AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

Untouchable Memory : Babak 24 | Dilema Seorang Lelaki

Babak sebelum ini >Keluarga Jaejin<


Author POV
Setelah semalaman Jaejin membiarkan ibunya bersama Soojin, akhirnya dirinya telah dimaafkan. Soojin telah menerangkan segala-galanya kepada ibu Jaejin. Puas juga wanita itu ditengkingnya. Itu pun sekadar untuk melepaskan kemarahan. Tetapi dia akur seperti mana Jaejin telah menyerahkan dirinya pada takdir, begitu jugalah wanita berusia itu.
Beeep.
Jaejin mencapai telefon bimbitnya yang terletak di atas meja sisi bersebelahan katilnya. Menggosok-gosak matanya yang sembap berulang kali sebelum membaca pesanan yang baru diterimanya tadi.
'Selamat pagi, cinta. Masih tidur lagi ke?'
Tanpa disedari, bibirnya menguntumkan senyuman. Dia senang menerima pesanan ringkas daripada Nana. Walaupun jarak yang memisahkan mereka hanyalah sekadar dinding bilik. Awal pagi lagi Nana sudah terjaga lalu menghirup udara segar lewat jendela bilik tetamu yang didiaminya. 
'Selamat pagi juga, sayang. Saya baru bangun ni. Dah lama ke bangun?'
Nana yang sedang berdiri betul-betul berhadapan jendela tersengih dengan jawapan yang diberi Jaejin. 
"Eheemmm..."
Suara milik Jaejin berdehem menampan gegendang telinga Nana.
Pantas dia menoleh ke arah datangnya suara tersebut. Kelihatan Jaejin menjegulkan kepalanya di jendela bilik sebelah. Nana tersenyum lalu menggelengkan kepalanya.
"Mandi la, busuk!"
Usik Nana.
Dia berpura-pura menutup hidungnya untuk mengiakan lagi kenyataan bahawa Jaejin busuk. Sebenarnya Nana tahu bahawa luka di hati Jaejin masih belum sembuh. Perihal malam tadi masih lagi terngiang-ngiang di kotak fikirannya.
"Apa semua ni Jaejin?! Apa ni?!"
Tanya ibu Jaejin.
Segala laporan kesihatan yang disimpan rapi oleh Jaejin berterbangan di ruang udara. Wanita itu seperti sudah hilang akal. Dia tidak mampu menerima kenyataan bahawa anak lelaki tunggalnya itu mempunyai penyakit seteruk itu. Zahirnya Jaejin kelihatan sihat tetapi penderitaan yang ditanggungnya selama ini tidak mampu digambarkan oleh dirinya sebagai seorang ibu. 
"Omma, mianhaeyo. Jaejin...Jaejin tak nak omma risau.."
Jelasnya.
Air mata yang telah kering kini tumpah kembali.
Pada mulanya dia menyangka ibunya akan menerima kenyataan dengan hati yang tenang setelah hampir dua jam mendiamkan diri. Tiba-tiba pula ibunya meluru masuk ke dalam bilik Jaejin seperti orang yang telah hilang kewarasan akal. 
"Omma tak nak kehilangan sesiapa lagi. Cukup la sekali dulu."
Segala barang di atas meja Jaejin ditepisnya ke lantai.
Pantas Soojin menenangkan kembali wanita itu. Perlahan Jaejin mengutip laporan kesihatannya untuk disimpan ke dalam laci meja. Tangannya disentap. Walaupun ibunya telah berusia separuh abad, kudratnya masih ada. Dia merampas kertas tersebut lalu mengoyakkannya di hadapan Jaejin, Soojin, dan juga Nana. 
"Omma, cukup la tu omma. Dah, mari Soojin bawa omma balik ke bilik omma."
Pinta Soojin.
"Berangan apa la tu pagi-pagi macam ni."
Suara Jaejin membawa Nana kembali ke alam nyata.
"Eh bila awak sampai sini? Dah la busuk, pergi jauh sana."
Jerit Nana.
Dia menampar-nampar lengan Jaejin sambil mendorongnya keluar dari bilik tersebut.
"Yalah, saya nak mandi la ni. Tapi sebelum tu kena la hadiahkan saya ciuman pagi dulu."
Ujar Jaejin nakal.
"Eeeee gatalnya dia ni. Dah dah pergi sana mandi."
Nana mengarah Jaejin.
"Baiklah sayang."
Jaejin mencebik sebelum berlalu ke bilik air.
Nana melangkah masuk ke dalam bilik Jaejin yang dibiarkan terbuka oleh pemiliknya. Kepalanya menggeleng perlahan. Tidak disangka Jaejin boleh tidur tanpa mengusik walau satu pun barang yang berselerak dek taufan ribut malam tadi.
Tangannya lincah mengutip satu persatu ala tulis serta cebisan kertas yang berselerak. Sementara Jaejin membersihkan dirinya, dia bercadang untuk membersihkan bilik tersebut.

