Babak sebelum ini >Segalanya Bermula Ketika...<
Hwana POV
Awal pagi lagi arabeoji (datuk) sudah berpesan padaku supaya tidak keluar pada hari ini. Katanya hendak mengajakku ke rumah teman lamanya. Memandangkan aku juga tidak mempunyai apa-apa rancangan pada hari ini, maka aku turutkan sahaja kehendak datuk kesayanganku itu.
Aku memandang arabeoji yang duduk bersebelahan denganku. Senyumannya tidak lekang dari bibir. Mungkin dia terlalu teruja untuk bertemu dengan sahabat lamanya itu. Mana tidaknya, sudah hampir lima tahun tidak berjumpa. Dari apa yang aku ketahui, mereka bertemu lima tahun yang lalu pun atas urusan rasmi. Aku pun kurang pasti tentang hal itu.
“Tuan, kita nak ikut jalan yang baru ke? Ataupun ikut jalan yang lama sahaja?”
Tanya pemandu keluargaku.
“Kita ikut jalan lama sahaja.”
Balas datukku pendek.
Itu sahaja yang diucapkan oleh datukku sepanjang perjalanan sedari tadi. Kepalanya mula diangguk-anggukan mengikut rentak lagu yang dimainkan di corong radio. Amboi boleh tahan juga arabeoji hari ini. Tidak pernah aku melihat dia seceria itu.
Aku sering menemani arabeoji jika dia ingin ke mana-mana. Hidupku lebih senang begini. Menghabiskan masa yang ada di sekolah dan kemudiannya pulang ke rumah. Di rumah pula, aku akan meluangkan masa bersama arabeoji setiap petang lalu melakukan rutin biasa sebagai seorang pelajar.
“Hwa Na, kamu tahu tak rumah siapa yang kita nak pergi ni?”
Tanya arabeoji secara tiba-tiba.
“Errr arabeoji kata kawan arabeoji kan. Hwa Na kenal ke kawan arabeoji tu?”
Aku membalas dengan pertanyaan.
“Sudah tentu Hwa Na kenal. Dulu masa kamu kecil-kecil, arabeoji selalu bawa kamu ke sana. Hwa Na pun seronok bermain di sana dulu. Oppa kamu tu pun dah besar dah. Hwa Na ingat lagi tak?”
Arabeoji cuba mengungkit kisah lalu.
“Hwa Na kecil lagi ke masa tu? Ermmm tak pasti la arabeoji. Hwa Na pun bukan ingat sangat benda yang dah lepas ni. Lagi-lagi kalau perkara masa Hwa Na kecil.”
Balasku lalu menolak bingkai cermin mata yang terletak pada batang hidungku.
Dengan perlahan datukku mengeluarkan sekeping gambar daripada poket kanan bajunya. Dia menghulurkan gambar tersebut padaku.
“Ini dia kamu masa kecil dulu. Yang sebelah kamu tu la orang yang arabeoji cakap tadi. Hwa Na dah lupa ke? Yang ni pula kawan arabeoji. Mungkin kamu memang dah lupa. Tak apa, nanti lama-lama kamu ingat la.”
Ucap arabeoji.
Aku mengangguk-angguk tanda mengerti dengan perucapan datukku. Budak lelaki yang berdiri di sebelahku di dalam gambar tersebut kelihatan comel. Wajahnya mengingatkanku pada seseorang. Seperti orang yang sering aku lihat tapi aku sendiri kurang pasti. Mungkin kerana dia teman sepermainanku ketika kecil dan wajahnya membuatkan aku berasa seperti kami mempunyai hubungan yang rapat.
“Mungkin dia ada di sana juga hari ini.”
Aku terkedu mendengar ayat yang keluar dari mulut datukku.
“Siapa? Lelaki ni ke?”
Aku bertanya sambil menunjuk-nunjuk pada wajah kanak-kanak di dalam gambar yang dipegang olehku.
“Ya. Arabeoji nak ke sana ni pun untuk bincang tentang hal Hwa Na dengan dia. Dulu kami pernah berjanji untuk satukan kamu berdua apabila Hwa Na dah dewasa. Mungkin sekarang dah sampai masanya.”
