AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

Untouchable Memory : Babak 22 | Perubahan Drastik


Babak sebelum ini >Senyuman Dalam Tangisan<
Author POV
Gelas berisi susu itu disuakan pada mulutnya. Dengan perlahan Jaejin menghabiskan sarapannya. Dia ingin mengikut Nana tetapi wanita itu menyuruhnya untuk tinggal di rumah sahaja dengan alasan Jaejin masih belum bersarapan. Nana telah pun meninggalkan Jaejin sendirian di rumah kerana ingin membeli barang dapur. Mengeluh juga Nana apabila melihat peti ais yang kosong seperti baru sahaja dibeli.

Ring..ring..ringgg..

Jaejin bingkas bangun mengambil telefon bimbitnya. Nama Seunghyun tertera pada skrin tersebut. Jaejin segera menjawab panggilan itu.
"Haa Seunghyun, ada apa pagi-pagi dah call aku ni?"
Tanya Jaejin.
"Yah Jaejin! Kau macam tak sudi je dengar suara aku pagi-pagi."
Balas Seunghyun hampa.
"Hahaha tak adalah. Aku gurau je. Takkan tak boleh."
Ujar Jaejin.
"Dah boleh ajak bergurau tu maknanya dah sihat la kan."
Tergelak Seunghyun di hujung talian.
"Okay la juga dari sebelum-sebelum ni. Kalau tak okay takkan la aku keluar hospital kan."
Ucap Jaejin.
"Yalah tu. Aku ada berita baik untuk kau ni. Pasal album Brown Eyed Girls yang kau order tu. Lagi satu kereta kau ni nak aku hantar kat mana? Kau ada kat rumah tak?"
Banyak sungguh soalan Seunghyun.
"Jangan hantar kat rumah aku. Aku kat apartmen Nana ni. Nanti aku text kau alamatnya."
Balas Jaejin.
"Mwo? Rumah Nana? Kau buat apa kat apartmen dia?"
Seunghyun masih bertanya.
"Nanti la aku cerita. Dah sampai nanti call aku. Aku tengah breakfast ni. Jangan kacau aku."
Jaejin malas untuk menjawab persoalan daripada Seunghyun.
"Okay nanti cerita."
Ucap Seunghyun sebelum menamatkan panggilan.
Jaejin kembali menyambung aktiviti bersarapannya yang tertangguh kerana panggilan Seunghyun tadi.

********

Jaejin POV
Tenang pula apabila menghirup udara pagi di balkoni. Hampir satu jam aku di situ. Akhirnya aku membuat keputusan untuk menonton televisyen.

Beep..beep..beep..

Seunghyun menghantarkan pesanan ringkas menyatakan dia telah pun sampai di tempat meletakkan kenderaan. Bagus juga Seunghyun ni.  Pantas sahaja melakukan tugas seperti yang diarahkan. Aku bersiap sedia untuk turun menemui Seunghyun.

Kelihatan kelibat seorang lelaki melambaikan tangannya ke arahku. Segera aku melangkah ke arah lelaki itu. Sengihnya menampakkan sebaris gigi hadapan miliknya.
“Kau macam mana? Dah sihat?”
Tanya Seunghyun.
“Kau nampak aku sihat ni kan. So sihat la maknanya. Thanks for this dude.”
Ucapku sambil menunjukkan kereta.
It’s not a big deal buddy. Kita kan kawan. Nah kunci kereta kau ni. Sekarang kau kena hantar aku pula. Takkan kau nak biar aku balik jalan kaki.”
Pinta Seunghyun.
“Aku pula kena hantar kau balik? Kalau macam tu baik aku pergi ambil sendiri je kereta ni.”
Rungutku.
“Kalau tak nak hantar tu tak apalah. Pasrah aku dapat kawan macam ni.”
Ujar Seunghyun hampa.
“Aku gurau je la. Dah dah cepat aku hantar kau. Kita boleh singgah cafe dulu minum minum.”
Ajakku.
“Haaaaa macam ni baru betul namanya kawan. Kau boleh drive tak ni?”
Tanya Seunghyun.
“Kau ingat aku ni lumpuh? Boleh la. Jom.”
Aku melangkah masuk ke dalam kereta.
“Aku ada hal petang ni. Hantar aku balik terus la. Lain kali kita minum sama-sama.”
Ucap Seunghyun.
“Ada hal? Hal apa? Kau dah pandai dating dating sekarang ni kan.”
Gurauku.
“Tak adalah. Aku ada hal sikit pasal tender baru. Nanti aku cerita detail sikit kat kau lepas kau dah sihat. Pasal album yang kau order tu. Kau ada order album Brown Eyed Girls kan. Album tu aku dah tolong ambilkan.”
Jelas Seunghyun.
“Jinjja? Mana album tu? Aku dapat jemputan untuk fanmeeting tak?”
Tanyaku tidak sabar.
“Ada dalam dashboard tu. Siap dengan sampul surat lagi. Nanti kau check sendiri la.”
Ujar Seunghyun malas untuk melayanku.