********

Jaejin POV
Langkah diatur perlahan tatkala melewati bilik omma. Pintu tertutup rapat. Perlukah aku menjenguk ke dalam? Masih berkira-kira untuk bertentang mata dengan omma. Tangan kanan menggenggam tombol pintu lalu memusingkannya perlahan. Tidak berkunci. Dibuka perlahan. 
Omma.
Aku tersenyum kelat melihat omma sedang menepuk-nepuk bantalnya. Dia sedang merapi katil peraduannya selama ini. Matanya langsung tidak memandang ke arahku walau sesaat pun.
"Ommaaa..."
Panggilku perlahan.
Tidak dijawab.
Pekerjaannya diteruskan lagi. Dan aku pula terus diendahkan.
"Ommaa........"
Sekali lagi aku memanggil.
Tiada balasan dari mulut omma. Aku mara menuju ke arah ibuku. Tidak puas marah lagikah dia? Pantas belakangnya ku peluk erat.
"Yahh! Mwoya!"
Jerit omma.
"Jaejin sayang omma. Saranghaeyo. Omma tak sayang Jaejin ke?"
Tanya Jaejin.
"Yah!"
Omma hanya menepuk tanganku yang memeluk erat tubuhnya.
"Kuat sangat Jaejin peluk, sakit omma."
Balas ibuku.
Aku semakin mengeratkan pelukan. Pipi kirinya ku cium. Walaupun aku tahu omma marah akan tindakanku, tetapi naluri keibuannya akan sentiasa memaafkanku.
"Jaejin, jangan buat macam ni lagi. Omma tak suka."
Ujar omma.
Pelukanku dilepaskan. Omma menyentuh kedua-dua belah pipiku dengan telapak tangannya. Dia mengusap lembut wajahku. Perlahan tubuhku ditarik ke dalam pelukannya. Belakang tubuhku ditepuk perlahan.
"Aigoo... Anak omma kena kuat, kena tabah."
Ucap omma.
Aku tersenyum mendengar perucapan ibuku. 