Balas arabeoji.
“Apa?! Arabeoji, Hwa Na kan masih sekolah lagi. Tak mungkin Hwa Na setuju dengan rancangan arabeoji.”
Aku membantah rancangan datukku.
“Arabeoji dah bincang tentang ni lebih sepuluh tahun yang lalu. Lagipun kami dah berjanji.”
Ujar arabeoji dengan nada yang tenang.
“Hwa Na tak nak! Tak nak! Arabeojiiiii......”
Aku menarik-narik tangan datukku yang memegang tongkatnya.
“Kita pergi sana dulu. Nanti kita bincang lain. Tengok la macam mana nanti. Arabeoji bukan jenis orang yang mungkir janji.”
Balas datukku.
Apa yang dikatakan olehnya, itulah yang harus dituruti.
********
Seunghyun POV
Sudah hampir dua bulan aku tidak bertemu arabeoji. Kalau dahulu, setiap hari aku akan mengajak arabeoji bermain denganku. Bermain bola, buaian, basikal, bermacam-macam lagi permainan yang pernah aku bermain bersama datukku itu. Tambahan pula, arabeoji sering sahaja menurut kemahuanku. Tapi semenjak keluargaku berpindah keluar dari rumah arabeoji enam tahun yang lalu, aku jarang bertemu dengan arabeoji.
“Seung Hyun, ni ajak arabeoji kamu minum.”
Ucap omma sambil menuangkan teh ke dalam cawan.
“Baik omma. Ni arabeoji, minum teh ni.”
Aku menjemput datuk untuk minum.
“Seung Hyun, Seung Hyun. Arabeoji tahu nak minum. Ni kan rumah arabeoji sendiri.”
Ujar arabeoji sambil menyambut cawan yang aku hulurkan.
“Kamu ni pun satu, biarlah pembantu je yang buat air tu. Kamu kan penat lagi. Tak sampai satu jam pun lagi kamu sampai.”
Ucap arabeoji pada ibuku.
“Tak apalah abeoji (ayah). Lagipun saya dah biasa buat kerja-kerja ni semua.”
Balas omma.
“Ermm berapa lama kamu tinggal sini? Balik hari ini ke ataupun kamu bermalam di sini?”
Tanya datukku.
“Saya ingat nak bermalam di sini la abeoji. Kat rumah tu pun bukan ada siapa. Lagipun Seung Hyun tak sekolah esok.”
Jawab ibuku lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk bersebelahan dengan tempat dudukku.
“Betul tu arabeoji. Appa pun tak ada kat rumah. Outstation mana entah. Jadi boleh la Seung Hyun tidur dengan arabeoji malam ni.”
Aku mencelah.
“Hahahahaha kamu kan dah besar dah pun. Takkan nak tidur dengan arabeoji lagi.”
Arabeoji tertawa mendengar permintaanku itu.
Sedang kami asyik bersembang, kedengaran deruan enjin di halaman rumah. Pasti tetamu yang datang itu adalah bakal isteriku sepertimana yang omma katakan sebelum ini. Entah bagaimanalah rupa perempuan itu. Hodoh ke cantik ke, langsung aku tidak mempunyai gambaran. Menurut datukku, dia adalah perempuan yang sering bertandang ke mari ketika aku masih di zaman kanak-kanak. Aku pun kurang pasti kerana ianya hal yang sudah lama berlalu.
Walaupun ketika kecil wajahnya cantik dan comel, mana mungkin rupa parasnya akan kekal cantik sehingga dewasa. Tapi bagaimana kalau perempuan yang akan masuk ke rumah nanti cantik bagaikan bidadari? Tak mungkin tak mungkin! Aku tak boleh tergoda. Masakan aku curang terhadap si hodoh. Walaupun si hodoh tidaklah sehodoh mana, dia tetap yang tercantik buatku. Aku tak mungkin tergoda! Aku harus fikirkan jalan. Mungkin aku patut berbincang dengannya untuk menolak perkahwinan ini.
