AUTHOR STATUS : HIATUS || LATEST UPDATE : PROMISE [ONE-SHOT] | Oppa Nae Nampyeon - Babak 4 | Untouchable Memory - Babak 25 || Terima Kasih Kerana Membaca ☺

Untouchable Memory : Babak 25 | Bahagia Itu Sekejap Cuma

Babak sebelum ini >Dilema Seorang Lelaki<



Author POV 
Langkah Jaejin terhenti di hadapan pintu rumahnya. Dia tersenyum apabila melihat Nana berbual mesra bersama ibunya. Sudah lama dia mengidamkan keluarga bahagia seperti itu, di mana Nana dan ibunya akan sentiasa duduk bersama. Jauh di sudut hatinya sayu apabila mengenangkan permintaan bapa Nana yang lebih kepada ancaman sebentar tadi. 
“Jaejin, apa yang kamu termenung di muka pintu tu.”
Tegur ibunya apabila perasan akan kehadiran Jaejin.
Cepat-cepat dia mengukirkan senyuman. Walaupun dia tidak mahu memikirkan perkara yang bakal mendatang, hatinya mampu menduga hubungannya dengan Nana tidak mungkin kekal lama. Jaejin nekad untuk meneruskan kehidupannya seperti mana yang telah difikirkan sepanjang perjalanannya pulang ke rumah sebentar tadi.
Ibunya menepuk tempat duduk yang berada bersebelahannya sebagai tanda menjemput Jaejin duduk. Serta-merta dia melabuhkan punggungnya di sebelah ibunya yang bergelak ketawa bersama Nana.
“Sampai ke luar lagi Jaejin dah dengar suara omma dengan Nana ketawa. Apa yang dibualkan tu?”
Tanya Jaejin.
“Omma saja tanya Nana macam mana kamu berdua berkenalan. Tak tahu pula panjang betul cerita kamu berdua. Dah boleh buat novel dah.”
Gurau ibu Jaejin.
“Tak adalah sampai boleh dibuat novel. Biasa je tu.”
Nana mencelah.
“Omma saja bergurau. Apa rancangan kamu hari ini?”
Tanya ibu Jaejin.
“Jaejin ingat nak bawa omma dengan Nana pergi ke Pulau Jeju. Boleh la Jaejin tengok site sekali. Lagipun Nana tengah cuti. Bila lagi Jaejin nak bawa omma, selalunya omma bercuti sendiri je.”
Cadang Jaejin.
“Pulau Jeju je ke?”
Tanya ibu Jaejin.
“Jaejin nak bawa pergi Sydney boleh je omma. Tapi Jaejin nak jenguk site la. Lain la kalau ada projek kat luar negara tu.”
Balas Jaejin selamba.
“Ada saja kamu ni Jaejin. Haaa Nana, boleh la kamu pergi kemaskan pakaian dengan barang yang nak dibawa. Omma nak sediakan kimbap dulu. Rasanya bahan untuk membuat kimbap pun ada kat dalam freezer tu. Jaejin tolong Nana ya.”
Arah ibu Jaejin.
“Tak apalah, biar Jaejin tolong omma. Saya boleh kemas sendiri.”
Ucap Nana.
“Alah, kalau Jaejin tak payah buat apa-apa tak boleh ke?”
Jaejin memuncungkan bibirnya.
“Mengada betul kamu ni, Jaejin. Tak apa, Jaejin tolong Nana je. Omma dah biasa buat sendiri.”
Balas ibu Jaejin.
“Kalau macam tu, biar saya kemas dulu. Dah siap nanti saya bantu di dapur pula.”
Ujar Nana.
Jaejin senang apabila melihat keserasian Nana dan juga ibunya. Dia pernah bercadang untuk membawa ibunya bercuti tetapi tidak pernah berkesempatan dek kerana kesibukannya bekerja selama ini. Lazimnya ibu Jaejin akan bercuti sendirian ataupun bersama rakan-rakan untuk mengisi masa yang terluang. Walaupun mereka bukan berada di kalangan orang ternama ataupun chaebol di Korea, sekadar untuk melancong ke luar negara dua atau tiga kali kali setahun adalah sangat mencukupi.