********

Aku meluru ke arah bilikku sambil mengeringkan rambut menggunakan tuala. Rambutku yang hampir kering itu dibiarkan sahaja tanpa disisir. Wah berseri-seri bilikku. Kaki yang melangkah laju sedari tadi tiba-tiba kaku di hadapan pintu bilik. Nana sedang merapikan segala buku pada rak yang berada di penjuru bilikku.
Tanpa menghasilkan sebarang bunyi, aku cuba untuk mendekati Nana. Asyik sungguh dia menyusun segala buku-buku yang ada di situ secara satu persatu mengikut turutan, jilid, serta pengarangnya. Tanganku perlahan melingkari pinggangnya. Nana yang menyedari perbuatanku cepat-cepat menoleh. 
"Apa ni? Nak menggatal lagi la tu."
Ujar Nana.
Dia menepis tanganku yang melingkar pada pinggangnya. Aku hanya buat tidak tahu. Tuala yang terletak di atas kepala jatuh tanpa disedari. 
"Dengan rambut pun tak sikat."
Nana sudah mula dengan bebelannya.
"Tak payah sikat la. Macam ni baru nampak seksi. Bukan ke perempuan suka tengok lelaki yang rambutnya basah. Macam ni la kan."
Aku mula mengajuk muka seksi sorang model.
Tergelak kecil Nana. Tangannya masih lagi memegang beberapa buah buku dan buku itulah yang menjadi penghalang antara Nana dan juga diriku. Aku cuba untuk mengusik. Buku yang berada di dalam dakapan Nana yang berada betul-betul di tengah-tengah kami, aku sentap kuat. Terbuntang anak mata Nana dengan tindakanku. Buku-buku tersebut aku campakkan ke atas lantai.
"Err... Jaejin...awak ..awak .. nak buat.. apa ni..."
Nana tergagap-gagap menghabiskan ayatnya.
Tubuhnya terdorong ke belakang akibat tubuhku yang semakin mendekatkan diri dengan tubuhnya. Nana betul-betul  berada di jalan mati. Tubuhnya bersandar pada dinding bilikku.
Papp.
Tanganku menepuk pada dinding yang disandar Nana seperti mana di dalam filem romantik yang sering ditayangkan di kaca televisyen.
Aku menahan gelak apabila melihat wajah Nana yang semakin merona kemerahan.
"Jaejinnn...."
Matanya bulat memandang ke arahku.
Anak mata kami bertentangan. Aku semakin merapatkan wajahku dengan wajahnya. Semakin menghampir. Helaan nafas Nana juga sudah terasa pada kulit wajahku.
Aku masih merenung ke dalam mata Nana.
Pejam.
Serta-merta Nana memejamkan matanya apabila wajahku benar-benar berada tidak lebih dari satu inci daripada wajahnya.
Berhenti.
Aku masih cuba untuk menahan gelak. Wajahnya yang merona kemerahan itu telah sampai ke telinga merahnya. Tak tahu pula aku Nana akan malu sehingga begitu sekali. Tubuhnya kaku terlekat pada dinding bilikku.
"Hahahahahaaa...."
Akhirnya tawaku terburai juga.
Pantas Nana membuka matanya.
"Jaejin!!!!"
Riak mukanya menahan geram.
"Hahahhaha dah la, biar je ni semua saya kemas balik."
Ucapku.
"Awak ni jangan main-main boleh tak. Geram betul la."
Marah Nana.
Dia kembali mengutip buku yang aku campakkan tadi.
"Jaejin.."
Nana menghulurkan sebuah buku kepadaku.
"Ni diari awak tu kan?"
Tanya Nana.
Aku menyambut hulurannya.
"Oh, ya ya ya. Banyak lagi rupanya tak diselesaikan."
Aku membelek halaman diari tersebut.
"Kalau semua ni dah selesai, boleh la saya mati dengan aman."
Pantas Nana kembali merampasnya daripadaku.
Sraappp.
Dikoyakkannya helaian diari tersebut. Segala nota dan luahan yang telah aku tulis di situ kini menjadi cebisan kertas.
"Sekarang dah tak ada lagi dah semua tu."
Ucap Nana.
"Saya nak, apa yang awak ingin lakukan selama ni, mesti ada saya sekali. Bukan sebab masa yang tinggal untuk awak cuma sekejap. Tidak. Saya cuma nak awak tahu yang hidup awak masih ada saya.  Dan saya takkan tinggalkan awak walau apa pun yang terjadi. Itu janji saya pada awak."
Tambah Nana lagi.
Terharu aku mendengar kata-kata yang keluar daripada mulutnya. Terkedu. Tanpa sebarang kata aku menghinggapkan sebuah ciuman hangat pada dahi Nana.
Ring..ring..ringgg...

Telefon bimbitku berdering pada masa yang tidak sepatutnya. Haih mana pula telefon aku ni. Ada pula yang sibuk waktu tengah macam ni. Kaki melangkah ke arah meja sebelum menjawab panggilan nombor yang tidak bernama itu.

"Yeoboseyo."
Aku memulakan perbualan.
"Lee Jaejin-ssi?"
Pemanggil tersebut menyahut.
"Ya, saya. Siapa ni?"
Aku mula bertanya.
"Saya assistant kepada Encik Kim. Maaf sekiranya mengganggu tapi saya ada hal penting yang ingin disampaikan."
Ujar lelaki di hujung talian.
Terkedu aku mendengarnya. Siapa pula Encik Kim yang dimaksudkan? Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal.
"Ermmm, ada apa ya?"
Tanyaku pula.
"Encik Kim ingin berjumpa. Boleh tak kalau saya aturkan masa? Lagi cepat lagi bagus. Kalau boleh dalam  hari ini juga. Hurmm tengah hari ni boleh?"
Pinta pembantu Encik Kim.
"Oh boleh boleh boleh. Dekat mana ya?"
Aku menjawab setelah berfikir beberapa saat.
Tangan mencapai sebatang pen dan juga menarik sehelai kertas yang berada di atas meja. Aku mula mencatit alamat yang dinyatakan oleh lelaki tersebut.
"Okay, terima kasih."
Ujarku sebelum menamatkan panggilan.