Ya, aku patut berbincang dengan perempuan itu. Tapi bagaimana pula kalau dia melihat wajah tampanku ini dan terus jatuh cinta? Oh tidak! Mesti dia akan terus bersetuju dengan rancangan arabeoji. Aku melepaskan keluhan berat. Jari telunjuk dan juga ibu jari menyentuh dagu lalu mengusapnya dengan perlahan. Aku harus tenang. Walau apapun yang terjadi, hati aku hanya milik si hodoh!
“Seung Hyun, kamu tak nak jemput bakal isteri kamu tu masuk ke?”
Pertanyaan omma membuatkan aku tercengang.
“Perlu ke Seung Hyun jemput dia masuk? Takkan la dia tak tahu masuk sendiri.”
Balasku lalu menjuihkan bibir.
“Kamu ni Seung Hyun, marilah.”
Ajak ibuku lalu menarik tanganku untuk bangun mengikutnya.
Mahu atau tidak aku turutkan sahaja kemahuan omma. Aku tercegat di muka pintu menyaksikan arabeoji bersembang dengan seorang lelaki yang berada dalam lingkungan usia lebih kurang dengannya. Pasti itu adalah datuk yang selalu ke sini ketika aku kecil dulu. Aku sekadar menduga. Tapi mana perempuan yang kononnya bakal isteriku itu?
Aku melihat omma berjalan terkedek-kedek menuju ke kereta milik lelaki tua itu. Tadi bukan main lagi mengajakku sama, sekarang aku pula yang ditinggalkannya di muka pintu. Haihh omma omma. Aku sekadar menjadi pemerhati sahaja. Butir perbualan tidak juga aku dengari. Yang kedengaran hanyalah gelak tawa sahaja. Arabeoji ni pun satu, nak bersembang tu ajak la masuk ke rumah dulu. Aku hanya mampu menggaru-garu kepala untuk meneka perbualan mereka.
“Arabeoji, masuk la dulu!”
Jeritku mengajak mereka masuk.
Mereka sekadar melambai sebagai tanda mengerti. Omma pula bukan main tekun membelek-belek perempuan yang baru keluar dari kereta tersebut. Melihat susuk tubuh belakangnya seperti boleh tahan. Tapi aku tak boleh tergoda. Aku kembali mengatur langkah menuju ke sofa. Comel juga perempuan tu kalau dilihat dari jauh. Kembali terbayang gambaran perempuan tadi di dalam mindaku. Dari kaki sehinggalah wajahnya. Cantik sungguh si hodoh mengenakan gaun labuh seperti itu. Aku tersenyum sendirian. Kemudiannya aku menggeleng pula. Apa nak jadi dengan aku ni. Semua perempuan yang muncul depan mata akan bertukar menjadi si hodoh.
Aku menyisip teh yang berada di hadapanku. Terasa haus benar tekakku sehinggakan teh yang suam itu pun mampu ku teguk sebegitu.
“Kamu ni boleh minum kat sini pula. Kan omma ajak kamu ke luar tadi.”
Ucap ibuku yang entah bila muncul pun tidak aku ketahui.
Aku kembali meletakkan cawan ke atas meja. Dengan perlahan membiarkan teh suam melalui tekakku. Kepala cuba untuk diangkat. Mendongak melihat perempuan yang berdiri di hadapanku. Gaun apa la yang dipakainya. Zaman macam ni pun ada lagi yang pakai baju klasik macam tu.
Ppuuuuhhhhh
Tersembur teh yang cuba ditelan sedari tadi.
“Si hodoh! Kau! Kau!”
Aku cuba mengesat-ngesat mataku.
“Kau! Macam.. macam mana kau.. kau.. boleh ada kat sini?!”
Tanyaku tergagap-gagap setelah yakin memang si hodoh yang berada di depan mataku.
Dia mengesat wajahnya yang terkena semburan air teh.
“Eeeeeee kau ni! Selekeh betul la.”
Ucap si hodoh.
Dia mengesat cermin matanya dengan menggunakan gaun yang dipakainya.
“Seung Hyun! Apa kamu buat ni. Kan tetamu tu.”
Jerit omma setelah melihat keadaan si hodoh yang disembur pancuran teh olehku.