Jarak rumah Seunghyun hanya mengambil masa lebih kurang  sepuluh minit sahaja dari apartmen Nana. Sepanjang perjalanan, Seunghyun banyak bertanyakan soal pejabat berbanding kesihatanku. Bagus juga begitu. Aku lebih gembira sekiranya orang di sekelilingku melayan aku seperti mana mereka mengenaliku dahulu. Tanpa sebarang belas kasihan dan simpati hanya kerana aku bakal menemui ajal terlebih dahulu.

********

Nana POV
Pintu kereta di tempat duduk penumpang bersebelahan pemandu dibuka untuk mengambil barangan yang telah aku beli tadi. Tidaklah terlalu banyak tetapi ianya mencukupi untuk aku dan Jaejin selama tiga atau empat hari.
“Kim Nana-ssi?”
Suara lelaki menampan gegendang telingaku.

Aku pantas menoleh ke arah datangnya suara itu. Kelihatan dua orang lelaki bertubuh sasa memandangku dengan pandangan mata yang tajam.
“Nae. Ada apa ya?”
Tanyaku.
“Maaf, kami menerima arahan untuk menarik kenderaan milik Kim Nana-ssi. Ini surat arahan yang kami terima.”
Balas lelaki itu sambil menghulurkan sekeping surat.

Tergamam aku mendengar perucapan lelaki tersebut. Kereta aku bakal ditarik? Bukan bakal lagi tetapi sememangnya akan ditarik. What the heck is going on here? Aku tak rasa perkara ini sepatutnya berlaku.
Wait wait wait. Wait a minute. Kenapa pula nak tarik kereta saya? This car’s bought cash okay. I don’t think you may do this.”
Ucapku.
“Kami cuma menjalankan tugas sahaja. Maaf ya.”
Balas lelaki itu lalu menunda kereta kesayanganku begitu sahaja.

Dalam sekelip mata, keretaku hilang daripada pandangan mata. Pantas aku mengatur langkah menuju ke rumahku. Beg plastik yang dijinjit sedari tadi ku letakkan di atas kabinet dapur. Kaki pantas mengatur langkah mencari seseorang.
“Jaejin... Jaejin.. Huhhh mana dia ni.”
Aku melepaskan keluhan berat.

Surat yang diberi oleh lelaki tadi aku baca dengan teliti. Ini memang satu gurauan. Telefon bimbit yang berada di dalam tas tangan aku ambil. Mendail nombor mama untuk memastikan hal ini.
“Yeoboseyo..”
Suara mama kedengaran di hujung talian.
Mama, tell me what’s going on now!
Ucapku dengan nada sedikit meninggi.
“Nana, ni semua idea papa kamu. Mama tak boleh nak buat apa-apa.”
Jelas mama.
“Idea papa? Idea apa sampai sanggup tarik kereta anak sendiri?! How could him do this to me, mama? Nana tak sangka mama sanggup biar papa ambil kereta Nana. Macam mana Nana nak hidup without a car, mama.”
Aku meluahkan rasa tidak puas hatiku.
“Mama dah cuba halang papa tapi kamu tahu sendiri perangai papa kamu. Tiada siapa mampu halang kehendak papa tu. Lagipun mama...”
Belum habis mama memberikan penjelasan, kedengaran suara orang lain pula yang menyambung penjelasan mama.
It’s you who decide papa for doing this. Since that night, you’re no longer my daughter Nana! Kalau boleh buang nama kamu dari keluarga ni pun papa sanggup lakukan. Untuk apa papa besarkan kamu kalau ini yang kamu balas! Kamu malukan papa! Kamu malukan keluarga kita!”
Jelas papa dengan penuh amarah.
But you can’t take my car! It’s my 21st birthday present isn’t. So it’s absolutely mine!
Aku membantah tindakannya mengambil keretaku dengan alasan itu adalah hadiah harijadi untukku.
Yes so true. But that car is not under your name. Bukan itu sahaja. Segala hak milik kamu yang berada dibawah hak milik mama dan papa, akan papa tarik balik including your apartment. Don’t even ask why I’m doing this because you deserve it.
Papa menuturkan ayat terakhirnya sebelum memutuskan talian.