Mata mula merenung tajam pada nama dan alamat yang dicatitkan tadi. Kim Sungho? Aku seperti mengenali pemilik nama itu. Tapi yang anehnya tempat pertemuan kami adalah di sebuah hotel, 1620 Blink Hotel. Blink Hotel? Bukankah itu adalah hotel milik bapa Nana? Kim Sungho. Ya, sememangnya itu adalah bapa Nana. Mengapa pula dia ingin berjumpa denganku? Ahh naik pening kepalaku memikirkannya.

"Kenapa? Siapa yang telefon tadi?"
Tanya Nana lalu berjalan menghampiriku.
"Seunghyun. Ada hal sikit pasal projek."
Bohongku.
Nana cuma menganggukkan kepala tanda mengerti.

********

Author POV
Jaejin bersiap untuk keluar menemui bapa Nana seperti yang telah dijanjikan. Awalnya Nana tidak membenarkan Jaejin pergi sendirian. Dia mendesak untuk pergi bersama kerana mengkhuatiri keadaan Jaejin yang tidak dapat diduga itu. Lama juga Jaejin menerangkan tentang projek yang dicipta melalui bohongan itu agar Nana membenarkan dia pergi seorang diri.

Semakin dia menghampiri Blink Hotel, semakin kencang juga degupan jantungnya. Sesekali dia memandang ke arah cermin untuk memeriksa riak wajahnya. Sedikit pucat. Peluh dingin mula merenik pada dahi Jaejin. Dikesatnya peluh itu menggunakan tisu. Dia membetulkan pakaiannya sebelum melangkah masuk ke dalam hotel tersebut. Langkah diatur tertib menuju ke arah lif. Jari pantas menekan angka 16 yang terlekat di dalam lif yang dinaikinya.

1620

Terdapat tiga orang lelaki berpakaian segak seperti pengawal peribadi berdiri di hadapan bilik tersebut. Seorang daripada mereka kelihatan agak sibuk berbual lewat telefon manakala dua orang lagi sekadar berdiri sahaja. Setelah melihat Jaejin, lelaki tadi menamatkan panggilannya lalu menghampiri Jaejin.

"Lee Jaejin-ssi?"
Tanya lelaki itu.
"Ya, saya Lee Jaejin."
Balas Jaejin lalu menunduk memberi tanda hormat.
"Saya yang menelefon pagi tadi. Sila ikut saya."
Lelaki tersebut membalas lalu menunjukkan jalan pada Jaejin.

Pintu diketuk dua kali sebelum dibuka. Jaejin hanya mengikut sahaja langkah lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai pembantu bapa Nana. Jaejin hanya senyap sambil matanya melilau ke setiap sudut bilik itu. Hatinya gelisah memikirkan yang dia bakal bertemu dengan ayah kepada wanita yang dicintainya.

"Presiden Kim, Lee Jaejin-ssi dah sampai."
Lapor lelaki itu kepada seorang lelaki yang sedang duduk menyemak sesuatu.
Tanpa memandang, ayah Nana menggunakan isyarat tangan agar pembantunya meninggalkan mereka sendirian. Jaejin hanya berdiri membisu sehinggalah ayah Nana menutup fail yang sibuk diselak sedari tadi.
"Duduk la."
Kim Sungho menjemputnya duduk, lebih kepada memberi arahan.

Jaejin mengangguk lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa yang bertentangan dengan kedudukan lelaki separuh abad itu. Kim Sungho berdiri sambil memegang sekeping sampul surat dan mengatur langkahnya ke arah Jaejin.