Dengan segera omma membantu si hodoh dengan mengesat badannya dengan tuala tangan yang dicapai di atas meja. Berasa serba salah mungkin dengan kelakuan anak lelakinya ini.
“Mianheyo. Tak sengaja la omma. Seung Hyun terkejut, sebab tu tersembur.”
Balasku tenang.
Perempuan yang dimaksudkan tu si hodoh ni ke? Kenapa dulu dia tak hodoh? Aku rasa dia memang tak hodoh pun masa kecil dulu. Macam mana tiba-tiba boleh jadi hodoh pula. Dengan cermin mata besar la, baju pun pelik-pelik je. Ni mesti sebab dulu dia pindah kat kawasan perkampungan ni. Tapi kalau perempuan yang kononnya bakal isteri aku tu dia ni, boleh sangat la. Kihkihkih. Aku sekadar ketawa mengekek sendirian.
“Apa lagi tu yang kamu ketawakan. Dah la, omma nak bawa Hwa Na salin baju dulu.”
Ucap ibuku.
********
Author POV
Seung Hyun asyik memerhatikan kawasan yang menjadi tempat permainannya ketika kecil dahulu. Pondok di atas pohon juga masih teguh nun di atas pohon tersebut. Tiba-tiba dia teringatkan zaman kanak-kanaknya. Dulu dia sering memanjat ke atas pondok itu apabila merajuk dengan datuknya. Tersenyum sendiri Seung Hyun apabila teringatkan kelakuan kanak-kanaknya itu.
“Hahh! Buat apa senyum seorang diri kat sini!”
Sergah Hwa Na.
Kaget.
“Apa ni terkejutkan orang. Kalau aku ada sakit jantung, dah lama aku mati tahu tak.”
Jerit Seung Hyun.
“Hoi tak payah la nak jerit. Aku tak pekak lagi la!”
Balas Hwa Na sambil menutup telinganya dengan tapak tangan.
“Ni...ni...ni....”
Seung Hyun mengacukan jari telunjuknya pada baju yang terlekat pada badan Hwa Na.
“Mana kau dapat baju ni?! Kenapa kau pakai baju aku?”
Tanya Seung Hyun.
“Oh baju kau rupanya. Patut la lain macam je bau baju ni hahahaha.”
Gelak Hwa Na lalu membetulkan bingkai cermin matanya.
“Kau ni tak habis-habis dengan cermin mata kau tu. Tak perlu nak ditolak lagi. Dah cukup rapat dah tu.”
Ucap Seung Hyun rimas dengan kelakuan Hwa Na.
“Biarlah. Kan mata aku, cermin mata aku.”
Balas Hwa Na sambil menjeling.
“Apa-apa je la kau ni. Malas aku nak gaduh dengan kau.”
Seung Hyun melangkah ke arah kerusi yang berdekatan dengannya.
“Eh kau yang asyik ajak aku gaduh dulu okay.”
Hwa Na membidas.
Dia turut mengekori Seung Hyun dan duduk di kerusi yang sama dengannya.
“Siapa jemput kau duduk ni? Tak malu ke. Ke kau syok kat aku? Mengaku je la. Macam aku ni. Aku memang mengaku yang aku suka kau pun. Kan senang macam tu. Kalau suka sama suka, semuanya jadi mudah.”
Seung Hyun mula merapu dengan kata-katanya.
“Apa kau merepek ni. Bila pula aku suka kat kau? Aku tak cakap apa-apa pun okay. Lagipun kerusi ni je yang ada.”
Balas Hwa Na.
“Kau tahu tak, kau tak boleh kasar-kasar dengan aku. Omma cakap kau ni bakal isteri aku. Jadi kau kena la berlatih dari sekarang hahahhaa.”
Gurau Seung Hyun.
“Tak ada masa la aku nak jadi isteri kau. Kita ni sekolah pun tak habis lagi tahu tak. Tak mungkin la nak kahwin kahwin ni.”
Getus Hwa Na sambil menolak bingkai cermin matanya.
“Tengok tu. Derhaka tahu tak kalau lawan cakap suami.”