“Haissshhhh jinjja!”
Jeritku sendirian.
Sofa yang berada di ruang tamu ini aku tendang sebagai tanda tidak puas hati. Mengapa hidup aku perlu diatur seperti ini. Papa memang tidak pernah mempunyai niat untuk membiarkan aku hidup bahagia. Ruang tamu kini telah menjadi tempatku bermundar-mandir. Sesekali aku mengusap peluh dingin yang merenik di dahi.

Ding..dong..ding..dong..

Siapa pula yang datang ketika ni. Takkan Jaejin tak tahu password rumah aku. Aku merungut sendirian. Kaki mengatur langkah ke muka pintu lalu membukanya dengan perasaan malas. Terkejut aku apabila melihat beberapa orang lelaki berpakaian segak seperti pengawal peribadi meluru masuk ke dalam rumahku. Mereka melekatkan kertas pelekat berwarna merah pada setiap peralatan di rumahku tanpa meninggalkan satu pun terlepas daripada pandangan mata. Aku seolah-olah sedang menonton drama yang sering ditayangkan di kaca televisyen dimana keadaan ini sering terjadi pada anak yang mengingkari kehendak keluarganya.

“Eh apa ni? Apa semua ni? Ini rumah saya. Apa awak semua buat kat rumah saya ni?!”
Aku bertanya kepada sesiapa sahaja yang mampu memberikan aku jawapan.
“Kim Nana-ssi, kami Cuma menjalankan tugas sahaja. Segala aset keluarga Kim yang digunakan oleh Kim Nana-ssi akan disita.”
Balas salah seorang daripada mereka.

Mereka adalah pekerja syarikat bapaku. Ada dua tiga muka seperti pernah aku lihat sebelum ini. Kerana itu, aku yakin ini semua adalah permainan papa. Dan aku yakin papa serius dengan tindakannya kali ini. Belum habis aku memikirkan satu masalah, masalah lain pula yang mendatang.
Ini semua gara-gara Myungsoo. Dialah punca semua ini berlaku. Hidupnya takkan pernah tenang selagi tidak melihat aku menderita. Sangkaanku dia hanya sekadar mengugut sahaja tetapi ugutannya bukanlah satu gurauan.

“Nana, kau jangan ingat kau boleh hidup tenang tanpa aku. Aku tahu segala-galanya. Kehidupan kau akan jadi kucar-kacir. Kau ingat aku tak tahu apa yang kau lakukan sekarang dan dengan siapa kau bercinta haaahhh!”
Ugut Myungsoo.

Dia melemparkan sekeping sampul surat yang berisi beberapa helaian kertas ke atas keretaku. Aku mencapai kertas-kertas tersebut. Terbuntang mataku apabila melihat laporan kesihatan Jaejin serta segala butiran dan maklumat mengenainya. Myungsoo berani bertindak sejauh ini. Dia menyiasat segala-galanya mengenai Jaejin.

“Kau ingat kau akan bahagia dengan lelaki tu. Dia tu dah nak mati dah pun. Baik kau tinggalkan je dia! Aku tak tahu apa yang ada dalam fikiran kau sampai sanggup bersama dengan orang yang dah nak mati macam tu. Apa yang dia..”

Paaaannnggggg!

Satu tamparan hinggap pada muka Myungsoo sebelum dia sempat menghabiskan caci-makinya.

“Jangan kau berani cakap macam tu! Kehidupan aku tak ada kena-mengena dengan kau. Dengan siapa pun aku nak, itu aku punya urusan. Kau tak berhak masuk campur! Kau dengan aku tak ada kaitan langsung! Dan satu perkara yang aku nak kau tahu, walaupun hidup dia mungkin akan berakhir bila-bila masa sahaja, cinta aku padanya takkan pernah berakhir!”
Tuturku dengan penuh amarah.

Aku melemparkan kertas-kertas tadi pada mukanya sebelum mencapai pintu kereta. Air mata yang tidak pernah ku undang terasa seperti ingin melimpah. Aku cuba untuk menahannya daripada tumpah di hadapan lelaki yang bernama Myungsoo.

“Nana..Nana.. Tunggu dulu Nana. Aku belum selesai lagi.”
Jerit Myungsoo lalu menarik lengan kiriku.
“Apa lagi! Kau nak apa lagi dari aku?!”
Tanyaku dengan nada yang tinggi.
“Aku bagi kau peluang terakhir untuk kembali pada aku. Kalau tak, aku akan biar papa kau tahu tentang semua ni.”
Dia mengugutku lagi.
“You kidding me? Kau ingat semudah tu aku akan balik pada kau. Aku tak pernah mempunyai niat pun untuk bersama lagi dengan kau. You wanna tell papa about this? Just go on. Kau ingat aku takut!”
Balasku.