Nana POV
Jaejin memilih untuk menginap di Lotte Hotel sahaja memandangkan ini sahaja hotel yang paling berdekatan dengan tapak projek yang sedang diuruskannya. Aku dan Jaejin membawa masuk bagasi ke dalam bilik yang telah disediakan. Boleh tahan juga Jaejin merancang percutian kejutan seperti ini.
“Omma punya bilik yang ini. Jaejin satu bilik dengan omma. Nana pula yang ini.”
Ujar Jaejin sambil menunjukkan bilik kami.
Bersungguh benar Jaejin untuk percutian ini sehinggakan dia sanggup menempah presidential suite supaya aku dan ibunya berasa selesa di sini.
“Okay, omma nak tukar baju dulu. Lepas ni kita nak pergi muzium teddy bear kan?”
Tanya ibu Jaejin.
Jaejin hanya mengangguk untuk menjawab pertanyaan ibunya. Jelas terpancar pada wajah ibunya bahawa dia sedang gembira. Jaejin mengatur langkah menuju ke ruangan dapur sambil membawa bekas makanan yang disediakan tadi.
“Biar saya yang buat tu. Awak pergi la berehat dulu.”
Pantas aku mengambil bekas makanan daripada tangannya.
Jaejin hanya membiarkanku.
“Sayang, ingat tak masa kita baru kenal dulu?”
Tanya Jaejin lalu memeluk tubuhku dari arah belakang.
Aku meneruskan kerjaku mengatur kimbap ke dalam piring yang diambil tadi.
“Kenapa?”
Aku pula yang bertanya.
“Alah, masa kita baru je kenal. Dekat hotel ni. Macam-macam yang kita lalui. Masa tu saya tak tahu pun siapa awak yang sebenarnya. Tak sangka saya boleh jatuh cinta.”
Ujar Jaejin.
Pelukannya masih lagi erat walaupun tanganku sibuk mengatur kimbap.
“Saya banyak salah faham tentang awak masa tu.”
Balasku sambil menyuap sepotong kimbap ke dalam mulutnya.
“Erm, awak tu suka sangat fikir bukan-bukan.”
Kata Jaejin.
“Amboi bukan main lagi mesra tu. Sampai lupa dekat omma ni ya.”
Ibu Jaejin yang baru sahaja muncul terus mencelah.
Aku menepuk tangan Jaejin sebagai isyarat untuk melepaskan pelukannya. Piring yang telah siap diatur kimbap, ku bawa dan diletakkan di atas meja.
“Jaejin tu haaa. Banyak sangat permintaan dia.”
Aku menjelirkan lidah pada Jaejin.
“Eh, mana ada. Nana tu yang tak nak layan Jaejin.”
Jaejin mula merengek.
“Dah dah dah. Mari sini anak omma.”
Ibu Jaejin mendepakan tangannya.
Sejujurnya aku berasa sedikit cemburu melihat keakraban Jaejin dan juga ibunya. Walaupun bapanya telah lama meninggalkan keluarga tersebut, mereka tetap bahagia. Alangkah bagusnya jika mama dan papa juga begitu. Pasti aku akan lebih bahagia. Tapi aku tidak pernah dapat merasakan kasih sayang daripada mereka. Papa sentiasa sibuk dengan urusan perniagaannya. Mama jua begitu. Ada sahaja mesyuarat dan pertemuan yang perlu dihadiri. Kerana itu aku lebih bahagia jika hidupku dibiarkan tanpa campur tangan mereka.

