dagunya diletakkan di atas bahuku.
"Sayang buat apa tu?"
Tanya Jaejin.
Pantas aku mengesat air mataku. Diari tadi aku tutup lalu meletakkannya kembali di atas katil.
"Nana, awak menangis ke?"
Jaejin bertanya lagi.
Dia memusingkan badanku. Tangannya kini menyeka air mata yang mengalir deras bak sungai Han.
"Jaejin, mianhae. Mianhaeyo."
Aku meminta maaf padanya.
"Tapi kenapa? Awak tak buat salah pun."
Ucap Jaejin.
"Sebab saya buatkan awak jadi menderita."
Balasku.
"Tak Nana. Awak tak pernah menjadi penderitaan buat saya. Saya tak pernah menganggap awak macam tu."
Jaejin menarikku ke dalam pelukannya.
"Awak adalah kebahagiaan saya. Terima kasih sebab sudi hadir dalam hidup saya. Sepatutnya saya yang minta maaf pada awak, Nana. Saya yang membuatkan awak menderita."
Sambungnya lagi.
Aku cuma mampu menggeleng dalam pelukannya. Jaejin mengusap lembut kepalaku. Jari-jemarinya mengelus rambutku. Perlahan dia melepaskan pelukannya. Wajahku ditatapnya dengan pandangan mata yang redup.
"Jangan pernah anggap diri awak sebagai satu bebanan buat diri saya. Sebab saya sentiasa mencintai awak."
Ucap Jaejin.
Kata-katanya itu membuatkan wajahku menguntumkan senyuman mekar untuknya. Mendengar apa yang diucapkan Jaejin itu membuatkan aku nekad untuk hidup bersamanya. Dan yang pasti, hidupnya itu akan aku penuhi dengan senyuman dan kegembiraan.
-----------------------------------------------------------------------------------------
//Sorry sebab lama tak update fanfic ni. Hari tu pergi holiday with my family la. Spelling mistakes sila diabaikan. Btw terima kasih kerana setia menanti ^^
4 comments:
best unnie~ sambung :)
thanks baca. oraaiitt nnti unnie sambung :)
wow..feeling habis dgn perenggan yg akhir tuh,,rse mcm nk nangis,lagi2 dgr lgu send away ni.huh~
unnie sambung~~
@crayon_amira - lagi" dgan suara Hongki tu kan :') hehehe thanks ^^ bakal disambung.
Post a Comment