"Lee Jaejin."
Dia menyebut nama Jaejin.
"Ya, saya Lee Jaejin."
Balas Jaejin.
"Pesakit kanser perut yang mendapatkan rawatan di Hankuk Hospital. Dan tempoh untuk hidup hanya tinggal lebih kurang dua bulan sahaja lagi. Betul bukan?"
Tambah Kim Sungho.
Jaejin tergamam mendengar kata-kata yang diucapkan oleh ayah Nana.
"Jangan hairan bagaimana saya tahu tentang penyakit awak. Because I know everything about you very well. Saya panggil awak ke sini pun untuk mengajak awak berunding dengan saya."
Tambahnya lagi.
"Berunding? Maksudnya?"
Jaejin mula bertanya.
"Saya boleh bantu untuk membiayai segala kos rawatan awak sehingga pulih di sebuah hospital di luar negara dan awak juga berpeluang untuk hidup lebih lama. Lagipun saya kenal dengan bermacam-macam jenis doktor dalam dunia ni. Tapi ianya dengan syarat.."
Belum sempat ayah Nana menghabiskan ayatnya, Jaejin pantas memotong.
"Saya tak pernah berfikir untuk melakukan pembedahan. Dan kos pembiayaan bukan satu masalah untuk saya. Terima kasih atas tawaran tersebut tapi maaf, saya tidak berminat."
Ucap Jaejin lalu berdiri dan bersedia untuk beredar.
"Bagaimana pula dengan projek yang sedang berjalan di Jeju? Rasanya awak tahu siapa pemilik resort tersebut."
Jaejin pantas menoleh mendengar pertanyaan itu.
"Saya mampu untuk membuat projek itu terhenti sekarang juga."
Ayatnya lebih kepada menggertak.

Jaejin berfikir sejenak. Dia tidak mahu projek yang telah hampir tamat itu terhenti hanya kerana kedegilannya. Tetapi dia juga tidak mahu hidupnya menjadi sebab dia tunduk kepada lelaki di hadapannya itu.

"Saya tidak pernah membuat tawaran yang merugikan mana-mana pihak. Tak susah pun. Setuju sahaja dengan tawaran ini. Kamu hanya perlu tinggalkan Nana dan berhenti menghubunginya."
Tanpa menunggu jawapan, ayah Nana melemparkan sampul surat yang dipegangnya ke atas meja.
"Ambil ini. Saya bagi masa sehingga esok."
Tambahnya lagi.

Rundingan itu meletakkan dirinya di dalam dilema. Jaejin tidak mahu kehilangan kedua-duanya. Dia tidak sanggup melepaskan Nana dan begitu juga dengan projek di Pulau Jeju. Walaupun dia telah menyerahkan segala urusan syarikat kepada Seunghyun, dia masih mempedulikannya lebih-lebih lagi projek tersebut merupakan projek terbesar yang pernah diterima oleh syarikatnya. Tak mungkin dia mampu membiarkan segala-galanya berakhir hanya kerana cinta.

-----------------------------------------------------------------------------


//Sorry kalau ada spelling error. Sorry sebab lama tak update fanfic. Blog ni pun lama sangat dah terbiar. Laptop pun baru je sembuh dari penyakit nazak. Mood nak update fanfic yang ni pun macam dah lari. Dengan draft pun entah ke mana semuanya. Haihhh letih letih. Fuhh dah lebih setahun dah usia fanfic ni. Sorry sebab lama gila tak habis-habis. Doa-doa la cerita ni cepat sikit habis dan selalu di update ya. Maklum la hidup student ni memang busy dengan macam-macam benda. So memang sorry la sebab buat reader tertunggu-tunggu TT-TT


Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

2 comments:

crayon_amira said...

unnieeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!!!!!!!! ahhahah
finally,finally,update jugak! ahhaahah
Aaaaaaaaaaaaaa rindu giloss dngn FF ni~hahaha
Aaaaaaaaaaa benci dengan ayah kim nana tuh,rase mcm nk cekik2 je,part jaejin nak acah cium nana so sweet~~~hahaha
unnie next chapterrrrrrr~~~ :D

darla carolina said...

@crayon_amira - aaaaaaaaa kesian mira tggu lama. miaaaannnnnn. nnti unnie update. hehehe saje je buat acah acah tu kekeke.