********

Jaejin POV
Bunyi ombak yang menampar gigian pantai membuatkan suasana di pantai Hyeopjae lebih hidup. Angin yang bertiup pula terasa sedikit sejuk memandangkan musim sejuk yang terakhir buatku baru sahaja berlalu. Dan sekarang musim bunga yang mungkin bakal menjadi penamat untuk hidupku telahpun tiba.
Nana memaut mesra lenganku. Kami jalan beriringan di tepian pantai seperti mana pasangan kekasih lain sering melakukannya di dalam drama-drama cinta. Sesekali angin meniupkan rambut Nana dan membuatkan dia kelihatan lebih cantik berbanding selalunya.
“Jaejin...”
Panggil Nana.
Aku menoleh ke arahnya.
“Hmm?”
Aku mengangkat keningku ingin tahu.
Did you still remember our first kiss?
Tanya Nana.
“Ermmm, Namsan Tower?”
Jawabku sedikit teragak-agak.
Untuk sesaat bibir kami bertemu. Tergamam aku seketika.
“Pabo! Mehrong.”
Nana menjelirkan lidahnya sebelum berlari ke arah ombak yang sedang menghempas pantai. Pelik aku melihat perbuatannya. Apa la agaknya yang bermain dalam minda Nana ni.
“Siapa yang pabo?”
Aku berlari mengejar Nana.
“Lee Jaejin, pabo!”
Jerit Nana.
Dia menepuk air sekuat hatinya sehinggakan terpercik ke arahku. Tanpa memberi peluang, aku turut melakukan perkara yang sama. Bibirnya menguntumkan sebuah senyuman. Sudah lama aku tidak melihat senyuman selebar itu. Aku semakin menghampiri Nana sambil memercikkan air ke arahnya.
“Dapat pun!”
Aku menangkap Nana lalu memeluknya.
“Jangan nak lari pula ya.”
Arahku.
“Yah paboya!”
Nana menjerit di telingaku.
“Nana, kenapa pula saya pabo?”
Tanyaku.
Because you can’t remember our first kiss. Pabo!
Lengan kiriku dicubitnya.
“Huh? Bukan kat Namsan Tower ke?”
Tanyaku masih lagi bingung.
“Jahat la awak ni Jaejin. Our first kiss was at here! Itupun awak lupa.”
Nana mencebik.
No, it is not. That’s mine. Bukannya kita. Masa tu saya je yang kiss awak. So it doesn’t count, sayang. I’ll consider Namsan Tower as our first one sebab masa kita kat sini, awak.. ermm awak tu... sampai hati awak tampar saya. Sedih hati kita ni tahu tak.”
Aku pula yang mencuka.
“Alololooo, okay saya mengaku salah. Dah la, jangan nak cebik macam tu lagi. Mian mian mian mian mian mian mian mian.”
Nana mencubit kedua-dua belah pipiku sambil menguntum senyuman.
Aksinya yang comel itu mengusik hatiku. Mengapalah hati ini cepat sangat tergerak dengan perilaku Nana. Baru sahaja aku berangan untuk merajuk lebih lama. Melepas la jawabnya angan-anganku tadi.