Seung Hyun masih dengan gurauannya.
“Eeeeeee malas aku nak layan kau ni. Baik aku duduk dalam je lagi bagus.”
Hwa Na melepaskan geram sejurus meninggalkan Seung Hyun untuk kembali ke dalam rumah.
“Si hodoh, tunggu aku la.”
Pantas Seung Hyun membontoti pujaan hatinya itu.
********
“Mereka berdua tu pun dah besar panjang. Jadi macam mana dengan perjanjian kita dulu tu? Masih boleh diteruskan ke tidak?”
Tanya datuk Seung Hyun.
“Bila pula aku kata tak boleh. Sebab boleh la aku datang ni. Lagipun aku ni dah tua. Cucu aku tu ada aku seorang je untuk bergantung hidup. Kalau cepat dia kahwin, aku pun senang. Buatnya aku ni mati dulu, dah tak perlu fikir pasal Hwa Na dah.”
Balas datuk Hwa Na pula.
“Aigoo. Kau tak boleh cakap macam tu. Kita ni sama-sama tua. Aku pun tunggu masa juga, kalau dah sampai tu memang pasrah la jawabnya. Tak perlu la nak fikir tentang tu semua. Kan Tuhan yang tentukan. Bukan kerja kita.”
Bidas datuk Seung Hyun.
“Yalah. Aku dah bagitahu dengan Hwa Na. Tapi dia macam tak setuju. Katanya sekolah lagi, belum sampai masa. Tapi aku tak kisah. Cinta ni boleh dipupuk. Tak ada masalah pun kalau nak kahwinkan Hwa Na tu.”
Jelas datuk Hwa Na bersungguh-sungguh.
“Sama la. Aku pun fikir macam tu juga. Lagi cepat lagi baik. Kahwin muda ni bukan satu kesalahan pun. Seung Hyun tu pun nampak sesuai benar dengan cucu kau. Sama padan mereka tu.”
Pantas sahaja datuk Seung Hyun bersetuju untuk menyatukan mereka.
“Andwae andwae andwae. Hwa Na kan sekolah lagi. Arabeoji, macam mana dengan masa depan saya kalau saya kahwin dengan si gila ni? Hwa Na belajar untuk masuk universiti, bukan jadi isteri dia ni.”
Bentak Hwa Na lalu menudingkan jari telunjuknya pada Seung Hyun yang berdiri bersebelahan dengannya.
“Apa ni? Perkahwinan siapa? Arabeoji arabeoji, saya setuju je. Bukan salah pun kahwin awal-awal macam ni. Lagi-lagi dengan si hodoh ni. Memang setuju sangat!”
Ucap Seung Hyun dengan teruja.
Hwa Na pula masih mencuka menahan geram kerana perasaannya tidak diendahkan. Dia hanya memikirkan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti selepasa tamat persekolahan. Tambahan pula dia masih lagi belum menerima permintaan Seung Hyun untuk menjadi pasangan kekasih. Di hatinya menyumpah seranah Seung Hyun kerana bersetuju tanpa menimbangkan keputusannya. Bagaimana pula dengan kehendak hatinya? Dia sendiri tidak tahu siapa yang berada di hatinya. Lelaki idamannya, Kim Myung Soo yang selama ini menjadi pujaan juga turut meluahkan perasaan terhadapnya. Keputusan datuk mereka dan juga Seung Hyun membuatkan dirinya tersepit.
-------------------------------------------------------------------------------------------
//Kesalahan ejaan sila abaikan. Lagu tu tak play ke? Biar je la kalau tak boleh play. Musicdumper memang selalu bengong pun. Sila tunggu next update dengan penuh sabar. Sekian terima kasih.
4 comments:
AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA *O* TOTALLY BEST . Ada masa updatelah lagi \pembacasetia/ aaaaa okay ;-; aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
@Wana - dah ade da pun kat lappy ni . just ta update jepp HAHAHHA :D tggu turn week by week .
unnie , update lha cepad yee :D hehehee , tak sabar niee xD
@qiaraqila - ohh okay okay btw thnks for reading :)
Post a Comment