Aku menepis kuat tangannya yang memegang lenganku. Wajahnya merah menahan marah. Myungsoo mengeluarkan sesuatu daripada poket belakang seluarnya. Aku hanya menantikan apa lagi ugutan yang bakal diberikan olehnya. Dia menghulurkan sekeping lagi sampul surat padaku. Kali ini isinya lebih tebal berbanding tadi. Aku menyambut hulurannya dengan kasar.

“Here’s the gift for you. By the way I’ll sent the copy of that one to your papa. Tak kisahlah kalau kau nak buang ke tak yang tu sebab aku ada banyak lagi kat rumah. Bye sayang.”
Ujar Myungsoo lalu mencuit pipiku.

Aku menepis tangannya. Myungsoo kemudiannya masuk ke dalam kereta lalu meninggalkanku sendirian di hadapan sungai ini. Aku memerhati sampul surat yang diberikan tadi. Mataku tidak mampu untuk berkelip setelah melihat beberapa keping gambar aku dan juga Jaejin. Gambar ketika Jaejin di hospital, ketika aku dan juga Jaejin ke taman, restoran, kafe, bahkan di dalam kereta. Myungsoo siap mengupah orang untuk mengekori kami. Dan ianya dari awal lagi tanpa aku sedari.

Aku memasuki kereta dan cuba berfikir dengan tenang. Apa reaksi papa jika dia melihat semua gambar ini? Apatah lagi setelah aku memalukannya beberapa hari yang lalu. Pasti papa akan mengancam Jaejin untuk meninggalkan aku. Aku menghentak steering kereta. Apa yang patut aku lakukan sekarang? Jaejin. Apa pula yang akan dia lakukan jika tahu tentang hal ini? Arghh bukan itu masalahnya. Aku hanya perlu menghalang papa. Tapi tindakan papa tidak mampu untuk dihalang bahkan mama sendiri tidak mampu menghalang papa. Akhirnya aku hanya mampu menangis kerana hal yang tidak mampu aku fikirkan penyelesaiannya.

“Nana, kenapa ni? Apa yang dah jadi kat rumah awak ni?”
Pertanyaan Jaejin mengembalikanku ke alam nyata.
“Rumah ni, kehidupan saya, semuanya. Entahlah Jaejin. Saya pun tak tahu apa yang dah jadi dengan saya sekarang ni.”
Balasku.
“Kenapa ni? Bagitahu la. Awak ada masalah ke? Kenapa boleh jadi sampai macam ni? Haa tadi saya tengok kereta awak tak ada pun kat bawah tu. Awak balik naik apa?”
Jaejin masih lagi bertanya.

Aku hanya mampu meraup seluruh wajah lalu melepaskan keluhan berat. Lututku terasa lemah. Pertanyaan Jaejin juga tidak mampu untuk dijawab. Segala-galanya berlaku begitu cepat. Aku belum sempat memikirkan jalan penyelesaian tetapi ianya telah sampai ke tahap ini.
“Kenapa sayang?”
Tanya Jaejin lalu menarikku dalam pelukannya.

Aku tahu bahawa hal ini tak mungkin akan aku selesaikan seorang diri. Aku perlu memberitahu segala-galanya pada Jaejin tetapi aku tidak mampu. Egoku menghalang diriku untuk memberitahu Jaejin hal sebenar. Walaupun pada hakikatnya Jaejin berhak mengetahui segala-galanya. Aku cuma tidak mahu Jaejin merasakan dirinya adalah satu bebanan buatku dan dalam masa yang sama aku tidak mahu menjadi bebanan buat Jaejin.

----------------------------------------------------------------------------------------

//Terima kasih banyak-banyak sebab sanggup tunggu update fanfic ni. Buat masa sekarang memang susah nak update fanfic sebab tak ada internet connection. Ni pun bukan main susah-payah baru dapat post chapter baru. Kalau ada spelling error tu abaikan la ya. 


Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

4 comments:

crayon_amira said...

LOL,rse sebak pulak time jaejin ckp "kerana aku bakal menemui ajal terlebih dahulu" T_T kesian jaejin, :'(
wth kenapa papa nana tuh jahat sgt,why,why,why *emotional* haha.
Aaaaa kesian nana ngn jaejin,T_T
unnie next chapter~ :')

Shrek. said...

kenapa ayah dia kejam sangat TT______________TT omg kesiannya nana TT_TT

darla carolina said...

@crayon_amira - hermmm neyh namanya klimaks cerita huhuhuuuu ~

darla carolina said...

@Na'na - ayah dia mmg kejam pown ._.