********

Author POV
Wajah ibunya yang sedang lena tidur dibuai mimpi dipandang sekilas. Risau pula jika ibunya terjaga dan melihat keadaannya ketika itu. Peluh dingin mula merenik di atas dahinya. Jaejin mencapai botol ubat yang berada di atas meja sisi sebelum melangkah keluar dari bilik tersebut. Sebelah tangannya menekup mulut supaya keluhannya tidak didengari manakala sebelah lagi menekan-nekan perutnya yang terlalu sakit bak dihunus pisau berulang kali. 
Dua biji pil penahan sakit dan anti-kanser ditelan lalu Jaejin meneguk segelas air. Kesakitannya tidak mampu dibendung lagi. Badannya terlalu lemah untuk menanggung sakit yang dialami ketika itu. Di fikirannya pula bermain pelbagai persoalan. Tubuhnya terbaring lemah di atas lantai.
“Jaejin!”
Pantas Nana berlari mendapatkan Jaejin.
Dia membantu untuk memapahnya ke arah sofa lalu membaringkan Jaejin di situ.
“Awak tak apa-apa ke, Jaejin?”
Tanya Nana.
Jaejin menggeleng lemah. Dia menggenggam erat tangan Nana seolah-olah tidak mahu melepaskannya lagi.
“Nak saya ambilkan air?”
Nana bingkas berdiri untuk mengambil segelas air.
“Tak perlu.”
Tegah Jaejin lalu menarik kembali tangan Nana.
“Temankan saya untuk malam ni.”
Pinta Jaejin.
Atas permintaan Jaejin, mereka berdua berkongsi pembaringan di atas sebuah kerusi panjang tersebut. Jaejin hanya mendakap tubuh Nana tanpa sebarang kata sedari tadi. Hatinya gelisah. Gelisah memikirkan perkara yang bakal terjadi di masa akan datang. Masa yang belum pasti ada buat dirinya.
“Nana, saya tak tahu sama ada saya patut cakap atau tidak perkara ni dengan awak.”
Ucap Jaejin memecah kesunyian malam.
“Tentang apa?”
Tanya Nana.
“Saya dan juga awak.”
Balas Jaejin pendek.
“Tak apa, awak boleh cakap apabila awak dah bersedia. Saya boleh tunggu.”
Nana mengusap lembut tangan Jaejin.
“Tapi saya risau kalau saya tak ada masa secukupnya untuk bersedia.”
Jaejin mula berasa gusar.
Dia cuma ingin memberitahu hal sebenar kepada Nana mengenai pertemuannya dengan ayah Nana tetapi pada masa yang sama dia tidak mahu hubungan mereka anak-beranak retak hanya kerana dirinya. Dia tahu penyakitnya mempunyai peluang yang amat nipis untuk sembuh, tiada gunanya jika dia menerima tawaran yang diberikan oleh ayah Nana. Dia sudah cukup bersyukur kerana mampu menjalani kehidupannya seperti mana dialaminya saban hari kini. Namun dia tidak pernah lupa bahawa masa untuknya kian suntuk. Mengikut ramalan dari rawatannya selama ini, kemungkinan untuk dirinya hidup adalah lebih kurang sebulan sahaja lagi. Fikirannya buntu. Buntu apabila memikirkan hal dirinya dan juga Nana.

---------------------------------------------------------------------------

//Short update. Sorry. Btw, satu lagi one-shot tengah ongoing. Pengenalan akan di update asap. Thanks a lot untuk readers yang masih sudi singgah dan baca fanfic yang tak sehebat penulis novel ni. Buat masa sekarang, fanfic Untouchable Memory dan Cinta Dua Dunia sedang mengalami penulisan semula untuk tujuan pembukuan di masa akan datang. Doa dari anda anda semua amatlah dihargai. Sekian terima kasih.




Do Comment After Read Then I Know That You're My Reader

9 comments:

crayon_amira said...

kesiannya jaejin T_T
omg,omg haha nana n jaejin,sweet couple everrrr~hahahaha
sambung,sambung,sambung unnie :D

darla carolina said...

@crayon_amira - watak jaejin mmg cemtu TT-TT aaaaaaaaa thanks baca. okay nnt unnie update secepat mungkin.

Unknown said...

sorry..nk tanye, lg ape ni yer..best la...

Unknown said...

lagu ape ni yer

darla carolina said...

@Noridawati Halim - Lagu ni macam ada soul kan hehe. Beast - On Rainy Days

Unknown said...

TQ.....HEHEHE....Bile nk smbung lg..best la citer ni..

darla carolina said...

@Noridawati Halim - Ur welcome ^^ sorry, skrg tgh hiatus. Busy dgn hal dunia hehehe. But I'll try to make it soon.

crayon_amira said...

unnieeeeeee~~~~ bila nak sambung?? lama menunggu ni hehehe. rindulah dekat ff ni hehehe~ :D

darla carolina said...

Unnie tak berkesempatan nak update la syg buat masa ni. Tapi nnt unnie try update bila ada masa.